Rabu, 29 Mei 2013

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Satu lambang untuk Pakatan Rakyat semasa PRU

Posted: 28 May 2013 08:36 PM PDT



Apakah penggunaan satu lambang untuk Pakatan Rakyat akan dapat mengelakkan pertembungan 2 penjuru antara parti sesama Pakatan Rakyat sepertimana berlaku di beberapa tempat semasa PRU-13?

Sekiranya pendaftaran Pakatan Rakyat sebagai sebuah sebuah komponen parti yang menggunakan satu lambang tidak dapat direalisasikan atau diluluskan oleh ROS menjelang PRU-14, satu kesepakatan harus dicapai untuk menggunakan satu sahaja lambang semasa PRU-14.

Sekiranya semasa PRU-13 yang lalu DAP dan PAS mencapai kesepakatan untuk menggunakan lambang PAS di Semenanjung Malaysia dan DAP dan PKR mencapai kesepakatan untuk menggunakan lambang PKR di Sabah dan Sarawak sekiranya ROS membatalkan pendaftaran DAP, kita harus mulakan kesepakatan dari sekarang untuk penggunaan satu lambang Pakatan Rakyat untuk PRU-14.

Justeru itu para pengundi khususnya penyokong Pakatan Rakyat baik dari PAS, PKR serta DAP haruslah bersedia sekiranya pendekatan ini menjadi kenyataan.

Program Jejak Ukhuwwah Bulan Barokah 1434 H DUN Kota.

Posted: 28 May 2013 08:36 PM PDT




Alhamdulillah, beberapa kampit beras yang telah terkumpul untuk Program Jejak Ukhuwwah Bulan Barokah 1434 H DUN Kota, Rembau untuk diagihkan kepada keluarga yang memerlukan sepanjang bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan. Maklumat lanjut program ini di http://pas-n28-kota.blogspot.com/2013/05/program-jejak-ukhuwwah-bulan-barokah.html

Sumbangan kerusi roda untuk mereka yang memerlukan

Posted: 28 May 2013 08:35 PM PDT




Alhamdulillah, malam tadi berkesempatan menyampaikan sumbangan kerusi roda untuk keluarga yang memerlukan di parlimen Rembau. Ayah keluarga ini baru keluar dari hospital di mana amat memerlukan kerusi roda.

Kepada sesiapa yang ingin menyumbangkan kerusi roda untuk diagihkan kepada keluarga yang kurang berkemampuan dan amat memerlukan sila hubungi Hj Roni 012-2268230

Tiada ulasan:

Nuffnang