Khamis, 27 Jun 2013

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


FA: MPiala B nasihat penyokong TRW jaga tatasusila

Posted: 27 Jun 2013 02:23 AM PDT

18 Syaaban 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kelantan Ustaz Datuk Ahmad Yakob mengingatkan seluruh penyokong pasukan bola sepak Kelantan yang akan berkunjung ke Stadium Nasional Bukit Jalil Sabtu ini menjaga nama baik sebagai anak Kelantan.

Menyampaikan pesanan melalui Facebooknya hari ini, Ustaz Ahmad mengharapkan, penyokong The Red Warriors (TRW) menjaga tatasusila sepanjang berada di sana.

"Kepada para penyokong yang akan menyaksikan perlawanan ini, saya berharap agar dapat menjaga tatasusila sepanjang berada di dalam dan luar stadium. 

"Jaga nama baik anak Kelantan dan pastikan tidak meninggalkan kewajipan solat.  Jadikan bolasepak sebagai sukan memupuk muhibbah dan insya-allah saya yakin, anak-anak Kelantan dapat melakukannya," katanya.

Beliau berkata demikian sempenan pertemuan akhir Piala FA pasukan TRW menentang pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Sabtu ini.

Ustaz Ahmad juga turut mengingatkan para penyokong Kelantan yang akan datang dari luar Kuala Lumpur agar berhati-hati dalam perjalanan.

Bagi rakyat Kelantan, kerajaan negeri sebelum ini telah mengumumkan tarikh 30 Jun iaitu Ahad ini sebagai cuti peristiwa sebagai memberi keselesaan kepada anak-anak Kelantan untuk pulang dengan selamat selepas menyaksikan perlawan tersebut nanti.

Dalam pada itu beliau turut mengucapkan selamat berjuang kepada pemain-pemain pasukan Kelantan yang akan berentap merebut Piala FA itu.

"Semoga kejayaan menjadi milik kita," katanya.


harakah/-

Konvoi Hakim Tinggi dibom

Posted: 27 Jun 2013 02:21 AM PDT

Konvoi Hakim Tinggi Pakistan dibom
18 Syaaban 1434 H. [MOD] -




KARACHI - PAKISTAN.Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh dan 15 yang lain termasuk Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Sindh serta dan tiga anggota polis cedera dalam letupan di Sindh, Pakistan semalam.

Pegawai polis berkata, bom seberat lapan kilogram itu dilekatkan pada sebuah motosikal yang di parkir berdekatan kawasan taman di ibu pejabat pusat pentadbiran tersebut.

"Bom berkenaan dikawal menggunakan alat kawalan jauh. Kami percaya bom tersebut disasarkan kepada kenderaan Hakim Kanan Sindh Mahkamah Tinggi Keadilan, Maqbool Baqar," katanya.

Menurutnya, kereta, van polis dan beberapa motosikal serta bangunan berdekatan turut musnah dalam letupan itu.

Sementara itu, Menteri Penerangan Sindh, Sharjeel Memon berkata, Maqbool sedang dirawat di hospital swasta dan makin stabil

"Kami menyediakan keselamatan maksimum kepada beliau namun serangan itu nyaris mengorbankan dirinya," katanya menurut laporan Reuters.

Menurutnya, ketika kejadian Maqbool dipercayai dalam perjalanan ke mahkamah untuk mengadili satu kes berprofil tinggi.


sinar/-

PRK Kuala Besut paling lewat 27 Ogos

Posted: 27 Jun 2013 02:13 AM PDT


18 Syaaban 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Pilihan raya kecil (PRK) Dun Kuala Besut boleh diadakan selewat-lewatnya 28 Ogos depan.

Demikian kata Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri Terengganu, Fakhrul Razi Ab Wahab, lapor Bernama, hari ini.

Yang Dipertua Dun Terengganu, Mohd Zubir Embong hari ini telah menyerah surat pemakluman rasmi kekosongan kerusi Dun Kuala Besut kepada SPR negeri di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu jam 10 pagi tadi.

Kerusi Dun Kuala Besut kosong ekoran wakilnya, Dr A Rahman Mokhtar, 55, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pagi semalam akibat kanser paru-paru.

Pada Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) yang berlangsung 5 Mei lalu, allahyarham yang mewakili BN memenangi kerusi itu dengan majoriti 2,434. Pada PRU12, beliau menang dengan majoriti 2,631 undi.

Sementara itu, Setiausaha PAS Terengganu, Yahaya Ali melahirkan keyakinan rakyat negeri itu khususnya para pengundi Dun Kuala Besut masih dalam 'mood' mahu berubah, berdasarkan keputusan PRU13.

"PAS bersedia hadapi PRK Kuala Besut kerana memenuhi peruntukan undang-undang dan sistem demokrasi ekoran kerusi tersebut yang kosong kini, kita yakin 'mood' rakyat nak lihat perubahan bersama kita," ujarnya.

harakah/-

Speaker tolak usul pendakwaan terpilih

Posted: 27 Jun 2013 02:06 AM PDT

18 Syaaban 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini menolak usul pendakwaan terpilih yang dibawa oleh Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin.

Penolakan tersebut dibuat Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia atas alasan kerana kes-kes yang berlaku telah dibawa ke mahkamah dalam masa yang sama sidang dewan masih dalam membahaskan ucapan Titah Yang Di-Pertuan Agong.

Usul yang dikemukakan Hanipa adalah berkaitan penerusan pendakwaan terpilih di bawah Akta Hasutan 1948 yang dijanjikan untuk diganti dengan Akta Keharomian Nasional.

Ianya dikemukakan kepada Dewan Rakyat mengikut Peraturan Mesyuarat 18(1) dan (2).

Hanipa yang membacakan usulnya itu menegaskan pemimpin yang pro Pakatan Rakyat ditangkap antaranya Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa, Datuk Tamrin Ghaffar, aktivis Ngo Haris Ibrahim dan mahasiswa Adam Adli dan Safwan Anang yang kritikal kepada Umno BN disiasat dan didakwa di bawah Akta Hasutan.

Pendakwaan terpilih ini, katanya telah menimbulkan kekeliruan dan keraguan di kalangan rakyat Malaysia tentang niat dan kesungguhan kerajaan mengotakan Janji Ditepati untuk memansuhkan akta tersebut diganti dengan Akta Keharmonian Nasional.

Lebih malang lagi katanya, mereka yang pro BN seperti Perkasa yang membuat kenyataan berkecenderungan menghasut melibatkan isu-isun perkauman dan sensitif agama di bawah akta ini tidak ditangkap, disiasat jauh sekali di dakwa di mahkamah.

Antara mereka yang terlibat katanya, seperti kenyataan Presiden Perkasa yang ingin membakar Bible, kenyataan Zulkifli Nordin memperlekehkan kepercayaan Penganut Agama Hindu, dan kenyataan Tun Mahathir yang mendakwa Lim Kit Siang rasis. 

Bagi Hanipa, perkara ini melibatkan kepentingan ramai kerana kerajaan BN telah berjanji untuk menghapuskan Akta Hasutan yang merupakan undang-undang warisan penjajah, tetapi masih ramai lagi rakyat Malaysia terdedah dengan pendakwaan ini.

"Sekali gus meranapkan 'legitimate expection' mereka untuk tidak didakwa di bawah akta ini," katanya.

Bahkan katanya, usul ini perlu disegerakan kerana sehingga kini tidak nampak akta ini akan dihapuskan sepertimana janji yang dibuat oleh kerajaan BN sedangkan dalam masa yang sama banyak pimpinan Pakatan Rakyat yang kritika pada BN terus didakwa.

Bagaimanapun Pandikar menolak usul tersebut dan mencadangkan ianya dibangkitkan dalam ucapan titah diraja.


harakah/-

Derita Amir tiada hempedu

Posted: 27 Jun 2013 02:05 AM PDT

Derita Amir tiada hempedu
18 Syaaban 1434 H. [MOD] -


PERAK - Senyumannya menyentuh perasaan sesiapa yang melihatnya, namun siapa sangka bayi yang bernama Muhammad Isma Amir Shahnizam ini sudah tidak mempunyai hempedu.
Dia yang baru saja berusia lapan bulan juga menghidap penyakit radang hati akibat demam kuningnya terlalu kuat selepas dilahirkan pada tahun lalu.

Ibu bayi berkenaan, Hasni Mansor, 38, berkata, paling menyedihkannya apabila bayinya itu muntah darah.

Menurutnya, bukan saja muntah, anak ketiganya yang dipanggil Amir itu turut membuang air besar yang mengandungi darah.

"Selepas saya bersalin, Amir mendapat demam kuning namun kami tidak sangka demam kuningnya terlalu kuat sehingga mata putihnya turut berwarna kuning.

"Doktor pada ketika itu sudah mengesahkan hati anak saya turut dijangkiti kuman dan pada masa berkenaan dia terpaksa menjalani pembedahan sehingga menyebabkan hempedunya dibuang dan digantikan dengan saluran baru," katanya

Setelah menjalani pembedahan hati buat pertama kalinya pada tahun lepas, bayi berkenaan sekali lagi akan dibedah pada tahun ini.

Pada mulanya pembedahan dijadualkan akan berjalan pada 18 Jun 2013 namun terpaksa ditangguhkan kerana doktor mendapati hati Amir membengkak.

Dipercayai hati bayi kecil ini sudah pun rosak separuh daripadanya dan perutnya turut membesar akibat kesan hati yang membengkak.

Hasni berkata, disebabkan penyakit berkenaan, Amir hanya dibenarkan minum sejenis susu sahaja oleh doktor.

"Namun harga susu berkenaan terlalu mahal untuk kami membelinya, satu tin kecil itu dalam tiga hingga empat hari sudah boleh habis kerana anak saya ini hanya minum susu.

"Dengan duit yang ada ini kami memang tidak mampu untuk menanggung perubatan Amir sepenuhnya," katanya.

Hasni yang tidak bekerja itu turut mempunyai dua anak lelaki berusia lapan dan lima tahun.

Sementara itu, bapa bayi berkenaan, Shahnizam Md Akhir, 32, pula tidak mampu bekerja kerana menghidap penyakit sawan serta berstatus Orang Kurang Upaya (OKU).

Dia juga bekas kakitangan kerajaan namun terpaksa berhenti dari kerja gara-gara penyakitnya, kemudian dia mula menyara keluarga dengan bekerja sebagai pekerja kedai kopi namun masalah tetap timbul

Menurutnya, penyakit sawan yang kerap berlaku di tempat kerja menyebabkan dia terpaksa berhenti kerja akibat malu dan juga sering kali menyebabkan majikannya susah.

"Sebagai ketua keluarga saya malu kerana tidak dapat menanggung keluarga namun saya tidak mampu, sekarang keadaan lebih buruk apabila saya tidak bekerja dan isteri juga tidak boleh bekerja kerana saya sakit dan anak juga sakit.

"Mana-mana pengasuh tidak mahu menjaga anak saya kerana takut memandangkan dia masih dalam keadaan sakit, saya pula tidak boleh menjaganya kerana sakit sebegini rupa," katanya

sinar/-

Dakwat kekal: PR desak SPR dedah nama syarikat

Posted: 27 Jun 2013 01:43 AM PDT

dakwat kekal
18 Syaaban 1434 H. [MOD] -


LUMPUR – PR terus mendesak SPR mendedahkan nama syarikat yang membekalkan dakwat kekal yang digunakan pada PRU13 lalu kerana mendakwa syarikat tersebut gagal menyediakan dakwat yang berkualiti.


Anthony Loke Siew Fook (DAP-Seremban) berkata, SPR dan kerajaan juga sepatutnya mengambil tindakan undang-undang terhadap pembekal tersebut dan menuntut ganti rugi kerana bahan tidak mematuhi spesifikasi.
Menurutnya, alasan demi alasan yang diberikan SPR seolah-olah menggambarkan badan tersebut cuba melindungi syarikat tersebut dan ia tidak langsung menimbulkan pelbagai persepsi negatif.
"Alasan SPR tidak mendedahkan nama syarikat itu atas sebab keselamatan tidak boleh diterima, kita sudah pun selesai mengadakan PRU13. Bagaimanakah maklumat pembekal dakwat kekal itu boleh menimbulkan masalah keselamatan?" katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.
Selain itu, Anthony turut mempertikaikan kos dakwat kekal yang digunakan pada PRU13 adalah sebanyak RM7.1 juta sedangkan pada PRU12 lalu, kos pembelian adalah RM2.4 juta namun dimusnah selepas tidak digunakan pada PRU tersebut.
Katanya, peningkatan kos ini adalah tidak logik kerana pada PRU12, jumlah pengundi adalah 10,922,139 manakala pada PRU13 adalah seramai 13,268,002 orang, pertambahan kira-kira 20 peratus.
"Mengapakah pertambahan pengundi sebanyak 20 peratus boleh menyebabkan peningkatan kos dakwat kekal dari RM2.4 juta kepada RM7.1 juta, peningkatan tiga kali ganda?
"Mengapa perbezaan kos ini begitu ketara? Bagaimana kerajaan boleh membeli dakwat kekal yang tidak kekal untuk pilihan raya, ia menjadi bahan ketawa seluruh dunia," katanya.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, kesan ketahanan penggunaan dakwat kekal adalah bergantung kepada individu dan usaha yang dilakukan bagi tujuan menghilangkan dakwat kekal itu.
Beliau berkata ujian yang dibuat ke atas pegawai SPR dan pekerja media pada 2 Mei lepas membuktikan dakwat itu kekal seperti yang ditetapkan.
Shahidan berkata dakwat itu antara lain dihasilkan dengan menggunakan bahan pewarna makanan yang diluluskan.
   
Beliau berkata sebanyak RM400 juta telah diluluskan Kementerian Kewangan untuk menampung segala perbelanjaan PRU13 lepas.
Sementara itu, Shahidan berkata kos keseluruhan penggunaan dakwat kekal dalam PRU13 ialah RM7.1 juta yang meliputi pelbagai proses.     
Beliau berkata RM6.9 juta diperuntukkan untuk kerja-kerja reka bentuk botol dakwat khas, berus, kotak botol dan membuat bancuhan khas dakwat.


harakah/-

Dakwat: Tadi kata tiada bahan kimia, sekarang ada

Posted: 26 Jun 2013 11:29 PM PDT

17 Syaaban 1434 H. [MOD]

KUALA LUMPUR:Jawapan bercanggah kerajaan termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai dakwat kekal yang digunakan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 semakin menimbulkan keraguan banyak pihak.

Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Md Ramli mempertikai jawapan berbeza menteri kepada wakil rakyat yang berbeza pada hari yang sama mengenai dakwat kekal.

Menurut beliau, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim semalam mendedahkan bahawa dakwat kekal yang digunakan hanya mengandungi pewarna makanan dan bukannya bahan kimia Silver Nitrate.

Namun pada hari yang sama, menteri memberi penjelasan berhubung peratusan Silver Nitrate yang terkandung dalam dakwat yang digunakan.

"Semalam kita dengar jawapan kepada Ahli Parlimen Segambut bahawa dakwat tidak ada bahan kimia tetapi mengandungi pewarna makanan.

"Hari yang sama SPR menjawab melalui menteri kepada saya atas soalan mengapa kandungan Silver Nitrate dalam dakwat kekal yang digunakan dalam Pilihan raya Umum ke-13 di bawah paras 1% sedangkan piawaian asal yang ditetapkan ialah 4%.

"Isunya, tadi menteri kata tiada bahan kimia sekarang ada bahan kimia pula, jawapan diberi pada hari yang sama kepada wakil rakyat yang berbeza," kata beliau pada sidang media di lobi parlimen hari ini.

Menjawab soalan beliau itu, menteri memaklumkan bahawa mengikut prosedur operasi standard (SOP) tidak menetapkan sebarang piawaian bagi peratus Silver Nitrate dalam dakwat kekal bagi digunakan dalam PRU13.

"Semakan SPR mendapati kandungan Silver Nitrate dalam dakwat kekal adalah berbeza-beza mengikut negara.

"Mengambil maklum akan pengalaman Kementerian Kesihatan yang menggunakan Silver Nitrate dalam rawatan untuk penyakit kulit tanpa memudaratkan pesakit ialah sebanyak 0.5 hingga satu peratus.

"Atas dasar mengutamakan kesihatan pengundi yang pertama kali menggnakan dakwat kekal, SPR mengambil pendekatan melalui prinsip penggunaan bahan kimia pada paras terendah seterusnya memutuskan kandungan Silver Nitrate satu peratus bagi penggunaan dakwat kekal dalam PRU yang lalu," kata menteri dalam jawapan bertulis kepada Hatta.

Hatta yang juga Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS juga berkata, dakwaan bahawa penggunaan Silver Nitrate boleh mengakibatkan penyakit sangat tidak masuk akal kerana pengundi hanya menggunakannya dalam kuantiti yang sedikit dan bukan digunakan setiap hari.

"Baru-baru ini SPR ada menyebut dalam temu bual di televisyen bahawa dakwat kekal ini yang mengandungi Silver Nitrate bahaya dan boleh menyebabkan kanser dan buah pinggang.

"Kalau kita guna secara berterusan dalam kuantiti yang banyak mungkinlah boleh sebabkan penyakit tapi kita mencalit sedikit sahaja atas kuku dan mengenai kulit lima tahun sekali.

"Jadi di mana logiknya bahaya dakwat kekal ini?" soalnya.

Harakahdaily/-

SPR T'ganu: P'raya kecil paling lewat 27 Ogos

Posted: 26 Jun 2013 11:03 PM PDT

18 Syaaban 1434 H. [MOD] -

Yang Dipertua DUN Terengganu hari ini menyerahkan surat pemakluman rasmi kekosongan kerusi DUN Kuala Besut kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Terengganu.


  • Yang Dipertua DUN Mohd Zubir Embong menyerahkan surat itu kepada Pengarah SPR negeri Fakhrul Razi Ab Wahab di pejabat beliau di Wisma Darul Iman di Kuala Terengganu pada 10 pagi ini.

    Kerusi DUN Kuala Besut kosong berikutan kematian wakil rakyatnya Dr A Rahman Mokhtar, 55, pagi semalam akibat kanser paru-paru.

    Fakhrul Razi berkata beliau akan menyerahkan surat itu kepada Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof hari ini.

    "Pilihan raya kecil DUN Kuala Besut boleh diadakan selewat-lewatnya pada 27 Ogos depan," katanya. Peraturan pilihan raya menetapkan pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pemakluman rasmi kekosongan kerusi.

    A Rahman ialah  Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri.

    Pada pilihan raya umum ke-13 5 Mei lepas, Allahyarham mempertahankan kerusi itu bagi Barisan Nasional (BN) setelah mengalahkan calon PAS Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.

    BN memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri Terengganu  apabila memenangi 17 kerusi, PAS menguasai 14 kerusi manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) satu kerusi.

    Bernama

Rakyat M'sia ke Jepun dikecualikan visa mulai 1 Julai

Posted: 26 Jun 2013 10:58 PM PDT

18 Syaaban 1434 H. [MOD] -

  • Rakyat Malaysia, yang memegang pasport biometrik dilengkapi mikrocip, tidak perlu mendapatkan visa untuk berkunjung ke Jepun untuk tempoh jangka pendek mulai 1 Julai ini.
  • Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur berkata kerajaan negara itu memperkenalkan kemudahan pengecualian visa sempena sambutan ulang tahun ke-40 hubungan Persahabatan dan Kerjasama Asean-Jepun.

    "Perkembangan ini dijangka akan meningkatkan lagi pertukaran antara Jepun dan Malaysia dengan peningkatan pelancong Malaysia ke Jepun serta meningkatkan kemudahan perniagaan antara dua negara," menurut kenyataan kedutaan itu.

    Rakyat Malaysia yang memenuhi syarat-syarat relevan boleh berkunjung ke Jepun tanpa mendapatkan visa untuk tempoh jangka pendek tidak melebihi tiga bulan berturut-turut.

    Bagaimanapun, rakyat Malaysia yang tidak memegang pasport biometrik biasa dengan dilengkapi mikrocip dinasihatkan mendapatkan visa sebelum ke negara tersebut.

    -Bernama

Tiada ulasan:

Nuffnang