:: cina islam | 2011 :: |
- Pelancaran Buku 'Awakening' Ditangguh Disebabkan Pempolitikan - Editor
- Pelajar Matrikulasi, STPM Gagal Ke IPTA Boleh Ke UiTM
- Elektrik diputuskan, penyokong Morsi khuatir serangan
- Lelaki terbunuh akibat letupan bungkusan
- Mesyuarat Umno ditunda kerana kunjungan presiden China, AS
- Keadaan trafik dari arah utara ke ibu negara perlahan
- Maghribi: 16 pengawal diraja terbunuh dalam kemalangan
- Lima maut dalam letusan gunung berapi di Indonesia
- Anwar akan bawa isu isytihar harta ke mesyuarat Pakatan
- Anggota tentera cedera parah ditembak ketika meronda
Pelancaran Buku 'Awakening' Ditangguh Disebabkan Pempolitikan - Editor Posted: 11 Aug 2013 04:19 AM PDT 4 Syawal 1434 H. [MOD] - PETALING JAYA: Pelancaran rasmi buku 'Awakening: The Abdullah Years In Malaysia' telah ditangguhkan sehingga diberitahu kelak kerana pempolitikan dalam laporan media baru-baru ini, kata Prof James UH Chin. James, yang menyunting buku itu bersama dengan rakan penganalisis politik Prof Bridget Welsh berkata kelewatan pelancaran itu yang pada mulanya ditetapkan pada 16 Ogos ini, bagi mengelakkan salah faham berterusan. "Media telah tersilap dengan melabelkan buku tersebut sebagai "Buku Pak Lah". Ini tidak betul. Ia merupakan koleksi pelbagai pandangan yang kebanyakannya agak kritikal dalam tempoh perkhidmatan beliau," kata mereka dalam satu kenyataan bersama. James dan Welsh berkata sambutan media untuk buku itu tidak dijangka, dengan tumpuan diberikan pada "bahagian sensasi buku", terutamanya temubual yang mereka jalankan dengan Abdullah. Mereka juga menegaskan bahawa mereka tidak pernah diminta untuk melambatkan penyiaran buku, sebelum atau selepas mana-mana pilihan raya. "Tanggungjawab kelewatan ini terletak kepada editor, kerana kita berurusan dengan banyak penerbit, percetakan dan percanggahan permintaan profesional," kata kenyataan itu. James dan Welsh menggesa media dan komuniti blog supaya bertindak secara bertanggungjawab dan membaca buku itu sebelum membuat penilaian. Mereka berkata buku itu terkandung perspektif daripada penyumbang daripada semua pihak dan jurang politik serta daripada pemerhati akademik. "Kami berusaha untuk mempunyai koleksi seimbang dan sebahagian daripada keseimbangan adalah memberi ruang kepada Pak Lah sendiri untuk bercakap tentang dirinya dalam tempoh perkhidmatan beliau," kata mereka, sambil mengucapkan terima kasih kepada Abdullah kerana membenarkan wawancara eksklusif walaupun mengetahui buku itu akan mengandungi pandangan kritikal mengenai dirinya. | ||
Pelajar Matrikulasi, STPM Gagal Ke IPTA Boleh Ke UiTM Posted: 11 Aug 2013 04:13 AM PDT 4 Syawal 1434 H. [MOD] - SHAH ALAM: Pelajar lepasan program matrikulasi, asasi dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang tidak diterima masuk ke mana-mana institusi pengajian tinggi awam (IPTA), berpeluang mengikuti program diploma di Universiti Teknologi Mara (UiTM). Naib Canselornya, Prof Tan Sri Dr Sahol Hamid Abu Bakar berkata, tawaran itumembolehkan pelajar terbabit mengikuti program diploma di mana-mana kampus UiTMdi seluruh negara dengan kelonggaran syarat. "Mereka boleh merayu dengan menghantar surat rayuan secara terus kepada saya di pejabat Naib Canselor UiTM Shah Alam dengan menyertakan keputusan peperiksaan yang diperolehi," katanya di sini, Ahad. Sahol Hamid berkata, tawaran itu diberikan selepas beliau menerima banyak surat daripada pelajar lepasan program matrikulasi, asasi dan STPM yang merayuuntuk mengikuti program ijazah di UiTM selepas gagal memasuki IPTA lain berikutan tidak melepasi syarat dikenakan mengikut sistem merit. Beliau berkata, pelajar dengan kelulusan Purata Nilai Gred Keseluruhan (CGPA) 2.0 ke atas akan diberi pertimbangan untuk pengecualian beberapa mata pelajaran atau dengan pengurangan beberapa kredit serta mungkin boleh menghabiskan program diploma dengan segera. "Bagi pelajar lepasan STPM pula, mereka boleh membuat rayuan jika mendapatkelulusan kredit bagi lima mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mendapat CGPA tidak kurang 2.0. "Mereka yang terpilih juga layak untuk memohon bantuan pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)," katanya. Sahol Hamid berkata, pelajar yang kurang cemerlang pula boleh memasuki mana-mana 22 buah kolej bersekutu UiTM di seluruh negara dengan syarat mendapat keputusan minimum lima kredit termasuk dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik. Beliau berkata, kolej bersekutu UiTM termasuk Institut Profesional Baitulmal dan Kolej Poly-Tech MARA di Kuala Lumpur serta Kolej Poly-Tech MARA Bangi dan Kolej Teknologi Timur di Sepang. Sahol Hamid berkata, jika pelajar terbabit masih mahu mengikuti program ijazah, mereka boleh mengemukakan rayuan untuk mendapatkan tempat bagi program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) atau program Luar Kampus (PLK) dengan pengecualian syarat pengalaman kerja selama setahun. Beliau berkata pada masa ini, pemohon yang ingin mengikuti program PJJ atau PLK perlu mempunyai pengalaman kerja selama setahun atau dua tahun, bergantung kepada kursus yang dipilih. Sahol Hamid turut menolak tanggapan sesetengah pihak bahawa piawaian sesebuah institusi pengajian tinggi akan jatuh sekiranya membuka peluang kepada pelajar yang menerima keputusan peperiksaan rendah. Beliau berkata, andaian itu adalah kurang bijak serta mementingkan diri sendiri. "Kalau bangsa lain berusaha membantu bangsa masing-masing, tidak salah sekiranya UiTM berusaha untuk membantu bangsa Melayu," katanya sambil mengingatkan pelajar yang ingin membuat rayuan supaya berbuat demikian dengan segera jika ingin mengikuti pengajian sesi baru yang bermula September ini. - BERNAMA | ||
Elektrik diputuskan, penyokong Morsi khuatir serangan Posted: 11 Aug 2013 04:09 AM PDT 4 Syawal 1434 H. [MOD] -
(Mendan Rabaah bergelap dan terpaksa menggunakan lampu yang dihidupkan menggunakan generator) MESIR: Menjelang pagi tadi, medan Raba'ah Adawiyah yang menjadi pusat kepada himpunan penyokong demokrasi dan legitimasi Mesir terputus bekalan eletrik. Ekoran pemotongan itu, jutaan mereka di sini terpaksa menunaikan solat Subuh menggunakan lampu malap yang dihidupkan menggunakan generator. Dalam pada itu, para penyokong Morsi dari Madinah Nasr berturut-turut tiba di Medan Rabiatul Adawiah. Sumber Ikhwan Online menyebut, kumpulan demi kumpulan dari penduduk Madinah Nasr serta kawasan-kawasan berdekatan dari Medan Rabiatul Adawiah tiba di lapangan tersebut bagi membantu rakan mereka kerana bimbang berlaku serangan selepas pemotongan arus elektrik. Begitu juga perarakan-perarakan dengan menggunakan kereta dari pelbagai kawasan Kaherah telah bertolak menuju ke Medan Rabiatul Adawiyah selepas pemotongan arus elektrik pagi tadi. Kesemua mereka mahu bergabung dengan jutaan penunjuk perasaan di medan tersebut yang mana sedang diancam dengan serbuan serta penyeleraian dengan kekerasan oleh para perampas kuasa. Dalam perkembangan berkaitan, pasukan polis Mesir dilaporkan telah menyerbu kediaman salah seorang pemimpin Ikwan Muslimin awal pagi tadi. Difahamkan sebuan ke kediaman Sobhi Soleh di Iskandariah dibuat kira-kira jam 3.15 pagi tadi, bagaimanapun Sobhi tiada di rumah kecuali seorang anak perempuannya. Sumber Nabat Rabaah menyebut, polis menahan anak perempuan Sobhi yang juga seorang doktor untuk mengetahui dimanakah kedudukan bapanya. | ||
Lelaki terbunuh akibat letupan bungkusan Posted: 11 Aug 2013 04:07 AM PDT 4 Syawal 1434 H. [MOD] - Anggota polis memeriksa mayat Mohd Yusrizal Mat Zain, 32 yang mati akibat satu bungkusan yang diletakkan di atas bumbung sebuah kereta yang diambilnya tiba-tiba meletup dalam kejadian di Taman Seri Periuk, Kampung Periuk di Tumpat, Ahad. Foto BERNAMA Seorang lelaki terbunuh apabila bungkusan yang ditinggalkan di atas bumbung sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di halaman rumah mentuanya meletup dalam kejadian di Taman Seri Periuk, Kampung Periuk di Tumpat hari ini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan ACP Lai Yong Heng berkata kejadian berlaku pukul 11 pagi ketika Mohd Yusrizal Mat Zain, 32, cuba mengambil bungkusan yang diletak di atas bumbung MPV milik abang iparnya. "Letupan berkenaan menyebabkan mangsa cedera parah di kedua-dua tangan serta badan dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya kepada pemberita di tempat kejadian. Mohd Yusrizal yang berasal dari Kampung Kenor, Kuala Krai dan bertugas sebagai kerani di Sekolah Rendah Kebangsaan Manik Urai, Kuala Krai, dikatakan tiba di rumah mentuanya itu malam semalam bagi meraikan Aidilfitri. Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan anak perempuan berusia empat bulan. Sementara itu abang ipar mangsa yang enggan dikenali, berkata bungkusan berwarna hitam berkenaan disedari isteri mangsa ketika membuka pintu rumah yang kemudian memaklumkan kepada mangsa. Mangsa kemudian keluar daripada rumah untuk mengambil bungkusan itu sebelum mereka terdengar bunyi letupan, katanya. Seorang jiran, Kamaruddin Che Mat, 56, yang sedang berehat di luar rumah, berkata dia terdengar bunyi letupan kuat dari arah rumah mentua mangsa. "Ini disusuli rasa bergegar, kemudian saya terdengar jeritan meminta tolong, saya pergi ke arah jeritan meminta tolong itu dan nampak seorang wanita iaitu isteri mangsa duduk dekat mangsa," katanya. Ketika berita ini ditulis, polis masih membuat siasatan di tempat kejadian. Menurut Lai kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Bernama | ||
Mesyuarat Umno ditunda kerana kunjungan presiden China, AS Posted: 11 Aug 2013 04:04 AM PDT 4 Syawal 1434 H. [MOD] - Umno menganjak tarikh akhir mesyuarat cawangannya dan menetapkan tarikh baharu untuk persidangan peringkat bahagian, tiga sayap, hari penamaan calon dan pemilihan parti. Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata perkara itu diputuskan Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas menerima permintaan daripada cawangan dan bahagian. Mereka mencadangkan demikian kerana mesyuarat cawangan berlangsung semasa Ramadan dan Syawal, manakala pada bulan Oktober ini yang diperuntuk bagi persidangan bahagian dan pemilihan parti, menyaksikan kunjungan Presiden China Xi Jinping dan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama ke negara ini, katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur hari ini. Tengku Adnan berkata susulan itu, pengurusan Umno bersetuju tarikh akhir mesyuarat cawangan dilanjut kepada 15 Sept daripada 31 Ogos sebelum ini, manakala persidangan bahagian dan pemilihan anggota Majlis Tertinggi (MT) dianjak daripada 5 kepada 19 Okt. Tarikh pendaftaran calon MT pula diubah daripada 7 kepada 28 Sept, manakala penamaan calon untuk tiga sayap akan diadakan pada 21 Sept. Persidangan tiga sayap yang dijadualkan pada 28 Sept dianjak kepada 12 Okt, kata Tengku Adnan. "Pihak pengurusan Umno sudah memaklumkan kepada anggota MT berkenaan perkara ini," katanya. Sebanyak 146,500 anggota parti di peringkat akar umbi di 191 bahagian akan terlibat dalam pemilihan MT meliputi presiden, timbalan presiden, tiga naib presiden dan 25 anggota MT selain memilih anggota jawatankuasa bahagian. - Bernama | ||
Keadaan trafik dari arah utara ke ibu negara perlahan Posted: 10 Aug 2013 11:07 PM PDT
| ||
Maghribi: 16 pengawal diraja terbunuh dalam kemalangan Posted: 10 Aug 2013 03:52 PM PDT RABAT 11 Ogos - 16 pengawal diraja Maghribi maut manakala 42 lagi cedera, selepas bas yang mereka naiki jatuh ke dalam gaung berhampiran Al-Hoceima bahagian utara Maghribi semalam. Jurucakap hospital berkata, mereka dalam perjalanan ke Rabat untuk membuat persiapan lawatan Raja Mohammed VI ke sana. Bagaimanapun punca sebenar kemalangan tersebut tidak didedahkan oleh pihak berkuasa. - AFP | ||
Lima maut dalam letusan gunung berapi di Indonesia Posted: 10 Aug 2013 03:50 PM PDT JAKARTA 11 Ogos - Lima orang maut selepas Gunung Berapi Rokatenda meletus sehingga mengakibatkan abu dan batuan panas merebak sejauh 2,000 kilometer ke kawasan pantai berdekatan. "Dalam kejadian yang berlaku pada hari jumaat pada pukul 8.27 minit malam itu, tiga orang dewasa dan dua kanak-kanak maut. "Kami telah menemui mayat orang dewasa, tetapi masih mencari mayat kanak-kanak (yang terbunuh). Usaha mencari berdepan kesukaran kerana kawasan itu masih sangat panas,'' kata Ketua Pusat Vulkanologi & Mitigasi Bencana Geologi, Badan Geologi (PVMBG), Surono. Gunung Berapi Rokatenda berada dalam keadaan berjaga-jaga sejak Oktober lalu, selepas pihak berkuasa melarang orang ramai melakukan sebarang aktiviti dalam lingkungan 3 kilometer dari kawah. Pulau itu didiami oleh kira-kira 7,000 orang penduduk. - AFP | ||
Anwar akan bawa isu isytihar harta ke mesyuarat Pakatan Posted: 10 Aug 2013 03:47 PM PDT 4 Syawal 1434 H. [MOD] - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membangkitkan isu pengisytiharan harta dalam kalangan wakil rakyat pakatan pembangkang pada mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat untuk keputusan muktamad. Katanya mereka yang memegang jawatan awam harus mengisytiharkan harta mereka dan sebaliknya tidak perlu bagi mereka yang tidak memegang jawatan awam. "Kita tidak boleh meminta setiap orang untuk mengisytiharkan harta mereka. Saya perlu menasihati Pengerusi DAP Karpal Singh mengikut cara yang sewajarnya dan saluran yang paling tepat ialah membawa isu itu semasa mesyuarat Majlis Pimpinan PR untuk keputusan akhir," katanya kepada pemberita semasa majlis Rumah Terbuka Aidilfitri beliau di Bukit Mertajam hari ini. Beliau mengulas gesaan Karpal agar rakan pakatan PKR dan PAS mengisytiharkan harta wakil rakyat mereka. Anwar berkata beliau tidak ada masalah untuk mengisytiharkan harta dan akan turut menasihatkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengikut cara yang sewajarnya. Bagi wakil rakyat Pulau Pinang, beliau berkata semua anggota Parlimen negeri itu juga harus sependapat dengan Majlis Pimpinan PR termasuk mereka yang memegang jawatan dalam kerajaan negeri. Terdahulu, Karpal, yang juga anggota Parlimen Bukit Gelugor, berkata Pemimpin Umum PKR dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang harus mengarahkan wakil rakyat mereka untuk mengisytiharkan harta. Katanya beliau tidak ada masalah untuk mengisytiharkan harta dan sedang menunggu Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menetapkan tarikh mengarahkan anggota Parlimen negeri itu berbuat demikian. - Bernama | ||
Anggota tentera cedera parah ditembak ketika meronda Posted: 10 Aug 2013 03:45 PM PDT 4 Syawal 1434 H. [MOD] - Seorang anggota tentera yang sedang membuat rondaan kawalan keselamatan di kawasan pagar sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam, cedera parah selepas terkena tembakan kira-kira pukul 4.30 pagi tadi. Beliau berkata ketika kejadian, Azamuddin bersama seorang lagi anggota tentera sedang membuat rondaan selepas mendapat aduan terdapat lubang di pagar sempadan. "Mangsa dan rakannya sedang membuat pemeriksaan selepas mendapat laporan, sebelum berlaku tembakan dari seberang pagar. Mangsa kemudiannya terkena tembakan dari arah Thailand dipercayai menggunakan senapang patah. "Selepas melihat mangsa ditembak, rakannya membawa mangsa ke kawasan yang selamat sebelum bantuan tiba. Rakan setugas mangsa tidak mengalami kecederaan," katanya kepada pemberita di Bukit Kayu Hitam. Ibrahim berkata mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis dan keadaannya dilapor stabil. Beliau berkata suspek dipercayai melepaskan tembakan dari kawasan semak berhampiran sempadan, kira-kira 30 meter dari pintu pagar kawalan, namun bilangan suspek sukar dikenal pasti kerana keadaan yang gelap. Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika melawat tempat kejadian petang tadi, berkata kes berkenaan dipandang serius kerana membabitkan tembakan dipercayai dari arah negara jiran. Polis akan menghubungi pihak berkuasa Thailand bagi membantu siasatan, katanya. "Saya juga menyeru penduduk di sempadan supaya sentiasa memaklumkan pada pihak polis kalau tahu ada perkara-perkara yang melanggar undang-undang," katanya. Khalid meluangkan masa kira-kira 20 minit melawat tempat kejadian diiringi Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim dan Ketua Polis Perlis Datuk Zull Aznam Haron. - Bernama |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2013 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan