Nuffnang

DUN BUKIT PAYONG

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 7:12 PG

DUN BUKIT PAYONG


PRK Kuala Besut : Jentera sudah digerakkan, tidak timbul soal boikot

Posted: 01 Jul 2013 04:18 PM PDT

Petikan : Buletin Online

http://buletinonline.net/images/stories/aberita23/wahid%20pc%201%20julai.pngKUALA TERENGGANU - PAS Terengganu sedang membuat persiapan rapi bagi menghadapi pilihanraya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut termasuk mengenal pasti dan menyenarai pendek calon yang akan diumumkan dalam masa terdekat.

Menurut Pesuruhjaya PAS Terengganu antara nama yang dipertimbangkan adalah terdiri daripada anak tempatan dan menolak cadangan pihak media yang menyebut tentang Ustaz Azhar Idrus sebagai turut disebut-sebut untuk menjadi calon.

YB Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata, banyak pihak yang mahu bertanding pada PRK Kuala Besut, namun katanya, oleh kerana kerusi tersebut pernah ditandingi oleh PAS, Pakatan Rakyat akan memberi laluan kepada PAS.

"Ustaz Azhar Idrus dia orang (Kawasan) Ladang (Kuala Terengganu) bayak maklumat yag kita terima dia tak minat untuk bertanding politik ini, antara nama yang naiknya (disenaraikan) adalan nama anak tempatan,

"secara peribadi saya ada berbincang dengan saudara YB Azan, Insyaa Allah tidak ada masalah untuk diberikan laluan keada pihak PAS kerana PAS yang bertanding sebelum ini, kita (Pakatan Rakyat) bersetuju, kalau boleh satu lawan satu,"ujarnya. [Lihat Video]
Beliau berkata demikian dalam sidang media yang diadakan di pejabat PAS Terengganu, di Taman Sri Intan, Jalan Sultan Omar di sini hari ini, pada Isnin 1 Julai.

Beliau menegaskan tidak timbul soal untuk memboikot pilihanraya kecil tersebut sebagaimana yang dicadangkan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng semalam.

Haji Wahid yang juga ADUN Wakaf Mempelan berkata, jentera telah disusun bagi menghadapi pilihanraya tersebut termasuk melantik Timbalan Pesuruhjaya I PAS negeri yang juga ADUN Paka Ustaz Satiful Bahri Mamat sebagai Pengarah bagi Jawatankuasa Operasi bagi negeri Terengganu.

"tidak timbul soal boikot, kalau (kita) boikot....Umno 'amin' (sukacita) aje lah...........kita telah bermesyuarat, jentera telah kita susun, lepas daripada ini kita akan lancarkan jentera kita,

"kita dah setuju untuk lantik Timbalan Pesuruhjaya I YB Ustaz Satiful Bahri Mamat yang akan mengetuai jentera pilihanraya Pakatan rakyat khususnya PAS dalam pilihanraya kecil Kuala Besut ini,"jelasnya.

Comments posted (0)

YB BN

YB PAS

YB PKR

YB DAP