Nuffnang

:: cina islam | 2011 ::

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 7:27 PG

:: cina islam | 2011 ::


12 maut van terhumban dalam gaung di Filipina

Posted: 09 Jun 2013 12:04 AM PDT

30 Rejab 1434 H. [MOD] -

BAGUIO: Sekurang-kurangnya 12 orang maut apabila van yang mereka ini terhumban ke dalam gaung di utara kawasan pergunungan negara berkenaan, semalam.
Gabenor wilayah Benguet, Nestor Fongwan berkata, van itu terbabas di laluan pergunungan di bandar pedalaman Buguias dan terhumban ke dalam gaung sedalam 90 meter menyebabkan 10 orang terkorban.
Dua lagi mati pada hari yang sama dan seorang lagi tenang di hospital manakala lima lagi mengalami kecederaan.
Beliau berkata, seorang daripada 19 penumpang berjaya melompat keluar sebelum van terbabit terhumban. - AP

PRU14: Ambil alih Putrajaya dan tawan Sabah

Posted: 09 Jun 2013 12:00 AM PDT

30 Rejab 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily/-

KUALA LUMPUR: Pemimpin dan ahli DAP akan mula membuat persediaan untuk Pilihan Raya Umum ke-14 dengan dua matlamat – membuat perubahan di peringkat Persekutuan dan juga kerajaan negeri Sabah, kata Ketua anggota Parlimen DAP Lim Kit Siang.

Katanya, matlamat Pakatan Rakyat di Sabah untuk memenangi sekurang-kurangnya sepertiga dari 26 kerusi parlimen di negeri ini tidak tercapai dalam pilihan raya lalu.

Sasaran ini dibuat bagi membolehkan PR mengumpul 33 kerusi parlimen dari tiga negeri "deposit tetap" Sabah, Sarawak, dan Johor, untuk membantu mencukupkan kerusi parlimen yang diperlukan untuk PR menawan Putrajaya.

Dalam pilihan raya yang lalu, Pakatan Rakyat hanya berjaya mendapatkan 14 kerusi Parlimen di ketiga-tiga negeri "deposit tetap" Sabah, Sarawak, dan Johor (Sabah 3, Sarawak 6, Johor 5).

Ia hanya 16.9% dari keseluruhan 83 kerusi parlimen yang dipertandingkan di ketiga-tiga negeri dan bukannya 33.3% seperti yang disasarkan.

Walaupun sasaran Pakatan Rakyat untuk mendapatkan 33 kerusi parlimen di negeri-negeri "deposit tetap" Sabah, Sarawak, dan Johor tidak tercapai, satu hakikat yang tidak dapat diabaikan berikutan keputusan PRU 13 itu ialah bahawa ketiga-tiga negeri Sabah, Sarawak, dan Johor tidak lagi boleh dianggap sebagai "deposit tetap" bagi Barisan Nasional.

Persaingan untuk memenangi hati dan minda rakyat Sabah, Sarawak dan Johor kini terbuka sepenuhnya untuk semua pihak, tambah Kit Siang yang menang di Gelang Patah, Johor.

Bagi Sabah, katanya, kehadiran pembangkang semakin jelas dalam Dewan Undangan Negeri Sabah setelah dua dekad tidak menyaksikan adanya pembangkang yang kuat di sana.

Kini DUN Sabah dianggotai oleh 11 Ahli Dewan Undangan Negeri daripada Pakatan Rakyat (4 DAP, 7 PKR) dan seorang daripada Star.

Bagaimanapun, katanya, pilihan raya umum pada 5 Mei lalu memberi pengajaran berharga kepada Pembangkang di Sabah, memandangkan Barisan Nasional dapat ditewaskan di empat kerusi parlimen dan lapan kerusi dewan undangan negeri jika tidak berlaku perpecahan undi untuk calon-calon Pembangkang.

Empat kerusi parlimen itu ialah P. 168 Kota Marudu, P. 180 Keningau, P. 181 Tenom dan P. 182 Pensiangan, manakala lapan kerusi DUN yang berkenaan ialah N.11 Kiulu, N.29 Kundasang, N. 31 Paginatan, N. 32 Tambunan, N. 34 Liawan, No. 35 Melalap, N.38 Nabawan dan N.45 Elopura.

Malah, jika Pembangkang bersatu ia mungkin boleh memenangi 11 kerusi Parlimen dan 26 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Kerusi Parlimen iaitu tiga yang telah dimenangi, ditambah dengan empat yang terlepas daripada genggaman kerana undi pecah, dan empat lagi kerusi, iaitu P. 177 Beaufort, P. 170 Tuaran, P. 179 Ranau dan P. 169 Kota Belud.

Kerusi DUN adalah 12 yang ada sekarang, ditambah dengan lapan yang terlepas kerana undi pecah dan enam lagi, iaitu N.2 Tanjong Kapor, N.30 Karanaan, N.36 Kemabong, N. 37 Sook, N. 44 Karamunting dan N.46 Tanjong Papat.

"Bagi PRU13 saya percaya lebih mudah untuk Pakatan Rakyat merebut Kerajaan Persekutuan di Putrajaya daripada memenangi Kerajaan Negeri Sabah," katanya.

Bagaimanapun, Pakatan Rakyat menghadapi cabaran yang amat berbeza untuk PRU14 kerana ia mempunyai dua objektif serangkai – untuk memenangi Kerajaan Persekutuan di Putrajaya dan juga merebut Kerajaan Negeri Sabah.

"Atas sebab ini, saya ingin mengingatkan para pemimpin, ahli, dan penyokong DAP serta Pakatan Rakyat bahawa kita tidak mempunyai masa untuk berehat kerana kita harus segera memulakan kerja untuk mencapai matlamat yang gagal kita capai dalam PRU13, selain untuk memastikan yang kita berjaya membina asas yang kukuh untuk turut memenangi Kerajaan Negeri Sabah dalam PRU14," tegas Kit Siang.

Atas sebab ini juga, selain empat kerusi DUN yang telah DAP miliki, DAP Sabah akan segera memberikan tumpuan terhadap 13 kawasan untuk membantu Pakatan Rakyat mencapai kedua-dua matlamatnya dalam PRU14.

Kawasan-kawasan terbabit adalah Elopura, Karamunting, Tanjong Papat, Tanjong Aru, Karanaan, Paginatan, Tanjong Kapor, Melalap, Kemabong, Liaiwan, Sook, Tambunan dan Merotai.

Tambah Kit Siang, untuk membantu kempen DAP dan PR di Sabah bagi PRU14, Ahli-ahli Parlimen dan ADUN DAP di dalam dan luar Sabah digalakkan untuk mengambil salah satu dari 13 kawasan berkenaan sebagai kawasan angkat.

Jawatankuasa Negeri Sabah bersama-sama dengan Teresa Kok, penyelaras CEC bagi Sabah dan Sarawak, akan merangka perincian bagi program "kawasan angkat" ini yang akan membolehkan lebih daripada seorang wakil rakyat DAP untuk dilantik sebagai wakil rakyat angkat bagi setiap satu dari 13 kawasan terbabit.

"Sebagai langkah mula, saya akan mengambil peranaan sebagai DUN angkat memandangkan saya telah melawat Ranau untuk Pesta Kaamatan Kg Sarapong kelmarin," katanya
.

Mat Sabu: PAS sertai himpunan 15 Jun

Posted: 08 Jun 2013 11:42 PM PDT

27 Rejab 1434 H. [MOD] -

  • Timbalan presiden PAS Mohamad Sabu berkata parti itu hari ini memutuskan untuk menyertai perhimpunan 'Black 505' anjuran Pakatan Rakyat yang akan diadakan pada 15 Jun ini.

  • Mohamad berkata, jawatankuasa PAS pusat hari ini sebulat suara bersetuju agar parti tersebut mengambil bahagian dalam perhimpunan berkenaan.

    Perhimpunan tersebut antara lainnya dirancang sebagai kemuuncak bagi siri perhimpunan untuk membantah penipuan yang didakwa berlaku dalam pilihan raya 5 Mei.

    "Ya. Kita akan hadir. Dalam mesyuarat tadi semua sebulat suara bersetuju untuk hadir," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat tersebut di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.

    Kenyataannya itu menjawab teka-teki yang timbul ekoran kenyataan Ketua Dewan Ulama Datuk Harun Taib bahawa parti itu tidak menganjur atau mengambil bahagian secara sukarela dalam perhimpunan berkenaan.

    Harun dalam kenyataannya minggu lalu berkata, PAS bertindak demikian kerana menerima keputusan pilihan raya umum ke-13.

    Katanya, PAS sebaliknya memberi fokus kepada persiapan bagi pilihan raya umum akan datang.
    Turut hadir dalam mesyuarat hari ini ialah presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

    Malaysiakini/-

MP cabar Najib jawab tuntutan delegasi Mongolia

Posted: 08 Jun 2013 11:37 PM PDT

30 Rejab 1434 H. [MOD] -

  • MP Ampang Zuraida Kamaruddin mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar menjawab tuntutan dari delegasi Mongolia ke Sidang Kemuncak Global Wanita di Kuala Lumpur, Jumaat lalu yang mahu satu perbicaraan baru diadakan untuk mengenalpasti pembunuh Altantuya Shaariibuu.
    "Saya menggesa Najib Razak menjawab persoalan yang telah dilontarkan berkenaan kes pembunuhan Altantuya. Kes ini telah berlarutan selama tujuh tahun tanpa sebarang penyelesaian dan sehingga kini masih tiada seorang pun dihukum bersalah atas trajedi tersebut.

    "Najib Razak dan Razak Baginda yang berkait rapat dengan kes pembunuhan Altantuya  masih lagi menjalani hidup seperti biasa. Dua kakitangan Unit Tindakan Khas Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar telah disabitkan bersalah membunuhan Altantuya, walaupun motif pembunuhan tidak diketahui," katanya dalam satu kenyataan.

    Zuraida seterusnya turut mencabar menteri pembangunan wanita Datuk Rohani Karim untuk membangkitkan isu berkenaan kerana Altantuya yang terbunuh dalam kes pembunuhan berkenaan merupakan seorang ibu kepada dua orang anak kecil.

    "...Dato Rohani Abdul Karim sepatutnya menekankan kepentingan kes ini diselesaikan kerana ia melibatkan pembunuhan kejam seorang wanita Mongolia yang mempunyai dua anak yang masih kecil.

    "Saya ingin melihat samada beliau berani untuk mengetengahkan isu ini kepada Perdana Menteri yang jelas ingin mencuci tangan dalam kes ini," katanya.

    Presiden Persekutuan Wanita Mongolia (MWF), J Erdenechimeg yang menjadi wakil ke persidangan berkenaan pada hari Jumaat lalu berkata, perbicaraan baru harus dimulakan untuk mengetahui siapa yang bertanggungjawab atas kematian Altantuya.

    "Kami membuat permintaan khusus kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia untuk bertindak atas ini dan supaya perbicaraan segera diadakan," tegasnya.

    Beliau yang diiringi kira-kira 70 anggota delegasi berkata MWF juga berharap agar bantuan kewangan diberikan kepada dua orang anak mendiang Altantuya.

    Pengarah eksekutif MWF, Ariunna Shagdarsuren pula berkata pertubuhan berkenaan memutuskan untuk membawa mesej itu bagi pihak keluarga si mati selepas bertemu dengan bapa Altantuya.

    "Bapanya telah meminta kami supaya membangkitkan perkara ini kerana beliau perlu memberitahu cucunya mengapa ibu mereka mati di Malaysia," katanya.

    "Sudah bertahun-tahun berlalu, berapa lama lagi mereka perlu menunggu?

SPR ubah dua kali keputusan penuh PRU13

Posted: 08 Jun 2013 09:46 PM PDT

30 Rejab 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily/-


KUALA LUMPUR:Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah dua kali mengubah keputusan penuh pilihan raya ke 13 apabila undi yang hilang sudah menjadi 53, 045 undi selepas diubahsuai (Corrigendum) pada 22 Mei 2013.

Sebelum diwartakan iaitu keputusan pada 5 Mei 2013 undi hilang adalah 65,286 undi manakala selepas warta pada 22 Mei 2013 adalag 53,045 undi.

Undi hilang adalah jumlah kertas undi yang tidak dimasukkan ke dalam tong undi selepas ia dikeluarkan kepada pengundi.

"Yang menghairankan saya bagaimana boleh keputusan pru13 berbeza dengan pengumuman pegawai pengurus pada hari pengundiaan 5 mei 2013," kata seorang pengundi yang membuat kajian terperinci mengenai perkara ini, Mohd Azlan Mohd Sharif.

Menurutnya, alasan tidak rasmi oleh SPR (yang diberitahu wartawan kanan kepada beliau) iaitu kerani tersalah masuk data atau salah kira akibat salah tekan kalkulator.

"Ia tidak masuk akal. Saya sedang menanti jawapan bertulis SPR berdasarkan surat saya pada 7 Jun 2013 lalu," kata Azlan dalam kenyataannya.

Bagi Azlan, membawa keluar kertas undi adalah satu jenayah seperti dinyatakan dalam Seksyen 3(1)(h) dan seksyen 6(2) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

"Ia perlu digunakan bagi membuktikan dakwaan saya," katanya dan mendakwa SPR perlu bertanggungjawab apabila perkara berlaku.

Sehingga kini, tujuh laporan polis telah beliau lakukan bagi memudahkan pihak berkuasa menyiasat dan mendakwa sesiapa yang melakukan 'jenayah' ini.

Menurut analisa beliau juga, undi rosak juga sudah dua kali berubah.

Undi rosak (Bagi 727 kerusi)


1) Sebelum warta (Keputusan 5 Mei 2013) = 323,353 undi.

2) Selepas warta(22 Mei 2013) = 326,668 undi

3) Selepas Corrigendum (31 Mei 2013) = 326,707 undi

PM Singapura ucap takziah kepada Megawati

Posted: 08 Jun 2013 09:42 PM PDT

30 Rejab 1434 H.

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengucapkan takziah kepada bekas presiden Indonesia Megawati Soekarnoputrie atas pemergian ke rahmatullah suaminya Taufik Kiemas malam tadi.
Taufik yang merupakan Ketua Majlis Permesyuaratan Rakyat Indonesia meninggal dunia di Singapore General Hospital pada kira-kira jam 7 malam tadi.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar berkata, Lee menelefon Megawati pada hari yang sama untuk mengucapkan takziah.
Perdana Menteri menyatakan rasa sedih dan simpati beliau kepada Megawati dan keluarganya, menurut kenyataan itu.
Kementerian juga mengucapkan takziah kepada Megawati dan keluarganya, Majlis Permesyuaratan Rakyat, kerajaan dan rakyat Indonesia. - BERNAMA

Lalulintas dijangka sesak tengahari

Posted: 08 Jun 2013 09:38 PM PDT

30 Rejab 1434 H. [MOD] -

Jumlah kenderaan di sepanjang lebuh raya utama di Semenanjung dijangka meningkat pada tengah hari ini berikutan sesi persekolahan bermula esok setelah bercuti dua minggu.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia berkata setakat pukul 9.30 pagi ini, keadaan trafik masih lancar dan terkawal walaupun berlaku sedikit kesesakan berikutan peningkatan kenderaan.

Menurut jurucakap itu, keadaan trafik di sebelah pantai barat dan pantai timur juga masih terkawal dan lancar.

"Walaupun ramai pulang ke destinasi masing-masing selepas menikmati dua minggu cuti persekolahan, namun keadaan di sekitar Lebuhraya Utara-Selatan dan Lembah Klang masih terkawal pada pagi ini," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di Kuala Lumpur hari ini.

Menurut jurucakap itu, keadaan trafik dijangka sesak pada sebelah tengah hari disebabkan penambahan kenderaan.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Meteorologi memberitahu Bernama bahawa hujan sementara diramal berlaku pada sebelah petang terutamanya di kawasan-kawasan pedalaman di Semenanjung Tanah Melayu.  

Katanya, hujan sementara itu bagaimanapun pada amnya tidak akan menyebabkan banjir.

- Bernama

Comments posted (0)

YB BN

YB PAS

YB PKR

YB DAP