Selasa, 11 Jun 2013

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Kezaliman Sendiri

Posted: 11 Jun 2013 03:39 AM PDT

2 Syaaban 1434 H. [MOD] -
Oleh  Jarjani Usman

"Dan sesungguhnya Kami telah membinasakan umat-umat sebelum kamu, ketika mereka berbuat kezaliman" (QS. Yunus: 13).

Ketika disebut zalim, seringkali kita menunjuk orang lain. Termasuk juga menunjuk penguasa yang berbuat sewenang-wenang atau tidak adil terhadap rakyat.  Padahal diri kita sendiri  juga tidak tertutup kemungkinan melakukan kezaliman yang bahkan paling parah. Seperti berbuat syirik atau menyekutukan Allah, sebagaimana dalam Alquran: "Sesungguhnya syirik itu adalah kezaliman yang amat besar" (QS. Luqman: 13). 


Dahsyatnya kezaliman akibat menyekutukan Allah, dosanya diancam tidak akan diampuniNya.  Disebutkan dalam Alquran: "Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik dan akan mengampuni dosa selain itu bagi siapa saja yang Dia kehendaki (QS. an-Nisaa': 48).

Bukan hanya itu, kezaliman diri sendiri dalam bentuk syirik juga menghapus segala amalan yang pernah dilakukan. Diperingatkan dalam Alquran: "Jika mereka menyekutukan Allah, lenyaplah segala amal yang pernah mereka kerjakan" (QS. al-An'am: 88).

Karena itu, mengenal kezaliman diri sendiri kepada Allah, di samping kezaliman terhadap sesama manusia, sangat penting dilakukan. Jangan sampai merasa sudah beramal banyak dan yakin masuk surga, tetapi perbuatan syirik kadangkala dilakukan juga.

Bekas ejen CIA dedah rahsia AS intip e-mel

Posted: 11 Jun 2013 03:22 AM PDT

2 Syaaban 1434 H. [MOD] -


GAMBAR fail 29 Januari 2010 menunjukkan ibu pejabat Agensi Keselamatan Kebangsaan Amerika Syarikat di Fort Meade, Maryland.- AFP



WASHINGTON - Seorang bekas petugas Agensi Perisikan Pusat (CIA) yang bekerja sebagai kontraktor di Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA) mendedahkan dalam satu wawancara yang disiarkan kelmarin bahawa dia yang membocorkan rahsia satu program pemantauan sulit AS ekoran timbul kesedaran untuk melindungi kebebasan asas penduduk di seluruh dunia.
Berlindung di sebuah bilik hotel di Hong Kong, kontraktor tersebut, Edward Snowden memberitahu, dia berfikir panjang sebelum memutuskan untuk mendedahkan program sulit NSA tersebut yang diberi nama PRISM.
Namun, lelaki berusia 29 tahun itu berkata, dia terpaksa belot terhadap majikannya kerana berasa Amerika Syarikat (AS) telah membina program mesin pengintip yang boleh mengintip maklumat setiap warga AS.
"Saya tidak mahu tinggal dalam masyarakat yang melakukan perkara keji ini, saya tidak mahu tinggal dalam dunia yang mana perbuatan dan percakapan saya dirakamkan. Saya tidak boleh menyokong program seperti ini," katanya dalam wawancara bersama akhbar Guardian.
Temu bual itu diisiarkan di laman web akhbar berkenaan.
"NSA membina infrastruktur yang membolehkannya memintas hampir apa sahaja," jelas Snowden.
"Keupayaan itu membolehkan NSA mengintip apa sahaja komunikasi manusia. Jika saya mahu melihat kandungan e-mel anda atau mendengar panggilan telefon isteri anda, saya hanya perlu memintasnya dengan PRISM. Saya boleh mengintip e-mel, kata laluan, rekod panggilan telefon dan maklumat kad kredit anda," tambahnya.
Dalam temu bual tersebut, Snowden memberitahu, dia berpindah ke Hong Kong tiga minggu lalu sekali gus meninggalkan kehidupan selesa di Hawaii, gaji AS$200,000 (RM618,700), seorang teman wanita, kerjaya yang stabil dan keluarga yang menyayanginya.
"Saya rela berkorban semuanya kerana saya tidak boleh hidup tanpa rasa bersalah apabila mengetahui saya membenarkan kerajaan AS memusnahkan privasi, kebebasan internet dan kebebasan asas penduduk di seluruh dunia," kata Snowden.
Lelaki tersebut terlibat dalam kes pelanggaran keselamatan negara yang antara terbesar dalam sejarah AS. Dia setara dengan pembocor maklumat Pentagon, Daniel Ellsberg dan Bradley Manning yang mendedahkan kabel diplomatik AS kepada laman web WikiLeaks.
"Saya tidak berniat untuk bersembunyi kerana saya tahu saya tidak membuat salah," katanya.
"Saya juga tidak takut kerana ini merupakan pilihan saya sendiri," tambah Snowden.
Setakat ini, pihak berkuasa AS mengklasifikasikan pembocoran maklumat itu sebagai kes jenayah.
"Saya kini berada di jalan buntu," jelas bekas ejen CIA itu.
Menurutnya, dia mungkin akan diekstradisi ke AS atau disoal siasat pihak berkuasa China ataupun berdepan tindakan balas CIA.
"Ya, CIA mungkin menghantar ejen-ejennya untuk memburu saya. Mereka juga boleh menghantar anggota perisikan pihak ketiga. CIA bekerjasama rapat dengan sejumlah negara. Agensi itu juga boleh mengupah kongsi gelap bagi tujuan tersebut," ujarnya.
Hong Kong yang mempunyai kuasa pentadbiran sendiri menandatangani perjanjian ekstradisi dengan AS.
Snowden membesar di Bandar Elizabeth, Carolina Utara sebelum berpindah ke Maryland dekat ibu pejabat NSA di Fort Meade.
Dia belajar komputer di kolej komuniti Maryland tetapi gagal menamatkan pengajian untuk mendapatkan diploma.
Snowden mula menyertai NSA sebagai pengawal keselamatan di sebuah fasiliti rahsia di Universiti Maryland. - Reuters





Kenapa perintah keluar zakat diremehkan?

Posted: 11 Jun 2013 03:11 AM PDT

2 Syaaban 1434 H. [MOD] -
Ust. Ahmad Baei Jaafar

Zakat kalau dilihat pada susunan rukun Islam berada di tempat ketiga selepas solat. Namun amalan mengeluarkan zakat ini jarang diperkatakan seperti yang selalu diulang-ulang pada ibadah solat. Apakah zakat tidak penting dalam Islam sepertimana pentingnya solat dan puasa? Padahal perintah zakat ini datang sekali dengan perintah solat.
Semua kita sedia maklum bahawa zakat wajib dikeluarkan berdasarkan al-Quran dan Sunnah juga Ijmak. Firman Allah:

 "Mereka tidaklah disuruh melainkan supaya menyembah Allah dengan penuh ikhlas demi agama yang lurus dan juga supaya mereka mendirikan solat dan mengeluarkan zakat dan yang demikian itu adalah agama yang teguh." (Surah al-Bayyinah :5)

Sehubungan dengan itu sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Islam dibangun di atas lima rukun; bersaksi bahawa tidak ada sembahan yang berhak disembah kecuali Allah dan Muhammad SAW adalah hamba dan utusan-Nya, menegakkan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan haji di Baitullah dan berpuasa di bulan Ramadan." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Berdasarkan dalil di atas, perintah mengeluarkan zakat ini bukan perkara kecil malah dikategorikan sebagai rukun Islam. Sebenarnya rukun adalah perkara asas yang menentukan kukuh atau tidaknya sesuatu binaan. Jadi, sudah tentu zakat merupakan rukun yang kuat setaraf dengan rukun-rukun yang lain. Merujuk kepada kepentingan, zakat diwajibkan adalah kerana dua sebab:

1.       Taabbud; tunduk dan patuh kepada perintah Allah
2.       Taawun; membantu golongan yang layak dibantu.

Sikap umat Islam terhadap zakat

Perintah mengeluarkan zakat ini semestinya ada kaitan dengan harta yang dimiliki oleh umat Islam. Sebenarnya harta yang saban hari dicari oleh umat Islam terdedah kepada halal dan haram, mungkin dalam kesebukan mencari harta itu, mereka terlepas pandang lalu termasuk juga harta yang haram. Namun dalam Islam sesuatu yang tidak dijangka boleh dimaafkan Allah. Ketika itu harta tersebut sudah menjadi milik mereka yang sah. Sungguhpun begitu, dalam harta tersebut terdapat hak orang lain juga. Maka hak orang lain itulah yang perlu dikeluarkan sebagai zakat.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Ambillah zakat daripada sebahagian harta mereka yang dengan zakat itu kamu dapat membersihkan dan mensucikan mereka." (Surah al-Taubah : 103)

Dalam ayat di atas Allah dengan tegas memerintahkan Rasulullah atau pemerintah sesuatu negeri agar mengambil sebahagian harta umat Islam sebagai zakat atas dua tujuan iaitu membersihkan harta dan membersihkan pemilik harta itu. Maknanya setiap umat Islam yang memiliki harta akan terjamin bersih hartanya sekali gus bersih diri mereka sendiri.

Cuma persoalan di sini, apakah sikap umat Islam terhadap perintah berzakat ini? Menurut laporan pihak yang mengurus zakat di negeri-negeri, jumlah pengeluar zakat amat rendah. Kalau dinisbahkan orang yang menunaikan solat 100 % maka pengeluar zakat tidak sampai 10%. Ini seolah-olah 90% lagi itu adalah golongan yang layak menerima zakat.

Jelas di sini ramai umat Islam yang belum layak untuk mengeluarkan zakat. Sungguhpun begitu mereka juga tidaklah semuanya layak untuk menerima zakat. Mengapa keadaan ini boleh terjadi? Apakah mereka tidak faham perintah Allah ini?

Sebenarnya umat Islam selama ini telah diberikan ilmu pengetahuan yang salah tentang ibadah zakat. Mereka telah diberitahu bahawa mereka yang tidak ada harta tidak perlu keluar zakat. Maka dengan fahaman itu, mereka tidak perlu membanyakkan harta. Apatah lagi apabila umat Islam selalunya diberi kefahaman bahawa pemburu harta dunia adalah anjing.

Selain itu umat Islam juga sering diingatkan bahawa zakat adalah ibadah orang-orang kaya. Atas fahaman itu, maka supaya harta kita tidak berkurangan jangan jadi kaya. Jadi, tidak perlulah keluar zakat. Biar hidup sederhana, bukankah Islam mengajar kita hidup secara sederhana. Jelas, mereka seolah-olah diajar supaya mengelak daripada aktiviti zakat.

Di samping itu umat Islam juga diajar bahawa harta zakat adalah hak orang fakir dan miskin. Oleh sebab itu sebahagian umat Islam berasa bangga kalau menjadi fakir dan miskin. Malah kalau mereka tidak terpilih sebagai asnaf, mereka akan marah dan terus merayu kepada pihak berkuasa. Sepatutnya umat Islam berasa malu kalau diisytiharkan miskin.

Memang pelik, umat Islam kini boleh berasa bangga dengan kemiskinan itu. Adakah ini kerana mereka ada terbaca sebuah hadis yang antara lain menyebut Rasulullah berdoa agar dia hidup miskin dan dibangunkan semula bersama golongan orang miskin.

Atas dasar itu barangkali mereka lebih rela jadi miskin dan dengan itu tidak perlu fikirkan soal zakat. Padahal dengan sikap itu mereka telah terlepas daripada satu rukun Islam yang asas iaitu zakat. Kalau begitu keadaannya kukuhkah Islam mereka tanpa zakat?

Ubah sikap sebagai pengeluar zakat

Umat Islam sepatutnya mengubah sikap ke arah menjadi pembayar zakat. Bukankah tangan di atas lebih baik daripada tangan di bawah, maka wajib kita berada di atas sebagai pembayar. Untuk merealisasikan perintah mengeluarkan zakat ini, umat Islam seharusnya berusaha agar mereka menjadi kaya raya, malah jutawan. Firman Allah yang bermaksud:

"Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan kepada mereka kekuatan (kekayaan) di atas muka bumi nescaya mereka akan mendirikan solat serta memberi zakat, dan mereka juga akan menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan." (Surah al-Hajj: 41)

Berdasarkan ayat itu Allah bersedia memberikan kekayaan kepada umat jika mereka mahu. Oleh sebab itu mereka perlu rebut peluang ini dengan bersungguh-sungguh. Jadi, umat Islam harus menjadi usahawan dan jutawaan supaya dengan itu mereka boleh melakukan ibadah dengan lebih baik lagi sempurna. Bukan sahaja mereka boleh melakukan solat dan zakat malah mereka juga akan aktif berdakwah.

Sebenarnya melalui konsep zakat ini, umat Islam tidak boleh duduk diam, sebaliknya merasa malu kepada Allah kalau tidak mampu mengeluarkan zakat. Oleh sebab itu kita perlu berazam untuk menjadi kaya malah jutawan. Namun pada masa yang sama mereka perlu hindari daripada sifat tamak dan bakhil kerana harta zakat yang dikeluarkan itu tidak akan menjadikan mereka miskin sebalik bertambah subur dan kaya.

Daripada Abdul-Rahman bin Auf daripada Rasulullah SAW, Baginda bersabda yang bermaksud: "Tiga perkara yang aku bersumpah kerananya: Tidak akan berkurang harta kerana sedekah maka sedekahkanlah dan tidaklah kemaafan seseorang lelaki kerana kezaliman yang dizalimi melainkan Allah tambahkan kepadanya kemuliaan, maka maaflah nanti Allah akan muliakan kamu. Dan tidaklah seorang lelaki yang membuka ruang masalah melainkan Allah akan membuka baginya pintu kefakiran." (Nuruddin al-Haitami Kitab al-Astar)

Jadi sebagai umat Islam kita perlu terus berusaha untuk menjadi kaya supaya dengan itu kita menjadi orang yang selalu memberi daripada menerima. Kalaupun kita belum cukup nisabnya kita boleh memberi sedekah sunat. Untuk mencapai ke tahap itu, kita tidak boleh menampakkan masalah atau membuka peluang kepada masalah kerana menurut hadis di atas Allah akan bukan pintu kekafiran kepada kita pula.

Percayalah kalau umat Islam boleh berazam untuk mengeluarkan zakat dalam jumlah yang banyak. Kita akan lihat hasil pencapaiannya. Ketika itu zakat akan dapat dikeluarkan mengikut kaedah dan sistem yang ditetapkan. Dan kesannya, zakat itu boleh diagihkan dengan sempurna kepada sasarannya. Namun sebaliknya jika orang kaya enggan mengeluarkan zakat mereka akan menerima akibat di akhirat nanti.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Barang siapa yang Allah telah berikan harta kepadanya kemudian dia tidak menunaikan zakatnya maka pada hari kiamat nanti hartanya akan menjadi ular botak yang mempunyai dua titik hitam di atas kepalanya lalu mengalungkannya sambil berkata: "Aku adalah simpananmu, aku adalah hartamu". Kemudian ular itu membaca ayat: "Sekali-kali janganlah orang-orang yang bakhil dengan harta yang telah Allah berikan kepada mereka dari karnia-Nya, menyangka bahawa kebakhilan itu baik bagi mereka, sebenarnya bahawa kebakhilan itu adalah buruk bagi mereka, harta-harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan di lehernya kelak di hari kiamat." (Riwayat Bukhari Kitab Zakat 3:268 no.1403)

Inilah cara basmi kemiskinan

Bayangkan suatu hari nanti, negara kita dihuni oleh ramai ushawan, ahli korperat dan jutawan dari perbagai bidang, dan mereka pula setiap tahun mengeluarkan zakat, tentu ketika itu asnaf zakat akan memperoleh agihan zakat dalam jumlah yang besar. Bayangkan juga kalau semua asnaf boleh memperoleh setiap bulan sudah tentu mereka tidak akan meminta-minta lagi selepas itu.

Tetapi bagaimana kalau zakat yang dikeluarkan setiap tahun itu diagihkan kepada asnaf secara berpilih dengan harapan zakat itu boleh dijadikan modal perniagaan, sudah tentu dalam tempoh beberapa tahun lagi mereka sudah tidak perlu zakat lagi sebaliknya mereka pula yang akan mengeluarkan zakat. Saya difahamkan kerajaan Selangor melalui Lembaga Zakat Selangor telah mempelopori agenda ini, tetapi belum menyeluruh kerana pembayar zakat masih rendah.

Saya percaya, kalau jumlah pembayar zakat semakin bertambah, dan sistem pengagihan dapat disampaikan kepada sasaran dengan tepat pasti kita akan menikmati satu zaman seperti zaman Khalifah Umar al-Khattab yang susah untuk mencari orang yang miskin. Kalau ini yang terjadi pasti wang zakat boleh disalurkan ke baitulmal yang kemudiannya boleh digunakan untuk pembangunan negara.

Dengan cara ini, golongan fakir miskin boleh dibasmi secara beransur-ansur. Nanti zakat yang dikeluarkan itu boleh diagihkan kepada asnaf yang lain dalam jumlah yang besar juga.

Negeri kecil tetapi 7,000 hadiri Black 505 Perlis

Posted: 11 Jun 2013 01:59 AM PDT

2 Syaaban 1434 H. [MOD] - 


KANGAR: Sekalipun berstatus negeri terkecil di malaysia, sekitar 7,000 orang membanjiri dataran kompleks perniagaan di Kampung Bakau dekat sini malam tadi dalam program Black 505 peringkat negeri Perlis.


Himpunan membantah penipuan di dalam pilihan raya umum ke 13 baru-baru ini dianggap sebagai antara himpunan paling besar pernah diadakan di negeri ini sekaligus menggambarkan satu fenomena kebangkitan rakyat menuntut sebuah sistem pilihan raya yang lebih telus di negara ini selain mendesak pimpinan tertinggi Suruhanjaya Pilihan Raya mletakkan jawatan.

Walaupun pada awalnya, pihak polis dikatakan tidak memberikan kebenaran bagi mengadakan perhimpunan ini, program tetap diteruskan dengan kehadiran orang ramai dari pelbagai kaum.



(Berdiri sambil menyanyikan lagu Negaraku dengan penuh semangat)

Ia juga untuk menyambut kehadiran pimpinan utama Pakatan Rakyat termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.


Majlis bermula dengan ucapan dari pimpinan tempatan termasuk Ketua Cabang PKR Kangar, Ko Chu Liang; Pengerusi PKR Perlis, Mohd Faisol Abdul Rahman; ADUN PAS Sanglang, Mohd Shukri Ramli serta Ketua Dewan Ulama PAS Perlis, Ustaz Idris Yaacob.



Turut menyampaikan ucapan, wakil DAP, Syed Araniri Syed Ahmad Al-Idrus; ADUN Indera Kayangan; Chan Ming Kai; Setiausaha Perhubungan PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman; Ahli Parlimen Kuala Kedah, Dr Azman Ismail; ADUN Sidam, Dr Robert Ling dan Naib Presiden PKR, Tian Chua.



Majlis yang disusuli dengan tepukan dan tiupan trumpet oleh hadirin ini dimeriahkan lagi bila Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shahrin mengambil pentas.



Seterusnya, majlis dikendalikan oleh Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dan sejurus kemudian beliau menjemput Mohamad Sabu untuk menyampikan ucapan sebelum di akhiri dengan ucapan oleh Anwar.



Majlis diakhiri dengan semua pimpinan dan hadirin menyanyikan lagu Negaraku.

Harakahdaily/-


Najib, cakap biar serupa bikin

Posted: 11 Jun 2013 01:31 AM PDT

2 Syaaban 1434 H. [MOD] -


Menatap ucapan Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu merasmi Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-56 di Balai Islam, Lundang, Kota Bharu, Kelantan memang lunak. Seruan beliau supaya mencari titik persamaan walaupun berlainan ideologi politik hendaklah dilaksanakan dengan tindakan. Semuanya terletak kepada beliau selaku pemimpin kerajaan Pusat.



Rakyat tidak mahu ia hanya manis kata tetapi di hati lain bicara. Politik pilih kasih dan tidak menghormati keputusan rakyat  Kelantan sejak 1990 masih berterusan. Bermula dengan perlantikan Pegawai Persekutuan yang membazir wang berpuluh juta setahun untuk pembayaran gaji dan perbelanjaan pengurusan, seolah-olah tidak iktiraf kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Hampir RM12 bilion wang royalti minyak masih disekat.



Apa dosa Kelantan sehingga sanggup berbuat demikian? Bukankah banyak ayat-ayat di dalam al-Quran yang melarang hambanya  melakukan kezaliman, walaupun kepada musuh. Mungkin Datuk Najib terlepas pandang ayat-ayat tersebut, atau pun ulama pengampu tidak memberi tahu kepada beliau.



Setiap kali musim pilihan raya, maka datang janji manis daripada pemimpin Umno untuk rakyat Kelantan. Seolah-olah jika Kelantan diperintah oleh Umno, maka semua perkara akan selesai seperti isu air. Pada hal kawasan Parlimen yang diwakili oleh Perdana Menteri pun menghadapi masalah air. Pemimpin BN sengaja mendera rakyat Kelantan dengan harapan rakyat akan tolak PAS dalam pilihanraya, sebaliknya tidak.



Rakyat Kelantan yang sudah terdidik dengan ilmu agama amat memahami isi kandungan al-Quran, dan kenal pula peribadi  Datuk Najib yang bercakap di majlis perasmian Tilawah al-Quran.
HARAKAH/-

Bukan masa bincang persempadanan baru

Posted: 11 Jun 2013 01:25 AM PDT


2 Syaaban 1434 H. [MOD] -

MESKIPUN perlembagaan membenarkan persempadanan baru kawasan pilihan raya dibuat sekali selepas sepuluh tahun, tidak bererti ia mesti dilakukan setiap sepuluh tahun.

Lazimnya persempadan baru dibuat tidak disebabkan faktor persempadanan itu perlu dirombak tetapi ia dibuat bagi memastikan UMNO dan sekutunya memenangi pilihan raya.



Memandangkan persempadan baru yang terakhir sepuluh tahun tidak adil khususnya buat Kelantan, Terengganu dan Johor, mungkin tiba waktunya ia dibetulkan. Kelantan dan Terengganu dalam penyusun itu tidak diberi tambahan kerusi bagi menyekat PAS mendapat manfaat dalam pilihan raya, sedang Johor mendapat tambahan kerusi bagi meramaikan YB BN baik di Parlimen mahupun DUN.

Tetapi buat masa ini perbincangan utama bukan untuk merombak kawasan pilihan raya tetapi bagi membetulkan pengendalian pentadbiran SPR yang tidak lagi mendapat keyakinan umum.

Sekalipun institusi polis, kehakiman, jabatan peguam negara dan SPRM tidak mendapat keyakinan umum,  SPR lagi tidak diyakini  dan perlu direformasi atau ditransformasi segera. Pembetulannya perlu diutamakan dari yang lain-lain.

Apabila SPR dapat disempurnakan, maka jadi kunci kepada pembetulan yang lain. SPR yang telus, bebas  dan adil boleh membuka kepada perubahan pemerintahan. Jika pertukaran kuasa tidak dapat dilakukan, maka tidak ada ruang bagi melakukan di semua institusi yang lain. Jika dengan SPR yang telus dan adil itu membuka peluang perubahan, maka pertukaran kerajaan itu akan meletakkan polis, kehakiman, jabatan peguam negara dan SPRM pada kedudukan yang betul.

Pada masa ini kita tidak mahu persempadanan baru, kita tidak sedia membincangkan pemindahan SPR dari  Jabatan Perdana Menteri kepada jawatankuasa khas di Parlimen. Bukan ia tidak penting, tetapi yang aula ialah merombak bagi memulihkan SPR.

Yang pertama kita mahu pengerusi dan timbalan pengerusi meletak jawatan secara sukarela atau dipaksa. Jika mereka ada maruah jalan terbaik ialah meletak jawatan. Jika tidak bermaruah, mereka terpaksa dipecat.

Pembentukan Suruhanjaya Diraja Penyiasatan tentang kecurangan SPR adalah langkah terbaik dan perlu didahulukan dari yang lain-lain. Kecurangan itu bukan baru. Ia sudah berlaku dalam setiap kali pilihanraya umum dan pilihanraya kecil.

Justeru rakyat sebelum ini tidak berdaulat, tidak apa yang dapat dibuat. Kita tidak berminat kepada Arab Spring. Jika tidak mahu penyakit Arab itu tiba ke sini, buang segera pengerusi dan timbalan pengerusi SPR, adakan pemulihan segera.

Majoriti rakyat khusus pengundi mengutuk SPR dan pengendalinya. Semua meludah mereka dari belakang. Cari makanlah di tempat lain untuk menanggung anak bini. Dunia ini luas untuk mencari rezeki. Atau bersara saja. Duit pencen pun cukup makan hingga akhir hayat. Jangan khianati harapan rakyat dan demokrasi.

Sebarang cadangan untuk mengadakan persempadanan baru biar datang dari rakyat, bukan dari SPR yang pincang itu. Apa saja yang datang dari SPR yang pincang tidak akan diterima oleh suara perubahan.

Dan apakah persempadanan baru itu yang memerlukan pindaan perlembagaan  boleh dibuat oleh kerajaan yang tidak  ada majoriti dua pertiga? Adakah boleh persempadanan dibuat dengan majoriti mudah kerajaan. Jika ia memerlukan sokongan MP Pakatan Rakyat, tidak nampak persempadanan baru itu boleh dibuat.

Buatlah apa yang boleh dan apa yang senang dulu. Dan keutamaam ialah kita memerlukan SPR yang telus, bersih  dan adil. Lepas itu baru kita fikirkan membawanya di bawah seliaan Parlimen dan membentulkan persempadanan yang tidak dilakukan secara jujur sepuluh tahun lalu.

HARAKAHDAILY/-

Pakatan tak pernah bincang boikot angkat sumpah

Posted: 11 Jun 2013 01:16 AM PDT

2 Syaaban 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Isu ahli parlimen Pakatan Rakyat yang didakwa akan memboikot majlis angkat sumpah dan persidangan Dewan Rakyat pada sesi kali ini tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat, kata Datuk Mahfuz Omar.



Sebaliknya kata Naib Presiden PAS itu, Pakatan Rakyat hanya memutuskan untuk tidak hadir pada majlis taklimat Dewan Rakyat, yang diadakan hari ini.





Justeru, beliau yang juga Ketua Whip Parlimen PAS menjangkakan semua ahli parlimen Pakatan Rakyat akan hadir pada majlis angkat sumpah pada 24 Jun ini, dan seterusnya mengikuti titah ucapan DiRaja pada 25 Jun ini.

"Tidak timbul soal kita memboikot sidang Dewan Rakyat sesi ini, ia akan berjalan seperti biasa. Cuma taklimat hari ini yang kita putuskan untuk tidak hadir," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Sebelum ini, Pakatan Rakyat dikatakan akan memboikot sidang Dewan Rakyat sebagai tanda protes terhadap sistem pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang didakwa dicemari penipuan.

Sementara itu, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini dilaporkan berkata, kehadiran hari pertama pada sesi Parlimen adalah penting kerana mengikut peraturan mesyuarat.

Beliau juga berkata ahli parlimen yang tidak hadir pada hari pertama tanpa sebab munasabah dianggap sebagai penghinaan kepada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Rakyat serta negara ini.

Sementara itu, majlis taklimat yang diadakan hari ini di parlimen hanya dihadiri Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa (gambar), manakala 88 ahli parlimen Pakatan Rakyat yang lain tidak menghadirinya.

EEr Teck Hwa dalam kenyataannya kepada media memohon maaf kerana beliau pergi ke majlis hari ini kerana tidak tahu akan arahan untuk memboikot majlis itu.

Beliau yang merasa terpingga-pingga selepas hanya kesaorang di majlis itu berkata, "Saya memohon maaf dengan sejujur-jujurnya dan akan menerima sebarang tindakan dari parti."


harakah/-

Speaker: MP hilang kelayakan jika tak angkat sumpah

Posted: 10 Jun 2013 09:46 PM PDT

2 Syaaban 1434 H. [MOD] -

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata ahli dewan yang tidak mengangkat sumpah dalam tempoh enam selepas hari pertama persidangan Dewan Rakyat tanpa alasan akan gugur kelayakan sebagai ahli parlimen.

"Mengikut perlembagaan, artikel 59 (1) kalau Ahli Yang Berhormat yang tidak mengangkat sumpah dalam tempoh enam bulan selepas persidangan pertama selepas pilihan raya, maka dia akan disqualified (sebagai ahli parlimen)," katanya.



Beliau mengulas rancangan yang disuarakan oleh NGO tertentu agar wakil Pakatan Rakyat memulaukan majlis angkat sumpah sebagai ahli parlimen.

Mengulas lanjut, Pandikat berkata anggota dewan masih boleh mengangkat sumpah pada hari lain selepas majlis berkenaan, dengan alasan tertentu.

"Ya, boleh mengangkat sumpah tetapi bagi mereka yang mempunyai alasan tidak boleh mengangkat sumpah pada hari pertama.

"Kalau sengaja dengan alasan memboikot tidak mahu mengangkat sumpah dalam temph enam bulan, maka gugur kelayakan, menurut perlembagaan. Itu tafsiran saya," katanya.

Pandikar berkata sekiranya ahli parlimen Pakatan Rakyat tidak mengangkat sumpah, ia juga disifatkan sebagai "penghinaan" terhadap sistem di negara ini.

"Oleh kerana takut dilucut selepas enam bulan dan dia failkan ada hari alternatif untuk angkat sumpah, kenapa buat begitu. Kenapa?

"Kalau mereka mahu buat begitu, barangkali saya sebagai speaker, saya juga mungkin boleh boikot waktu mereka mengangkat sumpah pada hari berlainan.

"Kalau (MP) boleh boikot sistem demokrasi, saya juga sebagai speaker barangkali mungkin saya membuat pendirian saya akan boikot, pada hari mereka mengangkat sumpah.

"Jadi timbalan-timbalan saya juga akan boikot. Tidakkan begitu jadinya," katanya sambil menambah tindakan tersebut dilihat sebagai satu penghinaan terhadap parlimen dan Yang Dipertuan Agong.

Malaysiakini/-

PAS Perak fail 3 petisyen PRU13 pagi ini

Posted: 10 Jun 2013 09:14 PM PDT

2 Syaaban 1434 H. [MOD] -

Muhammad Faeez Azahar,11 Jun 2013

IPOH: Tiga wakil calon PAS mewakili Dewan Undangan Negeri (Dun) Pasir Panjang, Lubok Merbau dan Manjoi telah memfailkan petisyen pilihan raya pagi ini.

Petisyen tersebut difailkan menerusi Tetuan Amin Amirul & Partners yang diketuai oleh Pengerusi Lajnah Undang- Undang dan Hak Asasi Manusia PAS Perak, Aminuddin Zulkipli di Mahkamah Tinggi, Ipoh.

Menurut sumber, tiga lagi petisyen akan dibuat oleh PAS untuk Dun Rungkup, Manong dan Selama petang ini.

"Setakat pagi ini tiga Dun telah difailkan dan insya Allah akan ada lagi beberapa Dun akan turut berbuat demikian pada petang ini atau esok," katanya ketika ditemui Harakahdaily selepas selesai memfailkan petisyen.

Hadir sama ialah pimpinan serta penyokong Pakatan Rakyat Perak yang hadir untuk memberikan sokongan.

Menurut beliau, pihaknya akan menunggu maklum balas oleh pihak mahkamah sebelum ditetapkan tarikh pengurusan kes tersebut.

Petisyen dibuat katanya adalah berdasarkan hujah serta asas kukuh tentang kepincangan, salah laku dan ketidakadilan dalam proses pilihanraya lalu.

"Perkembangan berikutnya akan dimaklumkan dari masa ke semasa dan kami berharap seluruh rakyat Malaysia khususnya di Perak agar dapat mendoakan kejayaan petisyen yang dijalankan ini seterusnya dapat mengangkat kembali hak rakyat Perak," katanya lagi.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu, calon PAS di Dun Manjoi Asmuni Awi kalah kepada calon BN Mohamad Ziad Mohamed dengan majoriti tipis iaitu 132 undi manakala di Pasir Panjang, calon PAS Rohawati Abidin tewas dengan majoriti 304 undi kepada Rashidi Ibrahim.

Majoriti 53 undi memisahkan antara calon PAS di Lubok Merbau, Zainudin Mohd Yusof dengan calon BN, Siti Salmah Mat Jusak.

MP Bakri wakil tunggal Pakatan ke taklimat Parlimen

Posted: 10 Jun 2013 09:11 PM PDT

2 Syaaban 1434 H. [MOD] -

Seramai 88 daripada 89 ahli parlimen Pakatan Rakyat gagal untuk hadir dalam sesi taklimat mengenai tempat duduk dan isu-isu lain di Parlimen pagi ini.

Menurut Speker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, hanya seorang sahaja ahli parlimen dari pembangkang yang hadir pada sesi taklimat tersebut iaitu Ahli Parlimen Bakri dari DAP, Er Teck Hwa. 




"Kita mengamalkan demokrasi. Orang yang datang, datang. Yang tidak datang, tidak datang.

"Saya menganggap semua yang tidak hadir mempunyai alasan mereka tersendiri dan bukan untuk memboikot," katanya dalam sidang media selepas sesi taklimat tersebut. 

Pandikar juga menjelaskan bahawa kehadiran bagi sesi pagi ini adalah tidak wajib. 

"(Sesi) ini adalah untuk Ahli Parlimen yang baru. Bagi yang senior, mereka akan hadir jika mereka menghormati tempat di mana mereka bekerja. Tetapi kita faham yang ada sesetengah daripada mereka mempunyai alasan kenapa mereka tidak datang," katanya lagi. 

Beliau bagaimanapun berkata, ketidakhadiran ahli parlimen tersebut akan menjadikan perkara lebih rumit kerana mereka perlu mengambil tempahan untuk baju uniform serta memohon kad pengenalan ahli parlimen. 

Tempoh petisyen PRU13 berakhir esok

Posted: 10 Jun 2013 08:16 PM PDT

2 Syaaban 1434 H. [MOD]
Harakahdaily,11 Jun 2013
KUALA LUMPUR: Tempoh mengemukakan petisyen bagi mempersoal keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) oleh mana-mana parti politik, akan berakhir esok.

Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan, pemilihan ke Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri tidak boleh dipersoalkan kecuali melalui petisyen pilihan raya yang difailkan ke Mahkamah Tinggi yang mempunyai bidang kuasa di tempat pilihan raya itu diadakan.

Petisyen pilihan raya perlu dikemukakan dalam tempoh 21 hari selepas keputusan pilihan raya di wartakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 22 Mei lalu.





Sementara itu, Pakatan Rakyat semalam mengesahkan akan memfailkan 25 petisyen bagi kawasan parlimen di seluruh negara.

Dari jumlah itu, 19 petisyen akan dikemukakan oleh PKR, empat PAS dan dua oleh DAP.

Ianya termasuk dua petisyen bagi kerusi Bagan Datok, iaitu petisyen pilihanraya, dan satu lagi petisyen berhubung dakwaan kesalahan calon BN, Datuk Seri Zahid Hamidi melanggar had perbelanjaan RM200,000 yang dibenarkan untuk sesuatu pilihanraya.

Selain kerusi parlimen, Pakatan Rakyat juga akan memfailkan 10 petisyen pilihanraya bagi kerusi Dun di seluruh negara.

Dari jumlah itu, sembilan Dun adalah yang ditandingi PAS dan satu Dun yang ditandingi PKR.

Bolehkah harga kereta turun 20-30 peratus?

Posted: 10 Jun 2013 08:16 PM PDT

2 Syaaban 1434 H. [MOD] -
Dr. Rosli Yaakop,
11 Jun 2013

Harga kereta di Malaysia adalah di antara yang tertinggi di kalangan negara-negara pesat membangun (emerging nations bloc), malah, ada yang mengatakan di dunia. Pastinya, rakyat negara-negara Arab, England, Amerika Syarikat, Jerman, Thailand, Indoneisa dan pelbagai negara lagi menikmati harga kereta yang lebih rendah.

Ia berpunca dari dasar perlindungan yang diamalkan di negara ini sejak awal tahun 1980an bagi melindungi projek kereta nasional, Proton yang ditubuhkan pada tahun 1983 dan memulakan operasi berskala komersial dalam tahun 1985. Apabila projek kereta nasional kedua – Perodua - ditubuhkan dalam tahun 1993, ia juga berikan perlindungan yang sama.  Dasar perlindungan itu mengambil bentuk kadar cukai yang tinggi ke atas kereta import menyebabkan harga kereta import menjadi berkali ganda lebih tinggi dari harga asalnya dan lebih mahal dari kereta jenama nasional, Proton dan Perodua.


Dasar "harga kereta import mahal, harga kereta nasional murah" mendorong rakyat Malaysia yang mampu memiliki kereta membeli kereta berjenama Proton, melariskan jualannya sehinggalah ia menguasai  60-70% pasaran kereta di Malaysia dalam tahun 1980an dan 1990an (paling tinggi 74% dalam tahun 1993) sebelum merosot ke paras di bawah 20-30% dalam tahun tahun- tahun akhir 2000an bila ia terpaksa bersaing terutamanya dengan Perodua dan kereta buatan Jepun terutamanya Toyota. Pada tahun 2012, bahagian pasaran Proton ialah 26% berbanding Perodua (30%) dan Toyota (17%).  Pembeli-pembeli kereta Proton ini majoritinya terdiri dari rakyat Malaysia yang berpendapatan sederhana dan ke bawah dan mereka yang membeli kereta untuk kali pertama. Pemasaran yang agresif dan tiupan semboyan patriotisme – "tidak patriotik  sesiapa yang tidak membeli kereta berjenama Proton" - juga melonjakkan jualan Proton.  Rakyat Malaysia yang berpendaptan tinggi membeli Proton sebagai "kereta tambahan" (kereta yang keempat atau kelima) untuk digunakan oleh isteri dan orang gaji ke pasar.

Walaupun sudah ada kelihatan langkah liberalisasi dalam industri otomobil Malaysia - misalnya, di bawah ASEAN AFTA dan bilateral AFTA (yang ditadantangani Malaysia dengan  sebuah negara lain), duti import bagi kereta telah dikurangkan beransur-ansur, malah ada yang sudah dihapuskan – namun, harga kereta import masih terlalu tinggi. Ini disebabkan terutamanya oleh cukai dalam negara yang tinggi. Kesannya, ia menghalang majoriti rakyat Malaysia daripada memiliki kereta import dari negara-negara pengeluar kereta utama dunia seperti Jepun, Korea, Jerman, Perancis, Amerika Syarikat dan sebagainya.  Oleh itu, pasaran kereta jenama import hanya terhad di kalangan rakyat Malaysia yang berpendapatan tinggi. Maka, wujudlah dua pasaran kereta di Malaysia – pasaran kereta nasional yang majoriti pembelinya adalah rakyat Malaysia berpendapatan sederahana dan ke bawah dan pasaran kereta import yang majoriti pembelinya adalah rakyat Malaysia berpendapatan tinggi.

Dasar melindungi kereta nasional ini masih diteruskan walaupun Proton sudah wujud selama 30 tahun. Tidak ada tanda-tanda jelas bahawa tembok perlindungi ini akan dirobohkan sepenuhnya. Nampaknnya, masa perlindungan selama 30 tahun yang diberikan kepada Proton telah tidak berapa berjaya melonjakkan kereta nasional itu ke jenama antarabangsa. Ia kekal dalam status "kereta pengganti import" tanpa mampu menembusi pasaran kereta antarabangsa dengan signifikan. Pada suatu ketika memang kelihatan pemasaran kereta Proton di peringkat antarabangsa itu agresif sehingga berjaya menembusi pasaran di lebih daripada 70 negara di dunia. Namun, sejak kebelakangan ini pengekalan dan penembusan seterusnya pasaran antarabangsa Proton banyak mengalami setback. Maka kekallah jenama Proton dengan nama "kereta jagoh dalam negara." Kedudukan ini pun semakin tergugat sekarang.


Tekanan memang semakin tinggi menghendaki pihak berkuasa merobohkan tembok perlindungan ke atas kereta nasional ini tetapi pihak berkuasa setakat ini masih terus bertahan dengan memainkan persoalan: Jika pasaran kereta Malaysia diliberalisasikan apa akan jadi kepada nasib 300,000 pekerja Proton dan kalau cukai eksais diturunkan maka kutipan hasil cukai kereta yang kini menyumbang RM7 bilion se tahun kepada tok kerajaan akan terjejas. Pada pemikiran pihak berkuasa ruang pertandingan yang lebih luas boleh memudharatkan syarikat Proton malah boleh mengakibatkan Proton tutup kedai meyebabkan 300,000 pekerjanya menganggur. Kesan sosio-politik juga ada jika kemungkinan ini berlaku. Juga digunakan hujjah bahawa harga kereta yang murah menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk  di bandar, pekan, kampong dan lebuhraya.

Akibatnya kebimbangan ini, struktur cukai ke atas kereta impot masih tinggi dan pasaran kereta Malaysia kekal dikuasai olih kereta nasional, khususnya Proton dan Perodua, bukan atas dasar pertandingan di padang sama rata tetapi kerana ada kuasa monopoli terhasil dari tembok perlindungan yang kebal.  Oleh itu, selagi kereta nasional memerlukan tongkat untuk terus bernafas maka selama itulah harga kereta akan kekal tinggil di Malaysia.

Dasar melindungi kereta nasional menyebabkan pengeluarannya tidak efisyen-kos, bermakna kos setiap unit kereta jenama nasional yang dijual kepada pengguna relatif tinggi menyebabkan pemiliki kereta di Malaysia menanggung beban harga kereta yang tinggi. Beban harga kereta yang tinggi berpunca dari ketidakefisyenan pengeluaran ini di tambah oleh pengenaan cukai yang tinggi telah ditanggung oleh rakyat Malaysia selama hampir 30 tahun. Kecuali sesuatu yang drastik dilakukan bagi meliberalisasikan industri otomobil Malaysia dan melebarkan ruang pertandingan, sukar untuk diduga sampai bilakah rakyat Malaysia harus memikul beban ini?

Sebaliknya, Thailand memilih strategi menggalakkan pembuat kereta dari luar negara untuk membuka kilang kereta di negara itu. Pelbagai insentif menarik diberikan. Akhirnya, Thailand menjadi pengeluar dan pengeksport kenderaan yang terbesar di kalangan negara-negara ASEAN sehingga ia digelar "Detroit of the East" meninggalkan Malaysia di belakang dalam perlumbaan membangunkan industri otomobil. Thailand menjadi pengeksport keenderaan sementra Malaysia terpaksa berpuashati dengan pasaran dalam negara sahaja. Ertinya, dasar pembangunan industri otomobil Thailang berjaya dan Malaysia tidak berapa berjaya, malah ada pihak yang menyatakan gagal. Apa pun, beban dari "under-performance" ini ditanggung oleh pengguna kereta Malaysia.

Dalam Manifesto PRU13, UMNO-BN berjanji kepada rakyat Malaysia akan menurunkan harga kereta sebanyak 20-30% dalam tempoh lima tahun. Manifesto Pakatan Rakyat, yang diumumkan lebih awal juga menjanjikan perkara yang sama. Jalan yang dipilih oleh PR ialah dengan menurunkan cukai eksais ke atas kereta.  UMNO-BN masih belum menunujukkan jalan menurunkan harga kereta kerana cukai eksais ke atas kereta menghasilkan RM7 bilon pungutan cukai dan menurunkan kadar cukai eksais bermakna "membunuh itik angsa yang mengeluarkan telur emas."

Jadual 1: Struktur Cukai bagi Kenderaan Penumpang Persendirian (Termasuk Station Wagon, Kereta Sport dan Kereta Perlumbaan) dari ASEAN*

Kapasiti Enjni (cc)
Duti import (%)
Cukai Dalam Negera atas CBU dan CKD (%)

CBU
CKD
MSP
Cukai Eksais
Cukai Jualan
< 1,800
0
0
0
75
10
1,800 - 1,999
0
0
0
80
10
2,000 - 2,499
0
0
0
90
10
2,500 dan ke atas
0
0
0
105
10
* ASEAN dianggotai 10 negara. Enam negaraa yang awal ialah Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan /Thailand. Empat anggota yang masuk kemusdian terdiri dari Vietnam (1995), Laos (1997), Myanmar (1997) dan Kemboja (1999).

Jadual 2: Struktur Cukai bagi Kenderaan Penumpang Persendirian (Termasuk Station Wagon, Kereta Sport dan Kereta Perlumbaan) dari Negara Terpilih (Most Favored Nations)

Kapasiti Enjni (cc)
Duti import (%)
Cukai Dalam Negera atas CBU dan CKD (%)

CBU
CKD
MSP
Cukai Eksais
Cukai Jualan
< 1,800
30
10
10
75
10
1,800 - 1,999
30
10
10
80
10
2,000 - 2,499
30
10
10
90
10
2,500 dan ke atas
30
10
10
105
10

Kereta yang dimport dari negara-negara ASEAN ke Malaysia kini tidak lagi mengundang duti import. Namun, masih ada dua jenis cukai dalam negara yang dikenakan ke atas kereta import dari anggota-anggota ASEAN, iaitu, cukai eksais dan cukai jualan. Cukai eksais kadarnya menaik semakin tinggi kapasiti injin kereta, bermula dari 75% bagi injin berkapasiti di bawah 1800cc hinggalah ke 105% bagi injin berkapasiti 2500cc dank e atas.

Tetapi kenderaan yang diimport dari negara-negara bukan anggota ASEAN mengundang tiga jenis cukai  - duti import, cukai eksais dan cukai jualan. Kadar cukai-cukai yang berkenaan ditunjukkan dalam Jadual 1 dan Jadual 2.

Bagaimanakah cukai ke atas kenderaan import di kira? Cukai dikira atas nilai import yang termasuk harga kereta, kos pengangkutan dan kos insurans. Kaedah pengiraan menyebabkan adanya kesan "cukai atas cukai" bermaknan kadar cukai efektif menjadi lebih tinggi. Kalau kadar duti import ialah 30%, cukai eksais 75% dan cukai jualan 10%, maka kadar cukainya bukan 115% (30% + 75% + 10%) tetapi lebih tinggi, iaitu, 150%. Contoh pengiraan cukai ke atas kereta di tunjukkan dalam Jadual 3.

Dari contoh ini jelas bahawa, pertama, cukai yang dipungut oleh kerajaan jauh melebihi nilai import kereta berkenaan (RM168,280 berbanding RM112,000, iaitu, 150.2% lebih tinggi). Kedua, akibat daripada kadar cukai yang tinggi dan kesan "cukai atas cukai," maka harga kereta yang dibayar oleh rakyat Malaysia menjadi hampir tiga kali ganda dari harga asal kereta itu (RM280,280 berbanding RM112,000) dan ini belum lagi "on the road price" yang menambahkan harga kereta. Ketiga, pembeli kenderaan juga membayar cukai perkhidmatan, iaitu, atas perkhidmatan perkapalan dan insurans  pada kadar cukai efektif 150.2%.

Jadual 3: Pengiraan Cukai ke atas Kereta yang diimport dari Most Favored Nation (Misalnya Jepun

Kereta Penumpang Persendirian <1800cc
RM
Cukai (RM)
Kos Kereta
100,000


Kos Perkapalan
10,000


Kos Insurans
2,000


Nilai import
112,000
Duti Import %
30%


Duti import RM
33,600
33,600

Nilai Import + Duti Import
145,600
Cukai Eksais %
75%


Cukai Eksais RM
109,200
109,200

Nilai import + Cukai eksais
254,800
Cukai Jualan %
10%


Cukai Jualan RM
25,480
25,480

Harga Kereta Selepas Kenaan Semua Cukai
280,280
Jumlah cukai RM

168,280

Kadar Cukai Efektif
150.2%




Walaupun harga kereta ditentukan oleh kuasa penawaran dan permintaan, kos pengeluaran dan mark-up keuntungan, yang ketara di Malaysia ialah kadar cukai yang tinggi dan cara pengiraan cukai yang membawa kepada kesan "cukai atas cukai" adalah komponen utama harga kenderaan di Malaysia. Kecuali sesuatu dilakukan ke atas struktur cukai berkenaan, khasnya dalam keadaan kos pengeluaran yang terus meningkat, sukar untuk harga kereta diturunkan sebanyak 20-30% sebagaimana yang dijanji. Tetapi, rakyat Malaysia pasti akan tetap menagih janji ditepati.  Lebih baik lagi bila penurunan cukai dipakej dengan langkah-langkah seperti menangani isu AP, pembaikan sistem pengangkutan awam, pembaikan dalam kawalan dan penyuraian trafik dan sebagainya.  Cukai ke atas import kereta mewah boleh dikekalkan tinggi tetapi jenis kereta yang rakyat terbanyak mahu beli dan guna biarlah harganya cukup rendah.

Rembau NS
Selasa, 11 Jun 2013

Binatang eksotik dalam rumah, pemilik ditahan

Posted: 10 Jun 2013 07:18 PM PDT

2 Syaaban 1434 H. [MOD] -

BANGKOK 11 Jun - Polis menahan pemilik sebuah rumah di sini selepas menemui pelbagai binatang di dalam rumah tersebut di Minburi, timur negara ini semalam.

Serbuan yang dilakukan secara besar-besaran oleh anggota polis dan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar itu menemui pelbagai binatang termasuk 14 ekor singa Afrika dan pelbagai jenis monyet, burung dan ular di dalam kediaman tersebut.

Jurucakap Polis, Kolonel Sarawut Jitrabeab berkata, pemilik rumah tersebut, Montri Boonphonon, 41, berjaya ditahan dan akan didakwa kerana pemilikan haram dan pemerdagangan hidupan liar yang dilindungi. - dpa

Apple rombak wajah iPhone, perisian iPad

Posted: 10 Jun 2013 06:57 PM PDT

2 Syaaban 1434 H. [MOD] -

SAN FRANCISCO: Apple akan menukar sebahagian besar paparan grafik dalam iPhone dan perisian iPad yang disifatkan sebagai proses kemas kini terbesar sejak pelancaran iPhone pada 2007. 

Sistem operasi baru dikenali iOS 7, menonjolkan paparan lebih kemas, ringkas dan wajahnya secara keseluruhan. 



Apple sedang membuat rekaan semula semua aplikasinya dan ikon bagi melambangkan wajah baru menerusi projek yang dikendalikan sekian lama oleh ketua pereka, Jony Ive. 

Apple membuat demonstrasi perisian terbarunya pada Persidangan Pembangun Sedunia di sini hari ini. 



Hala tuju rekaan terbaru itu sudah dijangka dan akan memberikan penampilan baru iPhone, iPad dan iPod Touch pada musim luruh ini. - AP

Tiada ulasan:

Nuffnang