Nuffnang

:: cina islam | 2011 ::

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 7:31 PG

:: cina islam | 2011 ::


Warga emas di Kelantan dapat pampasan RM54 juta

Posted: 13 Aug 2013 07:07 AM PDT

6 Syawal 1434 H. [MOD] -

Shakur menyampaikan senarai penerima Takaful Kifaalah Dun Kijang kepada Wan Ubaidah Omar.

KOTA BHARU: Sejak diwujudkan pada Febuari 2007 sehingga akhir Jun lalu sebanyak RM54 juta pampasan dibayar Kerajaan Negeri Kelantan kepada lebih 29,000 warga emas yang meninggal dunia.


Mereka berusia 60 tahun ke atas didaftar di bawah skim Takaful Kifaalah, merupakan program berkebajikan dikendalikan kerajaan negeri.

Kini program tersebut yang memberi manfaat besar kepada penduduk miskin turut dilaksanakan di Selangor dan Kedah.

Keluarga warga emas yang meninggal dunia akan menerima pampasan sebanyak RM1,500 di mana sebanyak RM500 dibayar pada hari kematian.

Pengurus Besar Kifaalah Sdn Bhd, Abdul Shakur Sharrie berkata, pampasan tersebut dibayar berdasar kepada tujuh polisi ditetapkan kepada peserta berumur 60 hingga 76 tahun ke atas.

"Tuntutan pampasan kematian sehingga 30 Jun lalu membabitkan seramai 29,220 orang warga emas berjumlah RM54.3 juta," katanya di sini.

Menurutnya sehingga pertengahan tahun ini seramai 148,196 warga emas berdaftar di bawah skim berkenaan.

Kata beliau 50 peratus daripada jumlah peserta yang meninggal dunia dalam tempoh tersebut berusia lebih 76 tahun.

Kumpulan tersebut merupakan 24 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli yang berdaftar.

Manakala kumpulan usia paling ramai berdaftar iaitu berumur antara 66 hingga 75 tahun iaitu sebanyak 41 peratus.

Abdul Shakur juga berkata, pada Ramadhan lalu Takaful Kifaalah memperuntukkan sebanyak RM388,000 dibayar kepada waris keluarga warga emas yang meninggal dunia.

"Peruntukan tersebut merupakan fasa ketiga tahun ini sebagai pampasan kepada peserta yang meninggal dunia," ujarnya.

Menurutnya juga sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini Takaful Kifaalah Sdn Bhd memberi saguhati sebanyak RM300 kepada setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun).

Katanya, pemberian itu sebagai penghargaan Kifaalah Sdn Bhd terhadap kerjasama pihak pengurusan Dun bagi memperkasakan skim Takaful Kifaalah.

 

Isu surau: PAS Johor dukacita, tak wajar berlaku

Posted: 13 Aug 2013 07:02 AM PDT

6 Syawal 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily.

KUALA LUMPUR: Badan Perhubungan PAS Johor melahirkan rasa amat dukacita dengan insiden terkini membabitkan penggunaan sebuah surau di sebuah resort di Sedili Besar, Kota Tinggi, bagi aktiviti yang ada kaitan dengan kepercayaan agama lain.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Mazlan Aliman, ia tidak seharusnya berlaku jika pihak pengurusan resort dan kumpulan agama tersebut peka dengan soal berkaitan agama dan batas kebebasan seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, apatah lagi Islam adalah agama rasmi.

Sambil mengalu-alukan siasatan yang dibuat oleh pihak polis dan pihak berkuasa agama, Mazlan dalam kenyataannya kepada Harakahdaily berharap orang awam harus bertenang dan jangan menghangatkan suasana yang boleh menimbulkan ketegangan agama dan kaum.

"Berlatarbelakangkan Malaysia sebagai negara berbilang kaum dan agama, semua pihak diingatkan agar mengawal emosi dan tindak-tanduk masing-masing. Kebebasan beragama bukan tiket untuk melakukan tindakan tertentu yang boleh mengguris perasaan pihak lain," tegas beliau dalam kenyataannya itu.

Apapun, tambah beliau PAS percaya ia adalah kes terpencil yang timbul akibat salah faham dan mampu diselenggarakan oleh pihak polis dan pihak berkuasa agama.

Dalam pada itu, Mazlan turut melahirkan kekecewaan dengan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Johor, Ustaz Abd Mutalib Abd Rahim, seperti disiar dalam Sinar Harian Edisi Johor hari ini yang menuduh PAS membisu dalam isu-isu yang mengaib dan menghina agama Islam.

Dakwaan itu, tegas Mazlan bukan sahaja tidak benar, malah berprasangka buruk.

"Walhal, Ustaz Mutalib sendiri punya maklumat mendalam mengenai PAS kerana hubungan yang baik beliau dengan pemimpin PAS Johor sendiri," kata Mazlan.

Katanya, selaku parti dan gerakan Islam yang dasar perjuangannya berteraskan Al Qur'an dan Sunnah, PAS memang sentiasa prihatin dengan isu-isu yang berkaitan akidah dan permasalahan ummah.

Sebagai contoh, kata Mazlan, isu pemindahan Tanah Perkuburan Islam di Pengerang sebelum ini, bukankah PAS bersama NGO Pengerang yang bertindak proaktif apabila timbul berbagai kontroversi?

Justeru, beliau melahirkan rasa dukacita terhadap kenyataan yang dikeluarkan Ustaz Mutalib tersebut.

 

Pulak dah.....Buku kontroversi bukan karya saya: Pak Lah

Posted: 13 Aug 2013 02:01 AM PDT

6 Syawal 1434 H. [MOD] -



Kuala Lumpur: Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi menafikan menuils, menaja dan meminta supaya buku kontroversi Awakening: The Abdullah Badawi Years in Malaysia diterbitkan.
Abdullah menganggap dirinya mangsa fitnah berikutan dakwaan beliau menulis buku itu dan bersubahat dengan pembangkang untuk menentang UMNO dan Barisan Nasion (BN). BH/-

BN kekalkan kemenangan DUN Selama, tolak petisyen Pas

Posted: 13 Aug 2013 01:46 AM PDT

6 Syawal 1434 H. [MOD] -

IPOH: Mahkamah Pilihan Raya di sini mengekalkan kemenangan Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selama selepas menolak petisyen yang difailkan calon PAS, Mohd Akmal Kamaruddin.



Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli dalam keputusannya berkata pempetisyen gagal mengemukakan permohonan petisyen yang lengkap dan tidak mematuhi Peraturan 4(1)(b) Peraturan-Peraturan Petisyen Pilihan Raya (EPR) 1954.
"Peraturan 4(1)(b) EPR memerlukan pempetisyen menyatakan fakta dan alasan berhubung petisyen itu," katanya.
Hakim memerintahkan Mohd Akmal membayar kos masing-masing RM50,000 kepada responden pertama, anggota DUN Selama Datuk Mohamad Daud Mohd Yusoff daripada BN dan responden kedua, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Mohd Akmal diwakili tiga peguam diketuai N.P. Ramachandran manakala responden pertama diwakili barisan peguam diketuai Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin manakala Peguam Kanan Persekutuan Norinna Bahadun dan Hanim Abd Rahman mewakili responden kedua.
Pada pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei lepas, Mohamad Daud menewaskan Mohd Akmal dengan majoriti 619 undi. - BERNAMA

Ketua sami Buddha mohon maaf kes upacara di surau

Posted: 13 Aug 2013 01:42 AM PDT

6 Syawal 1434 H. [MOD] -

  • Ketua Sami Buddha Malaysia Datuk K Sri Dhammaratana Nayake hari ini memohon maaf kepada penganut agama Islam atas tindakan kumpulan penganut fahaman Buddha dari Singapura yang bermeditasi di dalam surau sebuah resort di Kota Tinggi, Johor.


  • "Kami memohon maaf kepada saudara Muslim kami dengan tindakan sekumpulan penganut Buddha dari Singapura yang mengadakan sesi meditasi di surau sebuah resort di Kota Tinggi," kata Dhammaratana dalam kenyataannya petang tadi.

    NONEBeliau turut menasihat penganut Buddha agar menghormati sensitiviti agama lain dalam menunaikan kewajipan agama itu.

    "Mustahil kita dapat membina bahagia atas kesedihan orang lain," katanya dengan bermadah.

    "Saya menasihatkan penganut fahaman Buddha di Malaysia dan Singapura agar menghormati sensitiviti penganut agama lain dalam menunaikan tanggungjawab dan kewajipan mereka," katanya lagi.

    Kejadian berkenaan dikesan melalui satu video di Youtube, menunjukkan lebih 10 orang sedang menyertai satu upacara yang diketuai seorang individu berpakaian jubah berwarna oren di lokasi berkenaan.

    Kumpulan berkenaan ditunjukkan berada dalam keadaan duduk  mengadap satu objek yang didirikan dalam di depan, di ruang tengah dalam surau tersebut.

    Video dimuatkan oleh pengguna Youtube yang menggunakan nama 'Sebastianphiu' itu turut menunjukkan hiasan tulisan dalam bahasa Arab di dinding surau terbabit.

    Susulan itu, pemilik sebuah resort di Sedili Besar di Kota Tinggi itu direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung tindakannya membenarkan surau resort itu digunakan untuk upacara keagamaan penganut bukan Islam.

    Perintah reman itu dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Hairul Azhar Mohamad di Mahkamah Sesyen di Kota Tinggi hari ini.

    Lelaki berusia 45 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan iaitu mencemarkan tempat sembahyang dengan niat hendak mengaibkan agama mana-mana golongan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

    Malaysiakini/-

Kelantan akan tubuh Institut Pemikiran Tok Guru

Posted: 13 Aug 2013 01:34 AM PDT

6 Syawal 1434 H. [MOD] -

Selasa, 13 Ogs 2013 07:28
KOTA BHARU: Institut Pemikiran Tok Guru akan ditubuhkan oleh kerajaan Kelantan seberapa segera mungkin sebagai ruang rujukan masyarakat negeri ini dan luar untuk mendapatkan ilmu daripada bekas Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.



Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, ketika memberitahu Harakahdaily berkata, perkara itu telah dimaklumkan kepada Tuan Guru sejak cadangan penubuhannya selepas PRU13 lalu.

Menurutnya lagi, ianya diwujudkan sebagai ruang rujukan masyarakat berhubung ilmu Islam khususnya.

"Semoga idea, pemikiran, ilmu yang selama ini telah dikongsikan oleh tuan guru sejak sekian lama termasuk di peringkat kerajaan selama 23 tahun dapat dikongsi bersama oleh orang ramai.

"Dengan cara ini, idea atau pemikiran tok guru selama ini sentiasa segar dan dapat dimanfaatkan untuk semua sebagai teras kepimpinan ulama," ujarnya.

Institut itu, katanya akan memainkan peranan penting untuk menyebarkan konsep pentadbiran ulama di bawah kerajaan PAS dan Pakatan Rakyat yang ada sekarang.

Jelasnya, bagi menjayakan hasrat itu Tuan Guru akan hadir di pejabat Kota Darulnaim selama sebulan, seminggu sekali bagi membolehkan pelbagai pihak bertemu dengannya.

Pada masa yang sama, katanya Tuan Guru juga akan menyampaikan kuliah agama sekali dalam sebulan.

Tuan Guru ketika ditemui mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana menubuhkan institut itu.

Katanya, penubuhan itu sebagai suatu penghormatan kerajaan negeri dan rakyat kepadanya.

"Insya Allah saya akan penuhi hasrat itu demi untuk Islam, kerana selagi saya hidup, selagi itu saya tetap akan berjuang untuk Islam, untuk masyarakat seluruhnya," ujarnya.

Tempoh tahanan Morsi dilanjutkan 15 hari lagi

Posted: 13 Aug 2013 01:31 AM PDT

6 Syawal 1434 H. [MOD]
MESIR: Badan Kehakiman Mesir, semalam telah memanjangkan tempoh penahanan Presiden yang digulingkan Dr Muhammad Mursi untuk 15 hari lagi sementara menunggu siasatan kerjasama dengan Hamas.

Mursi, digulingkan oleh tentera pada 3 Julai, telah diletakkan dalam tahanan pada 26 Julai atas dakwaan hubungannya dengan gerakan Islam Palestin (Hamas).

Sebelum ini pihak tentera berjaya mendapatkan perintah mahkamah menahan Morsi selama 15 hari untuk tujuan siasatan tersebut.

Dalam pada itu, pihak tentera Mesir memaklumkan mereka telah menangguhkan serangan untuk menyuraikan kumpulan penyokong Morsi di medan Raba'ah yang sepatutnya dijadual dilakukan semalam.

DailyHerald melaporkan, seorang pegawai keselamatan Mesir, yang tidak mahu nama disiarkan memaklumkan penagguhan itu sekurang-kurangnya buat sementara waktu bagi "mengelakkan pertumpahan darah".

Beliau mendakwa, punca penangguhan itu ekoran maklumat berhubung operasi menggempur itu telah "dibocorkan" kepada pihak media.

Sejak Sabtu lalu, penyokong legitimasi yang menentang rampasan kuasa yang berkumpul di medan Raba'ah berdepan ancaman serangan apabila pihak tentera dikatakan mula mengepung kawasan di sekitar.

Ianya dikuatkan lagi apabila pada malam Ahad lalu, bekalan eletrik di kawasan Raba'ah telah diputuskan menjelang lewat malam yang memaksa penyokong menggunakan lampu malap yang dihidupkan menggunakan generator.

Sebagai keadaan siap siaga berdepan serangan pihak tentera, para penyokong masing-masing berkubu di pintu-pintu masuk medan itu dan memperkemas benteng-benteng pasir yang dibina sejak sebulan lalu.

40 pasangan kahwin di tengah himpunan Pro-Morsi

Posted: 13 Aug 2013 01:27 AM PDT

6 Syawal 1434 H. [MOD] -

(Antara pasangan yang memilih berkahwin di tengah-tengah himpunan Pro-Morsi di Medan Raba'ah)

MESIR: Dataran Raba'ah Adawiyah yang menjadi pusat kepada himpunan pro-Morsi dan legitimasi Mesir telah menyaksikan sekurang-kurangnya 40 pasangan mempelai mengadakan masjlis ijab kabul mereka di tengah-tengah medan ini sejak rampasan kuasa berlaku.

Biarpun bagi sesetengah orang mengaggapnya pelik, namun bagi salah satu pasangan, Atif dan Sara Saad, ianya menjadi kebanggaan dan sejarah manis dalam hidup mereka berdua.

Atif dan Sara yang selamat diijab kabul di tengah-tengah himpunan ini beberapa hari lalu dalam keadaan keliling medan Raba'ah dikepung pihak tentera yang bersedia menggempur peserta himpunan bila-bila masa untuk menyuraikan mereka.

Bagaimanapun mereka mendakwa, sangat bersyukur malah teruja dengan sambutan yang diberikan oleh ratusan ribu penyokong legitimasi yang sudah berkampung di situ lebih sebulan lalu.

"Beribu-ribu di sini telah menghadiri majlis perkahwinan kami. Kita tidak boleh menganjurkan perkahwinan dengan penyertaan seramai ini walaupun kita mahu melakukannya.

"Kanak-kanak kecil cuba untuk memberi gula-gula dan mainan milik mereka kepada isteri saya sebagai hadiah perkahwinan. Di mana lagi dalam dunia ini suasana bahagia seperti ini dapat kita temui, " kata Atif dipetik Anadolu Agency.

Dalam majlis perkahwinan di sini, pengantin akan berjalan di tengah-tengan medan Raba'ah di mana mereka menerima hadiah daripada beribu-ribu penunjuk perasaan, yang terus duduk di dataran.

Pada masa sama pengantin perempuan membawa gambar Presiden Mohamed Morsi dan pengantin lelaki menjerit slogan anti-rampasan kuasa.

Majlis makan malam perkahwinan pula disediakan oleh tukang masak di dapur dataran itu.

Dalam perkembangan sama, pentas Raba'ah juga turut mengumumkan ratusan lagi permohonan diterima untuk mengadakan majlis perkahwinan di medan ini dan satu majlis perkahwinan besar-besaran kan diadakan dalam masa terdekat.

Pemilik restoran nasi kukus di Paka pula dibunuh

Posted: 13 Aug 2013 01:24 AM PDT

6 Syawal 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR:Pemilik restoran Nasi Kukus Paka dekat sini, dijumpai meninggal dunia dengan kesan tikaman berhampiran premis tersebut kira-kira jam 7.00 pagi tadi.

Mayat beliau dijumpai di kawasan tempat letak kereta di hadapan restoran miliknya oleh seorang pekerja kedai berdekatan dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah.

Adun Paka, Ustaz Satiful Bahari Mamat berkata, allahyarham yang dikenali sebagai Lutfi, biasa menunaikan solat Subuh berjamaah di Surau Dar as-Salam.

"Kena tikam masa nak gi sembahyang Subuh. Biasa dia solat Subuh berjamaah di Surau Dar as-Salam, tauke Kedai Nasi Kukus Paka, ada empat cawangan kedai termasuk di Mydin Kuala Terengganu, dua buah di Paka dan satu di Mesra Mall," ujarnya dipetik Buletin Online ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu hadir ke lokasi sebaik diberitahu meminta keluarga allahyarham Lutfi yang berasal dari Kampung Pulau Rusa Kuala Terengganu, bersabar menerima ujian dari Allah itu.

Tawaran Kerajaan Perpaduan bukti Najib, BN goyah

Posted: 13 Aug 2013 01:20 AM PDT

6 Syawal 1434 H.
KUALA LUMPUR: Usul dan tawaran Kerajaan Perpaduan oleh Najib membuktikan bahawa kerajaan BN yang diterajui oleh beliau kini sedang berada di dalam keadaan lemah dan goyah.

Bagi blogger Kelab Greenboc, sekalipun Umno mendabik dada mengakui partinya masih kuat, dengan menguasai 88 dari 133 kerusi parlimen, namun hakikatnya, hanya kerusi yang kuat tetapi tidak pada undi popularnya.

"Apatah lagi kini MCA dan MIC telah ditolak oleh rakyat Cina dan India sebagai parti yang mewakili kaum mereka masing-masing," tulis blogger itu.

Maka, baginya BN hanya bertunjangkan Umno dan ia tidak lagi menggambarkan 'realiti' masyarakat Malaysia yang sebenar.

Menurutnya, apabila keadaan sedemikian berlaku maka, lambat laun nafas Umno akan sesak dan akan tumbang dengan sendirinya bersama panji Barisan Nasionalnya itu.

"Maka benarlah apa yang GB katakan sebelum ini, kemenangan yang diperolehi dengan penipuan itu adalah satu kemenangan yang rapuh, kemenangan yang batil, kemenangan yang tiada berkat padanya dan akhirnya kemenangan yang sedemikian akan tetap binasa.

"Demikian hukum kebenaran dan keadilan," ulasnya lagi.

Baca di sini

Janda cedera ditembak di stesen minyak di Kuantan

Posted: 12 Aug 2013 09:13 PM PDT

6 Syawal 1434 H. [MOD] -

Kuantan: Seorang janda beranak empat cedera selepas ditembak seorang lelaki dalam kejadian di sebuah stesen minyak di Jalan Haji Ahmad, di sini, kira-kira jam 3 pagi tadi.



Ketika kejadian mangsa berada di dalam kereta Toyota Alphard dan bernasib baik hanya cedera ringan terkena serpihan kaca.

Pemilik resort di Sedili Besar direman 4 hari

Posted: 12 Aug 2013 09:06 PM PDT

6 Syawal 1434 H. [MOD] -

KOTA TINGGI: Mahkamah Majistret di sini, pagi ini memerintahkan pemilik resort di Sedili Besar, yang didakwa membenarkan surau di resort itu digunakan penganut Buddha, ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan.



Polis menahan pemilik resort berusia 45 tahun itu jam 1.30 tengah hari semalam di resort berkenaan.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan.

1.2 juta rakyat Malaysia alami masalah kencing

Posted: 12 Aug 2013 09:03 PM PDT

6 Syawal 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Dianggarkan 1.2 juta rakyat Malaysia mengalami masalah inkontinens atau ketidakupayaan mengawal pembuangan air kencing.


Presiden Yayasan Kontinens Malaysia, Dr Peter Ng, berkata inkontinens urinari (gagal mengawal pundi kencing) lebih banyak dihadapi wanita berbanding lelaki, iaitu gangguan lantai pelvik yang paling lazim dialami dan tahap penyakit itu berbeza bagi setiap orang.
Perunding Urologi itu berkata seorang daripada 10 wanita, biasa menghadapi masalah inkontinens, manakala seorang daripada 20 lelaki pernah mengalami simptom itu.
Beliau berkata terdapat dua jenis inkontinens urinari yang dihadapi wanita iaitu 'inkontinens tekanan' dan 'inkontinens desakan'.
Inkontinens tekanan disebabkan batuk, ketawa, bersin, bersenam, mengangkat bebanan dan melakukan aktiviti berat manakala inkontinens desakan merujuk kepada pembuangan air kecil secara tidak terkawal dan dicetuskan secara rambang oleh bunyi air mengalir atau kurang minum air, katanya.
Bercakap kepada Bernama dalam temu bual eksklusif, Dr Ng berkata sesetengah wanita dan lelaki mengalami simptom inkontinens jenis tekanan dan desakan serentak, bagaimanapun kedua-kedua jenis inkontinens urinari ini boleh dirawat.
Beliau menegaskan inkontinens bukan sejenis penyakit tetapi lebih kepada simptom keadaan lain dan tanda-tanda menunjukkan sesuatu di dalam badan anda tidak berfungsi dengan baik.
"Inkontinens urinari boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, tetapi ia menjadi lebih lazim dengan peningkatan usia. Jika anda semakin berumur, lelaki dan wanita mempunyai masalah urin yang sama.
"Satu-satunya perbezaan adalah kelenjar prostat. Lelaki mempunyai kesukaran membuang air (biasanya disebabkan pembesaran prostat) dan wanita mudah bocor (biasanya disebabkan otot pelvik yang lemah)," katanya.
Ditanya tentang punca inkontinens, Dr Ng berkata terdapat banyak faktor inkontinens dan kadang-kadang ia hanya keadaan sementara yang dicetuskan oleh makanan tertentu atau cecair seperti alkohol dan kafein, yang mungkin mengganggu lapisan pundi kencing.
Bagi wanita ia disebabkan mengandung dan melahirkan anak, apabila lantai otot pelvik atau sfinkter (gelang otot) urinari atau saraf yang mengawal otot ini rosak, dan disebabkan otot pundi kencing lemah, katanya.
Dr Ng berkata lebih 80 peratus kes boleh diubati sama ada dengan mengawal pergerakan usus, melakukan senaman otot lantai pelvik, latihan pundi kencing, pengambilan ubatan dan pembedahan, jika perlu.
Beliau berpendapat inkontinens bukan sesuatu yang mudah untuk ditangani dan ia boleh menjadi rumit apabila orang tersayang menghadapinya, kerana dianggap sesuatu yang memalukan atau dilarang untuk membincangkannya.
"Apabila masyarakat sedar berapa ramai yang mengalami kesukaran inkontinens urinari, jadi mereka tidak akan malu untuk menanganinya. Nasihat saya kepada mereka yang mengalami simptom ini, sila berjumpa pakar urologi untuk didiagnos supaya anda boleh menjalani kehidupan normal," katanya.
Kajian daripada TENA Malaysia, pakar terkemuka dalam inkontinens urinari dan lemah pundi kencing, mendedahkan tiga peratus daripada penduduk dunia mengalami simptom ini.
Kajian itu mendapati 77 peratus daripada responden menyatakan inkontinens memberi kesan negatif kepada keyakinan diri, 74 peratus (menyiapkan tugasan), 64 peratus (aktiviti fizikal) dan 45 peratus (memberi tumpuan). - BERNAMA

Polis tahan pemilik resort yang didakwa jadikan surau sebagai tokong

Posted: 12 Aug 2013 07:39 PM PDT

6 Syawal 1434 H. [MOD] -
email
comments
Polis tahan pemilik resort yang didakwa jadikan surau sebagai tokong
PLAYClick to Expand & Play
KOTA TINGGI: Polis telah menahan pemilik Resort Tanjung Sutera, Tanjung Sedili, Kota Tinggi yang dikatakan membenarkan surau di pusat peranginannya dijadikan tempat upacara agama Buddha.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, pemilik berkenaan di tahan di resortnya jam 2.00 petang Isnin.

Pihak polis juga akan mendapatkan perintah reman bagi membolehkan pemilik resort berusia 45 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut seksyen 295 kanun keseksaan iaitu mencemarkan tempat sembahyang dengan niat hendak mengaibkan agama golongan lain.

Sabit kesalahan tegasnya boleh dikenakan penjara dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali.

Polis dijangka membawa pengurus terbabit ke Mahkamah Kota Tinggi esok untuk kebenaran menahan reman beliau.

Upacara sembahyang itu disedari oleh seorang pengunjung resort yang hendak menunaikan solat asar petang Sabtu.

Seramai 12 penganut agama berkenaan dan seorang sami dikatakan melakukan upacara sembahyang itu yang termasuk meletakkan gambar patung.

Sementara itu, video yang memaparkan surau dijadikan penganut Budha sebagai tempat untuk upacara keagamaan di sebuat resort di Kota Tinggi, Johor mula menjadi perbualan hangat.

Menurut laporan akharBerita Harian, video berdurasi 85 saat menampilkan sekumpulan individu dari Singapura dan seorang sami Buddha. Lambang agama turut diletak di bawah kedudukan ayat suci al-Quran.

"Perkara ini tidak sewajarnya berlaku. Mereka perlu faham undang-undang Malaysia kerana tindakan itu bukan sahaja mengguris perasaan, malah menghina Islam," kata Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Noh Gadut kepada akhbar berkenaan.

Sementara itu, pemilik resort yang merupakan warga Singapura yang mempunyai taraf Penduduk Tetap negara ini berkata beliau membenarkan kumpulan berkenaan menggunakan Surau namun tidak tahu mereka juga akan menggunakan peralatan keagamaan.

"Saya tidak berniat menyakiti hati mana-mana pihak. Niat saya adalah untuk menunjukkan Islam adalah agama sejagat dan bertoleransi," katanya yang juga beragama Islam.

Klik disiniuntuk menonton video berkenaan.

Berita mula diterbitkan pada: Ogos 12, 2013 18:10 (MYT)
Tag: Video, penganut Budha, Surah, meditasi, Penasihat Majlis Agama Islam .

Tak logik guna surau untuk meditasi

Posted: 12 Aug 2013 07:34 PM PDT

6 Syawal 1434 H. [MOD] -

  • Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub mengesyaki wujud "sesuatu yang tidak kena" dalam kejadian melibatkan penganut Buddha yang didakwa melakukan upacara keagamaan kontroversi di sebuah surau di resort di Kota Tinggi.
    Katanya, perkara itu perlu disiasat sebaiknnya kerana kejadian berkenaan menimbulkan banyak persoalan.


    "Saya rasa satu penyiasatan harus dilakukan dengan teliti siapa mereka sebenarnya. Kita tak nak buat tuduhan awal dan mengambil tindakan berdasarkan emosi.

    "(Penjelasan) mereka (peserta upacara) seperti tidak logik apabila mahu gunakan surau untuk meditasi. Benda ini macam ada perkara yang tidak kena. Jadi ia perlu siasatan rapi," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

    Beliau juga berpendapat, tindakan kumpulan penganut agama tertentu untuk menggunakan rumah ibadat orang lain merupakan perbuatan yang tidak masuk akal.

    "Saya lihat mustahil mereka yang memegang agama-agama lain seperti Kristian atau Buddha, ingin buat acara di rumah ibadah lain.

    "Seperti kita, ada ke kita mahu solat di kuil? Macam pelik (kejadian ini)," katanya lagi.

    Beliau merujuk kepada penjelasan pihak pengurusan resort yang didakwa membenarkan penganut Buddha melakukan upacara tersebut dilaporkan mempertahankantindakan tersebut dengan alasan ia bukan satu kesalahan.
    Wakil pengurusan terbabit mendakwa peserta upacara berkenaan mahu menggunakan dewan untuk bermeditasi.
    Beliau dilaporkan berkata, keputusan untuk membenarkan perkara itu pada pendapatnya bukan satu kesalahan.
    Menurutnya lagi, beliau berniat untuk "menunjukkan Islam adalah agama sejagat dan bertoleransi".
    Kejadian itu dikesan melalui satu video di Youtube, menunjukkan sekumpulan individu sedang menyertai satu upacara di lokasi berkenaan.
    Kumpulan yang diketuai seorang individu berpakaian berwarna oren tersebut ditunjukkan berada dalam keadaan duduk  mengadap satu objek yang didirikan dalam di depan, di ruang tengah dalam surau terbabit.

    Video dimuatkan oleh pengguna Youtube yang menggunakan nama 'Sebastianphiu' itu turut menunjukkan hiasan tulisan dalam bahasa Arab di dinding surau terbabit,.

    Video sepanjang 1 minit 25 saat yang dikesan dimuatkan dua hari lalu kini ditonton lebih 10,000 orang, setakat hari ini.

Noh Gadut: Kes upacara dalam surau 'hina Islam'

Posted: 12 Aug 2013 07:31 PM PDT

6 Syawal 1434 H. [MOD] -
Malaysiakini.

  • Jabatan Agama Johor (JAJ) menjalankan siasatan ke atas satu kejadian melibatkan penganut Buddha yang didakwa melakukan upacara keagamaan di sebuah surau di sebuah resort di Kota Tinggi.
    Exco hal ehwal agama negeri Abd Mutalib Abd Rahim dalam laporan Berita Harian hari ini menyebut, peguatkuasa JAJ diarah menyiasat dan mengunjungi lokasi kejadian, di Sedili Besar, sebelum melakukan tindakan.


    JAJ bersama penduduk kampung menutup dan mengosongkan surau terbabit untuk memberi ruang bagi siasatan, katanya dalam laporan itu.

    Laporan itu turut memetik kenyataan penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Noh Gadut yang  menyifatkan kegiatan kontroversi itu sebagai "mengguris perasaan" dan "menghina Islam".

    "Kita perlu lebih tegas dfengan menggunakan undang-undang yang ada termasuk menyenarai hitam kumpulan terbabit daripada memasuki negara ini semula.

    "Perkara ini tidak sewajarnya berlaku. Mereka perlu faham undang-undang Malaysia kerana tindakan itu bukan saja mengguris perasaan, malah menghina Islam," katanya.

    Kejadian berkenaan dikesan melalui satu video di Youtube, menunjukkan lebih 10 orang sedang menyertai satu upacara yang diketuai seorang individu berpakaian jubah berwarna oren di lokasi berkenaan.

    Kumpulan berkenaan ditunjukkan berada dalam keadaan duduk  mengadap satu objek yang didirikan dalam di depan, di ruang tengah dalam surau tersebut.

    Video dimuatkan oleh pengguna Youtube yang menggunakan nama 'Sebastianphiu' itu turut menunjukkan hiasan tulisan dalam bahasa Arab di dinding surau terbabit,.

    Video sepanjang 1 minit 25 saat yang dikesan dimuatkan dua hari lalu kini ditonton lebih 10,000 orang, setakat hari ini.

4,979 rakyat Palestin di penjara di Israel

Posted: 12 Aug 2013 07:27 PM PDT

6 Syawal 1434 H. [MOD] -

TEL AVIV 13 Ogos - Kira-kira 5,000 rakyat Palestin berada di penjara di Israel kerana kesalahan berkaitan keselamatan.

Menurut kumpulan hak asasi manusia Israel, BTselam dan persatuan penyokong tahanan Palestin Addameer, sehingga bulan Jun lalu jumlah keseluruhan banduan di penjara Israel adalah seramai 4,979 orang.

"Mereka terdiri daripada lapan orang ahli parlimen yang kebanyakan dari pergerakan Hamas yang menganggap Israel sebagai musuh dan organisasi pengganas," ujarnya.

Katanya lagi, mereka juga termasuk 15 orang wanita dan 238 orang kanak-kanak di mana 44 orang adalah terdiri remaja di bawah umur 16 tahun. - dpa

26 tahanan veteran Palestin akan dibebaskan

Posted: 12 Aug 2013 07:08 PM PDT

6 Syawal 1434 H. [MOD] -

BAITULMAQDIS 13 Ogos - Israel mengumumkan akan membebaskan 26 tahanan veteran Palestin menjelang rundingan damai Rabu ini, tetapi pada masa sama menimbulkan kemarahan di kalangan rakyat Palestin dengan meluluskan pembinaan penempatan baru.


Beberapa pegawai Israel mengkritik pembebasan banduan dan rakyat Palestin mengecam pelan penyelesaian, manakala Kesatuan Eropah (EU) menggesa kedua-dua pihak untuk mengelakkan tindakan yang boleh menjejaskan rundingan semula selepas tiga tahun.

Satu jawatankuasa khas menteri mengumumkan lewat semalam bahawa kerajaan Israel telah meluluskan 26 tahanan yang akan dibebaskan menjelang rundingan tersebut, menurut satu kenyataan daripada pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu. - AFP

150,000 terjejas banjir landa Sudan

Posted: 12 Aug 2013 07:04 PM PDT

6 Syawal 1434 H. [MOD] -

KHARTOUM: Angka penduduk yang terjejas akibat banjir yang melanda sepanjang bulan ini di Sudan kini mencecah kepada 150,000 orang dan jumlah itu dijangka terus meningkat lagi, demikian menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Lebih separuh atau 84,000 daripada mangsa terbabit tinggal di sekitar ibu negara, Khartoum, kata Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Bantuan Kemanusiaan (OCHA).
Setakat ini, di sekitar ibu negara saja, 20 orang dilaporkan terkorban manakala 240 lagi cedera akibat banjir, lapor agensi berita rasmi SUNA, lewat semalam.
"Hujan dijangka terus menerus beberapa hari lagi dan anggaran mereka yang terjejas juga akan terus meningkat," kata OCHA.
Stesen radio rasmi Omdurman melaporkan, banjir besar negara itu sudah mengorbankan 36 orang di wilayah utara Nile. - AFP

44 ditembak mati dalam masjid di Nigeria

Posted: 12 Aug 2013 07:02 PM PDT

6 Syawal 1434 H. [MOD] -

KANO: Kumpulan ekstremis Islam dipercayai menembak mati 44 jemaah dalam serangan di sebuah masjid di timur laut Nigeria, demikian menurut pegawai kanan kerajaan hari ini.

"Kumpulan lelaki bersenjata dipercayai anggota Boko Haram memasuki masjid dan mula melepaskan tembakan ke arah jemaah yang mengorbankan 44 orang," kata pegawai kerajaan yang enggan namanya disiarkan.
Beberapa penduduk berkata, penyerang berkenaan memakai baju tentera sebagai taktik penyamaran namun butiran mengenainya tidak dapat diperoleh. - AFP

Keita menang pilihan raya Presiden Mali

Posted: 12 Aug 2013 06:59 PM PDT

6 Syawal 1434 H. [MOD] -

BAMAKO: Ibrahim Boubacar Keita memenangi pilihan raya Presiden Mali selepas pencabarnya mengakui kalah sebelum keputusan rasmi diumumkan.


Soumaila Cisse pergi ke kediaman Keita lewat semalam untuk mengucapkan tahniah atas kejayaan Keita, demikian menurut jurucakap kedua-dua calon presiden itu hari ini.
Keita diramal menang mudah pilihan raya itu selepas memperoleh 40 peratus undian pada pengundian pusingan pertama.
Kebanyakan calon lain sudah memberi laluan kepada Keita yang juga bekas Perdana Menteri sejak pengundian pusingan pertama lagi.
Pemimpin berusia 68 tahun itu mengaharungi kempen untuk meningkatkan kedaulatan dan penghormatan terhadap Mali selepas negara itu menghadapi kekacauan oleh pemberontak berhaluan kiri, rampasan kuasa oleh kumpulan Islam dan tentera Perancis. - AFP

Siapa pengawal duit kita di bank?

Posted: 12 Aug 2013 06:55 PM PDT

6 Syawal 1434 H. [MOD] -

SETELAH beberapa hari berlalunya Syawal, kanak-kanaklah antara mereka yang paling gembira. Apa tidaknya. Syawal yang telah memasuki hari keenam pada hari ini tentunya mendatangkan rasa riang kepada mereka bila duit raya yang diperolehi dikira berulang kali menandakan senangnya rasa hati.

Kini anak-anak berkira-kira pula untuk membeli itu dan ini dan tidak kurang juga memujuk ibu ayah membawa mereka ke mana-mana institusi kewangan untuk mereka sendiri pergi menambah tabungan yang sedia ada. Nah, biarpun berulang kali masuk dan keluar bank, tentu ramai dari kita tidak pernah terfikir rahsia di sebalik duit tunai yang disimpan di bank-bank atau mana-mana institusi kewangan. Apa yang difahami umum, kita akan menyimpan bila ada lebihan dan mengeluarkannya bila ada keperluan.

Dalam sistem kewangan dan perbankan hari ini, mana-mana negara termasuklah Malaysia tertakluk pada satu dasar kewangan dan perbankan yang telah dipersetujui seluruh dunia. Timbullah persoalan, adakah Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) atau Bank Dunia itu merupakan pembuat dasar sebenar kewangan di peringkat antarabangsa? Dengan kata-kata lain, adakah kedua-dua ini bersifat bank pusat kepada dunia?

Sering kali kita dengar bahawa apa saja projek mega, dua institusi diatasl akan menjadi buah bicara sebagai pembiaya. Projek itu dibiaya IMF, projek ini dibiaya oleh Bank Dunia dan ada juga kata-kata "kita terhimpit atau dianiayai dengan dasar kewangan dan perbankan oleh kedua-dua institusi ini".

Dakwaan-dakwaan terbabit seterusnya mendorong kepada kefahaman bahawa IMF dan Bank Dunia adalah bank pusat kepada dunia.

Bukan tiada projek atau program-program kemanusiaan yang dibiayai oleh IMF atau Bank Dunia. Apa yang perlu difahami, masyhurnya kedua-dua badan ini bukanlah menjadikan kedua-duanya sebagai ibu kepada seluruh bank-bank pusat global.

Jika IMF atau Bank Dunia bukanlah antiti yang mengawal selia bank-bank dunia, siapakah bank utama kepada dunia? Dengan maksud lain, siapakah penjaga kepada bank-bank pusat di pelbagai negara di peringkat antarabangsa?

Jawapan kepada persalan tersebut ialah Bank Of International Settlement atau ringkasnya disebut sebagai BIS. BIS telah ditubuhkan pada 17 Mei 1930 sebagai salah satu unit-unit Neo-Collonism moden selain Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan World Bank.

BIS mempunyai pejabat utama di Basel, Switzerland dan mempunyai wakil di pelbagai tempat mengikut rantau.

Bagi Asia dan Pasifik, wakilnya adalah di International Finance Centre, Hongkong. Manakala bagi benua China, sebuah pentadbiran khusus telah diwujudkan di benua tersebut. BIS turut mempunyai wakilnya di benua Amerika iaitu di Del. Miguel Hidalgo, Mexico.

Adakah BIS menerima deposit atau wang simpanan dari mana-mana individu mahupun institusi?

BIS tidak sekali-kali menerima wang simpanan atau deposit sama ada dari institusi-institusi termasuk bank-bank pusat dari mana-mana negara, apatah lagi dari mana-mana individu.

Fungsi utama BIS adalah mengawalselia dasar dan perjalanan perbankan dan kewangan di dunia melalui bank-bank pusat di negara masing-masing. Ia termasuklah struktur agihan kepada modal dan pelaburan atas setiap deposit dalam negara dan peraturan berkaitan kawalan kredit. Malaysia dan sistem kewangan Islam tidak terkecuali dikawal selia oleh BIS selagi dilesenkan di bawah peraturan-peraturan berkaitan perbankan.

Apa yang menarik tahun-tahun mutakhir ini, BIS turut melihat kesan kenaikan harga minyak mentah yang pastinya akan memberi kesan kepada kos kewangan dan pengurusan kredit di serata dunia.

Satu hal yang perlu kita ketahui, kewujudan BIS adalah amat perlu kepada kelompok-kelompok percaturan pasaran kewangan global bagi menjustifikasikan setiap kehendak dan nafsu mereka dalam memastikan objektif neo-collonism mereka berjaya. Keserakahan mereka terhadap kemewahan dan menjadikan dunia termasuklah dunia Islam berada dalam kawalan mereka dapat dilihat melalui satu lagi antiti penuh sentimental iaitu Federal Reserve.

Bermula dari Federal Reservelah segala macam istilah seperti rezab pusat, bunga, faedah dan pelbagai lagi instrumen dicipta bagi mengembangkan pengaruh kelompok neo-collonism ini agar diterima secara sah di seluruh dunia. Nyatanya BIS adalah pada masa kini Berjaya melaksanakan tanggungjawab yang diberikan.

Kita akan membicarakan perihal Federal Reserve secara lebih terperinci pada kesempatan lain. Apa yang penting, seluruh pendokong dan pencinta Islam tidak lagi ada masa untuk sekadar berpeluk tubuh, menyaksikan dunia diratah oleh entiti-entiti moden yang menampilkan diri mereka dalam pelbagai rupa bentuk eksklusif. Tidak perlu kita bertindak sebagai anti-establishment atau menolak pemodenan dan pembangunan.

Meningkatkan upaya berasaskan pengetahuan, mengambil manfaat atas setiap manipulasi dan membina kekuatan sendiri adalah antara langkah perlu yang mesti dilaksanakan. Peka dan faham setiap gerak geri pemain-pemain dunia dalam mengawal dunia. Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik atau TPPA misalnya merupakan satu lagi kaedah menghalalkan matlamat yang pernah disebut oleh seorang tokoh Amerika Syarikat, Henry Kissinger.

Sesungguhnya kita perlu ada percaturan sendiri bagi mendepani suasana semasa agar kita mampu meletakkan negara pada kedudukan yang mampu mempertahankan kepentingan semua rakyat.

PAS kemuka pelan tindakan atasi jenayah berat

Posted: 12 Aug 2013 06:52 PM PDT

6 Syawal 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily.

KUALA LUMPUR:PAS akan berusaha mengemukakan pelan tindakan yang praktikal bagi menghadapi berleluasanya jenayah berat termasuk yang melibatkan pembunuhan menggunakan senjata api, kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub.

"Saya akan berusaha untuk mencadangkan langkah-langkah yang sewajarnya dalam mesyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkaitan perkara itu," katanya.

Apa yang penting, kata beliau, ialah PAS mesti mengemukakan pelan tindakan mengatasi jenayah yang praktikal sama ada kepada pihak berkuasa atau rakyat.

"Bagi mencapai tujuan itu, antara langkah pertama yang akan dilaksanakan oleh PAS ialah menggemblengkan pengalaman dan pemikiran bekas-bekas pegawai tinggi polis dan tentera yang kini berada di dalam PAS dan Pakatan Rakyat untuk menggariskan pelan tindakan yang benar-benar responsif kepada masalah tersebut," kata Salahuddin.

PAS, katanya lagi, tidak akan mengemukakan pelan tindakan itu kepada kerajaan sahaja malah kepada rakyat seluruhnya bagi memastikan manfaatnya yang meluas.

"Kita akan menggunakan medium-medium yang ada pada PAS seperti majlis-majlis ceramahnya, medianya dan lain-lain untuk membangkitkan kesedaran rakyat serta memastikan manfaat yang meluas pelan tindakan yang akan dikemukakan itu," kata beliau.

Bagi Salahuddin, sikap hanya menudung jari dan tidak bersifat pro-aktif dalam menangani masalah seperti masalah jenayah berat yang melanda negara kini tidak boleh lagi diamalkan, memudaratkan dan ketinggalan zaman.

Meskipun begitu, katanya, kerajaan juga mesti memainkan peranan dengan mengemukakan sistem dan strategi baru mencegah dan mengawal jenayah, penambahan anggota dan kelengkapan serta penambahbaikan kecekapan.

"Bagaimanapun semua langkah itu tidak lengkap dan bermakna tanpa penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).

"IPCMC sudah disepakati oleh sebahagian besar rakyat sebagai antara mekanisme yang diyakini untuk memperbaiki dan meningkatkan integriti pihak polis sebagai penguatkuasa yang dihormati dan disegani," kata Salahuddin.

Sejak Julai lalu, kes tembakan semakin berleluasa di negara ini.

Dua hari lalu, dalam masa 24 jam sahaja, sehingga empat kes tembakan dilaporkan berlaku, iaitu dua di Pulau Pinang, satu di Ipoh dan satu di Kuala Lumpur.

Comments posted (0)

YB BN

YB PAS

YB PKR

YB DAP