N50 Dun Sri Muda |
- Blackout 505: 22 Jun Ini Di Padang Merbok
- Petisyen yang Dikemuka Melibatkan 25 Kawasan Parlimen & 10 Dun
- Dunia Belum Kehabisan "Black Gold" - CEO Petronas
- Dakwat Yang Tidak Kekal Manifestasi SPR Gagal
- Selangor Sedia Bayar Kos Petisyen Pilihan Raya - TSKI
Blackout 505: 22 Jun Ini Di Padang Merbok Posted: 11 Jun 2013 12:31 AM PDT PETALING JAYA 10 JUN : Pakatan Rakyat (PR) memutuskan mengadakan perhimpunan aman Blackout 505 di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada 22 Jun ini berikutan tiada program lain dijalankan di kawasan itu pada tarikh berkenaan. Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata pihaknya mengambilkira pandangan pihak terlibat di mana pada tarikh asal iaitu 15 Jun, terdapat program karnival dan majlis perkahwinan akan diadakan di kawasan itu dan berhampirannya. Sehubungan itu, PR memberikan notis untuk mengadakan perhimpunan aman #blackout 505 dalam tempoh 10 hari kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) seperti ditetapkan. "Permohonan kepada DBKL untuk menggunakan Padang Merbok pada 22 Jun telahpun dibuat pada Jumaat 7 Jun lalu. DBKL juga mengesahkan tiada mana-mana pihak membuat permohonan mengadakan acara di padang itu pada tarikh tersebut. "Oleh itu tiada lagi alasan untuk DBKL dan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bermain politik dengan melengah-lengahkan permohonan ini," katanya dalam sidang media di sini hari ini. Ahli Parlimen Pandan itu mendakwa majoriti rakyat Wilayah Persekutuan bersama PR maka DBKL dan Tengku Adnan diminta menghormati hasrat rakyat selain Padang Merbok adalah milik rakyat. selangorku |
Petisyen yang Dikemuka Melibatkan 25 Kawasan Parlimen & 10 Dun Posted: 11 Jun 2013 12:25 AM PDT Pakatan Rakyat akan mula memfailkan 35 petisyen berhubung kesalahan yang didakwa berlaku semasa pilihan raya 5 Mei, bermula hari ini sehingga tempoh tersebut berakhir pada Khamis. Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli berkata tindakan berkenaan akan melibatkan kos permulaan sebanyak RM500,000 dan Pakatan seterusnya perlu mengumpul sebanyak RM1 juta lagi. Bercakap dalam sidang media di Petaling Jaya hari ini, Rafizi (kiri) berkata jumlah berkenaan adalah untuk menampung kos deposit awal untuk petisyen, sebanyak RM15,000, dan kos RM30,000 untuk setoap petisyen yang difailkan. Kos berkenaan perlu dibayar kepada defendan sekiranya mahkamah mengenepikan petisyen berkenaan atau sekiranya plaintif tewas dalam kes tersebut. Pakatan bagaimanapun akan dapat menjimatkan kos kerana kebanyakan daripada kos guaman tersebut adalah percuma, kata Rafizi. Petisyen yang akan dikemukakan itu melibatkan 25 kawasan parlimen dan 10 kawasan DUN, katanya. malaysiakini |
Dunia Belum Kehabisan "Black Gold" - CEO Petronas Posted: 10 Jun 2013 06:50 PM PDT KUALA LUMPUR, 10 Jun — Dunia belum kehabisan minyak dan gas walaupun telah berpuluh tahun aktiviti penggerudian dan pengeluaran minyak dijalankan, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Tan Sri Shamsul Azhar Abbas (gambar). Jika peserta industri melihat luar Asia dalam skala global, bekalan masih banyak untuk dikeluarkan, dan dunia masih membuat pencarian konvensional, katanya dalam ucapan keadaan industri di Persidangan Minyak dan Gas Asia ke-17 di sini hari ini. "Berikutan penemuan baharu, perkembangan teknologi dan pengalaman operasi, secara teknikalnya, sumber yang boleh diperoleh dianggarkan mencukupi untuk selama dua abad pada penggunaan semasa," katanya. Menurut Agensi Tenaga Antarabangsa, rizab dunia telah meningkat sejak 1990 di sebalik pertumbuhan pada penggunaan, dan setakat 2011, anggaran adalah kira-kira 1.5 trilion tong dengan 5.9 trilion tong lagi sumber boleh diperoleh yang masih belum ditemui, tambah beliau. Shamsul Azhar berkata Iraq mempunyai rizab minyak terbukti kelima terbesar dunia pada 143 bilion tong. Bagaimanapun, memandangkan tenaga adalah penyumbang utama kemakmuran ekonomi, pergantungan ke atas tenaga jangka pendek meningkatkan risiko gangguan bekalan dan pergolakan harga, kata beliau. Katanya, pelbagai pelaburan huluan di blok penggerudian dan pembinaan jaringan paip baharu dan terminal regasifikasi menunjukkan strategi keselamatan tenaga. "Serupa juga dengan PETRONAS, kami memulakan pencarian dan strategi pengeluaran agresif, mencuba pelbagai cara baharu, perairan yang lebih dalam dan lapangan yang lebih kompleks," katanya sambil menambah untuk memastikan keselamatan tenaga, peserta industri perlu diberikan kebebasan untuk menentukan keberuntungan komersil pasaran sendiri. "Dengan itu, peserta industri mempunyai fleksibiliti untuk menguruskan risiko mereka sendiri, berusaha untuk memberikan bekalan dan memenuhi permintaan pada harga yang ditentukan pasaran," kata Shamsul Azhar. Beliau juga menyeru semua syarikat minyak, penyedia perkhidmatan dan pembuat dasar bekerjasama untuk mencipta penyelesaian yang menggalakkan penggunaan teknologi dan menarik kecemerlangan operasi. "Industri kita harus berterusan mencari wadah untuk beroperasi dengan bertanggungjawab dan mesra alam," katanya. — Bernama |
Dakwat Yang Tidak Kekal Manifestasi SPR Gagal Posted: 10 Jun 2013 02:17 AM PDT SHAH ALAM, 10 JUN: Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff, tidak bersetuju dengan kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang menyatakan badan itu SPR telah menjalankan kerja dengan baik dalam mengurus Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu. Sambil menyifatkan SPR gagal, Dr Agus mempersoalkan signifikan penubuhan Jawatankuasa Khas terdiri daripada Ahli Parlimen daripada semua parti politik bagi mengawal selia kredibiliti dan integriti SPR seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 1 Jun lalu. Katanya, kegagalan SPR mengendalian daftar pemilih bersih dan penyediaan dakwat kekal dengan baik merupakan contoh terbaik untuk Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR meletakkan jawatan. "Yang saya tidak faham dengan pengumuman PM ini ialah kenapa perlu ditubuhkan jawatankuasa untuk memantau SPR? Saya kira tidak perlu jawatankuasa untuk memantau SPR kerana SPR adalah sebuah badan bebas. "Yang kita perlu sekarang ialah anggota SPR yang boleh bertindak cekap untuk mengurus pilihan raya yang adil dan bebas. Itu yang kita belum ada," kata Pensyarah Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) itu menerusi laman sosial Facebook miliknya. Sekiranya kerajaan ingin meneruskan hasrat menubuhkan jawatankuasa berkenaan, Dr Agus mencadangkan dua solusi agar perkara tersebut dapat dilaksanakan dengann baik. "Kerajaan perlulah menubuhkan sebuah panel yang terdiri dari wakil parti mengikut kuota undi popular yang diterima oleh parti, dan setiap parti hendaklah berhak menamakan wakil masing-masing, bukannya ditentukan oleh kerajaan. "(Kedua) jawatankuasa ini juga perlulah diberi rangka kerja untuk mengkaji beberapa pindaan kepada Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Akta Pilihan Raya 1958, Peraturan-peraturan (Penjalanan Pilihan Raya) Pilihan Raya, 1981, Peraturan-peraturan (Pendaftaran Pemilih) Pilihan Raya, 2002 dan Peraturan-peraturan (Mengundi Melalui Pos) Pilihan Raya, 2003," ujarnya lagi. selangorku |
Selangor Sedia Bayar Kos Petisyen Pilihan Raya - TSKI Posted: 10 Jun 2013 02:13 AM PDT KUALA LUMPUR, 10 JUN – Kerajaan Negeri Selangor bersedia mengeluarkan sumbangan bagi membiayai dana kos guaman kepada mana-mana pihak yang memfailkan petisyen pilihan raya kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Menurut Abdul Khalid, langkah tersebut bagi memastikan usaha memperbaiki proses demokrasi di negara ini dapat berjalan dengan lebih lancar. "Mereka yang menyaman di mahkamah, jika betul kita dapati usaha mereka itu munasabah dan kita Kerajaan Negeri melalui (Program) Pendemokrasian, akan beri sumbangan atas kos guaman mereka," kata Abdul Khalid dipetik dari portal Selangorku. Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Kelang itu, kerajaan negeri sebelum ini turut menjalin kerjasama dengan berkongsikan data yang diperolehi menerusi Program Pendemokrasian Selangor dengan pihak yang yang berusaha mengumpul bukti penyelewengan dalam Pilihan Raya 2013 lalu. "Kita juga membenarkan data-data itu dianalisa, kerajaan negeri menggalakkan usaha tersebut untuk melahirkan pilihan raya yang adil dan saksama," katanya. Sebelum ini, Kerajaan Negeri melalui Geran Selangorku mengambil langkah pengukuhkan demokrasi dengan menyediakan peruntukkan berjumlah RM5 juta. Hari ini Rafizi Ramli mengumumkan Pakatan Rakyat (PR) akan memfailkan 24 petisyen membabitkan 24 kerusi Parlimen di seluruh negara pada minggu ini. Menurut pengarah strategi PKR itu, PR juga akan turut memfailkan 10 lagi petisyen pilihan raya membabitkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Daripada keseluruhan jumlah petisyen kerusi Parlimen itu,19 daripadanya adalah daripada PKR, dan baki masing-masing empat bagi PAS dan dua bagi DAP. "Satu petisyen membabitkan jumlah RM10,000 untuk petisyen dan RM5,000 bagi urusan pemfailan kes, justeru kami memerlukan sekitar RM1.5 juta bagi kesemua petisyen," kata Rafizi kepada pemberita di Ibu Pejabat PKR di sini. Jelas ahli Parlimen Pandan itu lagi, untuk kerusi Parlimen Bagan Datoh yang dimenangi oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pihaknya akan memfailkan dua petisyen, yang mana salah satunya adalah petisyen perbelanjaan melebihi RM200,000 seperti yang diperuntukkan Akta Pilihan Raya. "Kami mendapat maklumat beliau memberikan RM100 dan 5kg beras kepada 24,000 pengundi di sana yang mana menjadikan perberbelanjaan untuk itu sahaja lebih RM2 juta," katanya. Kesemua petisyen berkenaan juga jelasnya akan difailkan secara berasingan mengikut negeri masing-masing. Serentak dengan itu, PKR, jelas pemimpin muda itu akan memfailkan tindakan undang-undang termasuk petisyen berasingan di Sabah menuntut mahkamah menyemak senarai pengundi yang dicemari pengundi hantu berdasarkan keterangan yang dibuat Suruhanjaya Diraja (RCI) Sabah, dakwanya. malaysianinsider |
You are subscribed to email updates from N50 Dun Sri Muda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan