Mohamad Taufek Abd Ghani |
Masih ramai perlukan kos rawatan tapi tak mampu Posted: 21 Jul 2013 11:08 PM PDT Berikut ialah luahan Pengerusi Tabung Wakaf Khas Kesihatan dalam facebook : "Terlalu sibuk sehingga terlupa membantu sahabat sendiri. Hampir tumpah air mata kami mendengar masalah sahabat baik ini dalam usaha mendapatkan rawatan dialisis untuknya. Masih belum ada sebarang sumber untuk menanggung rawatannya itu. Memerlukan RM 150 untuk setiap kali dialisis." "Kini hanya terdaya menjalani dua kali rawatan sahaja seminggu yang sepatutnya dijalani sebanyak tiga kali. Kami tekad membantu sahabat ini yang sudah tiada pekerjaan lagi, tiada anak dan isteri serta rumah sendiri untuk berteduh. Hanya mengharapkan belas ehsan adik beradik dan rakan baik untk membantu sekadar termampu." Sempena Ramadhan kali ini yang tinggal beberapa hari saja lagi, kepada mereka yang ingin membantu para pesakit yang miskin dan tidak berkemampuan untuk mendapatkan kos rawatan susulan dan sebagainya sila dapatkan maklumat lanjut di : Facebook : Tabung Wakaf Khas Kesihatan Facebook : Haji Mohd Najib Khairudin (Pengerusi Tabung Wakaf Khas Kesihatan) atau sila hadir ke program berikut : TAZKIRAH RAMADHAN Oleh Ustaz Haji Mohd Najib Khairudin, Pengerusi Tabung Wakaf Khas Kesihatan Tarikh : 27 Julai 2013, Sabtu Masa : 9.30 mlm, selepas solat Witr Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang atau hubungi 019-6202690 , Ustaz Haji Mohd Najib Khairudin |
Posted: 21 Jul 2013 05:52 AM PDT |
You are subscribed to email updates from Mohamad Taufek Abd Ghani To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan