Nuffnang

:: cina islam | 2011 ::

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 7:06 PG

:: cina islam | 2011 ::


Pondok roboh port maksiat

Posted: 05 Jul 2013 03:21 AM PDT

26 Syaaban 1434 H. [MOD] -

Pondok roboh port maksiat
PEKAN – Keadaan dua pondok rehat yang roboh dan terbiar di taman perumahan ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk di sini kerana dikhuatiri boleh mencederakan kanak-kanak yang bermain di taman itu pada waktu petang.

Naib Ketua Wanita cawangan, Rosnani Salim berkata, keadaan bumbung pondok yang tajam amat berbahaya dan berisiko menyebabkan kecederaan kepada anak-anak kecil penghuni taman ini.

Menurutnya, masalah tersebut sudah lama berlaku dan pihak pengurusan telah beberapa kali membuat aduan kepada pihak berkaitan namun tiada tindakan diambil.

"Pondok pertama roboh pada 2010 manakala sebuah lagi yang terletak berhampiran rumah penduduk telah roboh Jumaat lalu akibat ribut.

"Tapi apa yang paling kita kesali, setiap kali aduan dan gotong-royong dibuat, wakil pihak berkenaan hanya datang lihat dan ambil gambar keadaan pondok tersebut tetapi tiada tindakan sehingga ke hari ini," katanya.

Selain itu katanya, bawah pondok roboh itu turut dijadikan tempat memadu asmara anak-anak muda yang tanpa segan silu melakukan maksiat.

"Kegiatan tidak bermoral ini sudah tentu meruntuhkan akhlak anak muda yang sepatutnya memanfaatkan masa muda mereka dengan perkara berfaedah.

"Sebab itu kita gesa pihak berkaitan supaya ambil tindakan segera sebelum berlaku kejadian tidak diingini," katanya.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Permata, Ismailudin Sulaiman yang dihubungi turut mengakui keadaan itu dan mengesahkan bahawa aduan dibuat kepada Majlis Daerah Pekan (MDP).

"Sudah banyak kali kita buat aduan tetapi sampai sekarang tidak dipedulikan.

"Kita kesal dengan MDP kerana tidak prihatin dan peka tentang perkara ini walhal masalah ini sudah berlarutan hampir tiga tahun," katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Daerah Pekan, Datuk Mohd Fadzli Mohd Kenali memaklumkan bahawa pihaknya akan membuat semakan mengenai aduan tersebut dan memberi maklum balas dengan segera.

sinar/-

SPR tidak boleh campur tangan sekiranya DUN Terengganu tergantung

Posted: 05 Jul 2013 02:57 AM PDT

26 Syaaban 1434 H. [MOD] -


PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak boleh campur tangan sekiranya Dewan Undangan Negeri Terengganu tergantung selepas pilihan raya kecil DUN Kuala Besut pada 24 Julai nanti. 

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata sekiranya berlaku DUN tergantung, wakil kedua-dua parti harus berbincang sesama sendiri. 

"Sekiranya ia masih tidak dapat menyelesaikan masalah, sultan boleh campur tangan dan sekiranya masih gagal, satu lagi pilihan raya negeri terpaksa diadakan," katanya pada sidang media di sini, hari ini. 


Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), Barisan Nasional (BN) menguasai 17 daripada 32 kerusi DUN Terengganu manakala pakatan pembangkang memenangi 15 kerusi (PAS 14 dan PKR satu). 

Berikutan kematian ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Dr A Rahman Mokhtar daripada BN, pilihan raya kecil akan diadakan pada 24 Julai ini dan BN kini hanya menguasai 16 kerusi. 

Sekiranya, pakatan pembangkang memenangi pilihan raya kecil ini, kedudukan jumlah kerusi yang dikuasai kedua-dua pihak ialah 16-16. 

Sehubungan itu, Abdul Aziz berkata, SPR akan mengkaji semula persempadanan DUN dan parlimen yang mempunyai kerusi angka genap supaya dijadikan angka ganjil. 
"Perkara itu akan dipertimbangkan dalam proses persempadanan semula nanti," katanya. 

Mengulas dakwat kekal, Abdul Aziz berkata, ia tetap akan digunakan pada pilihan raya kecil itu namun dakwatnya sedikit berbeza daripada yang digunakan pada pilihan raya umum lalu. 

"Dakwat kali ini akan mempunyai kandungan silver nitrate yang lebih tinggi untuk memastikan ia akan kekal lebih lama dan ditempah daripada pembekal yang berbeza," katanya. 

Mengulas tarikh pilihan raya kecil DUN Kuala Besut pada Ramadan, Abdul Aziz berkata SPR tidak mempunyai masalah mengendalikannya kerana sebelum ini terdapat dua pilihan raya diadakan ketika bulan puasa iaitu di Permatang Pasir, Pulau Pinang dan Lunas, Kedah. 

"Kita tidak mahu kekosongan terlalu lama untuk mengadakan pilihan raya dan kempen tidak rasmi terlalu panjang. Kita dah bincang mengenainya dan ia bukan benda baharu bagi SPR," katanya. 

Abdul Aziz berkata, 10 orang masing-masing dari Majlis Belia Negara dan Institut Demokrasi dan Hubungan Ekonomi akan menjadi pemerhati dalam pilihan raya kecil ini. - BERNAMA 

Diktatorkah Sultan Abdul Hamid ke-II?

Posted: 05 Jul 2013 02:57 AM PDT


26 Syaaban 1434 H. [MOD] -

Selepas menaiki takhta pada tahun 1876, Sultan Abdul Hamid II, telah melakukan pelbagai transformasi khususnya perundangan.

(Gambar) Sultan Abdul Hamid II semasa berhadapan dengan rombongan yang membawa watikah pemecatan beliau daripada jawatan khalifah (1909M)

Baginda telah memperkenalkan Perlembagaan Baru dengan format Parlimen yang lebih tersusun dan semasa (First Constitution Era 1876-1877M). Krisis antara baginda dan Midhat Pasha selaku Perdana Menteri 'durjana' yang sangat berkuasa, hutang negara yang begitu membebankan serta pelbagai masalah tempatan, 'regional' dan antarabangsa meletakkan Sultan Abdul Hamid II dalam keadaan yang amat sukar untuk menyelamatkan Daulah Uthmaniah.


Namun kebijakan beliau mendapatkan kerjasama Midhat Pasha, golongan Uthmaniah Muda (Young Ottoman) serta mengusir campur tangan Barat secara yang sangat diplomatik tetapi tegas, baginda berhasil menggerakkan momentum yang diperlukan.

Akan tetapi, peperangan yang tercetus antara Daulah Uthmaniah dan Rusia telah memaksa Sultan Abdul Hamid II tunduk dan menandatangani perjanjian San Stefano (Yesilkoy) pada tahun 1878.

Situasi ini telah memburukkan keadaan.

Rusia memperoleh banyak wilayah di timur Anatolia, juga penyerahan daerah-daerah Aegean kepada Bulgaria, kuasa autonomi buat Bosnia Herzegovina dan terlepasnya Serbia daripada wilayah Uthmaniah, baginda berada dalam keadaan yang amat tertekan.

Pada masa itulah Sultan Abdul Hamid II telah bertindak menggantung Parlimen, dengan tujuan meningkatkan efisyensi 'chain of command' yang sangat sukar dicapai melalui persidangan yang caca merba. Tindakan baginda menggantung Parlimen itulah titik penting yang menyebabkan Sultan Abdul Hamid II difitnah sebagai DIKTATOR, SULTAN MERAH, OTOKRATIS dan pelbagai gelaran yang seumpama dengannya.

Benarkah beliau seorang diktator?

Sultan Abdul Hamid II berlapang dada dengan kecaman itu. Baginda seperti memekakkan telinga terhadapnya.

Sultan Abdul Hamid II bertegas melakukan satu demi satu transformasi dengan melancarkan kempen Pan Islamism ke seluruh dunia Islam, menjayakan projek keretapi Hijaz serta berusaha menyelamatkan Palestin daripada konspirasi Zionis dan pelbagai tindakan yang kelihatannya seperti 'one man show'.

Di keliling Sultan Abdul Hamid II ada ramai pengkhianat termasuk Midhat Pasha sendiri. Oleh itu, Sultan Abdul Hamid II banyak bertindak berpandukan maklumat-maklumat keselamatan peribadi yang tidak diketahui umum. Tetapi Sultan Abdul Hamid II masih berterusan mendapatkan pandangan pelbagai pihak yang diyakininya boleh membantu.

Pembacaan secara menyeluruh terhadap sikap Sultan Abdul Hamid II akan memahamkan kepada kita bahawa Baginda bukan seorang diktator, apatah lagi dengan berulang kali pendakwa hanya berhujah pada tindakan menggantung Parlimen itu tadi.
Selama berpuluh tahun selepas mangkatnya baginda, masyarakat menerima bulat-bulat tuduhan yang dilemparkan terhadap Sultan Abdul Hamid II hingga buku-buku sejarah di negara kita juga turut memetik baginda sebagai seorang diktator. Hanya selepas diari beliau (Muzakkirat) ditemui, dikaji bersama surat-menyurat antara beliau semasa dalam buangan di Salonika dengan murabbinya, dan analisis dokumen lanjutan yang dibuat terhadap polisi-polisi Sultan Abdul Hamid II, kita menginsafi betapa ada kalanya seorang pemimpin terpaksa bertindak seperti tindakan Sultan Abdul Hamid II.

Jika kita hanya ada satu pengertian terhadap diktator dan otokratik, bagaimana kita menafsirkan Rasulullah sallallahu alayhi wa sallam yang kuasa legislatif, eksekutif dan kehakiman, kesemuanya berada di tangan baginda? Adakah Muhammad itu seorang diktator?

"Aku yakin yang ahli sejarah akan membelaku. Seandainya ahli sejarah Turki tidak melakukannya sekali pun, aku pasti akan ada ahli sejarah luar yang akan menegakkan keadilan buatku," Sultan Abdul Hamid II menulis suara hatinya ketika di pembuangan di Salonika, Greece.

Rahmat Allah ke atas Sultan Abdul Hamid II. Dan semoga Allah membantu pemimpin-pemimpin kita yang dimomok sebagai 'diktator'.

Presiden sah Mesir, Dr Muhammad al-Morsi.

Perdana Menteri Turki, Recep Tayyib Erdogan.

Kedua-duanya sedang berjuang di medan yang amat tegang, semoga Allah menyelamatkan lidah kita daripada kecelaan lisan yang jahil dan tergesa-gesa.

http://saifulislam.com

Wanita kahwin dengan jambatan

Posted: 05 Jul 2013 02:55 AM PDT

Foto
26 Syaaban 1434 H. [MOD] -

Paris: Tertarik dengan getaran yang ada pada sebuah jambatan, seorang seniman Australia membuat keputusan aneh apabila menjadikan binaan itu sebagai pasangan hidupnya.

Jodi Rose memang sering mengembara ke serata dunia untuk merekodkan getaran pada mana-mana jambatan gantung bagi menyiapkan projek muzik Singing Bridges.

Apabila dia tiba di kawasan Saint-Jean-de-Fos di selatan Perancis, hatinya tersentuh dan segera jatuh cinta kepada sebuah jambatan berusia 600 tahun.


Kata Jodi, dia berkahwin dengan jambatan Le Pont du Diable itu pada 17 Jun lalu dalam majlis tertutup dengan dihadiri hanya 14 orang tetamu.


Seorang daripada mereka ialah Datuk Bandar Saint-Jean-de-Fos.



Pengantin perempuan mengenakan pakaian tradisional dengan baju panjang putih dan membawa sejambak bunga. Media melaporkan, walaupun perkahwinan itu tidak diiktiraf menurut undang-undang Perancis, Jodi berkata, ia tetap bermakna dan kukuh seperti pasangan suami isteri lain. "Saya menghormati mereka yang berkahwin atas dasar romantik dan perasaan seksual, hubungan ini pula berbentuk simbolik yang mementingkan getaran semangat," katanya.


Jambatan itu, kata Jodi, memahami bahawa dia juga menyayangi jambatan - juga lelaki - lain tetapi hubungan mereka membabitkan kepelbagaian kehidupan.


"Ia dibuktikan dengan arus berpusar sungai yang mengalir di bawah tubuh jambatan ini," katanya. Jodi berkata, jambatan itu memiliki ciri suami yang diidamkannya - kukuh, dapat dipercayai, sensasi, baik dan segak.

Jambatan Le Pont du Diable - juga dikenali sebagai Jambatan Syaitan - dibina pada abad ke-11 dan terbukti memiliki daya tahan yang sangat tinggi untuk merentasi masa begitu lama. - Agensi
i

Ikan ‘timbul’ gamatkan penduduk kampung

Posted: 05 Jul 2013 02:48 AM PDT

Ikan 'timbul' gamatkan penduduk kampung
26 Syaaban 1434 H. [MOD] -


Hasil ikan 'timbul' menjadi rezeki sebahagian penduduk mengambil bahagian menyauk ikan sejak lima hari lalu

TANJUNG PIANDANG - Sebilangan penduduk Kampung Parit Tanjung Piandang, di sini berpusu-pusu menyerbu parit di kampung itu selepas ratusan ekor ikan timbul dari dasar sungai itu, Isnin lalu.

Seorang penduduk, A Malek Aslie,50, berkata, ikan-ikan itu timbul selepas air laut pasang dari perairan pantai Tanjung Piandang memasuki kawasan parit di kampung itu sejak lima hari lalu.

Menurutnya, kejadian itu membuatkan ikan di parit itu mabuk selepas airnya menjadi keruh bercampur air laut.

"Bagaikan pesta menangkap ikan, penduduk membawa pelbagai kelengkapan bagi menangkap ikan yang timbul ke permukaan air'' katanya.

A Malek berkata, kebanyakan penduduk memperoleh satu baldi ikan jenis lampan selepas mula menyauk ikan yang timbul pada hari berkenaan.

"Selain, kami berharap pihak berkenaan dapat menjalankan membersihkan dan mengorek parit yang semakin cetek," katanya.


sinar/-

Gempar cikgu ditembak

Posted: 05 Jul 2013 01:55 AM PDT

Foto
26 Syaaban 1434 H. [MOD] -

Pasir Mas: Penduduk Kampung Kubang Panjang, di sini, gempar apabila menemui seorang guru di sebuah bangsal dalam keadaan berlumuran darah akibat ditembak, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa, Mat Zaki Hashim, 35, dari Kampung Tualang Bunut, di sini, dikatakan berhenti berhampiran sebuah bangsal akibat kehabisan minyak.

Mangsa dikatakan duduk di bangsal berkenaan sambil meminta tolong selepas dipercayai ditembak di tempat lain sebelum memandu keretanya itu.


Mangsa yang cedera parah di leher kiri kemudian dihantar ke Hospital Pasir Mas oleh seorang penduduk kampung sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu.

Penduduk kampung, Jaharah Abu Bakar, 58, berkata, dia melihat ramai penduduk kampung berkumpul di bangsal berkenaan selain kehadiran polis.
metro/-

Ucapan Mohammed Morsi selepas rampasan kuasa

Posted: 05 Jul 2013 01:42 AM PDT

26 Syaaban 1434 H. [MOD] -

Apa yang saya lihat sekarang, adalah bahawa terdapat percubaan terdesak untuk revolusi ini dicuri, supaya kita boleh kembali semula, jadi kita boleh mula semula, yg saya benar-benar menolak, saya tidak terima dan saya tidak bersetuju dengannya.


Dan saya telah mengarahkan kepada semua kuasa-kuasa, dalam institusi, pasukan keselamatan dalaman, dan angkatan tentera, bahawa peranan mereka dalam mengekalkan keselamatan negara, harus dijadikan satu peranan penting dan jelas, dan mereka menghentikan pertumpahan darah, dan mereka juga melindungi legitimasi, yang kita semua perolehi sebagai hasil daripada pilihan raya presiden dan sebelum itu pilihan raya Parlimen dan selepas itu referendum perlembagaan. 

Jadi orang-orang, yang merupakan anak-anak negara ini, diminta untuk melindungi legitimasi dan untuk melindungi negara ini, dan legitimasi perlembagaan dan legitimasi undang-undang, dan bahawa suara rakyat, rakyat negara ini yang telah menegakan legitimasi ini, menjadi sebab untuk melindungi negara ini.



Tidak ada jalan lain daripada legitimasi perlembagaan dan undang-undang yang berkuat kuasa sekarang.



Kita mesti meneruskan ke arah pilihan raya parlimen, dengan langkah-langkah yang segera, untuk membentuk Parlimen baru.



Kita mesti melindungi perlembagaan, yang ditulis dan di mana telah dijalankan referendum, dan yang telah diluluskan oleh 64% daripada orang-orang Mesir, dan telah ditetapkan dalam kandungan artikel, dan yang telah diselesaikan oleh badan kehakiman Mesir, di mana telah diputuskan oleh beberapa mahkamah, salah satu yang merupakan mahkamah perlembagaan berdasarkan perlembagaan ini.



Bukan itu sahaja, malah mahkamah perlembagaan itu dirombak, menurut perlembagaan ini. Dan kini, ia menuntut agar perlembagaan ini digantung, saya dengan tegas menolaknya dan menyeru kepada anda untuk melindungi dan berpegang kepadanya, dan tidak menerima apa-apa alternatif selainnya.



Satu-satunya pilihan untuk anda, saya mengumumkan kepada anda, bahawa saya adalah presiden Mesir yang dipilih, dan perlembagaan Mesir dihormati oleh semua, dan bahawa undang-undang Mesir yang berkuat kuasa, sehingga ammendents yang perlu dibuat dilaksanakan, dalam mengikut perlembagaan ini.



Pilihan raya parlimen perlu diadakan, di bawah pengawasan juduciary penuh dan diuruskan oleh jawatankuasa pilihan raya, yang dikenali dan ditakrifkan dalam Perlembagaan ini, dan bahawa pilihan raya ini akan dijamin oleh angkatan tentera, dan sebelum itu, Kementerian dalaman dan polis. 



Dunia sedang memerhatikan kita, dan kita tahu diri kita, kita dapat mengatasi halangan. Kita adalah anak-anak Mesir di negara ini, ini adalah kehendak orang-orang Mesir, dan kehendak ini tidak boleh dibatalkan dengan peredaran satu tahun.



Bagaimana ini boleh berlaku? Dan dunia apakah yang kita hidup di dalamnya? Kita hidup dalam dunia yang bercakap tentang demokrasi.



Tidak boleh ada demokrasi khas yang hanya sesuai untuk Mesir sahaja, demokrasi mesti menjadi hak orang Mesir kepada kebebasan, dan mengamalkan demokrasi seperti yang ia telah diketahui dan ditakrifkan oleh dunia ini. Demokrasi, pilihan majoriti, dan untuk mengikuti sekali hasil daripada proses ini telah diumumkan. Hasil daripada proses ini telah diumumkan, jadi mengapa kita mahu menghentikan kemajuan ini. 



Adakah kita mahu pertumpahan darah? Kita tidak boleh menerima demikian itu dan saya menyeru kepada anda supaya menghentikan pertumpahan darah, dan tidak jatuh ke dalam 'lembah peperangan', kerana jika itu berlaku, negara ini akan berada dalam bahaya yang besar. 



Kita kini berada di hadapan cabaran sejarah yang besar. Kita semua akan berdiri di hadapan Allah untuk mengira, supaya Allah akan bertanya kepada kami: Apakah yang kamu lakukan dengan apa yang telah diamanahkan kepada anda? Jadi di sini saya membuat tawaran kepada anda, satu-satunya tawaran, dan itu adalah untuk berpegang kepada kebenaran dan demi perlembagaan untuk terus di bawah naungannya, selepas ia telah diterima pakai dalam referendum besar yang berlaku pada 25 Disember 2012 lalu , dan di mana kita hidup untuk 6 bulan lepas sehingga sekarang.



Tiada perlembagaan yang lain, ia tidak boleh, dan ia tidak boleh diterima, saya tidak boleh menerima ini semua, dan saya tidak meluluskan untuk anda bertarung, saya memerintahkan anda untuk tidak berperang keatasnya , dan saya tidak menerima supaya mundur ke belakang. Dan saya tidak menyetujui untuk diri sendiri membiarkan wujud perlembagaan baru.



Perlembagaan berubah setiap beberapa bulan adalah huru-hara dan tidak mempunyai undang-undang dan tidak mempunyai rujukan, ia adalah mundur bagi negara kepada keadaan lama, apabila kita telah memutuskan bahawa negara ini menjadi stabil selepas revolusi 25 Januari.



Orang terhormat, rakyat Mesir di mana-mana, di mana sahaja anda berada, ini adalah negara kita, ini adalah negara kita, dan kita hidup di dalamnya di bawah langit Tuhan kita, dan kita tahu kebenaran semua mengenai perancangan jahat terhadap kami dan anda juga tahu. Dan anda sedar bahawa perancangan jahat terhadap kita itu adalah besar.
Dan saya bercakap kepada anda semua, saya bercakap kepada anda semua, kepada penyokong dan pembangkang dan badan kehakiman, dan pekerja-pekerja, petani dan orang-orang kementerian dalaman dan orang-orang angkatan tentera dan seluruh rakyat Mesir, anda adalah anak-anak Mesir, dan pemilik negara ini, anda adalah orang-orang yang mampu melindungi keselamatan dengan restu Tuhan.



Dan tanggungjawab terbesar sekarang, adalah bahawa kita memastikan keselamatannya dan rakyatnya dan menjaga darah mereka daripada tumpah melalui berpegang kepada perlembagaan yang telah kita bawa bersama-sama, saya berdiri dengan anda dan saya berdiri di antara kamu.



Saya akan terus dengan anda untuk melindungi perlembagaan ini, dan saya tidak mempunyai penghalang, seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini, bulan lalu, minggu lalu, hari yang lepas dan sekali lagi sekarang. Saya bersedia untuk semua orang untuk datang ke meja, dan bagi saya untuk duduk, berunding dengan semua, dan mengadakan dialog dengan semua, dari penyokong dan pembangkang dan inisiatif yang telah saya sebutkan kepada anda hari ini, bahawa saya diterima dan kira-kira yang anda tahu semua butiran sekarang, supaya kita dapat menyelamatkan negara kita melalui dialog ikhlas berkesan, dan bergerak ke hadapan.



Jika sebaliknya berlaku, yang akan menjadi tanggungjawab mereka yang telah memaksanya. Tanggungjawab mereka di hadapan Allah dan sejarah dan rakyat negara ini. Tiada siapa yang telah diberi kuasa oleh rakyat negara ini, yang dimiliki oleh rakyat negara ini, tiada siapa yang boleh memaksakan pendapat mereka menggunakan kuasa ini, mereka tidak mempunyainya, walaupun saya sendiri. Saya tidak mengenakan tekanan kepada rakyat untuk memastikan mereka daripada menjejaskan hasrat mereka, yang tidak boleh diterima oleh saya atau oleh orang lain.



Jadi, kita semua berpegang kepada perlembagaan, kita semua hormati undang-undang, kita semua sayangkan negara kita, Mesir, kami cintakan negara Grand Arab, kita suka dunia ini kita hidup di dalamnya, kita suka menjadi warganegara dunia ini, yang menyeru untuk keamanan, dan melaksanakan apa yang membawa ke arahnya, dan melaksanakan tugas-tugas mereka. 



Dan di sini saya melaksanakan tugas saya kepada anda semua. Tiada alternatif kepada legitimasi, tidak ada alternatif kepada perlembagaan, tidak ada alternatif kepada undang-undang, tidak ada alternatif terhadap menghormati kehendak (ramai).



Saya menghargai bahawa ada pembangkang yang kuat dan berkesan. Tetapi saya juga melihat sokongan yang besar. Dan saya lihat di belakang saya dalam sejarah baru-baru ini, setahun yang lalu, maka enam bulan yang lalu, kehendak rakyat, yang telah terjejas melalui proses undang-undang, dan telah mengambil tempat di dalam satu proses yang diluluskan oleh semua, dan diterima oleh semua, dan kami telah tinggal di bawahnya selama setahun, dan itu adalah bukti penerimaan dan bukti ke arah berkenaan dengan perlembagaan, dan ia adalah bukti bahawa tidak ada alternatif kepadanya.



Tetapi, apabila kita sampai hari ini dan mengatakan bahawa kita mesti berhenti kemajuan ini dan kembali ke persegi satu lagi, ini tidak membawa kita ke hadapan dan tidak meletakkan kita dalam kedudukan untuk pembangunan sebenar, dan tidak membawa kita lebih dekat untuk menjadi benar-benar bebas dalam negara kita. Kami tidak menerima bahawa sesiapa mengenakan kehendak mereka.



Orang-orang ini, telah matang, dan mempunyai kesedaran yang cukup untuk melindungi diri mereka sendiri, darah, maruah, kebebasan dan legitimasi di mana mereka tinggal. Ini adalah mesej saya kepada anda, saya menyatakan dengan jelas. 3 Saya dengan anda, berdiri dengan anda di Mesir, di atas tanah, untuk melindungi legitimasi dan menjalankan urusan kami pemikiran, dan bahawa Allah mengawasi segala-galanya.



Wahai orang Mesir, ketahuilah , bahawa kita tidak boleh menjadi pelindung agama kita lebih daripada kemampuan Allah mampu. Dan tidak boleh menjadi pelindung negara ini melebihi daripada kemampuan Tuhan kita, dan kita bekerja di bawah harapan menjadi adil, kita mahu keadilan untuk negara kita, kita mahu kebebasan untuk semua rakyat Mesir, kita mahu melindungi legitimasi sudah didirikan, dan kita mahu keadilan sosial. 



Saya menyeru kepada semua orang, untuk menjadi penjaga bangsa ini, dan untuk melindungi legitimasi ini, perlembagaan dan undang-undang. Dan "tahu bahawa Allah adalah menang, tetapi kebanyakan manusia tidak tahu". Ia adalah di tangan Allah, dan kita hanya mempunyai kehendak kita di tangan kita, dan saya mengumumkan di sini bahawa kita cintakan negara ini, dan kepatuhan kita kepada legitimasi yang telah didiri dan tidak ada cara selain jalan itu, dan tiada jalan belakang daripadanya .



Saya mengucapkan terima kasih, dan saya menawarkan hormat dan kasih sayang saya, dan mahukan anda semua berjaya, dengan anda dan melalui anda dan dengan rahmat Allah dan kita akan bergerak ke hadapan, dan Allah akan membantu kita. Memberkati anda semua. As-salam 'alaikum ...


harakahdaily/-

Gelombang penyokong Mursi sedang banjiri Bulatan

Posted: 05 Jul 2013 01:06 AM PDT


26 Syaaban 1434 H. [MOD] -



Penyokong Presiden Mesir Muhammad Mursi solat berjamaah bermohon untuk menyelamatkan presiden Islam tersebut di Lapangan Masjid Raba El-Adwyia, Kaherah, Rabu (3/7). (REUTERS/Khaled Abdullah )
Suasana kota Kaherah pada Khamis pasca-penggulingan Presiden Mohammad Mursi secara relatifnya tenang, namun warga Ikhwanul Muslimin pendukung Mursi bergelombang menuju Bundaran Masjid Rabiah Adawiyah, Kaherah Timur.

Gelombang massa dari Ikhwanul Muslimin itu mulai datang pada petang Khamis waktu tempatan. 



"Mursi pahlawan kami, Badie pemimpin kami," teriak orangramai, merujuk pada penggulingan Presiden Mursi dan penangkapan terhadap Mursyid/Pemimpin Tertinggi Ikhwanul Muslimin, Mohammad Badie.



Mursi dikenai tahanan rumah segera setelah penggulingannya pada malam Rabu (3/7), sementara Badie dan Wakil Moursyid, Khairat Al Shater ditangkap pada hari Khamis atas perintah mahkamah.



Kedua pemimpin tertinggi Ikhwanul Muslimin itu dituduh bertanggung jawab atas terkorbannya lapan orang dalam aksi penyerbuan dari pendukung pembangkang terhadap Markas Besar Ikwanul Muslimin di Daerah Moqattam, Kaherah awal minggu ini. 



Pejabat Markas Besar Ikhwanul Muslimin itu dibakar oleh penyerbu dan barang-barangnya dirampas seperti komputer, meja, kerusi, bahkan daun pintu.



Pejabat berita rasmi Mesir, MENA, melaporkan bahwa selain penangkapan terhadap Badie dan Shater, juga Ketua Partai Kebebasan dan Keadilan -- sayap politik Ikhwanul Muslimin -- Saad Katatni, dan lebih dari 300 pendukung Mursi di Kaherah dan di berbagai wilayah.



Sementara itu, jaringan television nasional tempatan dan TV asing dilarang pihak berkuasa untuk menyiarkan tunjuk perasaan massa Ikhwanul Muslimin yang kini membangkang tindakan tersebut. 



Pelarangan itu berlaku segera setelah Mursi digulingkan, dan television hanya menyiarkan perhimpunan pembangkangyang gegap gempita merayakan kemenangan tuntutan mereka. 



Adapun television yang dianggap menyokong Moursi, yaitu Misr25 bukan saja dilarang, tapi langsung ditutup, begitu pula Al HafizTV dan Al NasTV bernasib serupa, dihilangkan dari udara. 



Di sisi lain, Kementerian Kesihatan melaporkan bahawa 11 orang terkorban dan 506 orang cedera di 17 wilayah akibat pertempuran pendukung dan anti-Mursi pasca-penggulingan. 



Meskipun suasana kota Kaherah sehari setelah penggulingan itu relatifnya tenang, namun pejabat-pejabat, bank, dan kedai-kedai umumnya masih belum dibuka. 



Ketika berita ini dikirim pada petang Khamis, massa Ikhwanul Muslimin terus bergelombang datang memenuhi Bulatan Rabia.





Ikhwan Muslimin anjur bantahan besar-besaran



KAHERAH - MESIR - Ikhwan Muslimin bakal mengadakan bantahan secara besar-besaran sebagai tindak balas kepada rampasan kuasa yang dibuat pihak tentera yang membawa kejatuhan Presiden, Mohamed Morsi, semalam.

Gabungan itu menggesa orang ramai bagi menyertai bantahan yang bakal diadakan selepas solat Jumaat, hari ini.

Tentera Mesir semalam mengeluarkan kenyataan melalui Facebook mendakwa hak membantah secara aman tidak boleh disalah gunakan kerana ia boleh membawa kepada rusuhan.

"Protes secara aman dan kebebasan bersuara merupakan hak semua rakyat," kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu lagi, Ikhwan Muslimin adalah sebahagian dari rakyat Mesir dan mereka dijemput untuk mengambil bahagian dalam membina sebuah negara.

harakah/- 

Pengundi Kuala Besut Mesti cerdik

Posted: 04 Jul 2013 10:11 PM PDT

26 Syaaban 1434 H. [MOD] -

BETUL seperti yang ditulis oleh Selena Tay dalam Harakah harga barang makanan  naik melambung selepas PRU13.

Dia menyebut tentang bawang merah di sekitar Kepong yang sekitar RM8 sekilogram sebelum 5 Mei sudah jadi RM13 sekilogram selepas pilihan raya.

Saya pernah menulis tentang kedai runcit dekat rumah  saya. Sebelum pilihan  raya pekedai itu berbelanja kurang dari RM2,000 sehari untuk melengkap barang jualannya. Sekarang dia terpaksa berbelanja RM3,000 sehari untuk membeli barang jualan yang sama dengan kuantiti yang  sama.

Dia tidak  lagi boleh jual dengan harga yang sama.
Pendapatan kami tidak bertambah. Cili yang seringgit separuh dari yang  dibeli  dulu. Untuk beli pisang sebanyak yang dibeli dulu, kena bayar hampir sekali ganda sekarang.

Dalam seminggu dua tiga petang saya membeli pisang  goreng. Ia kegemaran dua cucu yang baru bersekolah. Dulu saya beerbelanja RM3 sekali beli untuk semua keluarga. Sekarang dengan lima ringgit sudah  tidak  sebanyak dulu.

Penjual itu  tidak salah sebab  dia dapat bekalan dengan harga yang baru.

Saya  tidak fikir ia berlaku di Kuala Lumpur  saja. Ia juga  dipercayai berlaku di Kuala Besut yang akan menghadapi pilihan raya kecil tidak lama lagi. Adakah pengundi  di Kuala Besut sedar kenaikan yang mendadak dan adakah mereka sudah mengalaminya?

BRIM RM500 sebelum PRU dulu bealum tentu diberi lagi dalam masa beberapa bulan ini. Duit sebesar itu tidak  dapat menampung keperluan tambahan harga barang bagi tempoh dua bulan. Sebulan pun tidak berapa cukup.

Kita tidak tahu apa yang kerajaan dapat buat untuk membantu pengundi membeli barang keperluan dalam tempoh yang terdekat?

Kenaikan itu sudah diduga sebelum PRU itu. Kalau BN berkuasa lagi harga barang tidak dapat disekat dari naik. Sementara beberapa bulan kempen itu dapat pula dihalang kenaikannya. Tetapi bila ia menang semula,  barang pun naik mendadak.

Oleh kerana wujud kesebokan bantahan SPR dikatakan membantu penipuan pilihan raya, maka kerajaan dapat mengelakkan orang bising tentang kenaikan harga mendadak itu.

Hal ini kena hebahkan kepada pengundi Kuala Besut. Pengundi PRK boleh gunakan kecerdikan mengundi calon pembangkang bagi menekan kerajaan memberi perhatian kepada kenaikan semua barang itu. Belum tentu harga itu boleh  diturunkan seperti dulu kiranya  calon BN kalah. Tetapi kalau ia kalah, ia akan memikirkan untuk melakukan sesuatu, sekurang-kurangnya dihalang ia dari naik lagi. 

Pada  masa  ini, jika ia tidak dinaikkan lagi adalah yang terbaik. Kita tahu kerajaan yang ada tidak dapat menurunkan yang sudah naik. Dan adalah diragukan ia dapat menghalang kenaikan lagi.

Jika  dibiarkan nak jadi kepada kita semua kerana kerajaan sudah tidak boleh ditukar dalam masa lima tahun ini.

Tetapi kerajaan yang lemah ini boleh diajar dengan mengalahkan calon BN  di Kuala  Besut. Soal siapa hendak memerintah Terengganu sekarang tidak lagi penting sangat. Jika BN menang semula, ia tidak menjadikan kerajaan yang ada itu kuat sangat. Jika ada mati lagi selepas ini, kekalutan yang sama akan berulang lagi.

Harapan  semua rakyat di seluruh negara adalah kepada pengudi Kuala Besut sekarang. Perubahan di Kuala Besut dapat membantu masalah rakyat  di seluruh negara yang menghadapi kenaikan harga barang itu menjadi perbincangn panas. Kenaikan itu dirasa oleh semua. 

Kebanyakan orang  tidak peduli kes Altantuya. Tapi barang naik melambung menyakit dan mencekik semua orang. Undi orang Besut bukan sekadar kerana kepenting mereka saja, bahkan ia adalah kepentingan sekalian rakyat yang tertindas.

Harakahdaily/-

Ustaz Fadzil tiada duanya

Posted: 04 Jul 2013 10:08 PM PDT


26 Syaaban 1434 H. [MOD] -

Ahmad Lutfi Othman,05 Jul 2013
Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor pergi meninggalkan kita ketika mana parti dan negara begitu memerlukannya. Pandangan dan sentuhan politiknya cukup memukau, penuh hikmah, jauh ke depan, dan kadang-kadang agak sukar diterima penyokong dan pendokong PAS di peringkat awalnya. 

Namun, Allah lebih menyayanginya. Dan kunjungan lebih 100,000 rakyat yang mencintainya ketika majlis pengkebumian adalah bukti nyata Almarhum dekat di hati rakyat. Biarpun memimpin sebuah parti Islam terulung di rantau ini, Almarhum tetap merendah diri, mudah ditemui, begitu akrab menyantuni tetamu dan membuatkan sesiapa saja yang ingin menemuinya terasa senang sekali. 

Almarhum Ustaz Fadzil adalah lambang pemimpin gerakan Islam dan ketua parti politik yang bijak mengatur langkah dan memanfaatkan senario sekeliling. Biarpun menderitai sakit sejak sekian lama, namun beban tugas seharian dipikul penuh bijaksana. 
Almarhum disayangi pemimpin, pendokong, aktivis dan penyokong parti. Beliau bagaikan seorang ayah yang sabar mengasuh anak-anak berdepan seribu satu gugatan. Dan muktamar PAS yang terakhir di Kota Bharu menyaksikan wajahnya penuh ceria melihat anak-anak yang diasuhnya kian matang dan teruji untuk menyahut cabaran. 

Kehilangannya cukup terasa. Pemergiannya begitu meninggalkan bekas, bukan saja dalam PAS tetapi juga buat ummat sejagat. Almarhum telah meletakkan batu asas yang menjulang nama PAS ke persada perdana politik negara. 

PAS di bawahnya adalah parti arus perdana yang tidak boleh dipinggirkan lagi. Dan kedudukannya sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen melakar sejarah tersendiri. Biarpun hanya baru separuh penggal, namun isu-isu yang dikemukakannya mencakupi segenap aspek dan ini mengejutkan parti lawan. PAS bukan lagi menjuarai isu-isu agama tetapi berjaya mengungkapkan segala permasalahan negara seutuhnya. Justeru, ia dihormati semua pihak, termasuk pemimpin Umno dan parti komponen BN lainnya. 

Sesiapa yang mengenali Almarhum pasti tidak akan lupa bidasan tajamnya, lawak jenaka berbisanya. Seorang teman berkata, tanpa bidasan dan jenaka bermakna, itu bukan Ustaz Fadzil namanya. Dalam keras mengkritik, Almarhum menyulaminya dengan nada seloroh yang memukau. Tatapilah kembali VCD yang merakamkan ucapannya di Parlimen, bagaimana Almarhum memberi respons segera kepada gangguan ahli-ahli Parlimen Umno. 

Pendekatannya sederhana, berhati-hati, tetapi meninggalkan impak berkesan. PAS bertuah kerana dapat meneruskan aspirasi perjuangan Almarhum apabila landasannya kukuh dibina sehingga pendekatan Ustaz Fadzil adalah pendekatan yang akan digunapakai PAS dalam tempoh yang agak lama. 

Namun dalam kesederhanaan, Almarhum cukup tegas menghadapi pancaroba durja parti pemerintah. Berdepan larangan ceramah umum terhadap parti pembangkang, Ustaz fadzil adalah pemidato yang tidak akan menolak undangan berceramah walaupun majlis itu tidak mendapat permit polis. Di kala ramai lagi pemimpin pertengahan PAS yang mungkin teragak-agak berdepan FRU dan gas pemedih mata, Almarhum menunjukkan model teladan unggul. 

Sekurang-kurangnya dua peristiwa besar politik negara berjaya ditangani dengan penuh berhikmah. Pertama, konflik dalaman Umno yang membuatkan Tengku Razaleigh Hamzah dan Team B terkeluar, yang membentuk Semangat 46. Pandangan jauh Ustaz Fadzil terserlah bila gagasan Angkatan Perpaduan Ummah dibentuk. Sebenarnya tidak mudah untuknya berdepan pelbagai kritikan, termasuk dari dalam parti sendiri, sebelum Angkatan dapat dibentuk. 
Kedua, pemecatan Anwar Ibrahim daripada kerajaan pada 2 September 1998. Almarhum diberitakan terus mengunjungi Anwar di rumahnya -- ketika mana Anwar masih Timbalan Presiden Umno -- tanpa merujuk terlebih dulu dengan parti. Namun kesan dua peristiwa besar itu begitu memberansangkan, sekali gus membawa PAS ke dalam aliran perdana percaturan politik negara. 

Apa pun, tiada kata dapat menggambarkan kepiluan dan kekosongan ini. Sentuhan kasih sayangnya terhadap ahli-ahli parti tiada taranya. Masih tergambar bagaimana mudahnya Ustaz ditemui di gerai-gerai makan ketika muktamar PAS berlangsung oleh orang kebanyakan, dan mudahnya menyambut sapaan rakyat bawahan di mana saja. 

Benar, dan benar sekali, Ustaz Fadzil adalah pemimpin berjiwa rakyat, menyelami denyut jantung kepedihan rakyat dan bersedia memberi tunjuk ajar bagi ahli-ahli parti parti mengharungi perjuangan yang masih panjang ini. 


Kesederhanaan Ustaz Fadzil banyak diperkatakan bukan saja oleh pendokong jamaah Islam tetapi juga seteru politiknya. Sikap ramah dan kebapaannya membuatkan bukan saja pimpinan PAS yang mendapat asuhan terus darinya sebak mengenangnya, tetapi rakyat biasa yang sesekali dapat berjumpanya pun tidak dapat melupakan. 

Seorang pembantu rapatnya memberitahu, dalam keadaan sakit sekalipun, sewaktu membuat pemeriksaan di hospital, Almarhum tetap beratur panjang, seperti pesakit lain juga, untuk mendapatkan ubat. Malah seorang kerani Telekom di Alor Setar, melihatkan Almarhum berdiri dalam deretan untuk membayar bil telefon, langsung mengisi borang keahlian PAS. 

Bagi petugas di Pejabat Agung PAS, menyantuni Ustaz Fadzil adalah pengalaman berharga yang akan menjadi lipatan kenangan sampai bila-bila. Sebelum menyewa rumah khas, Almarhum kerap tidur di ibu pejabat parti ataupun pejabat Harakah. "Selalu sangat Ustaz Fadzil tidur di atas sofa di pejabat agung. Dia tak mahu menyusahkan orang lain," kata seorang aktivis parti. 

Bagi sesiapa yang sering berkunjung ke Jalan Pahang Barat, tidak sukar untuk menyapa Ustaz Fadzil di Restoran Haslam ataupun gerai Kak Ros (tapak Hospital Tawakal sekarang) di depan Harakah. Dengan nada suaranya yang agak perlahan, namun gurau senda dan cerita lucunya mudah mencetuskan keceriaan berpanjangan. Kita tidak merasa terasing atau kekok meskipun baru pertama kali berdepan dengannya. Kemesraan cukup mudah berputik. 

Jika menerima undangan, Almarhum pasti tidak mengecewakan meskipun dalam keadaan uzur. Misalnya, ketika saya melangsungkan majlis perkahwinan di Kampung Raja, Kubang Pasu, tahun 1991, walaupun dalam keadaan sakit dan saya langsung tidak mengharapkannya datang, namun, pada petang hari kenduri, Almarhum tiba-tiba muncul. 

Wajahnya menggambarkan keuzuran yang ditanggungnya. Bersama dua tiga orang lagi dari Pejabat PAS Kedah, Ustaz Fadzil langsung terus ke dalam rumah. Rupanya untuk duduk bersila pun Almarhum tak mampu, tetapi jamuan tetap dijamahnya walaupun saya kira menu juadah pantang bagi penyakit kroniknya. 

Teman rapatnya, Allahyarham Cikgu Mustafa Long menceritakan bagaimana dia dan Ustaz Fadzil menghadiri 21 kenduri di Bukit Raya -- kerusi Dun yang diwakilnya bermula pada 1982 -- dalam masa satu hari! "Ustaz, kalau nak pi lagi kenduri di Bukit Raya, tak payah ajak saya lagi, penat sungguh, tak laratr betoi," kata Cikgu Pa kepada Ustaz Fadzil, yang menyambutnya dengan gelak saja.

Mengimbas beberapa peristiwa besar yang dilalui PAS di zamannya, jelas Almarhum tidak takut untuk "bereksperimen" dan tidak gopoh berdepan kesulitan. Sememangnya dalam konteks gerakan Islam sejagat, pengalaman Malaysia adalah unik dan tersendiri jika mahu dibandingkan dengan harakah Islam yang lebih berpengalaman, misalnya Ikhwanul Muslimin di Tanah Arab ataupun Jamaat Islami di India, Pakistan. 

Almarhum bijak mengatur rentak dan tempo, menggauli pengalaman dan sejarah silam, bersama rencah real politik yang serba mencabar. Sesungguhnya tidak mudah PAS mahu keluar ke persada arus perdana politik negara setelah hampir berjaya cuba dipinggirkan pada 1986, selepas hanya menang satu kerusi Parlimen di Pengkalan Chepa. Tok Guru Nik Aziz yang berpindah ke Bachok turut kecundang. Sebuah majalah di Indonesia meletakkan tajuk yang agak sinis buat PAS: "Menang satu kerusi untuk tubuh Negara Islam." 

Lebih awal dari itu, selepas Dato' Asri Muda meletakkan jawatan, tanda bermulanya era kepemimpinan ulamak, Almarhum merupakan antara arkitek utama mengemudi "PAS baru". Pada hemat saya, seolah-olah berlaku satu revolusi dalam PAS, apabila bukan sahaja kepimpinan bertukar, tetapi penekanan dan pendekatan perjuangan, malah roh jamaah Islam itu dimantapkan dengan idealisme baru yang lebih suci. Dan tonggak utama PAS era baru ini, di belakang Yang Dipertua Agung, Almarhum Yusuf Rawa adalah Ustaz Fadzil. 

Pengalamannya berdepan cabaran besar semasa mengemudi PAS Kedah juga cukup menarik, terutama dalam kes Lubuk Merbau yang mengakibatkan seorang petugas pilihan raya kecil PAS terbunuh, dan juga peristiwa berdarah Memali. 

Pada 1982, Ustaz Fadzil menunjukkan hemah yang tinggi ekoran perpecahan dalam PAS. Walaupun PAS Pusat mencadangkan Almarhum menjadi Pesuruhjaya Negeri menggantikan Dato' Abu Bakar Umar (yang berada bersama Dato' Asri), Ustaz Fadzil mengunjunginya meminta mengambil semula jawatan itu. Sebaliknya Allahyarham Abu Bakar menolak dan memberi restu kepada Ustaz Fadzil sebagai pesuruhjaya baru.  

Dalam kesederhanaan dan gurau sendanya, Almarhum cukup serius dengan agenda perubahan.  Saya cuba mahu mengungkapkan bagaimana beberapa pendekatannya berdepan real politik negara kadang-kadang disalah tanggap, misalnya ketika menghulur persahabatan dengan Tengku Razaleigh selepas pengharaman Umno 1988 dan episod pemecatan Anwar, sepuluh tahun selepas itu, 1998. 

Berbeza dengan tanggapan sesetengah pihak yang mengandaikan Almarhum tidak merujuk terlebih dahulu dengan pimpinan parti ketika membuat keputusan penting, termasuk untuk menghadiri syarahan perdana isu Palestin bersama Dr Mahathir Mohamad, lebih kurang sebulan sebelum kematiannya, saya dalam diam mengharapkan agar Ustaz Fadzil lebih banyak bertindak atas kapasiti dan kebijaksanaannya sebagai Presiden. Ada kalanya, aksi-aksi politik  memerlukan langkah proaktif yang tangkas dan segera. 

-----
Artikel ini pertama kali disiarkan selepas beberapa hari Ustaz Fadzil meninggal dunia pada 23 Jun 2003.

Rakyat Malaysia Di Mesir Dinasihat Berhati-Hati, Tidak Siar Pandangan Di Laman Sosial - Kedutaan Malaysia

Posted: 04 Jul 2013 10:05 PM PDT

26 Syaaban 1434 H. [MOD] -

PUTRAJAYA: Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah telah menasihatkan pelajar Malaysia supaya berhati-hati apabila menyiarkan pandangan mereka di rangkaian sosial berhubung keadaan di Mesir sementara menunggu kerajaan menyediakan rancangan pemindahan.
Wakil dari Kedutaan Malaysia di Mesir Shaiful Anuar Mohammad berkata terdapat dakwaan beberapa kumpulan pelajar antarabangsa telah mengisytiharkan sokongan mereka terhadap Presiden Mohammed Morsi, yang telah digulingkan oleh tentera Mesir, manakala yang lain menentangnya.
"Pelajar-pelajar mungkin boleh menjadi sasaran oleh kumpulan-kumpulan tertentu. Kita mahu mengelakkan pelajar-pelajar kita daripada menjadi sasaran," katanya ketika dihubungi, Khamis.
Beliau berkata terdapat kira-kira 9,100 rakyat Malaysia di Mesir dan kebanyakan mereka adalah pelajar.
"Setakat ini, kami tidak menerima apa-apa laporan negatif daripada mereka," katanya.
Shaiful berkata beliau telah menasihatkan para pelajar supaya berada di rumah dan menangguhkan sebarang perjalanan di Mesir.
"Kami juga telah menasihatkan para pelajar untuk sentiasa berhubung dengan keluarga mereka bagi memberi gambaran sebenar keadaan semasa di sini (di Mesir)," kata beliau.
Dalam satu kenyataan, Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah berkata pihaknya telah membuka bilik gerakan berikutan penyingkiran Presiden Mohamed Morsi.
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata semua rakyat Malaysia di Mesir dilaporkan selamat.
"Rakyat Malaysia telah dinasihatkan untuk mengelakkan kawasan konflik iaitu Tahrir Square, Rabaa Square di bandar Nasr dan Al-Nahda Square di hadapan kampus utama Universiti Kaherah.
"Mereka yang tinggal di Mesir juga dinasihatkan supaya mengikut garis panduan keselamatan yang dikeluarkan oleh kedutaan dan pihak berkuasa tempatan, dan mengurangkan pergerakan mereka," katanya, sambil menggesa mereka supaya berhubung rapat dengan kedutaan.
Anifah berkata Kementerian Luar bersama-sama dengan kedutaan di Kaherah sedang memantau perkembangan dengan teliti.
"Pegawai-pegawai di Kedutaan telah bekerja sepanjang masa untuk memastikan rakyat Malaysia di Mesir selamat," katanya.
Di Nilai, Negeri Sembilan, Ketua Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata pelan pemindahan telah digubal untuk rakyat Malaysia di Mesir jika keadaan di negara itu semakin buruk.
Mstar/-

Pilihan raya kecil DUN Kuala Besut 24 Julai, penamaan calon 12 Julai ini

Posted: 04 Jul 2013 09:55 PM PDT

26 Syaaban 1434 H. [MOD] -

PUTRAJAYA: Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut akan diadakan pada 24 Julai manakala hari penamaan calon ditetapkan pada 12 Julai ini. 

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata hari pengundian awal ditetapkan pada 20 Julai ini.
"Permohonan undi pos boleh dibuat bermula hari ini dan tarikh tutup adalah pada hari penamaan calon," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas di Ibu Pejabat SPR di sini Jumaat.
Pilihan raya kecil DUN Kuala Besut diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr A Rahman Mokhtar 26 Jun lalu.
Pada PRU-13, Allahyarham mempertahankan kerusi DUN Kuala Besut untuk BN dengan mengalahkan calon PAS, Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.
DUN Kuala Besut mempunyai 17,683 pengundi berdaftar.

Comments posted (0)

YB BN

YB PAS

YB PKR

YB DAP