:: cina islam | 2011 :: |
- Suhu Kanak-Kanak Terdedah Panas Naik Tiga Kali Ganda Lebih Pantas - Doktor
- Gempa bumi kuat gegar ibu kota New Zealand
- 'Sogokan' projek RM377 juta, SPR hanya membisu?
- Lagi kes ibu tinggal anak dalam kereta
- Minta adik kakak semua undi ambo - Che Long
- Posmen Lambak Surat Dalam Hutan
Suhu Kanak-Kanak Terdedah Panas Naik Tiga Kali Ganda Lebih Pantas - Doktor Posted: 21 Jul 2013 02:50 AM PDT 12 Ramadhan 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Suhu di dalam kenderaan yang dibiarkan di bawah panas terik boleh meningkat kepada lebih 50 darjah Celcius dalam masa 20 minit dan menyebabkan kepanasan melampau kepada yang terperangkap di dalamnya. Bayangkan pula keadaan kanak-kanak yang suhu badannya boleh meningkat tiga kali ganda lebih pantas berbanding orang dewasa jika mereka yang terperangkap di di dalam kenderaan itu, kata seorang doktor pakar pada Ahad. Menurut Dr Ahmad Mahyuddin Mohamed dari Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, peningkatan suhu secara drastik dalam masa singkat itu menyebabkan suhu dalaman badan bayi atau kanak-kanak meningkat sehingga 41 darjah Celcius berbanding suhu normal pada 37 darjah. "Kepanasan ini akan menyebabkan proses perpeluhan berlaku yang seterusnya berlaku kekurangan air di dalam badan, sawan, kekeliruan, kerosakan otak dan organ di dalam badan dan seterusnya kematian. "Ini dikenali sebagai 'heat stroke' (strok haba), kematian juga boleh disebabkan oleh lemas (suffocation) akibat kekurangan udara kerana tingkap ditutup rapat," katanya menerusi blog miliknya drmahyuddin.blogspot.com. Beliau menjelaskan keadaan tingkap yang dibuka sedikit atau membiarkan penghawa dingin berfungsi juga bukan jaminan perkara itu tidak akan berlaku. Mengulas lanjut perkara itu kepada Bernama, Dr Ahmad Mahyuddin berkata, kanak-kanak lebih cepat menerima kesan berbanding orang dewasa kerana saiz tubuh yang kecil. "Jumlah cecair di dalam badan manusia berkadar dengan berat badan kita. Berat badan kanak-kanak jauh lebih sedikit, jadi suhu lebih cepat naik kerana jumlah air yang sedikit. Air diperlukan untuk 'regulate' suhu badan manusia,"katanya. Sehubungan itu ibu bapa atau penjaga jangan sekali-kali meninggalkan anak keseorangan di dalam kenderaan walau untuk seminit, nasihatnya menerusi entri bertajuk 'Heat Stroke: Kematian kanak-kanak di dalam kereta yang ditinggalkan'. Jadikan memeriksa kereta sebagai perkara rutin sebagaimana kita memeriksa keadaan rumah ketika hendak keluar, katanya yang turut menyarankan ibu bapa memastikan kunci kereta diletak di tempat yang sukar dicapai oleh anak kecil bagi mengelakkan kanak-kanak itu masuk ke dalam kereta tanpa disedari. Menurut pakar ortopedik dan traumalogi itu lagi strok haba berlaku di seluruh dunia, malah di Amerika Syarikat berlaku 33 kematian tahun lepas, manakala tahun ini mencatatkan 22 kes setakat ini. Khamis lepas, seorang kanak-kanak perempuan berumur tiga tahun maut setelah ditinggalkan tanpa sengaja lebih lima jam di dalam kereta yang diparkir ibunya di tempat letak kereta sebuah sekolah di Subang Jaya di sini. Nawal Iris Samsudin yang tertidur di kerusi belakang kereta, ditemui ibunya Nor Zatusy Hazwa Abdul Rahim, 32, dalam keadaan kebiruan sebelum dibawa ke klinik berhampiran dan disahkan meninggal dunia. Pada Sabtu di Kota Kinabalu, seorang kanak-kanak berusia enam tahun yang sedang tidur ditinggalkan ibunya di dalam kenderaan yang dikunci dari dalam serta enjinnya hidup sebelum keluar membeli-belah. Kanak-kanak itu diselamatkan orang ramai yang mengejutkannya dengan menggoyangkan kereta itu beberapa kali sebelum budak perempuan tersebut terjaga setengah jam kemudian dan membuka pintu kereta. - BERNAMA |
Gempa bumi kuat gegar ibu kota New Zealand Posted: 20 Jul 2013 11:55 PM PDT 12 Ramadhan 1434 H. [MOD] - WELLINGTON: Satu gempa bumi kuat berukuran 6.9 pada skala Ritcher melanda New Zealand hari ini, menyebabkan gegaran turut dirasai di ibu negara, namun tiada kerosakan dilaporkan. Gempa itu melanda pada jam 5.09 pagi kira-kira 57 kilometer di selatan-barat daya Wellington pada kedalaman 10.1 kilometer, demikian menurut Agensi Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat (USGS). Ia disusuli satu lagi gempa berukuran 5.5 pada skala Ritcher selang seminit kemudian. Saksi yang juga penduduk di bandar peranginan Nelson berkata, gegaran itu dapat dirasai selama 30 saat. - AFP |
'Sogokan' projek RM377 juta, SPR hanya membisu? Posted: 20 Jul 2013 11:52 PM PDT 12 Ramadhan 1434 H. [MOD] - BESUT: PAS menyifatkan tindakan menunggu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung sogokan yang dilakukan Umno BN terhadap pengundi menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) N.01 Kuala Besut sebagai membuang masa.Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Dr Hatta Ramli berkata, dengan peruntukan sebanyak RM377.45 untuk projek-projek yang diumumkan setakat ini, jelas menunjukkan ia merupakan pembelian undi menjelang PRK. "Perkara ini wajar dilihat sebagai sogokan tetapi kita tidak mengharapkan SPR misalnya untuk membuat sebarang komen, untuk mengiyakan atau menafikan semua janji ini adalah sogokan. "Buang masa sahaja kita harap SPR buat kenyataan cuma kita harap pemantau-pemantau dapat membuat laporan-laporan yang sewajarnya," kata beliau pada sidang media di Markas Besar PAS di Kampung Baharu hari ini. Beliau bagaimanapun masih menaruh harapan agar SPR telus dan berperanan sebaik mungkin dalam PRK sebagai badan yang bebas. "Ada sedikit lagi sisa-sisa harapan saya minta SPR mengambil serius isu ini, jangan kata terserah kepada kementerian. "Kena ada peraturan untuk menghalang daripada janji-janji segera, memberikan bantuan kepada pengundi. "Apa kita nak definisi pengumuman projek-projek ini melainkan membeli undi," katanya. Sebelum itu, pada sidang media bersama ahli jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad, Dr Hatta mendedahkan sebanyak sepuluh projek dijanjikan oleh Umno BN sepanjang sepuluh hari berkempen. Antaranya ialah projek projek berjumlah RM250 juta untuk mendalamkan Sungai Besut dan pembinaan Empangan Lowvier bernilai RM35 juta untuk para petani khususnya penanaman padi di Pengkalan Nangka. "Hasil kempen PAS dan Pakatan Rakyat mendedahkan kepincangan tadbir urus dan ketempangan pembangunan yang tidak seimbang ini maka rakyat Kuala Besut mendapat habuan ini," katanya. Malaysiakini/- |
Lagi kes ibu tinggal anak dalam kereta Posted: 20 Jul 2013 10:04 PM PDT 12 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
Malaysiakini/- |
Minta adik kakak semua undi ambo - Che Long Posted: 20 Jul 2013 07:54 PM PDT 12 Ramadhan 1434 H. [MOD] - BESUT: Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut yang berbaki tiga hari lagi menyaksikan calon PAS, Endot@Azlan Yusof atau lebih mesra dengan panggilan Che Long semakin popular. Nama Che Long mula meniti dari 'bibir ke bibir' dan 'mulut ke mulut' di kalangan rakyat khususnya kepada para pengundi di Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut Tinjauan Harakahdaily, ke suatu program Jom Bersama Che Long yang diadakan di Markaz Unit Peti Undi (UPU) Kampung Baharu, kelmarin mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat setempat. Antara salebriti tanahair yang turut memeriahkan program tersebut adalah Abby Abadi serta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Mas, Rohani Ibrahim. "Ambo mintalah kepada semua adik-kakak yang ada di sini dan yang boleh mengundi minta undi ambo pada pilihan raya kali ini, insya Allah. "Undilah PAS, undi ambo untuk mempastikan kemenangan kepada PAS dengan menjadikan 16:16 kerusi Dun antara BN dengan Pakatan Rakyat. Itu sahajalah yang dapat saya katakan," rayu Che Long ketika berucap pada majlis tersebut. Menurut beliau, masa kempen berbaki yang tinggal beberapa hari lagi perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk bertemu dengan para pengundi. Katanya, demi perjuangan Islam perasaan letih dan malas yang 'bersarang' perlu diketepikan buat seketika ini. "Maaf, ambo mempunyai jadual kempen yang padat sepanjang tempoh waktu berkempen ini. "Rasa letih, tak larat dan malas yang ada kena buang tepi dulu buat masa ini. Demi untuk kemenangan dan perjuangan Islam," jelasnya yang sering menjadi 'buruan' pihak media .Harakahdaily. |
Posmen Lambak Surat Dalam Hutan Posted: 20 Jul 2013 07:47 PM PDT 12 Ram adhan 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Di sebuah kawasan tersembunyi berhampiran kawasan perumahan mewah di Ukay Heights, Ampang adalah sebuah gaung hijau dengan tumbuh-tumbuhan subur tetapi dicemari dengan 'rahsia hitam'. Tapak itu dikenal pasti telah menjadi tempat lambakan surat oleh posmen yang tidak bertanggungjawab yang menjadikan tempat terpencil itu untuk membuang surat-surat yang tidak dihantar. Pada Sabtu, dua orang penduduk menjumpai beribu-ribu surat yang tidak dihantar di dalam gaung dan menghubungi The Star, yang seterusnya dimaklumkan mengenai posmen yang melalui kawasan itu. Salah seorang daripada mereka, Ismail W.O berkata beliau sedang memandu melepasi kawasan itu dan melihat tiga orang posmen sedang lepak di tepi jalan di sebelah gaung. "Saya tertanya-tanya apa yang mereka sedang buat sedangkan tiada kawasan perumahan di sekitar kawasan itu tetapi tidak terus bertanya dan meneruskan perjalanan. "Kemudian saya teringat bahawa saya tertinggal sesuatu dan berpatah balik. Saya terkejut melihat beg besar yang sebelumnya penuh berisi surat telah kosong. Ia hanya beberapa minit yang lepas," katanya. Mengesyaki sesuatu yang tidak kena, beliau memaklumkan perkara itu kepada pengerusi persatuan penduduk, William Atyeo yang memanjat kawasan gaung tersebut dan menemui ribuan sampul surat yang bertaburan. Pemeriksaan secara kasar menunjukkan beberapa surat telah berada di situ sejak beberapa tahun lalu dan lupus akibat hujan. Surat-surat itu sepatutnya dihantar ke Ampang Jaya, Ukay Heights dan kawasan-kawasan perumahan di sekitarnya. "Terdapat cek, bil, penyata bank, surat maklum balas dan banyak lagi," kata Ismail. Beberapa penduduk telah mengadu mereka tidak menerima surat yang sepatutnya diterima seperti bil telefon dan bil TV berbayar, kata Atyeo. Setelah dimaklumkan, Pos Malaysia menghantar pasukan ke tapak dimaksudkan. Pekerjanya mengenal pasti kebanyakan surat adalah dari dua lokasi berhampiran di sepanjang Jalan Tebrau 1. Ketua Operasi Pos Malaysia, Helmi Hashim berkata tiga posmen terbabit telah dikenal pasti dan akan dipecat. Mstar/- |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2013 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan