:: cina islam | 2011 :: |
- Mesir : Wajah sebenar Amerika terdedah
- Pelajar Malaysia Di Mesir Tidak Terlibat Program Akademik Dinasihat Pulang Bercuti
- Runtuhan Jambatan Kedua: Kontraktor Akan Didakwa Kerana Cuai - DOSH
- PAS Jangka Umum Calon Kuala Besut Selasa
- Khabar Mesir, ulama Azhar sertai himpunan
- Ulama Azhar seru rakyat tolak rampasan kuasa
- 26 terbunuh tunjuk perasaan penyokong Morsi di Mesir
- Paraguay umum darurat berikutan banjir buruk
- Timbalan ketua gerakan Ikhwan Muslimin Mesir ditahan
- S'gor teruskan air percuma, RM105 juta tambahan
- Kembalikan Morsi sebagai Presiden - Ikhwan
- Kami tidak kembali selagi Mursi tidak dikembalikan sebagai Presiden
- Penyokong Mursi terbunuh ditembak tentera Mesir
- 17 terbunuh tunjuk perasaan penyokong Morsi di Mesir
- Paraguay umum darurat berikutan banjir buruk
- 9,101 pelajar M'sia di Mesir selamat
- Kuala Besut: PAS pastikan pengundi luar tunai hak
- Program ihya' di Qaryah Ramadhan ada kelainan
- Pakistan haram filem kisah cinta pasangan Hindu-Islam
- Guru Wanita Cemas Diugut Perompak Di Tempat Letak Kenderaan Pasar Raya
- Hishammuddin Beri Jaminan Tiada Lagi Penundaan Tarikh Operasi KLIA2
- Kerajaan Tarik Balik Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam 2013
- Krisis Mesir.
Mesir : Wajah sebenar Amerika terdedah Posted: 06 Jul 2013 05:27 AM PDT 27 Syaaban 1434 H. [MOD] - Saya membaca berita penahanan bekas Al-Mursyidul Am khwanul Muslimin, Sheikh Muhammad Mehdi Akif oleh tentera Mesir dengan penuh kesal dan simpati. Beliau yang sudah berusia lebih 80 tahun sewajarnya tidak perlu ditahan sedemikian rupa, apalah sangat kudrat seorang tua yang sudah uzur untuk menentang kekuatan tentera Mesir? Teringat saya pertemuan dengan beliau ketika beliau menziarahi kami di Kelantan tahun lepas. Pada waktu itu turut menyambut beliau ialah Almarhum Ustaz Yahya Othman yang juga telah uzur namun menggagahkan dirinya untuk meraikan kehadiran orang penting di dalam gerakan Ikhwanul Muslimin tersebut. Hakikatnya inilah dia wajah sebenar Amerika dan Israel. Merekalah yang melaungkan demokrasi dan merekalah yang menodainya. Morsi ditabalkan sebagai presiden melalui pilihanraya yang sah bukan melalui revolusi jalanan, sewajibnya beliau diberikan peluang untuk mentadbir sehingga tamat penggal. Namun, musuh-musuhnya tidak senang duduk dan tidak mungkin dapat membiarkan pentadbiran Morsi berjalan lancar. Justeru tidak pelik jika Amerika yang kononnya selama ini menjadi juara demokrasi tiba-tiba menyokong rampasan kuasa yang dilakukan oleh tentera di Mesir. Tidak terkecuali pihak yang memberikan sokongan ialah negara-negara yang terkenal selama ini menjadi alat Amerika di Timur Tengah. Allah SWT seringkali mengingatkan kita di dalam Surah al-Fatihah yang kita baca di dalam solat bahawa golongan Yahudi dan Nasrani ialah golongan yang sesat dan dimurkai. Padahal Allah SWT boleh menggunakan kalimah Yahudi dan Nasrani di dalam surah tersebut, namun ia tidak berlaku. Allah SWT menggunakan kalimah yang menandakan sifat mereka iaitu golongan yang sesat dan golongan yang dimurkai. Ia jelas menunjukkan bahawa sekalipun Yahudi dan Nasrani di zaman Rasulullah SAW telah pupus namun sifat mereka diwarisi oleh anak cucu mereka sehingga ke hari kiamat. Israel mewakili Yahudi dan Amerika mewakili Nasrani sentiasa beruasaha memadamkan cahaya Allah SWT. Mereka lupa bahawa kebangkitan Islam ini umpama air yang mengalir deras. Jika disekat di tepi, ke tengahlah ia mengalir, jika dihalang di tengah, ia menerobos ke atas dan ke bawah. Jika semua arah ia ditahan, ia akan menunggu untuk menghancurkan banteng penghalang. Hari ini, rampasan tentera di Mesir hanya akan menyaksikan kebangkitan lebih besar rakyat Mesir menghancurkan gerombolan secular yang berhajat untuk kembali ke tampuk kuasa. Saya yakin, Amerika dan Israel akan berterusan memainkan jarum mereka di Timur Tengah. Mereka melaungkan slogan demokrasi namun apabila demokrasi menikam mereka, tanpa malu-malu mereka akan mencabul demokrasi. Lihat sahaja, adakah mereka menghormati pilihan rakyat di Algeria ketika FIS digulingkan? Adakah mereka menghormati pilihan rakyat ketika Najmuddin Erbakan dinafikan hak untuk berkuasa di Turki? Demikian juga yang berlaku di Gaza dan Tebing Barat ketika Hamas memenangi pilihanraya, adakah mereka berpegang kepada prinsip demokrasi? Itulah Yahudi dan Amerika. Justeru, mereka yang tidak menghormati pilihan rakyat secara demokrasi dan berusaha menggulingkan kerajaan sah dengan membeli wakil rakyat dan sebagainya adalah saudara mara kepada Yahudi dan Amerika. Tidak ketinggalan juga yang melakukan penipuan besar-besaran di dalam pilihanraya lalu mendakwa inilah demokrasi, pun tergolong dalam golongan yang sama. Berdoalah. Semua pencinta Islam wajib berdoa agar dikembalikan semula pemerintahan Mesir kepada yang berhak. Salam hormat. Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Al-Mursyidul Am, Parti Islam Semalaysia (PAS) Bertarikh : 27 Syaaban 1434H bersamaan 6 Julai 2013M | ||
Pelajar Malaysia Di Mesir Tidak Terlibat Program Akademik Dinasihat Pulang Bercuti Posted: 06 Jul 2013 05:04 AM PDT 27 Syaaban 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Pelajar Malaysia di Mesir yang telah selesai menghadapi musim peperiksaan dan tidak terlibat dengan program akademik seperti latihan praktikal atau 'summer course', dinasihat pulang bercuti memandangkan situasi politik negara itu yang kurang stabil. Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh berkata para pelajar juga tidak digalak ke luar wilayah untuk aktiviti melancong, sebaliknya dinasihat tinggal di premis kediaman masing-masing. "Para pelajar juga dinasihat sentiasa mengikuti hebahan media massa, Education Malaysia Egypt (EME) dan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) dari masa ke masa," katanya dalam satu kenyataan di sini, Sabtu. Katanya memandangkan majoriti pelajar kini sedang bercuti panjang selama dua bulan sehingga September mereka dinasihat balik bercuti di Malaysia untuk menyambut bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga. Idris berkata langkah keselamatan telah diambil dengan membuka bilik gerakan KBMK, EME di Dewan Malaysia Abbasiah, Rumah MARA Iskandariah, dan rumah-rumah negeri yang beroperasi 24 jam untuk memantau dan menjaga pelajar, selain operasi pemantauan turut digerakkan di Terminal 1 dan Terminal 3 Lapangan Terbang Kaherah. Ibu bapa dan pelajar boleh menghubungi bilik gerakan KBMK di talian +202-37610270/ +202-37610013/ +202-37610068 (sambungan 141 di luar waktu pejabat, sambungan 101 pada waktu pejabat) selain laman sosial Facebook educationmalaysiaegypt untuk mengikuti perkembangan semasa. Situasi politik di Mesir tegang ekoran penggulingan Presiden Mohammed Morsi dan Ikhwanul Muslimin pada Selasa oleh pihak tentera negara itu. Pertempuran antara penyokong presiden dengan tentera berlaku di beberapa bandar raya negara itu. - BERNAMA | ||
Runtuhan Jambatan Kedua: Kontraktor Akan Didakwa Kerana Cuai - DOSH Posted: 06 Jul 2013 05:03 AM PDT 27 Syaaban 1434 H. [MOD] - KUCHING: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) mengesahkan wujud unsur kecuaian oleh kontraktor dalam kejadian runtuhan penyambungan tanjakan susur keluar ke Jambatan Kedua Pulau Pinang yang sedang dalam pembinaan, 6 Jun lepas. Ketua Pengarahnya Datuk Ir Dr Johari Basri berkata siasatan mendapati berlaku kecuaian dari segi prosedur dan teknikal dalam kerja-kerja pembinaan oleh syarikat kontraktor terbabit. Beliau berkata pihaknya kini sedang menyiapkan kertas pertuduhan terhadap kontraktor berkenaan sebelum diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya minggu depan untuk tindakan seterusnya. Johari berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri majlis penyerahan cek kepada 876 pekerja Samina-Sci Corporationy yang diberhentikan oleh syarikat itu, Oktober, tahun lepas. Majlis penyerahan itu disempurnakan oleh Menteri Sumber Manusia Datuk Richard Riot. Dalam kejadian pukul 6.40 petang itu, tanjakan konkrit di susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di Batu Maung, Pulau Pinang runtuh, mengakibatkan seorang terbunuh dan tiga lagi cedera. Sementara itu, dalam majlis berasingan di sini, Menteri Kerja Raya, Datuk Fadilah Yusof berkata kementeriannya akan turut menggunakan hasil siasatan oleh DOSH itu untuk menambahbaik perjalanan sektor pembinaan di negara ini. Beliau berkata laporan DOSH itu akan digunakan oleh kumpulan pakar yang ditubuhkan oleh kementerian untuk merangka piawaian, garis panduan dan peraturan untuk dijadikan Amalan Pembinaan Baik dalam sektor pembinaan di negara ini. Beliau berkata kumpulan pakar itu dipengerusikan oleh Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Datuk Seri Ir Dr Judin Abdul Karim. "Ini perlu supaya kita dapat mengangani dan kurangkan risiko kejadian tidak diingini sama ada runtuhan, kematian, kemalangan yang harus kita tangani secara komprehensif dan bukan hanya secara ad-hoc, "katanya.-BERNAMA | ||
PAS Jangka Umum Calon Kuala Besut Selasa Posted: 06 Jul 2013 03:16 AM PDT 27 Syaaban 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: PAS dijangka mengikut jejak langkah Barisan Nasional (BN) untuk mengumumkan nama calon yang akan bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut Selasa ini. Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata sehingga kini parti itu sedang mempertimbangkan tiga nama yang disenarai pendek sebelum diumumkan secara rasmi menjelang penamaan calon Jumaat depan. "InsyaAllah kita juga sedia untuk umumkan calon pada Selasa ini. Kalau bukan Selasa pun kemungkinan Rabu, tapi tidaklah lewat sangat," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Sabtu. Menurut Mustafa Pengumuman tersebut akan dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Kuala Besut. BN mengesahkan akan mengumumkan calon mereka Selasa ini. Pengumuman itu akan dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dataran Besut. Pada Jumaat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Julai ini sebagai hari penamaan calon manakala tarikh mengundi adalah 24 Julai. PRK Kuala Besut diadakan berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Besut, Dr A Abdul Rahman Mokhtar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyrakat Terengganu, akibat kanser paru-paru, pada 26 Jun lalu. Pada pilihan raya umum ke-13, 5 Mei lepas, Allahyarham mempertahankan kerusi DUN Kuala Besut yang dimenanginya sejak 2008 dengan majoriti 2,434 mengatasi calon PAS Napisah Ismail. | ||
Khabar Mesir, ulama Azhar sertai himpunan Posted: 06 Jul 2013 12:07 AM PDT 27 Syaaban 1434 H. [MOD] -
(Antara ulama Al-Azhar yang turun berhimpun bersama rakyat mempertahan Morsi dan membantah rampasan kuasa oleh tentera) Ramai sahabat bertanya khabar Mesir, saya tidak sempat mengulas atau melapor kerana bermacam halangan. Apapun 'game' belum berakhir. Apa sahaja perubahan boleh berlaku. Tugas kita berdoa pada Allah untuk saudara kita di sini. Kerana hari ini (Sabtu) genap 8 hari mereka berkampung di Medan Rabi'ah Al Adawiah dan hari ke 5 di Medan Nahdah berhadapan Universiti Qaherah (kumpulan Salafi pimpinan Sheikh Hazim Abu Ismail). Jumlah mereka meningkat berganda selepas tentera mengumumkan rampasan kuasa. Bahkan hari ini himpunan di lebih 20 kawasan seluruh Mesir berjumlah jutaan manusia dengan kematian mencatat 30 orang. 12 orang sahaja di Iskandariah yang ditembak dengan peluru hidup oleh samseng terpelihara. Keadaan ini amat mengejutkan perampas kuasa. Setelah dua hari ditamatkan siaran langsung semua channel di Dataran Rubu'ah, hari ini Al Jazeera dibenar membuat liputan penuh himpunan penyokong Mursi di seluruh negara khususnya di 4 tempat di Kaherah iaitu Dataran Rabu'ah, Universiti Qaherah, Jambatan 6 Oktober dan Bangunan Pengawal Republik (bertugas mengawal Presiden selama ini). Bahkan saya temui lebih 10 Channel lain yang menyiarkan himpunan penyokong Mursi secara langsung pada hari ini. Ia satu kepelikan setelah semua media disekat membuat liputan himpunan Pro Mursi. Kepelikan kedua ialah kemunculan pemimpin kanan Ikhwan di pentas Medan Rubu'ah seperti Dr Muhammad Badi' (Mursyidul Am Ikhwan), Dr Isyam Rayyan (Naib Presiden FJP) dan Al Baltaji (bekas ahli Parlimen Ikhwan) dalam keadaan akhbar hari ini (jumaat) menyiarkan sekatan, tahanan dan cubaan melarikan diri ke atas pemimpin tersebut. Dr Badi' diberitakan hendak melarikan diri ke Libya dengan bantuan Ikhwan Libya. Tiba-tiba muncul berucap di Rubu'ah. Bohonglah akhbar-akhbar tersebut. Saya tidak mahu mengulas keberangkalian yang menyeronokkan. Tetapi seorang sahabat dari Tanta memaklumkan tadi akhbar Washington Post menyiarkan berita bertajuk, 'Rampasan Kuasa Yang Gagal' dengan sub-title 'Tentera berunding kembali dengan Mursi'. Wallahua'lam apakah benar atau tidak berita ini. Cuma boleh saya katakan, keputusan tentera itu bukanlah suatu yang mudah untuk segera selesai krisis ini kerana jutaan penyokong Mursi tidak berganjak malah bertambah ramai menguasai dataran-dataran seluruh Mesir. Para ulama Al Azhar juga bertambah ramai keluar menyokong Dr Mursi dalam keadaan Sheikhul Azhar bersama keputusan tentera. Apapun tugas penting kita ialah terus bermunajat kepada Allah Tuhan Yang Maha Berkuasa. *Penulis adalah bekas Setiausaha Akhbar Presiden PAS yang kini sedang berada di Mesir | ||
Ulama Azhar seru rakyat tolak rampasan kuasa Posted: 06 Jul 2013 12:06 AM PDT 27 Syaaban 1434 H. [MOD] -
MESIR: Ahli Jawatankuasa Lajnah Fatwa Al-Azhar Sheikh Hashim Islam mengeluarkan kenyataan bahawa rakyat Mesir perlu menolak rampasan kuasa oleh pihak tentera terhadap kepimpinan Dr.Muhammad Mursi. Beliau yang juga merupakan pengasas Persatuan Ulama Al-Azhar berkata, kepimpinan berasakan rampasan kuasa ditolak menurut syarak. "Dr. Muhammad Morsi merupakan presiden yang sah kerana dipilih melalui pilihanraya. "Adalah tidak wajar bagi rakyat mesir berpaling dari beliau. Ini kerana kepimpinan yang berasaskan rampasan kuasa ditolak menurut syarak," katanya seperti dilapor Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM). Menurut Sheikh Hashim lagi, rakyat Mesir wajib mengekalkan identiti Arab-Islam berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah di negara itu dan pada sama memberi jaminan hak kewarganegaraan yang sama rata bagi non-muslim serta menjaga perpaduan negara Mesir dan rakyatnya. Menurutnya, konflik yang berlaku di Mesir bukanlah sekadar pertembungan ideologi, tetapi realiti yang berlaku kini ialah pertembungan akidah antara tamadun Islam-Arab Mesir dengan para pendukung sekular dan anti-Islam. Ekoran rampasan kuasa yang berlaku, beliau menyeru rakyat Mesir untuk turut serta dalam revolusi mempertahankan syariat di seluruh Mesir, dan menewaskan kebatilan seperti yang berlaku dalam perang Jamal, serta membentuk satu jawatankuasa tetangga bagi memelihara negara dan rakyat. "Walaupun berbeza pandangan antara kita terhadap penjenayah dan pemberontak, namun kita juga perlu membezakan antara demontrasi rampasan kuasa yang diharamkan Islam dengan demontrasi bantahan yang diharuskan oleh Islam. "Antara prinsip tertinggi dalam Islam ialah menganjurkan kebebasan, membenci pemerintahan diktator dan keganasan," katanya. | ||
26 terbunuh tunjuk perasaan penyokong Morsi di Mesir Posted: 05 Jul 2013 09:31 PM PDT 27 Syaaban 1434 H. [MOD] - KAHERAH: Sekurang-kurangnya 26 terbunuh dalam pertempuran di sekitar Mesir hari ini apabila ribuan penyokong presiden Mohamed Morsi yang digulingkan keluar beramai-ramai membantah tindakan tentera negara itu. Pertempuran itu membabitkan penyokong Morsi dan kumpulan penyokong yang memihak dengan tindakan tentera Mesir. Sementara itu, pasukan keselamatan polis Mesir terus menahan pemimpin gerakan islam yang dikenali Ikhwan Muslimin. - AFP | ||
Paraguay umum darurat berikutan banjir buruk Posted: 05 Jul 2013 08:19 PM PDT 27 Syaaban 1434 H. [MOD] - ASUNCION (Paraguay): Anggota Kongres Paraguay mengumumkan perintah darurat di negara itu susulan banjir besar yang melanda berikutan hujan lebat berterusan sehingga mengakibatkan sungai melimpah dan memaksa 15,000 terpaksa dipindahkan. Kongres Paraguay berkata, langkah yang diambil masih kurang jelas, bagaimanapun, kerajaan negara itu sedang memberikan bantuan kepada keluarga yang tinggal di kawasan rendah khususnya berdekatan Parana dan sungai Paraguay. Perkhidmatan Kaji Cuaca negara itu berkata, banjir buruk yang melanda disebabkan hujan lebat sepanjang bulan ini di Brazil, di mana sungai di Paraguay tidak mampu menampung jumlah air yang melimpah teruk. Sungai Parana adalah yang kedua terbesar di Amerika Selatan selepas Amazon. - AP | ||
Timbalan ketua gerakan Ikhwan Muslimin Mesir ditahan Posted: 05 Jul 2013 08:17 PM PDT 27 Syaaban 1434 H. [MOD] - KAHERAH: Timbalan Ketua Ikhwan Muslimin, Khairat el-Shater yang disifatkan lelaki paling berkuasa dalam gerakan Islam Mesir ditahan pihak berkuasa negara itu, demikian menurut jurucakap Kementerian Dalam Negeri Mesir, Hani Abdel-Latif sebentar tadi. Hani berkata, el-Shater dan abangnya ditahan lewat malam tadi (waktu tempatan) di sebuah pangsapuri di timur Kaherah atas tuduhan menghasut menimbulkan aktiviti keganasan terhadap penunjuk perasaan dalam tempoh beberapa hari ini. Shater yang turut dikenali sebagai ahli perniagaan yang kaya, memegang jawatan pemimpin agung dalam gerakan itu dan disifatkan paling berpengaruh khususnya dalam membuat keputusan. Beliau juga adalah calon asal presiden negara itu, bagaimanapun, atas faktor tidak memenuhi kelayakan selepas hukuman penjara yang dikenakan ke atasnya, namanya ditolak. - AP | ||
S'gor teruskan air percuma, RM105 juta tambahan Posted: 05 Jul 2013 08:16 PM PDT 27 Syaaban 1434 H. [MOD] -
SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor akan meneruskan perlaksanaan pemberian 20 meter padu air percuma kepada rakyat negeri itu yang telah diperkenal Pakatan Rakyat sejak mengambil alih negeri itu pada 2008 lalu. Bagi tujuan penerusan itu, kerajaan negeri telah memohon peruntukan tambahan sebanyak RM 105 juta untuk pemberian bagi tempoh Julai hingga Disember tahun ini. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khadli Ibrahim berkata, peruntukan itu diperlukan kerana peruntukan sebelumnya hanya menampung kos program tersebut sehingga Mei lalu iaitu sebelum Pilihanraya Umum 13 (PRU13). Menjelaskan perkara itu lebih lanjut beliau berkata, peruntukan yang diambil dari belanjawan 2013 itu dibuat kerana sekiranya Kerajaan Negeri yang lain mengambil alih selepas PRU 13, pentadbiran itu tidak dipaksa untuk meneruskan dasar itu. "Jika menang pilihanraya, kita teruskan program pemberian air percuma ini. Keputusan ini dibuat kerana kita tidak mahu membuat keputusan bagi pihak lain. "Tetapi dalam manifesto PR, kita telah senaraikan mengenai usaha meneruskan bantuan air percuma ini," katanya kepada media selepas Dewan Negeri Selangor (DNS) ditangguhkan semalam yang dipetik Selangorku. Permohonan RM 105 juta itu sebahagian daripada permohonan perbelanjaan tambahan sebanyak RM 761 juta yang dibuat melalui satu enakmen di dalam DNS. Daripada RM 105 juta, RM 83 juta adalah bagi menampung bayaran program pemberian air percuma bagi Julai hingga hingga Disember 2013. Manakala RM 22 juta bagi menampung semula peruntukan sedia ada yang telah digunakan bagi bayaran program itu bagi Mei hingga Jun lalu. | ||
Kembalikan Morsi sebagai Presiden - Ikhwan Posted: 05 Jul 2013 08:14 PM PDT 27 Syaaban 1434 H. [MOD] - Saya mengikuti siaran langsung Al-Jazeera berbahasa Arab malam tadi sehingga hampir jam 2 pagi yang membuat lintas langsung dari Rabiatul Adawiah, timur Kaherah di mana penyokong Morsi berkumpul. Antara yang berucap ialah Isam Iryan, Naib Ketua FJP membuat kenyataaan mereka tidak akan meninggalkan dataran Rabiatul Adawiyah hingga Morsi dibebaskan. Penyokong Morsi makin teruja kemudiannya apabila Sheikh Muhammad Badi', Mursyid al-Am Ikhwan Muslimin Mesir muncul di pentas (Gambar: Sheikh Muhammad Badi' di pentas. Tulisan tertera di TV Al-Jazeera: 'Semua urusan rampasan kuasa, perlantikan Presiden sementara dan lain-lain dianggap batal). Di antara kenyataan dan ucapannya yang penting ialah: 1. Kami hanya menerima Morsi sebagai Presiden Mesir yang sah, tidak berganjak dari prinsip ini. 2. Kami menolak rampasan tentera. Semua urusan dan perkara yang berlaku selepasnya dianggap batal dan tidak diikitiraf. 3. Kami menyeru tentera supaya berkhidmat untuk negara dan rakyat, sokong kami dan kami sokong kamu. Ucapan ini dibuat terutamanya ketika helikopter tentera sedang beredar di atas kepala kumpulan penyokong Morsi. Ketika itu kehadiran di Rabiatul Adawiyah disebut oleh seorang jurucakap di atas pentas menjangkau 4 juta orang. 4. Kembalikan Morsi sebagai Presiden dan Ikhwan sedia berbincang dengan sesiapa sahaja selepas itu. 5. Saya tidak akan lari dan kami tidak akan lari. Kami pendukung revolusi, bukan orang yang lari. Harakahdaily/- | ||
Kami tidak kembali selagi Mursi tidak dikembalikan sebagai Presiden Posted: 05 Jul 2013 06:24 PM PDT 27 Syaaban 1434 H. [MOD] -
[VIDEO & GAMBAR] "Kami Tidak Kembali Selagi Mursi Tidak Dikembalikan Sebagai Presiden"Mursyid yang juga Pimpinan tertinggi Ikhwanul Muslimin Mohamed Badie yang dibebaskan dari tahanan telah muncul dan memberikan ucapannya di dalam aksi massa pro Mursi di Rabaa, Kaherah, Mesir semalam. Badie sebelumnya diberitakan AP, ditangkap oleh pihak tentera di daerah Marsa Matrouh, kota pinggiran dekat perbatasan Libya. Dalam ucapannya seperti disiarkan Al-ahram, Badie menyatakan kumpulan jutaan orang di Raba mencerminkan kekuatan Mesir dari kumpulan yang berbezaa. "Allah lebih besar dari semua yang mengorbankan dirinya untuk revolusi, Allah saksi kami," ungkap Badei yang disambut takbir dari puluhan juta penyokong Mursi. Badei juga mengungkapnya dirinya bangga dengan Mursi dan melihat tindakan tentera sebagai tidak berperlembagaan. "Mursi adalah presiden saya dan semua orang Mesir," ungkapnya. Badie turut menyatakan bahawa pihaknya tidak akan kembali ke rumah hingga kedudukan Mursi sebagai Presiden dikembalikan. Di dalam perhimpunan aman oleh kumpulan pro-Mursi yang dihadiri oleh jutaan manusia di Rabaa tersebut, dilaporkan bahawa 17 orang terkorban dan lebih 460 cedera akibat dalam pertempuran diantara pendukung dan anti-kudeta tentera. Di Kaherah pada Jumaat malam sempat terjadi pertempuran diantara kedua kubu berseberangan di Qubri 6 Oktober yang dimulai dari Maspiro berdekaran Dataran Tahrir, pusat kota Kaherah. Diberitakan, pertempuran di Maspiro mengorbankan satu orang dan lebih 200 orang mengalami kecederaan. Maspiro tempat bangunan Pusat Stesyen Radio dan Televisi Nasional itu dikepung pleh pendukung Moursi untuk memaksa kembali menyiarkan demo aman Ikhwanul Muslimin setelah tiga hari ditutup sejak Mursi digulingkan. TV Mesir pun sudah mengudarakan demo Ikhwan semalam. Jaringan television berbahasa Arab yang sangat berpengaruh di Timur Tengah, Aljazeera, juga sudah diizinkan pada Jumaat untuk kembali mengudarakan dari Mesir, setelah pejabat bironya di Kaherah ditutup sejak Rabu. Pertempuran di Maspiro itu berlaku setelah pihak tentera mengerahkan kereta perisai dan pasukan bersenjata dan berhasil memisahkan kedua kubu tersebut. Qubri 6 Oktober merupakan jembatan terpanjang di Kaherah yang menghubungkan Lingkungan Masjid Rabiah Adawiyah -- tempat perhimpunan aman Ikhwanul Muslimin para pendukung Mursi -- dan Tahrir, berlanjut menyeberangi Sungai Nil hingga Dukki, bahagian barat Kaherah. Petempuran turut berlaku di antara pendukung Mursi dan pihak keselamatan di bangunan Garda Republik, Kaherah timur, tempat Mursi ditahan. Massa Ikhwanul Muslimin menduduki bangunan yang dikepung kereta kebal dan kawat berduri tesebut dan mereka berjanji tidak akan meninggalkannya hingga Moursi dikembalikan ke jawatannya sebagai presiden. | ||
Penyokong Mursi terbunuh ditembak tentera Mesir Posted: 05 Jul 2013 06:23 PM PDT 27 Syaaban 1434 H. [MOD] -
[TERKINI MESIR] 3 Penyokong Mursi Terbunuh Ditembak Tentera MesirPihak keselamatan Mesir telah mengeluarkan tembakan ke arah pendukung mantan Presiden Mohammed Morsi yang digulingkan dan mengorbankan tiga orang, demikian lapor BBC. Peristiwa terjadi dalam demontrasi selesai solat Jumat (05/07) yang diserukan oleh Ikhwanul Muslimin, gerakan asal Mursi. Ikhwanul Muslimin menyerukan demontrasi aman guna menentang penggulingan Mohammed Morsi yang disebut sebagai kudeta tentera. Wartawan BBC di Kaherah Jeremy Bowen di lokasi kejadian melaporkan ia melihat tentera pertama-tama mengeluarkan tembakan ke udara dan kemudian mengarahkan senjata ke kumpulan para demontsran. Tidak lama kemudian, lanjut Bowen, seorang lelaki terjatuh dan pakaiannya kelihatan berdarah. Setelah solat Jumaat, para demonstran mengadakan gerakan massa menuju bangunan tempat Mursi diyakini ditahan. Ribuan orang berkumpul di beberapa kawasan di ibukota Mesir, termasuk di lingkungan Masjid Rabaa. Izin Demonstrasi Tentera yang berjaga-jaga di sekitar pejabat Pengawal Presiden meminta demonstran untuk tidak menyeberang jalan menuju ke bangunan. Tetapi semakin besar jumlah pemrotes, mereka menjadi semakin marah dan menerobos pihak keselamatan. Pihak berkuasa menurunkan kereta kebal dan tentera ke lokasi-lokasi yang dijangkakan tempat demontrasi. Demontrasi besar ini terjadi dua hari setelah Mohammed Mursi digulingkan oleh tentera berkait dengan krisis politik yang tidak berhasil diatasi. Tentera selanjutnya mengangkat Ketua Mahkamah Perlembagaan Adly Mansour sebagai presiden sementara sehingga disusun undang-undang dasar baru dan dilaksanakan pilihanraya umum. Tentera juga telah berjanji akan mengizinkan demonstrasi damai dan tidak akan bertindak ke atas kumpulan tertentu, meskipun banyak pucuk pimpinan Ikhwanul Muslimin telah ditangkap. | ||
17 terbunuh tunjuk perasaan penyokong Morsi di Mesir Posted: 05 Jul 2013 06:20 PM PDT 27 Syaaban 1434 H. [MOD] - KAHERAH: Kira-kira 17 terbunuh dalam kejadian keganasan di Mesir apabila penyokong Presiden Mohamed Morsi yang digulingkan tentera bertempur dengan penyokong lain yang menyokong tindakan tenteranya. Demikian menurut Kementerian Kesihatan Mesir dalam satu pengumuman yang disiarkan di televisyen negara itu. Bagaimanapun, maklumat lanjut berhubung kejadian itu masih belum didedahkan. - Reuters | ||
Paraguay umum darurat berikutan banjir buruk Posted: 05 Jul 2013 06:20 PM PDT 27 Syaaban 1434 H. [MOD] - ASUNCION (Paraguay): Anggota Kongres Paraguay mengumumkan perintah darurat di negara itu susulan banjir besar yang melanda berikutan hujan lebat berterusan sehingga mengakibatkan sungai melimpah dan memaksa 15,000 terpaksa dipindahkan. Kongres Paraguay berkata, langkah yang diambil masih kurang jelas, bagaimanapun, kerajaan negara itu sedang memberikan bantuan kepada keluarga yang tinggal di kawasan rendah khususnya berdekatan Parana dan sungai Paraguay. Perkhidmatan Kaji Cuaca negara itu berkata, banjir buruk yang melanda disebabkan hujan lebat sepanjang bulan ini di Brazil, di mana sungai di Paraguay tidak mampu menampung jumlah air yang melimpah teruk. Sungai Parana adalah yang kedua terbesar di Amerika Selatan selepas Amazon. - AP | ||
9,101 pelajar M'sia di Mesir selamat Posted: 05 Jul 2013 04:24 PM PDT 27 Syaaban 1434 H. [MOD] - Seramai 9,101 pelajar Malaysia yang berada di Mesir selamat dan mereka tidak terlibat dengan pergolakan yang sedang berlaku di negara berkenaan. Menurut jurucakap Kedutaan Malaysia di Kaherah, kesemua pelajar berkenaan pada masa ini sedang menghadapi peperiksaan semester dan tinggal berdekatan dengan universiti masing-masing. "Buat masa ini, keadaan di Mesir masih terkawal dan tiada sebarang laporan memaklumkan kejadian tidak diingini berlaku kepada pelajar Malaysia di Mesir," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. Katanya pihak kedutaan akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa dan akan mengambil langkah keselamatan jika pergolakan di negara itu berterusan. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai konflik terbaharu di Mesir yang menyaksikan penggulingan Presiden Mohammed Morsi, pemimpin yang dipilih secara demokrasi oleh rakyat Mesir pada 30 Jun 2012 bagi menggantikan Hosni Mubarak. Rakyat Malaysia boleh menghubungi Kedutaan Malaysia di Kaherah untuk maklumat lanjut dengan menghubungi (202) 37610013/19/68/73 atau Bilik Operasi Kedutaan Malaysia di talian 00-2-02-37610270 atau 02-37610013/02-37610068 sambungan 141 atau menerusi e-mel di alcairo@kln.gov.my. -Bernama | ||
Kuala Besut: PAS pastikan pengundi luar tunai hak Posted: 05 Jul 2013 04:22 PM PDT KUALA LUMPUR: PAS akan memastikan pengundi-pengundi Dun Kuala Besut khususnya pengundi luar tidak melepaskan hak mereka begitu sahaja pada 24 Julai ini. Ini kerana, pada tarikh membuang undi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut itu berlangsung pada hari Rabu iaitu pada hari bekerja. Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli merasakan penetapan tarikh mengundi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agak tidak mesra pengundi apabila dibuat pada hari bekerja. "Sepatutnya SPR perlu meneliti keadaan pengundi termasuk pengundi luar yang mungkin akan menyusahkan mereka untuk balik mengundi pada hari bekerja," katanya kepada Harakahdaily. Bagaimanapun katanya, PAS akan berusaha memberi pendidikan kepada pengundi luar agar mereka tidak mensia-siakan hak mereka sebagai rakyat yang mendukung demokrasi tulen. "Kita akan minta mereka menunaikan hak mereka sebaiknya kerana hari tersebut hari bekerja. Apa juga masalah, dalam suasana politik di Terengganu demokrasi diperlukan," katanya. Sehubungan itu, beliau juga sangsi dengan cadangan Menteri Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang mahu menyiarkan proses pengiraan undi PRK Kuala Besut secara langsung. "Bagi saya agak tidak munasabah kerana kita ada lapan unit peti undi, tidak munasabah akan buat pengiraan secara langsung," katanya. Jelasnya, apa yang diminta oleh parti-parti yang bertanding adalah kempen dan ucapan-ucapan calon yang bertanding dibuat secara langsung adalah lebih baik. PRK N01 Kuala Besut diumumkan akan berlangsung pada bulan puasa ini, kerusi ini kosong ekoran penyandangnya Dr A Rahman Mokhtar, 55, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Terengganu 26 Jun lepas akibat kanser paru-paru. Pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lepas, A Rahman mempertahankan kerusi yang disandangnya sejak 2008 apabila mengalahkan calon muslimah PAS Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi. Sebelum ini, tahun 2010 dua PRK pernah diadakan pada hari bekerja iaitu di DUN Galas dan dan Batu Sapi di mena kedua-dua kerusi ini dimenangi oleh BN. Harakahdaily/- | ||
Program ihya' di Qaryah Ramadhan ada kelainan Posted: 05 Jul 2013 04:19 PM PDT 27 Syaaban 1434 H. [MOD] - Tuan Guru Nik Abdul Aziz menerima cenderahati daripada wakil Majlis Agama Islam Narathiwat sambil disaksikan Menteri Besar. KOTA BHARU: Pengisian program Ihya' Ramadhan tahun ini khususnya di Qaryah Ramadhan, Dataran Stadium di sini selain solat tarawih dan tilawah Al-Quran, akan dipenuhi juga dengan aktiviti membabitkan pelajar Pasti negeri. Bahkan, kelainan sambutan Ihya' Ramadhan di Kelantan tahun ini ialah penggemblengan anak muda, 'Mat Rempit' dengan galakan bertadarus di masjid dan surau di negeri ini khususnya di Qaryah Ramadhan pada awal malam selepas solat tarawih dan waktu dinihari sebelum bersahur. Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata dalam konteks menyebarkan Islam kepada rakyat, penambahbaikan kepada sambutan Ihya' Ramadhan sentiasa dilakukan setiap tahun. "Puluhan tahun kita berada di Medan Ilmu ini, telah banyak ilmu Islam disebar dan dipungut rakyat. "Bahkan inilah rahsia sebenarnya kejayaan kita di Kelantan mempertahankan pemerintahan dan pentadbiran Islam, selama 23 tahun," ujarnya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Tabung Ihya' Ramadhan 1434 Hijriah di Medan Ilmu di sini hari ini. Turut hadir Mursyidl Am PAS yang juga mantan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Datuk Abdul Fattah Mahmood, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Dr Ramli Mamat serta imam solat tarawih Qaryah Ramadhan, Syeikh Hisham Abdul Bari dan Syeikh Ahmad Tamim dari Mesir. Harakahdaily/- | ||
Pakistan haram filem kisah cinta pasangan Hindu-Islam Posted: 05 Jul 2013 04:16 PM PDT 27 Syaaban 1434 H. [MOD] - ISLAMABAD 6 Julai - Kerajaan Pakistan mengharamkan penayangan sebuah filem India yang mengisahkan percintaan pasangan Muslim-Hindu yang dibimbangi akan menyinggung perasaan penonton di negara ini. Filem Raanjhanaa mula ditayangkan pada bulan lalu, namun Lembaga Penapisan Filem Pakistan enggan meluluskan tayangan filem berkenaan di pawagam negara ini. "Cerita dalam filem terbabit mungkin akan menyinggung majoriti penduduk Islam di Pakistan dan boleh mencetuskan kekecohan," kata pengarah lembaga berkenaan, Arshad Ali semalam. Menurut laporan media, filem itu mengisahkan percintaan antara seorang lelaki beragama Hindu dengan seorang wanita beragama Islam. - AFP | ||
Guru Wanita Cemas Diugut Perompak Di Tempat Letak Kenderaan Pasar Raya Posted: 05 Jul 2013 04:14 PM PDT 27 Syaaban 1434 H. [MOD] - KUANTAN: Seorang guru wanita berdepan saat mencemaskan selepas diugut dan disamun seorang lelaki di tempat meletak kenderaan berhampiran pasar raya Megamall di sini, Jumaat. Dalam kejadian 3.30 petang itu, mangsa, Siti Hafiza Shamsuddin, 30-an sedang memasuki keretanya sebelum didatangi seorang lelaki secara tiba-tiba. Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff suspek bertindak meletakkan objek tajam di perut mangsa sambil menyuruhnya memandu kenderaan itu. Katanya, suspek kemudiannya mengarahnya guru terbabit memberhentikan keretanya di sebuah kawasan perumahan yang mangsa tidak pasti, sebelum mengarahkannya turun. "Suspek bertindak mengambil beg tangan mangsa serta merampas kunci kereta," katanya. Katanya, suspek kemudian melarikan diri dengan sebuah kereta jenis Perodua Viva berwarna putih yang dipandu seorang rakannya. Beliau berkata, mangsa yang tidak dicederakan membuat laporan di Balai Polis Kuantan. "Hasil pemeriksaan mendapati mangsa kehilangan empat buah telefon bimbit, beberapa kad bank, kad kredit, lesen memandu, kad pengenalan dan wang tunai sebanyak RM650," katanya. Polis kini memburu kedua-dua mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. - BERNAMA | ||
Hishammuddin Beri Jaminan Tiada Lagi Penundaan Tarikh Operasi KLIA2 Posted: 05 Jul 2013 04:11 PM PDT 27 Syaaban 1434 H. [MOD] - SEPANG: Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin pada Jumaat memberi jaminan bahawa tidak akan ada lagi penundaan bagi tarikh operasi klia2 selepas tarikh beroperasi baru pada 2 Mei 2014 diumumkan baru-baru ini. Beliau berkata sebuah jawatankuasa khas di peringkat kementerian yang diketuai oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi telah ditubuhkan bagi memantau perjalanan projek itu. "Jawatankuasa ini juga akan membantu pihak Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) dan syarikat kontraktor yang terlibat menyelesaikan mana-mana masalah atau kekangan yang timbul berkaitan projek ini. "Jawatankuasa ini akan turut bertanggungjawab menerangkan kepada orang ramai berkenaan punca kelewatan dan kos tambahan yang dikenakan disebabkan oleh kelewatan ini," katanya kepada pemberita selepas lawatan ke tapak projek klia2 di sini, Jumaat. Katanya jawatankuasa ini akan melaporkan perkembangan projek berkenaan kepada beliau setiap minggu bagi membolehkan beliau memantau perlaksanaannya secara lebih dekat. "Saya berharap langkah ini dapat memberi keyakinan kepada rakyat bahawa kerajaan serius dan prihatin dalam memastikan projek mega ini dapat direalisasikan demi kebaikan semua pihak," katanya. Dalam lawatan tersebut, Hishammuddin telah diberi taklimat oleh pihak MAHB dan semua yang terlibat mengenai segala kekangan dan masalah kelewatan yang mereka hadapi sebelum ini. "Saya telah diberi penjelasan mengenai perkara-perkara tersebut dan mendapatkan komitmen pihak MAHB dan kontraktor untuk sama-sama menyiapkan projek ini mengikut jadual yang ditetapkan. "Dalam hal ini, saya tidak mahu menuding jari ke mana-mana pihak tetapi mahu memastikan projek ini dapat disiapkan demi keselesaan pengguna serta membantu merancakkan sektor pelancongan negara ini," katanya. - BERNAMA | ||
Kerajaan Tarik Balik Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam 2013 Posted: 05 Jul 2013 04:10 PM PDT 27 Syaaban 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Jemaah Menteri pada Jumaat bersetuju untuk menarik balik Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2013, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Rang Undang-Rang tersebut dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada 26 Jun lalu oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Muhyiddin berkata isu status agama anak dalam kes ibu atau bapa memeluk agama Islam telah dibincangkan secara mendalam oleh Kabinet dengan mengambil kira pandangan dan kebimbangan pelbagai pihak termasuk parti komponen Barisan Nasional (BN). "Kabinet bersetuju penarikan balik Rang Undang-Undang itu adalah perlu demi memastikan isu penentuan agama anak dalam kes seumpama itu diselesaikan dengan cara yang adil kepada semua," katanya dalam kenyataan selepas mesyuarat Kabinet, Jumaat. Muhyiddin berkata keputusan untuk menarik balik Rang Undang-Undang itu juga dibuat bagi memberi masa kepada kerajaan dan semua pihak untuk meneliti semula undang-undang tersebut secara holistik. "Rang undang-undang ini hanya akan dibentangkan semula setelah mendapat persetujuan semua pihak," katanya. Semua pindaan yang berbangkit daripada penggubalan Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2013 juga akan ditarik balik, katanya. Timbalan Perdana Menteri menegaskan kerajaan percaya Islam adalah agama yang adil kepada umat manusia, maka isu pertikaian status agama anak perlu diselesaikan secara adil berdasarkan prinsip keadilan dalam Islam. Fasal (4) Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa agama seseorang yang di bawah umur 18 tahun hendaklah ditetapkan oleh "his parent or guardian" (ibu bapa atau penjaga). Sebelum ini, Mahkamah Persekutuan dalam kes Subashini a/p Rajasingam melawan Saravanan a/l Thangathoray [2008] 2 MLJ 147 telah mentafsirkan perkataan 'parent' sebagai mufrad. Fasal 107(b) dalam Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2013 telah digubal berdasarkan peruntukan Fasal (4) Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan dan kes Subashini. - BERNAMA | ||
Posted: 05 Jul 2013 04:08 PM PDT |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2013 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan