N45 Dr Halimah Ali |
Kesulitan Dikesali: Laluan Dari Tol Sg Rasau Ke Klang Ditutup Posted: 30 Jun 2013 09:34 PM PDT Tiga Lorong Plaza Tol Sungai Rasau-Klang Akan Ditutup Dari 3 – 5 Julai June 29, 2013/Selangorku/ Admin SHAH ALAM, 29 JUN : Kesemua tiga lorong sepanjang 250 meter di Kilometer 6.8 Lebuhraya Persekutuan iaitu selepas Plaza Tol Sungai Rasau menghala ke Klang akan ditutup selama tiga hari kepada semua kenderaan bermula 3 hingga 5 Julai ini. Pengurus Seksyen Pengurusan Projek Wilayah Utara PKNS, Mohd Shariff Mok Som berkata, penutupan lorong berkenaan dari jam 9.00 malam hingga 5.00 pagi adalah untuk kerja-kerja pemasangan rasuk konkrit (beam launching). Sehubungan itu, pengguna dari arah Kuala Lumpur atau Shah Alam yang menghala ke Klang dinasihatkan menggunakan laluan sementara iaitu lorong sepanjang 200 meter dari arah ke Kuala Lumpur. Penutupan itu juga untuk memudahkan kerja-kerja di tapak persimpangan bertingkat Lebuhraya Persekutuan ke kawasan pembangunan Seksyen 7 Shah Alam yang bermula dari jam 11.00 malam hingga 4.00 pagi. "Pengguna lebuhraya dinasihatkan mematuhi arahan papan tanda dan pengawal trafik yang bertugas," katanya. Selain itu, Jalan Batu Tiga Lama yang menghala ke Klang dan jejantas yang menghubungkan pusat pelancongan i-City juga akan ditutup sementara bagi memudahkan kerja-kerja pemasangan rasuk. sepanjang 250 meter di Kilometer 6.8 Lebuhraya Persekutuan iaitu selepas Plaza Tol Sungai Rasau menghala ke Klang akan ditutup selama tiga hari kepada semua kenderaan bermula 3 hingga 5 Julai ini. |
You are subscribed to email updates from N45 Dr Halimah Ali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan