Nuffnang

:: cina islam | 2011 ::

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 7:10 PG

:: cina islam | 2011 ::


Sah kereta milik suami

Posted: 17 Jun 2013 03:02 AM PDT

Foto
8 Syaaban 1434 H. [MOD] -


Georgetown: Kerja mengesan Lim Chin Aik, 44, yang dikhuatiri tertimbus bersama keretanya selepas dihempap serpihan konkrit rod penebat kilat di Jalan Maccalister di sini, masih dijalankan.
Selepas kehilangan penjual nasi lemak itu dilaporkan isterinya Lee Chai Song Jumaat lalu, gerakan mencari dan menggali kawasan yang dihempap mula dilakukan sebelum serpihan keretanya ditemui kira-kira jam 6 petang kelmarin.
Sejak itu, operasi menggali di lokasi terbabit diteruskan dan setakat ini pasukan penyelamat sudah menemui serpihan badan kereta dan juga tiga tayar kereta dalam timbunan runtuhan yang dipenuhi lumpur itu.

Tinjauan di lokasi terbabit sejak jam 7 pagi semalam mendapati kerja menggali dan mencari mayat mangsa giat dilakukan dan sehingga jam 8 malam ia masih diteruskan.


Pasukan penyelamat menggunakan dua jengkaut untuk menggali kawah yang terbentuk akibat ditimpa konkrtit itu yang kini kedalamannya mencecah hingga kira-kira lapan meter.

metro/-

Boikot kurma Israel

Posted: 17 Jun 2013 02:46 AM PDT

8 Syaaban 1434 H. [MOD] -

Boikot kurma Israel

Poster memboikot kurma Israel diedarkan di London.
LONDON - Masyarakat Islam British merancang melancarkan kempen memboikot kurma dari Israel menjelang Ramadan, susulan pencerobohan berterusan rejim Israel di wilayah Palestin.

Media tempatan melaporkan, jurucakap Persatuan Islam Britain (MAB) berkata, kempen itu bertujuan memberi kesedaran kepada umat Islam bahawa kurma terbabit diambil dari Tebing Barat oleh pengeluar Israel.

Memetik laporan Press TV, menurutnya , Israel memperoleh hasil lumayan daripada eksport kurma yang ditanam di dalam kawasan Tebing Barat, tetapi menafikan hak ke atas penduduk Palestin.

sinar/-

Semua perlu sertai Black505 22 Jun - Husam

Posted: 17 Jun 2013 02:29 AM PDT


8 Syaaban 1434 H. [MOD] -


KOTA BHARU: Para pimpinan PAS menggesa seluruh ahli dan penyokongnya agar turun ke Kuala Lumpur 22 Jun ini bagi menyertai perhimpunan terakhir Black505.

"Keputusan untuk menyertai himpunan ini bukan keputusan Husam Musa, bukan keputusan Haji Mohamad Sabu tetapi keputusan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat untuk menyokong Blackout505," kata Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa (gambar).

Sehubungan dengan itu, beliau menggesa semua para pemuda agar jangan ragu untuk menyertainya.

"Andaikata kita terkorban, atau satu daripada kita terkorban, insya Allah ia adalah syahid fi sabillah," tegas Husam Musa.


Tetapi, kata Husam, tidaklah menjadi niat PAS untuk terkorban dalam perhimpunan ini.

"Niat kita adalah penipuan pilihan raya mesti dihentikan dan sesiapa terlibat dengan penipuan ini mesti menerima tanggungjawabnya sekarang dalam sistem politik negara ini," tegas Husam.

"Kita boleh redha dengan kekalahan kita tetapi kita tidak diizinkan untuk redha dengan penipuan dan maksiat.

"Ini dua perkara yang berbeza. Kita boleh terima hakikat takdir yang telah ditentukan tetapi kalau penipuan demi penipuan, tiap-tiap kali pilihan raya Umno menang hanya dengan penipuan, wajib kita orang Islam tegak berdiri menentangnya," tegas beliau.

Menurut Husam, semua pihak dalam Pakatan Rakyat tidak boleh berdiam diri dengan penipuan yang dilakukan dalam pilihan raya umum lalu.

"Kalau kita berdiam diri kerana telah menang menguasai kerajaan (negeri), kita pengkhianat kepada perjuangan," kata Husam.

Sehubungan itu beliau bersyukur kerana semua hadir dalam pertemuann yang diadakan ini termasuk wakil kerajaan negeri Kelantan iaitu Datuk Ahmad Yakob.

Beliau yakin undi yang diberikan oleh penyokong adalah untuk perjuangan bukan untuk mana-mana individu.

Husam juga menjelas, tujuan diadakan himpunan Black505 adalah untuk mencegah kemungkaran sebagaimana yang diminta oleh Allah.

Oleh itu, katanya, rakyat perlu bangkit menentangnya bagi memastikan penipuan tidak lagi berlaku dalam pilihan raya ke 14 dan 15 nanti.

Dalam ucapan itu juga, Husam berkata, tidak mustahil Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan dalam masa terdekat.

"Kalau pengerusi SPR tak nak letak jawatan, Najib kena letak jawatan. Kalau kedua-dua letak jawatan, Alhamdulillah, itu lagi baik.

"Atas sebab itu, tidak mustahil Najib letak jawatan," tegas Husam.

Bagi beliau, dalam PRU 13 yang penuh dengan penipuan itu, orang yang paling kecewa adalah Najib kerana dengan perbelanjaan yang begitu besar, dengan penipuan yang diatur begitu rapi, kenangkitan rakyat melalui peti undi lebih besar dari yang dijangkakan.

"Kerana itu dia kecewa. Dalam politik moral, politik akhlak dan maruah, Datuk Seri Najib yang menang minoriti tidak layak untuk memimpin rakyat," tegas beliau.

Atas dasar itulah, katanya, himpunan Blackout505 akan diadakan di Kuala Lumpur 22 Jun ini bagi menuntut perubahan di negara ini.


harakah/-

Takaful: Warga emas terima manfaat RM53 juta

Posted: 17 Jun 2013 02:27 AM PDT


8 Syaaban 1434 H. [MOD] -


KOTA BHARU: Selepas disisih mendapat sebarang peruntukan melaksanakan projek rumah awam kos rendah sejak 1990, Kelantan terpaksa membina sendiri rumah untuk penduduk miskin.

Projek kebajikan rumah dhua'fat diwujudkan bermula pada 2010. Dan sehingga tahun lepas sebanyak RM14.9 juta diperuntukan bagi tujuan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat, Mumtaz Md Nawi berkata, projek berkenaan meliputi membina dan membaiki rumah penduduk miskin, kediaman ditimpa bencana dan rumah dhaif.

"Sebanyak 4,485 penduduk miskin mendapat faedah skim tersebut dalam tempoh 2010-2012. Purata rumah yang dibina sebanyak 340 buah dengan kos antara RM35,000 hingga RM40,000 sebuah.

"Selain itu 4,145 buah rumah dibaiki dengan anggaran setiap sebuah membabitkan kos kira-kira RM10,000," katanya menjawab soalan Mohamad Awang (PAS-Gual Periok) pada persidangan Dun hari ini.

Menurutnya juga sehingga sekarang seramai 28,000 keluarga warga emas yang berdaftar dengan Takaful Kifaalah mendapat manfaat sebanyak RM1,500 apabila pencarum meninggal dunia.

Katanya, sejak skim itu dilancarkan sebanyak RM53 juta telah diagih kepada keluarga warga emas yang meninggal dunia.

harakahdaily/-

PAS tetap bertegas perlu tubuh IPCMC

Posted: 17 Jun 2013 02:23 AM PDT


8 Syaaban 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Integriti Agensi Penguat Kuasa (EAIC) yang sedia ada tidak boleh menyelesaikan masalah apatah lagi mengembalikan integriti PDRM kerana suruhanjaya itu bersifat umum.


Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub berkata, Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) adalah yang terbaik untuk memulihkan imej pasukan polis yang kini sudah tercalar ekoran beberapa kes kematian di dalam lokap.

"PAS konsistan bahawa IPCMC sangat perlu kerana ia bersifat khusus kepada PDRM dan saya percaya ianya boleh mengembalikan integriti PDRM sekali gus memulihkan kepercayaan rakyat terhadap pasukan keselamatan itu," katanya kepada Harakahdaily.

Malah katanya, EAIC yang sedia ada tidak fokus kepada matlamat penubuhan seperti mana IPCMC yang lebih bertanggungjawab untuk memulihkan imej PDRM. 

Salahudin turut membidas Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Zinin yang tidak wajar mengeluarkan kenyataan IPCMC tidak perlu kerana sudah ada EAIC, memandangkan beliau mempunyai kepentingan di dalam PDRM.

"Kenyataan timbalan KPN tidak wajar, buat apa dia nak komen tentang IPCMC dia pihak yang ada kepentingan dalam PDRM. Sebenarnya rakyat mahu imej PDRM dikembalikan," katanya.

Sebelum ini, Timbalan KPN menolak cadangan untuk membentuk IPCMC kerana sudah terdapat sebuah entiti pemantauan, iaitu EAIC.

Mohd Bakri berkata sudah ada undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen untuk memastikan anggota polis mematuhi peraturan-peraturan dan prosedur operasi standard (SOP).

"Sudah ada undang-undang. Sudah ada EAIC. Tidak ada gunanya untuk membincangkan tentang IPCMC. 

"Saya rasa undang-undang sudah sedia ada dan ia lebih kuat daripada IPCMC. Jadi kita hanya perlu melaksanakan atau menguatkuasakannya," katanya.
harakahdaily/-

Buang sentimen parti: Presiden PAS sokong titah sultan

Posted: 17 Jun 2013 02:21 AM PDT

8 Syaaban 1434 H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyambut baik titah Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang mahu semua pihak membuang sentimen kepartian dalam memberikan bantuan kepada rakyat.

Tuanku Sultan menyeru semua pihak bekerjasama tanpa mengira fahaman politik sewaktu bertitah sempena perasmian penggal pertama sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) kali Ke-13 di Wisma Darul Iman hari ini.

Abdul Hadi yang juga Adun Rhu Rendang berkata, titah tuanku itu harus diberi perhatian kerana selepas Pilihan Raya Umum Ke-3 (PRU13) Mei lalu, wujud diskriminasi terhadap rakyat kerana faktor politik.

"Antara yang menarik dalam titah Tuanku Sultan adalah selepas pilihan raya dihapuskan sentimen fanatik politik masing-masing.

"Jadi kita minta Jawatankuasa Kemajuan kampung (JKK) supaya mudah tandatangan borang (permohonan bantuan) rakyat kerana selepas pilihan raya ini saya menerima banyak aduan rakyat yang JKK tak mahu tandatangan borang.

"Jadi perlu diselesaikan di peringkat akar umbi. Kalau akar umbi boleh selesai (pihak) atas mudah selesai," kata Ustaz Hadi (gambar) ketika ditemui pemberita di lobi dewan Wisma Darul Iman hari ini.


Sebelum ini, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad said berkata, pihak kerajaan negeri tidak akan membuat rumah mampu milik di kawasan yang dimenangi Pakatan Rakyat dalam pilihan raya lalu.

Ahmad berkata, rakyat di kawasan berkenaan perlu meminta bantuan dari wakil rakyat yang mereka pilih dalam pilihan raya lepas.

Menurut Ustaz Abdul Hadi juga, PAS di Terengganu akan terus menegur kerajaan negeri sekiranya mereka bersikap boros dan tidak mengutamakan keperluan rakyat.

Namun katanya, PAS bersedia memberikan kerjasama yang terbaik kepada kerajaan negeri bagi memastikan kelancaran pentadbiran negeri.

"Ada perkara yang boleh kerjasama, ada perkara yang kita kena tegur kerajaan. Tuanku ada sebut tadi mengenai projek-projek yang tidak menguntungkan rakyat. (Projek) itu masih ada lagi.

Sultan Mizan dalam titah baginda menyeru kerajaan negeri mengambil langkah berjimat cermat dalam perbelanjaan termasuk dalam aspek pelaksanaan projek dann program.

"Projek-projek yang kurang efektif dan tida memberi manfaat kepada rakyat secara menyeluruh perlulah dielakkan.

"Kerajaan perlu mengawal perbelanjaan dengan mengekalkan konsep berhemah," titah baginda.


harakahdaily/-

Periksa kesihatan percuma

Posted: 17 Jun 2013 02:16 AM PDT

Periksa kesihatan percuma
8 Syaaban 1434 H. [MOD] -SHAH ALAM - Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Selangor menyeru golongan bapa membawa bersama ahli keluarga menjalani pemeriksaan kesihatan percuma di enam Klinik Nur Sejahtera di negeri ini bermula hari ini hingga Rabu.


Pengarahnya, Adzhar Ismail berkata, enam klinik tersebut adalah di Selayang, Shah Alam, Kajang, Pelabuhan Klang, Klang dan Ampang.

Adzhar berkata, beliau menyeru golongan bapa menjalani pemeriksaan kesihatan bagi mengenal pasti tahap kesihatan diri.

Menurutnya, tindakan itu perlu dilakukan oleh bapa yang merupakan ketua keluarga.

"Saya menyeru para bapa dapat bawa keluarga untuk jalani pemeriksaan kesihatan percuma selama tiga hari ini kerana mereka adalah ketua keluarga dan sangat penting menjadi contoh kepada yang lain.

"Mereka perlu menggalakkan ahli keluarga lain untuk buat pemeriksaan kesihatan supaya kita dapat kenal pasti penyakit yang ada," katanya selepas Sambutan Hari Bapa Peringkat Negeri di Tasik Shah Alam di sini semalam.

Majlis bertemakan 'Terima Kasih Ayahku' itu bermula kira-kira 7.30 pagi hingga 10 pagi dengan acara senamrobik dengan kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Malah sebanyak 300 cenderamata turut diedarkan kepada golongan bapa yang bersenam di tasik itu.

Adzhar berkata, golongan bapa merupakan ikon kepada ahli keluarga.

Menurutnya, bapa perlu memainkan peranan penting dalam institusi kekeluargaan supaya dapat dijadikan panduan oleh anak-anak.

"Semua bermula daripada rumah sebelum komuniti dan seterusnya negara.

"Jadilah bapa yang terbaik untuk keluarga," katanya.

Adzhar berkata, sambutan majlis itu juga mengejutkan golongan bapa yang berjoging di tasik itu malah mereka rasa dihargai.

sinar/-

Perdamaian nasional: Najib gagal, Umno BN kalah

Posted: 17 Jun 2013 02:05 AM PDT


8 Syaaban 1434 H. [MOD] -


'Perdamaian nasional' Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan gagal dan Umno BN akan benar-benar kalah dalam PRU14 jika beliau terus menganggap bahawa Barisan Nasional memenangi PRU13 tetapi kalah dalam 'perang persepsi' sepertimana yang beliau sebutkan dalam pertemuan dengan pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta kelmarin.

Menurut Najib, Barisan telah menjalankan banyak transformasi dari segi pelaksanaan perkhidmatan sejak empat tahun lalu dan telah memenangi PRU13, tetapi ia kalah dalam perang persepsi berikutan fitnah dan pembohongan yang telah disebarkan oleh Pembangkang menerusi media alternatif yang lebih dipercayai orang berbanding kebenaran dalam media arus perdana.

Kata Najib: "Untuk pilihan raya umum berikutnya, Barisan mesti mempersiapkan diri untuk terlibat dalam perang persepsi".

Apakah Najib sebenarnya menjanjikan lebih banyak pembohongan Umno BN di ruang siber dalam masa lima tahun mendatang, walaupun 10,000 cybertrooper Umno BN yang dilatih dalam siri Konvensyen Media Sosial 1Malaysia yang dianjurkan di seluruh Malaysia, melibatkan ratusan juta ringgit wang rakyat, telah gagal sama sekali?

Saya tidak ingin membela media alternatif, tetapi apakah Najib sanggup menubuhkan suruhanjaya penyiasatan bebas untuk mengenalpasti mengapa media arus perdana telah hilang kredibiliti dan wibawa sehingga media alternatif lebih mendapat tempat?

Biarkan suruhanjaya bebas itu meneliti pembohongan media arus perdana Umno BN, termasuk Utusan Malaysia, New Straits Times, Berita Harian, atau Star yang mendakwa DAP telah mendanai "Tentera Kacang Merah" yang mempunyai 300 hingga 3,000 cybertrooper dan membelanjakan RM108 juta hingga RM1 bilion sejak enam tahun lalu untuk memburuk-burukkan para pemimpin Umno BN.

Sampai sekarang ini lidah Umno Utusan Malaysia masih terus menerbitkan pembohongan tentang DAP yang kononnya mendanai 'Tentera Kacang Merah'!

Dalam PRU13, Umno BN kalah undi majoriti tetapi menang majoriti kerusi parlimen kerana bagi para pengundi Umno BN gagal menangani isu nasional tentang Malaysia yang selamat, bersih, telus dan moderat. Najib masih berjaya memegang kuasa kerana tiadanya sistem pilihan raya yang bersih, bebas dan adil.

Cakap-cakap Najib tentang 'transformasi' semuanya kosong, seperti yang dapat kita lihat pada hakikat bahawa rakyat Malaysia kini tidak merasa selamat di tempat-tempat awam dan bahkan dalam rumah sendiri berikutan peningkatan kadar jenayah yang tidak terkawal, sehinggakan buat kali pertama rakyat Malaysia tidak merasa selamat untuk keluar makan di restoran dan kedai makan terbuka.

Mampukah Najib, Menteri Dalam Negeri yang baru, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, dan Ketua Polis Negara yang baru, Tan Sri Khalid Abu Bakar, bersimpati dengan komen berikut yang ditulis oleh pengunjung blog saya?


"Darah saya mendidih hari ini apabila membaca berita tentang polis yang menyediakan pemeriksaan setiap jam ke atas mesin ATM!!!

"Mengapa? Keselamatan mesin ATM adalah tanggungjawab pihak bank.
"Di mana keutamaan PDRM? Orang ramai dirompak, ditetak, dirogol, dan bermacam-macam lagi cara harta benda dan tubuh-badan mereka dijejaskan, tetapi polis lebih bimbang tentang mesin ATM kepunyaan bank?
"Bank membayar lebih banyak cukai? Mesin ATM lebih penting daripada nyawa manusia?
"Kita telah sampai ke peringkat di mana jalan-jalan awam ditawan oleh penjenayah dan kita tidak lagi berani keluar rumah.

"Bagi saya kalau polis meronda setiap dua jam sekali di kawasan awam yang menjadi tempat tumpuan jenayah pun sudah cukup.

"Dan di mana sekian banyak motosikal yang baru-baru ini diberikan kepada polis dengan segala publisiti, untuk membantu mereka melakukan rondaan?

"Saya TIDAK PERNAH melihat walaupun seorang anggota polis di jalan berhampiran rumah saya, sama ada polis bermotor atau berkereta, sejak enam bulan lalu. Padahal rumah saya hanya berjarak 2 km dari sebuah stesen polis yang pembukaannya dirasmikan dengan penuh meriah tidak sampai 3 tahun lalu."
Boleh Zahid atau Khalid menjawab persoalan-persoalan ini?

Maka hairankah kita jika buat kali pertama dalam sejarah negara kita yang berusia 56 tahun ini dan setelah 13 pilihan raya umum, legitimasi seorang Perdana Menteri dipertikaikan secara meluas di kalangan rakyat Malaysia?

harakah/-

Gempar tapak kaki misteri

Posted: 17 Jun 2013 01:08 AM PDT

8 Syaaban 1434 H. [MOD] -

Gempar tapak kaki misteri

Kesan tapak kaki yang ditemui
Gempar tapak kaki misteri

Adnan (dua, kiri) dan penduduk kampung di lokasi penemuan.
KUALA PILAH – Penduduk Kampung Kepis Baru, di sini, gempar apabila menemui ratusan kesan tapak kaki luar biasa dan bersaiz besar di atas tanah, semalam.

Berdasarkan kedalaman tapak berkenaan, kesannya dilihat teratur serta dipercayai melibatkan makhluk hidup berkaki dua, serta berat melebihi 100 kilogram.

Tinjauan Sinar Harian selepas menerima aduan penduduk semalam, turut mendapati lebih 200 kesan tapak kaki berukuran kira-kira 20 sentimeter panjang, manakala terdapat lima jari sebesar kira-kira lima sentimeter setiap satu di kawasan lapang berdekatan sebuah hutan di situ.

Penduduk kampung, Adnan Pungut, 48, yang dipercayai orang pertama menemui kesan tapak kaki itu berkata, dia menyedari sesuatu luar biasa pada tanah di situ ketika datang ke kebunnya untuk membakar longgokan kayu yang sudah ditebang, kira-kira 3 petang kelmarin.

"Apabila sampai di sini, saya terkejut melihat banyak kesan tapak kaki luar biasa dan saiznya besar. Dengan rasa takut, saya balik ke rumah dan memberitahu kepada penduduk kampung.
 
"Saya bersama beberapa penduduk kampung kemudian cuba menjejaki tapak kaki tersebut sehingga ke hujung. Di pertengahan, kami dapati ada kesan bulu ayam berselerakan, dipercayai telah dimakan makhluk misteri berkenaan," katanya.

Menurutnya, kesan tapak kaki yang jelas kelihatan adalah kira-kira sepanjang 200 meter, selain terdapat juga beberapa tapak yang dikesan di dalam hutan berdekatan.

"Kami tidak berani meredah dan menyiasat sehingga ke dalam hutan. Biarlah pihak yang berkenaan menyiasat perkara ini kerana dikhuatiri ia mungkin dari spesis binatang buas," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Adnan juga berharap pihak berkaitan dapat menyiasat perkara itu bagi mengelakkan penduduk kampung bimbang, lebih-lebih lagi sebahagian besar merupakan penoreh getah dan perlu masuk ke dalam hutan berkenaan setiap hari.

"Hanya ini sumber rezeki kami. Bila sudah jumpa tapak peli ini, sedikit sebanyak menggusarkan kami. Kami amat berharap pihak berkenaan bantu mengesan sebelum kejadian buruk berlaku," katanya.

sinar/-

Kelantan teruskan Lebuh Raya Rakyat - Exco

Posted: 17 Jun 2013 12:52 AM PDT


8 Syaaban 1434 H. [MOD] -


KOTA BHARU: Lebuh Raya Rakyat Kota Bharu-Kuala Krai sepanjang 73 km tetap diteruskan kerajaan negeri, sekiranya kerajaan pusat enggan melaksanakan tanggungjawab tersebut.

Anggota Exco, Hanifa Ahmad berkata, kerajaan negeri mengambil tanggungjawab terbabit memandangkan kerajaan pusat mengenepikan projek berkenaan sejak 1986 (Rancangan Malaysia Ke-5).

"Pernah semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi menerajui negara peruntukan membina lebuh raya tersebut diluluskan, namun ditarik balik kemudiannya.

"Malah Unit Perancangan Ekonomi Kerajaan Negeri (UPEN) pernah memasukkan sekali lagi cadangan membina lebuh raya tersebut pada RMK-10, namun juga ditolak.

"Maka mengambil kira kerajaan pusat enggan membinanya, kerajaan negeri pada Mei tahun lepas melancarkan projek berkenaan bagi manfaat rakyat," katanya menjawab soalan tambahan Dr Yusnan Yusoff (PAS-Melor) pada persidangan Dun hari ini.

Sehingga kini lebih RM2 juta disumbangkan pelbagai pihak bagi mengisi dana Lebuh Raya Rakyat. Kerajaan negeri mensasarkan dana dapat dikumpul sehingga RM50 juta.

Menjawab soalan asal Mohd Fauzi Abdullah (PAS-Manek Urai) Hanifa berkata, projek berkenaan sudah dimulakan di Hutan Simpan Hulu Sat, Bukit Bakar bagi fasa pertama.

Katanya, pakej itu akan disambung sehingga ke Kampung Dusun Damar, Kuala Krai sejauh 29 km.

Manakala pakej kedua bermula dari Tunjung ke Bukit Bakar, Machang sejauh 44 km.

Difahamkan kerja-kerja yang dilakukan di tapak sekarang sepanjang 4 km meliputi penyediaan tapak dan kerja tanah. Selain itu pembinaan pejabat tapak dan kerja-kerja pembersihan kawasan.

Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd ditubuh kerajaan negeri sebagai peneraju utama projek berkenaan.

Skop pembinaan jalan dua lorong dan boleh dinaik taraf kepada empat lorong pada masa akan datang.

Hanifa juga berkata, kerajaan pusat melalui Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) bersetuju untuk bekerjasama melaksanakan projek berkenaan, di mana tender pakej 1 Kota Bharu-Kadok sudah dikeluarkan.

"ECER juga mahu menggunakan jajaran yang sama dengan pelan awal Lebuh Raya Rakyat dirancang kerajaan negeri.

"Malah pada mesyuarat yang saya hadiri bersama ECER baru-baru ini mereka menanyakan persetujuan kerajaan negeri sekiranya projek berkenaan dikendalikan sepenuhnya kerajaan pusat.

"Saya sebut kerajaan negeri bersetuju kerana projek berkenaan sememangya tanggungjawab kerajaan pusat," katanya.

Oleh itu katanya UPEN akan menulis surat kepada Menteri Kerjaraya bagi membolehkan perbincangan lanjut diadakan.

harakahdaily/-

Perdana Menteri Czech letak jawatan

Posted: 16 Jun 2013 11:20 PM PDT

8 Syaaban 1434 H. [MOD] -

PRAGUE 17 Jun - Perdana Menteri Czech, Petr Necas terpaksa meletak jawatan semalam ekoran skandal rasuah dan pengintipan melibatkan pembantu rapatnya.

Peletakan jawatan itu sekali gus menyebabkan negara anggota Kesatuan Eropah (EU) itu terjerumus kepada situasi tidak pasti berhubung siapa yang akan membentuk kerajaan.

Mengikut Perlembagaan Czech, kesemua kerajaan perlu meletak jawatan dan mungkin akan berlaku tawar menawar antara perikatan kerajaan, pembangkang dan Presiden, sebelum sebarang pengganti dilantik.

Necas meletak jawatan beberapa hari selepas pendakwa raya mendakwa Ketua Pejabat Perdana Menteri, Jana Nagyova kerana merasuah anggota Parlimen dan mengarahkan ejen perisikan mengintip orang ramai. - REUTERS

Pengakuan kecewa, masanya untuk bos SPR undur diri

Posted: 16 Jun 2013 11:11 PM PDT

8 Syaaban 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusuf memang wajar berasa kecewa kerana dakwat kekal yang satu-satunya peraturan pilihan raya paling mudah untuk dilaksanakan malangnya tidak dapat dilaksanakan dengan cemerlang, demikian tegas Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Dr Hatta Ramli.

Katanya, Abdul Aziz tidak boleh hanya melahirkan kekecewaan begitu sahaja sebaliknya beliau harus ada rasa tanggungjawab terhadap apa yang telah berlaku.

"Dia patut bertanggungjawab, disebabkan dakwat tidak kekal isu pengundian berganda timbul semula. Tidak cukup lahirkan rasa kecewa, kena ambil tindakan sepatutnya," kata beliau kepada Harakahdaily.

Hatta tidak menafikan untuk menyingkir pimpinan SPR kerana dakwat kekal ini tidak semudah itu, dan mereka harus mengambil tangungjawab sendiri dia atas kegagalannya dengan mengundur diri.

"Kekecewaan perlu dimanifestasikan dengan bentuk tindakan, bukan hanya pandai cakap kecewa sahaja. Paling bermoral adalah undur diri," katanya.

Menurut Hatta beliau dan beberapa pimpinan PAS pernah dijemput SPR untuk menguji ketahanan dakwat kekal yang kononya akan dilaksanakan dalam PRU 2008 yang lalu.

"Waktu itu saya akui dakwat memang kekal, mengambil masa hampir seminggu untuk luntur. Saya ingat kualiti dakwat yang samalah  akan digunakan pada PRU13 lepas. Waktu itu kita hampir percaya ketelusan SPR dalam melaksanakan penggunaan dakwat kekal, malangnya ia tidak berlaku.

"Saya dimaklumkan ada tiga orang yang tahu berkenaan pembelian dakwat kekal, saya minta mereka mengaku dan ambil tindakan sepatutnya, " kata beliau.

Terkini, setelah dikecam hebat oleh sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dengan penggunaan dakwat kekal, akhirnya Abdul Aziz  tampil menyatakan kekecewaannya terhadap kegagalan pelaksanaan peraturan itu.

Harakahdaily/-
.

13 cedera bas persiaran rempuh treler di Kampar

Posted: 16 Jun 2013 11:05 PM PDT

8 Syaaban 1434 H. [MOD] -

KAMPAR: Tiga belas penumpang termasuk dua kanak-kanak cedera selepas bas persiaran yang dinaiki merempuh belakang treler di kilometer 301.2 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, dekat sini, awal pagi tadi.


Dalam kejadian jam 3.35 pagi itu, bas yang membawa rombongan dari Nilai, Negeri Sembilan, menuju Kuala Perlis, untuk bercuti di Langkawi, dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh belakang treler di depannya.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon, berkata semua mangsa hanya cedera ringan dan menrima rawatan pesakit luar di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh.

Sultan Kelantan minta Pusat selesaikan tuntutan petroleum

Posted: 16 Jun 2013 10:57 PM PDT

8 Syaaban 1434 H.

KOTA BHARU:Pelbagai pihak mengalu-alukan Titah Sultan Kelantan(gambar) yang memohon Kerajaan Persekutuan agar menyelesaikan tuntutan petroleum yang dibuat oleh kerajaan negeri Kelantan.

Titah itu dibuat baginda sewaktu merasmikan Istiadat Pembukaan Penggal Pertama DUN Kelantan Ke-13 tahun 2013 di Kota Darulnaim, di sini hari ini.

"Pada masa yang sama beta memohon Kerajaan Persekutuan menyelesaikan isu tuntutan bayaran tunai royalti petroleum pada kerajaan negeri mengikut perjanjian yang ditandatangani,"titah baginda.

Sultan Kelantan Sultan Muhammad Ke-V juga mengingatkan Kerajaan Persekutuan menumpukan perhatian terhadap projek yang telah dirancang sebelum ini berjalan baik.

Baginda mendapat maklum, kira-kira lebih 2,000 ekar tanah di negeri itu telah dibuat pengambilan balik oleh Kerajaan Persekutuan untuk kegunaan agensi yang terlibat dalam rancangan kerajaan Pusat.

Pada masa yang sama, baginda turut melahir rasa syukurnya apabila kerajaan Kelantan telah mencatat jumlah pelaburan sebanyak RM2.87 bagi tahun 2012.

Titah baginda lagi, sekotor hartanah dan tenaga merupakan penyumbang terbesar kepada peningkatan pelaburan negeri, terutama di Jajahan Pasir Putih.

"Beta berharap usaha menarik pelabur dapat dipergiatkan lagi dalam usaha menambahkan sumber ekonomi di negeri ini,"titah baginda.

Dalam titah baginda itu juga beberapa aspek lain turut disentuh antaranya kejayaan Tahun Melawat Kelantan 2012 yang dapat menarik perhatian lebih 5 juta orang.

Selain itu juga baginda turut menyentuh kejayaan pelajar Yik yang cemerlang dalam pendidikan mereka, usaha Jaheaik dan MAIK berjaya membantu golongan miskin dan berbagai lagi
.

Comments posted (0)

YB BN

YB PAS

YB PKR

YB DAP