Ahad, 7 Julai 2013

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


‘Sistem pendidikan negara telah gagal’

Posted: 07 Jul 2013 05:24 AM PDT

28 Syaaban 1434 H. [MOD] -
Menurutnya, satu tindakan yang ikhlas, radikal dan berani diperlukan, walaupun memerlukan masa yang lama.
PETALING JAYA: Bekas menteri kabinet, Tengku Razaleigh Hamzah mendakwa sistem pendidikan negara telah gagal dan kerana itu ia tidak boleh dipertahankan lagi.

Menurutnya, satu tindakan  yang ikhlas, radikal dan berani diperlukan, walaupun memerlukan masa yang lama.
Tengku Razaeigh bagaimanapun, berkata, ia boleh dipercepatkan dengan mempelajari dan melihat kepada model yang telah terbukti berjaya di negara China, Korea Selatan dan Finland.
"Kita juga gagal dalam mempersiapkan tenaga mahir dan berketrampilan. Kurang lebih 20% graduan kita menganggur dan majikan swasta dan MNC lebih cenderung memilih graduan dari luar sistem kita

"Renunglah apa yang berlaku sekarang. Perspektif mana pun yang kita pilih, seandainya kita jujur, akan meletakkan kita berada jauh daripada yang kita inginkan.
"Daripada empat tujuan yang saya sebutkan tadi, tiga masih gagal. Kita gagal dalam urusan penyepaduan, kita gagal dalam memperkaya dan memperdalam ilmu kerana kerana kita masih tergolong sebagai bangsa yang lebih kepada memanfaat teknologi daripada mencipta teknologi," katanya di majlis makan malam anjuran badan bukan kerajaan mengenai pelajaran di Kuala Lumpur malam tadi.
Untuk memperbaiki sistem pendidikan, Tengku Razaleigh mengesyorkan supaya mengadakan pelan pendidikan negara 2013-2025.
11 aspek utama
Pelan ini, katanya antara lain menggariskan 11 aspek utama yang memerlukan anjakan signifikan untuk menjamin kejayaan walaupun tidak mungkin menghasilkan penyelesaian yang menyeluruh.
Namun, katanya, dasar tanpa perlaksanaan yang betul dan konsisten tidak mungkin berjaya. Oleh itu tumpuan khusus harus diberi untuk memantau dan memastikan perlaksanaannya.
"Kita juga harus menerima sebarang idea untuk pembaikan pelan ini serta diterap dan dilaksanakan bersama," tambah beliau lagi.
Menurut Tengku Razaleigh, Malaysia berada di tangga 55 daripada 74 negara yang menyertai program penlaian pelajar antarabangsa untuk tahun 2009.
Katanya, dalam penilaian ini sebahagian besar pelajar berumur 15 tahun gagal memenuhi kelayakan minima – 60% untuk matematik, 44% membaca dan 43% dalam sains.
Manakala, kajian antarabangsa terhadap mata pelajaran sains dan matematik tahun 2007, juga menghasilkan keputusan hampir sama.
"Secara purata 20% pelajar kita tidak menepati keperluan minima dalam kedua-dua mata pelajaran tersebut.Ia juga menunjukkan penurunan berbanding tahun 2003 dan trend ini pasti mengkhuatirkan.
"Anehnya ia tidak selaras dengan pencapaian cemerlang di peringkat nasional yang hampir setiap tahun dihebah-hebahkan secara besar-besaran?
"Apakah sistem penilaian kita rendah, tidak menepati standard dan tidak tepat sehingga kita cemerlang menurutnya tetapi gagal berprestasi apabila berdepan dengan penilaian antarabangsa yang lebih konklusif." tambah Tengku Razaleigh.

freemalaysiatoday.com

80 hilang kereta api terbabas di Kanada

Posted: 07 Jul 2013 05:17 AM PDT

28 Syaaban 1434 H. [MOD] -

MONTREAL 7 Julai - Sekurang-kurangnya 80 orang dilaporkan hilang di sebuah bandar kecil di Kanada, Lac-Megantic selepas sebuah kereta api membawa muatan minyak terbabas dan terbakar, kata seorang anggota bomba semalam.

Beberapa bangunan dilaporkan musnah dalam kebakaran di bandar terletak kira-kira 250 kilometer dari timur Montreal itu.

Anggota bomba itu berkata, nasib sekurang-kurangnya 50 orang yang dilaporkan berada di dalam sebuah kelab malam yang terletak berdekatan dengan kawasan kejadian, masih belum diketahui. - AFP



Sembilan Pusat Mengundi PRK Kuala Besut

Posted: 07 Jul 2013 05:15 AM PDT


28 Syaaban 1434 H. [MOD] -


KUALA TERENGGANU: Sembilan pusat mengundi akan dibuka bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Kuala Besut pada 24 Julai ini, kata Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Terengganu Fakhrul Razi Ab Wahab.
Beliau berkata selain itu, sebuah pusat pengundian awal akan dibuka di Dewan Serbaguna Tentera Udara Diraja Malaysia Gong Kedak dengan dua saluran mengundi pada 20 Julai.
"Bagi pengundian biasa, lapan buah sekolah akan digunakan sebagai pusat mengundi dengan kesemuanya 35 saluran tempat mengundi termasuk di Pulau Perhentian," katanya kepada Bernama.
Seramai 305 petugas pilihan raya akan dilantik untuk mengendalikan prosespilihan raya ini yang dianggarkan melibatkan kos kira-kira RM750,000.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada Barisan Nasional Datuk Dr A Rahman Mokhtar 26 Jun lepas akibat kanser paru-paru.
Pada PRU-13, Allahyarham mempertahankan kerusi DUN Kuala Besut dengan mengalahkan calon PAS Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.
DUN Kuala Besut mempunyai 17,683 pengundi berdaftar. - BERNAMA

Kementerian Kesihatan Tunggu Bukti Saintifik Sebelum Haramkan Sisha, Rokok Elektronik

Posted: 07 Jul 2013 05:13 AM PDT


28 Syaaban 1434 H. [MOD] -


SEREMBAN: Kementerian Kesihatan sedang mengumpul lebih banyak bukti saintifik sebelum mengambil keputusan untuk mengharamkan atau mengadakan peraturan tentang sisha dan rokok elektronik.
Menteri berkenaan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, sebuah jawatankuasateknikal yang dipengerusikan pengarah Institut Perubatan Respiratori Datuk DrAbdul Razak Muttalif akan membuat kajian tentang kesan dua produk itu terhadapkesihatan, sebelum mengambil tindakan lanjut mengenainya.

"Mengenai sisha, bukti menunjukkan ia berbahaya, mungkin lebih bahaya daripada merokok.
"Oleh itu, langkah awal kami ialah mengklasifikasikan sisha sebagai produkberasaskan tembakau. Semua undang-undang dan peraturan berkaitan penggunaan tembakau mungkin akan terpakai terhadapnya (sisha)," kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri majlis konvokesyen Kolej Tafe di sini, Ahad.
Dr Subramaniam berkata bagi rokok elektronik pula, ada pihak berpendapatproduk itu kurang berbahaya daripada rokok dan boleh dijadikan langkah perantaraan untuk mengurangkan tabiat merokok.
Bagaimanapun, kata beliau, ada pula pihak yang mendakwa rokok elektronikboleh disalahguna dan oleh itu perlu diharamkan atau dikenakan peraturan.
"Oleh itu, kami akan buat keputusan berdasarkan bukti yang dikumpul jawatankuasa teknikal ini, sama ada hendak mengadakan peraturan mengenainya (sisha dan rokok elektronik) atau mengharamkannya terus," kata beliau. - BERNAMA

Jentera Pemuda PAS Dari Seluruh Negara Akan Ke Kuala Besut - Nik Abduh

Posted: 07 Jul 2013 05:08 AM PDT


28 Syaaban 1434 H. [MOD] -
KUALA TERENGGANU: Jentera Pemuda PAS dari seluruh negara akan berkumpul di Kuala Besut bagi memperkuatkan jentera di situ pada pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan.
Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, mereka akan menumpukan usaha menarik anak muda menyokong calon parti berkenaan dengan moto '16-16'.


"Kita yakin dengan moto kita 16-16 kerana ia akan beri satu benda baru kepada politik negara," katanya kepada pemberita selepas ceramah mengenai kemuliaan Ramadan, di pekarangan Masjid Jamek Pengadang Baru, di sini Ahad.
Menurut beliau, secara amnya semua jentera Pemuda PAS termasuk peringkat pusat sudah bersedia untuk turun ke Kuala Besut.
Moto '16-16' itu merujuk kepada kedudukan kerusi DUN Terengganu andai PAS berjaya merampas DUN Kuala Besut pada pilihan raya kecil berkenaan. Selepas pilihan raya umum Mei lepas, Terengganu kekal ditadbir Barisan Nasional (BN) yang menang 17 kerusi, manakala baki 15 lagi diwakili pembangkang iaitu 14 daripada PAS dan satu wakil PKR.
Kerusi DUN Kuala Besut kosong selepas penyandangnya Dr A Rahman Mokhtar daripada BN, meninggal dunia pada 26 Jun lepas akibat kanser paru-paru.
Ditanya mengenai kedudukan 16-16 itu, anak Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu berkata: "...benda ini tak berlaku lagi, kita akan tengok bagaimana ia diselesaikan."

Sementara itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang turut hadir pada ceramah berkenaan enggan menjawab soalan pemberita atas alasan beliau kepenatan. - BERNAMA

12 maut pertempuran tentera, militan Islam di selatan Filipina

Posted: 07 Jul 2013 12:54 AM PDT

28 Syaaban 1434 H. [MOD] -


MANILA: Pegawai tentera Filipina berkata, lebih 100 militan Islam melancarkan serangan terhadap tentera kerajaan yang mengorbankan sekurang-kurangnya 12 nyawa, di selatan negara itu, semalam. 

Mereka yang terbunuh ialah lima askar kerajaan manakala tujuh lagi mulitan Islam. 


Jurucakap tentera wilayah, Kapten Anthony Bulao, berkata pertempuran hampir sepanjang hari itu membabitkan pejuang Pergerakan Islam Bangsamoro di pekan Datu Piang di Wilayah Maguindanao, semalam. 



Ratusan penduduk meninggalkan ke Datu Piang sebaik pertempuran itu tercetus. - AP 

Kuala Besut: Presiden umum calon PAS 9 Julai

Posted: 07 Jul 2013 12:35 AM PDT


28 Syaaban 1434 H. [MOD] -

Harakahdaily,07 Jul 2013
KUALA LUMPUR: Calon PAS bagi Pilihan raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut, Terengganu akan diumumkan oleh Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada 9 Julai ini.

Presiden PAS akan membuat pengumuman itu pada satu majlis yang akan diadakan di kawasan Dun Kuala Besut bermula jam 9.00 malam.

Perkara itu dinyatakan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali kepada Harakahdaily.

Katanya, pemimpin tertinggi PAS turut hadir pada majlis tersebut.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan 24 Julai hari membuang undi PRK Kuala Besut sementara penamaan calon pada 12 Julai.

PRK Kuala Besut diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr A Rahman Mokhtar pada 26 Jun lalu kerana kanser paru-paru.

Pada PRU13 lalu, allahyarham memperolehi 8,809 undi sementara calon PAS, Napisah Ismail mendapat 6,375 undi.

Amah Indonesia dituduh bunuh majikan

Posted: 07 Jul 2013 12:31 AM PDT

28 Syaaban 1434 H. [MOD] -

ALOR SETAR 7 Julai - Seorang pembantu rumah warga Indonesia hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini terhadap pertuduhan membunuh seorang warga emas di Taman Serindik di sini Jun lepas.

Dedek Lena, 38, berasal dari Batam, Indonesia dituduh membunuh Che Siah Wan Nik, 75, di rumah bernombor B26, Taman Serindik, Jalan Langgar di sini pada pukul 11.25 pagi 24 Jun lepas.




Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang berpakaian penjara berwarna ungu hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Umzarul An Nur Umar, namun tiada pengakuan direkodkan.

Umzarul An Nur kemudian menetapkan 6 Okt ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Aisyaf Falina Abdullah. - BERNAMA



ElBaradei disebut-sebut bakal PM Mesir

Posted: 07 Jul 2013 12:30 AM PDT

ElBaradei disebut-sebut bakal PM Mesir28 Syaaban 1434 H. [MOD] -


KAHERAH: Pemenang Hadiah Nobel Keamanan, Mohamed ElBaradei kini dalam kedudukan teratas senarai calon Perdana Menteri untuk menangani krisis di Mesir selepas negara itu bergolak semula, minggu lalu. 

Penyokong yang setia dengan presiden yang digulingkan, Mohamed Morsi terus memberi tekanan dengan melancarkan protes berterusan terhadap kepemimpinan presiden sementara sekarang. 
Pergerakan Tamarod yang menjadi badan utama menggerakkan tunjuk perasaan besar-besar untuk menggulingkan Morsi oleh tentera, Rabu lalu, berkata ElBaradei sudah dilantik dalam rundingan untuk mengambil alih pentadbiran sementara Mesir. 



Agensi berita MENA dan beberapa sumber pegawai mengesahkan mengenai pelantikan itu, namun rakan yang rapat dengan presiden berkata, nama Perdana Menteri masih belum ditentukan. 

Namun mereka tidak menolak kemungkinan bahawa ElBaradei adalah pilihan yang logik. 

"ElBaradei adalah calon yang terkuat," kata penasihat dan jurucakap presiden, Ahmed al-Muslimani hari ini. - AFP 

2 maut, 181 cedera nahas pesawat di San Francisco - pegawai

Posted: 07 Jul 2013 12:27 AM PDT

28 Syaaban 1434 H. [MOD] -

2 maut, 181 cedera nahas pesawat di San Francisco - pegawai

SAN FRANCISCO: Dua terbunuh, 181 cedera manakala nasib seorang lagi masih belum diketahui dalam kejadian nahas pesawat Boeing 777 milik Asiana Airlines di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco, awal hari ini. 
Angka terkini itu diberikan oleh Timbalan Ketua Bomba, Dale Carnes sebentar tadi. 


Beliau berkata, pesawat Penerbangan 214 itu sebenarnya dari Shanghai dan singgah di Seoul sebelum meneruskan penerbangan ke Amerika Syarikat. 


Katanya, pesawat berkenaan membawa 307 penumbang dan anak kapal. - AFP

Setiap hari berdepan kesesakan

Posted: 06 Jul 2013 03:42 PM PDT

28 Syaaban 1434 H. [MOD] -

Setiap hari berdepan kesesakan  Keadaan bulatan Jam Besar Pekan Lama Parit Buntar yang sempit turut menyumbang kepada kesesakan lalu lintas



PARIT BUNTAR - Perubahan aliran trafik sejak pembukaan persimpangan bertingkat di Jalan Taiping dan Jalan Permatang Tok Mahat, di sini menyukarkan perjalanan hampir 500 penduduk di tiga taman perumahan utama sekitar Jalan Pekaka-Pekan Lama Parit Buntar, di sini.

Wakil penduduk, Cheong Joo Khoon, 77 memaklumkan perubahan aliran trafik itu menyebabkan penduduk berkenaan terpaksa berhadapan dengan kesesakan trafik lebih sejam setiap hari untuk ke Pekan Parit Buntar.


Menurutnya, keadaan itu telah dialami sejak seminggu lalu oleh penduduk dari Taman Sempadan, Taman Pekaka dan Taman Transkrian terutama pada sebelah pagi dan waktu pulang kerja.



"Masalah itu bertambah buruk apabila pihak berkuasa tempatan (PBT) menutup beberapa jalan alternatif untuk ke Pekan Parit Buntar termasuk susur keluar ke Jalan Permatang Tok Mahat. Keadaan itu turut menyebabkan Jalan Pekaka-Pekan Lama Parit Buntar menjadi satu-satunya laluan utama.



"Penduduk terpaksa ambil masa lebih sejam dalam kesesakan lalu lintas di Jalan Pekaka untuk ke pusat bandar sedangkan jaraknya tidak sampai lima Kilometer (KM).



Keadaan lebih teruk ketika pasar malam beroperasi di Pekan Lama Parit Buntar pada Jumaat dan Taman Pekaka pada Ahad," katanya ketika ditemui di Taman Sempadan, semalam.

Setiap hari berdepan kesesakan
Tindakan tidak bertanggungjawab segelintir pengguna jalan raya meletakkan kenderaan di kawasan bulatan Jam Besar Pekan Lama turut menyumbang faktor kesesakan lalu lintas di Parit Buntar.


Katanya, sebahagian besar penduduk mengakui tidak berani keluar rumah ketika pasar malam diadakan kerana bimbang berlaku kemalangan di simpang keluar taman perumahan di samping tidak mahu terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.


Minta bantuan trafik


Seorang penduduk lain, Ng Kee Song, 74 merasakan Jabatan Kerja Raya (JKR) perlu menaik taraf aliran trafik di kawasan bulatan Jam Besar Pekan Lama Parit Buntar untuk menyelesaikan masalah aliran trafik yang berlaku sejak pembukaan kedua-dua persimpangan bertingkat.



Setiap hari berdepan kesesakan
Kesesakan lalu lintas di Jalan Pekaka menyukar penduduk setempat untuk ke Parit Buntar.


Kee Song turut menyatakan penduduk berharap bantuan perkhidmatan polis trafik di kawasan bulatan Jam Besar Pekan Lama Parit Buntar terutama waktu petang pada Jumaat dan Ahad untuk memastikan aliran trafik lebih lancar.



"Kami dapati kesesakan trafik turut disebabkan tindakan segelintir pengguna jalan raya meletakkan kenderaan mereka berdekatan susur keluar dan masuk ke kawasan bulatan jam besar.



"Harap tindakan tegas diambil kepada kenderaan yang menghalang kelancaran trafik," katanya.



Lee Kia Ooi, 60 menganggap kegagalan penyediaan laluan alternatif ke Parit Buntar mengundang kebimbangan penduduk terhadap keselamatan pelajar sekolah,  suri rumah dan pemilik lesen memandu baru.




Kajian sedang dibuat: JKR



Dalam pada itu, JKR Daerah Kerian ketika dihubungi memaklumkan sedang melaksanakan kajian trafik selama dua hari dengan meletakkan dua pembanci pada setiap laluan trafik bermasalah bagi mendapatkan data lengkap untuk dianalisis.



Menurut sumber JKR Daerah Kerian, pelaksanaan kajian berkenaan dibuat selepas jabatan itu mengadakan pemantauan trend aliran trafik selepas persimpangan bertingkat terbabit dibuka seminggu lalu.



"Data yang diperoleh akan dianalisis dan diguna pakai oleh JKR untuk membina model prototaip cadangan penyelesaian laluan trafik secara berkomputer. Ia dijangka siap dalam tempoh seminggu.



"Cadangan model prototaip itu akan dipersembahkan kepada Jawatankuasa Lalu Lintas Daerah Kerian untuk mendapatkan persetujuan sebelum ia diimplementasikan secara rasmi oleh JKR," jelasnya.



Menyentuh soal cadangan penyelesaian kesesakan trafik di Jalan Pekaka-Jalan Pekan Lama Parit Buntar, sumber berkenaan menegaskan bahawa JKR sudah mempunyai beberapa pilihan penyelesaian yang difikirkan sesuai.



"Bagaimanapun kita akan ambil pandangan jawatankuasa berkenaan untuk laksanakan pilihan penyelesaian terbaik demi kepentingan pengguna jalan raya. Kita percaya masalah kesesakan trafik dapat diselesaikan sedikit masa lagi," katanya.


Sinar/-

Tazkirah Ramadhan atau tazkirah politik?

Posted: 06 Jul 2013 02:38 PM PDT

28 Syaaban 1434 H. [MOD] -
Zainal Abidin Nor
Tetapi bukankah politik dan agama tidak boleh dipisahkan? Ajaran siapakah yang memisahkan politik dan agama Islam?
Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia telah menetapkan Isnin, 8 Julai bersamaan 29 Syaaban 1434 sebagai tarikh untuk melihat anak bulan Ramadhan bagi menentukan permulaan puasa bagi umat Islam di negara ini.

Dalam satu kenyataan, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh itu adalah berdasarkan rukyah dan hisab. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh permulaan puasa yang ditetapkan, melalui radio dan televisyen.
- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/07/06/tazkirah-ramadhan-atau-tazkirah-politik/#sthash.rxqtdmdo.dpuf
Namun tarikh permulaan berpuasa bukan menjadi pokok perbualan di sini tetapi yang menjadi fokus tulisan ini ialah tindakan Jawatankuasa Dakwah dan Islamiah Negeri (JDIN) Pahang yang melarang semua masjid di negeri itu mengadakan tazkirah Ramadhan sewaktu solat tarawih.
Pengerusi JDIN, Syed Ibrahim Syed Ahmad dalam satu kenyataannya pada 2 Julai lalu berkata, tazkirah sewaktu solat tarawih adalah dilarang diadakan di negeri itu.
Tazkirah Ramadhan merupakan sesi ceramah pendek yang diselit selepas solat Isya' sebelum solat Tarawih. Ada juga masjid dan surau yang menganjurkan sesi tazkirah selepas solat Tarawih. Masjid dan surau yang menganjurkan tazkirah biasanya melakukan solat Tarawih sebanyak lapan rakaat berbanding 20 rakaat di masjid yang tidak mengadakan sesi tazkirah.
Balik kepada tindakan JDIN, larangan ini dipercayai mempunyai motif politik dan arahan dibuat oleh para pemimpin tertinggi negeri itu. Umumnya mereka ini bimbang dengan perkembangan dan kesedaran Islam dan takut kepada bayang-bayang sendiri.
Memandangkan di bawah perlembagaan negara, urusan adat istiadat Melayu dan agama Islam berada di bawah kuasa kerajaan negeri dan kuasa sultan negeri-negeri berkenaan maka pelaksanaan larangan tazkirah adalah tidak seragam.
Kita ambil contoh Sarawak. Bumi kenyalang itu tidak bercadang untuk melarang masjid dan surau di negeri itu mengadakan ceramah atau tazkirah sewaktu solat Tarawih pada bulan Ramadhan nanti.
Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Ir Daud Abdul Rahman dalam satu kenyataan pada 3 Julai lalu berkata pihaknya melihat larangan itu tidak perlu kerana tazkirah yang dijalankan di Sarawak selama ini tidak mempunyai unsur-unsur politik.
"Kami beri kebebasan kepada masjid dan surau untuk mengadakan tazkirah. Kami di Sarawak tidak ada isu, semua tazkirah di negeri ini berjalan dengan baik, tazkirah juga tidak ada unsur politik dan kempen daripada mana-mana pihak," katanya.
Agama dan politik
Tetapi bukankah agama dan politik tidak boleh dipisahkan?  Ajaran siapakah yang memisahkan politik dan agama Islam?  Kenapa kita mempunyai persepsi yang negatif apabila disebut politik? Kalau mengikut tafsiran Barat memanglah dikatakan politik itu kotor.
Tetapi politik dalam Islam dengan disalut dengan akhlak Al Quran sebagai panduan dan cara hidup maka ianya akan menjadi suatu perjuangan yang murni, noble dan 'sacrosant'. Ini jauh berbeza dengan politik Machiavelli yang mengamal doktrin 'matlamat menghalalkan cara'.
Isu tazkirah politik dan kepimpinan yang dibawa ke dalam masjid dan surau sebenarnya amat ditakuti oleh para pendokong dan pemimpin kerajaan yang memerintah dan dianggap boleh mengancam kedudukan mereka sebagai wakil rakyat yang korup.
Mereka bimbang masjid dan surau dijadikan medan oleh ustaz dan penceramah. Di samping menyentuh topik ibadat puasa, penceramah akan menyelitkan isu-isu semasa, lantas perbicaraan tentang penyelewengan dan kepincangan terutama rasuah yang berlaku dalam masyarakat tidak dapat dielakkan.
Tazkirah juga dapat memberi kesedaran apabila Allah SWT mengkehendaki, hati para jemaah terbuka untuk menerima cahaya hidayah dan petunjuk untuk melihat keadilan itu sebagai keadilan dan kejahatan itu sebagai kejahatan.
Apabila para jemaah dapat melihat perkara ini dengan jelas maka kecenderungan politik mereka akan berubah dan persepsi mereka turut berubah.  Mereka lantas dapat membezakan parti politik mana yang betul-betul memperjuangkan Islam dan parti mana pula yang mempermain dan mempersenda Islam.
Namun begitu, umat Islam kini tidak lagi takut dengan ugutan-ugutan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang cuba mengatur kehidupan berpolitik umat Islam mengikut acuan mereka.  Umat Islam kini semakin berani untuk tampil ke hadapan bagi memperjuangkan kebenaran dan keadilan.
Apa pula yang hendak ditakuti jika sekiranya kita benar-benar yakin dan percaya dengan Islam dan janji Allah. Kalau kehidupan kita berpaksikan kepada Allah dan ingin berlari menuju kepadaNya maka tidak ada apa-apa yang perlu ditakuti dan dibimbangkan.
Ustaz dan penceramah yang diundang untuk menyampaikan tazkirah tidak perlu takut kerana PAS pula bersedia untuk memberi khidmat guaman sekiranya mereka ditahan ekoran memberi tazkirah di sepanjang bulan Ramadhan yang hampir tiba itu.
Pengarah Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ahmad Zamri As'ad Khuzaimi memberi jaminan tersebut khususnya kepada para ustaz dan penceramah yang menyampaikan tazkirah Ramadhan di negeri Pahang.
Cabaran
Anggaplah larangan ini sebagai satu cabaran untuk menegakkan agama Allah.  Nabi Muhammad saw pun pernah dihalang, dibaling dengan batu oleh penduduk Taif dan belakang badannya dilumur dengan najis binatang, semasa baginda bertungkus lumus hendak menyampaikan dakwah Islam.
Tazkirah Ramadhan atau tazkirah politik? Mana-mana pun boleh. Umat Islam harus bersikap terbuka dan berlapang dada dan mendengar serta mengambil iktibar daripada apa yang hendak disampaikan oleh ustaz dan penceramah.
Tidakkah tindakan ini boleh memecah-belahkan penduduk-penduduk Melayu-Islam yang hidup dalam satu kariah nanti?  Perpecahan tidak akan berlaku sekiranya kita merendah diri dan mengoreksi diri (bermuhasabah diri) dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.
Jika tazkirah yang disampaikan itu terkena pada batang hidung sendiri, janganlah cepat melenting dan menjadi marah pula. Itulah sebenarnya mesej yang hendak disampaikan supaya kita menjadi seorang Muslim yang lebih baik selepas Ramadhan kelak.
Kalau dilihat dari sudut hukum, menghadiri majlis-majlis ilmu dan kuliah (termasuk majlis tazkirah) adalah lebih afdal dan lebih besar pahalanya berbanding dengan melakukan solat sunat Tarawih itu sendiri.
Sabda Rasulullah saw: "Ganjaran bagi orang yang menghadiri majlis ilmu adalah lebih besar pahalanya berbanding dengan solat sunat 1,000 rakaat." (Hadith  riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad).

freemalaysiatoday.com

Pembangkang Syria pilih Presiden baharu

Posted: 06 Jul 2013 02:30 PM PDT

28 Syaaban 1434 H. [MOD] -

ISTANBUL 7 Julai - Gabungan pembangkang Syria, Perikatan Nasional memilih Ahmad Assi Jarba sebagai Presiden selepas satu undian secara tertutup diadakan di sini semalam.

Ahmad merupakan seorang pemimpin puak di wilayah timur Hasaka yang mempunyai hubungan rapat dengan Arab Saudi dan memperoleh 55 undi berbanding lawannya seorang ahli perniagaan, Mustafa Sabbagh yang dicalonkan oleh kerajaan Qatar, memperoleh 52 undian.

Ahmad akan memimpin Perikatan Nasional untuk menentang kerajaan pimpinan Presiden Bashar al-Assad. - REUTERS



Keretapi penumpang rempuh beca, 14 maut

Posted: 06 Jul 2013 02:29 PM PDT

28 Syaaban 1434 H. [MOD] -

LAHORE 7 Julai - Sekurang-kurangnya 14 orang termasuk dua kanak-kanak terbunuh, apabila sebuah kereta api penumpang berlanggar dengan sebuah beca yang sarat dengan penumpang di wilayah timur Pakistan, Punjab semalam.

Pegawai polis tempatan, Salim Niazi berkata, kejadian tersebut berlaku di pekan Khanpur di daerah Shiekhupura, kira-kira 40 kilometer di barat laut Lahore.

"Pelanggaran tersebut berlaku apabila kereta api berkenaan yang dalam perjalanan dari Karachi ke Punjab merempuh beca yang sedang melintas kawasan landasan yang tidak berpagar," katanya. - AFP




Tiada ulasan:

Nuffnang