Jumaat, 12 Julai 2013

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Pastikan makanan di pasar Ramadhan selamat

Posted: 12 Jul 2013 02:34 AM PDT


3 Ramadhan 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Dalam beberapa tahun yang lepas, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyuarakan kebimbangan berhubung laporan sampel makanan yang diambil secara rambang oleh pihak berkuasa kesihatan dan CAP di beberapa gerai-gerai di Pasar Ramadhan didapati mengandungi bakteria patogenik berbahaya seperti E. Coli dan Salmonella.

"Kita dapat melihat banyak gerai sementara didirikan di seluruh negara untuk menjual pelbagai masakan dan juadah untuk berbuka puasa," ujar Presiden CAP, SM Mohamed Idris (gambar) dalam satu kenyataan. 



Katanya, sesetengah gerai ini didirikan di kawasan terbuka di mana makanan terbiar dalam keadaan terdedah kepada debu jalanan dan lalat.



Justeru, ujarnya CAP sekali lagi mengulangi gesaan terhadap Kementerian Kesihatan agar memaklumkan kepada orang ramai apa yang perlu dilakukan untuk memastikan makanan yang dijual di gerai makanan sementara ini adalah selamat untuk dimakan. 



Beliau mempersoalkan bagaimanakah pemeriksaan yang dijalankan di seluruh negara untuk memastikan ia mematuhi undang-undang makanan. 



"Adakah pengendali gerai makanan sementara ini dihantar untuk menjalani kursus pengendalian makanan sebelum memulakan perniagaan mereka dan adakah mereka juga telah menjalani inokulasi terhadap penyakit tertentu seperti tifoid?" tanya beliau.



Beliau berkata, bakteria E.Coli dan Salmonella boleh menyebabkan penyakit yang serius, dan malah boleh membawa kematian terutama sekali kanak-kanak amat berisiko.



"CAP berharap risiko keracunan makanan tidak diambil mudah pada masa ini dan langkah yang lebih ketat perlu diambil untuk memastikan hanya makanan yang bersih dan sihat sahaja yang dijual," katanya.



CAP juga, kata beliau menggesa umat Islam supaya tidak berbelanja dengan boros dan membazir pada bulan Ramadhan yang mulia ini tetapi bersederhanalah dalam berbelanja dan penggunaan mereka.
harakah/-

Zahid dicabar buktikan jenayah bekas tahanan EO

Posted: 12 Jul 2013 02:33 AM PDT


3 Ramadhan 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mencabar Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membuktikan kenyataan bahawa 90 peratus jenayah di Malaysia dilakukan bekas tahanan Ordinan Darurat (EO).

Beliau berkata, Ahmad Zahid tidak perlu menunggu sehingga September untuk membentangkan statistik dan kajian penuh yang didakwa jika sudah membuat kajian dan memperoleh data.



"Kami hairan, kenapa beliau tidak dedahkan sekarang ketika sesi Parlimen sedang berjalan. Tidak ada masalah, beliau boleh sahaja memanggil sidang media bila-bila pun dan tidak perlu tunggu dua bulan untuk membuktikan 'betapa wajarnya Ordinan Darurat itu diteruskan," kata Pua dalam kenyataan.



Semalam, Ahmad Zahid mendakwa akan membentangkan statistik penuh daripada kajian terhadap jenayah yang berlaku pada sesi Parlimen akan datang untuk mewajarkan EO serta membolehkan polis meletakkan suspek ditahan tanpa bicara selama dua tahun.



Bagaimanapun, Setiausaha Publisiti DAP itu berkata, kenyataan Ahmad Zahid itu sangat bertentangan dengan apa yang didakwanya sendiri.



"Kalau 'kajian' itu wujud, sudah tentu 90 peratus penjenayah itu sudah boleh dikenal pasti, disiasat, ditahan dan didakwa.



"Tapi, kalau mereka ditahan dan disiasat, dan masih kurangnya laporan, jadi bagaimana mereka tahu jenayah masih berleluasa dan pihak polis masih memerlukan EO. Adakah menteri cuba memberitahu kita bahawa mereka mengenalpasti semua suspek bagi jenayah yang berlaku tetapi tidak mampu menahan dan mendakwa mereka," tambah Pua.



Pada masa yang sama, Pua cuba membayangkan jika dakwaan Zahid yang menuduh kebanyakan penjenayah adalah bekas tahanan EO adalah benar, ia juga tetap bukan bermakna undang-undang zalim itu diperlukan.



"Ia akan hanya menunjukkan pihak polis tidak cekap!" ujarnya.


harakah/-

Hadi kesal pemimpin Islam sokong Mursi digulingkan

Posted: 12 Jul 2013 02:22 AM PDT

Abdul Hadi Awang
3 Ramadhan 1434 H. [MOD] -



SHAH ALAM – Pas kesal dengan pendirian beberapa pemimpin negara Islam yang seolah-olah 'mengiktiraf' kerajaan interim Mesir di sebalik ucapan tahniah yang diungkapkan biarpun mengetahui kejayaan itu dicapai secara rampasan kuasa.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, keadaan itu diburukkan lagi apabila golongan ulama turut bersekongkol dengan pemimpin terbabit yang kononnya menyokong kehendak rakyat.
Sedangkan kata Abdul Hadi, dalam masa yang sama, individu berkenaan turut menyokong tindakan zalim kerajaan tentera terbabit sedangkan Presiden Mesir, Mohamed Mursi yang dipilih secara sah oleh rakyat secara demokrasi pada pilihan raya lalu.

"Malangnya ada kalangan ulama dan pemimpin agama yang menjadi pelakon tambahan.
"Ada pula negara Arab yang mengucap tahniah mengiktiraf drama bohong ini adalah benar dan adil, sehingga lupa serban di kepala. Mereka lupa mereka berada paling hampir dengan Kaabah, sedangkan negara Barat sendiri masih berhati-hati membuat kenyataan.
"…ada kalangan yang menggunakan bahasa Al-Quran mengucap tahniah bersama-sama pemimpin negara Israel kerana kejayaan rampasan kuasa menggulingkan Presiden Mesir daripada kumpulan Islam," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Khamis lalu, tentera Mesir akhirnya menumbangkan Mursi sekali gus mengumumkan pelan tindakan masa depan politik negara ini yang bakal dilaksanakan oleh sebuah jawatan kuasa perdamaian nasional.
Menurut anggota kanan Ikhwan Muslimin, Mursi kini berada di bawah tahanan tentera.
Sementara itu, dalam kejadian bantahan yang berlaku ekoran penggulingan Mursi sejak 30 Jun lalu, sekurang-kurangnya 35 maut manakala lebih 1,000 cedera.
sinar/-

Persada teruskan program rai anak yatim, ibu tunggal

Posted: 12 Jul 2013 02:12 AM PDT


3 Ramadhan 1434 H. [MOD] -



KUALA LUMPUR: Majlis berbuka puasa Amal anjuran Persatuan Anak Kelantan Darul Naim Selangor dan Kuala Lumpur (PERSADA) merupakan program tahunan yang diadakan setiap kali tibanya bulan Ramadhan.  




Tahun ini merupakan tahun kelima berturutturut program seumpama ini diadakan dengan mendapat kerjasama penuh tokoh-tokoh koperat dan para penderma yang budiman.



Seramai 30 orang anak yatim dan 15 orang ibu tunggal terdiri dari warga Kelantan yang menetap di sekitar Lembah Kelang bakal diraikan didalam program Iftar Amal Persada tahun ini di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 27 Julai  ini.



Dalam pada itu, Persada mempelawa semua yang berminat untuk bersama-sama memeriahkan majlis dapat mendaftar awal bagi mengelakkan kesulitan disaat akhir.


(Persada meraikan anak yatim dan ibu tunggal ketika Ramadan tahun lalu)

Menurut Presiden Persada, Ali Hanafiah Mohammad  program ini bertujuan bagi menggembirakan anak-anak yatim agar mereka juga berasa gembira seperti mana kanak-kanak biasa yang mempunyai ibu bapa, lebih-lebih lagi menjelang hari raya.


Sebelum ini, anak-anak yatim dan armalah seperti ini diraikan dalam majlis berbuka puasa di Hotel Vistana, Kuala Lumpur selain itu turut disumbangkan  "duit raya " untuk perbelanjaan membeli keperluan hari raya. 



Katanya, sumbangan bantuan persekolahan dan keperluan harian turut diagihkan kepada anak-anak yatim begitu juga sedikit sumbangan diberikan kepada armalah  bagi meringankan beban mereka menyambut kedatangan Aidilfitri nanti.



"Melalui pendekatan seperti ini, masyarakat terutamanya anak Kelantan di Lembah Kelang dapat mengenali Persada dengan lebih dekat dan bersama-sama kita melakukan amal jariah. Di samping itu juga kita mahu dikenali sebagai persatuan yang mengutamakan kebajikan dan kemasyarakatan sebagai agenda utama kita." ujarnya lagi.



Justeru, Persada memohon para dermawan untuk sama-sama menyumbang kepada mereka yang memerlukan dan boleh menghubungi wakil Persada iaitu Zainuha (Bendahari) 0123619259,  Razali (017-6242252) dan penyelaras Program Alex (019-6001728).


harakah/-

PAS lawan BN di Kuala Besut

Posted: 12 Jul 2013 01:40 AM PDT

3 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily.

BESUT:
 Hanya PAS dan Barisan Nasional (BN) sahaja mengemukakan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut.

Pada penamaan yang berakhir sebentar tadi, PRK Kuala Besut menyaksikan pertembungan antara calon PAS, Azlan @ Endot Yusof (gambar) dengan calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman.
Pegawai pengurus PRK N01 Dun Kuala Besut itu, A. Rahim Jusoh, Azlan ketika mengumumkan demikian pada jam 10.30 pagi berkata, Azlan mengemukakan borang penamaan calon pada jam 9.03 pagi, diikuti Tengku Zaihan tujuh minit kemudian.

Beliau menjelaskan bahawa tiada calon yang ditolak sehingga waktu penamaan ditutup jam 10 pagi.

Penamaan calon bagi PKR Kuala Besut diadakan di Kompleks Rakan Muda Kuala Besut.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 24 Julai hari membuang undi PRK Kuala Besut sementara penamaan calon pada 12 Julai.

PRK Kuala Besut diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr A Rahman Mokhtar pada 26 Jun lalu kerana kanser paru-paru.

Pada PRU13 lalu, allahyarham memperolehi 8,809 undi sementara calon PAS, Napisah Ismail mendapat 6,375 undi
.

Dataran Raba'ah sesak, himpunan raksasa hari ini

Posted: 12 Jul 2013 12:21 AM PDT

3 Ramadhan 1434 H. [MOD] -


MESIR:Puluhan juta para penyokong Dr Muhammad Morsi dari seluruh Mesir dijangka akan memenuhi bandar Kaherah hari ini ekoran pengumuman himpunan raksasa oleh pertubuhan Gabungan Kerjasama Kebangsaan yang dianggotai puluhan pertubuhan dan parti politik.


Himpunan tersebut dijadual bermula sejurus selesai solat Jumaat ini dan epat lokasi telahpun ditetapkan oleh pihak penganjur.


Ianya termasuk Medan Raba'ah Adawiyyah (Madinah Nasr) yang menjadi pusat himpunan sejak rampasan kuasa oleh tentera seminggu lalu yang turut menyaksikan pembunuhan puluhan penyokong Morsi dalam tragedi 'Subuh berdarah'.


Selain itu, tiga lagi tempat termasuk Bangunan Stesen Radio dan Televisyen Mesir (Masbero), Pusat Pengeluar Media (bandar 6 Oktober, Giza) dan Dataran Nahdah, Giza.


(Pandangan dari atas jutaan penyokong Morsi di Dataran Raba'ah malam tadi yang bersedia untuk himpunan rasaksa hari ini)

Himpunan hari ini juga diberi nama Jumaat "Az-Zihaf" atau "Jumaat Kemaraan".


Ekoran himpunan besar-besaran hari ini, Dataran Raba'ah sejak malam tadi sesak dengan lautan manusia yang berpusu-pusu hadir untuk himpunan tersebut.



Beberapa media antarabangsa menganggarkan sudah lebih 4 juta penyokong Morsi berada di Dataran Raba'ah sejak berlakunya tragedi Subuh berdarah Isnin lalu.



Difahamkan, menjelang Subuh pagi ini, Dataran Raba'ah tidak dapat lagi menampung jumlah kehadiran yang begitu ramai.



Jutaan penyokong Morsi khususnya dari luar wilayah Kaherah kini didakwa sedang mara menuju ke kawasan himpunan yang ditetapkan.


Petang semalam turut menyaksikan pihak penganjur mengadakan persiapan secukupnya di dataran Raba'ah. 


Antaranya dengan menambah pembesar suara, menukar "back drop" pentas utama dengan tertera tema "Demokrasi Menolak Rampasan Kuasa" dan memasang banner dalam bahasa asing di sekitar dataran bagi menyampaikan mesej kepada dunia apa yang berlaku di Mesir.


harakahdaily/-

Tiada ulasan:

Nuffnang