:: cina islam | 2011 :: |
- Jawatan PM Najib tidak sah ?
- Baru permulaan , NGO ancam perarakan lebih besar
- Sebelum 1990 kedai Toto boleh dilihat di Kelantan
- Pernikahan unik pasangan OKU
- Mereformasikan Dewan Negara
- 60 jam di zon maut
- Bandar maju tetapi keadaan tandas teruk
- Timbalan Pengerusi SPR disabotaj petugas sendiri?
- Nikah isteri ketiga
- Negara perlu disusun semula dari alif, ba, ta
- Dua mayat bawah pokok pisang
- 8 sebab legitimasi Najib sebagai PM dipersoal
- Penjenayah rempuh kenduri kahwin
- Kadar jenayah di Besut menurun?
- Jutaan rakyat ke Dataran Merdeka jika SPR tidak letak jawatan kata Mat Sabu.
- Angka korban virus mirip SARS di Arab Saudi meningkat 18
- SU Eksekutif PR P Pinang didakwa anjur perhimpunan haram
- Ketua AMK Negeri Sembilan mengaku tak bersalah anjur ceramah
- 2 pemimpin PR Perak didakwa anjur perhimpunan haram
- Senarai Exco: Khalid menghadap Sultan Selangor
- Lelaki Myanmar ditahan mengamuk, lepas tiga das tembaka
- PAS di asas atas prinsip yang jelas , menyuruh yang makruf dan mencegah yang mungkar.
- Yazid ditahan semula, isteri tak tahu sebabnya
- Tidak mustahil enam bulan BN Perak tumbang
- Hadi, Guan Eng jelas ketidakhadiran Himpunan Black 505
Posted: 27 May 2013 05:23 AM PDT 17 Rejab 1434 H. [MOD] - PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak tidak layak menjalankan tanggungjawab sebagai Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan kerana beliau gagal mematuhi sepenuhnya Perkara 43(6) Perlembagaan sejak 3 April 2009 lagi. Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim mendakwa, sumpah jawatan, sumpah setia serta juga sumpah simpan rahsia, yang dilafazkan oleh Najib di hadapan YDP Agong Ke-13, bukan sumpah yang dinyatakan dalam Jadual Keenam Perlembagaan. "Dalam Perkara 43(6), sebelum sesaorang Menteri menjalankan fungsi jawatannya dia hendaklah mengangkat dan menandatangani di hadapan Yang Di-Pertuan Agong sumpah jawatan dan sumpah setia dan juga sumpah simpan rahsia yang dinyatakan dalam Jadual Keenam. "Oleh kerana Datuk Seri Najib gagal mematuhi Perkara 43(6) Perlembagaan sepenuhnya, maka beliau tidak layak untuk melaksanakan fungsi jawatan sebagai Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan semenjak 3.4.2009," katanya dalam surat kepada Perdana Menteri hari ini. Salinannya turut dihantar kepada .Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Aziz Yusof; .Peguam Cara Negara dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut Mat Zain, berikutan itu kerajaan Persekutuan yang dibentuk hasil daripada pemilihan yang tidak sah itu, adalah tidak legitimate. Oleh demikian, keputusan pemilihan bagi kesemua 222 kerusi Parlimen Malaysia adalah terbatal dan terpaksa diadakan semula, katanya. Bagaimanapun, pemilihan semula ini tidak melibatkan Dewan Undangan Negeri, kerana pembubaran DUN adalah di atas nasihat Menteri Besar/Ketua Menteri berkenaan, setelah diperkenankan/diluluskan oleh Ketua Negeri-Ketua Negeri masing-masing. Mat Zain berkata, sepatutnya kekalutan ini telah diperbetulkan oleh Peguam Negara pada 3.April 2009 itu lagi. Katanya, mengikut Perkara 145(2) Perlembagaan,adalah menjadi tanggung jawab Peguam Negara, untuk menasihati YDP Agong atau Jemaah Menteri atau mana-mana Menteri dalam perkara berkaitan undang-undang. Peguam Negara gagal Ternyata Peguam Negara, tambahnya bukan sahaja gagal menyempurnakan kewajibannya seperti yang diwajibkan oleh Perlembagaan, malah beliau telah menyorokkan perkara ketidakpatuhan peruntukan Perlembagaan oleh Perdana Menteri daripada pengetahuan rakyat. "Sepertimana berlaku di-Amerika pada 20 Januari 2009,, Presiden Barrack Obama telah "misplaced" satu patah perkataan sahaja, ketika mengangkat sumpah jawatan Presiden Amerika buat kali pertama. "Namun Obama telah dinasihatkan untuk mengangkat sumpah sekali lagi pada keesokkan harinya ,sebelum memulakan tugas rasmi beliau di Rumah Putih. "Malahan gambar bukti upacara mengangkat sumpah kali kedua ini juga, ditunjukkan kepada rakyat Amerika dan dunia, bagi mengelakkan kesahihan perlantikan beliau dipertikaikan di kemudian hari," katanya.. Bgaimanapun, berbeza dengan sikap Peguam Negara kita yang sanggup membiarkan Najib dan Kabinet beliau untuk mentadbir negara dengan kesahihan tindak tanduk mereka sejak 3 April 2009 boleh dicabar di mahkamah. Mat Zain juga mengulangi bahawa pembubaran Parlimen oleh Najib juga tidak sah kerana beliau dipercayai tidak menyembah maklum kepada Baginda, bahawa beliau telah gagal untuk mengangkat sumpah jawatan dan taat setia dan sumpah simpan rahsia seperti yang ternyata dalam Jadual Keenam Perlembagaan,semasa mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri Malaysia Keenam, di hadapan YDP Agong Ke-13 pada 3 April 2009. "Sekiranya Datuk Seri Najib telah menyembah maklum perkara sebenar, nescaya YDP Agong Ke-14 tidak akan memperkenankan pembubaran Parlimen pada hari berkenaan. "Sebaliknya, Baginda dipercayai akan menitahkan supaya Datuk Seri Najib membiarkan Parlimen Ke-12 itu, terbubar dengan sendirinya pada 28.April .2013," tambahnya lagi. Menurut Mat Zain lagi, selain daripada Najib tidak layak untuk menasihati YDP Agong untuk memperkenankan pembubaran Parlimen itu, beliau dipercayai telah memperolehi perkenan Baginda, menerusi perdayaan dan representasi salah. Akibatnya, pembubaran Parlimen menjadi tidak sah, apabila pembubaran Parlimen adalah tidak sah, maka pilihan raya yang diadakan bagi semua 222 kerusi Parlimen pada 5 Mei lalu sia-sia dan semua keputusannya adalah tidak sah untuk digunapakai dalam membentuk kerajaan Persekutuan, kata Mat Zain. FMT/- | ||
Baru permulaan , NGO ancam perarakan lebih besar Posted: 27 May 2013 04:27 AM PDT 17 Rejab 1434 H. [MOD] -
| ||
Sebelum 1990 kedai Toto boleh dilihat di Kelantan Posted: 27 May 2013 02:14 AM PDT 17 Rejab 1434 H. [MOD] - KUALA KRAI: Sebelum 1990 di bandar-bandar besar di Kelantan kita boleh lihat ada kedai menjual Toto dan Loteri Kebajikan Masyarakat. Begitu juga di Bandar Kuala Krai boleh dilihat pelanggan keluar masuk kedai Toto. Ia menjadi pemandangan biasa ketika itu. Adun Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah berkata, lebih malang lagi anak-anak penduduk tempatan juga bekerja di premis itu sebagai kerani. "Bagi mereka yang berusia sekitar 40-an ke atas tentunya masih ingat lagi ada kedai menjual Toto ada di bandar Kuala Krai. "Lebih malang lagi anak-anak kita juga yang bekerja sebagai kerani di premis berkenaan," katanya pada ceramah kesyukuran anjuran seorang aktivis PAS di Dataran Hijau Kampung Laloh malam semalam. Hadir sama anggota Exco kerajaan negeri, Mumtaz Mohd Nawi dan Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latiff Abdul Rahman. Seekor kerbau dikorbankan bagi jamuan orang ramai yang datang mengikuti program berkenaan. Jamuan bermula pada sebelah petang. Program ceramah bermula agak lewat bagi memberi laluan orang ramai yang hadir menonton perlawanan separuh akhir pertama Piala FA antara Kelantan dan Terengganu melalui skrin besar yang disediakan. Hanya setelah Kelantan menang 4-1 ke atas Terengganu barulah program ceramah dimulakan. Mohd Fauzi juga berkata, biar pun kerajaan BN membina beberapa prasarana sebagai menunaikan janji pilihan raya kecil Dun Manek Urai, namun undi diperolehi pada pilihan raya umum 5 Mei lalu meningkat berpuluh kali kali ganda iaitu daripada 65 kepada 1,633 undi. "Biar pun BN membesar jambatan menghubungkan Kampung Manek Urai baru dan lama serta membina beberapa prasarana lain namun undi yang diperolehi calon PAS bertambah besar. "Malah saya difahamkan ada pihak membahagikan duit kepada pengundi bagi memenangkan calon BN, namun parti itu ditolak majoriti rakyat," katanya. Premis kedai Toto diharamkan di Kelantan selepas PAS dan Angkatan Perpaduan Ummah mengambil alih pentadbiran negeri pada akhir 1990 daripada kerajaan BN. Harakahdaily/ - | ||
Posted: 27 May 2013 01:57 AM PDT 17 Rejab 1434 H. [MOD] - TAMPIN – Biarpun menggunakan bahasa isyarat, pasangan Mohd Saiful Izzuan Ahmad, 26, dan Hamzuriatul Akmarina Hamdan, 24, selamat diijab kabul oleh Imam 2 Masjid Jamek Tengku Besar Tampin, Abdul Ghani Kaeh di Surau, Kompleks Kediaman Anggota Polis Diraja Malaysia Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin, di sini, semalam. Mohd Saiful Izzuan menggunakan bahasa isyarat bagi melafazkan akad "Aku terima nikahnya, Hamzuriatul Akmarina dengan mas kahwin RM220 tunai". Acara akad nikah bagi pasangan kedua mempelai telah dibantu oleh adik pengantin perempuan, merangkap jurubahasa isyarat, Hamzuriatul Akmarinie Hamdan. Pernikahan pasangan kedua mempelai yang masing-masing merupakan OKU cacat pendengaran dan bisu telah dianggap hadirin sebagai pernikahan unik sekali. Bagi saksi Imam Satu, Masjid Tunku Besar Tampin, Ustaz Saiful Islam Dol Hamid, sejak beliau dilantik menjadi imam dan dilantik menjadi juru nikah sejak tiga tahun lalu, inilah kali pertama dirinya menikahkan OKU. "Pernikahan ini amat unik sekali kerana kedua-dua pasangan ini tidak boleh bertutur dan mendengar apa yang dicakapkan ,melainkan menggunakan bahasa isyarat," katanya. Sementara itu, pengantin perempuan, Hamzuriatul Akmarina yang dibantu adiknya sebagai jurubahasa isyarat berkata, dia dan suami telah berkenalan sejak enam tahun lalu ketika sama-sama menuntut di Sekolah Menengah Vokasional di Shah Alam. "Kemudian kami sama-sama melanjutkan pelajaran di Kolej Komuniti, Selayang, Selangor dalam jurusan penyediaan makanan dan pengurusan hotel," katanya. Pasangan itu bersyukur semuanya selamat dan berdoa agar hubungan ini berkekalan. sinar/- | ||
Posted: 27 May 2013 01:46 AM PDT PENGERUSI DAP, Karpal Singh baru-baru ini mencadangkan agar Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi memansuhkan Dewan Negara kerana menurutnya kewujudan institusi itu tidak memberi makna secara menyeluruh kepada sistem demokrasi serta hanya membazir wang dan waktu. Menurut Karpal, dengan tiadanya Dewan Negara, perbelanjaannya tidak perlu lagi ditanggung rakyat. Kewujudan Dewan Negara, jelas Karpal hanya menggalakkan orang yang telah ditolak oleh rakyat atau 'orang lain' untuk dibawa ke Parlimen dari 'pintu belakang' memandangkan dalam undang-undang Perlembagaan, Parlimen juga termasuk Dewan Negara. Cadangan Karpal Singh itu nampaknya tidak disambut baik sesetengah pihak sehingga ada yang membuat laporan polis menggesa siasatan dilakukan. Malah Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang yang baru mengangkat sumpah jawatan menggesa Ahli Parlimen Jelutong itu tidak membuat kenyataan yang "mengelirukan rakyat" dan menggesa Karpal supaya mengamal dan menghormati keluhuran undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan. Dewan Negara adalah senat bagi Persekutuan Malaysia. Ia bertindak sebagai dewan perwakilan rakyat yang tertinggi di Malaysia. Tugas Dewan Negara adalah mengkaji semula dan meluluskan rang undang-undang yang dibawa naik oleh oleh Dewan Rakyat. Kedua-dua dewan perlu meluluskan rang undang-undang yang dibuat sebelum akhirnya dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong untuk perkenan Baginda. Dewan Negara mempunyai kuasa untuk menolak dan membatalkan sebarang Rang Undang-undang untuk meminda Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan kelebihan suara (majoriti) 2/3 dalam Dewan Negara dan Dewan Rakyat pada bacaan kali kedua dan kali ketiga. Kuasa veto yang dipunyai oleh Dewan Negara berkenaan Rang Undang-undang untuk meminda Perlembagaan Persekutuan telah diperuntukkan di bawah Artikel 68(5) Perlembagaan Persekutuan. Walaupun menjadi dewan perwakilan tertinggi negara, fungsi Dewan Negara semakin dipertikaikan umum kerana dianggap hanya menjadi 'rubber stamp' terhadap sebarang keputusan yang dibuat Dewan Rakyat. Malah seperti didakwa Karpal, Dewan Negara dijadikan 'pintu belakang' untuk melantik anggota kabinet yang tidak dipilih rakyat secara demokrasi. Bagaimanapun adakah cadangan Karpal supaya Dewan Negara dimansuhkan menjadi pilihan terbaik? Jika kita merujuk kembali peruntukan Perlembagaan berhubung Dewan Negara, sebenarnya banyak ruang yang boleh dimanfaatkan bagi memperkasa dan mereformasikan peranan institusi tersebut. Perkara 45 Perlembagaan menjelaskan tentang komposisi keanggotaan Dewan Negara yang terdiri daripada ahli-ahli yang dipilih dan dilantik. Daripada 70 anggota Dewan Negara, 26 dipilih melalui 13 Dewan Undangan Negeri (Dun) bersesuaian dengan Jadual Ketujuh Perlembagaan. Ini bermaksud setiap negeri dalam Persekutuan diberi hak memilih dua wakil ke Dewan Negara yang pada kebiasaannya dicadangkan oleh parti yang menguasai kerajaan negeri. Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri pula berkuasa melantik 44 anggota termasuk dua ahli yang mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan (1) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya (1). Perkara 45(2) Perlembagaan menetapkan ahli-ahli yang akan dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong hendaklah orang yang pada pendapatnya telah memberikan perkhidmatan awam yang cemerlang atau telah mencapai keunggulan dalam profesion, perdagangan, perindustrian, pertanian, aktiviti kebudayaan atau perkhidmatan sosial atau yang mewakili ras minoriti atau berkebolehan mewakili kepentingan orang asli. Sehubungan itu, adalah menjadi kewajipan kepada Perdana Menteri untuk mencadangkan nama-nama individu yang benar-benar cemerlang, bereputasi dan kredibel bagi diperkenankan Yang di-Pertuan Agong sebagai anggota Dewan Negara. Sebarang perlantikan yang dibuat atas perkiraan politik tanpa mengambil kira reputasi dan kredibiliti individu adalah satu pengkhianatan kepada amanah dan tanggung jawab yang diberikan Perlembagaan. Perlembagaan juga menetapkan penggal jawatan ahli Dewan Negara selama tiga tahun yang tidak terkesan dengan pembubaran Parlimen. Malah anggota Dewan Negara tidak boleh memegang jawatan melebihi dua penggal sama ada secara terus-menerus atau sebaliknya. Apa yang perlu diberi perhatian oleh penggubal undang-undang termasuk Karpal Singh, Perkara 45(4) Perlembagaan sebenarnya memberi kuasa kepada parlimen untuk: a) menambah bilangan ahli yang akan dipilih bagi setiap Negeri menjadi tiga; b) memperuntukkan bahawa ahli yang akan dipilih bagi setiap Negeri dipilih sedemikian melalui undi terus oleh pemilih-pemilih Negeri itu; c) mengurangkan bilangan ahli dilantik atau menghapuskan ahli dilantik. Ini membawa maksud, anggota Dewan Negara yang dipilih melalui negeri boleh ditambah bilangannya kepada 39 orang berbanding 26 sekarang dan pemilihan mereka boleh dibuat secara undi terus tanpa melalui Dewan Undangan Negeri. Ini bermaksud, rakyat sesebuah negeri sebenarnya mempunyai pilihan untuk memilih anggota Dewan Negara jika dibenarkan parlimen! Malah bilangan anggota Dewan Negara yang dipilih terus oleh rakyat boleh ditambah jika Parlimen bersetuju mengurang bilangan ahli yang dilantik Yang di-Pertuan Agong atau menghapuskan kaedah perlantikan itu sama sekali. Perkara 120 Perlembagaan juga menghuraikan kaedah pemilihan terus ahli ke Dewan Negara iaitu: a) keseluruhan sesuatu Negeri hendaklah menjadi satu bahagian pilihan raya dan dalam mana-mana pilihan raya ke Dewan Negara setiap pemilih hendaklah mempunyai undi sebanyak bilangan kerusi yang hendak diisi dalam pilihan raya itu; dan b) daftar pemilih bagi pilihan raya ke Dewan Rakyat hendaklah juga menjadi daftar pemilih bagi pilihan raya ke Dewan Negara; dan c) Perkara 118, 118A dan 119 hendaklah terpakai berhubung dengan pilihan raya ke Dewan Negara sebagaimana Perkara-Perkara itu terpakai berhubung dengan pilihan raya ke Dewan Rakyat. Peruntukan-peruntukan Perlembagaan di atas membuktikan bahawa reformasi Dewan Negara boleh dilakukan dengan kebenaran Parlimen. Malah sistem porpotional representative (perwakilan berkadar) yang diperjuangkan Pakatan Rakyat boleh dilaksanakan di peringkat Dewan Negara berbanding sistem 'first past the post' (pemenang undi terbanyak) bagi memilih anggota Dewan Rakyat. Jika reformasi ini dilakukan, tidak mustahil untuk Dewan Negara dikuasai Pakatan Rakyat manakala Dewan Rakyat pula dikuasai BN. Begitulah sebaliknya. Ini akan memperbaiki sistem semak dan imbang (check and balance) negara dan menyuburkan lagi sistem demokrasi di negara ini. Elok kiranya reformasi sistem Dewan Negara ini diperjuangkan Pakatan Rakyat pada sesi Dewan Rakyat akan datang. harakah/- | ||
Posted: 27 May 2013 12:51 AM PDT 17 Rejab 1434 H. [MOD] - Lukla: "Selagi ada nyawa, Hanis akan tetap tawan puncak Everest, satu langkah nyawa dipertaruhkan, biarlah saya mati dari kalah sebelum berjuang." Demi maruah keluarga dan diri sendiri selaku ketua pendaki ekspedisi Everest-Felda 2013, LK1 Kom Siti Hanisah Sharuddin, 23, sanggup meredah angin kencang, kesejukan melampau, berjalan malam hampir 12 jam dan 'berkampung' selama 60 jam di kawasan yang dinamakan Zon Maut di Gunung Everest. Tidak ramai pendaki sanggup berbuat demikian sehinggakan sherpa pendaki, Temba yang mengiringi pasukan pendaki Felda memberikan nasihat kepada Siti Hanisah agar tidak meneruskan pendakian jika berasakan diri tidak lagi mampu mengharungi cuaca sejuk melampau di gunung tertinggi dunia itu. Namun kecekalan hati, keazaman dan semangat juang tinggi yang dibawa daripada kerjayanya sebagai anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memberikan kudrat dan kesungguhan kepada Siti Hanisah untuk meneruskan pendakian sehingga ke puncak Everest di ketinggian 8,848 meter dari paras laut. SITI Hanisah berdiri megah bersama Jalur Gemilang di puncak Gunung Everest. "Memang banyak nasihat yang saya terima tentang keputusan untuk mendaki kali kedua setelah gagal dalam percubaan pertama pada 20 dan 21 Mei lalu. Ini kerana tidak banyak pendaki yang sanggup mencuba kali kedua kerana keletihan melampau. metro/- | ||
Bandar maju tetapi keadaan tandas teruk Posted: 27 May 2013 12:50 AM PDT 17 Rejab 1434 H. [MOD] - JERANTUT - "Bandar makin maju tetapi kemudahan tandas awam masih kurang memuaskan, malu bila ada orang luar datang sini dan lihat tandas kotor serta kecil." Demikian luahan penduduk tempatan, Siti Mariam Md Hasni, 32, yang kurang berpuas hati dengan kemudahan tandas awam di perhentian bas dan teksi Bandar Inderapura, di sini. Menurutnya, lokasi terbabit menjadi tumpuan ramai memandangkan terdapat banyak pasar raya berhampiran perhentian tersebut. "Memang kita tak selesa bila gunakan tandas awam di situ. Bayangkan kalau ada yang sakit perut, orang pula ramai dan tandas sedikit, nak balik rumah pula jauh. "Sepatutnya, kemudahan tandas perlu dalam keadaan selesa dan bersih serta banyak," katanya. Justeru itu katanya, pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu membina sebuah tandas awam yang lebih besar, selesa dan banyak. Sementara itu, pengusaha restoran yang hanya mahu dikenal sebagai Mohamed, 40, berkata, ketiadaan tandas awam di bandar ini menyebabkan orang ramai terpaksa menumpang menggunakan tandas di restorannya. Menurutnya, keadaan itu menimbulkan ketidakselesaan kepada pekerja dan pelanggannya. "Bukan saya tidak mahu bagi mereka guna tandas di restoran saya ini tetapi jika jumlahnya ramai, timbul pula masalah lain. "Jika mereka makan atau minum di sini tidak mengapa tetapi mereka orang luar yang hanya mahu menggunakan tandas. Restoran saya yang terletak berhampiran kawasan ini menjadi sasaran mereka," katanya. sinar/- | ||
Timbalan Pengerusi SPR disabotaj petugas sendiri? Posted: 26 May 2013 11:28 PM PDT 17 Rejab 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Penafian yang dibuat oleh Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Datuk Wan Ahmad Wan Omar dengan mendakwa gambar kejadian 'black out' di satu pusat pengiraan undi merupakan satu lakonan akhirnya memakan diri. Adun Seri Serdang, Noor Hanim Ismail tampil mendedahkan bahawa gambar yang didakwa lakonan itu sebenar-benarnya berlaku di Sekolah Kebangsaan Serdang dan dirakam oleh ejen penjumlahan undi daripada PAS. "Ia bukan lakonan dan ramai saksi boleh tampil memberikan pengakuan mengenai kejadian tersebut," kata Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz (gambar) kepada Harakahdaily. Beliau dalam satu kenyataan berkata, pengakuan itu mengukuhkan dakwaan bahawa kejadian lampu padam tersebut benar-benar berlaku dan bukannya lakonan dan ia terjadi di banyak tempat. Soalnya, kata beliau siapakah yang betul dan siapa pula yang berlakon, justeru bagaimana Wan Ahmad tidak mendapat gambaran dan maklumat sebenar mengenai kejadian tersebut. "Apakah pegawai-pegawai SPR yang membekalkan maklumat kepadanya memberikan maklumat yang salah dengan tujuan mahu menjatuhkan reputasinya atau sebagai suatu tindakan jahat bagi menyingkirkannya? "Bagaimana pula Datuk Wan Ahmad tidak kenal pakaian rasmi petuga SPR serta kotak yang dibekalkan sendiri oleh SPR dalam gambar tersebut?" tanya beliau lagi. Menurutnya, mungkin keadaan terlalu gelap yang menyukarkan Wan Ahmad mengenali petugasnya serta kotak bekas kiraan undi yang SPR miliki. Jika begitu, ujarnya bagaimana perkiraan Wan Ahmad dengan keadaan petugas parti yang terpaksa bergelap dan berpanas untuk mengira undi pada hari itu. Katanya, boleh Wan Ahmad bayangkan dan apa alasan lain yang akan diberikan oleh Datuk Wan Ahmad dengan pengakuan itu. Sepatutnya, ujar beliau Wan Ahmad melihat permasalahan sebenar bahawa ada suatu usaha mensabotaj keputusan pilihanraya dengan memadamkan lampu pada bilik pengiraan undi supaya keputusannya akan berlainan daripada yang sepatutnya. Tambahnya, terlalu banyak strategi kotor yang dilakukan oleh pihak tertentu bagi memastikan Pakatan Rakyat tumbang di banyak tempat. "Jika beginilah sikap Timbalan Pengerusi SPR, beliau telah mengecewakan jutaan pengundi pilihanraya. Kenyataan dan tingkah laku beliau jelas menggambarkan sikap beliau yang berat sebelah dalam mengadili pilihanraya," ujarnya. Beliau berkata, Wan Ahmad lupa bahawa yang menjadi petugas pilihanraya adalah sukarelawan yang terdiri dari pelbagai lapisan rakyat yang bijak serta tidak boleh diperbodohkan dengan sewenang-wenangnya. Seharusnya, kata Mohd Suhaimi demi menjaga maruah SPR dan kerajaan Malaysia, pengerusi dan timbalan pengerusinya wajar meletakkan jawatan mereka. Katanya, semakin banyak mereka pertahankan institusi tersebut, semakin banyak pendedahan yang dibongkarkan menunjukkan hilangnya wibawa mereka melaksanakan tanggungjawab ini. harakah/- | ||
Posted: 26 May 2013 10:45 PM PDT Kuala Lumpur: Penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus, 49, selamat melangsungkan perkahwinan kali ketiganya bersama anak saudara Ketua PAS Cawangan Keramat Permai AU1, Omar Tahar di Hulu Klang, Gombak, semalam. Azhar yang berbaju kelabu dan berkopiah hadir ditemani isteri pertama dan keduanya, Rogayah Sulong, 42, dan Wan Halimatun Nisa Wan Mohd Nor, 26, sebelum dinikahkan jam 11.52 pagi. Majlis pernikahan itu turut dihadiri saudara-mara, kenalan serta tetamu diundang. Penyanyi nasyid, Hafiz Hamidun yang turut hadir pada majlis itu berkata isteri Azhar dikenali sebagai Izyan, 27, dan berasal dari Johor. USTAZ Azhar bersama isteri ketiga pada majlis perkahwinan mereka di Hulu Klang, semalam. "Saya dimaklumkan wanita dinikahi Ustaz Azhar adalah Izyan, berasal dari Johor dan kini menetap di Keramat. METRO/- | ||
Negara perlu disusun semula dari alif, ba, ta Posted: 26 May 2013 10:39 PM PDT Serius, negara kita wajar disusun semula segala-galanya. Kita tidak lagi mempunyai sistem sebuah kerajaan yang 'sustainable' dalam segala bidang. Semuanya sudah tidak boleh dipakai lagi dan jika tiada perubahan maka kita tidak akan lagi berada di dalam sebuah negara yang berkerajaan yang benar-benar selari dengan kehendak demokrasi dan kehendak kemajuan dunia masakini. Keyakinan terhadap semua institusi demokrasi sudah sampai tahap terendah dan tidak diketahui lagi sama ada kita ini akan maju ke tahap dunia pertama atau berundur dan mengelongsor ketahap kerajaan dunia ketiga. Kita membiarkan kepimpinan kerajaan menyerang dan merobohkan semua institusi demokrasi. Sistem kehakiman, kepolisian, undang-undang dan berbagai-bagai lagi telah dilacurkan. Kita seolah-olah sedang tinggal dalam sebuah negara yng sama tahap kewibawaannya seperti Zimbabwe, Mali, Congo dan lain-lain. Jatuhnya kewibawaan sesebuah negara dan kerajaan itu berkait rapat dengan kewibawaan pemimpin-pemimpinnya. Di negara kita sistem yang ada sudah tidak diyakini lagi oleh bukan sahaja rakyat kita sendiri, tetapi telah menjadi cemuhan masyarakat antarabangsa. Sudah tiada pihak yang serius untuk melakukan perubahan untuk mengembalikan negara kita ke tahap yang pernah kita alami dahulu. Dulu negara kita adalah negara yang paling hampir kepada tahap dunia pertama dan negara maju sejurus kita mencapai kemerdekaan dahulu. Pencapaian kemajuan yang dimaksudkan bukannya dari segi pembangunan fizikal semasa itu, tetapi sikap dan suasana kepimpinan semasa itu jauh lebih baik dari masa sekarang. Dulu kepimpinan kita begitu masyhur dengan kewibawaan sebagai pemimpin sebuah negara yang cepat mencapai tahap negara maju. Tetapi bagi pimpinan sekarang mereka mengaku dan memuji diri sendiri yang kita telah hampir ke tahap itu. Tetapi apakah benar kita sudah menghampiri tahap dunia maju seperti yang digembar-gemburkan itu? Kalau kita sebut negara maju itu apakah definasi negara maju sebenarnya? Adakah cukup dengan membina bangunan tinggi-tinggi yang hampir setinggi awan itu untuk menjadi kayu pengukur kemajuan itu? Adakah sudah mencukupi jika kita membina jambatan panjang-panjang atau membina tiang bendera yang tertinggi di dunia itu sudah melayakkan kita digolongkan ke dalam negara maju? Bagaimana dengan sikap dan nilai pemikiran kita tidak perlu dibina untuk melayakkan kita menjadi sebuah negara maju? Tidak perlukah kita membina kepimpinan yang beretika dahulu sebelum kita menjadi negara maju? Apakah sebenarnya ciri-ciri penting yang perlu ada sebelum kita boleh menganggap negara kita sudah mencapai ke tahap negara maju itu? Pendeknya tahukah kita semua apa dia negara maju itu? Negara maju itu adalah sebuah negara yang matang. Kematangan negara itu bukan setakat mencapai kemajuan fisikalnya tetapi kematangan yang meliputi bidang kehidupan yang lain. Kematangan sesebuah negara itu boleh kita lihat dari segi politiknya, kemajuan pemikiran rakyat lebih-lebih lagi pemikiran pimpinannya. Negara maju yang matang mempunyai rakyat yang hidupnya penuh dengan etika kehidupan sehariannya dan lebih-lebih lagi dari segi sikap mereka terhadap semua isu ada di depan mata mereka. Dalam sebuah negara maju sistem kehakiman mereka tidak boleh dipengaruhi oleh politik dan menyebelahi sesuatu pihak. Pihak eksekutifnya tidak boleh masuk campur dalam hal yang berkaitan dengan kehakiman itu. Sistem kehakiman kita suatu ketika dahulu adalah badan bebas tetapi dihancurkan oleh pimpinan kerajaan (executive) semasa pimpinan seorang Perdana Menteri yang boleh berjalan di atas air dahulu. Di England, badan yang mengendalikan pilihanraya tidak menunjukkan sikap seperti pimpinan SPR di sini yang menunjukkan 'thumbs up' di depan media setelah BN berjaya mengekalkan mandat walaupun mandat yang bertambah kecil. SPR di sini seolah-olah adalah salah satu dari anggota Barisan Nasional yang berbelas-belas itu. Di negara maju anggota Polisnya lebih menumpukan tenaga untuk menjaga keselamatan negara dan tidak seperti di sini di mana anggota Polisnya lebih menumpukan perhatian kepada pemimpin pembangkang sahaja. Jenayah bertambah-tambah dan segala jenis jenayah nampak seperti tidak ada kawalannya. Polis sudah hilang 'priority' terhadap tanggungjawabnya. Mereka lebih percaya yang perhimpunan anjuran PKR itu lebih bahaya dari kumpulan penyamun yang sentiasa mengintai-ngintai untuk menyamun rumah-rumah yang boleh mereka masuk untuk menyamun. Pendeknya seluruh sistem dan kewibawaan kerajaan sudah tidak boleh lagi diperbaiki oleh pimpinan yang ada sekarang ini. Seperti yang selalu saya sarankan, negara kita perlu melakukan transformasi, bukan seperti yang dianjurkan oleh Najib tetapi transformasi yang hakiki. Kita terpaksa memulakan dengan menyusun kembali negara ini dari ABC atau alif baa taa. 'The elders have to take charge' buat sementara untuk menyususn kembali negara yang telah tersimpul mati dengan kemelut dan masalah yang tidak kunjung selesai itu. 'Budak-budak' yang tidak berhenti-henti berkelahi itu duduk di tepi dahulu, hisab cerut atau rokok daun, atau duduk bersama saya di kedai kopi mamak mana-mana. Untuk memulakannya biar lah mereka yang memahami selok belok siasah dan pentadbiran dan mempunyai roh sejati untuk memperbaiki keadaan ini. Najib hanya pandai bercakap tentang 'national reconciliation'. Tetapi beliau juga adalah pihak yang terlibat dalam pergaduhan untuk mengekalkan kuasa dengan orang yang hendak mendapatkan kuasa itu. Jika Najib benar-benar jujur untuk matlamat itu, beliau sepatutnya mempunyai otot yang cukup kuat untuk mendisiplinkan ahli-ahli partinya untuk tidak berkata dan bertindak tanpa mempunyai 'clue' yang betul untuk melakukannya. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/ | ||
Posted: 26 May 2013 10:35 PM PDT Shah Alam: Polis menemui mayat dua lelaki disyaki dua sahabat warganegara Indonesia dikenali sebagai Dofi, 21 dan Saiful, 19, yang dilaporkan hilang oleh keluarga mereka di Seri Kembangan 1 Mei lalu. Susulan penemuan itu, polis menahan dua individu bagi membantu siasatan, namun setakat ini mereka tidak dapat memastikan sama ada kedua-dua mayat terbabit mangsa yang dilaporkan hilang itu. Walaupun siasatan awal polis mendapati mayat yang ditemui di bawah pohon pisang dekat Sungai Klang di Seksyen 26, di sini seakan-akan kedua-dua mangsa itu, namun pihak berkuasa masih menunggu laporan bedah siasat untuk membuat sebarang keputusan. Ketua Polis Daerah Serdang Deputi Superintendan Lam Chien Fei berkata, memang pihaknya mengesyaki mangsa adalah warga asing yang dilaporkan diculik 1 Mei lalu, namun perlu menunggu laporan bedah siasat sebelum membuat kenyataan dan mayat yang ditemui sudah dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat. GAMBAR mayat ditemui yang dimuat naik dalam Facebook. "Tidak banyak yang dapat saya katakan tapi sepanjang kes ini disiasat, kita sudah menahan dua suspek dipercayai terbabit dalam pembunuhan berikutan penemuan dua mayat berkenaan," katanya. METRO/- | ||
8 sebab legitimasi Najib sebagai PM dipersoal Posted: 26 May 2013 10:30 PM PDT GELANG PATAH: Terdapat sekurang-kurangnya lapan sebab mengapa ramai mempersoalkan legitimasi Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia selepas Pilihan raya Umum ke-13 pada 5 Mei lalu. Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang berkata Najib dan BN hanya memenangi 47% undi popular manakala Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat memenangi majoriti 51% undi popular. Katanya, PRU13 merupakan pilihan raya paling kotor sepanjang 13 pilihan raya umum di dalam sejarah negara yang mana berlakunya politik wang yang tidak pernah berlaku sebelum ini dan pilihan raya tidak beretika dan berprinsip yang boleh dirumuskan melalui strategi tiga berangkai Umno BN "Duit Duit Duit", "Tipu Tipu Tipu" dan "Takut Takut Takut". "Protes aman dan demokratik sejuta pengundi Malaysia, kebanyakannya generasi muda dari pelbagai kaum, sejak keputusan PRU13 diketahui tiga minggu lalu di ceramah "Black 505" seluruh negara menunjukkan betapa mendalamnya keraguan orang ramai terhadap legitimasi Najib sebagai Perdana Menteri," ujarnya ketika berucap di makan malam kesyukuran dan pelancaran gerakan Impian Rakyat Malaysia DAP Gelang Patah di sini, malam tadi. Selain itu, ujarnya pemerintahan Najib sebagai Perdana Menteri kurang legitimasi sebagai kerajaan 1Malaysia meskipun telah mengangkat sumpah selepas pilihan raya untuk menjadi Perdana Menteri untuk semua kaum, Ini, katanya kerana meningkatnya polarisasi kaum selepas PRU13, dengan Najib sendiri bertanggungjawab memulakannya dengan kenyataannya pada malam PRU13 bahawa keputusan pilihan raya umum adalah "tsunami Cina" – sedangkan ia adalah tsunami rakyat Malaysia, bandar, separa bandar dan anak muda. Di samping itu, tambah beliau Kabinet Najib tidak mewakili semua rakyat Malaysia, satu kesedaran terlewat yang telah membawa kepada cadangan dari dalam Barisan Nasional bahawa parti-parti BN sepatutnya menurut kehendak rakyat Malaysia untuk menamatkan parti politik berasaskan kaum, dengan menggabungkan semua parti komponen dalam perikatan menjadi parti berbilang kaum. Penasihat DAP itu menambah, Najib mempengerusikan Kabinet dengan dua Menteri tidak sah (Paul Low dan Abdul Wahid Omar) tiga Timbalan Menteri tidak sah (P. Waythamoorthy, J Loga Bala Mohan dan Ahmad Bashan Md Hanipah) memandangkan kelima-lima mereka belum mengangkat sumpah sebagai Senator sebelum mengangkat sumpah memasuki pejabat kementerian. Malah, katanya kelima-lima mereka berada di dalam awang-awangan perlembagaan sejak 11 hari lalu, memandangkan mereka belum mengangkat sumpah sebagai Senator dan mereka sendiri tidak berani mengakui bahawa mereka adalah menteri dan timbalan menteri yang sah. Menurutnya lagi, pemerintahan Najib yang semakin menekan dan tidak demokratik, berikutan kerjasama antara Menteri Dalam Negeri yang paling "bersifat politik" dengan Ketua Polis Negara yang paling "bersifat politik" menginjak hak asasi manusia dan hak demokratik pemimpin Pakatan Rakyat serta aktivis sosial pada minggu lalu dengan penahanan, pendakwaan terpilih dan tindakan keras terhadap kebebasan berhimpun dan bersuara. "Pemerintahan Perdana Menteri Najib terus bergantung kepada penipuan dan pembohongan sebagai satu bentuk komunikasi yang langsung bercanggahan dengan prinsip akautabiliti, ketelusan dan tadbir urus yang baik, tidak dilupakan Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International-Malaysia yang ditandatangani Najib dengan penuh riuh-rendah ketika kempen PRU13," ujarnya. HARAKAH/- | ||
Penjenayah rempuh kenduri kahwin Posted: 26 May 2013 10:19 PM PDT 17 Rejab 1434 H. [MOD] - Gopeng: "Saya bersama tetamu lain tidak dapat mengelak kerana kereta jenis Proton Pesona itu sudah terlalu hampir dan hanya menyedari kami sudah tercampak beberapa meter. "Saya kemudian segera mendapatkan anak yang sudah terbaring di bawah khemah dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum membawanya ke Hospital Kampar. "Bagaimanapun, kecederaan teruk menyebabkan anak saya terpaksa dipindahkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) sebelum disahkan meninggal dunia enam jam kemudian akibat kecederaan parah di kepala," kata T Thenarasu, 24, bapa kepada Thamilarasan, 18 bulan yang maut dalam kejadian sebuah kereta dinaiki empat lelaki dipercayai penjenayah dikejar kereta peronda polis yang terbabas dan melanggar khemah majlis kenduri kahwin di Kampung Kopisan, jam 11 malam kelmarin. Mangsa bersama bapa dan ibunya serta beberapa tetamu lain sedang menjamu selera di bawah khemah sebelum mereka dirempuh kereta dinaiki empat suspek berkenaan. KERUSI dan meja berselerak selepas sebuah kereta yang dikejar polis merempuh majlis perkahwinan. Insiden pilu itu menyebabkan mangsa, bersama bapanya, tercampak beberapa meter. METRO/- | ||
Kadar jenayah di Besut menurun? Posted: 26 May 2013 10:08 PM PDT Jurujual diacu golok ketika berkempen di Besut, 24 April 2013. Polis buru 3 suspek tetak mekanik di Besut, 6 Januari 2013. Pembuat keropok ditahan miliki dadah di Kuala Besut, 21 April 2013. Seorang lelaki ditahan, 5 kes curi kabel di Besut, 16 Mei 2013. Dua samseng kes pukul guru di Masjid Kayu Besut serah diri, 14 Mei 2013. Dua bunuh diri di Besut, 20 Januari 2013. Empat Ah Long ditahan di Jerteh dan Besut,4 April 2013. Pesawah parah ditetak di Besut, 19 Mei 2013. Ugut potong telinga guru di Besut, 22 Mei 2013. Dua lelaki ditembak polis di Besut, 18 Januari 2013. Dua suspek kes lari kenderaan dikenalpasti, 13 Februari 2013. Lelaki, rakan wanita ditahan miliki kereta curi di Felda Selasih, Besut, 18 Januari 2013. Anak penjenayah ketua geng curi, pelajar sebuah sekolah menengah diberkas di Besut, 20 Mei 2013. Suspek samun madu adik dicekup, 23 Mei 2013. Petikan di atas adalah sebahagian kecil dari tajuk-tajuk yang disiarkan di dada-dada akhbar media perdana berkaitan kes-kes jenayah yang berlaku di sekitar Besut mutakhir ini. Sememangnya peningkatan kadar jenayah di bumi 'Ulul Albab' ini menjadi buah mulut terutamanya kecurian dan pecah rumah, jenayah kekerasan dan kes-kes narkotik. Dari getah skrap, buah kelapa sawit, pisang di kebun, tembikai di ladang sehingga kepada kes curi kenderaan dan pecah rumah. Topiknya menjadi bahan perbincangan hangat masyarakat. Seorang pesawah dari Kampung Gerong Apal merungut, "nasib baik tak berlaku lagi kes pencuri 'tolong tuai' padi kita di sawah, kalau kelapa sawit, yang atas pokok pun pencuri kait. Ni jiran sebelah rumah ambo, lembu dia hilang 2 hari lepas, jumpa dalam rok (semak) siap kena ikat kaki, nasib baik tak sempat kena semelih!" Suatu pagi di kedai kopi Kampung Kuala Kubang, Jabi. Sambil minum pagi, orang kampung rancak bercerita tentang getah skrap dicuri orang, "letih kita toreh, dia 'tolong kutip'! kalu dapat kat aku, siaplah!" rungut seorang penoreh dengan nada kesal berbaur marah. Saya mendengar dengan penuh simpati. Sudahlah harga getah merudum, susu getah tak berapa keluar semasa musim daun getah luruh seperti sekarang, ada sikit-sikit hasil kena curi pula. Seorang teman yang mempunyai kebun sawit seluas kira-kira 3 ekar menyampuk, "dok pelik mana pok getah (getah scrap) kena curi, ambo sawit atas pokok pun ada orang tolong kait!" Kebetulan kelmarin (Jumaat 24 Mei 2013) saya menziarahi seorang sahabat, petugas pilihanraya Dun Jabi yang kehilangan keretanya. Kenderaan yang diletakkan di hadapan kedai runcitnya di Kampung Guntung, Tembila, Besut dilarikan pencuri pada awal pagi. Masih belum ditemui sehingga sekarang. Ketika laporan polis dibuat di IPD Besut, anggota yang bertugas memaklumkan bahawa hari ini sahaja, 3 kes laporan curi kenderaan telah diterima. Bayangkan ketika itu waktunya masih di awal pagi Jumaat! Kalau 40 penyamun dalam cerita 'Ali Baba P. Ramlee' ada hari off dan holiday, pencuri sekarang nyata lebih hebat. Hari Jumaat tetap beroperasi seperti biasa! Saya menziarahi seorang ibu yang mengaku dia adalah ahli Umno dan pengundi tegar BN dari Kampung Gong Dasar, Jabi, di mana anaknya pernah keluar masuk lokap angkara pil kuda menangis hiba mengenangkan perihal anak yang dibelai dengan penuh kasih sayang akhirnya terjebak dengan gejala negatif ini. "Doktor tolonglah fikir sesuatu, PAS kena buat sesuatu untuk anak-anak muda di sini, demo main pil kuda terang-terang depan mata, macam dok takut ko sapo-sapo. Kalu tak dok orang nak tolong baiki, dok tahulah nak jadi lagu mana… " keluhnya dengan penuh kesedihan. Orang kampung tidak pandai dengan statistik dan data. Saya juga adalah orang kampung, membesar sebagai anak kampung, berjiwa kampung, merasai penat jerih orang kampung. Mungkin tak salah kalau saya berfikiran sealiran dengan mereka. Data dan statistik PDRM menunjukkan kononnya kadar jenayah di Besut menurun, tapi realiti pada pandangan serta apa yang sedang menjadi igauan masyarakat adalah berbeza. Dengan didahului permohonan maaf kepada Tuan OCPD Besut dan rakan-rakan anggota PDRM yang saya kenali dari IPD Besut, Balai Polis Jerteh serta Jabi yang telah banyak memberikan kerjasama menjayakan pelbagai program Parti Islam Se-Malaysia khususnya di Dun Jabi, dengan penuh hormat saya berpandangan, sekadar angka yang dibentangkan tidak akan mampu untuk memberikan keyakinan dan rasa tenteram masyarakat kerana manusia akan menilai berdasarkan situasi yang ada di sekeliling mereka. Saya juga tidak ingin mengulas panjang tentang maklumat serta bukti bahawa berleluasanya budaya samseng di sekitar Bandar Jerteh sehingga ramai peniaga-peniaga kecil yang pro pembangkang menjadi mangsa dan tidak diizinkan berniaga lagi. Apakah ini suatu tindakan melepaskan geram pasca PRU 13? Yang pastinya, kita meyakini bahawa kedaulatan undang-undang masih wujud di sini dan Jerteh bukanlah sebuah pekan cowboy dengan makna siapa yang kuat dia berkuasa! Apatah lagi antara bangunan yang paling besar dan tersergam di Jerteh adalah Bangunan Umno Besut. Tersergam pula papan tanda 'Besut Bumi Ulul Albab'. Arkitek Ulul Albab pun sudah dilantik menjadi menteri penuh. Tolonglah kawal perlakuan anak-anak buah Datuk Seri supaya Ulul Albab tidak disindir dengan gelaran 'Ahmad Albab!' HARAKAHDAILY/- | ||
Jutaan rakyat ke Dataran Merdeka jika SPR tidak letak jawatan kata Mat Sabu. Posted: 26 May 2013 09:31 PM PDT 17 Rejab 1434 H. [MOD] - TAPAH, 27 Mei — Pakatan Rakyat (PR) akan menghimpunkan jutaan rakyat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur jika tuntutan mereka agar pengerusi, timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak ditunaikan, kata Mohamad Sabu. Menurut timbalan presiden PAS itu, jika desakan tidak ditunaikan, PR akan menganjurkan lebih banyak perhimpunan sehingga kerajaan Datuk Seri Najib Razak turun takhta. "Jutaan rakyat akan memenuhi Kuala Lumpur jika tuntutan kita tidak ditunaikan tidak lama lagi," kata Mohamad dalam perhimpunan #Black505 di sini malam tadi. "Jika SPR tidak letak jawatan, kita akan terus mengadakan perhimpunan sehingga kerajaan Najib gugur," tambah beliau lagi. Perhimpunan #Black505 di Tapah ini adalah yang kesepuluh bagi membantah keputusan Pilihan Raya 2013 dan julung kalinya dianjurkan oleh PAS. Turut hadir dalam perhimpunan itu adalah pemimpin PR Perak seperti Datuk Seri Nizar Jamaluddin, V Sivakumar dan ramai lagi. Menurut Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu itu, penipuan pilihan raya telah menggugat kepercayaan rakyat Malaysia terhadap sistem demokrasi. "Kita kena ingat, rakyat memilih pilihan raya, rakyat memilih jalan demokrasi. Kenapa rakyat memilih jalan raya di Tunisia? Mesir? Jakarta? "Kerana mereka sudah tidak yakin dengan jalan demokrasi," katanya disambut dengan sorakan daripada ribuan hadirin berpakaian hitam. Mohamad turut mengingatkan pasukan keselamatan, polis dan tentera agar bersikap profesional dan menjaga keselamatan rakyat. "Polis dan tentera saya ingatkan. Jaga keselamatan rakyat, jika gugur sebutir peluru kepada rakyat yang tidak bersenjata, bererti kamu sudah kalah. "Jangan usik rakyat yang memilih cara demokrasi ini," katanya. PR menyalahkan penipuan pilihan raya menyebabkan mereka tidak menjadi kerajaan walaupun menang undi popular pada Pilihan Raya 2013. PR menang 89 kerusi Parlimen berbanding Barisan Nasional (BN) yang mendapat 133 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen. Walau bagaimanapun, buat pertama kali semenjak 1969, BN kehilangan undi popular apabila hanya mendapat 47 peratus undi keseluruhan berbanding PR yang mendapat 51 peratus. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perhimpunan #Black505 pada Sabtu di Padang Timur, Petaling Jaya turut menegaskan beliau menolak idea untuk bekerjasama dengan SPR dan menyokong desakan untuk pesuruhjaya SPR meletakkan jawatan serta merta. "Kita tidak akan bekerjasama atau bekerja atau melibatkan diri dengan Suruhanjaya Pilihan Raya yang menipu," kata ketua umum PKR dan menambah "kata dua" akan dikeluarkan jika mereka tidak meletak jawatan. | ||
Angka korban virus mirip SARS di Arab Saudi meningkat 18 Posted: 26 May 2013 09:18 PM PDT 17 Rejab 1434 H. [MOD] - RIYADH: Kementerian Kesihatan Arab Saudi berkata, seorang wanita meninggal dunia akibat serangan virus seperti Sindrom Pernafasan Yang Teruk (SARS), menjadikan jumlah korban kini meningkat kepada 18 orang. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kini terus tertumpu kepada Arab Saudi bagi menyiasat dan mengesan lebih banyak petanda untuk mengenal pasti punca merebaknya virus berkenaan. Angka sebelum ini yang diperoleh WHO Selasa lalu bahawa sekurang-kurangnya 11 orang maut di Arab Saudi sejak tahun lalu akibat penyakit yang dipanggil NCoV-EMC atau novel coronavirus dalam istilah perubatan. Kementerian berkenaan juga berkata seorang warga asing turut maut di Arab Saudi, Selasa lalu selepas dijangkiti simptom yang sama. Virus berkenaan disamakan dengan SARS yang menjadi wabak di China pada 2002. - AP | ||
SU Eksekutif PR P Pinang didakwa anjur perhimpunan haram Posted: 26 May 2013 09:17 PM PDT 17 Rejab 1434 H. [MOD] - Butterworth: Setiausaha Eksekutif Pakatan Rakyat Pulau Pinang, Ong Eu Leong dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini, terhadap pertuduhan menganjurkan perhimpunan haram pada 11 Mei lalu. Tertuduh yang berusia 44 tahun itu didakwa mengikut Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 9 (5) akta sama. Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi menetapkan 27 Jun ini untuk sebutan semula kes. Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Amir Hamdzah Othman. Manakala, tertuduh diwakili lapan peguam yang diketuai RSN Rayer. | ||
Ketua AMK Negeri Sembilan mengaku tak bersalah anjur ceramah Posted: 26 May 2013 09:14 PM PDT 17 Rejab 1434 H. [MOD] - Seremban: Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Sembilan, Nazree Yunus, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban, sebentar tadi, atas tuduhan melanggar syarat Akta Perhimpunan Aman 2012 ketika menganjurkan Ceramah Umum Pasca PRU-13 di Pusat Komersial Oakland, Seremban, 17 Mei lalu | ||
2 pemimpin PR Perak didakwa anjur perhimpunan haram Posted: 26 May 2013 09:12 PM PDT 17 Rejab 1434 H. [MOD] - Ipoh: Dua pemimpinPakatan Rakyat Perak dihadapkan di Mahkamah Sesyen, di hari ini atas dakwaan mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana tidak memaklumkan kepada Ketua Polis Daerah Ipoh mengadakan perhimpunan haram pada 9 dan 12 Mei lalu. Dua pemimpin terbabit ialah Ahli Parlimen Ipoh Timur, Su Keong Siong, 52 dan Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak, Mohammad Anuar Zakaria, 45, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Julie Lack Abdullah. Julie menetapkan 19 Julai ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan kedua mereka dibebaskan masing-masing dengan diikat jamin RM4,000 seorang dan seorang penjamin. | ||
Senarai Exco: Khalid menghadap Sultan Selangor Posted: 26 May 2013 09:09 PM PDT 17 Rejab 1434 H. [MOD] - SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tiba di Istana Bukit Kayangan di sini untuk menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah, kira-kira jam 10.17 pagi. Difahamkan pertemuan itu untuk membincangkan mengenai senarai EXCO kerajaan negeri yang dijangka akan diumumkan pelantikan selewat-lewatnya pada Rabu. | ||
Lelaki Myanmar ditahan mengamuk, lepas tiga das tembaka Posted: 26 May 2013 09:08 PM PDT 17 Rejab 1434 H. [MOD] - Butterworth: Seorang lelaki warga Myanmar ditahan selepas mengamuk dan melepaskan tiga das tembakan di Balai Polis Chai Leng Park, di sini, dalam satu kejadian awal pagi tadi. Dalam kejadian jam 1.30 pagi itu, lelaki yang dikenali sebagai Mohd Ibrahim,33, sebelum itu dikatakan datang ke balai untuk membuat laporan selepas mendakwa ada orang mahu memukulnya di Taman Inderawasih, Perai. Anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang tiba di lokasi bagaimanapun memaklumkan kepada anggota di balai tiada sebarang insiden pergaduhan seperti yang dilaporkan. Lelaki yang hanya berkain pelikat dan berkaki ayam itu kemudiannya secara tiba-tiba memanjat meja di balai berkenaan lalu mencekik anggota bertugas dan merampas sepucuk pistol jenis P99 sebelum mengacukan senjata itu ke kepala anggota terbabit. Anggota berpangkat Lans Koperal itu yang berjaya melepaskan diri dari suspek kemudiannya bertindak menyelamatkan diri dengan berlari keluar sebelum terdengar bunyi tiga das tembakan. Suspek kemudiannya dilihat keluar dari balai dan dipujuk anggota supaya mengembalikan senjata yang diambilnya, namun gagal. Sebaliknya suspek mengacukan pistol berkenaan ke kepalanya dan terus menarik picu tetapi, tidak meletup. Dua anggota URB bersama anggota balai yang baru tiba dari lokasi sekatan jalan raya berjaya menahan suspek dan merampas semula pistol berkenaan. Suspek yang cedera di hidung, selain mengalami bengkak di muka dan mata kiri itu dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) sejurus kemudian bagi menerima rawatan. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian.BH/- | ||
PAS di asas atas prinsip yang jelas , menyuruh yang makruf dan mencegah yang mungkar. Posted: 26 May 2013 08:43 PM PDT 17 Rejab 1434 H. [MOD] - Semua ahli mesti memelihara dasar dan matlamat perjuangan PAS sebagai sabuah gerakan Islam. PAS di asaskan di atas prinsip yang jelas bagi menegakkan sabuah masyarakat yang berjalan di dalamnya sabuah masyarakat Islam, mematuhi prinsip dan dasar Islam di dalam menyuruh yang makruf dan mencegah yang mungkar. Di atas prinsip inilah PAS diujudkan sehingga berhadapan dengan pelbagai mehnah dan tribulasi di dalam perjuangan yang panjang ini. Seluruh pendokong memahami betapa hebatnya perjuangan ini. Ianya di asas oleh prinsip yang jelas. Perjuangan PAS bukan semata-mata untuk mendapatkan kuasa pemerintahan negara, ia lebih besar dari itu ialah menyelamatkan rakyat dalam negara ini daripada kemurkaan Allah dengan membetulkan dasar perjuangan agar tidak bertentangan dengan prinsip Islam. PAS ingin tegaskan bahawa pertembungan PAS bukan sahaja dengan fahaman nasionalisma, bahkan apa jua ideologi bertentangan dengan syarak. PAS menentang sekularisma, sosialisma, komunisma, dan pragmatisma dan sebarang ideologi yang bertentangan dengan dasar Islam, walau apa ism sekalipun. PAS bukan berlawan dengan UMNO kerana namanya UMNO, tetapi dasar yang di bawa oleh UMNO yang bercanggah dengan syarak, iItu dasar nasinalisma, menghalalkan amalan riba dalam sistem ekonomi, mengizinkan kemungkaran yang diberi lesen dan alainnya yangbnyata bercanggah dengan dasar syarak. Maka demikianlah PAS akan menolak sosialisma, walau ia bukan UMNO. Ini dasar yang kita pegang. Matlamat untuk memerintah negara tidak mengizinkan kita menerima sebarang cara yang tidak syarie. Penerimaan kita bekerjasama dengan pelbagai parti mesti ada ikatan tahaluf, yang mengikat kita dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syarak. Akibat kebencian kepada parti pemerintah yang membuak- buak oleh semua pihak, maka terkadang kita terikut- ikut arus kemarahan, tanpa memikir apa asas penentangan kita. PAS tiada ikatan tahaluf selain PKR dan DAP. Sebarang ikatan rakan dalam PR dengan pelbagai kumpulan di luar adalah ikatan yang tidak boleh memaksa PAS menerima sama. PAS akan meneliti prinsip syarak, apakah Islam membenarkan atau sebaliknya. Ini patameter kita dalam meujudkan kerjasama. Perjuangan kita bukan sekadar menumbangkan satu sistem jahiliyyah dan membina satu jahiliyyah yang lain. Kita berjuang untuk tegakkan Islam di atas keruntuhan jahiliyyah. Perjuangan yang meletakkan prinsip dosa dan pahala, halal dan haram serta patuh syariah sebagai prinsip. Isu rasuah, salahguna kuasa, penyelewengan, penindasan, dan lain adalah kemungkaran yang berleluasa dalam negara. Namun harus diingat pergaulan bebas, arak, perzinaan, riba, eksploitasi wanita, monopoli sumber ekonomi, kemiskinan akhlak dan budaya juga kemungkaran yang mesti ditentang. Hakikat ini memerlukan pendokong parti memahami asas perjuangan PAS, bukan hanya ghairah untuk lawan tanpa memahami kemana hala tuju perjuangan selepas tumbangnya sistem jahiliyyah ini. Dato Tuan Ibrahim Tuan Man Ketua Penerangan PAS Pusat | ||
Yazid ditahan semula, isteri tak tahu sebabnya Posted: 26 May 2013 07:38 PM PDT 17 Rejab 1434 H. [MOD] - Yazid Sufaat sekali lagi ditahan polis, hanya tujuh hari selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan beliau mengetepikan tuduhan bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA). Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, isterinya Chomel Mohamad berkata dia tidak mengetahui mengapa Yazid ditahan. "Polis datang ke rumah pada jam 8 pagi hari ini dan mengambilnya. Mereka kata mereka membawanya ke Bukit Aman. Saya tidak ada di rumah sewaktu tangkapan dibuat tapi empat anak saya menyaksikannya. "Ini mengarut sedangkan dia baru sahaja dibebaskan... Saya letih (dengan perkara ini)," katanya yang membuka kedai makan bersama dengan suaminya di kantin mahkamah. Malaysiakini/- | ||
Tidak mustahil enam bulan BN Perak tumbang Posted: 26 May 2013 07:31 PM PDT 17 Rejab 1434 H. [MOD] - TAPAH: Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, Kerajaan BN Perak tidak mustahil akan tumbang dalam tempoh 6 bulan. Menurutnya, perkara tersebut boleh terjadi melalui petisyen yang dibuat oleh Pakatan Rakyat di beberapa buah Dun di negeri itu. "Dulu kerajaan Pakatan Rakyat Perak tumbang selepas 11 bulan memerintah, kerajaan BN Perak sekarang ini pula Insya Allah akan tumbang dalam tempoh 6 bulan ini melalui petisyen yang dibuat," katanya ketika berucap dihadapan kira-kira 10,000 hadirin di Himpunan Blackout anjuran PAS Perak di Kompleks PAS Tapah, dekat sini malam tadi. Hadir sama ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamamd Sabu, Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari, Timbalan Pengerusi DAP Negeri, V Sivakumar dan pimpinan Pakatan Rakyat Perak. Beliau menjelaskan, Pakatan Rakyat Perak akan membuat petisyen terhadap lapan Dun yang dimenangi BN dan enam daripadanya Dun yang ditandingi PAS serta dua PKR yang masing-masing menyebelahi BN dengan majoriti tipis serta penuh keraguan. Lapan Dun tersebut ialah Manjoi, Manong, Pasir Panjang, Rungkup, Lubok Merbau, Selama, Chenderiang dan Tualang Sekah. Jelasnya, pihaknya sedang mengumpul maklumat tentang salah laku serta keraguan dan penyelewengan yang berlaku menyebabkan Pakatan Rakyat tewas tipis di Dun tersebut. "BN Perak dalam keadaan tidak begitu gembira dengan kemenangan ini kerana ianya sangat getir dan goyah ditambah lagi mendapat maklumat Pakatan Rakyat akan membuat petisyen sebanyak 8 buah Dun. Adun Changkat Jering itu menyeru seluruh rakyat di negeri Perak agar terus berdoa di samping membuat solat hajat, qunut nazilah, zikir munajat dan sebagainya agar Allah memberi kejayaan kepada petisyen yang dikemukakan. Harakahdaily/- "Kalaulah 2 daripada 8 petisyen yang dibuat itu menyebelahi kita (Pakatan Rakyat), ianya sudah cukup untuk menumbangkan BN seterusnya Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan di Perak. "Justeru teruskanlah kita ikhtiar dan meminta pertolongan Allah agar diberi keputusan positif kepada Pakatan Rakyat," jelasnya. | ||
Hadi, Guan Eng jelas ketidakhadiran Himpunan Black 505 Posted: 26 May 2013 05:28 PM PDT 17 Rejab 1434 H. [MOD] - SHAH ALAM -Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mengesahkan ketiadaan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat (PR), dari DAP dan Pas dalam Himpunan Black 505, di padang Amcorp Mall, kelmarin adalah kerana pemimpin tersebut berada di luar negara. Beliau memaklumkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kini berada di Turki manakala, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pula berada di London. "Mereka di luar negara, jadi bagaimana mereka mahu hadir himpunan Sabtu lalu?," katanya kepada Sinar Harian. Himpunan anjuran 50 NGO itu dihadiri Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu, dan beberapa pimpinan PR yang lain. Himpunan yang berlangsung bermula jam 4.30 petang itu tamat pada jam 12 tengah malam dan dihadiri penyokong yang memakai baju berwarna hitam. Mengulas lanjut mengenai himpunan itu, Mohamad Sabu berkata, pimpinan PR berpuas hati dengan sambutan diberikan rakyat. "Semua himpunan sebelum ini pun mendapat sambutan seperti yang berlaku semalam. Jadi kita berpuas hati," katanya. Dalam pada itu katanya, beliau kini sibuk dengan permintaan untuknya menjadi penceramah di setiap himpunan itu yang diadakan di seluruh negara. "Saya kini dalam perjalanan ke Tapah, Perak. Malam ini (semalam) akan diadakan di sana pula himpunan 505," kata beliau. Sinar/- |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2013 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan