Ahad, 30 Jun 2013

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Kelantan ranapkan impian JDT

Posted: 29 Jun 2013 05:54 PM PDT

21 Syaaban 1434 H. [MOD] -

Kelantan

KUALA LUMPUR - Kelantan membenam skuad Harimau Selatan 1-0 seterusnya mempertahankan gelaran juara dalam saingan Piala FA, di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Keputusan itu sekali gus melayakkan pasukan bimbingan Bojan Hodak itu bergelar johan untuk kali kedua berturut-turut.

Gol tunggal Kelantan dijaringkan oleh Mohd Norfarhan menerusi hantaran kapten pasukan, Mohd Badhri Radhzi (Piya) pada minit ke-16.

Kelantan juara Piala FA

Dalam perlawanan malam ini, Kelantan hampir mendapatkan jaringan awal pada babak pertama perlawanan menerusi pemain pertahanannya, bagaimanapun sepakan tersasar.


Sepakan percuma pertama yang diterima oleh Farid Ramli gagal membolosi gawang Kelantan setelah ditangkap kemas oleh Khairul Fahmi Che Mat (Apek).

Kelantan sekali lagi hampir menjaringkan gol tetapi percubaan pemain importnya, Dickson Nwakaeme gagal menembusi gawang JDT yang berjaya dikekang pertahanan lawan pada minit keempat.

Kelantan terus menunjukkan taring apabila percubaan Ahmad Fakri Saarani yang menerima lorongan daripada Nwakaeme hampir menjaringkan gol untuk pasukan The Red Warriors (TRW), tetapi dihalang kemas oleh Muhd Al-hafiz pada minit kelapan.

Pada minit ke-11, Kelantan terus berusaha mendapatkan gol awal namun percubaan hasil sepakan percuma tersasar.

Keghairahan Kelantan dalam memburu gol pertama akhirnya tertunai apabila rembatan kencang Mohd Norfarhan hasil hantaran kapten pasukan, Mohd Badhri Radzi pada minit ke-16 berjaya menewaskan Al-Hafiz.

Tersentak dengan gol awal Kelantan, jurulatih JDT, Fandi Ahmad mengubah strategi dengan mengeluarkan Safee Sali dan memasukan penyerang import, Leonel Nunez.

Kemasukan Nunez nyata memberi kesan apabila setelah 16 minit berlangsung peluang pertama JDT muncul, namun kedudukannya offsaid.

Nunez sekali lagi membahayakan gol Kelantan pada minit ke-26, namun percubaan itu berjaya diselamatkan oleh Mohd khairul Fahmi Che Mat (Apex).

Kelantan terus mengatur strategi dan melakukan serangan, namun percubaan Nwakaeme dan  Fakri gagal menambah gol Kelantan setelah dikekang pertahanan JDT, pada minit ke-36.

Bersambung babak kedua, JDT mula bertindak agresif dengan melakukan asakan menerusi Nunez. Percubaan sepakan percumanya tersasar jauh.
 
Fandi Ahmad yang terus mencari gol penyamaan sekali lagi melakukan pertukaran dengan membawa keluar Safiq Rahim dan menggantikan Ezrie.

Perubahan yang dilakukan Fandi nyata tidak membuahkan hasil apabila setiap percubaan yang dilakukan berjaya dihalang pertahahan Kelantan.

Pada minit ke-58, pemain JDT, Farid Ramli dilayangkan kad kuning oleh pengadil perlawanan setelah mengasari lawan. 

Peluang Kelantan untuk menambah gol kedua terbuka luas apabila sepakan percuma yang dilakukan Piya nyaris membolosi gawang, bagaimapun berjaya didakap kemas penjaga gol JDT.

JDT terus melakukan serangan bertali arus menerusi sepakan percuma Azwan Roya namun ia masih gagal oleh skuad Harimau Selatan.

Selepas itu, pada minit ke-77, pemain Kelantan, Daudsu dilayangkan kad kuning kerana mengasari pihak lawan diluar petak penalti dan tendangan percuma untuk JDT.

Namun, hantaran lintang Azwan roya juga diselamatkan oleh Apex.

JDT yang masih enggan berputus asa terus berusaha mencari gol penyamaan dan tendangan percuma oleh Nunez hampir menjaringkan gol namun tersasar.

Akhirnya, keputusan 1-0 kekal sehingga ke wisel penamat dan keputusan itu sekali gus memadam impian JDT untuk menjulang Piala FA buat julung kali.


Senarai barisan pemain Kelantan:

Azizi Matt Rose, Obinna Nwaneri, Nik Shahrul Azim, Mohd Shakir Shaari, Ahmad Fakri Saarani, Mohd Norfarhan, Mohd Duadsu, Badhri Radzi (K), Mohd khairul Fahmi, Dickson Nwakaeme, Zairul Fitree

Senarai barisan pemain JDT:

Mohd Al-Hafiz, Kamarul Afiq (K), Ahmad Tharmini, Safiq Rahim, Norshahrul Idlan Talaha. Andre Francisco, Nurul Azwan Roya, Mohd Safee Sali, Muhd Nazri Ahmad, Jasazrin Jamaluddin, Mohd Farid Ramli.


Sinar/-

Kuala Besut: Salah SPR jika kedudukan 16-16

Posted: 29 Jun 2013 05:51 PM PDT

21 Syaaban 1434 H. [MOD] -]


TEMERLOH: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyalahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) jika selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut ini Dewan Undangan Negeri Terengganu (Dun) berkedudukan 16-16 sehingga menyulitkan kedudukan kerajaan negeri itu.

Tuan Ibrahim berkata, SPR sendiri yang mengatur kawasan pilihan raya secara genap sehingga memungkinkan kedudukan menjadi seri antara kerajaan dan pembangkang.

"Takdirnya kedudukan menjadi 16-16 selepas PRK nanti, kita salahkan kegagalan SPR kerana mengatur kerusi secara genap. Sepatutnya jumlah kawasan pilihan raya mestilah angka ganjil, baru boleh dapatkan kemenangan," katanya dalam sidang media sejurus selepas mesyuarat Badan Perhubungan PAS Pahang hari ini.

Kerusi Kuala Besut kosong berikutan kematian Adunnya, Dr A Rahman Mokhtar baru-baru ini. Pada PRU lalu Allahyarham memperolehi  8,809 undi, manakala calon PAS mendapat 6,375 undi. 

Kedudukan dalam Dun Terengganu selepas PRU13 lalu hanya berbeza dua kerusi antara BN dan Pakatan Rakyat di mana BN mempunyai 17 kerusi manakala Pakatan 15 kerusi.

Jika calon Pakatan menang dalam PRK Kuala Besut ini bermakna bilangannya akan menjadi sama banyak iaitu 16:16 dalam Dun yang mempunyai 32 kerusi itu.

Tuan Ibrahim berkata, PRK ini bukan sahaja sangat penting dan kritikal kepada kepada PR dan BN, malah tumpuan yang lebih utama ialah kepada SPR sendiri.

"Penting juga bagi rakyat untuk melihat SPR yang mengendalikan PRK tersebut nanti sama ada berkeras untuk menggunakan dakwat kekal yang dianggap kontroversi dan penipuan itu atau bagaimana.

"Bagi kita jika SPR kehilangan idea, kita cadang gunakan inai saja nanti," katanya.

Sementara itu, Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, berkata PAS negeri ini akan menghantar 1,000 petugas melalui tiga fasa dengan Pengarah Jabatan Pilihan Raya Negeri (JPN) dilantik sebagai ketua kotingen PAS Pahang.

"PAS Terengganu meletakkan PAS Pahang bertugas di unit peti undi (UPU) Kampung Nangka. Peti undi tersebut pernah dimenangi PAS dengan majoriti lebih 700 undi pada PRU 1999. Kerajaan PAS dulu banyak memberikan kelulusan hak milik tanah kepada penduduk.

"Bagaimanapun dari segi peluang PAS Pusat meletakkannya 50:50 berikutan kawasan yang kalah pada PRU lepas ialah di Pulau Perhentian, pesisir pantai dan kem tentera di Gong Kedak sementara kawasan bandar dan pinggir bandar semuanya dimenangi PAS," ujarnya.

Mengenai isu, Tuan Ibrahim berkata pada masa ini penduduk di Kuala Besut sendiri sudah membangkitkan janji-janji yang dibuat BN semasa PRU dulu. 

Gempa bumi 5.5 skala Richter melanda Nepal

Posted: 29 Jun 2013 05:11 PM PDT

21 Syaaban 1434 H. [MOD] -

KATHMANDU 29 Jun - Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.5 skala Richter menggegarkan barat laut Nepal, semalam.

Jurucakap Rangkaian Seismologi Kebangsaan, Dili Ram Tiwari berkata, pusat gempa dikesan berada di barat daya daerah Rukum, kira-kira 280 kilometer ke barat Kathmandu.

Tiada sebarang kecederaan atau kemusnahan infrastruktur dilaporkan setakat ini. - aft

Kelantan juara Piala FA

Posted: 29 Jun 2013 05:05 PM PDT

21 Syaaban 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Kelantan mempertahankan kejuaraan Piala FA 2013 apabila menumpaskan Johor Darul Takzim 1-0 pada saingan final di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Gol Kelantan diperoleh penyerang Norfarhan Muhammad pada minit ke-16.
Ternyata Kelantan mendominasi perlawanan terutama pada separuh masa kedua dan berpeluang menambah sekurang-kurangnya dua gol.
Masuk babak kedua, Johor DT meningkatkan jentera serangan namun gagal memperoleh gol penyamaan.

Tiada ulasan:

Nuffnang