Mohamad Taufek Abd Ghani |
- Tawaran Cetak Sampul Duit / Kad Raya dengan logo syarikat anda.
- Pakar Senawang tiada sambutan
- CERAMAH ISRAK MIKRAJ
Tawaran Cetak Sampul Duit / Kad Raya dengan logo syarikat anda. Posted: 07 Jun 2013 12:24 AM PDT Tawaran Cetak Sampul Duit / Kad Raya dengan logo syarikat anda. Kami berkhidmat untuk memenuhi keperluan kerja cetak dan promosi bisness anda. Hubungi : Zainuddin 016 7720106 email 9over10.biz@gmail.com |
Posted: 06 Jun 2013 08:00 PM PDT Di mana silapnya? Tempat tidak strategik, bukan laluan utama, tiada kawasan perumahan berhampiran, peniaga tidak kreatif, pelanggan Melayu yang boikot peniaga Melayu, tiada promosi, persaingan dengan pasaraya dan pusat membeli belah berhampiran atau lain-lain? Atau ianya hanya sekadar asalkan ada projek yang menguntungkan kontraktor? Pakar Senawang tiada sambutan 7 Jun 2013 Peniaga di Pasar Komuniti dan Karavan (Pakar) Senawang dekat sini, meminta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mempergiat usaha promosi memperkenal lagi pusat penjaja itu kepada orang ramai. Perkara itu memandangkan sejak tiga bulan berniaga di kawasan tersebut sumber pendapatan mereka terjejas kerana kurang mendapat sambutan pengunjung. Pengerusi Jawatankuasa Peniaga Pakar, Manshor Abu berkata, walaupun kurang mendapat sambutan mereka bernasib baik kerana FAMA tidak mengenakan sewaan kepada peniaga di kawasan berkenaan. "Kini terdapat 30 peniaga di sini dan mula berniaga sejak awal pagi hingga larut malam tetapi masih tidak membantu. "Saya tidak nafikan FAMA sememangnya mengadakan promosi tetapi harus diperhebat lagi bagi menarik orang mengunjungi Pakar," katanya. Peniaga, Mohd. Kamal Mokhtar, 45, berkata, promosi yang dijalankan bagi menghebahkan kewujudan Pakar tidak sampai kepada orang ramai. Tambahnya, pelbagai cara dilakukan bagi menarik orang ramai seperti menggunakan van, mengedar risalah dan mengadakan aktiviti di Pakar namun masih tidak memadai. "Saya sudah berniaga di sini genap tiga bulan, apa yang berlaku sememangnya mencabar ketahanan diri dan mental. "Kami difahamkan FAMA akan membawa pasar tani di kawasan ini untuk berniaga seminggu sekali dan diharapkan membawa perubahan kepada Pakar," katanya. Mohd. Kamal berkata, jawatankuasa juga bercadang mengadakan Bazar Ramadan sempena bulan puasa tahun ini sebagai langkah menarik pengunjung. "Kami berniaga enam hari seminggu dan sambutan yang diperoleh hanya pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, itu pun pada sebelah malam. "Sememangnya pendapatan kami terjejas tetapi kami tetap bertahan dan mengharapkan tempat berniaga bagi golongan bumiputera ini terus maju," katanya. Sementara itu, peniaga, Norsham Jaafar, 48, melahirkan rasa kecewa kerana pendapatannya terjejas ekoran tiada pengunjung. "Saya pernah berniaga di beberapa tempat lain dan mendapat pendapatan yang tinggi, kini untuk mendapat RM300 sebulan pun amat susah. "Walau bagaimanapun, saya harus bersabar kerana ini mungkin dugaan kami, tetapi amat berharap pihak berwajib mengambil berat tentang kami," katanya yang berniaga kuih tradisional. Norsham berkata, sebagai ahli jawatankuasa peniaga di situ mereka tidak boleh berputus asa dan sentiasa memikirkan langkah meningkatkan perniagaan. "Kami bersyukur walaupun hasilnya tidak seberapa tetapi masih mempunyai sumber pendapatan dan FAMA tidak mengenakan bayaran," katanya. |
Posted: 06 Jun 2013 08:00 PM PDT |
You are subscribed to email updates from Mohamad Taufek Abd Ghani To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan