:: cina islam | 2011 :: |
- Anwar: Jusuf Kalla kata laporan Berita Harian tak benar
- Ombak Tinggi Landa Pulau Pinang
- Bersih 2.0: K’jaan diarah bayar RM50,000 kepada Salahuddin, Mahfuz
- Gempa bumi Aceh: Angka kematian kini 30 orang
- Tentera Mesir halang siaran langsung, tangkap pemberita
- Tindakan tentera Mesir setelah 24 jam rampas kuasa
- Profesor: BN pun ramai tentera siber
- Pakatan kemuka usul rujuk MP BN ke JK Parlimen
- Morsi dipindahkan ke kementerian pertahanan: Ikhwanul Muslimin
- Morsi, pegawai kanan ditahan di bawah kemudahan ketenteraan
- Mesir keluar waran tangkap kepada 300 pemimpin Ikhwanul Muslimin
- Tentera Mesir sahkan Morsi kini ditahan
- Lebih 6,000 laman web termasuk yang hina Agong disekat sejak 2008
- PAS kutuk rampasan kuasa terhadap presiden Morsi
- Tentera Mesir Guling Morsi
- Mesir: Puluhan penyokong Morsi terbunuh
- WWW1: Utusan diarah bayar RM250,000 kepada Nizar
- Mursi, tentera Mesir rela mati
- Raja Belgium turun takhta 21 Julai ini
- DIAMBANG RAMADHAN
Anwar: Jusuf Kalla kata laporan Berita Harian tak benar Posted: 04 Jul 2013 03:33 AM PDT 25 Syaaban 1434 H. [MOD] - Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menangkis laporan yang didakwa memetik kenyataan bekas naib presiden Indonesia Jusuf Kalla bahawa siri perhimpunan untuk membantah dakwaan penipuan dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu dibiayai pihak asing. Katanya, beliau menerima satu nota daripada Jusuf, yang didakwanya menyebut bahawa dakwaan tersebut, seperti yang disiarkan akhbar Berita Harian pada 28 Jun lalu, adalah tidak benar. Anwar mendakwa, Jusuf juga telah mengutus bantahan serta tuntutan kepada Berita Harian agar akhbar berkenaan membuat pembetulan kepada laporan berkenaan. Katanya, beliau sejak dari awal lagi tidak yakin bahawa tokoh berkenaan akan mengeluarkan kenyataan "gila" seperti yang dilaporkan akhbar berkenaan. Apatah lagi, hubungan persahabatan antara mereka telah terjalin sejak sekian lama, kata Anwar dalam satu sidang media di bangunan parlimen hari ini. "Pak Jusuf amat prihatin soal perkembangan politik di Malaysia, dan menganggap saya dengan dia dalam keadaan baik. Jadi sebab itu saya mengambil masa beri dan memberi ruang kepadanya untuk memberikan penjelasan. "Dari awal saya tidak yakin beliau akan mengeluarkan kenyataan sekeras itu," katanya dalam sidang media di bangunan Parlimen hari ini. Anwar berkata, Jusuf dalam nota berkenaan secara khusus menyatakan bahawa tulisan dalam akhbar berbahasa Melayu itu adalah "tidak benar". Jusuf juga menolak permintaan untuk ditemubual wartawan daripada Malaysia, kata Anwar lagi. "Jusuf Kalla berulang kali berbicara dengan saya, meminta saya, jangan buat ulasan sehingga beliau mengarahkan media khususnyaBerita Harian membetulkan. "Pak Yusuf Kalla, tahu wartawan Malaysia selalu memutar belit kenyataan. Jadi dia enggan. Jadi dia tolak. 'Tulisan itu tidak benar. Saya akan bantah'," kata Anwar yang membaca nota Jusuf kepadanya. "Bila beliau sebut begitu, saya tidak mahu buat ulasan berhubung bantahan itu," kata Anwar lagi. Selain dakwaan menerima tajaan luar, laporan itu turut mendakwa Anwar dibantu oleh beberapa pihak khususnya dari Turki, Washington dan Filipina.. Anwar berkata dakwaan berkenaan pada awalnya dibangkitkan dalam satu laman web yang didakwanya ditaja Umno, dan kemudiannya dihebahkan oleh "media Umno" termasuk akhbar Berita Harian. Malaysiakini/- | ||||
Ombak Tinggi Landa Pulau Pinang Posted: 04 Jul 2013 03:31 AM PDT 25 Syaaban 1434 H. [MOD] - GEORGE TOWN: Ombak kuat dengan ketinggian lebih 3.5 meter sehingga menyebabkan air laut melimpah di kawasan Padang Kota Lama dan mengenai beberapa kenderaan di kawasan meletak kereta. Jurucakap Jabatan Meteorologi negeri berkata fenomena itu dipengaruhi angin Barat Daya yang bertiup dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dan dijangka berterusan sehingga Jumaat. "Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada bot-bot kecil dan kegiatan rekreasi laut," katanya di sini Khamis. Beliau berkata walaupun masih berada pada kategori pertama, nelayan dinasihat tidak turun ke laut sehingga keadaan reda. Tinjauan di Padang Kota Lama mendapati ombak melepasi benteng sehingga air laut melimpah di bahu jalan. Presiden Pertubuhan Kebajikan Nelayan Pantai Pulau Pinang Alias Shafie ketika dihubungi berkata ramai nelayan di sebelah tanah besar tidak turun ke laut pagi ini susulan angin kencang dan laut bergelora. "Saya ada terima aduan di pantai Bagan Ajam Butterworth berlaku ribut sederhana diselangi hujan awal pagi tadi. "Justeru saya nasihat para nelayan peka kepada perubahan cuaca dan tidak ke laut dalam keadaan cuaca buruk ini," katanya. - BERNAMA | ||||
Bersih 2.0: K’jaan diarah bayar RM50,000 kepada Salahuddin, Mahfuz Posted: 04 Jul 2013 03:29 AM PDT 25 Syaaban 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan hari ini mengarahkan Kerajaan Malaysia membayar ganti rugi sebanyak RM50,000 kepada dua Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar. Ganti rugi itu adalah berhubung dengan kes saman yang difailkan oleh mereka selaku plantif terhadap tangkapan yang tidak sah ketika perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011 di KL Sentral. Sebelum itu Mahkamah Rayuan yang diketuai oleh Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus memutuskan bahawa rayuan kerajaan Malaysia terhadap keputusan saman kedua-dua plantif adalah dibenarkan berhubung ganti rugi sahaja. Kedua-dua plaintif telah berjaya dalam tindakan saman mereka di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan diputuskan ganti rugi sebanyak RM70,000 tiap seorang atas tangkapan salah dan tidak sah tersebut. Kedua-dua plantif diwakili peguam Muhammad Faiz Fadzil Noor, Abdul Aziz Hamzah dan Surya Putra Taulan Rasul. Manakala Kerajaan Malaysia diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Habibah Haron. Harakahdaily/- | ||||
Gempa bumi Aceh: Angka kematian kini 30 orang Posted: 04 Jul 2013 03:27 AM PDT 25 Syaaban 1434 H. [MOD] - BLANG MANCUNG: Angka kematian gempa bumi yang menggegar wilayah Aceh kini 30 orang dan polis serta tentera sedang mencari 12 lagi orang yang dipercayai hilang, kata pegawai hari ini. Agensi Kawalan Bencana Alam Kebangsaan, Sutopo Purwo Nugroho berkata, tumpuan utama kini ialah usaha mencari lebih banyak mangsa, merawat mereka yang cedera dan menghantar bekalan yang memerlukan. Katanya, 275 orang mengalami kecederaan dan lebih 4,300 kediaman musnah akibat gempa bumi berukuran 6.1 magnitud Selasa lalu. - AP | ||||
Tentera Mesir halang siaran langsung, tangkap pemberita Posted: 04 Jul 2013 12:44 AM PDT 25 Syaaban 1434 H. [MOD] -
Semua saluran media yang menyiarkan siaran langsung himpunan membantah rampasan kuasa dan menyokong Presiden Morsi diarah tutup dan diambil tindakan. Dilaporkan semua 17 saluran islamik yang menyiarkan suasana bantahan terutama himpunan di Rabaah Abawiyyah sejak beberapa hari lalu ditutup hari ini. Facebook Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM), melaporkan sekatan turut dibuat terhadap agensi berita yang mahu membuat liputan langsung termasuk Al-Jazeera. "Menyekat siaran langsung al jazeera di Rabaah. Menangkap ketua pejabat siaran langsung al jazeera dan beberapa pemberita antaranya Syariff Mansour dan Muhammad Jamal," laporan itu dipetik. Al-Jazeera turut mengesahkan pihak tentera telah mengarahkan siaran langsung stesen itu dihentikan dan beberapa wakil media itu di Mesir ditangkap termasuk seorang penerbit. [Di Sini] Selain itu, pihak tentera juga didakwa telah menyekat penerbitan ahkbar FJP serta menutup siaran saluran Misr 25 yang menjadi sumber rujukan perkembangan Mesir oleh masyarakat antarabangsa. Sementara itu, pihak tentera juga didakwa bertindak merampas semua kamera di tempat persekitaran himpunan Rabaah Adawiyyah. Mereka juga turut menghalang wartawan daripada membuat liputan kepada penyokong Dr.Muhammad Mursi di kawasan terbabit. PMRAM juga melaporkan pihak tentera turut menggunakan peluru hidup ke arah penyokong Dr.Muhammad Mursi sehingga ramai yang syahid. | ||||
Tindakan tentera Mesir setelah 24 jam rampas kuasa Posted: 04 Jul 2013 12:41 AM PDT 25 Syaaban 1434 H. [MOD] -
Tindakan Yang Dibuat Oleh Tentera Abdel Fattah Al-Sisi Setelah 24 Jam Merampas Kuasa Daripada Presiden Mesir Dr. Muhammad Mursi | Beberapa tindakan telah dibuat oleh tentera Abdel Fattah Al-Sisi setelah 24 Jam merampas kuasa daripada Presiden Mesir Dr. Muhammad Mursi dalam masa kurang 24 jam setelah rampasan kuasa di Mesir:
1. Menutup semua saluran siaran Islamik (17 saluran ), yang menyiarkan siaran langsung di medan perhimpunan , terutama di Rabaah Abawiyyah 2. Menyekat surat khabar Al Huriyyah wal 'Adalah (akhbar milik FJP). 3. Menutup siaran Misr 25 (siaran televisyen Ikhwan Muslimin) 4. Menyekat siaran langsung Al Jazeera di Rabaah 5. Menggunakan peluru hidup ke arah penyokong Dr Mursi sehingga ramai yang terkorban. 6. Menahan beberapa pemimpin yang menyokong kepimpinan Presiden Dr Mursi 7. Menangkap ketua pejabat siaran langsung Al Jazeera dan beberapa pemberita. Antaranya Syariff Mansour dan Muhammad Jamal. 8. Merampas semua kamera di tempat persekitaran himpunan Rabaah Adawiyyah (tempat perhimpunan penyokong Dr Mursi). 9. Menghalang wartawan daripada membuat liputan kepada penyokong Dr Mursi di Rabaah Adawiyyah. Sumber : Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) | ||||
Profesor: BN pun ramai tentera siber Posted: 04 Jul 2013 12:39 AM PDT 25 Syaaban 1434 H. [MOD] - Dakwaan kewujudan "Red Bean Army" yang dikaitkan dengan DAP tidak mustahil kerana BN juga mempunyai pasukan pejuang siber mereka yang sebahagian ahlinya tidak diketahui identitinya. Menurut pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Samsudin Rahman, kedua-dua bala tentera itu sebahagian daripada komponen media dalam politik Malaysia. "Kalau kita nak kata Red Bean Army (ada), saya rasa BN juga banyaktroopers (tentera) yang namanya tak didedah. "Apabila dah kata namanya troopers, ia dah jadi macam peranglah. "Sesiapa sahaja yang dapat 'sampai', tepat 'bunuh' orang dengan ketepatan mesejnya, dialah yang akan menang," katanya sewaktu bercakap pada forum "Media dan pilihan raya umum 2013" di Kuala Lumpur pagi ini. Menurutnya, Red Bean Army, jika benar wujud tidak boleh dianggap sebagai jahat melainkan terbukti melakukan kesalahan di sisi undang-undang. "Jadi kita tak boleh salahkan Red Bean Army. Kalau ada kesalahan dia, ada undang-undang yang kita patut bawa dia. "Yang kita hendak supaya apabila perkara ini dah menjadi sebahagian besar daripada kehidupan kita, kita hendak orang yang menggunakannya menjadi lebih beretika. "Ada had batasan dan sebagainya dalam lingkungan yang boleh dan (yang) tidak (boleh)," katanya lagi. Malaysiakini/- | ||||
Pakatan kemuka usul rujuk MP BN ke JK Parlimen Posted: 03 Jul 2013 10:12 PM PDT 25 Syaaban 1434 H. [MOD] - Pakatan Rakyat mengemukakan usul untuk merujuk MP Simpang Renggam Liang Teck Meng ke jawatankuasa hak dan keistimewaan Parlimen atas kenyataan yang mendakwa ketua pembangkang Datuk Seri Anwar memiliki wang ratusan juta ringgit di akaun bank luar negara. MP Jelutong Jeff Ooi memfailkan usul tersebut semalam kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat pada jam 4 petang semalam, mengikut Perkara 80 dan Perkara 80(a) Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat. Katanya, tindakan itu diambil selepas beliau membuat semakan dan mendapati dakwaan Liang ke atas Anwar di Dewan tersebut pada hari Selasa lalu dibuat dengan tidak berasas dan dengan merujuk "sumber palsu". "Sumber-sumber palsu yang digunakan dalam Dewan bertujuan untuk mengelirukan dan menghina Dewan. "Sehubungan itu adalah didapati hujah-hujah pokok yang digunakan oleh YB Simpang Renggam adalah lebih berdasarkan tulisan-tulisan dalam blog tanpa nama yang tidak layak dipercayai dari segi definisi maklumat domain awam. "Saya telah memohon kepada Yang Dipertua Dewan supaya usul saya ke atas YB Simpang Renggam dapat diselenggara dengan secepat mungkin. "Saya dapati YB Simpang Renggam melanggar (Perkara) 36(12) peraturan mesyuarat Dewan," katanya dalam satu sidang media di bangunan Parlimen hari ini. Peruntukan itu menetapkan bahawa ahli yang mengeluarkan kenyataan mengelirukan Dewan dianggap menghina majlis dan boleh dirujuk ke jawatankuasa hak dan kebebasan. | ||||
Morsi dipindahkan ke kementerian pertahanan: Ikhwanul Muslimin Posted: 03 Jul 2013 10:08 PM PDT 25 Syaaban 1434 H. [MOD] - KAHERAH: Presiden Mohamed Morsi yang digulingkan dipisahkan daripada pembantu kanan beliau yang ditahan di bawah kemudahan ketenteraan, kata seorang pegawai kanan gerakan Islam. "Morsi dipisahkan daripada pembantu beliau dan dibawa ke kementerian pertahanan," kata Gehad El-Haddad, seorang pegawai kanan Ikhwanul Muslim dan anak kepada seorang pembantu atasan Morsi. - AFP | ||||
Morsi, pegawai kanan ditahan di bawah kemudahan ketenteraan Posted: 03 Jul 2013 10:07 PM PDT 25 Syaaban 1434 H. [MOD] - KAHERAH: Presiden Mohamed Morsi yang digulingkan ditahan bersama pembantu kanannya di bawah kemudahan ketenteraan selepas tentera mengumumkan penyingkiran beliau, kata seorang anggota kanan Ikhwanul Muslimin, hari ini. "Morsi dan kumpulannya berada dalam tahanan rumah di Kelab Pengawal Republikan Presiden," kata anak lelaki kepada pembantu atasan Morsi, Gehad El-Haddad kepada AFP. Bapa Haddad, Essam El-Haddad, antara orang kanan Morsi yang ditahan. - AFP | ||||
Mesir keluar waran tangkap kepada 300 pemimpin Ikhwanul Muslimin Posted: 03 Jul 2013 10:05 PM PDT 25 Syaaban 1434 H. [MOD] - KAHERAH: Polis Mesir hari ini menerima arahan untuk menahan 300 pemimpin dan ahli Ikhwanul Muslimin selepas tentera menggulingkan Presiden Mohamed Morsi, lapor laman web akhbar Al-Ahram hari ini. Seorang pegawai kanan Kementerian Dalam Negeri mengesahkan bahawa waran tangkap sudah dikeluarkan untuk ahli pergerakan Ikhwanul Muslimin. Sementara itu, lokasi Morsi kini masih tidak dapat diketahui. Seorang pembantu presiden berkata, Morsi dipindahkan dari pejabat beliau di ibu pejabat Pengawal Republikan ke lokasi yang tidak didedahkan. Beberapa pembantu beliau berkata, mereka kini tidak dapat berhubung dengan Morsi dan tidak mengetahui status presiden itu. - AFP | ||||
Tentera Mesir sahkan Morsi kini ditahan Posted: 03 Jul 2013 10:02 PM PDT 25 Syaaban 1434 H. [MOD] - KAHERAH: Tentera Mesir mengesahkan bahawa pihaknya kini sedang menahan presiden yang digulingkan, Mohamed Morsi, kata seorang pegawai kanan tentera hari ini. "Dia sedang dalam tahanan pencegahan sebelum persiapan terakhir," katanya yang merujuk bahawa Morsi mungkin berdepan dengan tuduhan rasmi seperti yang dakwa penentangnya. - AFP | ||||
Lebih 6,000 laman web termasuk yang hina Agong disekat sejak 2008 Posted: 03 Jul 2013 10:01 PM PDT 25 Syaaban 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Sebanyak 6,640 laman web disekat kerana melanggar Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan undang-undang bertulis lain sejak 2008 hingga kini, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Timbalan Menteri Multimedia dan Komunikasi Datuk Jailani Johari berkata sekatan itu termasuk ke atas laman web bank palsu, pelanggaran hak cipta, kandungan lucah dan yang didapati menghina institusi diraja. " Sehingga Jun ini sebanyak 29 kes sedang dalam siasatan di mana merangkumi kes-kes laman web yang menghina Yang di-Pertuan Agong, institusi Raja dan Sultan," katanya ketika menjawab soalan Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan). Bung Moktar bertanya mengenai tindakan yang telah dikenal pasti terhadap beberapa blog yang didapati menggunakan bahasa berbaur hasuran dan fitnah melampau sehingga boleh menimbulkan keadaan huru-hara serta mengganggu-gugat kestabilan politik negara. Jailani berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) juga mengambil tindakan terhadap laporan mengenai penyalahgunaan laman sosial seperti Twitter dan Facebook yang mengandungi kesalahan yang berkaitan seperti ugutan, penghinaan atau menyentuh sensitiviti kaum. Katanya menerusi Seksyen 263 (2) akta itu pemegang lesen dikehendaki untuk membantu mencegah kesalahan berkaitan media sosial atau pelanggaran undang-undang berkaitan termasuk blog berunsur hasutan atau fitnah. "Apa yang kita perlukan ialah maklumat lengkap mengenai akaun seperti alamat URL, print screen dan bukti-bukti yang membolehkan perkara itu disiasat dan diambil tindakan," katanya. Jailani berkata peratusan pengguna facebook di Malaysia kini seramai 13 juta pengguna dengan 53.9 peratus daripadanya terdiri daripada kaum lelaki dan 46.1 peratus pula adalah wanita. Menjawab soalan tambahan Datuk Makin@Marcus Majigoh (BN-Putatan), Jailani berkata undang-undang sedia ada untuk menangani jenayah siber di negara ini adalah mencukupi dan penguatkuasaan undang-undang spesifik atau tribunal khas untuk tujuan itu adalah tidak perlu buat masa sekarang. "Kerajaan melalui SKMM sentiasa bekerjasama dengan agensi penguatkuasa yang lain dalam penguatkuasa undang-undang penyalahgunaan media media sosial dan internet. "Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bukanlah satu-satunya undang-undang yang terpakai untuk tujuan terbabit. "Undang-undang lain yang terlibat ialah Akta Hasutan 1948, Akta Fitnah 1957 dan Kanun Keseksaan," katanya. Marcus mahu tahu mengenai perlunya penguatkuasaan undang-undang spesifik atau tribunal untuk menangani jenayah siber yang semakin menjadi-jadi kini. - BERNAMA | ||||
PAS kutuk rampasan kuasa terhadap presiden Morsi Posted: 03 Jul 2013 09:59 PM PDT 25 Syaaban 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: PAS mengutuk sekeras-kerasnya rampasan kuasa oleh tentera Mesir terhadap kepimpinan Presiden Dr Mohamed Morsi kerana telah mengenepikan suara rakyat negara itu melalui undi pilihan raya yang adil dan bersih. Timbalan Pengerusi Lujnah Antarabangsa PAS Dr Syed Azman Nawawi berkata, apa yang terjadi di Mesir sekaligus memberi gambaran negatif bahawa wujud usaha untuk membunuh pendemokrasian yang berlaku di seluruh dunia. PAS turut menggesa tentera negara itu kembali kepada kedudukan asal mereka dan menyerah kembali kuasa kepada kerajaan Mohamed Morsi yang dipilih oleh rakyat. Syed Azman juga percaya apa yang berlaku di Mesir adalah merupakan satu rampasan kuasa yang mendapat sokongan kuasa besar dunia. Katanya, apabila melihat polisi kerajaan dan Presiden Mesir yang tidak menguntungkan pihak kuasa besar maka mereka kembalikan negara itu kepada tentera dengan mengenepikan kuasa rakyat. "Ini merupakan penghinaan kepada keputusan rakyat yang memilih kerajaan yang sah melalui pilihan raya bersih. "Tiba-tiba boleh bagi sokongan rampasan kuasa oleh tentera kerajaan yang sah melalui demokrasi," katanya kepada Harakahdaily. Beliau turut mendapat gambaran keadaan di Mesir selepas menghubungi salah seorang pimpinan Ikhwan Muslimin iaitu Dr Essam Arian kelmarin sebelum di tangkap. "Saya difahamkan beliau sudah ditangkap hari ini. Saya dapat hubungi beliau kelmarin untuk mengetahui bagaimana keadaan disana," jelasnya. Pilihan raya Presiden Mesir tahun lepas telah mendapat pengiktirafan seluruh dunia yang memperlihatkan sebuah pilihan raya yang paling telus dan adil. Ketua angkatan tentera mengeluarkan satu deklarasi petang semalam, menggantung perlembangaan dan melantik Ketua Mahkamah Perlembagaan Agung, Adly Mansour, sebagai ketua interim negara. Dalam siaran televisyen tempatan, pemimpin tentera dan tokoh politik, Andel Fattah al-Sisi telah mengisytiharkan penyingkiran Morsi. Penyokong Morsi yang berkumpul di pinggir bandar Kaherah sangat tidak puas hati dan penyingkiran pemimpin negara Mesir ini membangkitkan kemarahan mereka dengan pengumuman yang dibuat oleh tentera itu. Menurut anggota kanan Ikhwan Muslimin, Morsi kini berada di bawah tahanan tentera. Dua tahun lalu, di Tahrir terdapat perayaan hampir sama selepas Hosni Mubarak ditumbangkan dan Morsi diangkat sebagai presiden pertama dipilih rakyat. Harakahdaily/- | ||||
Posted: 03 Jul 2013 09:56 PM PDT 25 Syaaban 1434 H. [MOD] - KAHERAH: Angkatan tentera Mesir menggulingkan Presiden Mohamed Morsi lewat Rabu selepas ketegangan yang berlarutan selama seminggu. Insiden itu menyebabkan kira-kira 50 orang maut ketika berjuta-juta orang membanjiri jalan raya menuntut pemimpin dari parti Islam itu meletak jawatan selepas setahun berkuasa. Pengumuman itu dibuat menerusi televisyen oleh menteri pertahanan Morsi, Panglima Tentera Jeneral Abdel Fattah al-Sisi sambil disambut sorokan di kalangan penunjuk perasaan yang berkhemah di jalan raya selama beberapa hari. Sisi juga mengumumkan perlembagaan yang dicadangkan oleh parti Islam dibekukan. Beliau berkata pilihan raya presiden yang baharu akan diadakan dalam tempoh terdekat. Jurucakap untuk parti Ikhwan Muslimin, Gehad el-Haddad berkata, Morsi dan 12 pembantunya turut berada di bawah tahanan rumah, tempat beliau tinggal. Tentera turut mengawal media tempatan dan menghentikan stesen televisyen milik parti Ikhwan Muslimin. Ketua politik Ihwan Muslimin juga ditahan. Ribuan penunjuk perasaan itu melakukan demonstrasi hampir seminggu kerana tidak berpuas hati dengan pemerintahan Morsi yang didakwa terlalu memberi kuasa kepada parti Ikhwan Muslimin dan gagal menangani masalah ekonomi di negara tersebut. Mstar/- | ||||
Mesir: Puluhan penyokong Morsi terbunuh Posted: 03 Jul 2013 09:55 PM PDT 25 Syaaban 1434 H. [MOD] - MESIR: Puluhan rakyat Mesir dilaporkan terkorban diserang askar dan polis negara itu dalam himpunan dibeberapa buah bandar bagi mempertahan kepimpinan Presiden Morsi. Insiden tersebut berlaku hanya beberapa jam selepas tentera Mesir mengumumkan rampasan kuasa sekaligus menggulingkan Morsi. Web Ikhwanonline melaporkan di bandar Iskandariah, sekurang-kurangnya 10 terkorban manakala 200 orang cedera ketika ribuan penyokong Morsi berhimpun di Dataran Sidi Bisyr. Di Asyut pula, dilaporkan dua orang penyokong Morsi terbunuh manakala 500 yang lain cedera selepas ditembak pasukan keselamatan di hadapan Masjid Omar Makram. Sementara di Aswan, angka kematian tidak dapat dipastikan namun lebih 100 orang cedera dalam himpunan berhampiran dengan Masjid An-Nasr. Di Matruh pula dilaporkan seramai 10 orang terkorban apabila polis melepaskan tembakan kepada peserta himpunan yang dihadiri ratusan ribu penyokong Mursi. Sementara itu, beberapa web pro Morsi melaporkan ratusan waran tangkap dikeluarkan oleh pihak tentera bagi menangkap pemimpin dan anggota kumpulan gerakan Islam Ikhwan Muslimin. Antara yang dilaporkan telah ditangkap termasuk Naib Mursyidul Am Ikhwan Muslimin, Dr.Rasyad Bayumi serta Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) sayap politik Ikhwan Muslimin, Dr.Muhammad Sa'ad Katatni. Menteri Pertahanan, Jeneral Abdul Fatah al-Sisi dalam kenyataannya awal pagi tadi, Presiden Mesir Dr. Muhammad Morsi telah digulingkan oleh tentera Mesir selepas diberi tempoh selama 48 jam untuk memenuhi tuntutan rakyat. Mereka telah mengumumkan perlantikan Ketua Mahkamah Perlembagaan Agung, Adly Mansour, sebagai ketua interim negara bagi menjalankan urusan negara bagi tempoh peralihan sehingga pilihan raya presiden yang baru. Morsi tolak rampasan kuasa Dalam perkembangan berkaitan, Morsi dalam kenyataannya terbaru sejurus pengumuman rampasan kuasa itu menolak tindakan tentera yang membuat rampasan kuasa. Morsi berkata, beliau masih Presiden Mesir yang sah mengikut saluran demokrasi. Beliau turut menyeru pasukan keselamatan dan rakyat agar masih berpegang dengan perlembagaan dan tidak patuh kepada rampasan kuasa oleh tentera. "Bersabarlah kerana kemenangan itu akan tiba, dan Allah telah berfirman 'adakah kamu rasa kamu akan masuk syurga selagi Allah tidak mengetahui mereka yang berjihad di kalangan kamu dan mereka yang bersabar." kenyataan Morsi dipetik web ikhwanonline.com. Harakahdaily/- | ||||
WWW1: Utusan diarah bayar RM250,000 kepada Nizar Posted: 03 Jul 2013 09:53 PM PDT 25 Syaaban 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan Utusan Melayu (M) Bhd.membayar ganti rugi sebanyak RM250,000 kepada Mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin berhubung fitnah terhadapnya berkenaan isu pembidaan plat WWW1 yang berharga RM520,000. Hakim, Datuk Rosnaini Saub turut mengarahkan ahkbar pro Umno itu membayar kos guaman sebanyak RM30,000. Peguam Mohammad Nizar, Zamri Ibrahim berkata, plaintif iaitu pihaknya telah berjaya membuktikan wujudnya elemen-eleman asas fitnah didalam laporan berita bertarikh 31 Mei 2012 dan ianya terbukti merujuk kepada plaintif. Beliau yang mewakili plaintif bersama seorang lagi peguam, Mohd Fitri Asmuni berkata, mahkamah tidak bersetuju dengan defendan (Utusan Melayu (M) Bhd.) yang merujuk kepada alasan penghakiman di dalam saman fitnah Nizar terhadap TV3 kerana ianya melibatkan pihak yang berbeza serta diputuskan oleh Mahkamah Tinggi yang bidang kuasanya setara dengan mahkamah ini. Zamri berkata, defendan gagal dalam pembelaan justifikasinya apabila mahkamah memutuskan defendan tidak melaporkan berita, sebaliknya memutar belitkan kenyataan plaintif kononnya plaintif membuat komen terhdap Sultan Johor sedangkan plaintif tidak berbuat demikian. Tambah beliau, defendan juga gagal dalam ulasan saksama apabila perkara yang dilaporkan adalah bukan merupakan komen tetapi suatu pernyataan dan defendan tidak bergantung kepada komen yang adil dan saksama. "Plaintif menyatakan berkenaan pembelian nombor pendaftaran WWW1 pada harga yangg tinggi tetapi dalam laporan defendan menyatakan Sultan Johor salah guna wang rakyat. "Ianya adalah amat jauh tersasar dari komen yang adil," jelasnya. Ujar beliau, defendan juga gagal dalam pembelaan perlindungan bersyarat walaupun berita itu berkepentingan awam tetapi defendan tidak membuat pengesahan terlebih dahulu daripada plaintif. "Laporan itu jelas menyentuh paparan Twitter plaintif tetapi defendan tidak paparkan kandungan yang sebenar sebaliknya defendan menokok tambah dengan mengaitkan Sultan Johor sedangkan ianya tiada dalam Twitter plaintif," ujarnya lagi. Dalam pada itu, Mohammad Nizar ketika dihubungi melahirkan rasa syukur dengan keputusan yang diputuskan oleh hakim itu. "Ini bukan kali pertama kami (Pakatan Rakyat) menang, sebelum ini berpuluh-puluh saman kami menang, namun mereka (Utusan) tidak serik membuat fitnah. "Saya bersyukur dengan keputusan ini dan terbukti segala dakwaan yang dilemparkan terhadap saya tentang kes ini (pembidaan plat WWW1) ternyata fitnah sama sekali," jelasnya lagi. Adun Changkat Jering itu sebelum ini membuat keputusan untuk menyaman akhbar lidah Umno tersebut selepas memfitnah beliau dengan mengatakan beliau menuduh Sultan Johor menggunakan wang rakyat untuk membida nombor kenderaan WWW1 berharga RM520 ribu di keluaran bertarikh 21 Mei 2012. Harakahdaily/- | ||||
Mursi, tentera Mesir rela mati Posted: 03 Jul 2013 04:16 PM PDT 25 Syaaban 1434 H. [MOD] - Presiden ikrar pertahan jawatan dipilih secara demokratik Kaherah: Panglima tentera Mesir dan Presiden Mohamed Mursi masing-masing berikrar untuk mati demi perjuangan mereka ketika tarikh akhir semakin hampir kepada kemungkinan pengambil alihan kuasa tentera yang disokong penunjuk perasaan. Ketua tentera yang berikrar untuk mengembalikan keamanan selepas tunjuk perasaan berikutan pemerintahan berteraskan Islam Morsi, mengeluarkan satu kenyataan bertajuk 'Saat Terakhir' menegaskan kesediaan untuk kembali berjuang. Mereka juga mengaku bersedia untuk pertumpahan darah bagi menentang 'pengganas dan kebodohan' selepas Mursi enggan melepaskan jawatannya. Sedia mati syahid "Panglima tentera mengadakan satu mesyuarat krisis," kata satu sumber tentera, kurang lima jam sebelum kata dua tamat bagi Mursi sama ada bersetuju untuk berkongsi kuasa atau memberi laluan bagi satu penyelesaian tentera. Sementara itu dalam satu ucapan penuh emosi menerusi televisyen pada tengah malam, Morsi berkata beliau dipilih secara demokratik dan perlu terus mempertahankan jawatannya bagi memenuhi perlembagaan. ""Harga mempertahankan kesahihan ini adalah nyawa saya," katanya. Jurucakap rasmi pergerakan Ikhwanul Muslimin pula berkata penyokongnya bersedia untuk mati syahid demi mempertahankan Mursi. "Hanya satu cara kita boleh lakukan, kita akan menjadi benteng antara kereta perisai dan presiden," kata jurucakap dan penasihat hal-ehwal luar Ikhwanul Muslimin, Gehad El-Haddad pada satu bantahan pergerakan itu di pinggir Kaherah yang menempatkan bangunan tentera dan berhampiran istana presiden. "Kita tidak akan benarkan cita-cita dan hasrat rakyat Mesir dipermainkan angkatan tentera," katanya. Akhbar kerajaan Al-Ahram meramalkan Mursi sama ada meletak jawatan atau dipaksa meninggalkan pejabatnya manakala tentera akan mewujudkan majlis presiden dengan tiga anggota yang akan dipengerusikan oleh ketua Mahkamah Perlembagaan. Satu sumber tentera berkata beliau menjangkakan tentera akan memanggil tokoh politik, sosial dan ekonomi selain aktivis pemuda untuk berbincang bagi merangka masa depan negara itu. - REUTERS | ||||
Raja Belgium turun takhta 21 Julai ini Posted: 03 Jul 2013 04:12 PM PDT 25 Syaaban 1434 H. [MOD] - BRUSSELS 3 Julai - Raja Belgium, Albert II dijangka megumumkan turun takhta pada 21 Julai ini, bersamaan Hari Kebangsaan Belgium. Menurut pihak istana, Albert akan memberi ucapan yang disiarkan secara langsung di televisyen dan radio, seterusnya mengumumkan pengunduran beliau. Raja berusia 79 tahun yang memegang takhta selama 20 tahun itu sering memainkan peranan dalam politik di negara ini. Waris sulung beliau ialah Raja Philippe yang kini berusia 53 tahun. - AFP | ||||
Posted: 03 Jul 2013 04:07 PM PDT 25 Syaaban 1434 H. [MOD] - الْحَمْدُ لِلَّهِ القَائِلِ : يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ أَشْهَدُ اَنْ لاَ اِلهَ ِالاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلىَ رَسَوْلِكَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى الِهِ وَاَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْنَ . اَمَّا بَعْدُ, فَيا عِبَادَ الله اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ. Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian, agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah, Kita berada di ambang Ramadhan yang sekian lama kita nantikan. Ramadhan merupakan anugerah Allah kepada kita untuk melahirkan manusia yang bertaqwa, sebagaimana yang dinyatakan dalam ayat yang dibacakan tadi. Ibadat puasa merupakan salah satu kewajipan yang diperintahkan oleh Allah menggunakan kalimah difardhukan "كُتِبَ عَلَيْكُمْ " seperti difardhukan Hukum Qisas, Hukum Jihad Fi Sabilillah dan sebagainya. Namun apakah daya manusia seringkali memilih-milih untuk mengerjakan perintah Allah berdasarkan selera dan keselesaan mereka dan menganggap remeh apa yang tidak disukai mereka. Hadirin yang dikasihi Allah, Puasa tidak hanya sekadar meninggalkan makan dan minum semata-mata tetapi memerlukan jihad melawan hawa nafsu yang selama ini menjadi raja kepada kebanyakan manusia dan tidak ada cara yang lebih baik bagi mengawalnya kecuali dengan cara berpuasa. Namun jika silap cara kita menunaikan puasa maka sia-sia sahajalah ibadat tersebut tanpa dapat melahirkan insan-insan bertaqwa di penghujung Ramadhan. Sabda Rasulullah SAW : كَمْ مِنْ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صِيَامِهِ اِلاَّ الْجُوْعُ وَالعَطْشُ وَكَمْ مِنْ قاَئِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ قِياَمِهِ إِلاَّ السَّهَرُ Berapa ramai orang yang berpuasa sedangkan tiada sebarang faedah yang diperolehinya daripada puasa tersebut kecuali hanya lapar dan dahaga. Dan berapa ramai orang yang bangun malam sedangkan tiada sebarang faedah yang diperolehinya daripada bangun malamnya kecuali hanya penat dan lelah. – Hadis Riwayat Ahmad. Sidang Jumaat yang berbahagia, Terdapat beberapa tanda bagi mengenalpasti samada puasa kita diterima oleh Allah atau tidak. Ianya boleh dinilai melalui keselarasan amalan kita dengan perintah Allah sepanjang Ramadan dan selepas kita menjalani sebulan Ramadhan nanti Jika sekiranya setiap hari kita berpuasa dan setiap hari yang berlalu menambahkan lagi kekuatan kita untuk melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan laranganNya maka besarlah harapannya puasa kita di terima Allah. Jika sekiranya hari-hari yang mendatang hanya menambahkan dosa atau tidak ada sebarang peningkatan terhadap kualiti dan kuantiti ibadat kita maka dibimbangi kita akan hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja. Hadirin mukminin yang dirahmati, Di antara ciri-ciri orang yang beriman dan bertaqwa adalah kegembiraan mereka dalam menyambut kedatangan Ramadhan. Kegembiraan mereka bukan hanya kerana peluang perniagaan yang terbuka luas, bukan hanya kerana boleh menguruskan badan dan bukan juga kerana mahu mengurangkan ataupun berhenti merokok, tetapi kerana kesedaran tentang kelebihan Fadhilat Ramadhan itu sendiri. Orang yang beriman akan berusaha melipatgandakan amal ibadat melebihi daripada usaha mempelbagaikan juadah ketika berbuka. Di samping itu, orang yang bertaqwa akan memastikan mereka tidak berlebih-lebih dan tidak melakukan sebarang pembaziran sepanjang Bulan Ramadhan ini. Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian, Sebahagian Umat Islam melakukan beberapa kesilapan dalam menghayati Ramadhan. Keghairahan kita melakukan ibadat terutamanya solat Terawih biasanya hanya bertahan selama separuh daripada Bulan Ramadhan sahaja. Sepuluh hari yang terakhir daripada Ramadhan menunjukkan kemerosotan bilangan jemaah yang amat ketara walaupun kelebihannya terutamanya dalam mencari Lailatul Qadar jauh lebih besar daripada hari-hari sebelumnya. Ramai di antara kita tidak mahu terlepas untuk menunaikan Solat Terawih yang hukumnya hanya disunatkan tetapi tidak merasa sebarang kerugian ketika meninggalkan Solat Fardhu berjemaah walaupun hukumnya adalah Fardhu Kifayah. Lebih malang sebahagian dari kita yang begitu tekun berpuasa namun tidak pernah melakukan solat sama sekali. Hadirin yang dirahmati Allah sekelian, Keghairahan bertadarrus menyebabkan kita sering berlumba-lumba untuk mengkhatamkan Al-Quran melalui program Tadarus sebelum berlalunya Ramadhan. Ini menyebabkan sebahagian dari kita hanya bergotong royong dalam menghabiskan bacaan tanpa ada sebarang peningkatan dalam mutu bacaan. Kita hanya membaca dan mendengar bacaan tanpa ada proses pembelajaran kerana tertekan mengejar waktu untuk mengkhatamkan Al-Quran sehingga akhirnya banyak berlaku kesilapan dan pahala yang diharapkan bertukar menjadi laknat tuhan. Sewajarnyalah apabila mutu bacaan sudah dipertingkatkan maka kita beralih kepada usaha pemahaman. Setelah pemahaman terhadap Al Quran dapat dicapai maka berusahalah seboleh mungkin untuk menghayati segala ajaran Al-Quran. Janganlah kita hanya menjadi golongan yang hanya mementingkan bacaan tetapi kembali kepada Allah sebelum dapat mengamalkan apa-apa daripada ajaran Al-Quran. Hadirin mukmin sekelian, Di antara kesilapan pihak pengurusan masjid dan surau di seluruh Negara ini adalah kerana kebanyakkannya menghentikan kelas-kelas pengajian sepanjang Ramadhan yang mulia ini. Sebahagian besar daripadanya hanya memulakan semula semua pengajian hanya setelah berlalunya sebulan Syawal. Ini menyebabkan kebanyakkan Umat Islam tidak menuntut ilmu selama dua bulan walaupun ianya amat penting dan merupakan kewajipan setiap orang Islam. Alangkah baiknya jika kuliah Maghrib yang diadakan selama ini digantikan dengan tazkirah selepas Terawikh, ditambah dengan kuliah dhuha, kuliah subuh dan sebagainya. Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah, Setiap kali tibanya saat menjelang Ramadhan, kedengaran suara-suara sumbang yang mempertikaikan mengenai kaedah Rukyah (melihat anak bulan) yang dilaksanakan di seluruh Negara. Ada yang mengatakan bahawa apa perlunya membazir masa dan kewangan sekadar berpesta di pantai-pantai dan bukit bukau sedangkan bukan sekadar bulan, malah planet, bintang dan komet pun boleh diketahui kedudukannya dengan kiraan. Ada juga yang lebih sinis mengatakan jika nak menyambut Ramadhan pastinya anak bulan tidak akan kelihatan berbeza dengan waktu menyambut Syawal yang pastinya jelas kelihatan. Perlaksanaan Rukyah sebenarnya adalah menjadi tanggungjawab Fardhu Kifayah yang wajib dilaksanakan oleh pemerintah pada setiap 29 Syaban tahun Hijriah. Tanggungjawab ini sekian lama telah digalas dengan sempurna oleh Jabatan Mufti Negeri Perak melalui Bahagian Falak. Di Negara ini kita menggunapakai Kaedah Rukyah dan Hisab untuk menentukan awal bulan. Melalui kaedah ini, ditetapkan bahawa hilal akan kelihatan sekiranya ketika matahari terbenam, hilal berada di atas ufuk melebihi 2 darjah dan jaraknya dari matahari melebihi dari 3 darjah atau umur hilal melebihi 8 jam Maka disamping pengiraan falak yang dikira terlebih dahulu, aktiviti rukyah hilal tetap dilaksanakan sebagai pengesahan. Jika pada 29 Syaaban, hilal dapat dilihat dengan mata dan pengiraan yang telah dibuat menunjukkan bahawa ianya sepatutnya kelihatan, maka keesokan harinya akan diiktiraf sebagai 1 Ramadhan. Namun sekiranya anak bulan tidak kelihatan samada melalui mata kasar atau pengiraan, maka keesokkan harinya dikira sebagai 30 Syaban. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Hilal ditakrifkan sebagai bentuk bulan yang pertama kali kelihatan selepas fasa ijtimak. Bulan sentiasa berubah-ubah bentuknya berdasarkan hari-hari dalam taqwim Hijriah. Biasanya pada hari ke-15 dalam bulan Hijrah, bulan akan kelihatan penuh. Pada hari ke-28 pula bulan akan hilang kerana ketika itu bulan sedang mengalami fasa bulan gelap. Jadi selepas fasa bulan gelap, barulah hilal akan muncul iaitu pada 1 haribulan setiap bulan. Hadhirin yang dirahmati Allah, Sesekali kita mendengar suara-suara sinis masyarakat mempertikaikan; mengapa Hilal lewat dilihat di Negara ini berbanding Negara-negara berada di sebelah barat seperti negara Arab Saudi, Mesir dan sebagainya. Sebenarnya perkara ini timbul kerana ketika fasa bulan gelap, bulan berada terlalu dekat dengan matahari. Semakin jauh ke sebelah barat, semakin jauh kedudukan bulan daripada matahari. Ketika ini cahaya bulan yang malap akan lebih mudah kelihatan kerana cahaya matahari yang terlalu kuat sudah semakin jauh dari bulan. Oleh kerana itulah Hilal akan lebih mudah kelihatan di negara-negara sebelah barat berbanding negara-negara sebelah timur بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ , وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ, وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ, أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ وَلَكُمْ وَ لِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَالْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ. خطبة كدوااَلْحَمْدُ ِللهِ الْقَائِلِ :شَهْرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلْقُرْءَانُ هُدًۭى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَـٰتٍۢ مِّنَ ٱلْهُدَىٰ وَٱلْفُرْقَانِ ۚ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ ٱلشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ ۖ وَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍۢ فَعِدَّةٌۭ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۗ يُرِيدُ ٱللَّهُ بِكُمُ ٱلْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ ٱلْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا۟ ٱلْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا۟ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَىٰكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ ﴿١٨٥﴾ اَشْهَدُ اَنْ لاَ ِالــهَ اِلاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الــِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ. عِبَادَ الله اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ. Sidang Jumaat yang berbahagia, Marilah kita berusaha melakukan perubahan sempena Ramadhan pada tahun ini. Jika selama ini kita tidak pernah melakukan Qiamullail maka inilah peluang bagi kita untuk melakukannya sebelum kita bersahur atau selepasnya. Jika kita jarang meninggalkan Sunat Witir sepanjang Ramadhan maka teruskanlah melakukannya walaupun sesudah berlalunya Ramadhan. Jika kita sanggup berjemaah Terawih sepanjang Ramadhan maka teruskanlah berjemaah dalam Solat Fardhu sesudah Ramadhan. Firman Allah dalam Surah Ar-Ra'du ayat 22 : وَالَّذِيْنَ صَبَرُوْا ابْتِغَآء َوَجْهِ رَبِّهِمْ وَأَقَامُوْا الصَّلوة وَأَنْفَقُوْا مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ سِرًّا وَعَلاَنِيَةً وَيَدْرَءُوْنَ بِالْحَسَنَةِ السَّيِّئَةَ أُوْلَئِكَ لَهُمْ عُقْبَى الدَّارِ "Dan mereka yang sabar kerana mengharapkan keredhaan tuhan mereka semata-mata dan mereka mendirikan sembahyang serta membelanjakan rezeki yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka samada secara sembunyi ataupun secara terang-terangan dan mereka menolak kejahatan dengan cara melakukan kebaikan. Mereka itulah disediakan balasan yang baik di Hari Akhirat". Hadirin yang dirahmati Allah, Ramadhan seharusnya dimuliakan dan dihormati oleh setiap warga Negara yang tidak kira apa agama sekalipun. Oleh kerana Islam adalah agama persekutuan, maka semua penganut agama lain wajib turut sama menghormati Ramadhan. Segala aktiviti maksiat yang sememangnya diharamkan oleh semua agama mestilah dihentikan serta merta. Tidak sepatutnya hanya Umat Islam sahaja yang sibuk menghormati kebebasan penganut agama lain, sedangkan hakikatnya, kebebasan tersebut merupakan pelanggaran terhadap tuntutan agama mereka sendiri. اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ،وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّم. اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ، وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ، اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ،اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ،اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ، وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ، بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ. اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّيْن شاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان يُوْسُف عِزُّ الدِّيْن شَاه غَفَرُ اللهُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ Ya Allah, Kurniakanlah Rahmat dan keampunanMu kepada seluruh Umat Islam di muka bumi ini. Kurniakanlah Rahmat dan keampunanMu kepada seluruh Umat Islam yang prihatin terhadap nasib saudara seagama mereka. kurniakanlah Rahmat dan keampunanMu kepada Umat Islam yang menunaikan zakat bagi membantu saudara-saudara mereka. Ya Allah Ya Rahim, Kurniakanlah keberkatan dan rezeki yang melimpah ruah kepada mereka sehingga mereka mampu untuk meningkatkan zakat dan bantuan yang mereka sumbangkan selama ini. Berilah hidayahMu kepada mereka yang masih belum terbuka hati untuk menunaikan tanggungjawab kepada Allah dan kepada sesama saudara seagama ini. رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ . إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالأِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ . فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ. |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2013 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan