Khamis, 15 Ogos 2013

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Masjid pun ada yang salah kiblat

Posted: 14 Aug 2013 09:06 PM PDT




Siapa yang pernah sembahyang di Masjid Lama Kg Paroi, Seremban (sekarang bangunan baru Masjid At Taqwa) pasti ingat bahawa saf dalam masjid tersebut adalah senget ke kanan sebanyak 15 darjah. Bertahun-tahun lamanya jemaah sebelum itu solat salah arah kiblat. Begitu juga Masjid di Melaka Tengah yang jemaahnya solat lebih 70 tahun salah kiblat. Nampaknya semua masjid dan surau di Malaysia ini perlu disemak semula arah kiblat.

Arah kiblat terpesong
13 Ogos 2013

KOTA TINGGI: Struktur surau di resort yang disewakan kepada sekumpulan penganut Buddha untuk mengadakan majlis keagamaan mereka, Jumaat lalu, didapati tidak menepati ciri-ciri rumah ibadat umat Islam. Selain itu, arah kiblat surau itu dikatakan terpesong 300 kilometer dari arah kedudukan sebenar Kaabah yang menjadi rujukan umat Islam menunaikan solat.

70 tahun solat salah kiblat
22 Januari 2013

MELAKA - Sebuah masjid berusia lebih 70 tahun di Melaka Tengah dekat sini dikesan telah silap dalam penetapan arah kiblat. Imam I Masjid Al-Ehsan, Bukit Baru, Sabtu Kina berkata, kedudukan arah lebih kurang 10 sentimeter terpesong dari arah kiblat sebenar, yang sepatutnya mencondong ke kiri, wujud sejak masjid tersebut didirikan.

Pengunjung kecewa surau salah kiblat
27 Mac 2013

BAYAN LEPAS - Seorang pengunjung kompleks beli belah kecewa apabila surau yang didirikan di situ tidak sempurna sehingga menyebabkan petunjuk arah kiblat kurang jelas. Munzirah Munsir, 32, berkata, dia seriang bersolat di surau itu kerana bekerja di kompleks belah belah berkenaan. Gara-gara tanda arah kiblat yang tidak sempurna, ada pengunjung yang menunaikan solat mengikut arah kiblat yang salah.

Tiada ulasan:

Nuffnang