Jumaat, 30 Ogos 2013

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Parlimen Ledang, Pasir Gudang; DUN Nusajaya, Gambir kekal milik BN - Mahkamah

Posted: 29 Aug 2013 11:57 PM PDT

23 Syawal 1434 H. [MOD] -

Foto
AHLI Parlimen Pasir Gudang, Normala Omar (tengah) gembira selepas memenangi kes petisyen Pilihan Raya Umum ke-13 di Mahkamah Tinggi Pilihan Raya Johor Bahru, hari ini. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim

Johor Bahru: Barisan Nasional (BN) mengekalkan dua kerusi Parlimen dan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, selepas Mahkamah Pilihan Raya menolak petisyen yang dikemukakan pihak pakatan pembangkang.

Mahkamah memutuskan BN kekal di kerusi Parlimen Ledang dan Pasir Gudang, selain di kerusi DUN Nusajaya dan Gambir. 

Gempar! Proton Saga Aeroback dalam filem Tanda Putera?

Posted: 29 Aug 2013 07:18 PM PDT

23 Syawal 1434 H. [MOD] -
http://omakkau.blogspot.com,29 Ogs 2013
Dalam satu sedutan filem Tanda Putera terdapat adanya perarakan dengan membawa sepanduk oleh sekumpulan orang di mana sebuah kereta Proton Saga aeroback turut dirakamkan bersama.

Hari-hari akhir di Harakahdaily

Posted: 29 Aug 2013 07:16 PM PDT

23 Syawal 1434 H. [MOD] -
Zulkifli Sulong,30 Ogs 2013
(Selamat tinggal Harakah....ada masa, ada jodoh dan diizinkan Allah bertemu lagi)

31 Ogos 2013, sempena Hari Kemerdekaan negara esok, adalah hari terakhir saya bertugas sebagai Ketua Pengarang Harakahdaily. Ia juga hari terakhir saya bertugas dengan Harakah, selepas bersama organisasi hebat ini selama 26 tahun.

Berdasarkan surat tawaran jawatan(gambar sebelah), saya mula bertugas dengan Harakah pada 10 April 1987. Tulisan saya mula tersiar dalam Harakah edisi ketiga selepas Harakah mendapat permit penerbitannya pada 28 Februari 1987.


Setiap tahun saya akan ingat tarikh ini kerana ia mempunyai nilai tersendiri. Pada peringkat awal, permit Harakah akan tamat tempohnya pada hari 28 Februari ini. Ia perlu diperbaharui pada tarikh itu. Pada tarikh ini juga adalah hari lahir saya, yang akan diingati oleh orang-orang di sekeliling pada setiap tahun.



Masih ingat lagi, saya dilantik sebagai kakitangan sepenuh masa Harakah selepas menyertai satu kursus intensif sebagai pemberita selama seminggu. Ia dibuat untuk melatih bakal wartawan Harakah selepas permit diperolehi. Kursus ini diuruskan oleh Haji Subky Latif bersama dengan Ustaz Nakhaie Ahmad ketika itu. 



Selepas kursus seminggu inilah, saya, Ahmad Lutfi dan Mohamad Nasir dilantik sebagai pemberita sepenuh masa di pejabat Harakah di Jalan Pahang Barat, Kuala Lumpur.




Sepanjang bertugas dengan Harakah, saya pernah berada di puncak kegembiraan dan sudah tentu terasa jatuh terselempot.



Menjelang pilihan raya 1999, Harakah cetak yang saya pimpin pernah mencatat rekod cetakan 380,000 naskah pada satu keluaran. Pada beberapa bulan menjelang pilihan raya 1999 itu, purata cetakan Harakah adalah 350,000 setiap keluaran, menjadikan Harakah akhbar yang paling popular ketika itu



Untuk Harakahdaily pula, media ini mencapai puncak popularitinya menjelang Pilihan raya Umum ke-13 lalu. Pada ketika itu, Harakahdaily menjadi media ke-4 paling popular di Malaysia. Harakahdaily hanya berada di belakang Malaysiakini, Sinar Harian dan The Star online pada ketika itu.



Kami berada di depan media-media online yang lain dari segi rankingnya termasuk Utusan, Berita Harian, Metro, The Malaysian Insider dan juga Kosmo.



Di sebalik kejayaan, sudah tentu ada kegagalan dan kesedihan yang saya hadapi. Paling terasa apabila akhbar Siasah yang saya pimpin terpaksa dibawa keluar oleh pemilik permitnya dari kumpulan Harakah.



Akibatnya sudah tentu ia meninggalkan beberapa kesan dan titik negatif kepada Harakah dan saya sendiri. 



Kini saya sudah di penghujung karier saya dengan Harakah, media yang mendidik saya sebagai wartawan. 



Saya telah menghantar notis kepada Pengarah Urusan Harakah, Datuk Kamarudin Jaffar pada 1 Julai 2013 lalu. Notis ini perlu saya berikan dua bulan sebelum saya berhenti.



Alasan yang saya berikan adalah, selepas 26 tahun bersama Harakah, saya perlukan pengalaman baru. Saya tidak pernah bekerja dengan lain-lain media selain Harakah. Apabila ada peluang, saya perlu memanfaatkannya.



Alasan ini juga saya berikan kepada Pengerusi Harakah, Datuk Mustafa Ali dan juga penasihat editorial Harakahdaily, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.



Kepada ketiga-tiga mereka saya berkata, "Berilah peluang kepada saya untuk mencari pengalaman dengan media lain selain Harakah. Jika Harakah masih memerlukan saya, beritahu saya selepas dua tahun dari sekarang. Saya yakin ketika itu saya akan lebih baik berbanding sekarang. Itupun jika Harakah masih perlukan saya".

Mulai 1 September 2013 ini, Pengarang Harakah cetak, Taufek Yahya akan mengambilalih tugas saya sebagai Ketua Pengarang Harakahdaily. Beliau akan memimpin pasukan editorial dan seterusnya menentukan hala tuju media ini.


(Penyerahan rasmi tugas kepada Ketua Pengarang Harakahdaily yang baru, Taufek Yahya dengan disaksikan Pengarah Urusan Harakah, Datuk Kamarudin Jaffar dan Herman Firdaus, Pengarang Harakahdaily English yang baru)

Sebagaimana saudara-saudari memberikan kepercayaan kepada saya, saya pohon supaya perkara yang sama diberikan kepada saudara Taufek.


Kepada kakitangan Harakahdaily, saya ucapkan selamat berjaya dan yakinlah apabila kita buat sesuatu dengan hati yang penuh ikhlas kerana Allah dan tugas yang diamanahkan, Allah akan bersama kita walaupun pelbagai badai datang melanda.


Kepada pemimpin PAS dan kakitangan Harakah keseluruhannya, terima kasih atas kepercayaan dan kerjasama yang diberikan sepanjang saya menjalankan tugas selama 26 tahun ini.


Kepada pembaca, peminat dan pengkritik Harakahdaily, terima kasih banyak. Kerana anda semualah kejayaan dicapai oleh Harakahdaily dengan izin Allah jua.



Selamat membaca dan seterusnya berjaya di dunia dan akhirat.



Zulkifli Sulong
Rawang
29 Ogos 2013.

Tanda Putera mula tayangan dengan 12 penonton Melayu

Posted: 29 Aug 2013 07:06 PM PDT

23 Syawal 1434 H. [MOD] -

Tayangan pertama Tanda Putera di pawagam di Mid Valley hari ini menerima sambutan dingin. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 29 Ogos, 2013.





















Tayangan pertama Tanda Putera di pawagam di Mid Valley hari ini menerima sambutan dingin. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 29 Ogos, 2013.











Filem kontroversi Tanda Putera mula ditayangkan hari ini dengan dewan tayangan di Mid Valley Megamall pada jam 11 pagi hanya menarik  12 penonton.

Tinjauan The Malaysian Insider mendapati kebanyakan penonton juga adalah komuniti Melayu yang terdiri daripada kakitangan kerajaan.
Mereka bagaimanapun melihat filem kisah hidup Tun Abdul Razak, perdana menteri kedua itu tidak membawa sebarang mesej perkauman, sebaliknya segala dakwaan rasis dan perkauman dalam jalan cerita filem itu adalah untuk menunjukkan latar belakang dan jalan cerita.
"Saya melihat tiada isu perkauman, saya tidak nampak jalan cerita menyentuh  isu perkauman, ia hanya menunjukkan jalan cerita, lagipun ia adalah fakta  sejarah sebenarnya," kata Mohd Razif Ahmad Fuad, 30, seorang penjawat awam ketika ditemui The Malaysian Insider.
Filem berkenaan sebelum ini menerima kritikan keras pelbagai pihak termasuk DAP yang mendakwa fakta berkenaan insiden 13 Mei dalam filem itu diseleweng, termasuk babak "kencing di tiang bendera."
Babak berkenaan bagaimanapun masih dipaparkan dalam filem itu.
Hanim Azira, 29, bagaimanapun menegaskan filem berkenaan adalah hasil yang baik menunjukkan bagaimana tokoh negara akan melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan negara.
"Ia filem yang bagus. Menunjukkan tokoh sanggup lakukan apa sahaja demi negara," katanya yang bekerja sebagai broker.
Rakan Hanim, Zaidi Sidek, 33, juga melihat filem itu tidak menimbulkan isu perkauman sebaliknya lebih menjurus kepada semangat patriotik.
Kedua-dua mereka turut mengakui mengambil cuti semata-mata untuk menonton Tanda Putera.
Isu dan kontroversi yang menyelubungi filem arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba itu juga berjaya menarik penonton apabila seorang remaja mengakui menonton filem berkenaan selepas kontroversi itu dipaparkan media.
"Saya tonton kerana dengar kontroversi dan selepas menontonnya saya berpendapat tiada isu rasis, tetapi ia bergantung kepada penerimaan penonton," katanya yang enggan dikenali. 
themalaysianinsider.com

Assad ikrar pertahan negara dari serangan Barat

Posted: 29 Aug 2013 07:01 PM PDT

23 Syawal 1434 H. [MOD] -

DAMSYIK: Presiden Syria, Bashar Assad hari ini berikrar negara itu akan terus mempertahankan diri bagi menentang sebarang serangan barat berikutan dakwaan penggunaan senjata kimia. 


Dalam masa yang sama, pemeriksa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dijadulan meninggalkan Syria dalam tempoh 48 jam ini bagi membawa maklumat yang dianggap penting bagi menentukan sama ada serangan dilakukan. 


Perdana Menteri Britain, David Cameron pula tetap dengan pendirian agar serangan tentera dilakukan terhadap Syria tetapi undian Parlimen menolak usul yang dikemukakan semalam. 


Pegawai Pertahanan Perancis pula secara terbuka berkata, pihaknya sedang menyediakan keperluan mengenai kemungkinan operasi serangan terhadap Syria. 



Pentadbiran Barack Obama pula sedang mengadakan taklimat kepada kongres Amerika Syarikat (AS) mengenai serangan terhadap Syria. 



AS, Britain dan Perancis menyelahkan rejim Assad berhubung penggunaan senjata kimia dalam serangan pada 21 Ogos lalu terhadap kumpulan pejuang di pinggir Damsyik. 



Kerajaan Syria bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan mendakwa kumpulan pejuang sebenarnya yang menyerang rejim berkenaan. - A

Ribery dinobat Pemain Terbaik Eropah

Posted: 29 Aug 2013 07:00 PM PDT

23 Syawal 1434 H. [MOD] -
Ribery dinobat Pemain Terbaik EropahPENYERANG Argentina, Lionel Messi (kiri) mengucapkan tahniah kepada Franck Ribery selepas dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Eropah musim 2012/13 di Monaco, awal pagi tadi. - Foto AFP

MONACO: Pemain sayap Bayern Munich, Franck Ribery hari ini dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Eropah musim 2012/13. 


Pemain antarabangsa Perancisi itu menjadi pemain ketiga memenangi anugerah berkenaan yang sebelum ini dibolot dua pemain Barcelona, Lionel Messi (2011) dan Andres Iniesta (2012). 


Kali ini Ribery mengetepikan Messi dan penyerang Real Madrid, Cristiano Ronaldo. 


Ribery membantu Bayern bagi membolot tiga trofi kejuaraan musim lalu iaitu Liga Juara-Juara Eropah, juara Bundesliga Jerman dan Piala Jerman. 

Beliau bertanggungjawab membantu jaringan kemenangan Bayern menerusi gol Arjen Robben dalam perlawanan akhir menentang Borussia Dortmund dengan keputusan 2-1. - AFP 
pgr/lp-as/ps Fbl-Eur-FRA-GER-Ribery-award AFP

Cameron gagal dalam undian Parlimen serang Syria

Posted: 29 Aug 2013 06:58 PM PDT

23 Syawal 1434 H. [MOD] -

LONDON: Perdana Menteri Britain, David Cameron gagal dalam undian terhadap usul yang dibentangkan di Parlimen bagi negara itu menyertai rakan sekutunya menyerang Syria yang didakwa menggunakan senjata kimia.


Beliau gagal 13 undi dalam usul yang dikemukakan di Parlimen semalam, yang menyaksikan undian 285-272 bagi menolak penyertaan Britain dalam mengambil tindakan ketenteraan terhadap Syria.


Undian Parlimen Britain itu melambangkan pandangan rakyat Britain yang tidak mahu negara itu menyertai misi ketenteraan terhadap Syria. 


Cameron berkata sementara beliau percaya bahawa terdapat penggunaan senjata kimia di Syria, beliau tetap menghormati keputusan Parlimen Britian.

Pada awal minggu ini, Cameron dilihat bersedia untuk menyertai Washington dalam kemungkinan untuk mengambil tindakan ketenteraan terhadap rejim Presiden Bashar al-Assad berhubung penggunaan senjata kimia. - AP

16 maut serangan bom di pasar Baghdad

Posted: 29 Aug 2013 06:57 PM PDT

23 Syawal 1434 H. [MOD] -

SAMARRA: Sebuah kereta yang membawa bom meledak di sebuah pasar menjual buah-buahan dan sayur di utara Baghdad, mengorbankan sekurang-kurangnya 16 orang, hari ini. 

Serangan bom berani mati itu itu menyebabkan 25 orang cedera yang berlaku jam 6.45 petang waktu tempatan. 

Kejadian itu sehari selepas negara itu digegarkan dengan beberapa kejadian letupan bom di sekitar ibu negara Irqa itu yang mengorbankan 75 nyawa. 

Serangan di pasar Samarra yang dikenali juga sebagai Mraydi, ketika keadaan sedang sibuk dengan orang ramai membeli keperluan ketika menghampiri waktu pasar berkenaan ditutup. 

Daripada 16 yang maut, tiga termasuk wanita dan dua kanak-kanak, demikian menurut pegawai polis dan hospital. - AFP 

Malaysia Airlines Tawar Tambang RM56 Ke Destinasi Domestik Sempena Hari Merdeka

Posted: 29 Aug 2013 08:06 AM PDT


22 Syawal 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines menawarkan tambang sehala terangkum RM56 ke semua destinasi domestik untuk tempoh 56 jam sahaja sempena meraikan sambutan Hari Kemerdekaan negara yang ke-56.

Tawaran itu bermula pada pukul 12.01 pagi 30 Ogos, 2013 dan berakhir pada pukul 8.00 pagi 1 September, 2013.

Tiket yang ditempah semasa tempoh promosi itu sah bagi perjalanan sehingga 31 Disember, 2013.
Tambang sehala terangkum ke semua destinasi domestik ini termasuk perjalanan ke Sabah dan Sarawak.
"Bagi mereka yang tidak berkesempatan pulang dan bersama keluarga semasa cuti Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini kini boleh mendapatkan tawaran tambang sehala RM56 yang menakjubkan ini untuk bercuti hujung minggu ini atau merancang percutian kemudiannya nanti tahun ini.
"Tawaran Merdeka Malaysia Airlines merupakan peluang terbaik untuk melancongdalam Malaysia," kata Naib Presiden Kanan Serantau Malaysia Airlines, Muzammil Mohamad dalam satu kenyataan pada Khamis.
Enrich, program Malaysia Airlines bagi mereka yang kerap menggunakan perkhidmatan penerbangan juga mengadakan peraduan bagi ahlinya untuk mengumpulkan sehingga 56,000 Enrich miles dengan cepat.
Untuk layak menyertai peraduan itu, ahli-ahli perlu terbang dengan Malaysia Airlines ke mana-mana destinasi domestik dalam Malaysia mulai sekarang sehingga 30 September, 2013.
Untuk memenanginya, peserta boleh menghantar foto dengan kapsyen berkaitansesuatu yang mereka suka tentang Malaysia ke Instagram dengan hashtag #MH56 @malaysiaairlines dengan nombor Enrich mereka masing-masing.
Pelanggan boleh mendapatkan tawaran ini di semua saluran pengedaran - www.malaysiaairlines.com, talian 24 jam Malaysia Airlines di 1 300 88 3000,MHmobile, pejabat tiket Malaysia Airlines dan ejen yang dilantik di seluruh Malaysia. - BERNAMA

Pakatan Perak tanggung hampir RM1j kos petisyen p'raya

Posted: 29 Aug 2013 08:02 AM PDT


22 Syawal 1434 H. [MOD] -

Parti Pakatan Rakyat di Perak perlu menanggung hampir RM1 juta sebagai kos dalam 11 petisyen pilihan raya di negeri itu, yang kesemuanya ditolak atas alasan teknikal.


MP DAP Taiping Ng Kor Ming berkata keseluruhan kos yang ditanggung Pakatan itu berjumlah hampir RM965,000.


Kos paling tinggi yang dikenakan adalah untuk petisyen pilihan raya bagi kerusi parlimen Tapah, sebanyak RM150,000.


Ia diikuti dua petisyen pilihan raya di Pasir Panjang (masing-masing RM120,000 dalam bentuk kos) dan Selama, di mana Pakatan diarah membayar RM110,000 dalam bentuk kos.


Kematian eksekutif penerbangan AirAsia X penuh tragis

Posted: 29 Aug 2013 07:56 AM PDT

22 Syawal 1434 H. [MOD] -

Rakan dan keluarga di upacara pengebumian Shahrinawati petang tadi. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 29 Ogos, 2013.
Rakan dan keluarga di upacara pengebumian Shahrinawati petang tadi. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 29 Ogos, 2013.
Kematian eksekutif penerbangan Shahrinawati Abu Bakar semakin bertambah tragis.
Polis petang ini mengesahkan beliau bukan sahaja dilanggar malah barangannya turut dirompak.

Ketua Polis Ampang Amiruddin Jamaluddin berkata seorang saksi bersama rakannya membawa Shahrinawati ke hospital namun sudah terlambat.
"Saksi melihat dua lelaki cuba merompak beliau. Dia kemudian mengundurkan kereta bagi menghalang penjenayah tetapi malangnya terkena mangsa," kata Amiruddin.
Laporan awal mendapati mangsa maut disebabkan cedera parah namun hasil penyiasatan mendapati sebaliknya.
Dua penjenayah melarikan diri menggunakan motosikal Yamaha LC berwarna hitam dan seorang daripada mereka keciciran dompet.
Kejadian berlaku di hadapan kondominium Palm Villa di Taman Cempaka di mana mangsa tinggal bersama tiga adiknya.
Shahrinawati, 30, diserang ketika keluar dari kenderaan pada jam 2.45 pagi.
Siti Mariam Mohd Hanif, 23, rakan kepada mangsa, berkata Shahrinawati seorang pemimpin yang baik.
"Dia seorang yang tegas bila bekerja dan dihormati ramai," katanya yang kali terakhir berjumpa mangsa pada petang Rabu ketika sesi taklimat.
Bapa mangsa, Abu Bakar Jemain, 53, ketika ditemui di rumah mayat Hospital Kuala Lumpur kelihatan tenang.
"Ini sudah ditakdirkan. Biar polis yang menyiasat," katanya.
Rakan dan saudara hadir ke Masjid Nurul Hidayah Pandan Indah petang tadi bagi memberikan penghormatan terakhir.
themalaysianinsider.com

Khutbah Jumaat : "Merdekakah Kita"

Posted: 29 Aug 2013 07:51 AM PDT

22 Syawal 1434 H. [MOD] -

  
اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقاَئِلِ 

قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَنْ تَشَاءُ وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ مِمَّنْ تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَنْ تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَنْ تَشَاءُ بِيَدِكَ الْخَيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Katakanlah: "Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.


اَشْهَدُ اَنْ لاَ الــهَ اِلاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الــِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ.
عِبَادَ الله اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Sidang Jumaat Yang Dihormati Sekalian,
Sambutan kemerdekaan sedang disambut di seluruh negara dengan berbagai cara dan pendekatan. Persoalannya ialah adakah semua kita benar-benar telah memerdekakan diri dan jiwa kita seiring dengan kemerdekaan negara. Ada orang berpendapat bahawa manusia menjadi merdeka apabila negaranya merdeka. Ada orang menganggap bahawa kemerdekaan itu mesti dihayati dan dinikmati sepenuhnya dengan melakukan apa sahaja yang terlintas di hati dan terlihat di mata. Ada juga orang yang berpendapat bahawa kemerdekaan bermakna kita mesti berpuas hati terhadap apa sahaja yang ada pada hari ini walaupun  tiada sebarang pembaikan dan perubahan dengan semata-mata bersandar kepada konsep kesyukuran.

Sidang Jumaat Yang Dikasihi Sekalian,
Sekian lama kita menyambut kemerdekaan, tidak banyak perubahan yang berlaku terhadap Umat Islam dan Bangsa Melayu keseluruhannya. Kita masih lagi menjadi Bangsa yang kerdil dan tidak menjadi pengatur dan penentu dalam kehidupan masyarakat. Anak-anak remaja kita masih menjadi beban kepada usaha pembudayaan masyarakat cemerlang dan menghadapi krisis identiti yang tidak berkesudahan. Bangsa kita masih menjadi bangsa yang malas membaca, malas berfikir dan malas berusaha sehingga kita sering teraniaya. Bangsa kita dilekakan oleh penjajah malah terus dilekakan oleh bangsa kita sendiri menyebabkan kita hanyut dan karam di dalam lautan kemerdekaan.
Bangsa melayu dan Umat Islam di negara ini tersilap dalam menghayati kemerdekaan. Kita ibarat rusa masuk kampong yang seolah-olah tidak mahu melepaskan setiap saat dari kemerdekaan yang ada. Kita mahu bebas sebebasnya dan mahu melepaskan diri dari segala kongkongan yang ada. Di kalangan hartawan ramai yang hanya bermegah-megah dengan harta dan kekayaan. Di kalangan pemimpin ada yang asyik berusaha mempertahankan kekuasaan dengan membiarkan rakyat terus dalam kelekaan. Di kalangan penguasa ada yang menjadi hamba mengejar pangkat dan kedudukan. Di kalangan rakyat ada yang hanya berhibur dan bergurau senda tanpa memikirkan masa depan.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Untuk menilai sejauh mana kita telah menghayati kemerdekaan, maka kita perlu menilainya dari kaca mata Islam. Kemerdekaan atau kebebasan merupakan salah satu prinsip asas dalam Syariat Islam.  Islam melihat kebebasan sebagai suatu keperluan asasi bagi setiap manusia. Sebab itulah disebutkan bahawa Islam membuka negeri-negeri ketika menawannya bukan menjajahnya kerana Islam tidak bertujuan menguasai dan menzalimi tetapi bertujuan membebaskan manusia bagi menerima kebenaran Allah. Kita tidak melihat mana-mana kerajaan Islam yang memaksa rakyatnya memeluk Islam walaupun kita melihat ramai umat Islam disiksa dan dianiayai semata-mata kerana menerima Islam.

Mukminin Yang dirahmati Allah,
Tidak akan ada kaedah lain untuk mengembalikan kegemilangan bangsa kita. Kita bukan bangsa yang lemah tetapi kita hanya dilemahkan oleh penjajah. Bangsa kita pernah mengukir nama dipersada dunia. Panglima Awang, sebagaimana yang digambarkan dalam karangan Harun Aminurrashid adalah dikatakan sebagai orang pertama yang berjaya mengelilingi dunia. Kejayaan perenang merentas selat Inggeris, pelayaran solo, menjejaki puncak Everest dan sebagainya turut membuktikan keupayaan bangsa Melayu menyaingi bangsa-bangsa lain. Namun apakah bangsa kita mengakui dan menyedari kehebatan dan jati diri bangsa sendiri jika terus-terusan kita meniru dan meyerap masuk budaya asing yang tidak menentu.  

Hadirin yang dirahmati Allah,
          Bagi golongan anak muda, khatib juga ingin berpesan dalam kita menyambut perayaan kemerdekaan ini, hendaklah kita mengelak dari melakukan perkara-perkara yang ditegah dalam agama khususnya di malam ambang kemerdekaan. Seperti bercampuran di antara lelaki dan perempuan dan hiburan yang boleh merosakkan imej agama Islam.
بَارَكَ اللهُ لِي وَلَكُمْ فِى الْقُرْءَانِ الْعَظِيمِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُم تِلاَوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ، أَقُولُ قَوْلِي هَذَا وَاسْتَغْفِرُوا اللهَ الْعَظِيمَ لِي وَلَكُمْ، وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ، والْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ، الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ  وَالأَمْوَات، فَاسْتَغْفِرُوهُ إِنَّهُ هُوَ الغَفُورُ الرَّحِيمُ.


خطبة كدوا

اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقاَئِلِ :
كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَلَوْ آَمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَهُمْ مِنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ
Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.(Ali Imran : 110)

أَشْهَدُ أَنْ لاَ ِإِلَــهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلى ءَالــِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .

فَيَا عِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوْا اللهَ، أُوْصِيْكُمْ وَإِيـَّايَ بِتَقْوَى اللهَ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّـهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ

Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Rasulullah S.A.W dan para sahabat telah berkorban dengan berhijrah keluar dari kampung halaman sendiri semata-mata untuk mendirikan sebuah Negara Islam Madinah yang merdeka yang melaksanakan Syariat Allah seluruhnya. Kini Umat Islam masih menjadi Umat yang gagal melaksanakan keseluruhan perintah agam berbeza dengan Yahudi yang bebas melakukan apa sahaja. Mereka bebas memaksa sesiapa sahaja mengikuti cara hidup mereka namun tidak sesekali membenarkan Umat Islam berbuat demikian. Tidak akan ada gunanya sorakan kemerdekaan jika di sanubari tiada terdetik sebarang rasa untuk mempertahankannya. Untuk apakah kibaran bendera merata-rata jika tiada lagi semangat juang untuk mempertahankan agama dan negara. Apa dibangga keamanan dan kemewahan negara jika hari yang berlalu hanya menambahkan maksiat dan dosa.
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم.
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، خصوصا في مِصْرَ وَسُوْرِياَّ.
اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ، وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ، اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ، اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ، اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ، وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ،إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ، بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.
اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّيْن شاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان يُوْسُف عِزُّ الدِّيْن شَاه غَفَرُ اللهُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ

Ya Allah,
Sempena sambutan perayaan kemerdekaan yang ke-56 ini, kami pohonkan ehsan dari-Mu Ya Allah, agar Engkau kurniakanlah kepada kami nikmat kesejahteraan dan keselamatan yang berterusan, lindungilah kami dari segala keburukan dan keaiban, hindarkanlah kami dari segala rupa bentuk kemungkaran dan kemaksiatan. Peliharalah kami dari segala bala bencana, anugerahkanlah kami dengan kesihatan agar kami dapat berbakti kepada agama dan negara tercinta ini.



رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ .
إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالأِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ
وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ .
فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ.




Disediakan oleh :

Kamal Izat Bin Ahmed (Abu Izzah At-Tualanji)
Penolong Pengarah
Bahagian Pengurusan Masjid

Jabatan Agama Islam Perak

Tiada ulasan:

Nuffnang