:: cina islam | 2011 :: |
- Bukan mata duitan tetapi pantang lihat duit lama
- Final Piala FA :Stadium Bukit Jalil bergema
- Perlawanan akhir Piala FA
- MAS tingkat muatan bagasi kabin mulai 1 Julai
- Lebih 20 individu, 400 fail berkaitan dakwaan rasuah Taib diteliti: SPRM
- Gempa bumi sederhana landa Taiwan.
- Karpal: Jumlah kerusi genap boleh elak DUN tergantung
- Dalam 48 jam kredibiliti Khalid, Zahid hancur lebur
- CAP gesa keluar fatwa pengharaman shisha
- Sidang Dun Perak kecoh ketika perlantikan speaker
Bukan mata duitan tetapi pantang lihat duit lama Posted: 29 Jun 2013 05:54 AM PDT 20 Syaaban 1434 H. [MOD] - MARANG – Abdul Aziz Salleh, 50, dekat Gong Merawang di sini, bukanlah mata duitan tetapi dia memang pantang melihat duit kertas atau syiling lama yang mempunyai keistimewaan tersendiri. Dapat memiliki koleksi duit lama memberi kepuasan buat bapa tujuh anak ini, malah kerjanya sebagai peniaga yang sering bertemu dengan orang ramai memberi banyak peluang untuk memenuhi tuntutan hobinya itu. Bagi Abdul Aziz, semua koleksi wang dan syiling dimiliki menyimpan kenangan tersendiri. "Malah, aktiviti ini sebenarnya memberikan kepuasan yang tidak dapat saya gambarkan alaupun tidak pandai untuk menilai wang kertas dan syiling lama yang berada dalam simpanan, sama ada ia bernilai tinggi atau sebaliknya. "Antara koleksi simpanan peribadi berharga adalah syiling berlubang di tengah dan wang kertas lama dianggarkan sudah berusia lebih 50 tahun. "Ada juga ditinggalkan arwah ayah dan saya tidak mengetahui mana ia berasal," katanya. Sinar/- | ||
Final Piala FA :Stadium Bukit Jalil bergema Posted: 29 Jun 2013 05:47 AM PDT 20 Syaaban 1434 H. [MOD] - LAUNGAN lagu 'Gomo Kelate Gomo' dan 'Luaskan Kuasamu' bergema di Stadium Nasional Bukit Jalil yang sendat dengan lautan manusia. Perlawanan final Piala FA antara Kelantan dan Johor Darul Takzim (JDT) yang akan bermula beberapa minit sahaja lagi terus gamat dengan persembahan menarik yang dipamerkan oleh kedua-dua pasukan. Tidak kira Kelantan mahupun JDT, masing-masing tidak henti-henti menyanyikan lagu sokongan bagi memberi semangat kepada pasukan kesayangan mereka yang dianggap gergasi bola sepak negara. Ketika ini,pemain Kelantan dan JDT sedang memanaskan badan di padang sebelum sepak mula pada jam 8.45 malam. | ||
Posted: 29 Jun 2013 05:45 AM PDT | ||
MAS tingkat muatan bagasi kabin mulai 1 Julai Posted: 29 Jun 2013 05:41 AM PDT 20 Syaaban 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) akan meningkatkan peruntukan muatan bagasi kabin untuk semua penerbangan domestik dan antarabangsa mulai 1 Julai. Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat penerbangan negara itu berkata pelanggan Kelas Ekonomi dibenarkan membawa satu bagasi kabin dengan berat maksimum 7kg berbanding 5kg sebelum ini. Bagi penumpang Kelas Pertama dan Perniagaan, mereka dibenarkan membawa dua bagasi dengan berat maksimum masing-masing 7kg. Had ketinggian setiap bagasi tidak lebih 56sm, panjang 36sm dan lebar 23sm. "Garis panduan ini terpakai untuk semua perjalanan udara, dan akan dilaksanakan dengan ketat dalam keseluruhan rangkaian global syarikat penerbangan itu berkuat kuasa 1 Julai," katanya. Selain menyeragamkan muatan bagasi kabin, setiap pelanggan boleh membawa masuk sama ada notebook/komputer riba atau beg bimbit atau beg binokular. Mereka juga boleh membawa sama ada satu beg tangan kecil atau tongkat. Pelanggan yang membawa bayi berumur kurang daripada 24 bulan, boleh membawa satu beg berisi makanan bayi dan lampin seberat 5kg, katil lipat dan kereta sorong bayi boleh lipat. Semua bagasi kabin mesti mematuhi undang-undang tempatan dan langkah keselamatan yang terpakai di lapangan terbang, kata Malaysia Airlines, dan menambah kadar bayaran tertentu akan dikenakan ke atas bagasi kabin yang melebihi had muatan yang dibenarkan. - BERNAMA | ||
Lebih 20 individu, 400 fail berkaitan dakwaan rasuah Taib diteliti: SPRM Posted: 29 Jun 2013 05:37 AM PDT 20 Syaaban 1434 H. [MOD] - PUTRAJAYA: Lebih 20 individu telah dipanggil manakala 400 fail diteliti berhubung dakwaan kes rasuah melibatkan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, kata Penolong Pesuruhjaya, Urusetia Bahagian Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Lim Bee Kean. Lim berkata 20 individu terbabit dipercayai terlibat dan disebut dalam sebuah video yang dimuat naik di dalam 'YouTube' serta dikaitkan dengan dakwaan penyelewengan Taib. "Bagaimanapun siasatan telah bermula sebelum video berkenaan didedahkan iaitu sejak Jun 2011," katanya dalam sidang media di ibu pejabat SPRM di sini hari ini. Mac lepas sebuah video bertajuk 'Inside Malaysia's Shadow State' didedahkan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) berpangkalan di London, Global Witness (GW)yang merakam perbualan antara penyiasat persendirian GW dengan dua sepupu Taib. Lim berkata bagi mempercepatkan proses siasatan kes berkenaan, sebuah pasukan petugas khas yang dianggotai 10 pegawai SPRM, Jabatan Peguam Negara dan agensi lain telah ditubuhkan dan laporan siasatan akan dikemukakan kepada Peguam Negara bagi tindakan susulan. Katanya apabila siasatan selesai dan keputusan dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya, Panel Penilaian Operasi (PPO) akan dimaklumkan tentang status kes. "PPO adalah panel bebas yang berperanan melihat aspek ketelusan dan kebebasan SPRM dalam setiap tindakan siasatan yang dijalankan. "Panel ini dianggotai individu daripada pelbagai latar belakang profesional dan mereka dilantik mewakili masyarakat atas kepakaran dan mewakili badan profesional yang bersesuaian bagi membolehkan mereka memainkan peranan dengan berkesan," katanya. Lim berkata SPRM juga dipantau Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) yang diwujudkan secara perundangan mengikut Seksyen 12 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 bagi memastikan perjalanan dan fungsi SPRM mengikut peruntukan yang ditetapkan. JKMR dianggotai wakil Dewan Rakyat dan Dewan Negara daripada pelbagai parti politik seperti Barisan Nasional, DAP, PAS dan PKR, katanya. Justeru, beliau menjelaskan SPRM tidak pernah berhenti daripada menjalankan siasatan berkaitan kes itu. Katanya siasatan kes itu dijalankan tanpa gentar atau pilih kasih, secara bebas, telus serta profesional malah SPRM mendapat kerjasama daripada semua individu termasuk Taib. Beliau berkata pendirian SPRM adalah konsisten sepanjang masa tanpa mengira latar belakang dan pangkat individu yang disiasat. "Sebagaimana kes-kes sebelum ini, SPRM tidak akan mendedahkan apa-apa butiran siasatan dan ia selaras dengan Seksyen 29(4) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 yang memperuntukkan bahawa kandungan setiap aduan hendaklah dirahsiakan dan hanya boleh didedahkan di mahkamah," katanya. Namun, katanya, memandangkan kes ini melibatkan banyak dokumen dan pihak, kemungkinan siasatan akan mengambil masa dan siasatan akan berterusan bagi mengumpul bukti serta keterangan dengan perkembangan terbaru. - BERNAMA | ||
Posted: 29 Jun 2013 05:34 AM PDT 20 Syaaban 1434 H. [MOD] - Polis Indonesia, mengesahkan telah menahan lagi empat suspek melakukan pembakaran hutan dan semak secara haram di wilayah Riau sekaligus menjadi punca jerebu yang melanda negara itu termasuk Singapura dan Malaysia, semalam. "Setakat ini, seramai 18 orang ditahan termasuk empat suspek baru," kata jurucakap polis Riau, Hermansyah dipetik dari akhbar Indonesia Jakarta Post. Katanya, dua daripada 18 suspek dikenali sebagai S dan H, ditangkap kerana dipercayai membakar lebih 100 hektar tanah gambut di kawasan Bengkalis. Sementara itu, seramai 11 suspek telah ditahan kerana turut terlibat membakar kawasan hutan dan semak di daerah Rokan Hilir. "Tangkapan terakhir berlaku di bandar Dumai membabitkan dua suspek dalam dua kes berlainan," kata Hermansyah | ||
Gempa bumi sederhana landa Taiwan. Posted: 29 Jun 2013 05:33 AM PDT 20 Syaaban 1434 H. [MOD] - Gempa bumi sederhana berukuran 5.4 pada skala Richter melanda Taiwan pada 7.51 pagi ini. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia melalui laman webnya, gempa itu berpusat 124km di tenggara Taichung, Taiwan dan 1,984km timur laut Kudat, Sabah. Gempa itu tidak membawa ancaman tsunami. | ||
Karpal: Jumlah kerusi genap boleh elak DUN tergantung Posted: 29 Jun 2013 05:30 AM PDT 20 Syaaban 1434 H. [MOD] - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) patut memastikan tiada jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) genap bagi mengelakkan DUN tergantung, kata Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh. Katanya, persempadanan semula yang akan dijalankan pada hujung tahun ini patut mengambil kira kelemahan mempunyai jumlah DUN yang genap. "SPR patut menambah sekurang-kurangnya satu kerusi DUN di negeri yang mempunyai jumlah kerusi genap," kata Karpal (kiri) dalam sidang media di George Town hari ini. Beliau mengulas berhubung kemungkinan di Terengganu selepas pilihan raya kecil Kuala Besut ekoran kematian penyandangnya Dr Abdul Rahman Mokthar, 55, pada Selasa. Dengan kematiannya, BN dalam keadaan bahaya apabila hanya mempunyai 16 kerusi berbanding Pakatan Rakyat sebanyak 15. Jika Pakatan berjaya merampas kerusi itu, situasi DUN tergantung akan berlaku dengan jumlah kerusi kedua-dua pihak sama banyak. "Pilihan raya ini sangat penting kerana jika PAS menang di Kuala Besut, akan ada keputusan seri (16-16)," katanya. Negeri lain yang mempunyai jumlah DUN genap seperti berikut: Pulau Pinang (40), Kedah (36), Pahang (42), Selangor (56), Negeri Sembilan (36), Melaka (28), Johor (56) dan Sabah (60). Malaysiakini/- | ||
Dalam 48 jam kredibiliti Khalid, Zahid hancur lebur Posted: 29 Jun 2013 05:27 AM PDT 20 Syaaban 1434 H. [MOD] -
Apakah Najib akan mengambil tindakan ke atas Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara? Tahap kebertanggungjawaban, integriti dan tadbir urus dua pegawai tertinggi dalam bidang keselamatan, iaitu KPN dan Menteri Dalam Negeri, sedang berjerebu Belum pun reda betul jerebu yang diakibatkan oleh kebakaran gambut di Riau dan Sumatera dan telah menyebabkan darurat diisytiharkan di beberapa kawasan dan ribuan sekolah ditutup di beberapa buah negeri, Malaysia kini dilanda pula oleh jerebu baru – jerebu kebertanggungjawaban, integriti dan tadbir-urus dua pegawai tertinggi dalam bidang keselamatan, iaitu Ketua Polis Negara dan Menteri Dalam Negeri. Siapa sangka dalam masa hanya 48 jam kredibiliti dan kewibawaan dua pegawai tertinggi keselamatan negara – Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi – boleh hancur lebur. Pada hari Rabu, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk V.T. Singham (mencapai usia 65 tahun hari ini dan telah mengambil keputusan untuk bersara setahun lebih awal daripada sepatutnya), mendapati Khalid ketika menjadi ketua polis Selangor bertanggungjawab atas kematian A Kugan. Kugan yang disyaki terlibat dalam kes curi kereta telah mati akibat kecederaan teruk dalam tahanan polis di Balai Polis Taipan pada 20 Januari 2009. Sejarah dalam bidang kehakiman tercipta apabila hakim memutuskan keluarga Kugan berhak menerima pampasan sebanyak RM801,700 kerana polis dan kerajaan boleh dipertanggungjawabkan atas kematian Kugan, manakala Khalid pula boleh dipertanggungjawabkan kerana menyalahgunakan kedudukannya sebagai penjawat awam. Kelmarin, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Zahid untuk mengenepikan saman terhadapnya yang dikemukakan oleh ahli perniagaan Amir Bazli Abdullah berikutan serangan yang berlaku pada tahun 2006. Presiden Mahkamah Rayuan Hakim Md Raus Sharif yang mengetuai panel lima orang hakim menyebut bahawa isu-isu yang dibangkitkan oleh peguam Zahid, Shamsul Bahrain Ibrahim, adalah berfakta dan perlu didengar dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi. Dengan keputusan mahkamah tertinggi dalam negara ini, saman sivil oleh Amir Bazli Abdullah terhadap menteri dalam negeri akan mula didengar di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 26 Ogos nanti. Baru dua minggu lalu Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyebut bahawa pengundi Malaysia telah menyampaikan mesej yang jelas dalam Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu, iaitu bahawa mereka mahu kerajaan bersikap tegas mempertahankan institusi-institusi penting dalam negara, "menguatkuasakan undang-undang, menegakkan Perlembagaan". Malangnya dua insiden melibatkan Menteri Dalam Negeri dan KPN ini menyampaikan mesej yang berlawanan, iaitu betapa kredibiliti, integriti, dan kewibawaan institusi-institusi negara sedang diancam hebat selepas PRU13. Sukar untuk Menteri Dalam Negeri meminta KPN memikul tanggungjawab penuh atas kematian Kugan sedangkan pada masa yang sama persoalan timbul mengapa polis tidak membuat penyiasatan dan mendakwa Zahid atas serangan terhadap Amir Bazli pada tahun 2006. Pada masa yang sama juga, KPN tidak boleh menggesa Menteri Dalam Negeri untuk memikul tanggungjawab penuh atas kes serangan pada tahun 2006 itu kerana Khalid sendiri sedang dipertanggungjawabkan atas kematian Kugan dalam tahanan polis pada tahun 2009. Langkah Menteri Dalam Negeri dan KPN nampaknya sedang terkunci kerana kedua-duanya tidak dapat menggunakan kuasa masing-masing ke atas satu sama lain kerana kedua-dua mereka mempunyai pekung tersendiri. Apakah ini caranya kerajaan Barisan Nasional memulihkan kepercayaan rakyat dalam negara dan warga dunia terhadap institusi-institusi utama dalam negara selepas PRU13? Belum pun dua bulan selepas PRU13, kerajaan Barisan Nasional telah mula berdepan dengan krisis tadbir-urus yang parah. Rakyat Malaysia berhak tahu bagaimana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hendak menyelesaikan jerebu terbaru ini yang menjejaskan tahap kebertanggungjawaban, integriti, dan tadbir-urus yang baik oleh dua pegawai keselamatan tertinggi negara. Rakyat mahu tahu sama ada beliau akan menamatkan perkhidmatan mereka, menggantung, atau mengarahkan kedua-dua mereka mengambil cuti sehinggalah mereka berjaya membersihkan diri daripada tuduhan-tuduhan yang dibuat terhadap mereka. | ||
CAP gesa keluar fatwa pengharaman shisha Posted: 29 Jun 2013 05:25 AM PDT 20 Syaaban 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyambut baik langkah yang diambil oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis yang mengharamkan kegiatan menghisap dan menjual shisha di negeri itu kerana ia mendatangkan kemudaratan yang lebih teruk berbanding merokok. CAP sejak beberapa tahun yang lalu telah menggesa pihak berkuasa yang berkenaan agar mengharamkan kegiatan menghisap dan menjual shisha kerana ia ternyata boleh memudaratkan kesihatan penggunanya. CAP dalam satu kenyataan akhbar pada 29 Oktober 2012 menggesa pihak berkuasa mengharamkan terus penggunaan shisha yang semakin berleluasa di seluruh negara terutama sekali dalam kalangan anak-anak muda. "Namun begitu usaha dan gesaan yang dibuat oleh CAP itu tidak mendapat maklum balas daripada yang berkenaan," ujar Presiden CAP, SM Mohamed Idris dalam kenyataan kepada Harakahdaily. Selaras dengan tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri Perlis itu, ujarnya CAP menggesa agar Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa yang mengharamkan penggunaan shisha sepertimana juga fatwa yang mengharamkan rokok. Justeru, kata beliau CAP sekali lagi menyarankan pihak berkuasa berkenaan mengharamkan terus penggunaan shisha dan pihak berkuasa tempatan di seluruh negara ini tidak lagi mengeluarkan lesen perniagaan terhadap premis yang mempunyai kemudahan untuk menghisap shisha. Mufti Perlis, Datuk Dr. Juanda Jaya berkata, mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis kali ke-11/2013 pada 24 Jun lepas membuat keputusan itu. Dr. Juanda berkata, amalan menghisap shisha bukan sahaja membuang masa tapi memudaratkan kesihatan terutama bagi golongan belia dan remaja. Beliau berharap MPK dapat menghalang kegiatan penjualan shisha demi kepentingan masyarakat. Menurutnya, langkah pengharaman itu dilaksanakan kerajaan negeri Melaka sejak 2009 dan Perlis juga menuruti jejak negeri itu kerana kegiatan itu didapati membawa kemudaratan yang besar. Gejala menghisap shisha yang semakin menular dalam kalangan remaja masa kini dan kewujudan premis serta kedai yang menyediakan kemudahan menghisap shisha perlu diberi perhatian serius dengan segera oleh pihak berkuasa kesihatan dan majlis perbandaran. "Langkah ini perlu diambil dengan segera oleh semua negeri yang masih belum mengeluarkan fakwa mengharamkan shisha memandangkan menghisap shisha ini dikatakan sama bahayanya dengan menghisap rokok," ujar SM Idris lagi. Katanya, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), amalan menghisap hookah atau shisha mempunyai risiko kesihatan yang sama seperti merokok atau menggunakan produk tembakau lain. Penghisap shisha, ujar beliau biasanya menyedut asap sebanyak 50 hingga 200 kali atau selama 20 minit hingga 80 minit yang dianggarkan sebanyak 0.15 liter hingga satu liter. Menurutnya, mereka yang menghisap rokok selalunya menyedut sebanyak lapan hingga 12 kali dan mengambil masa hanya lima hingga tujuh minit serta menyedut 0.5 liter hingga 0.6 liter asap. "Mengenai bahaya menghisap shisha ini, dikatakan penghisap shisha turut boleh mengalami ketagihan seperti penghisap rokok biasa, kerana penggunaan tembakau sebagai bahan utama sememangnya membahayakan kesihatan," katanya. Jelasnya, penggunaan arang dalam peralatan untuk menghisap shisha boleh meningkatkan masalah paru-paru berikutan arang yang digunakan boleh mendap dalam saluran pernafasan si penghisap. Katanya, air didihan yang digunakan juga tidak dapat menapis toksin yang ada, memandangkan shisha turut mengandungi nikotin dan karbon dioksida yang terdapat dalam rokok biasa, penggunaan berterusan hanya akan memudaratkan kesihatan dalam jangka masa penjang. Tambah beliau, tindakan tegas perlu diambil segera memandangkan penggunaan shisha boleh memudaratkan kesihatan demi untuk menjaga kesejahteraan generasi kita yang akan datang. | ||
Sidang Dun Perak kecoh ketika perlantikan speaker Posted: 29 Jun 2013 05:22 AM PDT 20 Syaaban 1434 H. [MOD] - IPOH: Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak Ke-13 pada Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama Dewan Negeri hari ini kecoh ketika perlantikan speakar selepas Pakatan Rakyat mendakwa BN gagal menghantar nama pencalonan mengikut waktu yang ditetapkan. Beberapa Adun Pakatan Rakyat bangun meminta Menteri Besar mengemukakan bukti bahawa BN telah menghantar pencalonan speaker sebelum tarikh tamat iaitu 21 Jun lalu. Datuk Seri Nizar Jamaluddin (Changkat Jering) bangun meminta penjelasan Menteri Besar berhubung dakwaan itu namun Datuk Dr Zambry Kadir enggan memberikan respon. Keenganan Zambry memberikan penjelasan walaupun berulang kali didesak oleh Adun Pakatan Rakyat menyebabkan dewan menjadi kecoh. Zambry (Pangkor) mencadangkan Bekas Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk S Devamany sebagai speaker manakala Ustaz Abu Bakar Hussien (Titi Serong) mencalonkan Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar. S Devawany secara rasmi dilantik menjadi speaker apabila memperoleh 31 undi berbading V Sivakumar yang hanya mendapat 28 undi selepas proses pengundian dijalankan oleh Setiausaha dewan dengan disaksikan oleh wakil oleh kedua-dua belah pihak. Adun Bota, Nasaruddin Hashim dilantik sebagai Timbalan Speaker apabila mendapat 31 undi mengalahkan Adun Kuala Kurau, Yunus Jamhari yang hanya memperoleh 28 undi. Selepas selesai melantik speaker dan timbalannya, semua Adun mengangkat sumpah secara serentak bertiga-tiga untuk menjimatkan masa. Harakahdaily/- |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2013 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan