N50 Dun Sri Muda |
- Pemilihan Umno Lebih Ditakuti Najib Dari PRU
- Black 505: Merantau Ke Seluruh Pelosok Malaysia
- Kebanjiran Pendatang Filipina Menjejaskan Kek Ekonomi Warga Tempatan
- Tukar Sistem Pilihan Raya - Subky Abdul Latif
Pemilihan Umno Lebih Ditakuti Najib Dari PRU Posted: 11 Jun 2013 11:13 PM PDT ULASAN : Sejauh mana keberanian Umno untuk merealisasikan tujuh pindaan perlembagaannya yang dimeterai pada Oktober 2009 menjelang pemilihan pada penghujung tahun ini masih belum teruji. Mengikut pindaan yang diluluskan itu,146,500 anggota peringkat akar umbi akan memilih secara langsung pucuk pimpinan parti berbanding 2,500 perwakilan sahaja sebelum ini. Mereka juga akan memilih langsung pimpinan di bahagian masing-masing. Pindaan ini dibuat kononnya ekoran rasuah politik (politik wang) yang sudah tidak dapat dikawal lagi selain memperlihatkan parti tersebut lebih demokratik dan tidak dikuasai oleh golongan yang berduit. Sistem kuata sebelum ini yang memperuntukan sokongan 30 peratus (57 Bahagian) untuk jawatan Presiden,Timbalan Presiden – 20 peratus (38 bahagian), Naib Presiden – 10 peratus (19 bahagian), Anggota Majlis Tertinggi – 5 peratus (10 bahagian), Ketua Pemuda – 20 peratus (38 bahagian), Ketua Wwanita – 20 peratus (38 bahagian), Ketua Puteri – 20 peratus (38 bahagian). Selain itu, untuk jawatan naib bagi ketiga-tiga sayap parti itu pula, hanya perlu mendapat sokongan sebanyak 28 bahagian atau 15 peratus. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata jawatan presiden dan timbalan presiden Umno patut dipertandingkan. Katanya sebagai parti demokratik dan bersifat inklusif, apa saja jawatan dalam parti perlu melalui proses pertandingan. Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, sistem pemilihan sedia ada untuk jawatan tertinggi itu sudah memadai dan lebih baik berbanding sistem kuota yang diamalkan sebelum ini. Katanya sekiranya Umno kembali menggunakan sistem kuata. parti tersebut di lihat semakin berundur kebelakang. Tiru PKR Bukan Transformasi Dalam Umno Ramai yang masih ingat bagaimana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan pemimpin-pemimpin tertinggi Umno mengkritik PKR ketika pemilihan parti itu pada November 2010 lalu. Tindakan Datuk Zaid Ibrahim yang keluar PKR dan menubuhkan parti KITA dijadikan bahan rujuk oleh Umno memberikan gambaran perpecahan dalam PKR. Sedangkan Umno tidak pernah membuat pemilihan sejak 2009 hingga ke saat ini disebabkan takut dengan perpecahan dalam parti. Begitu juga ketika PRU 13 lalu Jawatankuasa disiplin Umno menerima 99 aduan berhubung isu calon BN ditikam daripada belakang. Ketika pengumuman tindakan Umno membuat tujuh pindaan perlembagaannya, Najib dengan bangganya mengumumkan pindaan tersebut merupakan sebahagian dari tranformasi beliau untuk meremajakan kembali Umno. Najib mungkin menang dari sudut moralnya ketika itu disebabkan beliau belum pernah di uji termasuk pemilihan dalam parti mahupun PRU. Senario tersebut berbeza ketika ini apabila menyaksikan kegagalan BN menambah kerusi parlimen sebaliknya hilang tujuh lagi kerusi parlimen ketika PRU 13 lalu. Prestasi Najib juga dilihat lebih buruk dari pencapaian Tun Abdullah Badawi ketika PRU 12 yang memenangi 140 kerusi parlimen. Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dalam blognya berkata, kemenangan Umno kali ini bukan kerana kekuatan Umno ataupun perpaduan dalam Umno, kemenangankali ini disebabkan oleh perasaan takut orang Melayu akan kehilangan kuasa kepada DAP dan PKR khususnnya. Kenyataan ini membuktikan Dr Mahathir sendiri mengakui kegagalan Najib. Namun di sebabkan Dr Mahathir terpaksa mengharapkan ihsan Najib untuk meletakkan anak beliau (Mukhriz) menerajui Kedah, Mahathir terpaksa menyembunyikan siratan hati beliau buat seketika. Di sudut ekonomi pula menyaksikan keadaan defisit negara sedang berada dalam keadaan nazak di paras 53 peratus berbandik KDNK. Dari sudut nilainya pula hutang negara melebihi RM502 bilion. Dalam kata lain daripada 28 juta rakyat negara ini serta setiap anak yang bakal lahir di Malaysia berhutang dengan bank dunia dianggar berjumlah RM17,928 seorang. Kegagalan Tranformasi Bakal Dihukum Angka ekonomi ini menyerlahkan lagi kelemahan Najib. Peluang ini tentunya akan dipergunakan oleh team Muhyiddin serta calon yang layak terutamanya Naib-Naib Presiden untuk menentang Najib. Penghapusan sistem kuata dan penglibatan 146,500 anggota peringkat akar umbi untuk memilih secara langsung pucuk pimpinan parti membuka laluan yang lebih besar kepada calon yang dianggap layak untuk bertanding diperingkat tertinggi Penolakan masyarakat Cina, Melayu dan India terhadap BN dan kepimpinan Umno yang di ketuai Najib boleh dijadikan senjata oleh pencabar Najib. Pemulauan MCA dan Gerakan dari menyertai kabinet Najib mencerminkan kempen dan slogan 1Malaysia Najib gagal mencapai matlamatnya. Begitu juga dengan sambutan penduduk bandar yang terlalu dingin dan menolak Umno-BN secara total. BN kalah hampir disemua kawasan bandar di seluruh negara dalam PRU 13 lalu. Ini juga disuluh sebagai kegagalan tranformasi Najib yang gagal membawa orang-orang Melayu dibandar untuk menyokong Umno-BN. Lebih menakutkan, era Najib membawa Umno berubah dari moderate Melayu menjadi extremist Melayu yang bersifat rasis dan mengalakkan kempen permusuhan di antara kaum. Kenyataan-kenyataan pemimpin Umno di semua peringkat terpaksa menggunakan pelbagai sentimen perkauman, fitnah, sentimen agama dan sebagainya untuk mengembalikan kekuatan Umno. Sentimen ini ternyata membawa Umno kembali ke era 1970an. Manakala pembangkang pula dilihat mengorak selangkah demi selangkah menuju kepada realiti politik pelbagai kaum untuk masa depan negara. Ramai yang ternanti-nanti, apakah Najib bakal menerima hukuman dari kegagalan beliau dalam pemilihan Umno penghujung tahun ini?. selangorku |
Black 505: Merantau Ke Seluruh Pelosok Malaysia Posted: 11 Jun 2013 09:08 PM PDT KANGAR: Sekalipun berstatus negeri terkecil di malaysia, sekitar 7,000 orang membanjiri dataran kompleks perniagaan di Kampung Bakau dekat sini malam tadi dalam program Black 505 peringkat negeri Perlis. Himpunan membantah penipuan di dalam pilihan raya umum ke 13 baru-baru ini dianggap sebagai antara himpunan paling besar pernah diadakan di negeri ini sekaligus menggambarkan satu fenomena kebangkitan rakyat menuntut sebuah sistem pilihan raya yang lebih telus di negara ini selain mendesak pimpinan tertinggi Suruhanjaya Pilihan Raya mletakkan jawatan. Walaupun pada awalnya, pihak polis dikatakan tidak memberikan kebenaran bagi mengadakan perhimpunan ini, program tetap diteruskan dengan kehadiran orang ramai dari pelbagai kaum. (Berdiri sambil menyanyikan lagu Negaraku dengan penuh semangat) Ia juga untuk menyambut kehadiran pimpinan utama Pakatan Rakyat termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. Majlis bermula dengan ucapan dari pimpinan tempatan termasuk Ketua Cabang PKR Kangar, Ko Chu Liang; Pengerusi PKR Perlis, Mohd Faisol Abdul Rahman; ADUN PAS Sanglang, Mohd Shukri Ramli serta Ketua Dewan Ulama PAS Perlis, Ustaz Idris Yaacob. Turut menyampaikan ucapan, wakil DAP, Syed Araniri Syed Ahmad Al-Idrus; ADUN Indera Kayangan; Chan Ming Kai; Setiausaha Perhubungan PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman; Ahli Parlimen Kuala Kedah, Dr Azman Ismail; ADUN Sidam, Dr Robert Ling dan Naib Presiden PKR, Tian Chua. Majlis yang disusuli dengan tepukan dan tiupan trumpet oleh hadirin ini dimeriahkan lagi bila Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shahrin mengambil pentas. Seterusnya, majlis dikendalikan oleh Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dan sejurus kemudian beliau menjemput Mohamad Sabu untuk menyampikan ucapan sebelum di akhiri dengan ucapan oleh Anwar. Majlis diakhiri dengan semua pimpinan dan hadirin menyanyikan lagu Negaraku. -harakahdaily |
Kebanjiran Pendatang Filipina Menjejaskan Kek Ekonomi Warga Tempatan Posted: 11 Jun 2013 08:51 PM PDT LAHAD DATU – Masalah kebanjiran warga asing di sekitar kawasan Lahad Datu bukan sesuatu perkara yang baru. Bagi penduduk di daerah itu, kisah warga asing yang menjadi 'raja' tepi jalan dan kaki lima adalah fenomena biasa yang dapat dilihat sejak sekian lama. Tinjauan di sekitar kawasan Pekan Lahad Datu semalam mendapati tidak kurang 200 penjaja tanpa lesen mendominasi kawasan kaki lima sekitar Pasar Rakyat Lahad Datu. Kebanyakan mereka menjual sayur-sayuran, barangan kering malah ada juga yang menjual rokok dan barangan keperluan harian yang lain. Hasil pemerhatian selama lebih sejam di kawasan berkenaan mendapati mereka sebahagian besarnya tidak fasih berbahasa melayu menguatkan bukti bahawa mereka ini bukanlah rakyat Malaysia . Kami mendekati seorang wanita berusia awal 50an yang menjual barangan keperluan termasuk ubat-ubatan antaranya ubat perangsang seks. Wanita itu pada mulanya enggan ditembual akhirnya mengaku berniaga tanpa lesen di kaki lima hadapan pasar sejak tiga tahun yang lalu. Dia ada menjual rokok tanpa cukai dan ubat seks yang diimport dari Indonesia tanpa ada sebarang pelekat ataupun tertera kebenaran dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Malah ketika ditembual, dia berasa tidak rasa senang meskipun kami sudah membeli barangan yang dijual. Akhirnya wanita separuh abad itu mengaku tidak mempunyai sebarang dokumen untuk berniaga di kawasan berkenaan dan meminta maaf kerana terpaksa berbohong demi menutup kesalahan kerana merasakan seolah-olah kami adalah pihak berkuasa. Kami berjalan dan mendekati seorang lagi pemuda berusia awal 20an yang menjual barangan wanita antaranya sepit dan pengikat rambut dan barangan keperluan diri berhampiran pasar ikan. Sebaik tersedar kamera kami merakamkan gerak-gerinya, lelaki itu tiba-tiba bercakap dalam bahasa yang kami tidak fahami. Rupa-rupanya setelah diselidiki dia berbahasa Sulu! Pemandu kami yang merupakan anak tempatan Sabah memberitahu bahawa lelaki itu berkemungkinan memberi isyarat kepada rakan-rakannya lain supaya berjaga-jaga. Bukan setakat itu,kami juga disorak sepanjang tinjauan ini dilakukan seolah mereka tidak senang gambar mereka dirakamkan. Peniaga tempatan tidak senang Kami memasuki kawasan bangunan pasar ikan berusia 50 tahun. Di situ kami melihat ramai peniaga menjual pelbagai jenis ikan. Perniagaan masih rancak meskipun hari sudah petang,ini kerana jika di bandar besar seperti Kuala Lumpur ,pasar basah seperti itu kebiasaan sudah lenggang kerana lazimnya orang suka ke pasar pada waktu pagi. Ketika sedang leka melihat beraneka jenis ikan yang dijual, seorang peniaga menawarkan untuk gambarnya diambil. Peniaga itu memperkenalkan diri sebagai Am berusia 30 tahun, anak jati Lahad Datu. Kami sempat bertanya tentang situasi penjaja tanpa lesen diluar. "Abang,mereka sudah lama di sini,memang tidak boleh buat apa-apa,kami terpaksa terima hakikat mereka (penjaja haram) berniaga diluar dan kami berniaga di dalam. "Kalau operasi dibuat sekalipun jika ditangkap, tidak lama kemudian mereka akan kembali berniaga di sini,bukan kami boleh buat apapun,"katanya dalam nada yang agak marah. Tambahnya ,penjaja kaki lima juga turut mewujudkan persaingan apabila menjual barangan jauh lebih murah dari harga pasaran dan tindakan itu sekaligus menutup periuk nasi warga tempatan. An mengakui memang sukar untuk pihak berkuasa mengambil tindakan kerana penjaja-penjaja bijak menghidu kehadiran pihak berkuasa. Kami kemudiannya keluar dari kawasan itu selepas beropu Orang ramai bimbang Penduduk yang ditemui menyifatkan kebanjiran warga asing dari Flipina terutama di kawasan felda juga membimbangkan. Japrun Jaafar,49, berkata, penjaja kaki lima ini memang budaya mereka. "Kami penduduk felda sudah lali dengan kehadiran mereka, Hendak cakap macam mana lagi.Kalau ditegur kita pula yang dimarahinya,"katanya Menurutnya hubungan kekeluargaan juga diakui menjadi punca mereka membanjiri kawasan pecan di felda dan pekan Lahad Datu. Namun bagi Joani Abdul Samat,49, berharap hanya tindakan tegas dari pihak berkuasa mampu membanteras kehadiran warga asing yang ramai di Sabah khususnya. "Kami hampir dengan negara jiran,mereka bebas masuk dan keluar tanpa dokumen ,harap selepas krisis pencerobohan yang berlaku di daerah ini boleh mengubah cara pihak berkuasa keselamatan bertindak,"katanya. Difahamkan selain berbangsa Sulu,pendatang asing tanpa izin berketurunan Bugis,Bajau Pilau,dan Bajau Sibutu. Polis sentiasa pantau Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Shamsuddin Mat ketika ditemui memberitahu peratusan jenayah melibatkan warga asing tidak membimbangkan. Walau bagaimanapun pihaknya sentiasa memantau keadaan itu lebih-lebih selepas krisis pencerobohan pengganas berlaku sebelum ini. "Polis melalui gabungan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur (Eszon) sentiasa bekerjasama dengan pasukan keselamatan yang lain memastikan kehadiran mereka dikawal. "Lazimnya jika mereka terlibat dengan jenayah kita akan kenal pasti dan tangkap dam untuk yang tiada dokumen ketika akan dikenakan tindakan dibawah Akta Imigresen,"katanya Jelasnya,kebanyakan warga asing tanpa dokumen ini dikesan terlibat dengan kegiatan curi motorsikal dan pecah kenderaan . Malah katanya Suruhanjaya Siasatan Diraja Pendatang Asing Sabah (RCI) juga masih berjalan dan mana-mana yang ditahan akan dihantar pulang ke negara asal sinarharian |
Tukar Sistem Pilihan Raya - Subky Abdul Latif Posted: 11 Jun 2013 08:28 PM PDT Yang menyebabkan ada orang terkeliru konon Pakatan Rakyat mahukan republik adalah sakatan pemimpin-pemimpin Umno yang menempelak Pakatan Rakyat kalau sudah suka sangat dengan sistem pilihan raya yang memberi kemenangan kepada undi popular, maka pergilah pindah ke mana-mana negara republik. Jangan tinggal lagi di Malaysia yang memakai sistesm beraja dan kemenangan pilihan raya ditentukan oleh banyak kerusi yang diperolehi di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, bukan didasarkan kepada jumlah undi terbanyak pada keseluruhannya. Dalam PRU13 lalu, Pakatan Rakyat setelah merasa yakin ia ditipu berjaya mendapat sekitar 51 peratus undi popular sedang BN hanya beroleh kurang dari 48 peratus. Kalau ia menang pula disekitar 30 kerusi lagi yang dikatakan ditipu, maka tentulah undi popular itu lebih dari 51 peratus. Atas andaian itu, maka Pakatan Rakyat mengira ia telah menang dan ia sepatutnya berkuasa kerana ia memenangi undi popular. Kerana itulah ia bercakap supaya sistem pilihan raya itu ditukar, jangan lagi menggunakan sistem yang diguna di Britain seperti yang berjalan di negara ini sejak sebelum merdeka. Sistem pilihan raya itu jadi begitu bukan kerana ia berada di bawah sistem beraja. Tidaklah sistem republik saja yang memakai sistem undi popular itu. Negara beraja dan negara republik boleh menentukan sistem yang mereka suka. Pakatan Rakyat mahu mengubah sistem piliihan raya saja. Ia tidak pernah terfikir untuk menjadikan Malaysia sebuah republik. Yang menjadikan sebuah negara itu berdaulat dan maju, bukan kerana sistem yang digunakannya. Tetapi ialah bersih, adil, tidak rasuah dan kecekapan pimpinannya. Jika dibandingkan Malaysia yang memakai sistem beraja, didapati setakat ini, ia lebih teratur dari Filipina dan Indonesia yang menggunakan sistem republik. Indonesia lebih dulu merdeka dari Malaysia. Demikian juga Filipina. Tetapi dalam beberapa hal Malaysia ke depan dari dua republik itu. Malaysia tidak menghantar rakyatnya menjadi buruh di Filipina dan Indonesia. Sebaliknya pekerja dari kedua-dua republik itu yang datang bekerja di Malaysia. Jika kita katakan negara beraja itu lebih maju dari negara republik, maka tidaklah semesatinya betul. Kampuchea sebuah negara beraja. Tetapi ia tidaklah lebih maju dari Republik Vietnam. Bahkan Vietnam sekarang adalah bergerak maju untuk bersaing dengan Thailand dan Malaysia, dua buah negara beraja di Asia Tenggara dalam bidang ekonomi, politik, sosial dan lain-lain. Ketika Malaysia dan Thailand mula merancang pembangunan ekonominya, Vietnam masih berperang menentang pencerobohan Amerika. Tetapi setelah perang tamat, ia merancang pembangunan ekonominya, bukan mustahil ia muncul sebagai negara ASEAN yang berlumba sama maju dengan Malaysia dan Thailand yang beraja. Oleh hal yang demikian Pakatan Rakyat tidak sedia terjebak dalam polemik sensitif mengenai sistem beraja dan sistem republik. Selagi raja tidak mencampuri urusan politik seperti Maharaja Jepun, Raja Thailand dan Ratu di Britain tiada ada keperluan bagi Pakatan Rakyat untuk menyentuh kedudukan raja-rajanya. Yang Pakatan beri perhatian ialah untuk merombak sistem pillihan raya supaya ia menjamin kemahuan rakyat tidak disia-siakan. - Penulis Bebas Subky Abdul Latif |
You are subscribed to email updates from N50 Dun Sri Muda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan