Nuffnang

DUN BUKIT PAYONG

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 7:32 PG

DUN BUKIT PAYONG


Zuar XPDC : Suara itu kata “ Aku nak ambil nyawa ”

Posted: 22 Jul 2013 05:33 AM PDT


Oleh : Mat Teropong
 
Saya hadir ke majlis berbuka puasa anjuran Dewan Pemuda PAS Terengganu (DPPNT). Antara tetamu istimewa yang dijemput ialah Zua bekas ahli kumpulan rock diawal tahun 90-an. Dewan makan di sebuah restoran di sekitar Besut tadinya agak hingar dengan masing-masing bersembang tiba-tiba diam apabila tiba kepada bait-bait perkataan "mengambil nyawa" yang disebutkan oleh Zua. Semua mata sekarang tertumpu kepada Zua untuk mendengar sambungan kepada cerita kisah bagaimana dia mendapat keinsafan.
 
"Saya tolong bawak balik kawan saya tu dari Chow Kit, dan dia memang nazak. Puas saya menasihati dia kenapa dia melakukan perkara begitu sedangkan M.Nasir, Lolok dahpun kaya hasil dari mencipta lagu," kata beliau sedih, mengimbau kenangan dia bersama seorang sahabatnya yang mati dalam keadaan memilukan.
Sedang dia menasihati sahabatnya itu, tiba-tiba mata sahabatnya itu memandang ke atas sambil jarinya menunjuk-nunjuk ke atas. Dan pada ketika itulah dia mendengar suatu suara yang mengatakan "Aku mahu ambil nyawa". Dia yang ketika itu masih belum menunaikan solat zohor terus bergegas bersolat kerana takut dengan suara itu.
Ketika dia selesai solat, maka isteri sahabatnya memanggil dia, dan dia faham sahabatnya mungkin sudah dijemput Allah. Dan benarlah, sahabatnya sudah menemui penciptanya dalam keadaan menyedihkan. Begitupun masalah tidak berakhir disitu, dia yang tak pernah menguruskan pengkebumian, terkial-kial mencari orang yang sanggup menguruskan jenazah sahabatnya sehinggakan terpaksa membayar sekali ganda kos pengurusan jenazah. Dia berfikir, apa nak jadi bila dia mati, dengan segala benda dalam agama dia tak tahu.
Selepas kejadian itu, dia menjadi seperti orang yang tidak normal, pendiam, murung sehinggakan isterinya terpaksa balik ke kampung kerana bimbang dengan perubahan sikapnya. "Saya cuba mulakan langkah untuk ke masjid dan surau, tetapi sehingga tiga bulan berlalu, saya masih tak boleh naik ke surau atau masjid kerana malu. Akhirnya saya berjaya juga melakukan solat jemaah dengan percubaan pertama, saya masuk solat ketika orang hendak ruku' dan keluar sebaik sahaja selesai beri salam," jelasnya sambil diringi gelak ketawa hadirin.
Dalam majlis berbuka puasa bersama pemuda Kuala Besut yang turut dihadiri oleh Ketua DPPNT YB Ustaz Mohd Nor Hamzah serta Ketua Penerangan DPPP Ustaz Ridhuan Mohd Nor itu Zua bekas pemain gitar bass Kumpulan XPDC menasihatkan para pemuda agar mendalami ilmu Islam dan memilih perjuangan Islam agar selamat dunia dan akhirat. Selain dari dia menyuruh untuk menghormati ulamak sebagai pemimpin, dia juga menyeru kepada anak-anak muda Kuala Besut agar "Jangan Tinggal Solat" berulang-ulang kali ketika mengakhiri ucapannya. Dia sangat berubah berbanding dahulu ketika mana dia masih dalam kumpulan rock.
Kisah Zua di atas sangat ,menyentuh hati para pendengar memandangkan ia bukan sahaja merubah hatinya seorang akan tetapi dia sekarang sudah mempunyai kekuatan untuk mengajak orang lain agar turut serta dalam dakwah. Paling utama ialah ajakannya kepada anak-anak muda agar jangan terlalu gila dengan hiburan tetapi tumpukan kepada ibadat, bukan sahaja solat dan kewajipan-kewajipan lain tetapi juga turut menyeru agar anak-anak muda celik politik agar dapat memandu negara suatu hari nanti ke arah yang diredhai Allah.
Inilah keindahan Islam, apabila kita berjaya, kita tidak akan berjalan berseorangan tetapi akan mengajak sama sesiapa sahaja yang kita kenal. Apa yang dilakukan oleh DPPP apabila mereka rapat dengan artis? Mereka menubuhkan satu kumpulan usrah dikalangan artis-artis. Inilah jalan dakwah yang sebaik-baiknya ditempuh iaitu mengajak manusia kearah kebaikan dan mencegah dari kemungkaran. Sekarang kita mempunyai sekumpulan artis-artis yang tahu agama yang bukan sahaja untuk diri mereka malahan berjaya mengajak anak-anak muda agar hidup dalam acuan Islam.
Kita lihat dalam PRK Kuala Besut, tiadapun artis tajaan Umno datang ke sini berbanding artis pro PAS. Kenapa? Sebabnya mudah. Artis pro Umno hanya tahu berhibur dan apabila dibulan ramadhan, mereka akan mengurangkan hiburan dan juga takut undi Umno jatuh kerana bila buat hiburan dibulan Ramadhan semasa berkempen, tambahan Kuala Besut pula kedudukannya di luar bandar, maka apa kata orang kampung yang sememangnya "taboo" dengan hiburan dibulan Ramadhan?
Berbeza dengan artis pro Pas. Mereka sanggup datang berkempen kerana selain daripada mereka mempersembahkan hiburan alternatif seperti nasyid atau memberi sedikit tazkirah bagaimana mereka berhijrah, mereka juga sebenarnya tahu yang mereka sebenarnya sedang berdakwah mengajak masyarakat ke arah jalan yang diredhai Allah. Maka dapatkah anda lihat bezanya? Fikirkanlah wahai pengundi-pengundi Kuala Besut.

Comments posted (0)

YB BN

YB PAS

YB PKR

YB DAP