:: cina islam | 2011 :: |
- Jerebu: PAS cadang kertas putih
- Azalina mahu cabar Shahrizat
- Bapa campak ke lantai
- Polis tertidur atau penyamun tidak tidur?
- Dakwat kekal pewarna makanan, apa kata Dr Agus
- Khutbah Jumaat : “JERUBU AMARAN DARIPADA ALLAH”
Posted: 28 Jun 2013 03:06 AM PDT 19 Syaaban 1434 H. [MOD] - Kehilangan Nordiana Shafiza Abdullah, 10 dan Muhammad Shafiz Denial Abdullah, 8, dikesan pada jam 2 petang selepas diminta bapanya untuk membeli lampin. Normaliza Mustafa, 33, ketika hadir ke Balai Berita Harian Metro, di sini, semalam, berkata, dia datang ke Kuala Lumpur untuk beberapa hari bersama suami dan lima anaknya atas urusan kerja suami. "Pada hari kejadian, saya berada di kawasan bandar dan meninggalkan anak-anak bersama suami di hotel. "Suami hanya dapat memberitahu saya mengenai kehilangan anak sembilan jam kemudian kerana saya tidak mempunyai telefon bimbit," katanya. Menurutnya, suami merancang untuk pulang ke Johor keesokan harinya sebelum kedua-dua anak mereka hilang. "Saya tak (tidak) sangka Diana dan Shafiz menghilangkan diri kerana mereka (anak) diajar untuk tidak mempercayai orang asing dan terus pulang ke rumah selepas membeli barang di kedai," katanya yang sudah melaporkan kehilangan kedua-dua anaknya di Balai Polis Jalan Ipoh. Sehubungan itu, Normaliza merayu kepada orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Diana dan Shafiz menghubungi polis atau pegawai penyiasat Inspektor Shahrul Nizam di talian 012-3002795. metro/- |
Jerebu: PAS cadang kertas putih Posted: 28 Jun 2013 02:55 AM PDT 19 Syaaban 1434 H. [MOD] - (Jerebu di Kuala Lumpur semalam....hari ini keadaan semakin baik selepas hujan) KUALA LUMPUR: PAS mengesa kerajaan membentangkan Kertas Putih dalam sidang Dewan Rakyat berhubung masalah jerebu yang berlarutan di negara ini. Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, langkah tersebut penting bagi menjelaskan kedudukan sebenar pencemaran itu termasuk dakwaan penglibatan beberapa syarikat Malaysia dalam pembakaran di sekitar Riau dan Jambi, Indonesia. "Isu jerebu ini perlu segera dibincangkan dan tiada tempat paling baik bagi tujuan itu melainkan di Parlimen," jelasnya. harakahdaily/- |
Posted: 28 Jun 2013 01:36 AM PDT 19 Syaaban 1434 H. [MOD] - SHAH ALAM - Bekas Ketua Puteri Umno, Datuk Seri Azalina Othman Said sedia untuk mencabar Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bagi jawatan Ketua Wanita Umno pada pemilihan parti itu hujung tahun ini. The Star melaporkan, Azalina yang merupakan ahli Parlimen bagi kawasan Pengerang berkata, beliau sudah memutuskan untuk mencabar Shahrizat kali ini. "Ya, saya berminat untuk bertanding. Saya telah membuat keputusan," beliau dipetik sebagai berkata. Akhbar itu melaporkan Shahrizat juga mengesahkan bahawa beliau berhasrat untuk mempertahankan jawatan Ketua Wanita yang dimenangi beliau pada tahun 2009 selepas menewaskan Tan Sri Rafidah Aziz. Karier politik Shahrizat terjejas selepas dirinya terpalit dengan skandal Pusat Fidlot Nasional atau NFC tahun lalu. Meskipun begitu, Shahrizat berkata beliau masih mendapat sokongan daripada sayap wanita. "Mereka berada untuk saya pada waktu gelap saya dan saya percaya mereka tidak akan meninggalkan saya. Mereka adalah sahabat saya dan sahabat adalah seperti bintang. Semakin gelap malam, sinarannya semakin bercahaya," kata beliau. Shahrizat berada dalam Kabinet selama 11 tahun dan merupakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebelum didesak untuk meletak jawatan pada Mac tahun lalu. Suaminya Datuk Seri Mohd Salleh Ismail yang menghadapi tuduhan di mahkamah kerana isu NFC tetapi Shahrizat menafikan mempunyai apa-apa kaitan dengan perkara itu. Azalina pula seorang bekas menteri dan ahli Parlimen wanita menawarkan dirinya sebagai ejen perubahan untuk Wanita Umno. Beliau berkata, generasi baru wanita Melayu telah muncul dalam Umno dan mereka boleh membantu membuatkan sayap wanita itu lebih menarik dan relevan dengan landskap politik baru. Azalina adalah Ketua Puteri Umno dari 2002 sehingga 2004. Sebelum ini beliau pernah dikaitkan dengan kontroversi dalam cadangan projek Brickendonbury ketika berkhidmat sebagai Menteri Belia dan Sukan dan mengenai perbelanjaan Pempena ketika beliau menjadi Menteri Pelancongan. sinar/- |
Posted: 28 Jun 2013 01:17 AM PDT 19 Syaaban 1434 H. [MOD] - Kuala Lumpur: Rimas mendengar tangisan anak berusia tujuh tahun, seorang lelaki sanggup memukul sebelum melibas gergaji di badan anaknya itu supaya mangsa akan berhenti menangis di kediaman mereka di Batu 2 1/2 Cheras, di sini. Tidak cukup dengan itu, lelaki berusia 43 tahun itu yang gagal mengawal kemarahannya bertindak lebih kejam apabila mencampak kanak-kanak lelaki terbabit ke lantai. Isterinya yang terkejut dengan tindakan mangsa itu berlari mendapatkan anaknya yang meraung kesakitan sebaliknya suspek tidak mempedulikannya dan terus beredar. Berikutan itu, ibu mangsa membuat laporan di Balai Polis Pudu, Selasa lalu untuk tindakan selanjutnya sebelum membawa anaknya itu ke klinik untuk menerima rawatan. Sumber polis berkata, sebelum kejadian kira-kira jam 1 tengah hari suspek yang sedang mandi terdengar tangisan anaknya di ruang tamu. "Pada mulanya suspek mengarahkan isterinya menghentikan tangisan anak lelaki mereka namun selepas beberapa minit mangsa masih menangis, suspek yang selesai mandi terus keluar dan memarahi anaknya. "Malah, dia bagaikan dirasuk setan bertindak memukul anaknya beberapa kali namun tindakannya itu menyebabkan mangsa yang kesakitan meraung kesakitan," katanya. Sumber berkata, lebih teruk, suspek kemudian mengambil gergaji dan terus melibas ke badan mangsa beberapa kali menyebabkan mangsa menggelupur kesakitan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu. sinar/- |
Polis tertidur atau penyamun tidak tidur? Posted: 28 Jun 2013 12:48 AM PDT |
Dakwat kekal pewarna makanan, apa kata Dr Agus Posted: 27 Jun 2013 05:11 PM PDT 19 Syaaban 1434 H. [MOD] - Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff KELMARIN saya tergamam apabila Menteri di JPM Menteri menyatakan di Dewan Rakyat tentang dakwat kekal mengandungi pewarna makanan yang dibenarkan. Tetapi kenyataan itu tidak mendesak saya untuk menulis biarpun saya janggal mendengarnya. HARI INI saya terkedu apabila Menteri Wilayah Persekutuan pula menyatakan Malaysia tidak perlu menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya kerana negara ini bukannya seperti "negara dunia ketiga" lain. Saya kira kedua-dua kenyataan menteri tersebut terkeluar tajuk. Isunya ialah mengapa dakwat kekal yang digunakan oleh SPR dalam pilihan raya yang lalu tidak kekal, bukannya perlu atau tidak perlu menggunakan dakwat kekal? Saya kira soal harapan rakyat untuk melihat dakwat kekal seperti yang dijanjikan tetapi tidak kekal adalah isu besar yang perlu dijawab oleh menteri yang bertanggungjawab dan SPR. Oleh itu, kenyataan menteri di atas adalah satu jawapan yang pada saya menggambarkan bukannya negara kita dunia ketiga, tetapi komen pemimpin kita yang kelas ketiga.Buat apa kita membandingkan negara kita dengan dunia ketiga yang lain? Jika kita kahu bandingkan pun, dari segi sistem pengundian, negara kita masih jauh mundur ke belakang. India dan Indonesia menggunakan dakwat kekal, tetapi tidak ada kecelakaan yang menimpa pengundi mereka. Sebaliknya yang berlaku ialah sistem pilihan raya mereka dilihat demokratik, adil dan memenuhi aspirasi rakyat. Itu yang kita mahu—satu pilihan raya yang telus dan ada integriti supaya tidak timbul kontroversi seperti sekarang ini. Jika kita mahu bandingkan sistem pilihan raya kita dengan di negara maju, kedudukannya adalah jauh panggang dari api. Di negara maju, sistem pilihan rayanya adil dan bebas, medianya bebas dan pengurusan pilihan rayanya baik. Di negara maju, mereka tidak lagi menggunakan dakwat kekal, tetapi menggunakan sistem biometrik. Apakah kita mampu menjadi seperti mereka atau telahpun mencapai tahap seperti mereka? Baiklah, jika kita tidak mahu gunakan dakwat kekal, saya mahu cadangkan dalam pilihan raya yang akan datang, kita gunakan mesin mengesan cap jari. Penggunaan mesin ini baik kerana selain dapat mengesahkan identiti pengundi, mesin ini juga secara automatiknya dapat menolak mereka yang cuba untuk mengundi dua kali. Mengapa timbulnya persepsi adanya pengundian dua kali ini? Ini kerana keraguan kepada senarai pengundi SPR? Bilakah SPR dapat menyelesaikan persepsi rakyat yang negatif ini? YB pemimpin, tolong selesaikan isu dakwat kekal ini dengan baik. Tolong jangan berikan jawapan yang berterusan mendungukan rakyat. Setakat ini, saya lihat jawapan pemimpin adalah sama seperti pengail yang mengail, tetapi memilih menggunakan umpan yang tidak dimakan ikan. |
Khutbah Jumaat : “JERUBU AMARAN DARIPADA ALLAH” Posted: 27 Jun 2013 04:50 PM PDT 19 Syaaban 1434 H. [MOD] - اَلْحَمْدُ لِلَّهِ نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِيْنُهُ وَنَسْتَهْدِيْهِ وَنَسْتَغْفِرُهُ، وَنَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ شُرُورِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئاَتِ أَعْمَالِنَا، مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْهُ فَلاَ هَادِىَ لَهُ. أَشْهَدُ أَن لَا إِلَهَ اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، أَرْسَلَهُ بِالْحَقِّ بَشِيرًا وَنَذِيرًا بَيْنَ يَدَيِ السَّاعَةِ، مَنْ يُطِعِ اللهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ رَشَدَ، وَمَنْ يَعْصِهِمَا فَقَدْ غَوَى. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِينَ. أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ !! اِتَّقُوْا اللهَ، أُوْصِيْكُم وَإيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُونَ. Muslimin yang dirahmati Allah SWT, Saya berpesan buat diri saya dan tuan-tuan sekalian, marilah kita bertaqwa kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Marilah kita menginsafi, bahawa kehidupan di dunia ini adalah sementara sahaja. Islam mengajar manusia bahawa Allah adalah Maha Mencipta, Dialah yang mengurus dan mentadbir alam ini. Firman Allah SWT dalam Surah Ar-Rahman ayat 29; Maksudnya; "Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepada-Nya. Tiap-tiap masa Dia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhluk-Nya". Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian, Bagi pendokong fahaman sekular, mereka menolak kewujudan Allah. Mereka juga menganggap Allah tidak berperanan dalam perkembangan alam dan kehidupan manusia. Pada pandangan mereka, Allah mencipta alam semesta dengan kuasa-Nya, lalu membiarkan ia berjalan berdasarkan sistem semulajadinya. Terserahlah kepada manusia untuk menguruskan alam dan menghadapi segala kemungkinan dari sistem tabi'inya. Ini termasuklah penafsiran terhadap segala musibah yang berlaku. Ia dianggap tiada kaitan dengan perlakuan manusia mahu pun kemurkaan Allah SWT. Muslimin yang dirahmati Allah, Kita sedang berhadapan dengan musibah jerubu dan cuaca panas yang melampau, yang menyebabkan kita terpaksa tunduk pasrah mengakui kehebatan Allah. Selain daripada akibat kebakaran dan pencemaran, ianya juga berpunca daripada keengkaran manusia mematuhi kehendak Allah. Jika hanya disebabkan pembakaran dan pencemaran, nescaya hujan yang turun akan menghilangkan segala jerubu yang ada. Namun sejarah telah membuktikan bahawa usaha pembenihan awan yang pernah dilakukan di negara ini, tidak menyelesaikan masalah ini sepenuh. Ini membuktikan bahawa segala jerubu yang didatangkan oleh Allah kemungkinan besar menjadi isyarat kemurkaan Allah terhadap manusia. Oleh yang demikian hanya Allah yang mampu menyelesaikannya dan kita wajib kembali kepada Allah. Firman Allah dalam surah Al-Mulk ayat 2; الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلاً وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ Maksudnya; "Dialah yang mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu, siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Berkuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, bagi orang-orang yang bertaubat) Sidang Jumaat sekalian, Justeru, marilah kita perhatikan beberapa ayat Al-Quran yang menjelaskan tentang hakikat bala dan bencana yang ditimpakan ke atas manusia dek kerana rasa takabbur dan sombong diri untuk menerima ajaran dan seruan utusan Allah. Firman Allah SWT dalam surah ad-Dukhan ayat 10 hingga 14 yang berbunyi; فَارْتَقِبْ يَوْمَ تَأْتِي السَّمَاءُ بِدُخَانٍ مُبِينٍ (10) يَغْشَى النَّاسَ هَذَا عَذَابٌ أَلِيمٌ (11) رَبَّنَا اكْشِفْ عَنَّا الْعَذَابَ إِنَّا مُؤْمِنُونَ (12) أَنَّى لَهُمُ الذِّكْرَى وَقَدْ جَاءَهُمْ رَسُولٌ مُبِينٌ (13) ثُمَّ تَوَلَّوْا عَنْهُ وَقَالُوا مُعَلَّمٌ مَجْنُونٌ (14) Maksudnya : "Oleh itu tunggulah (Wahai Muhammad) semasa langit membawa asap kemarau yang jelas nyata, yang akan menimpa seluruh keadaan manusia (yang kafir itu, sehingga mereka akan berkata) : "Ini adalah azab yang sungguh menyakitkan". (Pada saat itu mereka akan merayu dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! hapuskanlah azab ini dari kami, Sesungguhnya Kami akan beriman!". Bagaimana mereka dapat beringat (menyempurnakan janji mereka hendak beriman itu)? Pada hal mereka telah pun didatangi seorang Rasul yang memberi keterangan-keterangan (yang cukup untuk mereka beriman)! sekalipun demikian, mereka juga berpaling ingkar daripada menerima keterangannya sambil berkata (sesama sendiri): "Dia seorang yang diajar (oleh bangsa asing), Dia juga seorang yang gila!" Menurut Sheikh Abdul Rauf bin Ali al-Fansuri di dalam kitabnya Tarjumanul Mustafid ketika mensyarahkan ayat 10 surah ini dengan menyatakan:- "Maka nanti olehmu Ya Muhammad jika mereka itu pada hari datangnya asap yang nyata menutupi langit maka kemaraulah bumi dan bersangatanlah kelaparan mereka itu sehingga kelaparan mereka itu seperti kelakuan asap antara langit dan bumi" Sidang Jumaat sekalian, Sesungguhnya, tiada kebinasaan yang ditimpakan ke atas manusia melainkan kerana kezaliman manusia sendiri. Justeru, manusia hendaklah sentiasa memuhasabah diri dan mendekatkan diri dengan Allah. Islam mengajar kita beriman kepada qadha' dan qadar dari Allah. Baik takdir yang baik, mahu pun takdir yang buruk. Semuanya datang dari Allah untuk menguji manusia. Gunakan kesempatan tidak melakukan apa-apa aktiviti di luar rumah dengan mengisi ruang yang ada untuk meningkatkan amal ibadat dan bertaubat kepada Allah. Kita dianjurkan oleh Rasulullah SAW ketika berlaku jerebu untuk melakukan solat istisqa' iaitu solat minta hujan, kita juga digalakkan berpuasa dan meninggalkan segala kezaliman. Serta memperbanyakkan amal soleh seperti berdoa, berzikir, bersembahyang, bertakbir, bersedekah dan beristighfar dan menghindari daripada melakukan perkara-perkara mungkar dan maksiat serta perbuatan syirik yang bercanggah dengan ajaran agama Islam. بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْءانِ الْعَظِيْمِ، وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ. خطبة كدوااَلْحَمْدُ ِللهِ الْقَائِلِ :فَارْتَقِبْ يَوْمَ تَأْتِي السَّمَاءُ بِدُخَانٍ مُبِينٍ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ. أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ ! أُوْصِيْكُمْ وَإِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ. Sidang Jumaat sekalian, Marilah kita mengambil pengajaran daripada musibah ini dengan mengingatkan diri kita kepada Allah. Mengingatkan kita tentang kelemahan insan. beberapa pengajaran untuk iktibar kita bersama ialah : 1. Manusia, walau sehebat mana dan semaju mana pun, tidak dapat menandingi kuasa Allah. Teknologi yang dicipta manusia tetap perlu diisi dengan iman dan taqwa. 2. Ketika jiwa manusia gundah-gulana, manusia perlu bersabar dan kembali kepada Allah. Sebagaimana manusia juga perlu bersyukur dan mengingati Allah ketika senang. 3. Manusia hendaklah mendidik jiwa mereka supaya redha dengan ketentuan Allah. Sikap berputus asa menyebabkan manusia, merana di dunia, dan sengsara pula di akhirat. 4. Memperbanyakkan amal kebajikan dan mengelakkan daripada melakukan perkara-perkara maksiat dan dosa. اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ،وَاجْعَلْ فِىقُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّ اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم . اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ، وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ. اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ، وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الْأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ، بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ. اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّيْن شاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان يُوْسُف عِزُّ الدِّيْن شَاه غَفَرُ اللهُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ. رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الأخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ. إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ. فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ. *AMARAN!!! Pihak JAIPk tidak bertanggungjawab ke atas sebarang penambahan ayat selain dari kandungan khutbah yang dikeluarkan. |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2013 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan