:: cina islam | 2011 :: |
- Khutbah Jumaat : "Amalan Di Bulan Syawal"
- BN Kekal Menang di Parlimen Bagan Datoh & Tapah
- Penjawat Awam Belasah Isteri Boleh Dikenakan Tindakan Tatatertib - KSN
- Lelaki Belasah Isteri Dalam Lif Serah Diri Kepada Polis
- Bantah kementerian dimansuh, 10 bekas pekerja cuba bunuh diri
- Indonesia haramkan import susu formula bayi melalui Batam
- Mesir: Rakyat Kelantan diseru ke munajat malam ini
- Lokasi himpunan bantah kekejaman kudeta Mesir
- DAP setuju adakan pemilihan semula CEC
- Video demonstran pro Mursi di Nadhlah dibakar hidup-hidup
- Tentera Mesir bakar kanak-kanak sedang tidur
- Mesyuarat agung dewan-dewan kawasan lancar
- Seorang maut, 3 rakan terselamat ditembak di depan bank di Klang
- Keputusan petisyen pilihan raya Parlimen Sarikei pada 5 September
- Zahid Hamidi kekal pemenang kerusi Parlimen Bagan Datoh
- Adakah MAS akan dijual kepada Syed Mokhtar?
- “REAKSI KERAS TERHADAP KONFLIK TERKINI DI MESIR"
- Lori sampah rempuh warung
- 'Siapa Mursi sebenarnya!'
- 3 wartawan terbunuh dalam keganasan terbaru di Mesir
- ElBaradei letak jawatan Naib Presiden Mesir
- Kedai Emas Di Tanjung Malim Kerugian RM300,000
- Tiga Beradik Hilang Ditemui
- Lebih 2000 terkorban, hospital dibakar, jurufoto ditembak
- Tutup kedutaan Mesir, hantar pulang duta
Khutbah Jumaat : "Amalan Di Bulan Syawal" Posted: 15 Aug 2013 04:08 AM PDT 8 Syawal 1434 H. [MOD] - اَلْحَمْدُ للهِ الْقاَئِلِ: وَقِيلَ لِلَّذِينَ ٱتَّقَوْا۟ مَاذَآ أَنزَلَ رَبُّكُمْ ۚ قَالُوا۟ خَيْرًا ۗ لِّلَّذِينَ أَحْسَنُوا۟ فِى هَـٰذِهِ ٱلدُّنْيَا حَسَنَةٌ ۚ وَلَدَارُ ٱلَأخِرَةِ خَيْرٌ ۚ وَلَنِعْمَ دَارُ ٱلْمُتَّقِينَ ﴿النحل:٣٠﴾ اَشْهَدُ اَنْ لاَ ِالــهَ اِلاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الــِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ. عِبَادَ الله اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ. Sidang jemaah yang dirahmati Allah, Marilah sama-sama kita meningkatkan ketaqwaan kepada Allah dengan mengerjakan segala yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang. Mudah-mudahan kita mendapat rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Kini kita berada di Jumaat kedua bulan Syawal 1434H. Sudah lebih seminggu Ramadhan meninggalkan kita. Pada tahun hadapan kita belum pasti akan bertemu dengan bulan Ramadhan lagi, mendapat segala fadhilat dan keistimewaannya. Barangkali Allah SWT memanggil kita terlebih dahulu. Kita juga tidak tahu dan tidak pasti apakah ibadah kita sepanjang bulan Ramadhan diterima oleh Allah SWT atau tidak. Ketidakpastian inilah yang menyebabkan sebahagian Salafus Soleh berdoa selama enam bulan sejak Syawal hingga Rabiul Awal agar ibadahnya selama bulan Ramadhan diterima, lalu dari Rabiul Akhir hingga Sya'ban berdoa agar dipertemukan semula dengan bulan Ramadhan tahun berikutnya. Sidang jemaah yang dirahmati Allah, Syawal bererti peningkatan. Oleh yang demikian, seharusnya setelah berlalunya Ramadhan, diharapkan kita dapat mencapai darjat ketaqwaan iaitu menjadi golongan Muttaqin. Semoga Syawal meningkatkan kualiti diri dan ibadah kita. Ini adalah kerana kemuliaan seseorang hamba Allah itu bergantung kepada ketaqwaannya. Firman Allah swt : إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُم Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu ialah orang yang paling bertaqwa… ( Al-Hujurat ayat 13) Hadhirin jemaah yang dirahmati Allah, Sebaliknya, apa yang kita lihat dalam masyarakat kita, Syawal menjadi bulan penurunan. Penurunan amal ibadah dan penurunan kualiti diri. Di antara penunjuk yang paling jelas adalah perayaan Aidil Fitri disambut dengan perkara-perkara yang melalaikan seperti muzik, tari menari, tayangan filem-filem di kaca televisyen dan tempat-tempat hiburan dibuka semula. Manakala sifat-sifat buruk seperti pembaziran, umpat-mengumpat, fitnah-memfitnah, kemarahan, keegoan kembali menjadi budaya serta berbagai maksiat yang dilakukan yang mana walaupun di bulan Ramadhan yang lalu segalanya telah ditinggalkan. Begitu juga masjid-masjid dan surau-surau menjadi sepi dari jamaah dan tadarrus Al-Quran. Sedangkan ini semua berlawanan dengan semangat bulan syawal yang dianjurkan oleh Islam untuk meningkatkan kualiti diri dan amal ibadah. Hadhirin jumaat yang dirahmati Allah, Keadaan ini menunjukkan kepada kita, bahawa puasa orang yang demikian tidak berhasil membawa seseorang kepada darjat ketaqwaan. Oleh yang demikian ibadah yang berterusan atau istiqamah sahajalah akan menyelamatkan kita daripada bala Allah SWT. Firman Allah dalam surah Hud ayat 112: فَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ وَمَنْ تَابَ مَعَكَ وَلاَ تَطْغَوْا إِنَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِير Maka istiqamahlah kamu, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah bertaubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan. Rasulullah saw juga bersabda dalam hadisnya : عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَنَّهَا قَالَتْ سُئِلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ الْأَعْمَالِ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ قَالَ أَدْوَمُهَا وَإِنْ قَلَّ Dari Aisyah radhiallahu Anha, bahawa beliau berkata :Nabi SAW ditanya ; amalan yang paling dicintai Allah adalah yang terus menerus meskipun sedikit - hadis riwayat Imam Bukhari Maka amalan yang biasa kita lakukan di bulan Ramadhan, hendaklah diteruskan dalam bulan Syawal dan bulan-bulan yang lain. Semua amal ibadat seperti membaca Al-Quran, solat malam seperti sunat tahajjud dan witir, infaq dan sedekah janganlah ditinggalkan. Begitu juga nilai keimanan dan keikhlasan kita yang mantap dalam bulan Ramadhan yang lalu juga hendaklah dipertahankan dan dipertingkatkan. Sidang jumaat yang dirahmati Allah, Walaupun tidak banyak amalan khusus di bulan Syawal dibandingkan bulan-bulan yang lain, tetapi, Allah telah memberikan kesempatan dan peluang kepada kita iaitu ibadah khusus puasa dalam bulan Syawal. Ibadah puasa Syawal ini juga dapat mengubat rindu kita kepada bulan Ramadhan dan seterusnya merupakan satu cara meningkatkan kualiti diri kita dalam bulan Syawal. Manakala keistimewaan puasa sunnah ini adalah, kita akan diberi ganjaran dengan pahala satu tahun jika kita mengerjakan puasa enam hari di bulan ini setelah sebulan penuh kita berpuasa Ramadhan. Rasulullah SAW bersabda: عَنْ أَبِي أَيُّوبَ الأَنْصَارِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّهُ حَدَّثَهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ Daripada Abu Ayub Al-Ansori Radhiallahu Anhu bahawa beliau menceritakan bahawa Nabi SAW bersabda ; Barangsiapa berpuasa di bulan Ramadhan, kemudian mengikutinya dengan enam hari di bulan Syawal, maka ia seperti berpuasa setahun. -Hadis Riwayat Muslim Hadhirin yang dirahmati Allah, Menurut Sayyid Sabiq di dalam kitabnya Fiqh Sunnah, menurut pendapat Imam Ahmad, puasa Syawal boleh dilakukan secara berurutan dan boleh juga tidak berurutan. Dan tidak ada keutamaan cara pertama dari cara kedua. Maka, bagi kita yang belum melaksanakan puasa Sunat Syawal, kita masih ada kesempatan untuk mengerjakannya. Namun begitu kita tidak boleh berpuasa khusus di hari Jumaat tanpa mengiringinya dengan turut berpuasa di hari Khamis atau Sabtu kerana adanya larangan Rasulullah daripada berbuat demikian. Sidang jumaat yang dirahmati Allah, Sebenarnya Syawal pernah menjadi bulan perjuangan ummat Islam bagi menentukan agama Allah ditegakkan. Pada bulan Syawal berlakunya perang Ahzab atau Khandak yang berlaku pada tahun ke-5 hijrah. Dalam peperangan tersebut gabungan tentera kuffar bersekutu telah menyerang orang Islam. Dengan kebijaksanaan strategi Islam dan pertolongan Allah maka Islam dapat menewaskan tentera bersekutu kuffar. Belum selesai isu penyembelihan ummat Islam oleh Puak Syiah di Syria, kini Umat Islam di Mesir pula dibunuh beramai-ramai oleh puak perampas kuasa. Dunia hari ini sudah tidak lagi melihat Ramadhan dan Syawal sebagai bulan keramat bagi Umat Islam. Mereka tidak pernah mengambil kira di bulan apakah mereka mahu mengganyang Umat Islam lantaran kita seolah-olahnya sudah tidak lagi mampu berbuat apa-apa. Pemimpin-pemimpin Negara Islam masih lagi bersengketa dan menyimpan syak wasangka sesama mereka sehingga musuh Allah mengambil kesempatan ke atas kita. Yahudi dan Nasrani sudah tidak perlu lagi bertindak kejam ke atas Umat Islam kerana tugas itu telah di ambil alih oleh pemimpin Negara Islam itu sendiri. Kerana bimbangkan kehilangan kuasa mereka jika rakyat kembali kepada Islam mereka sanggup meminta bantuan musuh Islam untuk menekan dan membunuh rakyat mereka sendiri. بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ، وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَالْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ. Khutbah kedua اَلْحَمْدُ لله الْقاَئِلِ : إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلاَئِكَةُ أَلاَّ تَخَافُوا وَلاَ تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنْتُمْ تُوعَدُونَ (فصلت :30) اَشْهَدُ اَنْ لاَ ِالــهَ اِلاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الــِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ. عِبَادَ الله اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ. Para jemaah yang dirahmati Allah, Allah swt menyatakan dalam ayat yang dibacakan tadi : Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Tuhan kami adalah Allah" kemudian mereka istiqamah, maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: "Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; dan gembirakanlah mereka dengan syurga yang telah dijanjikan Allah kepadamu". (Surah Fushilat : ayat30) Muslimin yang dirahmati Allah, Tidak ada apa yang mampu kita lakukan bagi membantu saudara kita di Mesir dan Syria kecuali berdoa dan menyumbang bantuan. Bantuan boleh disalurkan kepada badan-badan yang melaksanakan misi membantu mereka yang begitu banyak di seluruh Negara. Namun begitu bantuan yang paling besar yang pasti mampu dilaksanakan oleh semua Umat Islam adalah berdoa dan bermunajat kepada Allah. Jadikanlah doa di akhir khutbah nanti sebagai doa harian kita setiap kali selepas sembahyang. Perbanyakkanlah bacaan Qunut Nazilah kerana ianya adalah sunnah yang diamalkan oleh Rasulullah tatkala menghadapi musibah. اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم. اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، خصوصا في مِصْرَ وَسُوْرِياَّ. اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ، وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ، اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ، اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ، اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ، وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ، بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ. اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّيْن شاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان يُوْسُف عِزُّ الدِّيْن شَاه غَفَرُ اللهُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ Ya Allah, Kurniakanlah Rahmat dan keampunanMu kepada seluruh Umat Islam di muka bumi ini. Kurniakanlah Rahmat dan keampunanMu kepada seluruh Umat Islam yang prihatin terhadap nasib saudara seagama mereka. kurniakanlah Rahmat dan keampunanMu kepada Umat Islam yang menunaikan zakat bagi membantu saudara-saudara mereka. Ya Allah Ya Rahim, Kurniakanlah keberkatan dan rezeki yang melimpah ruah kepada mereka sehingga mereka mampu untuk meningkatkan zakat dan bantuan yang mereka sumbangkan selama ini. Berilah hidayahMu kepada mereka yang masih belum terbuka hati untuk menunaikan tanggungjawab kepada Allah dan kepada sesama saudara seagama ini. رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ . إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالأِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ . فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ. DOA QUNUT NAZILAH Doa ini hendaklah dibaca pada setiap rakaat akhir solat fardhu selepas ruku'. اللّهمّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُورِ أَعْدَائِنَا، ونَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ، اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، خصوصا في مِصْرَ وَسُوْرِياَّ. اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ، وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ، اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ، اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ، اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ، وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ، بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ. ** Jika sekiranya imam tidak menghafaz doa ini, maka hendaklah dibaca bacaan qunut biasa pada setiap rakaat akhir solat fardhu selepas ruku' dan membaca doa qunut nazilah ini selepas selesai solat. Disediakan Oleh : SF Abdul Farid Salleh Imam Besar, Negeri Perak Darul Ridzuan | |||
BN Kekal Menang di Parlimen Bagan Datoh & Tapah Posted: 15 Aug 2013 03:56 AM PDT 8 Syawal 1434 H. [MOD] - IPOH: Barisan Nasional (BN) mengekalkan kemenangan bagi kawasan Parlimen Bagan Datoh dan Parlimen Tapah selepas Mahkamah Pilihan Raya di sini hari ini menolak petisyen yang difailkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk membatalkan keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) bagi dua kawasan itu. Mahkamah menolak kedua-dua petisyen itu dengan kos. Bagi kawasan Parlimen Bagan Datoh, Hakim Datuk Umi Kalthum Abdul Majid membuat keputusan itu selepas mendapati petisyen yang difailkan calon PKR Madhi Hasan dan seorang pengundi Azmi Sulaiman gagal mematuhi Perintah 9 Kaedah-Kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954. "Perintah itu mengkehendaki nama peguam mewakili pempetisyen perlu disertakan bersama petisyen yang difailkan selain hanya membenarkan pempetisyen atau peguamnya memfailkan petisyen berkenaan dan bukan firma guaman," katanya. Umi Kalthum memerintahkan Madhi dan Azmi masing-masing membayar kos RM25,000 kepada responden iaitu Anggota Parlimen Bagan Datoh yang juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Responden diwakili barisan peguam yang diketuai Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamauddin manakala PKR diwakili peguam Edmund Bon dan Azmi diwakili peguam Chong Kok Yew. Bagi kawasan Parlimen Tapah, Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli menolak petisyen yang difailkan calon PKR K. Vasantha Kumar kerana pempetisyen juga didapati gagal mematuhi Perintah 9, Kaedah-Kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954. Beliau memerintahkan pempetisyen membayar kos RM50,000, masing-masing kepada responden pertama iaitu anggota Parlimen Tapah Datuk M. Saravanan, responden kedua Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya Parlimen Tapah Razali Bakar dan responden ketiga Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Saravanan diwakili peguam Abu Bakar As Sidek Mohd Sidek dan Badrul Hishah Abdul Wahap, Peguam Kanan Persekutuan Donald Joseph Franklin mewakili responden kedua dan ketiga manakala pempetisyen diwakili peguam K. Hariharen. Pada PRU-13, Ahmad Zahid memperoleh majoriti 2,108 undi mengalahkan Madhi bagi kerusi Parlimen Bagan Datoh manakala Saravanan menewaskan Vasantha, dua calon Bebas Ridzuan Bani dan Shaharuzzaman Bistamam dengan majoriti 7,927 undi bagi kerusi Parlimen Tapah. -BERNAMA | |||
Penjawat Awam Belasah Isteri Boleh Dikenakan Tindakan Tatatertib - KSN Posted: 15 Aug 2013 03:51 AM PDT SEPANG: Penjawat awam yang dilapor membelasah isterinya dalam lif seperti yang tersebar di laman web sosial akan dikenakan tindakan tatatertib jika terbukti bersalah, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa. "Selepas polis membuat siasatan, kami akan ambil tindakan sewajarnya. Jika terbukti bersalah akan melalui hukuman yang dikenakan melalui mahkamah. "Seterusnya tindakan mengikut peraturan yang sedia ada dalam perkhidmatan awam," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra Ketua Setiausaha Negara bersama masyarakat Orang Asli Selangor dan Wilayah Persekutuan di Kampung Orang Asli Sungai Melut di sini, Khamis. Rakaman CCTV yang dimuat naik dan disebar secara meluas dalam Facebook dan YouTube itu menunjukkan suspek menumbuk isterinya sehingga kepalanya terhantuk, memijak cermin mata isterinya yang terjatuh, menampar dan menendang mangsa beberapa kali dalam sebuah lif hospital swasta di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Insiden itu turut diperhatikan dua anak kecil pasangan itu yang masing-masing berusia empat dan lima tahun. - BERNAMA | |||
Lelaki Belasah Isteri Dalam Lif Serah Diri Kepada Polis Posted: 15 Aug 2013 03:48 AM PDT 8 Syawal 1434 H. [MOD] - http://mstar.com.my GEORGETOWN: Lelaki yang menjadi buruan polis selepas membelasah isteri dalam lif sebuah hospital swasta di Bukit Mertajam, Isnin lalu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan jam 4.45 petang Khamis. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC Mazlan Kesah berkata lelaki berusia 36 tahun itu menyerah diri pada pukul 4.45 petang. "Saya dimaklumkan oleh IPD Kuantan, lelaki yang dikehendaki polis Pulau Pinang bagi membantu siasatan berhubung rakaman CCTV yang membelasah isterinya telah menyerah diri di sana. "Kita akan bawa lelaki itu balik ke Pulau Pinang bagi mendapatkan perintah reman untuk siasatan berhubung kejadian itu," katanya ketika dihubungi. Beliau berkata kes itu disiasat menurut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan polis percaya dengan penahanan lelaki itu, ia dapat menyelesaikan kes berkenaan dalam tempoh terdekat. Rakaman CCTV yang dimuat naik dan disebarkan secara meluas dalam laman Facebook dan YouTube itu menunjukkan suspek menumbuk isterinya sehingga kepalanya terhantuk, memijak cermin mata isterinya yang terjatuh, menampar dan menendang mangsa beberapa kali. Insiden itu turut diperhatikan dua anak kecil pasangan itu yang masing-masing berusia empat dan lima tahun. Sementara itu, beberapa pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat hari ini melawat mangsa di rumahnya di Mengkuang. | |||
Bantah kementerian dimansuh, 10 bekas pekerja cuba bunuh diri Posted: 15 Aug 2013 03:46 AM PDT BEIJING 15 Ogos - Sekurang-kurangnya 10 orang cuba membunuh diri secara beramai-ramai dengan meminum racun perosak sebagai membantah pemansuhan Kementerian Kereta Api Kebangsaan yang menyebabkan pemberhentian pekerja secara besar-besaran, lapor media tempatan semalam. Beberapa anggota kumpulan itu memakai kemeja-T yang tertera perkataan 'Harbin Railway Bureau' dan kesemua mereka telah dibawa ke hospital oleh polis dan ambulans, lapor akhbar South China Morning Post. Kementerian Kereta Api China yang mempunyai ramai pekerja, dimansuhkan pada Mac lalu dan diserapkan ke Kementerian Pengangkutan, manakala Harbin, sebuah bandar di wilayah Heilongjiang, timur laut China, adalah antara kawasan yang teruk mengalami masalah pengangguran ekoran pembaharuan industri milik kerajaan sejak lewat 1990-an oleh bekas Perdana Menteri Zhu Rongji. Menurut laporan akbar itu, kejadian itu berlaku di sebatang jalan berhampiran stesen kereta api barat Beijing, sebuah hub pengangkutan utama di bandar raya itu, semalam, tetapi tidak dimaklumkan sama ada terdapat mangsa yang maut dalam insiden tersebut. - AFP | |||
Indonesia haramkan import susu formula bayi melalui Batam Posted: 15 Aug 2013 03:42 AM PDT JAKARTA 15 Ogos - Indonesia mengharamkan pengimportansusu formula bayi menerusi Pelabuhan Batam, sebagai langkah pencegahan susulan skandal pencemaran susu syarikat produk tenusu terbesar New Zealand, Fonterra. "Kami dengar wakil Fonterra di sesetengah negara termasuk Malaysia dan China, menggunakan 'whey protein concentrate' (WPC) yang tercemar dalam produk tenusu mereka. "Kami akan siasat sama ada produk terbabit telah memasuki pasaran negara ini atau tidak," kata Timbalan Ketua bagi keselamatan makanan dan kawalan bahan berbahaya Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM), Roy A. Sparring, seperti dilapor akhbar berbahasa Inggeris, The Jakarta Post pada Khamis. Roy berkata demikian kepada akhbar itu selepas pertemuan dengan wakil Fonterra New Zealand, di pejabatnya pada Rabu. Media melaporkan kerajaan Malaysia dan China sudah menarik balik formula bayi yang disyaki mengandungi bakteria clostridium botulinum selepas Fonterra New Zealand mengumumkan mengeksport bahan itu ke lapan negara awal bulan ini. Fonterra berkata, Danone Dumex merupakan antara syarikat menggunakan WPC dan syarikat berkenaan telah menarik balik produknya daripada pasaran di Malaysia. Roy berkata, sesetengah produk Danone Dumex Malaysia seperti Dumex Mamex Cherish Step 1 dan Dumex Dupro Step 2 dibawa masuk ke Indonesia secara haram menerusi Batam dan mungkin telah diedar ke seluruh negara. - BERNAMA | |||
Mesir: Rakyat Kelantan diseru ke munajat malam ini Posted: 15 Aug 2013 03:37 AM PDT 8 Syawal 1434 H. [MOD] - harakahdaily.net KOTA BHARU: Rakyat Kelantan malam ini diseru hadir pada program 'Solat Hajat, Munajat dan Ceramah Perdana' bagi memohon keamanan di Mesir yang kini sedang bergolak. Majlis yang bermula solat Maghrib berjemaah itu akan diadakan di Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke V malam ini. Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa antara yang bakal berucap malam ini. Turut hadir Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah dan Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman. Pada masa yang sama Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan hari ini melahirkan rasa kesal dan mengutuk sekeras-kerasknya tindakan tentera Mesir di bawah Presiden Interim Adly Mansour. Ketua Penerangannya, Mohd Fadhli Shaari berkata, tindakan tentera itu yang menceroboh medan berhimpun kumpulan pro legitimasi di Kaherah khususnya di Medan Raba'ah dan di Madinah Nasr amat tidak berperikemanusaan. Sehubungan itu Dewan Pemuda juga menggesa agar kepimpinan negara mengeluarkan kenyataan yang keras dan mengutuk serangan tentera Mesir ini yang jelas bertentangan dengan prinsip nilai-nilai kemanusiaan. Bukan itu sahaja, menurutnya kerajaan Morsi yang digulingkan ditubuhkan melalui pilihanraya. "Mesej perlu segera disampaikan melalui Kedutaan Mesir di Malaysia bagi membuktikan kebersamaan negara Islam di seluruh dunia dengan nasib yang sedang menimpa rakyat Mesir pada hari ini. "Sewajarnya semua pihak perlu sedar bahawa tragedi yang sedang menimpa rakyat Mesir ialah tragedi kepada demokrasi,"ujar Fadhli lagi. Pada masa yang sama beliau turut menyarakan umat Islam di negara ini mengadakan qunut nazilah di dalam solat waktu serta solat hajat berterusan memohon pertolongan Allah supaya memberikan penyelesaian yang terbaik terhadap konflik di Mesir. Jelas Fadhli lagi, mereka kini dikhabarkan mula digempur tentera semenjak pagi tadi selepas rancangan serangan ke atas mereka Sabtu lalu ditangguhkan sebelum ini. "Sehingga ke saat ini, dilaporkan telah lebih 400 orang rakyat Mesir terkorban dan beribu-ribu lagi cedera,"ujarnya. Katanya, kesempatan bulan Syawal umat Islam sedang mengerjakan ibadah puasa enam, disaran berdoa untuk rakyat Mesir yang sedang berdepan dengan keganasan tentera negara mereka sendiri. | |||
Lokasi himpunan bantah kekejaman kudeta Mesir Posted: 15 Aug 2013 03:35 AM PDT 8 Syawal 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS akan mengadakan himpunan aman di seluruh negara bagi membantah tindakan tentera Mesir yang bertindak membunuh rakyat mereka beramai-ramai secara kejam semalam. Dalam satu kenyataan hari ini, Ketuanya Nasrudin Hasan memaklumkan, himpunan tersebut akan bermula malam ini, esok dan lusa, di tempat yang telah ditetapkan termasuk beberapa masjid di seluruh negara. Berikut adalah senarai lokasi yang ditetapkan penganjur. Negeri : Kelantan Lokasi : Dataran Stadium Muhammad IV Tarikh : 15 Ogos 2013 Hari : Khamis Masa : 7.00 pm Negeri : Perlis Lokasi : MATIN Tarikh : 15 Ogos 2013 Hari : Khamis Masa : 8.00 pm Negeri : Kelantan Lokasi : Masjid Muhammadi KB Tarikh : 16 Ogos 2013 Hari : Jumaat Masa : 2.00 pm Negeri : Terengganu Lokasi : Masjid Pengadang Baru K. Terengganu. Tarikh : 16 Ogos 2013 Hari : Jumaat Masa : 2.00 pm Negeri : Pahang Lokasi : Masjid Al-Fattah Kuantan. Tarikh : 16 Ogos 2013 Hari : Jumaat Masa : 2.00 pm Negeri : Johor Lokasi : Tarikh : 16 Ogos 2013 Hari : Jumaat Masa : 2.00 pm Negeri : Melaka Lokasi : Masjid Al-Azim Tarikh : 16 Ogos 2013 Hari : Jumaat Masa : 2.00 pm Negeri : Negeri 09 Lokasi : Masjid Negeri Bandar Seremban. Tarikh : 16 Ogos 2013 Hari : Jumaat Masa : 2.00 pm Negeri : Selangor Lokasi : Masjid Negeri Shah Alam. Tarikh : 16 Ogos 2013 Hari : Jumaat Masa : 2.00 pm Negeri : Perak Lokasi : Masjid Negeri, Ipoh. Tarikh : 16 Ogos 2013 Hari : Jumaat Masa : 2.00 pm Negeri : Pulau Pinang Lokasi : Masjid Permatang Janggus Tarikh : 16 Ogos 2013 Hari : Jumaat Masa : 2.00 pm Negeri : Kedah Lokasi : Tarikh : 16 Ogos 2013 Hari : Jumaat Masa : 2.00 pm Negeri : Sabah Lokasi : Masjid Negeri Sabah Kota Kinabalu dan Masjid Al Kauthar Tawau Tarikh : 16 Ogos 2013 Hari : Jumaat Masa : 2.00 pm Negeri : Sarawak Lokasi : Masjid Assyakirin, Bintulu. Tarikh : 16 Ogos 2013 Hari : Jumaat Masa : 2.00 pm Negeri : Wilayah Lokasi : Dataran Merdeka Tarikh : 17 Ogos 2013 Hari : Sabtu Masa : 4.00 pm | |||
DAP setuju adakan pemilihan semula CEC Posted: 15 Aug 2013 03:30 AM PDT 8 Syawal 1434 H. [MOD] - Selepas pertelagahan yang panjang dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS), DAP memutuskan untuk mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu. Sumber-sumber memberitahu Malaysiakini bahawa keputusan itu dicapai dalam mesyuarat CEC yang diadakan di Kuala Lumpur malam tadi. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng. Sementara itu pengerusi DAP Karpal Singh dalam kenyataannya berkata parti itu memutuskan demikian demi menyelamatkan parti itu daripada tindakan pembatalan pendaftaran oleh ROS. Karpal berkata, mesyuarat jawatankuasa berkenaan pada malam tadi memutuskan demikian demi kepentingan jangka panjang parti berkenaan. Katanya, jawatankuasa DAP memutuskan demikian walau berpendapat bahawa arahan DAP untuk menjalankan pemilihan semula itu tidak mengikut undang-undang. Karpal berkata parti itu "telah mengambil segala usaha untuk mendapatkan dari ROS alasan dan berdasarkan undang-undang mana arahan tersebut dibuat". Katanya, Lim telah meminta untuk menemui Pendaftar bagi membincangkan kedudukan tersebut tetapi pihak berkenaan enggan memberi temujanji. Memburukkan lagi keadaan, tegas Karpal, permintaan berulangkali parti itu kepada Pendaftar untuk dimaklumkan mengenai aduan yang dibuat terhadap parti itu, juga sia-sia. Dalam keadaan tersebut, tambahnya, sepertimana yang diarahkan oleh ROS, CEC bagi tempoh 2008-2011 akan bertemu Khamis depan untuk membuat persediaan untuk mengadakan pemilihan baru. DAP dan ROS telah bertelagah sejak ROS mengarahkan parti itu mengadakan pemilihan baru bagi memilih CEC. ROS membuat keputusan ini selepas beberapa ahli yang tidak berpuas hati, membuat aduan kepadanya berhubung pemilihan CEC DAP di Pulau Pinang Disember lalu. DAP mengeluarkan satu kenyataan awam bahawa berlaku masalah teknikal dalam keputusan pemilihan tersebut, yang menyebabkan berlakku salah pengumuman mengenai calon-calon yang berjaya. Calon yang tersilap umum berada dalam CEC adalah Vincent Wu dan bukannya setiausaha politik Lim - Zairil Khir Johari - yang juga ahli Parlimen Bukit Bendera. Malaysiakini/- | |||
Video demonstran pro Mursi di Nadhlah dibakar hidup-hidup Posted: 15 Aug 2013 12:34 AM PDT 8 Syawal 1434 H. [MOD] -
Benar-benar biadab! Militer Mesir seperti telah kehilangan jiwa kemanusiaannya. Selain membantai ratusan orang di Rabiah Adawiyah, ternyata di hari yang sama militer pimpinan Jenderal Abdel Fattah As Sisi juga menyerbu demonstrasi di Medan Nahdlah. Berbeda dengan Rabiah Adawiyah yang masih bisa bertahan, Medan Nahdlah kini telah dibubarkan dengan paksa. Sebuah video yang dilansir ElWatanNews menunjukkan, dalam upaya membubarkan demonstrasi, tentara membakar hidup-hidup sejumlah demonstran di Medan Nahdlah. Video ini segera menuai ratusan komentar mengecam militer Mesir. | |||
Tentera Mesir bakar kanak-kanak sedang tidur Posted: 15 Aug 2013 12:33 AM PDT 8 Syawal 1434 H. [MOD] -
Kakitangan keselamatan Mesir membakar khemah pada awal pagi ketika kanak-kanak di dalamnya masih tidur, Dr Azzam Tamimi telah menulis di laman Facebook beliau. Al-Jazeera melaporkan bahawa doktor lain dari klinik dalam Rabaa al-Adawiya berkata bahawa beberapa yang cedera meninggal dunia kerana tiada ambulans untuk membawa mereka ke hospital. Kakitangan kesihatan yang pertama telah ditembak di kepala ketika menawarkan pertolongan cemas kepada orang yang cedera. Kami menyeru kepada semua institusi untuk memberikan tekanan kepada perkhidmatan keselamatan untuk membiarkan ambulans memasuki Rabaa Al-Adawiya dan mengangkut orang cedera. Wartawan Al Jazeera Abdul-Fattah Fayed telah berkata bahawa bilangan kematian yang dilaporkan jauh lebih rendah daripada jumlah sebenar. Pihak keselamatan mengeluarkan angka lebih 100 terkorban manakala 1,000 cedera. Pihak ikhwan pula mengeluarkan angka lebih 500 terkorban manakala lebih 10000 cedera parah. Ikhwanonline memetik kenyataan hospital Rab'ah melaporkan bahwa korban syahid terus bertambah, hingga saat ini 2,200 syahid dan puluhan ribu luka luka. Ikhwanonline juga melaporkan, pasukan polisi dan tentara pendukung kudeta menyerbu Fakultas Teknik di Universitas Kairo dan menembak para pendukung Presiden Morsi yang terperangkap di dalam. Nasib mereka yang cedera parah tidak dapat diketahui kerana ada laporan pihak tentera turut membakar tingkat satu hospital yang menempatkan mereka yang cedera. | |||
Mesyuarat agung dewan-dewan kawasan lancar Posted: 15 Aug 2013 12:31 AM PDT 8 Syawal 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS dan Dewan Muslimat PAS kawasan-kawasan dalam fasa ini sedang mengadakan mesyuarat agung dewan masing-masing sebagai persediaan Muktamar Tahunan PAS Kali ke-59. Menurut Penolong Setiausaha Panitia Muktamar Tahunan PAS, Khairul Anuar, sejurus dewan-dewan di peringkat kawasan selesai bermesyuarat, PAS kawasan pula akan mengadakan mesyuarat mereka. "Kita telah menetapkan bulan September untuk kawasan-kawasan bermesyuarat. Jadi, ketika ini dewan-dewan di peringkat kawasan yang sedang bermesyuarat," kata beliau kepada Harakahdaily, hari ini. Setakat ini, tambah beliau, pihaknya mendapati semua mesyuarat berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Sebelum ini, bagi peringkat PAS cawangan, tarikh yang ditetapkan bagi mengadakan mesyuarat agung tahunan adalah bermula 25 Mei sehingga 15 Julai lalu. Manakala, bagi peringkat PAS kawasan, tarikh yang ditetapkan adalah 12 Ogos hingga 30 September. Bagi Dewan Pemuda, Muslimat dan Ulamak peringkat negeri pula, tarikh yang ditetapkan adalah bermula 1 Oktober hingga 31 Oktober manakala dewan-dewan peringkat pusat akan berlangsung pada 20 hingga 21 November. Muktamar Tahunan PAS tahun ini akan diadakan pada 22 hingga 24 November depan, dengan negeri yang dipilih menjadi tuan rumah adalah Selangor. Muktamar tahun ini juga akan berlakunya proses pemilihan kepimpinan yang baru bagi setiap peringkat untuk sesi dua tahun berikutnya iaitu 2013-2015. | |||
Seorang maut, 3 rakan terselamat ditembak di depan bank di Klang Posted: 14 Aug 2013 11:26 PM PDT 8 Syawal 1434 H. [MOD] - Kapar: Seorang lelaki maut manakala tiga lagi rakannya berjaya menyelamatkan diri apabila ditembak oleh sekumpulan lelaki di depan sebuah bank di Jalan Besar, di sini, kira-kira jam 2.30 pagi tadi. Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superitenden Jani Ahmad, berkata mangsa bersama tiga rakannya itu sedang minum di depan sebuah restoran berhampiran sebelum ditembak oleh dua lelaki menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha 125z warna merah. "Siasatan awal polis mendapati, suspek berpakaian jaket hitam dan bertopi keledar berlegar di depan restoran itu dalam keadaan mencurigakan sebelum melepaskan tembakan," katanya. | |||
Keputusan petisyen pilihan raya Parlimen Sarikei pada 5 September Posted: 14 Aug 2013 11:23 PM PDT 8 Syawal 1434 H. [MOD] - SIBU: Mahkamah Pilihan Raya di sini hari ini menetapkan 5 Sept ini untuk membuat keputusan mengenai petisyen pilihan raya bagi kawasan Parlimen Sarikei. Hakim Pilihan Raya Chew Soo Ho semasa membuat keputusan itu berkata ini untuk memberi masa kepada peguam David Kuok yang mewakili pempetisyen untuk menjawab hujahan yang dikemukakan peguam Chong Siew Chang yang mewakili responden dan juga untuk meneliti beberapa perkara yang tidak dibangkitkan dalam petisyen itu. Petisyen itu difailkan calon Barisan Nasional Ding Kuong Hiing yang tewas kepada Wong Ling Biu dari DAP pada pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei lalu. Wong menang dengan majoriti 505 undi apabila memperoleh 14,263 undi berbanding Ding dengan 13,758 undi. Ding memfailkan petisyen itu mengikut Seksyen 10(a),(c),(d),(e) dan (f), Seksyen 11(1)(b), Seksyen 32(a), 34(c),35(a) dan (b) dan Seksyen 36 Akta Kesalahan-keslahan Pilihan Raya 1954 untuk membatalkan keputusan itu. Dalam petisyen itu, Ding menamakan Pegawai Pilihan Raya Alex Liau, Suruhanjaya Pilihan Raya dan Wong, masing-masing sebagai responden pertama, kedua dan ketiga. - BERNAMA | |||
Zahid Hamidi kekal pemenang kerusi Parlimen Bagan Datoh Posted: 14 Aug 2013 11:21 PM PDT 8 Syawal 1434 H. [MOD] - IPOH: Datuk Seri Dr Zahid Hamidi kekal sebagai Ahli Parlimen Bagan Datoh selepas Mahkamah Pilihan Raya di sini hari ini menolak petisyen pilihan raya yang membantah kemenangannya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu. Hakim Datuk Umi Kalthum Abdul Majid membuat keputusan itu selepas menerima bantahan awal dikemukakan responden terhadap dua petisyen dikemukakan terhadap Parlimen Bagan Datoh. Pada PRU-13, Zahid mengekalkan kerusi Parlimen Bagan Datoh selepas menewaskan calon PKR, Madhi Hassan dengan majoriti 2,108. | |||
Adakah MAS akan dijual kepada Syed Mokhtar? Posted: 14 Aug 2013 10:32 PM PDT 8 Syawal 1434 H. [MOD] - Harakahdaily/-
| |||
“REAKSI KERAS TERHADAP KONFLIK TERKINI DI MESIR" Posted: 14 Aug 2013 10:28 PM PDT 8 Syawal 1434 H. [MOD] - KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan rejim tentera di Mesir yang bertindak kejam dan melakukan jenayah terhadap rakyatnya sendiri sehingga menyebabkan ratusan terkorban dan ribuan cedera parah. PAS menyeru kepada komuniti antarabangsa termasuklah Kerajaan Malaysia supaya melaksanakan langkah drastik terhadap rejim tentera pimpinan Jeneral Abdul Fatah As-Sisi yang merampas kuasa dari rakyat Mesir itu. Pertama, semua pihak terutamanya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN), OIC, Liga Arab mestilah mengecam tindakan kekerasan rejim tentera yang tidak sah itu dan seterusnya memberikan tekanan diplomatik terhadap mereka yang melaksanakan coup d'état terhadap kerajaan yang dipilih secara demokrasi pimpinan Presiden Muhammad Morsi. Kedua, pihak yang melakukan jenayah dan bertindak kejam terhadap penyokong Presiden Morsi mestilah disiasat oleh satu Suruhanjaya Bebas Antarabangsa supaya tindakan mengikut tatacara undang-undang dapat dilakukan. Ketiga, kuasa yang diberikan oleh rakyat kepada Presiden Morsi mestilah dikembalikan, manakala penyelesaian kepada krisis di Mesir perlu mengikut lunas demokrasi tanpa campurtangan asing dan pihak tentera. PAS sekali lagi ingin mengingatkan komuniti antarabangsa bahawa kegagalan menyelesaikan konflik di Mesir ini akan membawa akibat yang lebih buruk terhadap keamanan rantau Asia Barat kerana ianya akan melahirkan aktiviti tindakbalas yang lebih keras, di mana iklim politik, ekonomi dan keamanan dunia juga akan turut terjejas. Sehubungan dengan itu, PAS menyeru supaya semua penyokong dan ahli PAS, dan rakyat Malaysia yang cintakan keamanan ini supaya menunjukkan solidariti dengan turut sama menyertai Himpunan Munajat Perdana 100k anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat, Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, bersama dengan parti-parti politik dan NGO dalam negara kita pada hari Sabtu 17 Ogos ini. Marilah kita terus bermunajat memohon kepada Allah SWT supaya kezaliman dihancurkan dan keamanan dikembalikan dalam konflik di Mesir ini. Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Presiden PAS | |||
Posted: 14 Aug 2013 07:32 PM PDT 8 Syawal 1434 H. [MOD] -
JEMPOL - Sebuah warung makanan dirempuh sebuah lori sampah yang secara tiba-tiba mengundur menyebabkan seorang pembantu tukang masak yang sedang bekerja di dapur warung terbabit cedera akibat terkena minyak panas yang tertumpah. Kejadian berlaku kira-kira 8.30 pagi semalam di warung yang terletak di pekan Bahau, dekat sini, apabila lori yang diletakkan berhampiran, secara tiba-tiba mengundur lalu merempuh warung terbabit. Ketika kejadian terdapat tidak kurang 10 pelanggan serta tujuh pekerja warung berada di kawasan itu, manakala lori berkenaan terletak kira-kira 10 meter dari warung dan berhampiran Balai Bomba dan Penyelamat Bahau. Abang kepada pemilik kedai makan, Mohd Derham Khamis, 60, berkata, ketika kejadian, dia sedang sibuk melayan pelanggan, sementara pemandu lori berkenaan sedang menikmati sarapan pagi di warungnya. Menurutnya, dia dikejutkan dengan jeritan orang ramai apabila lori berkenaan mengundur, lalu merempuh pengadang jalan, selain sebuah motosikal jenis Yamaha LC milik pelanggannya, sebelum merempuh warung terbabit. "Akibat rempuhan itu, pembantu tukang masak kami sedang memasak di dapur terkena minyak panas yang tertumpah," katanya. Mohd Derham berkata, mangsa iaitu pekerja lelaki berumur 20-an dikejarkan ke Klinik Kesihatan Bahau bagi mendapatkan rawatan susulan, bagaimanapun dilaporkan stabil. Menurutnya, adiknya iaitu pemilik warung, Noriati Khamis, 56, kemudian membuat laporan berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis daerah Jempol (IPD) semalam. "Sepanjang hampir empat tahun kami usahakan warung ini, ini kejadian kedua berlaku. Bagaimanapun, kali ini lebih teruk," katanya. Sementara itu, saksi kejadian, Rosidah Abd.Rahim, 33, berkata, dia sempat melihat lori berkenaan secara tiba-tiba mengundur menyebabkan dia panik seketika. "Saya jerit sekuat hati supaya mereka yang berada dalam warung selamatkan diri. Saya terus ke warung itu untuk melihat apa berlaku. Bagaimanapun saya lega kerana kemalangan itu tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa," katanya yang bekerja sebagai pembantu di kedai fotostat bersebelahan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias berkata, selain pemilik kedai, pemandu lori berkenaan sudah pun membuat laporan dan pihaknya sedang menyiasat kejadian berkenaan. Sinar/- | |||
Posted: 14 Aug 2013 07:30 PM PDT 8 Syawal 1434 H. [MOD] -
KAHERAH - MESIR . "Demi ALLAH, saya bersumpah tidak akan meninggalkan dataran ini sehingga Mursi kembali atau mereka membunuh saya. Saya bukan ahli Ikwanul Muslimin tetapi saya datang ke sini bagi menyampaikan suara saya kepada dunia supaya mereka tahu siapa Mursi sebenarnya," kata seorang penyokong tegar Presiden yang digulingkan Muhammed Mursi di Dataran An-Nahdhah, Giza, Kaherah, Mesir. Hajjah Ilham Abdul Hadi, 65, berkata, beliau bersama jutaan penyokong yang lain sebulat suara menolak rampasan kuasa yang tercetus sejak 3 Julai lalu. Bagi Hajah Ilham, jasa Mursi terhadapnya tidak ternilai apabila beliau pernah diselamatkan dari hidup gelandangan hingga berpeluang tinggal di sebuah rumah secara percuma. "Pada kejadian tahun lalu, rumah kami di kawasan Buluq Dukrur runtuh. Kejadian itu turut mengorbankan suami dan anak saya. Mulai dari itu, saya hanya mampu berteduh di bawah jambatan dan tidur di tepi jalan," katanya. Menurutnya, pada Disember tahun lalu, ketika sedang tidur di tepi jalan, dia didatangi tiga lelaki dan alangkah terkejutnya salah seorang daripada mereka adalah Mursi. "Sukar untuk saya mempercayainya ketika itu. Presiden bertanya kepada saya, mengapa saya tidur di jalanan, selepas saya menceritakan nasib yang melanda saya melihat beliau bergenang," katanya. Hajjah Ilham berkata, keesokannya,dua wakil Mursi datang kepadanya dengan membawa surat perjanjian rumah sewa di bandar Al Nujum berserta sampul surat berisi wang EGP500 (RM230). "Wakil Presiden turut berpesan kepada saya supaya tidak tidur lagi di tepi jalan dan sedia menambah jumlah wang tersebut sekiranya tidak mencukupi," katanya. Beliau berkata, sejak tinggal di rumah sewa itu, setiap bulan wakil Mursi menyampaikan wang EGP500 (RM230) dengan resit pembayaran sewa yang telah dijelaskan. "Kini segalanya berubah, selepas rampasan kuasa berlaku, saya dihalau dari rumah itu dan kini saya kembali hidup gelandangan bersama ratusan penduduk Mesir yang lain," katanya dipetik dari Ikwan Online. Sinar/- | |||
3 wartawan terbunuh dalam keganasan terbaru di Mesir Posted: 14 Aug 2013 07:22 PM PDT 8 Syawal 1434 H. [MOD] - KAHERAH: Tiga wartawan, termasuk seorang jurukamera untuk stesen penyiaran British, Sky News dan pemberita akhbar berpangkalan di Dubai, terbunuh manakala beberapa lagi cedera dalam keganasan terbaru di Mesir, semalam. Mereka turut mengutuk keganasan yang tercetus selepas polis yang dibantu kereta perisai tentera, helikopter dan jentolak dalam menggempur penunjuk perasaan yang menyokong bekas Presiden, Mohammed Morsi sehingga banyak nyawa terkorban. Sky News berkata, Mick Deane, 61, ditembak dan cedera ketika membuat liputan keganasan yang tercetus di kem penyokong Morsi di Kaherah. Dia dibawa ke hospital untuk dirawat sebelum meninggil dunia selepas itu. Akhbar Gulf News, yang berpangkalan di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) melaporkan, wartawannya, Habiba Ahmed Abd Elaziz, 26, ditembak di berdekatan Masjid Rabaah al-Adawiya di Kaherah ketika pihak keselamatan mengempur masuk ke kem penyokong Morsi. Akhbar itu melaporkan, Habiba ketika itu sedang dalam cuti tahunan dan bukannya membuat liputan untuk XPRESS. Wartawan Mesir, Ahmed Abdel Gawad, yang menulis untuk akhbar Al Akhbar, terbunuh ketika membuat liputan di Rabaah al-Adawiya. Wartawan untuk Kesatuan Sekerja Egyptian Press Syndicate itu disahkan maut walaupun tiada maklumat bagaimana beliau terbunuh. - AP | |||
ElBaradei letak jawatan Naib Presiden Mesir Posted: 14 Aug 2013 07:20 PM PDT 8 Syawal 1434 H. [MOD] -
KAHERAH - MESIR, Naib Presiden Mesir yang juga pemimpin pro-reformasi, Mohamed ElBaradei meletakkan jawatan selepas tidak berpuas hati dengan tindakan polis menggempur dua kem penyokong bekas Presiden Mohamed Mursi yang mencetuskan tragedi berdarah. ElBaradei menghantar surat peletakkan jawatannya kepada Presiden Sementera, Adly Mansour. Satu salinan surat berkenaan dihantar melalui emel kepada The Associated Press (AP). ElBaradei berkata, beliau tidak bersedia untuk bertanggungjawab walaupun 'setitik darah' mereka yang menjadi mangsa serangan terbaru pihak berkuasa itu dan memberi amaran keganasan akan terus menjadi buruk lagi "Sukar bagi saya untuk bertanggungjawab dengan apa yang berlaku, saya tidak sanggup melihat walaupun setitik darah yang tumpah ekoran serangan terbaru di negara ini," katanya. Tambah ElBaradei, pertumpahan darah sebenarnya dapat dielakkan. Malah ElBaradei dalam satu temu bual televisyen dua minggu lalu, berkata bahawa beliau berulang kali memberi amaran kepada ketua tentera Abdel-Fattah El-Sisi dan ahli-ahli Majlis Pertahanan Nasional agar mencari jalan penyelesaian demi menangani krisis politik di negara itu. "Saya percaya terdapat alternatif aman yang boleh diterima untuk menyelesaikan konfrontasi masyarakat demi mencapai pendamaian negara. Namun, keganasan bangkit keganasan. Ingat kata-kata saya, apa yang berlaku sekarang ini adalah kumpulan pelampau yang diwarisi," jelas beliau. Setakat ini, suasana semakin tidak menentu dalam kalangan populasi 84 juta orang tersebut - antara penyokong Mursi dan kumpulan yang menentang pentadbirannya. Pihak pemerintahan semalam turut mengisytiharkan darurat apabila sekurang-kurangnya 95 orang terbunuh selepas pasukan anggota keselamatan bertindak ke atas para penentang yang mahukan Mursi kembali berkuasa. Anggota pasukan keselamatan telah melepaskan tembakan dalam pertembungan dengan para penunjuk perasaan yang sekali gus mencetuskan keadaan huru-hara di ibu negara dan kota-kota lain di Mesir. | |||
Kedai Emas Di Tanjung Malim Kerugian RM300,000 Posted: 14 Aug 2013 07:16 PM PDT 8 Syawal 1434 H. [MOD] - IPOH: Dua penjenayah dipercayai bersenjata api melarikan barangan kemas bernilai RM300,000 dalamkejadian samun di sebuah kedai emas di Jalan Besar dekat Tanjung Malim di sini Rabu. Ketua Polis Daerah Tanjung Malim Supt Othman Nanyan berkata kedua-dua lelaki memakai helmet bercermin hitam serta berpakaian gelap melulu masukke arah seorang pekerja berumur 54 tahun yang berada di dalam kaunter kedai berkenaan kira-kira pukul 1 petang. "Seorang daripada suspek mengeluarkan senjata menyerupai pistol daripada beg silang dan arahkan mangsa keluarkan semuabarang kemas yang berada di dalam kaunter. "Mangsa sendiri yang masukkan barang kemas ke dalam beg silang suspek,"katanya. Suspek beredar dengan menaiki motosikal jenis Yamaha Legenda bernombor pendaftaran palsu yang diletakkan di hadapan kedai itu ke arah Hulu Bernam, katanya. Suspek berumur 30-an itu bertutur dalam bahasa Kantonis. Seorang daripadanya berbadan gempal. Beliau berkata kedai mangsa tidak mempunyai Kamera Litar Tertutup (CCTV) dan tiada pengawal keselamatan, namun semakan sedang dibuat terhadap CCTV dikawasan sekitar tempat kejadian. - BERNAMA | |||
Posted: 14 Aug 2013 07:11 PM PDT 8 Syawal 1434 H. [MOD] - IPOH: Tiga beradik yang dilaporkan hilang oleh ibu tunggal mereka pada Selasa dipercayai telah ditemui. Bapa saudara kepada kanak-kanak itu, Saiful Azril Ishak menghantar mesej kepada wartawan menyatakan bahawa anak mereka telah ditemui pada kira-kira pukul 10 malam Rabu. Mesej berkenaan berbunyi "Salam kawan2 (kawan-kawan). Terima kasih all. Anak buah aku dah jumpa. Mlm nie (malam ni) buat report (laporan) pengesahan jumpa" Sharafuddin Rizauddin Syazwan, 11, Syarir Syafi, lapan dan Syauratul Syafiah, enam, hilang selama lebih 24 jam sejak Selasa dari rumah mereka di Taman Meru 2B antara 2 petang dan 6 petang. Ibu kanak-kanak yang merupakan pekerja kilang Safarela Azwa Ishak, 36, begitu bimbang atas kehilangan anak-anaknya. Difahamkan, ketiga-tiga beradik itu ditemui di Gombak .Mstar/- | |||
Lebih 2000 terkorban, hospital dibakar, jurufoto ditembak Posted: 14 Aug 2013 07:09 PM PDT 8 Syawal 1434 H. [MOD] -
MESIR: Menurut sumber Ikhwan, lebih 2000 penyokong legitimasi yang berkampung di Medan Raba'ah Adawiyah terkorban digempur pihak tentera sejak pagi semalam. Selain jumlah korban itu, dianggarkan kira-kira 15,000 lagi mengalami cedera dan luka akibat serangan tersebut. Dalam pada itu serangan oleh pihak tentera sejak semalam turut mensasarkan jurugambar dan wartawan di lapangan yang menyaksikan beberapa orang daripada petugas media turut terkorban. Jurugambar bagi saluran Misr25, Ahad Abelgawad, turut ditembak mati dalam pembunuhan beramai-ramai semalam. Seorang lagi jurugambar Mus'ab Asy Syami juga terkorban. Beliau digelar sebagai hero jurugambar di kalangan rakannya kerana sentiasa berjaya merakam gambar-gambar terbaik sepanjang berlakunya perhimpunan. Selain itu, anak perempuan kepada seorang tokoh Ikhwan Muslimin turut menjadi mangsa kekejaman tentera rejim semalam. Asmaa Mohamed El Beltagi, 17, anak perempuan El-Beltagi maut selepas terkena tembakan peluru hidup yang dilepaskan pihak tentera. Tidak cukup dengan itu, pihak tentera juga dilaporkan turut membakar bangunan hospital di lapangan dalam keadaan ribuan jenazah ditempatkan dan mereka yang cedera sedang menerima rawatan. Menurut laporan TV Al-Quds, pasukan tentera dan polis telah membakar Hospital Lapangan di Medan Rabiatul Adawiyah yang terdapat di dalamnya jenazah-jenazah penyokong Morsi dipercayai bagi melupuskan bukti pembunuhan. Tentera juga turut menggunakan jentolak dan kereta perisai merobohkan khemah-khemah penyokong Morsi yang didirikan di medan Raba'ah itu. Malah ada diantara khemah dibakar oleh pihak tentera dalam keadaan ada di kalangan penyokong khususnya kanak-kanak dan wanita masih berlindung di dalamnya. Setakat ini, Medan Raba'ah sepenuhnya telah dikawal oleh pihak tentera, manakala penyokong Morsi kini bergerak ke Medan Alf Maskan sebagai pusat baru himpunan. Dalam perkembangan berkaitan, Naib Presiden Mesir lantikan kudeta, Dr Mohammed El Baradei juga mengumumkan meletakkan jawatan. Jabatan Presiden Sementara (kerajaan haram kudeta) Mesir juga telah mengeluarkan kenyataan bagi perintah darurat yang berkuat kuasa selama sebulan bermula dari waktu asar hari semalam. | |||
Tutup kedutaan Mesir, hantar pulang duta Posted: 14 Aug 2013 07:07 PM PDT 8 Syawal 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: PAS menggesa kerajaan menutup kedutaan Mesir di sini dan menghantar pulang dutanya sebagai reaksi segera bantahan negara ekoran kekejaman tentera rejim negara itu terhadap rakyatnya. Demikian dinyatakan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan malam ini. Di sampjng itu, katanya Malaysia perlu menghantar mesej jelas kepada pemimpin rampasan kuasa tentera, Abdul Fattah As Sisi dan Menteri Dalam Negeri, Muhammad Ibrahim bahawa mereka wajib bertanggungjawab sepenuhnya ke atas mana-mana darah yang menitis hari ini di Mesir. PAS mengecam keras tindakan ganas dan kejam oleh tentera Mesir ke atas para penyokong Presiden pilihan rakyat Dr Mohamed Morsi. Tindakan ganas yang telah mengorbankan lebih 400 syuhada dengan tembakan peluru hidup adalah tindakan bersifat kebinatangan. PAS mengesa seluruh badan antarabangsa khususnya negara-negara umat Islam tampil membantah keras tindakan tidak berperikemanusiaan ini. Malaysia juga digesa mengutuk tindakan ini secepat mungkin. Sehubungan itu, PAS menggesa kerajaan menutup kedutaan Mesir di Malaysia dan menghantar pulang dutanya sebagai satu reaksi segera bantahan negara dengan tragedi ini. Malaysia perlu menghantar mesej jelas kepada pemimpin rampasan kuasa tentera, Abdul Fattah As Sisi dan Menteri Dalam Negeri, Muhammad Ibrahim bahawa mereka wajib bertanggungjawab sepenuhnya ke atas mana-mana darah yang menitis hari ini di Mesir. Tindakan menyerang dari segenap penjuru serta tembakan peluru hidup yang berterusan lebih tujuh jam membuktikan pihak tamarud yang diketuai oleh As Sisi dan Muhammad Ibrahim amat tidak berperikemanusiaan. Mana-mana negara yang mendiamkan diri daripada mengutuk tindakan kebinatangan ini adalah tindakan tidak bertanggungjawab terhadap insiden keganasan terlampau di Mesir. PAS mengesa seluruh markaz, masjid, surau dan madrasah melakukan solat hajat dan qunut nazilah pada malam ini mendoakan agar musibah yang menimpa saudara kita di Mesir dapat dihentikan segera dan pembunuh dan perampas kuasa tentera dihancurkan oleh Allah. Laknat Allah ke atas mereka yang zalim dan kejam ini. |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2013 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan