:: cina islam | 2011 :: |
- Pemandu berhenti seolah-olah syak sesuatu tak kena - mangsa
- Petisyen Dun Bukit Baru ditangguh 5 Sept
- Kelantan agresif penerangan ke pedalaman
- Khutbah Jumaat : “TIPU DAYA YAHUDI DAN NASRANI”
- Gempa bumi berskala 6.0 landa Mexico
- Genting Highlands tetap dikunjungi biarpun nahas maut
- Senarai nama mangsa cedera nahas di Genting
- Dataran Nahdhah jadi padang jarak padang terkukur
- Mesir: Media asing berdepan ancaman serangan
- Polis tahan tiga anggota kongsi gelap dipercayai ada kaitan dengan kes di PP
- Nahas bas di Genting: Kerja menaikkan bangkai bas dijangka hari ini
- Nahas bas di Genting: 24 mayat sudah dibedah siasat
- Bas hilang kawalan 100 meter sebelum terjunam: Ketua Polis Pahang
- Hosni Mubarak dikenakan perintah tahanan di rumah
- 37 maut, 16 cedera.
Pemandu berhenti seolah-olah syak sesuatu tak kena - mangsa Posted: 22 Aug 2013 04:30 AM PDT KUALA LUMPUR: Seorang penumpang yang cedera dalam kemalangan bas dekat Genting Highlands semalam berkata pemandu bas itu telah memberhentikan basnya di tepi jalan sebelum kemalangan seolah-olah mengesyaki sesuatu tidak kena dengan kenderaan itu. "Pada masa itu saya terdengar bunyi yang begitu kuat dari bahagian depan bas tetapi pemandu itu masih meneruskan perjalanan," katanya yang duduk di belakang pemandu bas dalam perjalanan itu. "Masa itulah, tiba-tiba bas tidak dapat dikawal, cuba mengelak beberapa kereta dan bas tapi saya perasan bas ada melanggar dua tiga kereta sebelum sampai di suatu selekoh, bas terus menjunam jatuh ke dalam gaung," katanya yang kini dirawat di Hospital Sungai Buloh kepada Bernama ketika ditemui di hospital itu, dekat sini, hari ini. Nur Maizatul yang merupakan mangsa kedua yang dibawa naik dari dalam gaung dalam insiden itu berkata ini merupakan pengalaman pertamanya pergi dan pulang dari Genting Highlands bersama kawan lelakinya, Mohd Razis Ibrahim, 23, dengan menaiki bas dan menjadi detik ngeri yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila. "Saya ingat lagi masa itu keadaan sangat cemas, takut dan semua menjerit kuat. Tetapi saya tidak faham mengapa bas boleh bawa ramai penumpang sehingga ada yang sanggup berdiri dan duduk di pintu tangga bas," katanya sambil menambah kawannya kini menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur. Menceritakan pengalamannya ketika di dalam gaung itu, beliau berkata saat itu merupakan saat yang paling menakutkan apabila melihat ramai penumpang sudah bergelimpangan di sekitar bas itu dalam keadaan cukup menyayat hati. "Saya lihat satu-satu daripada mereka depan mata saya sendiri, ada yang sudah tidak bernyawa, ada yang kritikal. "Pada masa itu, saya meminta tolong lelaki sebelah kiri saya yang juga terselamat untuk membantu saya bangun kerana kaki saya patah tetapi dia pun tidak dapat berbuat apa-apa kerana turut mengalami nasib yang sama seperti saya (patah kaki)," katanya yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta di Batu Caves dan menetap di Rawang bersama keluarganya. Sementara itu, abang mangsa, Mohamad Nor Fazli Sahazmi Ahmad Sharuddin, 26, berkata beliau bersama ibunya bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan daripada ayahnya yang mengatakan adiknya terlibat dalam kemalangan di Genting Highlands. "Ayah hubungi saya selepas seorang anggota bomba menelefonnya menggunakan telefon adik dan memberitahu adik selamat tapi cederanya agak teruk. Masa itu pukul 3.30 petang, saya tidak fikir apa terus pergi sana. "Sejam kemudian saya sampai di tempat kejadian, saya buntu, saya pergi ke khemah yang menempatkan mayat-mayat, saya lihat satu persatu mayat sebab tidak pasti keadaan adik dan tak jumpa," katanya. Beliau berkata kira-kira 5 petang, abang iparnya menelefon beliau memaklumkan Nur Maizatul berada di Hospital Sungai Buloh. "Masa itu, rasa bersyukur sangat adik selamat, cuma mengalami cedera di muka, patah di bahagian tulang punggung, betis dan paha," katanya. Sementara itu, seorang mangsa warga Korea yang dirawat di Unit Kecemasan (ICU) Hospital Sungai Buloh, Kang Byoung Kuk berusia 60 tahun tidak dapat ditemubual kerana masih tidak sedar diri. - BERNAMA |
Petisyen Dun Bukit Baru ditangguh 5 Sept Posted: 22 Aug 2013 04:27 AM PDT 15 Syawal 1434 H. [MOD] - MELAKA: Hakim Mahkamah Pilihanraya hari ini menangguhkan keputusan bantahan PAS terhadap petisyen BN bagi Dun Bukit Baru kepada 5 September depan. Setelah mendengar hujahan kedua-dua pihak, hakim tersebut membuat keputusan tersebut sebentar tadi. Perbicaraan berlangsung di Kompleks Mahkamah Ayer Keroh di sini bermula jam 10.00 pagi. Pasukan peguam BN diketuai oleh Datuk Hafarizam Harun manakala PAS diwakili oleh Zulkhairi Mohamad. Antara pimpinan PR yang hadir di mahkamah hari ini ialah Adun Bukit Baru, Dr Khalid Kassim; Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Md Akin dan calon BN yang tumbang di Parlimen Bukit Katil, Datuk Seri Mohd Ali Rustam. |
Kelantan agresif penerangan ke pedalaman Posted: 22 Aug 2013 04:25 AM PDT 15 Syawal 1434 H. [MOD] - KOTA BHARU: Mengambil kira kawasan pedalaman di Kelantan kurang mendapat info mengenai kerajaan negeri, Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri (UPKN) merancang memperkasakan lagi peranannya. Antaranya memberi tumpuan melalui program penerangan, aktiviti pemimpin bersama rakyat dan ramah mesra secara lebih agresif di kawasan terbabit. Selain itu UPKN juga merancang mewujudkan Unit Hubungan Serantau dan membuka pejabat cawangan di luar Kelantan. "Anak-anak perantau tinggal di seluruh pelusuk negara. Dengan ada unit khas membolehkan pelbagai aktiviti dapat dilaksanakan. Pejabat cawangan dirancang diwujudkan di Kuala Lumpur. "UPKN dengan kerjasama sama Persatuan Anak Kelantan Perantauan Malaysia (Perakan) menyalurkan lebih banyak maklumat dan menganjurkan pelbagai program," katanya di sini. Menurutnya unit tersebut akan diketuai seorang Penolong Pengarah dengan dibantu pegawai dan pembantu. UPKN sekarang mempunyai tiga unit iaitu Penerangan, Penerbitan dan Multimedia dengan bilangan pegawai dan kakitangan seramai 29 orang. Ia diwujudkan sejak 1990. Selain itu kerajaan negeri juga mempunyai Urusetia Pembangunan Belia, Sukan dan NGO serta Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat. Wan Yusoff juga berkata, UPKN memberi fokus lebih kepada kawasan di pedalaman memandangkan penduduk di kawasan berkenaan didapati belum mendapat maklumat mendalam mengenai kerajaan negeri. "Program turun ke bawah akan diberi tumpuan di kawasan berkenaan terutamanya Gua Musang, Jeli, Kuala Krai, Tanah Merah, Pasir Puteh dan Machang. "Penduduk di kawasan terbabit tidak mendapat pendedahan lengkap mengenai kerajaan negeri disebabkan keupayaan penebusan internet di kawasan tersebut masih terkebelakang. "Tumpuan sekarang mengadakan majlis-majlis penerangan, dialog, pameran dan ramah mesra pemimpin bersama penduduk," ujarnya. Selain itu UPKN juga merancang melihat sejauh mana maklum balas rakyat terhadap program dianjurkan kerajaan negeri melalui kajian yang akan dilakukan. Menurutnya, maklum balas rakyat di peringkat bawah terutamanya mereka yang tinggal di kawasan pedalaman cukup penting bagi membolehkan kerajaan negeri merancang agenda bertindak. Menurutnya juga kerajaan negeri merancang memperluaskan akses internet di kawasan pedalaman dengan mewujudkan rangkaian internet percuma di kawasan pusat bandar, masjid dan pusat khidmat wakil-wakil rakyat. "Kemudahan internet cukup penting terutamanya bagi membolehkan penduduk mendapat gambaran lebih jelas mengenai sesuatu isu yang berlaku. "Petugas unit multimedia akan menyalurkan maklumat melalui media baru termasuk facebook bagi membolehkan orang ramai mendapat maklumat segera," ujarnya. Sebelum ini Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob menjelaskan antara faktor PAS gagal bertapak kukuh di Gua Musang dan Jeli memandangkan banyak maklumat tidak sampai ke pengetahuan rakyat. harakahdaily.net |
Khutbah Jumaat : “TIPU DAYA YAHUDI DAN NASRANI” Posted: 22 Aug 2013 04:18 AM PDT 15 Syawal 1434 H. [MOD] - ) "TIPU DAYA YAHUDI DAN NASRANI" اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقاَئِلِ : لا يُحِبُّ اللَّهُ الْجَهْرَ بِالسُّوءِ مِنَ الْقَوْلِ إِلاَّ مَنْ ظُلِمَ وَكَانَ اللَّهُ سَمِيعًا عَلِيمًا (النساء: 148) Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang diucapkan secara terang-terangan (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dizalimi. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui.لَا يُحِبُّ اللَّهُ الْجَهْرَ بِالسُّوءِ مِنَ الْقَوْلِ إِلَّا مَنْ ظُلِمَ } اَشْهَدُ اَنْ لاَ الــهَ اِلاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الــِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ. عِبَادَ الله اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ. Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah Sekalian, Dunia hari ini sedang menyaksikan situasi yang amat sukar bagi kebanyakan umat Islam di seluruh dunia. Manusia semakin keliru dalam membezakan antara baik dan jahat, antara berperang dan mengganas, antara jihad dan jahat . Dunia hari ini bukan lagi dunia yang dikuasai oleh kepimpinan dan ketuanan Islam, tetapi dicernakan dan diaturkan oleh dunia barat yang penuh kepalsuan. Sekian lama dunia Islam menghadapi penganiayaan dan penindasan, namun Islam juga yang masih menjadi musuh utama alam sejagat . Umat Islam masih dilihat sebagai umat yang sukakan keganasan walaupun di mana-mana kita melihat Umat Islamlah yang sering menjadi mangsa keganasan. Ketika bumi Palestin dirampas oleh Yahudi Israel laknat, dunia masih sibuk menuding jari menyalahkan dan mempertikaikan tindakan kumpulan Islam yang berjihad mempertahankan negara mereka. Ketika umat Islam disembelih di Berbeza sangat keadaannya apabila keadaan yang sama menimpa Yahudi dan Nasrani. Sejarah pembunuhan entah berapa orang Yahudi oleh Hitler, menjadikan mereka bangsa yang dianggap sebagai mangsa selama-lamanya, sehingga mereka bebas membalas dendam kepada sesiapa tanpa boleh dilarang oleh sesiapa. Sedikit kecelakaan yang dirancang dalam peristiwa 11 September, menjadi alasan untuk dunia menerima kekejaman Amerika yang mengganas di seluruh dunia. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Ini semua berpunca daripada kelemahan Umat Islam yang terlalu bergantung kepada orang lain dan semakin jauh daripada ajaran Allah. Umat Islam hari ini tidak mempunyai sebab dan musabab bagi melayakkan mereka menerima bantuan dan pertolongan Allah. Terlalu jauh bezanya zaman ketuanan Islam suatu masa lalu dengan zaman kelesuan dan kedayusan umatnya pada masa ini. Khalifah Umar al-Khattab bersama tenteranya memasuki negara barat dengan hanya memberikan penduduk negeri tersebut tiga pilihan iaitu menerima Islam sebagai pegangan, bernaung di bawah pemerintahan Islam dan memberi jizyah atau bersedia menghadapi peperangan. Oleh kerana Islam mempunyai ketuanan serta dihormati oleh musuh dan kawan, maka tindakan tersebut tidak pernah dipersalahkan. Malah sebahagian besar penduduk menyambut kemasukan tentera Islam sebagai bulan jatuh ke riba kerana sekian lama mereka tersiksa dengan kekejaman pemerintah yang ada. Masyarakat dunia terlalu dahagakan keadilan dan kebebasan Islam. Dunia memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada kepimpinan Islam walaupun Umar Al-Khattab merupakan seorang pemimpin yang zuhud yang tinggal di rumah yang buruk dan memakai pakaian yang bertampal, namun keberanian, ketegasan dan keyakinannya melaksanakan Islam dihormati oleh penduduk dunia dan masyarakat antarabangsa. Ini berbeza dengan umat Islam hari ini yang lebih banyak menyembah mengharapkan keredhaan Yahudi dan Nasrani berbanding keyakinan terhadap pertolongan Allah. Walaupun pemimpin Islam hari ini mempunyai sumber kekayaan yang mampu menguasai dunia serta mempunyai mahligai dan kemewahan yang menakjubkan dunia namun segala tindakan kita seolah-olah masih mengharapkan pertolongan orang bukan Islam. Umat Islam hari ini lebih banyak menjaga imej agar tidak disalah anggap oleh orang lain daripada memperlihatkan amalan dan perlaksanaan Islam walaupun imej yang dikehendaki tidak pernah diperolehi. Kita lebih banyak bertolak ansur sehingga dunia langsung tidak mendapat gambaran apakah Islam sebenarnya. Rasulullah SAW bersabda: يُوْشَكُ أَنْ تَدَاعَى عَلَيْكُمُ اْلأُمَمُ كَمَا تَدَاعَى اْلأَكَلَةُ إِلَى قَصْعَتِهَا، فَقَالَ قَائِلٌ: أَوَمِنْ قِلَّةٍ نَحْنُ يَوْمَئِذٍ؟ بَلْ أَنْتُمْ يَوْمَئِذٍ كَثِيْرٌ، وَلَكِنَّكُمْ غُثَاءٌ كَغُثَاءِ السَّيْلِ، وَسَيَنْزِعَنَّ اللهُ مِنْ صُدُوْرِ عَدُوِّكُمُ الْمَهَابَةَ مِنْكُمْ وَلْيَقْذِفَنَّ اللهُ فِيْ قُلُوْبِكُمُ الْوَهَنُ. قَالَ قَائِلٌ: يَا رَسُوْلَ اللهِ، وَمَا الْوَهَنُ؟ قَالَ: حُبُّ الدُّنْيَا وَكَرَاهِيَةُ الْمَوْتِ.- (رواه البيهقي، حديث حسن). Hampir tiba zamannya manusia mengerumuni kamu sepertimana lahapnya mereka yang mengerumuni makanan. Sidang Jumaat Sekelian, Dunia masih terus diperbodohkan oleh Yahudi dan Nasrani jika Islam tidak kembali memerintah dunia. Teknologi nuklear hanya menjadi hak negara yang tidak mengancam mereka. Hak asasi manusia perlu diamalkan di negara dunia ketiga tetapi tidak menjadi agenda besar di negara mereka. Demokrasi digunakan untuk menjajah negara yang tidak tunduk kepada mereka sedangkan rampasan kuasa digunakan bagi membolehkan boneka mereka memerintah sesebuah negara. Muslimin Muslimat yang dirahmati Allah, Sukar nak digambarkan bagaimana Umat Islam mampu berdiam diri melihat pembunuhan demi pembunuhan ke atas saudara kita tanpa berbuat sesuatu yang bermakna bagi menghentikannya. Nyawa umat Islam seolah-olah tidak mempunyai sebarang harga dan pembunuhan umat Islam seolah-olahnya suatu perkara kecil. Sedangkan Rasulullah saw menafikan keislaman bagi pembunuh seorang muslim tanpa hak apatah lagi pembunuhan ribuan Umat Islam walaupun oleh pemimpin mereka sendiri. Sabda Rasulullah saw : عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سِبَابُ الْمُسْلِمِ فُسُوقٌ وَقِتَالُهُ كُفْرٌ Daripada Abdullah berkata, sabda Rasulullah saw bersabda ; mencela seorang muslim adalah fasiq dan membunuhnya adalah kafir. بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ، وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ. أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَالْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ. خطبة كدوااَلْحَمْدُ ِللهِ الْقَائِلِ :لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ النَّاسِ عَدَاوَةً لِلَّذِينَ ءَامَنُوا الْيَهُودَ وَالَّذِينَ أَشْرَكُوا سورة المائدة اية 82 Maka kamu akan mendapati bahawa mereka yang paling keras permusuhannya terhadap orang yang beriman adalah Yahudi dan mereka yang syirik kepada Allah. اَشْهَدُ اَنْ لاَ ِالــهَ اِلاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الــِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ. عِبَادَ الله اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ. Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah, Segala kekalutan seperti ini tidak akan berlaku jika Islam menguasai dunia. Dunia hari ini akan aman jika Islam diberi peranan yang secukupnya. Umat Islam mestilah mengembalikan jati diri dan berusaha mendapatkan kembali اَلسِّياَدَةatau ketuanan Islam bagi memimpin dunia. Oleh yang demikian kita tidak ada pilihan lain kecuali tidak tunduk apatah lagi menyokong segala tipu daya Yahudi dan Nasrani. Kita wajib menyokong segala usaha ke arah mengembalikan Islam sebagai kuasa memerintah kerana hanya Hukum Allah yang berhak dilaksanakan di bumi Allah ini. Firman Allah SWT : ولاَ تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ مِنْ أَوْلِيَاءَ ثُمَّ لاَ تُنْصَرُونَ Janganlah kamu cenderung kepada orang yang berlaku zalim, maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tiada penolong yang lain dari Allah, kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan. - Hud ayat 113 اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم. اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، خصوصا في مِصْرَ وَسُوْرِياَّ. اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ، وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ، اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ، اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ، اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ، وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ، بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ. اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّيْن شاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان يُوْسُف عِزُّ الدِّيْن شَاه غَفَرُ اللهُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ Ya Allah, Kurniakanlah Rahmat dan keampunanMu kepada seluruh Umat Islam di muka bumi ini. Kurniakanlah Rahmat dan keampunanMu kepada seluruh Umat Islam yang prihatin terhadap nasib saudara seagama mereka. kurniakanlah Rahmat dan keampunanMu kepada Umat Islam yang menunaikan zakat bagi membantu saudara-saudara mereka. Ya Allah Ya Rahim, Kurniakanlah keberkatan dan rezeki yang melimpah ruah kepada mereka sehingga mereka mampu untuk meningkatkan zakat dan bantuan yang mereka sumbangkan selama ini. Berilah hidayahMu kepada mereka yang masih belum terbuka hati untuk menunaikan tanggungjawab kepada Allah dan kepada sesama saudara seagama ini. رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ . إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالأِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ . فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ. Disediakan oleh : Kamal Izat Bin Ahmed (Abu Izzah At-Tualanji) Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Perak |
Gempa bumi berskala 6.0 landa Mexico Posted: 22 Aug 2013 02:50 AM PDT 15 Syawal 1434 H. [MOD] - MEXICO CITY 22 Ogos - Satu gempa bumi dengan kekuatan 6.0 pada skala Richter melanda bandar ini menyebabkan penduduk terpaksa berpindah dari bangunan dan hotel di pusat peranginan Acupulco, semalam. Pusat Seismologi Kebangsaan berkata gegaran itu berlaku sewaktu orang ramai sedang bersiap ke pejabat dan ke sekolah. Pusat gegaran direkodkan pada kedalaman 17 kilometer dari barat bandar San Marcos di selatan negeri Guerrero. Tiada kecederaan dilaporkan setakat ini. Gempa susulan dilaporkan menyusul 20 minit kemudian pada kedalaman 14 kilometer di timur laut Acapulco dimana batu-batu dari bukit jatuh di jalan utama dan menyebabkan hotel di kawasan tersebut merekah. - AFP |
Genting Highlands tetap dikunjungi biarpun nahas maut Posted: 22 Aug 2013 02:46 AM PDT 15 Syawal 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Nahas ngeri yang mengorbankan 37 orang di KM3.5 Jalan Genting Highlands semalam tidak menghalang pelancong tempatan dan asing untuk terus berkunjung ke pusat hiburan terkemuka itu. Tinjauan Bernama mendapati Genting Highlands Transport Sdn Bhd menjadi pilihan pengangkutan kerana ia merupakan satu-satunya syarikat yang menawarkan perkhidmatan terus dari Kuala Lumpur ke Genting Highlands dan Genting Higlands ke Kuala Lumpur di Jalan Tun Razak. Syarikat itu juga memiliki bas yang terlibat dalam tragedi itu semalam. Orang ramai kelihatan lebih memilih menaiki bas ke Genting Highlands berbanding teksi berikutan harga tambang murah iaitu RM5.90 bagi dewasa dan RM3 bagi kanak-kanak. Pelancong dari Indonesia, Peter Lee, 40, berkata beliau mahu mengunjungi pusat hiburan terkemuka itu hari ini walaupun mengetahui mengenai tragedi itu. Baginya, kejadian itu akan membuatkan pemandu dan syarikat pengangkutan lebih berhati-hati. "Saya baru sahaja tahu insiden itu hari ini. Tetapi, saya sudah datang sini untuk bercuti dan mustahil untuk membatalkannya. Jadi, semua itu saya letak ke tepi sahaja," katanya. Turut berkongsi pandangan ialah pelancong tempatan yang hanya mahu dikenali sebagai Wong, 50, yang tidak mahu bayaran pendahuluan hotel di Genting Highlands 'hangus' begitu sahaja gara-gara insiden ngeri itu. Wong yang bercuti ke Genting Highlands bersama kawan-kawannya berkata pengangkutan bas menjadi pilihannya kerana harga tiket murah berbanding teksi yang mengenakan bayaran RM20 seorang. "Auntie tetap hendak pergi...lagipun, auntie sudah lama rancang percutian ini dan tidak mahu batalkan," katanya. Pekerja Genting Theme Park, Sahur Asmuri, 29, yang menggunakan perkhidmatan bas syarikat itu dua kali seminggu, berkata bas merupakan pengangkutan paling fleksibel bagi dirinya. Ini kerana, penumpang tidak perlu tunggu lama kerana bas akan ada setiap setengah jam dan operasinya bermula dari 7 pagi hingga 9.30 malam. Setiap hari, katanya, tujuh buah bas disediakan meliputi 32 perjalanan pergi dan balik. Seramai 37 orang termasuk pemandu bas terbunuh dalam nahas itu apabila bas yang dinaiki 53 orang itu terjunam 60 meter ke dalam gaung ketika menuruni jalan curam dari puncak Genting Highlands menuju ke ibu negara. - BERNAMA |
Senarai nama mangsa cedera nahas di Genting Posted: 22 Aug 2013 02:39 AM PDT
|
Dataran Nahdhah jadi padang jarak padang terkukur Posted: 22 Aug 2013 02:35 AM PDT 15 Syawal 1434 H. Harakahdaily. MESIR: Beginilah keadaan Dataran Nahdhah yng terletak di daerah Giza ditengah-tengah Kota Kaherah. Ia kini bagaikan 'padang jarak padan tekukur'. Tiada lagi ribuan penyokong presiden Morsi yang berkhemah secara aman di kawasan yang terletak berhadapan Universiti Kaherah ini. Serangan berdarah dengan melepaskan gas pemedih mata dan tembakan oleh pihak tentera dan polis menyaksikan beratus-ratus rakyat awam yang tidak berdosa dibunuh dengan kejam. Khemah-khemah sementara telah dirobohkan oleh pasukan polis. Hospital bergerak yang terletak dalam kawasan Nahdhah yang berterusan menerima mangsa yang terkorban dan ratusan yang cedera juga telah dirobohkan. Jumlah kematian di Dataran Nahdhah ini dianggarkan melebihi 300 orang dan beratus-ratus lagi rakyat awam yang cedera parah akibat tembakan dan gas pemedih mata. Menurut saksi-saksi kejadian, Dataran Nahdhah ini kebanyakannya menghimpunkan anak-anak muda mahasiswa dari pelbagai universiti di seluruh Mesir. Dataran ini juga merupakan tempat perhimpunan kedua terbesar penyokong presiden Morsi selepas Dataran Rabaa. Ia mula di serang sebaik sahaja selepas solat Fajr di mana pihak polis dan tentera mengambil kesempatan kerana jumlah penyokong presiden Morsi di dataran ini berkurangan selepas solat Subuh. Kawasan persekitaran Dataran Nahdhah kini dikawal ketat oleh polis dan tentera. Tiada lagi kesibukan kenderaan yang lalu-lalang di kawasan ini. Pintu-pintu pagar Universiti Kaherah juga berkunci rapat. Kereta-kereta kebal dan truk-truk polis dilihat berbaris di sepanjang dataran ini. Orang awam pula tidak dibanarkan mendekati kawasan berdarah ini. Namun Dataran Nahdhan ini akan tetap mencatatkan satu lagi sejarah kekejaman junta tentera Mesir yang bukan sahaja merampas kuasa segcara rakus, tetapi juga telah melakukan penyembelihan beramai-ramai terhada rakyatnya sendiri termasuk ibu-ibu dan kanak-kanak yang tidak berdosa . |
Mesir: Media asing berdepan ancaman serangan Posted: 21 Aug 2013 08:32 PM PDT 15 Syawal 1434 H. [MOD] (Antara jurufoto media asing yang membuat liputan pembantaian di Medan Raba'ah pada 14 Ogos lalu) MESIR: Kerajaan sementara Mesir yang kini sedang berusaha menutup kekejaman mereka terhadap rakyatnya, bertindak mengancam media asing yang didakwa mereka sebagai berat sebelah dalam membuat laporan khususnya berhubung beberapa siri serangan dan pembunuhan yang berlaku. Sehingga kini sejumlah wartawan telah ditahan, diserang malah ada yang terkorban ditembak penembak tepat sewaktu sedang merakam gambar dan membuat liputan siri-siri serangan tentera terhadap rakyat. Beberapa laporan media menyebut Agensi Maklumat Negeri telah mengeluarkan kenyataan kepada wartawan pada Sabtu lepas, menjelaskan isu-isu yang dilihat sebagai media berlaku tidak adil. Laporan itu antara lain menyebut bahawa pihak kudeta merasakan kepahitan dan keperitan terhadap beberapa saluran media Barat yang berpihak kepada Ikhwanul Muslimin dan tidak mengendahkan keganasan yang telah dilakukan oleh kumpulan ini. Sejak berjaya "membersihkan" medan Raba'ah dengan membunuh ribuan penyokong Morsi, kerajaan kudeta dan tentera pimpinan Jeneral Abdul Fattah As-Sisi telah menyifatkan siaran media antarabangsa termasuk Al-Jazeera sebagai musuh kepada rakyat Mesir. Kenyataan ini telah menyebabkan lapangan kerja para wartawan kini bertukar tegang di mana mereka telah diganggu di jalanan dan dalam sebahagian kes lain, ditahan oleh pihak berkuasa Mesir ketika cuba untuk melaporkan peristiwa yang berlaku di tempat kejadian. Dalam perkembangan terbaru, Ikhwan Online melaporkan bahawa wartawan Al Jumhuriah di Buhaira, Hamid Al Barbari ditangkap selepas mendedahkan detik pembunuhan rakannya wartawan Al Ahram, Tamir Abdul Rauf oleh tentera sebelum ini. Dilaporkan, penahanan itu dibuat selama empat hari atas soal siasat dengan tuduhan memiliki senjata. Pada serangan terhadap penyokong Morsi di Raba'ah 14 Ogos lalu, pihak tentera juga turut mensasarkan jurugambar dan wartawan. Jurugambar bagi saluran Misr25, Ahad Abelgawad, turut ditembak mati oleh penembak tepat. Seorang lagi jurugambar Mus'ab Asy Syami juga terkorban. Beliau digelar sebagai "hero jurugambar" di kalangan rakannya kerana sentiasa berjaya merakam gambar-gambar terbaik sepanjang berlakunya perhimpunan. |
Polis tahan tiga anggota kongsi gelap dipercayai ada kaitan dengan kes di PP Posted: 21 Aug 2013 08:29 PM PDT 15 Syawal 1434 H. [MOD] - BATU GAJAH: Polis Perak tahan tiga anggota kongsi gelap yang dipercayai ada kaitan dengan lima lelaki yang ditembak mati di Pulau Pinang, beberapa hari lalu. Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Shukri Dahalan berkata, penahanan itu yang turut membabitkan rampasan senjata api sebahagian drp Ops Cantas dilakukan di Perak. |
Nahas bas di Genting: Kerja menaikkan bangkai bas dijangka hari ini Posted: 21 Aug 2013 08:26 PM PDT 15 Syawal 1434 H. [MOD] - BENTONG: Operasi mencari dan menyelamat diteruskan pagi ini bagi mengesan sekiranya ada lagi mangsa terperangkap dalam nahas bas yang terhumban dalam gaung di kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur. Timbalan ketua Polis Daerah Bentong, Deputi Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail, seramai 10 anggota pasukan gerakan am dan enam anggota bomba terbabit dalam operasi itu yang turut membawa keluar barang peribadi mangsa kemalangan. Sehingga jam 10.30 pagi ini usaha menaikkan bangkai bas masih belum bermula. |
Nahas bas di Genting: 24 mayat sudah dibedah siasat Posted: 21 Aug 2013 08:24 PM PDT 15 Syawal 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Sehingga jam 8.30 pagi tadi sebanyak 24 mayat nahas bas yang terbabas dan terhumban ke dalam gaung di kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur petang semalam sudah dibedah siasat. Dalam pada itu, 10 mayat sudah dikenalpasti dan enam pula sudah dituntut ahli keluarga mangsa. Ahli keluarga yang berada di sekitar kawasan Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur menanti dengan sabar bagi membuat pengecaman dan menuntut mayat mangsa. |
Bas hilang kawalan 100 meter sebelum terjunam: Ketua Polis Pahang Posted: 21 Aug 2013 08:22 PM PDT 15 Syawal 1434 H. [MOD] - KUANTAN: Bas yang terjunam ke dalam gaung di Km 3.5 Jalan Genting Highlands, hilang kawalan sejauh 100 meter sebelum melanggar tebing dan jatuh ke dalam gaung itu, kata Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani. Katanya, siasatan awal juga mendapati sebanyak 48 tiket dijual namun bilangan penumpang yang menaiki bas bernombor pendaftaran WGA 4136 berkenaan lebih daripada itu. Kejadian dilapor berlaku 2.45 petang ketika bas berkenaan menuruni puncak Genting Highlands berdekatan Chin Swee Temple, katanya ketika dihubungi Bernama, di sini. Nahas yang disifatkan terburuk dalam sejarah negara itu mengorbankan 37 nyawa, manakala 16 lagi cedera. - BERNAMA |
Hosni Mubarak dikenakan perintah tahanan di rumah Posted: 21 Aug 2013 08:19 PM PDT 15 Syawal 1434 H. [MOD] - KAHERAH: Kerajaan Mesir mengarahkan bekas Presiden, Hosni Mubarak dikenakan perintah tahanan di rumah selepas dibebaskan dari penjara di mana beliau menghabiskan hukuman dua tahunnya. Perdana Menteri, Hazem el-Beblawi dalam satu kenyataannya hari ini memerintahkan Mubarak ditahan di rumah sebagai sebahagian tindakan kecemasan untuk bulan ini. Pegawai penjara berkata, Mubarak mungkin dibebaskan awal iaitu hari ini. Perintah pembebasan Mubarak dikeluarkan selepas peguamnya membuat rayuan terhadap kes rasuah yang dihadapinya. Bekas presiden berusia 85 tahun yang digulingkan itu masih berdepan dengan beberapa lagi tuduhan di mahkamah. Keputusan untuk mengenakan tahanan di rumah itu dibuat kerana bimbang pembebasannya akan meningkatkan lagi konflik yang sedang berlaku di Mesir berikutan Presiden Mohammed Morsi digulingkan tentera, 3 Julai lalu. - AP |
Posted: 21 Aug 2013 08:17 PM PDT 15 Syawal 1434 H. [MOD] - Bas terhumban dalam gaung di Jalan Genting Highlands Mangsa terperosok, bertindih di bahagian depan bas Nahas terburuk babitkan bas dalam sejarah negara Genting Highlands: Seramai 37 terbunuh termasuk pemandu apabila sebuah bas yang membawa 52 penumpang terbabas dan terhumban ke dalam gaung, di kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur, petang semalam. Seramai 16 penumpang cedera, kebanyakannya parah dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur, Hospital Selayang, Hospital Sungai Buluh dan Hospital Bentong. Tragedi itu adalah kemalangan jalan raya terburuk dengan jumlah mangsa paling banyak terkorban di negara ini. BH/- |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2013 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan