:: cina islam | 2011 :: |
- Safwan Anang enggan diikat jamin
- Blackout 505 diteruskan, kata pengarah penganjur
- Nasrudin ke Tanah Suci membawa doa TGNA
- Semua Exco PKR dan Speaker Selangor adalah wanita
- Tiada penyatuan PAS-Umno selagi saya hidup
- Empat didakwa, Hishamuddin Rais serah diri
- Kekecohan: Perlawanan Pahang-Johor DT ditunda
- Tamrin, Haris ditahan semula
Safwan Anang enggan diikat jamin Posted: 29 May 2013 02:36 AM PDT 19 Rejab 1434 H. [MOD] - FMT/- PETALING JAYA: Salah seorang aktivis yang ditahan di bawah Akta Hasutan semalam, Safwan Anang dari Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) enggan diikat jamin. Menurut Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) Mohammed Bukhairy Mohammed Sofian, semasa pendengaran perbicaraan, Safwan menyatakan bahawa beliau tetap menjunjung sistem raja berperlembagaan serta menghormati undang-undang dan keputusan mahkamah. Namun apa yang mendukacitakannya ialah seluruh sistem di negara ini telah menjadi tunggangan untuk kepentingan politik Umno-Barisan Nasional (BN), kata Bukhairy dalam satu kenyataan media hari ini. Menurut Bukhairy, Safwan sempat menyampaikan tiga pesanan penting untuk disampaikan kepada seluruh rakyat Malaysia:
Menurut Bukhairy, demi menyelamatkan demokrasi yang kian nazak di Malaysia, Safwan rela untuk terus dikurung di lokap. Safwan juga rela berhadapan dengan polis dan SB sepanjang di dalam lokap nanti. Tiga lagi aktivis yang ditahan semalam ialah pemimpin ABU (Asal Bukan Umno) Haris Ibrahim, Naib Presiden PKR Tian Chua dan bekas Ahli Parlimen Batu Berendam Mohd Tamrin Abdul Ghafar. Mereka telah ditangkap untuk siasatan dibawah Akta Hasutan berhubung dakwaan ucapan mereka pada program Malam Anak Bangsa Malaysia pada 13 Mei lalu. Hari ini kesemua mereka telah dibawa ke mahkamah untuk dibaca pertuduhan. Mereka semua tidak mengaku bersalah dan masing-masing dikenakan ikat jamin sebanyak RM5,000. | ||
Blackout 505 diteruskan, kata pengarah penganjur Posted: 29 May 2013 02:34 AM PDT 19 Rejab 1434 H. [MOD] - Perhimpunan "Blackout 505" akan diteruskan lagi pada bulan depan bagi menolak keputusan pilihan raya umum ke-13 yang lalu, kata Pengarah penganjur bagi perhimpunan itu, Datuk Johari Abdul. Katanya, dalam satu laporan dari malaysiakinisebagai berkata, perhimpunan itu akan diteruskan sehingga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak serta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersetuju untuk melaksanakan tiga tuntutan mereka. Tiga tuntutan itu ialah meminta supaya anggota SPR letak jawatan, mengadakan pilihan raya semula di 30 kawasan Parlimen serta menangguhkan sebarang bentuk pindaan undang-undang pilihan raya dan persempadanan semula. "Sehingga kini lebih setengah juta rakyat Malaysia pelbagai kaum, latarbelakang dan umur telah menyertai blackout 505. "Ia menjadi lambang kesedaran politik rakyat yang mewakili suara majoriti 51 peratus yang menyokong reformasi dan perubahan di negara ini," kata Johari (atas) dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini. Sehubungan itu, menurut Johari, empat negeri akan mengadakan perhimpunan blackout 505 pada bulan Jun iaitu:
Sebelum ini, beberapa siri soal siasat telah dilakukan berhubung perhimpunan Blackout 505 di seluruh negara. Isnin lalu, empat pemimpin Pakatan, dua di Perak dan masing-masing seorang di Negeri Sembilan dan Pulau Pinang, didakwa di mahkamah mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 berhubung dakwaan penglibatan mereka dalam perhimpunan 'Blackout 505'. | ||
Nasrudin ke Tanah Suci membawa doa TGNA Posted: 29 May 2013 02:32 AM PDT 19 Rejab 1434 H. [MOD] -
(Nasrudin bertemu dengan Tuan Guru Nik Aziz di Kota Bharu semalam) TEMERLOH: Ketua Pemuda PAS Pusat Ustaz Nasrudin Hassan merangkap Ahli Parlimen Temerloh akan pergi berumrah hari ini dan membawa bersamanya doa Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ke Makkah. Minggu lalu, Nasrudin telah sempat bertemu dengan Tuan Guru Nik Aziz di Kota Bharu. "Sejurus sampai ke Makkah al Mukarramah nanti anta nak doa apa?" tanya Tuan Guru Nik Aziz kepada Nasrudin. Lalu Nasrudin membalas, "Ayah Ziq nak suruh ambo berdoa lagu mana?" Jawab Tuan Guru Nik Aziz, "Kalau ana, ana nak anta doa supaya Allah swt buka pintu hati semua pemimpin negara ini kembali kepada Islam dan mentaati syariah Allah swt..." Selain itu, Nasrudin berkata beliau juga akan berdoa untuk seluruh warga Temerloh kepada agar dikurniakan kesejahteraan, kebahagiaan dan ketenangan di dunia dan akhirat kelak. "Jua bebaskan seluruh warga Temerloh dari pelbagai musibah atau ujian yang tidak mampu dihadapi. Doa saya jua bersama seluruh warga Dewan Pemuda PAS agar terus thabat dan istiqamah bersama prinsip ilmu dan amal Islami mendepani cabaran perjuangan getir ini," kata beliau. Nasrudin akan berumrah bersama tetamu kekolaan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Dewan Pemuda PAS Malaysia di bawah syarikat pelancongan An Nuur Travel. | ||
Semua Exco PKR dan Speaker Selangor adalah wanita Posted: 29 May 2013 02:30 AM PDT 19 Rejab 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Ketiga-tiga Exco Selangor dari PKR adalah wanita manakala Speaker Dun Selangor yang baru juga seorang wanita. (Hannah Yeoh....bakal Speaker DUN Selangor menurut Dr Halimah Ali) Menurut bekas Exco Selangor yang juga Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali di dalam blognya, ketiga-tiga wakil PKR yang bakal dilantik sebagai Exco ialah bekas Exco Rodziah Ismail (Batu Tiga), bekas Exco Elizabeth Wong (Bukit Lanjan) dan Dr Daroyah Alwi (Sementa). Selain beliau (Dr Halimah) yang juga dikekalkan sebagai Exco penggal ini, wakil daripada PAS terdiri daripada Sallehen Mukhyi (Sabak), Iskandar Samad (Chempaka), Dr Ahmad Yunus (Sijangkang). (Senarai Exco baru Selangor yang disiarkan Dr Halimah dalam blognya) Adun Sungai Pinang, Datuk Teng Cheng Khim pula mewakili DAP bersama Ean Yong Hian Wah (Sri Kembangan) dan Ganabathirau Veraman (Kota Alam Shah). Menurutnya, upacara mengangkat sumpah serta akujanji akan berlangsung di Istana Alam Shah Klang jam 9.00 pagi esok. Sementara itu, Adun Subang Jaya, Hannah Yeo Tseow Suan dijangka akan dilantik sebagai Yang Dipertua DUN atau Speaker. Sebelum ini, Speaker adalah Teng Chan Khim yang kini akan dilantik sebagai Exco. | ||
Tiada penyatuan PAS-Umno selagi saya hidup Posted: 28 May 2013 09:15 PM PDT 19 Rejab 1434 H. [MOD] Harakahdaily/- KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak akan membenarkan sebarang usaha ke arah penyatuan PAS dan Umno selagi beliau masih hidup. Menurut bekas Menteri Besar Kelantan itu, PAS adalah milik semua ahlinya dan sebarang tindakan atau keputusan yang dibuat perlu mendapat persetujuan daripada semua ahli khususnya melalui muktamar. "Tidak boleh sesiapapun mengatur usaha untuk mengadakan kerjasama antara PAS dan Umno apa lagi secara senyap-senyap, parti ini terbuka kepada orang ramai dan milik ahli. "Saya tidak bagi, selagi saya masih hidup saya tidak akan benarkan usaha untuk menjalin kerjasama PAS dan Umno dilakukan," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui Harakahdaily semalam. Tuan Guru berkata Umno sejak awal lagi menolak dasar Islam sebagaimana yang diperjuangkan oleh PAS. Tambahnya, selain persoalan dasar parti, banyak lagi perkara yang perlu dikaji terhadap kesilapan Umno dalam perjuangan mereka. "Untuk itu tidak ada sebab kita ingin bersama mereka dan saya peringatkan pada yang lain jangan ada usaha ini," ujarnya lagi. | ||
Empat didakwa, Hishamuddin Rais serah diri Posted: 28 May 2013 09:00 PM PDT 19 Rejab 1434 H. [MOD] - Empat pemimpin NGO dan parti pembangkang yang ditahan mengikut Akta Hasutan dalam operasi pada malam tadi hari ini didakwa mengikut akta tersebut.
Malaysiakini/- | ||
Kekecohan: Perlawanan Pahang-Johor DT ditunda Posted: 28 May 2013 08:55 PM PDT 19 Rejab 1434 H. [MOD] - Kekecohan yang ditimbulkan oleh penyokong pada perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dan Johor Darul Takzim (Johor DT) di Stadium Darulmakmur di Kuantan, malam ini menyebabkan ia tidak dapat diteruskan Pengumuman penangguhan perlawanan itu diumumkan oleh komisioner perlawanan yang juga Penolong Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Ahmad Fuad Daud kira-kira pukul 10.30 malam selepas mengadakan perbincangan lanjut dengan pegawai perlawanan Beliau yang ditemui pemberita berkata kehadiran penyokong yang dianggarkan berjumlah 40,000 melebihi 35,000 kapasiti tempat duduk yang ditetapkan menyebabkan perlawanan itu tidak dapat diteruskan Katanya, berdasarkan tinjauan yang dilakukan mendapati dua pintu stadium telah dirempuh oleh penyokong sehingga menyebabkan berlakunya kesesakan di dalam stadium. "Jualan tiket hanya mencapai 32,000 namun jumlah yang memasuki stadium melebihi daripada yang dibenarkan menyebabkan stadium penuh sesak...kita juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan keras ke atas kedua-dua pasukan kerana gagal mengawal tingkah laku penyokong masing-masing," katanya.
| ||
Posted: 28 May 2013 07:20 AM PDT 18 Rejab 1434 H. [MOD] -
|
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2013 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan