Sabtu, 31 Ogos 2013

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Perompak larikan lebih RM600,000 selepas pecahkan tiga mesin ATM

Posted: 31 Aug 2013 05:19 AM PDT

24 Syawal 1434 H. [MOD] -

KOTA BHARU: Sekumpulan penjenayah melarikan wang tunai sebanyak RM667,906 selepas memecahkan tiga mesin juruwang automatik (ATM) di sebuah bank di Chabang Tiga Pengkalan Chepa di sini, pagi ini. 

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, kejadian kira-kira 3 pagi itu berlaku selepas suspek masuk ke kawasan yang menempatkan ATM itu melalui bumbung belakang bangunan. 

"Penjenayah memotong jeriji besi pintu bangunan dan memotong mesin ATM dengan menggunakan gas oxy (Oxy-Acetylene). 

"Kami percaya ia dilakukan oleh golongan profesional yang mempunyai kemahiran memecah mesin ATM dengan menggunakan gas itu," katanya di tempat kejadian di sini. 

Beliau berkata, penjenayah bagaimanapun tidak memecahkan mesin deposit tunai (CDM) di situ. 

Mazlan berkata, polis menubuhkan pasukan khas bagi mengenal pasti penjenayah melalui kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di dalam bangunan itu dan kedai berdekatan. 

"Maklumat orang awam amat diperlukan...penjenayah yang memecah mesin ATM ini dipercayai datang ke kawasan ini menaiki kereta. 
"Saya juga mengharapkan supaya pihak bank terus melaporkan kepada kami jika terdapat bangunan kosong di kawasan sekitar premis mereka," katanya. 

Sehingga Ogos lepas, tiga kejadian berkaitan samun mesin ATM berlaku di Pasir Mas dan Pengkalan Chepa, di sini. - BERNAMA

Polis papar logo 49 kumpulan kongsi gelap

Posted: 31 Aug 2013 05:13 AM PDT

24 Syawal 1434 H. [MOD] -



Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiarkan logo 49 kumpulan kongsi gelap yang diwarta haram.

    
NONE
Ketua Penolong Pengarah Kongsi Gelap/Judi/ Maksiat (D7) Bukit Aman Datuk Abdul Jalil Hassan berkata logo berkenaan dipapar dalam laman sosial Facebook PDRM agar orang ramai memahami maksud sesebuah logo itu sekali gus menghindari mereka daripada terlibat dengan sebarang kumpulan kongsi gelap.
    
"Pada peringkat awal ini, kita melalui program kepolisan dan pemeriksaan, akan menasihati orang ramai, yang memiliki atau menampal sebarang logo seperti di kereta dan rumah, supaya menanggalkannya dengan apa cara sekalipun.


"Ini juga bagi menghindarkan mereka ditahan pihak polis. Mungkin mereka tidak tahu apa maksud logo berkenaan dan tidak terlibatpun dalam mana-mana kongsi gelap. Namun jika mereka masih berdegil atau dikenal pasti memang terlibat dalam kegiatan itu, tindakan tegas akan diambil," katanya dalam sidang akhbar hari ini.
    
Sidang akhbar itu turut memapar kesemua 49 logo kumpulan kongsi gelap berkenaan dan tatu logo yang dilukis pada badan melalui skrin selain penerangan berkaitan bangsa sesebuah kumpulan.

NONE
Antara kumpulan kongsi gelap itu ialah Geng 04 yang aktif di Kedah, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur; Geng 08 aktif di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka serta Double 7 yang bergerak aktif di seluruh Semenanjung.
    
Abdul Jalil berkata  polis juga akan memantau penggunaan logo terbabit pada kenderaan yang diguna ketika perarakan atau upacara pengebumian.
    
"Kita akan 'turun padang'. Kalau kita lihat ada logo itu diletak pada kenderaan yang membawa mayat, kita akan minta mereka tanggalkannya," katanya sambil meminta ibu bapa memantau pergerakan anak mereka agar tidak terjebak atau menyertai mana-mana kumpulan kongsi gelap.
    
"Melalui risikan dan siasatan kita, setakat ini belum ada laporan pelajar sekolah di seluruh negara mengetuai mana-mana kumpulan kongsi gelap. Namun ada maklumat mengatakan kumpulan ini cuba mempengaruhi pelajar terutama di sekolah yang bermasalah.
    
"Mereka (kumpulan) akan berada di luar kawasan sekolah untuk memujuk pelajar agar menyertai mereka. Ada juga maklumat yang mengatakan kumpulan ini cuba merekrut pelajar di dalam kawasan sekolah, namun hasil tindakan pantas Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta polis yang ditempatkan di dalam sekolah, perkara ini dapat dihindarkan," katanya.
    
Mengulas penglibatan golongan atasan seperti ahli politik dan selebriti dalam kegiatan itu, Abdul Jalil berkata setakat ini, polis tidak mendapat maklumat mereka terlibat, namun siasatan lanjut akan dijalankan.
    
NONE
Beliau berkata mereka yang terbabit dalam kumpulan kongsi gelap boleh dihukum mengikut Seksyen 52 (3) Akta Pendaftaran Pertubuhan 1956 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun, atau denda RM15,000, jika sabit kesalahan.
    
Katanya, seramai 28,926 orang dari kaum India dikesan menganggotai kongsi gelap, Cina (8,214) dan Melayu (1,923) manakala tiada penglibatan warga asing dalam kumpulan itu di negara ini.
    
"Ada antara mereka pernah ditahan di bawah undang-undang Akta Darurat," katanya sambil menafikan tumpuan lebih diberikan kepada kaum India kerana mereka paling ramai dikesan terlibat dalam aktiviti itu.
    
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi, yang mengumumkan nama kongsi gelap terbabit semalam, berkata kumpulan itu dikategori haram mengikut Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966 pada 28 Ogos 2013 melalui perwartaan P.U. (A) 272/2013.
    
Beliau berkata kumpulan itu dikesan menjalankan kegiatan yang memudaratkan ketenteraman awam seperti sindiket pengedaran dadah, memeras ugut, menimbulkan pergaduhan antara pertubuhan kongsi gelap dan huru-hara.

- Bernama


PKR dakwa komplot bawa masuk warga Bangladesh

Posted: 31 Aug 2013 05:09 AM PDT

24 Syawal 1434 H. [MOD]

NONE



PKR mendakwa pegawai kerajaan Malaysia di Bangladesh terlibat dalam pengeluaran visa pelancong untuk membolehkan ribuan warga negara itu masuk dan bekerja di Malaysia dengan cara meragukan.
Ahli Parlimen Subang Sivarasa Rasiah mendakwa, tindakan itu dilakukan dengan kerjasama Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan sebuah agensi pelancongan.

Wakil rakyat PKR itu berkata, beliau mengesan terdapat warga Bangladesh masuk ke Malaysia menggunakan 'visa pelancong' dengan dokumen sokongan palsu yang diuruskan syarikat terbabit.

Jumlahnya, dakwa Sivarasa lagi mencecah angka seribu orang setiap hari di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur menerusi enam penerbangan terus Dhaka-Kuala Lumpur.

Modus operandinya, dakwa Sivarasa, kakitangan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka mengeluarkan visa yang dimudah cara syarikat pelancongan itu dengan menggunakan dokumen palsu dengan bayaran 32,000 Taka (RM1,300).

Bayaran rasmi visa hanya 500 Taka (RM20) sahaja beserta caj yang dibenarkan sehingga 1,000 Taka (RM40).

"Maklumat ini mencadangkan bayaran rasuah digunakan untuk melicinkan proses mengeluarkan visa di Pesuruhjaya Tinggi dan juga untuk memastikan tiada masalah sewaktu pemeriksaan masuk di Dhaka.

"Pada masa sama, kakitangan Imigresen di KLIA juga tidak mencegah kemasukan lebih kurang 1,000 'pelancong' Bangladesh yang tiba setiap hari di KLIA ini," katanya.

Sivarasa membuat laporan polis berhubung perkara sama di balai polis Tropicana dekat Petaling Jaya hari ini. Beliau juga berkata akan memajukan dokumen berkaitan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

Turut disertakan dalam laporan polis, nama dan nombor pasport lima warganegara Bangladesh yang didakwa memperoleh visa pelancong mereka dengan cara yang meragukan, katanya.

Malaysiakini sudah menghubungi pihak imigresen dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Dhaka dan masih menunggu reaksi daripada pihak terbabit.

Malaysiakini/-

Jalur Gemilang kurang kerana merdeka ‘diUmnokan’

Posted: 31 Aug 2013 05:06 AM PDT


24 Syawal 1434 H. [MOD] -
TEMERLOH: Menjelang beberapa jam sahaja lagi negara akan menyambut hari ulang tahun kemerdekaan ke-56, rata-rata dilihat rakyat bagaikan tidak cakna dan tidak mempedulikan 31 Ogos tarikh yang dianggap 'keramat' oleh kerajaan itu.


Ini dapat diukur dengan kurangnya pengibaran bendera Jalur Gemilang pada kenderaan, premis-premis perniagaan dan di rumah kediaman sehingga sambutan merdeka tahun ini dilihat suram dan hambar jika dilihat daripada sambutan rakyat.



Dalam tinjauan sepanjang perjalanan dari plaza tol Bentong ke Kuantan, jumlah kenderaan yang lalu-lalang, didapati yang melekatkan atau mengibarkan Jalur Gemilang hanya boleh dibilang dengan jari.



Begitu juga dengan kebanyakan premis perniagaan seperti restoran, pusat membeli-belah dan stesen minyak, bangunan swasta, pejabat dan bangunan di kawasan komersial di beberapa jalan utama di Kuantan dan Temerloh juga dilihat tidak berbuat demikian.



Memang terdapat gesaan daripada pihak kerajaan terutama melalui media televisyen menyeru rakyat mengibarkan bendera kebangsaan. Namun jelas sekali gesaan tersebut hanya dipandang sepi oleh umum.



Kelmarin, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek tampil melahirkan rasa kecewa kerana kurangnya sambutan masyarakat terhadap Kempen Kibar Jalur Gemilang sempena Hari Kemerdekaan ke-56 negara.



Lebih memalukan, pihak kerajaan atau penaja ada mengedarkan bendera percuma tetapi orang ramai masih enggan memasang atau mengibarkannya.



Namun tindakan tidak mengibarkan Jalur Gemilang ini tidak boleh dirumuskan bahawa rakyat negara ini sudah hilang semangat patriotiknya.



Bagi ahli jawatankuasa Persatuan Sejarah Pahang, Alang Ahmad Teh, 74, terdapat tanda-tanda seolah-olah rakyat sudah 'bosan' terutama golongan muda yang disumbatkan dengan maklumat seolah-olah hanya diperjuangkan oleh Umno bersama gabungannya MCA dan MIC mendapatkan kemerdekaan daripada Inggeris.



Sedangkan perjuangan berdarah yang panjang sebelum itu tidak dikaitkan langsung dengan kemerdekaan. Akhirnya kemerdekaan digambarkan hak milik Umno semata-mata.



Oleh itu, baginya sejarah yang betul perlu diajarkan mulai sekarang supaya rasa bersemangat mesti datang daripada kesedaran dan kesyukuran rakyat, bukannya paksaan daripada kerajaan.



"Yang kita bimbangkan ialah anak-anak muda mula naik menyampah apabila meraikan merdeka bermakna mereka meraikan kejayaan Umno. Saya nak tegaskan merdeka ini bukan dimonopoli oleh Umno saja, bahkan parti itu melaungkan merdeka setelah parti-parti yang memperjuangkan kemerdekaan diharamkan," katanya.



Alang berkata, memang tidak nafikan Umno juga mendapatkan kemerdekaan secara bertulis di London tetapi tidak harus juga dilupakan jasa pencetus kemerdekaan sebenarnya.



"Maknanya janganlah dipadamkan sejarah kemerdekaan kerana sejarah perjuangan kemerdekaan bukannya bermula daripada Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman saja. Ramai pejuang-pejuang lain yang menyabung nyawa dan bermandi darah demi kemerdekaan tetapi seolah-olah dipadamkan daripada sejarah negara," jelasnya.



Tambahnya, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) serta sayapnya Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar (Awas) dan lain-lain pertubuhan revolusioner lebih awal lagi berarak menuntut kemerdekaan  iaitu pada April 1945 di tengah-tengah bandar Temerloh.



Bagi peguam Ahmad Nizam pula, roh merdeka sudah hilang di hati rakyat kerana biasanya kalendar bulan merdeka setiap tahun hanya menjurus kepada persembahan hiburan melulu tanpa memberikan manfaat dalam membina kesedaran merdeka. 



Katanya, sepatutnya dikenang juga tokoh-tokoh seperti Dr Burhanuddin Helmi, Ishak Muhammad, Ahmad Boestamam, Shamsiah Fakeh, Asiah Ghani dan lain-lain yang lebih terkehadapan memperjuangkan kemerdekaan.



"Jauh sebelum Perikatan ditubuhkan, telah wujud persepakatan dan kerjasama di antara parti politik kiri Melayu melalui PUTERA dengan parti dan pertubuhan Bukan Melayu yang bergabung di bawah AMCJA yang kemudiannya melahirkan Perlembagaan Rakyat 10 Perkara yang dianggap sebagai asas Perlembagaan Malaya Merdeka.



"Tanpa menafikan peranan dan jasa besar Tunku Abdul Rahman dalam memperjuangkan kemerdekaan namun yang dikesalkan adalah penafian peranan serta pengorbanan tokoh-tokoh progresif, parti-parti politik yang tidak senada dengan kepentingan kolonial di samping peranan golongan cerdik pandai agama serta para pengarang yang jasa dan peranan mereka tidak dimartabatkan di tempat sepatutnya di persada sejarah kemerdekaan tanahair," katanya.



Tambahnya, keadaan ini berlaku kerana Umno mahu menunjukkan bahawa merekalah kononnya yang paling ulung memperjuangkan kemerdekaan dan sekaligus telah membohongi sejarah.

Harakahdaily/-

Ilmu al-Quran perlu dihidupkan semula

Posted: 31 Aug 2013 05:03 AM PDT

24 Syawal 1434 H. [MOD] -



Pelajar cemerlang Maahad Darul Quran, Nur Atikah Noor Azman menerima Sijil dan Anugerah  Khas Imam As-Syafie daripada Tuan Guru Abdul Hadi.

MARANG: Orang Islam akan menjadi lemah apabila meninggalkan ajaran Islam kerana kekuatan umat dan kemuliaannya terletak kepada Islam, tegas Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Sehubungan itu, beliau memetik ucapan Saidina Omar al-Khattab, "Kita adalah umat yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam, sekiranya kita mencari kemuliaan yang lain dari Islam, kita menerima hukuman penghinaan dan menjadi bangsa yang hina. Percayalah, kita tidak boleh bangkit melainkan dengan Islam".


Katanya, pada masa yang sama orang Islam sendiri telah meninggalkan ajaran Islam walaupun 'berpegang' dengan ajaran Islam. 



"Kita berada dalam keadaan yang sangat menyulitkan, bukan sahaja menyulitkan untuk diri kita bahkan menyulitkan untuk menyelamatkan manusia seluruhnya. 



"Kita menghadapi cabaran yang hebat apabila musuh-musuh Islam sengaja tidak mengizinkan orang Islam memimpin dunia semula. Mereka buat macam-macam terutamanya apabila mereka tahu Islam adalah asas kekuatan orang Islam. 



"Al-Quran adalah punca ilmu orang Islam. Mereka melakukan pelbagai-bagai cara untuk melemahkan orang Islam dalam ilmu agama mereka sendiri. Di Turki, di Indonesia, di beberapa negara Afrika mereka melemahkan orang Islam dalam bahasa Arab, mereka menghilangkan tulisan Arab. Mereka berjaya di Indonesia, mereka berjaya di Turki dan mereka melemahkan di negeri kita ini," jelasnya ketika berucap merasmikan Ihtifal Idul Ilmi Maahad Darul Quran (MDQ) ke-22 di Dewan Tok Guru, Masjid Rusila, semalam.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menegaskan ilmu al-Quran perlu dihidupkan semula dan dikaji melalui bahasanya iaitu bahasa Arab.



Katanya, tanggungjawab mengembalikan semula kepada ilmu al-Quran merupakan suatu kewajipan yang sangat besar kepada umat Islam.



"Tanggungjawab kita untuk mengembalikan semula kepada ilmu al-Quran suatu kewajipan yang sangat besar. Oleh kerana, kita tidak mendapat sokongan dan dukungan dari kerajaan-kerajaan yang memerintah. 



"Maka terpaksalah parti-parti Islam dan kumpulan Islam di seluruh dunia menubuhkan madrasah-madrasah, menubuhkan maahad, menubuhkan universiti, pusat pengajian tinggi dan pelbagai pusat pengajian pondok, pasantren dan lain-lain lagi. 



"Semua tujuannya untuk mempertahankan ilmu Islam dan mengajak semula generasi yang ada supaya menggali ilmu Islam ini untuk mengembalikan semula kekuatan umat kerana kekuatan umat dan kemuliaannya terletak kepada Islam," tegasnya.

Harakahdaily/-

Loji kembali berfungsi, bekalan air mulai pulih

Posted: 31 Aug 2013 04:57 AM PDT

24 Syawal 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily,31 Ogs 2013

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim  memaklumkan, Loji Sungai Selangor (SSP) 1, 2 dan 3 kembali beroperasi semula bermula awal pagi ini selepas ditutup sementara semalam.



Dengan itu, bekalan air dijangka pulih mulai tengahari tadi secara berperingkat-peringkat.



Katanya, bermula 12.30 tengah malam hingga 1.30 pagi tadi, SSP1 dan SSP3 kembali beroperasi secara berperingkat setelah pencemaran berjaya dikawal dan kakitangan serta pegawai yang bertugas mengenas pasti tiada lagi kesan minyak.



Pada jam 4 pagi sehingga 6 pagi tadi, pengeluaran air di SSP1 dan SPP3 telah meningkatkan tahap rizab air mentah sebanyak 5 meter.



"Kita menjangkakan bekalan air bersih kepada pengguna akan pulih secara berperingkat selepas tengahari ini," kata beliau dalam kenyataannya.



Sehubungan itu, beliau mengingatkan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) supaya tidak menggunakan alasan ini untuk membiarkan gangguan bekalan air berleluasa sedangkan masalah pencemaran ini telah pun dikawal.



"Saya mengucapkan terima kasih kepada pegawai dari Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Jabatan Alam Sekitar dan Unit Perancang Ekonomi Negeri yang telah bekerjasama dgn SPLASH bagi memastikan loji-loji berkenaan beroperasi semula," katanya.



Jabatan Alam Sekitar, LUAS dan Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor (SPLASH) telah menjejaki punca pencemaran ke sebuah pusat selenggaraan lori sampah di Rawang yang mana siasatan awal menunjukkan minyak diesel terpakai dibuang ke longkang dan dibiarkan mengalir ke sungai.



Majlis Perbandaran Selayang telah pun menyita premis berkenaan dan perintah berhenti kerja telah pun dikeluarkan.

Tiada ulasan:

Nuffnang