Nuffnang

N45 Dr Halimah Ali

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 11:28 PTG

N45 Dr Halimah Ali


Benarkah Wujudnya Anggota Tentera Kita Dilahirkan di Pakistan atau Bangladesh?

Posted: 29 Apr 2013 08:33 PM PDT

 Munasabahkah terdapatnya warganegara kita yang dilahirkan di Pakistan atau Bangladesh bertugas sebagai anggota keselamatan sama ada sebagai anggota PDRM atau ATM? Sila tonton video di bawah
 untuk jawapannya.

Di bawah ialah Kod Kelahiran luar negara pada mycard yang berkuatkuasa sejak  2000 digunapakai oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia.



Jumlah Pengundi kelahiran Sabah yang bakal mengundi di Selangor pada 5hb Mei 2013 seperti jadual di bawah:

Mengumumkan Ketibaan Pesawat MH007 Dari KK Membawa Penumpang @Pengundi Hantu Selangor

Posted: 29 Apr 2013 08:19 AM PDT

 Tarikh 01 Mei 2013 kemungkinan ketibaan beramai-ramai  penerbangan cartar dari Sabah sebagai pengundi hantu di Selangor. Pasukan risikan PR akan terus memantau lapangan terbang di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) dan Low Cost Carrier Terminal (LCCT) di Sepang, Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Malaysia di Sungai Besi serta Lapangan Terbang Subang di Subang. Mereka kini juga sedang dalam pemerhatian untuk mengenal pasti tempat kediaman penumpang-penumpang penerbangan ini.

Lebih 36,000 Pengundi Ragu Bakal Membanjiri Selangor 

Lizawati Madfa/Selangorku

SHAH ALAM 29 APR : Pakatan Rakyat (PR) mendakwa satu langkah agresif sedang diambil untuk membanjiri Selangor dengan lebih 36,000 pengundi ragu dalam beberapa hari lagi bagi merampas Selangor daripada gagasan itu.

Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor, Jaafar Shamsuddin mendakwa mereka akan dibawa masuk secara berperingkat melalui 'charter flights' (penerbangan tempahan khas) daripada Kota Kinabalu bermula 2 Mei sehingga 4 Mei ini.

Langkah itu mampu menguatkan kemampuan Umno-BN untuk merampas kira-kira 11 kerusi DUN yang dimenangi PR Selangor. Ini kerana kerusi tersebut dimenangi dengan majoriti kurang daripada 3,000 undi.
Sekiranya di agihkan antara 11 kerusi DUN itu, ia mampu memberi pertambahan lebih 3,200 "pengundi percuma" kepada Umno-BN.

Jika Umno-BN mampu mempertahankan 20 kerusi DUN yang sekarang miliknya, kemenangan dalam 11 kerusi DUN milik PR Selangor akan membolehkannya memperoleh majoriti mudah untuk membentuk Kerajaan Negeri.

Umno-BN memenangi 20 daripada 56 kerusi DUN pada pilihanraya 2008. PR Selangor memenangi 36 kerusi, tetapi hilang dua kerusi selepas dua ADUN PR Selangor, Badrul Hisham Abdullah dan Datuk Dr Hassan Ali, keluar dari gagasan itu.

Pengundi ragu yang akan dibawa masuk itu termasuk mereka yang yang lahir dan bermastautin di luar Selangor tetapi berdaftar sebagai pengundi di Selangor dan pengundi bukan warganegara Malaysia.
"Kita percaya terdapat pihak tertentu yang mengawasi dan mengubah beberapa penerbangan khas itu daripada terus dikesan pihak kita," kata Jaafar pada satu sidang media.
"Sebagai contoh, pada 28 April, kita telah memantau di KLIA setelah menerima maklumat penerbangan tempahan khas MH 8601 akan mendarat pada pukul 6 pagi namun penantian sehingga jam 11.30 pagi tidak mendapati sebarang pendaratan.

"Pemberi maklumat dalaman kemudian memberitahu bahawa jadual penerbangan itu telah ditunda kepada tarikh lain iaitu pada 1 Mei nanti," jelas Jaafar.

Dalam pada itu, beliau berkata pasukan risikan PR akan terus memantau lapangan terbang di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) dan Low Cost Carrier Terminal (LCCT) di Sepang, Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Malaysia di Sungai Besi serta Lapangan Terbang Subang di Subang.
Mereka kini juga sedang dalam pemerhatian untuk mengenal pasti tempat kediaman penumpang-penumpang penerbangan ini.

Terima kasih Pakatan Selangor & PKNS Kerna Prihatin

Posted: 29 Apr 2013 07:55 AM PDT

PELABUHAN KLANG 28 APRIL : Bagi meningkatkan taraf pendidikan anak-anak di Pangsapuri Seri Perantau, di sini, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mengambil inisiatif membina sebuah Pusat Tuisyen di pangsapuri terbabit.

Pusat tuisyen yang dinamakan Anjung Seri Perantau berkeluasan 1,990 kaki persegi itu mampu memuatkan sehingga 250 orang dalam satu masa yang menelan kos sebanyak kira-kira RM75,000.

Pengerusi Persatuan Penduduk, Mohamad Md Zin berkata pembinaan kemudahan bagi komuniti penduduk itu memang dinantikan oleh kira-kira lebih 5,000 penghuni pangsapuri yang rata-ratanya terdiri daripada golongan berkemampuan.

" Banyak faedah yang bakal dinikmati penduduk dengan adanya kemudahan ini. Bukan sahaja anak-anak dapat mengikuti tuisyen malahan penduduk dapat menjalankan aktiviti setempat dan riadah.
" Saya amat berterima kasih kepada PKNS dan Kerajaan Negeri Selangor yang membina kemudahan ini dan akhirnya permohonan kami menjadi kenyataan," katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Replika Kunci di pangsapuri itu, di sini.

Replika kunci itu diserahkan secara rasmi oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Hadir sama bekas Exco Pendidikan, pendidikan tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali dan Timbalan Pengurus Besar (Pentadbiran dan Pembangunan) PKNS, Noraida Mohd Yusof.

Md Zin yang sudah menetap di pangsapuri itu sejak lapan tahun yang lalu berharap pusat tuisyen berkenaan dapat memberi manfaat kepada anak-anak pangsapuri khasnya dalam mempelajari ilmu tambahan selepas waktu persekolahan.

" Kebanyakkan keluarga di pangsapuri ini tidak mampu untuk menghantar anak-anak mereka mengikuti tuisyen di luar kerana terdiri daripada keluarga miskin dan tidak berkemampuan," katanya.

PKNS sebelum ini sudah membina Pusat Sehenti GeMS dan perpustakaan komuniti di pangsapuri itu.
Sepanjang tahun lalu, sebanyak RM185 juta disumbangkan PKNS bagi tujuan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) termasuk pembinaan Asrama Desa Pancang Bedena di Sungai Besar dan pembinaan Sekolah KAFA Integrasi Al-Mubarak di Kota Damansara.

Sementara itu, Abdul Khalid berkata pusat tuisyen itu merupakan salah satu usaha PKNS dalam menterjemahkan konsep 'bulding home' dalam memberikan kemudahan dan keselesaan kepada penduduk.

" Dalam pembangunan, seharusnya membina kemudahan lengkap dan selesa kepada penduduk. Macam pangsapuri ini, pentadbiran sebelum ini bina bangunan tetapi tiada kemudahan lengkap," katanya-Selangorku

Tahniah dan syabas kepada Pakatan Selangor, JKR, MPK serta Kontraktor

Posted: 29 Apr 2013 06:38 AM PDT

KLANG 29 APRIL : Penantian lebih 20 tahun penduduk sekitar Selat Klang khususnya Kampung Delek untuk mendapatkan sebuah jambatan berakhir apabila ia sudah siap sepenuhnya.

Jambatan yang diberi nama 'Mini Serambi Mekah' itu menelan kos sebanyak lebih RM3.4 juta yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri Selangor dan dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya dan Majlis Perbandaran Klang(MPK).

Calon DUN Selat Klang, Dr Halimah Ali berkata jambatan berkenaan akan dapat menyelesaikan banyak masalah perhubungan penduduk.

Katanya, sebelum ini penduduk hanya menggunakan jambatan kunci air milik Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang hanya mampu memberi laluan kepada satu kenderaan sahaja dalam satu masa.

"Jadi, bila waktu puncak pagi dan petang, ia sangat sesak malah ia tidak boleh dilalui kenderaan berat. Dengan adanya jambatan ini, ia dapat mengurangkan kesesakan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan jambatan baru itu, di sini.


Beliau berkata dengan adanya jambatan itu ia juga dapat memudahkan penduduk sekitar membawa jenazah daripada seberang sungai ke tanah perkuburan di mana sebelum ini penduduk terpaksa melalui jalan yang jauh kerana tiada jambatan.

Sementara itu, Ketua Kampung Delek, Samsul Bahri berkata keprihatinan Kerajaan Negeri itu sangat dihargai penduduk kampung.

"Saya sebagai wakil penduduk sangat bersyukur dan berterima kasih kepada YB dan Kerajaan Negeri.
"Selain itu, ia dapat sekurang-kurangnya mengurangkan kadar kemalangan selain tidak lagi terpaksa mengikut jalan jauh lebih 10 kilometer jika untuk ke Pelabuhan Klang," katanya.

Projek yang dimulakan pada awal Januari lalu itu meliputi pembinaan jambatan dan jalan sepanjang 1.2 kilometer yang mempunyai laluan dua hala.

Jambatan itu dibina di atas Sungai Telok Gadung dan Jalan Sri Perantau Kampung Delek berjaya disiapkan dalam tempoh dua bulan. Ia meliputi penyediaan jalan raya baru.-Selangorkini

Comments posted (0)

YB BN

YB PAS

YB PKR

YB DAP