Ahad, 16 Jun 2013

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


TG Nik Aziz ucap terima kasih kepada sultan

Posted: 16 Jun 2013 05:34 AM PDT

7 Syaaban 1434 H. [MOD] -

KOTA BHARU: Bekas Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, melahirkan rasa terharu atas penghargaan yang diberikan Sultan Kelantan Sultan Muhammad Ke-V kepadanya.
Beliau mengakui hatinya begitu tersentuh dan tidak tahu apa yang ingin diperkatakan apabila tuanku menyatakan penghargaan dan berterima kasih kerana telah mengetuai kerajaan dalam tempoh 23 tahun.
Tuan Guru berkata demikian kepada Harakahdaily ketika diminta mengulas berhubung penghargaan yang diberikan oleh Sultan Kelantan terhadapnya ketika bertitah merasmikan Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Dun Kelantan ke-13.

Bagaimanapun Tuan Guru menyatakan tanggungjawab yang diberikan kerana memikul amanat yang diberikan oleh rakyat padanya sebagai hamba Allah dan bukan hamba hawa nafsu.

"Jika ingin mendapat rahmat dan balasan baik dari Allah, ikutlah perintahNya jika ikut demokrasi ciptaan barat bukan cara Islam, sebaliknya hawa nafsu.

"Oleh hal yang demikian dalam tempoh 23 tahun menjadi ketua kerajaan, saya mentadbir pemikiran rakyat,"ujarnya.

Hal ini kerana, tegasnya daripada pemikiran rakyat yang menjadi baik, ekonomi juga akan berkembang.

Sehubungan itu, Tuan Guru turut menjujung kasih kepada Tuanku Sultan Kelantan kerana keperihatinan baginda terhadap rakyat jelata dan dirinya sendiri ketika menjadi ketua kerajaan.

Sultan Kelantan ketika merasmikan pembukaan sidang Dun Kelantan baginda mengucapkan penghargaan kepada Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kerana telah berjaya mengemudi kerajaan negeri selama 23 tahun dengan cemerlang.

Harakahdaily/-

Sultan yakin MB baru teruskan Kelantan berkat

Posted: 16 Jun 2013 05:08 AM PDT

7 Syaaban 1434 H. [MOD] -


KOTA BHARU: Sultan Kelantan Sultan Muhammad Ke-V, mengucap tahniah pada Kerajaan Kelantan kerana telah berjaya mengekalkan kemenangan di negeri ini pada PRU13 lalu.


Pada masa yang sama juga baginda mengucapkan penghargaan kepada bekas Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kerana telah berjaya mengemudi kerajaan negeri selama 23 tahun dengan cemerlang.


Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Dun Kelantan Ke-13 di Kota Darulnaim, di sini tengah hari tadi.

"Beta juga mengucapkan tahniah keada Ahli-Ahli Yang Berhormat sekelian kerana berjaya dalam PRU lalu.

"Beta menyeru ahli-ahli berhormat dapat membalas kepercayaan rakyat dengan memberi sumbangan khidmat yang terbaik, bertanggungjawab dan saksama," titah baginda lagi.

Baginda juga turut menyatakan  keyakinan Menteri Besar Kelantan yang baru dapat meneruskan kesinambungan kecemerlangan berlandaskan wawasan kerajaan negeri yang makmur, berkat dan berkebajikan.

Titah baginda dalam tempoh 23 tahun pentadbiran kerajaan negeri di bawah ulama, telah melaksanakan pelbagai dasar pentadbiran dan program termasuk pembelajaran berterusan.

"Beta mengucapkan tahniah di atas kejayaan, pengiktirafan dan kecemerlangan yang dicapai oleh anggota perkhidmatan awam negeri,"titah baginda lagi.

Terdahulu baginda telah melakukan pemeriksaan perbarisan kehormat sempena pembukaan istiadat itu.

21 das tembakan meriam kedengaran di sepanjang perjalanan istiadat pembukaan dan perbarisan yang diadakan di pekarangan Kompleks Kota Darulnaim.

Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, Timbalan Menteri Besar, Datuk Amar Nik Abdullah, Speaker Dun Kelantan menyambut keberangkatan tiba Sultan  dan Tengku Mahkota Kelantan.

Hadir sama pada majlis perasmian itu, bekas Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ketua Pembangkang, Datuk Norzula Md Diah dan Adun-Adun yang lain.

Dua Adun mengangkat sumpah hari ini iaitu Datuk Seri Mustapha Mohamed (BN-Ayer Lanas) dan Datuk Che Abdullah Md Nawi (PAS-Wakaf Bharu).

Harakahdaily/-

Mesir hentikan hubungan diplomatik dengan Syria

Posted: 15 Jun 2013 10:13 PM PDT

7 Syaaban 1434 H. [MOD] -


KAHERAH: Mesir menghentikan jalinan hubungan diplomatik dengan Syria dan turut mengarahkan Kedutaan Damsyik di Kaherah ditutup, demikian menurut Presiden Mesir, Mohammed Morsi hari ini. 

Beliau turut memberitahu penyokongnya dalam satu perhimpunan hari ini bahawa kerajaan akan membawa keluar pegawai kedutaan daripada Kaherah di Damsyik. 


Pada masa sama, Morsi turut menggesa pejuang Islam Lubnan, Hezbollah untuk meninggalkan Syria. - AP 

Gempa bumi kuat bermagnitud 6.5 landa Nicaragua

Posted: 15 Jun 2013 10:12 PM PDT

7 Syaaban 1434 H. [MOD] -


BANDAR MEXICO: Gempa bumi kuat bermagnitud 6.5 melanda di luar pesisir pantai Pasifik Nicaragua, demikian menurut Jabatan Kaji Selidik Geologikal Amerika Syarikat (USGS). 

Susulan kejadian itu, katanya, tiada laporan kerosakan atau kecederaan diterima. - AP 

Rowhani diumumkan presiden Iran yang baru

Posted: 15 Jun 2013 10:12 PM PDT

7 Syaaban 1434 H. [MOD] -

Rowhani diumumkan presiden Iran yang baru Calon Presiden Iran, Hasan Rowhani menunjukkan tanda kemenangan selepas membuang undi pada pilihan raya kelmarin. - Foto AFP
TEHRAN: Ulama Hassan Rowhani diumumkan pemenang jawatan presiden baru Iran selepas memperolehi 50.68 peratus undi dalam pilihan raya kelmarin. 


Susulan kemenangan itu, ribuan rakyat Iran meraikan kejayaan pemimpin reformasi berusia 64 tahun sambil laungan slogan kejayaannya bergema di udara. 

Rowhani dalam kenyataan pertamanya selepas disahkan sebagai pemenang berkata, beliau menggesa kuasa besar du

Perhimpunan: 14 individu dibebaskan dengan jaminan polis

Posted: 15 Jun 2013 10:10 PM PDT

7 Syaaban 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Kesemua 14 individu yang ditahan semalam kerana ingkar arahan bersurai semasa berhimpun di hadapan pusat beli belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini, dibebaskan dengan jaminan polis, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) berkata, 13 lelaki dan seorang wanita dibebaskan dengan jaminan polis kira-kira jam 10 malam. 


"Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun turut dibawa ke IPD dalam insiden itu kerana ibunya dipercayai terbabit dalam perhimpunan itu dan polis tidak menahan kanak-kanak itu," katanya kepada BERNAMA. - BERNAMA 

Selangor prihatin, skim bapa bersama keluarga

Posted: 15 Jun 2013 10:08 PM PDT

7 Syaaban 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily,16 Jun 2013
KUALA LUMPUR: Jika peranan bapa itu dihayati dalam pentadbiran sesebuah negara dan negeri ia akan juga memudahkan bapa untuk melaksanakan fungsinya dengan baik.


Demikian perutusan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita Negeri Selangor, Rodziah Ismail (gambar) sempena Hari Bapa Sedunia.

Ini, katanya kerana kerajaan yang prihatin akan menyediakan dan menawarkan skim-skim yang memungkinkan bapa-bapa meluangkan masa mereka secara efektif bersama keluarga; seperti pemberian cuti 14 hari oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada suami-suami yang isteri mereka bersalin.

"Skim tersebut akan nanti diusahakan untuk dilanjutkan kepada pihak swasta di negeri Selangor," ujarnya dalam satu kenyataan sebagaimana di bawah.


Untuk kesekian kalinya menyambut hari ini, Hari Bapa Sedunia. Semoga Allah sentiasa merahmati para bapa di dunia ini.

Mengimbas kembali permulaan manusia ialah bapa yang pertama, iaitu Nabi Adam a.s., manusia pertama bersama isteri baginda, Hawa sehingga kini telah wujud bilangan berbilion manusia pelbagai bangsa, agama dan budaya.

Kedudukan insan, tanpa mengira bangsa, agama dan budaya, yang bernama bapa dalam kehidupan manusia amatlah penting.

Hubungan bapa dengan anak-anak dan isterinya serta kaum-kerabat dan manusia sekeliling memberi kesan kepada pembinaan peribadi dan sahsiah yang mencontohi mereka, sama ada secara sedar ataupun tidak - yang didorong oleh keadaan tinggal bersama, bentuk-bentuk hubungan yang dibina dan sejauh mana perkongsian dengan bapa dalam berbagai aspek kehidupan bersama itu.

Kemesraan bapa menjadi idaman setiap anak dan bagi mereka yang menyaksikan kemesraan itu, khususnya para isteri dan ibu.

Kemajuan apapun, dan di peringkat manapun, landasan kemajuan yang hakiki perlulah disandarkan pada institusi keluarga yang kukuh. Dan bapa memainkan peranan yang kritikal dalam pembinaan keluarga yang utuh.

Bapa merupakan pembimbing, mentor dan role model. Beliau adalah juga contoh dan simbol kejayaan-kejayaan yang membuatkan kita semua juga ingin menuju ke arah mencapai kejayaan dalam kehidupan ini.

Dalam satu dapatan mengenai satu komuniti di dunia ini, 50% dari keseluruhan anak-anak yang dibesarkan dalam keluarga yang tiada berbapa: anak-anak itu adalah berisiko lima kali ganda hidup dalam kemiskinan dan terlibat dalam kegiatan jenayah; sembilan kali ganda tercicir dari persekolahan, dan duapuluh kali ganda berisiko dipenjarakan kerana perbuatan jenayah.

Anak-anak tanpa bapa sering mempunyai masalah perilaku, lari dari rumah atau menjadi ibubapa remaja.

Kesemua gejala itu boleh menjejaskan keutuhan institusi keluarga yang menjadi asas keutuhan dan kesejahteraaan sesebuah masyarakat dan negara.

Bapa-bapa contoh adalah mereka yang berusaha menanam dan menyuburkan nilai empati pada anggota-anggota keluarganya, menyemarakkan emosi dan sifat positif dengan sentiasa menghalakan pemikiran kepada kepentingan selain dari untuk diri sendiri dan mewariskan etika kecemerlangan serta mendidik melalui tauladan lebih dari kata-kata.

Terima kasih bapa kerana telah mendidik kita prinsip-prinsip kejujuran untuk sentiasa bertutur yang benar dan memenuhi janji yang diungkapkan serta tidak mengambil hak orang lain.

Jika peranan bapa itu dihayati dalam pentadbiran sesebuah negara dan negeri ia akan juga memudahkan bapa untuk melaksanakan fungsinya dengan baik kerana kerajaan yang prihatin akan menyediakan dan menawarkan skim-skim yang memungkinkan bapa-bapa meluangkan masa mereka secara efektif bersama keluarga; seperti pemberian cuti 14 hari oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada bapa-bapa  yang isteri mereka bersalin.

Skim tersebut akan nanti diusahakan untuk dilanjutkan kepada pihak swasta di negeri Selangor.

Bapa, sama ada yang hidup ataupun tiada lagi di dunia ini adalah  insan yang disayangi dan dicontohi, semuga dirahmati Allah swt selalu.

15 Adun Pakatan Rakyat Terengganu angkat sumpah

Posted: 15 Jun 2013 10:06 PM PDT

7 Syaaban 1434 H. [MOD] -
KUALA TERENGANU:Seramai 15 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Terengganu iaitu 14 dari PAS dan 1 dari PKR secara rasmi mengangkat sumpah jawatan bagi mesyuarat pertama penggal ke-13 di Dewan Wisma Darul Iman hari ini.

Adun PAS yang pertama mengangkat sumpah ialah Mohd Abdul Wahid Endut (Wakaf Mempelam) diikuti Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (Rhu Rendang), Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (Batu Buruk), Satiful Bahari Mamat (Paka), Alias Razak (Bukit Tunggal).

Diikuti pula Adun PKR Azan Ismail (Bandar), Adun PAS, Mohd Nor Hamzah (Bukit Payung), Datuk Tengku Hassan Tengku Omar (Ladang), Ariffin Deraman (Alor Limbat), Hanafiah Mat (Cukai), Ridzuan Hashim (Teluk Pasu), Hishamuddin Abd Karim (Tepoh),  Wan Hapandi Wan Nik (Sura), Hilmi Harun (Manir).

Terakhir mengangkat sumpah ialah Alias Harun (Rantau Abang).

Majlis bermula jam 9.30 pagi dengan bacaan panggilan notis panggilan mesyuarat .

Seterusnya majlis diteruskan dengan angkat sumpah Yang Dipertua Dewan iaitu Mohd Zubir Embong.

Seramai 32 Adun mengangkat sumpah hari ini.

Pada Pilihan Raya Umum Ke13 (PRU13) pada 5 Mei lalu BN berjaya membentuk kerajaan dengan kemenangan 17 kerusi Dun manakala 15 kerusi dimenangi Pakatan Rakyat.

Harakahdaily/-

Bas di bom, 11 pelajar universiti terbunuh

Posted: 15 Jun 2013 04:50 PM PDT

7 Syaaban 1434 H. [MOD] -

SLAMABAD 16 Jun - Sekurang-kurang 11 orang pelajar universiti terkorban dan lebih 17 cedera apabila sebutir bom meletup di dalam sebuah bas di wilayah Balochistan, semalam.

Menurut jurucakap polis, Atiqur Khan, letupan itu berlaku ketika pelajar Universiti Sardar Bahadur Khan Women's berada di dalam bas di bandar Quetta.
Saya mengesahkan seramai 11 pelajar wanita terbunuh dan 17 orang lagi cedera,'' kata Khan sambil mendedahkan siasatan awal mendapati bom tersebut diletakkan di dalam bas berkenaan.

Sabtu lalu, kumpulan militan memusnahkan sebuah muzium yang pernah digunakan oleh pengasas Pakistan dan membunuh seorang pegawai polis di bandar Bukit Ziarat yang terletak di Balochistan. - DPA

Hassan Rowhani presiden baru Iran

Posted: 15 Jun 2013 04:49 PM PDT

7 Syaaban 1434 H. [MOD] -


TEHERAN 16 Jun - Calon berhaluan sederhana, Hassan Rowhani , yang mendahului pilihan raya semalam, berjaya menggantikan Mahmoud Ahmadinejad sebagai Presiden Iran yang baru selepas mendapat lebih tiga suku daripada undian.

Rowhani yang juga bekas perunding nuklear yang mempunyai hubungan baik dengan masyarakat antarabangsa memperolehi 50.8 peratus undi.

Datuk Bandar Teheran, Mohammad Baqer Qalibaf pula berada di kedudukan kedua dengan 15.6 peratus diikuti dengan perunding nuklear, Saeed Jalili dengan jumlah 11.4 peratus, serta bekas pengawal komander, Mohsen Rezai yang berjaya mengumpul undian sebanyak 11.3 peratus. - AFP




Tiada ulasan:

Nuffnang