Isnin, 29 April 2013

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


13 Orang Dipercayai Bekas Pengikut Al-Arqam Ditahan Jais

Posted: 29 Apr 2013 07:29 AM PDT

18 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

SEPANG: 13 individu dipercayai bekas pengikut Al-Arqam ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini Isnin.
Mereka adalah antara 35 rakyat Malaysia yang diusir oleh kerajaan Arab Saudi atas kesalahan membabitkan visa dan dokumen perjalanan.
"Mereka tiba di KLIA dari Jeddah kira-kira pukul 1 petang dan dibawa ke Jais, Shah Alam untuk diambil keterangan sebelum dibebas dengan syarat seorang penjamin bagi setiap orang," kata Pengarah Jais Datuk Marzuki Hussin ketika dihubungi.
Beliau berkata mereka yang terdiri daripada sembilan lelaki dan empat wanita itu ditahan mengikut Enakmen Agama Islam Negeri Selangor kerana berdasarkan fatwa Mufti Selangor, Al-Arqam sudah terkeluar daripada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.
"Ketika ditahan, kami turut menemui bahan berkaitan kumpulan Al-Arqam seperti buku, pamplet dan risalah bersama mereka," katanya. 
- BERNAMA

Kenapa 5 pegawai Najib dapat jadi calon?

Posted: 29 Apr 2013 06:53 AM PDT

18 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Langkah Datuk Najib Tun Razak mencalonkan lima orang pegawainya terdekatnya bertanding dalam PRU 13 ini memberi petanda bahawa Pengerusi BN itu tidak yakin partinya akan kekal memerintah negara selepas ini.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, Najib memberi laluan kepada lima pegawai di pejabatnya itu supaya mereka membawa haluan masing-masing selepas ini.

"Saya percaya tindakan ini adalah kerana Najib tidak yakin dia akan jadi Perdana Menteri selepas PRU, sama ada BN kalah atau BN tidak mendapat 2/3 majoriti," katanya kepada Harakahdaily.

Mahfuz membayangkan Najib mengambil langkah awal ini kerana kelima-lima pegawainya mungkin tidak ada tempat dipejabatnya selepas ini.

"Aku pilih kamu jadi calon, untung nasib kamulah. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Kamu pandai-pandailah bawa diri, aku tidak mampu jadi PM," ujar Mahfuz sinis. 

Dalam PRU kali ini, Najib mencalonkan empat setiausaha politiknya iaitu Datuk Mohd Fatmi Salleh di parlimen Kota Baru, Datuk Shahlan Ismail (Pokok Sena), Datuk Mohd Suffian Awang (Kuantan) dan Datuk Mohd Shafie Abdullah (Wangsa Maju), manakala seorang lagi  Pegawai Tugas-tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri Datuk Latt Shahriman yang bertanding di kerusi Dun Kubang Rotan, Kedah.

Mohd Fatmi yang juga ketua Umno bahagian Kota Baru bertanding untuk kali kedua setelah kalah pada 2008.

Manakala, Mohd Shafie, Shahlan, Mohd Suffian dan Latt Shahriman membuat percubaan yang pertama.

Dalam pada itu, pencalonan kesemua mereka juga didakwa turut menimbulkan kekecohan dalam umno.

Ini kerana kerusi-kerusi tersebut secara tradisinya untuk pemimpin Umno tempatan tetapi mereka terpaksa beralah untuk calon pilihan Najib tersebut.

Harakahdaily/-

Pemergian Isteri Tidak Patah Semangat Abdul Fattah Tanding DUN Bukit Panau

Posted: 29 Apr 2013 03:10 AM PDT

18 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

Abdul Fattah Mahmood
KOTA BARU: Pemergian isteri tercinta kepada calon PAS bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Panau, Datuk Abdul Fattah Mahmood tidak mematahkan semangat beliau untuk terus bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Isteri Abdul Fattah iaitu Datin Fahimah Mahmod, 49, meninggal dunia pada malam Ahad kerana menghidap penyakit barah paru-paru.
Abdul Fattah berkata, pemergian isteri beliau sebenarnya memberi kekuatan untuk terus berkempen pada pilihan raya umum kali ini bagi memastikan Kelantan kekal di bawah pemerintahan PAS dan usaha Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya.
"Saya anggap ini (semangat untuk terus bertanding) adalah yang terbaik untuk kami (Abdul Fattah dan arwah isteri) dan tanggungjawab sebagai calon akan diteruskan selepas majlis tahlil pada malam ini.
"Saya akan turun padang bersama-sama rakyat untuk terus berkempen," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Tanah Perkuburan Kampung Banggol di sini, Isnin.
Abdul Fattah berkata, beliau nekad untuk terus mempertahankan kerusi DUN Bukit Panau yang disandangnya daripada pencabarnya, Baharudin Yusof yang mewakili Barisan Nasional (BN) pada PRU-13.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada pukul 10.35 malam Ahad di Hospital Pakar Perdana dekat sini.
Menurut Abdul Fattah, arwah isterinya mula tidak sedarkan diri sejak dua hari lalu selepas melakukan pembedahan.
"(Bagaimanapun) masalah penyakit berkenaan mula disedari awal Januari lalu tetapi ia sudah berada di tahap empat (serius).
"Alhamdulillah, allahyarham (isteri) reda apabila mengetahui dia menghidap penyakit barah," katanya.
Allahyarham disembahyangkan di Masjid Muhammadi dekat sini selepas solat Zohor dan dikebumikan pada pukul 2 petang.
mStar/-

Musa Hassan sertai panel keselamatan Pakatan, bimbang dengan keganasan politik

Posted: 29 Apr 2013 03:07 AM PDT

18 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -
Musa bimbang dengan keganasan politik dalam Pilihan Raya 2013. - Gambar The Malaysian Insider
KUALA LUMPUR — Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan telah menyertai majlis penasihat keselamatan Pakatan Rakyat (PR), dan mengatakan hari ini beliau bimbang dengan keganasan politik dalam Pilihan Raya 2013.
Musa menegaskan dirinya tidak memihak kepada mana-mana parti politik, memberitahu pemberita beliau akan melakukan perkara sama jika pemerintah Barisan Nasional (BN) meminta nasihatnya mengenai urusan keselamatan.
"Saya tidak memihak kepada mana-mana parti politik… Saya datang hari ini kerana saya mengambil urusan keselamatan rakyat dengan serius," kata Musa dalam sidang akhbar di sini.
The Malaysian Insider/-

Saya tiada di KL semasa tragedi 13 Mei - Kit Siang

Posted: 29 Apr 2013 02:58 AM PDT

18 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

JOHOR BAHRU: Walaupun berkali-kali Lim Kit Siang menegaskan beliau tidak ada di Lembah Kelang ketika tercetusnya peristiwa 13 Mei, namun Umno tetap menyebarkan fitnah menuduh beliau menjadi perancang tragedi berdarah tahun 1969 itu.

Dalam usaha terdesak berdepan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini, pelbagai risalah fitnah berhubung tragedi berdarah itu disebar termasuk di pasar malam di Taman Universiti, Skudai dengan mengaitkan penasihat DAP itu.

Di Tanjung Piai pula, jentera DAP menemui risalah bertajuk 'DAP Rasis' yang yang dilaporkan turut diedar di kampung-kampung Melayu.

Apa yang menarik, risalah yang diedarkan di Skudai memuatkan satu wawancara akhbar milik Umno Mingguan Malaysia dengan bekas Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Datuk Noordin Abdul Razak yang mendakwa beliau melihat Lim bersama penunjuk perasaan anti-Melayu semasa insiden tersebut.

Dakwaan itu bertentangan dengan penjelasan Lim. Menurut Penasihat DAP itu, beliau tidak berada di Kuala Lumpur pada 11, 12 dan 13hb Mei 1969.

"Saya masa itu bertanding di Bandar Melaka, dan berada di pusat pengiraan undi di Melaka sehingga awal pagi 11hb Mei 1969 kerana menunggu keputusan, hanya kembali kepada keluarga saya di Petaling Jaya pada 11hb Mei (hari Ahad)," kata Lim.

Pada hari Isnin seterusnya, iaitu 12hb Mei 1969, beliau pulang ke Bandar Melaka untuk mengucapkan terima kasih kepada para pengundi di perarakan terima kasih kepada pengundi pada petang dan menghadiri satu rapat umum terima kasih kepada pengundi pada sebelah malamnya.

Kedua-dua acara itu katanya telah berlangsung secara aman.

"Saya mungkin merupakan satu-satunya wakil rakyat dalam tahun 1969 yang sempat mengadakan perarakan dan rapat umum berterimakasih kepada pengundi selepas pilihan raya kerana saya telah menempah tiket untuk terbang ke Sabah pada awal pagi hari Selasa, 13hb Mei 1969 untuk membantu dalam kempen pilihanraya calon-calon bebas di situ, kerana pada masa itu, hari mengundi Sabah dan Sarawak adalah diadakan seminggu selepas keputusan pilihan raya diumumkan di Semenanjung.

"Semasa saya berucap di rapat umum di Kota Kinabalu pada malam 13 Mei, barulah saya terima berita bahawa huru hara Mei 13 telah berlaku di Kuala Lumpur," kata Lim.

Beliau juga memberitahu, dalam ucapan pertamanya di Parlimen pada 23 Februari 1971 setelah beliau dibebaskan daripada tahanan ISA pertamanya, serta selepas Parlimen dipulihkan, semasa membahas Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan 1971, beliau telah menyeru supaya satu Suruhanjaya Parlimen ditubuhkan.

"Saya meminta suruhanjaya ini yang keahliannya termasuk wakil-wakil bukan Ahli Parlimen yang dihormati dalam bidang mereka masing-masing, untuk antara lain, 'mengenal pasti punca rusuhan Mei 13' dan 'membuat cadangan bagaimana untuk mencegah berulangnya rusuhan kaum Mei 13 di masa depan, dan menghentikan masalah polarisai kaum di Malaysia'," kata Lim.

Harakahdaily/-

Mengintai Putrajaya di Perak: Cerah masa depan!

Posted: 29 Apr 2013 02:49 AM PDT

18 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -
Ahmad Lutfi Othman

Saya cuba bersikap terbuka dan berlapang dada apabila menonton TV, bukan  terhad hanya kepada slot berita tetapi juga rancangan bualbicara selepasnya, diselangi iklan-iklan politik tidak berbayar. Saya juga terpaksa berusaha menenangkan diri sendiri ketika menatap akhbar-akhbar harian berbahasa Melayu dan Inggeris.

Walaupun menyedari degup jantung tambah kencang berdepan siri "pembelasahan" media, saya gagahi juga. Selepas tujuh hari berkempen, saya belum sempat turun mendengar ceramah, merasai situasi sebenar di lapangan. Selain laporan internet -- melalui portal berita, blog dan juga Facebook -- saya terpaksa melanggan akhbar-akhbar utama dan memasang telinga mendengar (bukan menonton) Buletin Utama TV3, bagi mengetahui pendekatan kempen BN yang tidak beretika itu.

Untuk mempertahankan survival BN yang terancam, peneraju media menjadi tidak rasional lagi. Proses "pembodohan" umat  berlangsung secara besar-besaran. Berduyun-duyun sang profesor (termasuk dari disiplin sains politik) membentangkan sudut pandangan, sedangkan yang diluahkan tidak lebih daripada pengulas bertaraf jurucakap parti. 

Apabila saya singgung isu-isu yang dimainkan media di bawah kawalan mutlak Umno-BN itu dalam FB, segera reaksi rakan-rakan yang mengaku mereka sudah lama tidak membaca Utusan Malaysia dan menonton TV3. 

"Aku juga dah tak baca The Star, yang cuba berlagak bebas tapi semasa kempen PRU13 bertukar tukang propaganda murahan," ujar kawan lama dari Alor Setar. "Buang masa, membazir duit hang beli Utusan atau Berita Harian, juga menonton berita TV3," tambahnya meminta saya menjaga kesihatan dengan tidak memudaratkan diri menatap media talibarut Umno itu!

Sukar untuk memastikan sama ada  media konvensional yang terjajah ini masih mempunyai pengaruh besar, namun saya yakin kewibawaan dan integritinya menjunam teruk. 

"Lutfi, tak payah susah hatilah dengan pemberitaan songsang mereka,  hanya satu jalan untuk mengubah keadaan, rehatkan saja BN. Buang masa saja kau bersama KAMI timbulkan isu akses media semasa kempen ini, tumpukan saja hari-hari terakhir ini untuk Harakah jelaskan kekeliruan yang dicetuskan media Umno dan fokuskan tawaran Pakatan," tegur seorang bekas editor kanan.

Menginsafi rangkaian Harakah masih terbatas, saya dan rakan-rakan Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) bertindak melancarkan promosi di beberapa lokasi, di seluruh negara, sambil mengedarkan sisipan Bangkit secara percuma.

Khamis lalu, semasa saya melakukan tinjauan singkat ke Bukit Gantang dan Kuala Kangsar -- dua kerusi Parlimen  yang ditandingi PAS -- saya menitipkan sejumlah T-shirt khas buat wartawan sambilan Harakah di Perak, Muhd Faeez Azahar.

"Sambil edar Bangkit dan tabloid Inikalilah, jangan lupa berkempen untuk Harakah, terutama di kawasan strategik dekat Ipoh ini," ingatan saya kepada Faeez, anak muda yang berkampung di Pejabat Perhubungan Negeri sepanjang kempen PRU13.

Alhamdulillah, berkat sumbangan pembaca Harakah untuk dana projek penerbitan kempen PRU13 KAMI, hampir 200,000 naskhah Bangkit berjaya diedarkan ke lokasi tertentu. Mungkin ia tidak mampu menyaingi edaran percuma edisi petang Berita Harian dan Utusan Malaysia tetapi sekurang-kurangnya berjaya menawarkan sumber maklumat alternatif. 

Di sebelah tengahari 25 April itu, saya ditemani wartawan senior, Johari Jaafar, bertemu Ustaz Idris Ahmad, di pejabat Pusat Khidmat (bekas) Ahli Parlimen Bukit Gantang, dekat Changkat Jering. Rakan sepejabat, Khairul Hartimi Tajudin memandu dari Kuala Lumpur, memudahkan urusan saya.  

Idris yang juga penasihat editorial Harakah menyambut kami. Agak keletihan, tetapi tetap menyerlahkan keyakinannya. Saya tidak banyak bertanya peluangnya untuk mengekalkan kemenangan Nizar Jamaluddin -- dan sebelumnya Allahyarham Roslan Shahrom -- tetapi cuba merisik pandangan AJK PAS Pusat ini terhadap potensi Pakatan Rakyat untuk "membebaskan" Putrajaya.

Selama ini, termasuk ketika bermesyuarat setiap Selasa dan JUmaaat  di Harakah,  Idris seperti juga saya, cukup berhati-hati dengan peluang ke Putrajaya. Kami berkongsi kerisauan tentang sikap pengundi Melayu, terutama di kampung-kampung, dalam usia melebihi 40 tahun, yang dilihat masih terpengaruh dengan dakyah perkauman Umno.

"Ustaz, rata-rata ana pergi, ramai bercakap Pakatan boleh menang, malah ada sahabat menggesa ana membuat persiapan operasi Harakah selepas 5 Mei nanti, apa jadi Harakah selepas kita menang?" saya mengintai ulasan Idris.

Dia tersenyum lebar. "Ana pun rasa begitu," katanya tanpa teragak-agak. Segera saya teringat beberapa hari sebelum itu, Dr Mohamad Agus Yusoff semasa saya mengunjunginya di Bandar Baru Bangi juga melahirkan keyakinan sama.

Seorang lelaki melewati usia 60 tahun yang bersama kami dari awal segera bangun, bersalam erat dengan Idris, tanda puas dengan reaksinya. Kami sama-sama ketawa. 

"Semalam, seorang kawan di UKM telefon, beritahu Majlis Profesor Negara bermesyuarat tergempar di Putrajaya,  ekoran situasi bayangan membimbangkan bakal melucutkan takhta BN," maklum saya kepada Idris. "Khabarnya banyak lagi meeting serupa semalam di Putrajaya, bincang isu sama."

"Apa pun kita jangan leka, usah pandang rendah jentera kempen BN terutama melalui media dan agensi kerajaan sejak lama dulu," kata Idris, sambil merujuk sikap penyokong tegar Umno yang ditemuinya sepanjang kempen. "Ada yang langsung tak makan dengan hujah, kita hanya harapkan perubahan anak-anak mereka, yang lebih terdedah dan terbuka," tambahnya.

"Apa yang menarik minat pengundi, Ustaz?" tanya saya. "Tawaran kita, seperti hapuskan tol dan PTPN, rendahkan harga kereta, mekanisme turun kos sara hidup. Ana tak letak banyak tawaran kita, tumpu yang utama saja," katanya sambil menunjukkan booklet pengenalan dirinya. "Harakah patut jelaskan lebih terperinci dengan sokongan fakta meyakinkan," ujar Idris.

Sebelum kami beredar, Idris memperkenalkan wartawan Malaysiakini, Zulaikha Zulkifli, yang menunggu di luar. Zulaikha dari Kuala Lumpur turun ke Perak membuat liputan di "kerusi panas" seperti Kuala Kangsar, Lumut, Larut, Sungai Siput dan Bukit Gantang sendiri. 

Calon PAS Kuala Kangsar, Drs Khalil Idham Lim sedang sibuk berkempen dari rumah ke rumah di Kampung  Ulu Kenas ketika Johari Jaafar menghubungi beliau untuk menentukan tempat sesuai kami menyapanya.

Kami solat jamak di Masjid Ridzwaniah, bersebelahan Kolej Melayu Kuala Kangsar sementara menunggunya. Dua kenalan baru yang saya jumpa petang itu kelihatan yakin dengan mood pengundi Perak. 

"Kami hanya mahukan kerajaan yang pernah kami pilih pada 2008," kata seorang darinya. "Saya jangka peluang PAS cerah di Kuala Kangsar ini, bukan kerana faktor calon Bebas, Kamilia Ibrahim tetapi masanya sudah sampai untuk rakyat berubah. Larut juga berpotensi tetapi saya lebih yakin Dato' Seri Nizar akan jadi MB selepas 5 Mei nanti," katanya sambil membilang jumlah kerusi Dun yang bakal dimenangi Pakatan. "Insya-Allah, boleh sampai 35 kerusi Dun," katanya.

Hujan mulai turun ketika kami melewati bulatan untuk keluar dari bandar Kuala Kangsar, menuju tempat Idham Lim. "Biar kita ke sana, jangan ganggu calon bertemu penduduk," kata saya kepada Munizam Zamri, jurufoto sambilan yang berkejar dari Seberang Perai.

Saya perhatikan Idham berkulit cerah tambah bercahaya wajahnya semasa menceritakan cabarannya bertanding di Kuala Kangsar. "Saya lebih suka berbicara soal cabaran dan bukannya peluang," katanya.

Dia nampak komited dan yakin dengan keupayaan diri untuk bersama-sama melakukan perubahan, dan lebih penting "membantu penduduk setempat" yang dihimpit pelbagai masalah.

Dia menggariskan lima tawarannya, termasuk berkaitan pembinaan Jambatan Manong, yang sudah melalui tiga kali majlis pecah tanah tetapi belum siap juga. Kedua, pengangkutan awam dari Kuala Kangsar ke Simpang Tiga yang daif dan uzur. Juga mengenai penempatan kampung baru dan kampung tersusun yang tidak mendapat hak milik kekal, selain masalah perparitan.

Walaupun "orang baru" tetapi Idham kelihatan amat arif dan masak dengan masalah masyarakat yang bakal diwakilinya nanti. Saya yakin  Idham dan juga calon PAS Dun Manong. Haji Jamil Dzulkarnain, bekas Ketua Zon Bank Simpanan Nasional Kawasan Kuala Kangsar yang turut bersama kami petang itu mempunyai peluang cerah.

Harakahdaily/-

7 pengundi pos bertindih di Parlimen Temerloh

Posted: 29 Apr 2013 02:40 AM PDT

18 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

Apabila disemak lanjut, terbukti nama pengundi tersebut muncul dua kali dalam daftar pemilih undi pos yang sama.
KUALA LUMPUR: PAS mendakwa pihaknya berjaya mengesan sekurang-kurangnya tujuh nama pengundi pos yang muncul dua kali dalam  daftar pemilih di kerusi Parlimen Temerloh 23 April lalu.

Penolong Setiausaha Agung PAS Ahmad Sabki Yusuf berkata, kejadian berlaku di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Temerloh apabila pemantau PAS dapat mengesannya dalam senarai petugas yang diluluskan untuk mengundi secara pos.
Katanya, terdapat beberapa nama yang telah diumumkan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk dikeluarkan undi pos kepadanya, telah dipanggil sekali lagi untuk dikeluarkan undi pos.
"Apabila disemak lanjut, terbukti nama pengundi tersebut muncul dua kali dalam daftar pemilih undi pos yang sama.
"Petugas PAS seterusnya telah membuat bantahan dan cuba untuk mengeluarkannya daripada senarai kertas undi pos tetapi gagal," katanya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS di sini hari ini.
Ahmad Sabki berkata, PAS memandang serius perkara ini dan menuntut SPR memberikan penjelasan segera.
"Apakah ini hanya merupakan kesilapan yang tidak disengajakan SPR atau cubaan untuk mengeluarkan undi pos secara tidak sah atas tujuan tertentu," soalnya.
Katanya, PAS Pahang membuat laporan polis mengenainya pagi tadi dan mendesak supaya siasatan dijalankan segera.
"Kami percaya perkara sebegini bukan saja berlaku di Temerloh tetapi juga berlaku di tempat lain di mana mungkin wakil-wakil parti tidak menghantar wakil mereka untuk memantau proses pengundian pos," katanya.
Beliau juga mendakwa insiden berkenaan membuktikan masih lagi wujud kepincangan dalam sistem SPR walaupun mereka mengatakan proses pilihan raya di Malaysia adaah sempurna dan bebas daripada sebarang manipulasi.
FMT/-

Ketua Puteri Umno Tenggara, rakan cedera kemalangan

Posted: 29 Apr 2013 02:30 AM PDT

18 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

KOTA TINGGI - Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Tenggara, Anita Murad, yang juga kakak kepada pelawak dan pelakon terkenal tanah air, Mamat Sepah, cedera dalam kemalangan di Kilometer 33.6 Jalan Kulaijaya - Kota Tinggi, petang semalam.

Anita, 36, kini dilaporkan dalam keadaan stabil.

Menurut Mamat, kakaknya yang memandu kenderaan pacuan empat roda bersama dua rakannya, cedera di bahagian kepala dan bahu, namun keadaannya tidak membimbangkan.

Bagaimanapun seorang daripada rakannya yang juga setiausaha Pergerakan Puteri UMNO bahagian Tenggara, Nor Alohan Abd Ghani, 36, cedera parah di bahagian kepala manakala seorang lagi rakannya, Zaliza Mohd Dahan, 35, mengalami kecederaan di bahagian kaki.

"Syukur Alhamdulillah, kakak dan rakannya semuanya selamat, terima kasih kepada petugas Hospital Kota Tinggi (HKT) termasuk jentera BN Tenggara khususnya calon BN bagi Tenggara, Datuk Halimah Mohamed Sadique yang banyak membantu dan mengambil berat sepanjang kami berada di bilik kecemasan," katanya ketika ditemui di HKT di sini, semalam.

Halimah yang tiba di HKT pada kira-kira pukul 6.30 petang meluangkan masa kira-kira sejam untuk melawat dan menghulurkan bantuan kepada mangsa.

"Harapan saya semua pihak akan mendoakan kesejahteraan mangsa," katanya yang ditemui di HKT di sini.

Dalam nahas kira-kira pukul 6 petang itu, difahamkan mangsa dalam perjalanan pulang ke Kulaijaya sebaik selesai membantu kempen pilihan raya umum di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Mohd Nor Rasid yang dihubungi mengesahkan kejadian.

Menurutnya, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Proton Gen2 yang datang dari arah Kulaijaya cuba memotong sebuah kenderaan namun gagal sebelum bergesel dengan sebuah kereta Perodua Myvi yang datang dari arah bertentangan.

"Akibat pergeseran, kereta Gen2 itu berpusing dan terhenti di tengah jalan sebelum dirempuh oleh mangsa yang gagal mengelak dam melanggar penghadang jalan.

"Kesemua mangsa yang cedera dibawa ke HKT untuk mendapatkan rawatan sebelum dirujuk ke Hospital Pakar Jalan Abdul Samad, Johor Bahru," katanya. 

- Bernama

Dihalau dari Pesta Buku kerana pakai topi PAS

Posted: 29 Apr 2013 01:27 AM PDT

18 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -




(Kerana pakai baju dan topi ni di halau dari Pesta Buku yang dibuat di bangunan Umno)

KUALA LUMPUR: Seorang pengunjung Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur dipaksa keluar dari kawasan pesta semata-mata kerana ia memakai topi berlambang PAS dan baju T NGO yang melawan BN.

Alasannya hanya satu, dia memakai topi dan baju T itu di dalam bangunan Umno, PWTC tempat berlangsungnya Pesta Buku itu.

Peristiwa yang memalukan negara ini berlaku pada hari Sabtu, 27 April 2013 pada jam lebih kurang 1.30 petang.

Berikut adalah cerita penuh mangsa ini.

Salam PERUBAHAN buat warganegara MALAYSIA.

Ketika ini di PWTC sedang berlangsung PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2013.

Alhamdulillah, saya berkesempatan ke sana untuk mendapatkan buku-buku yang terkini. Apa yang ingin saya kongsikan dengan pembaca harakah di sini bukanlah perihal pesta buku sebaliknya pengalaman yang saya alami di pesta buku.

Saya ingin berkongsi pengalaman saya bersama pihak Harakah dan pembaca yang lain mengenai KEGOYANGAN UMNO BE END....


Pada hari Sabtu, 27 April 2013..pada jam lebih kurang 1.30 petang, saya mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa KL 2013 di PWTC.


(Inilah pakaian Firdaus sehingga di halau dari Pesta Buku)

Selepas memasuki bangunan PWTC saya terus ke dewan Tun Hussein Onn di mana terletaknya 'booth' PTS publisher.

Saya telah berjumpa dengan seorang staf PTS dan memberi beliau satu senarai buku yang saya kehendaki lalu beliau menolong saya dengan mencari buku-buku tersebut.

Dalam masa 15-20 minit saya menunggu, terpacak berdiri di dalam ratusan/ribuan pengunjung, saya didatangi oleh 2 org 'security' PWTC.

Seorang daripada mereka memperkenalkan diri sebagai pihak security PWTC dan beliau meminta saya mengikut mereka. Berikut adalah perbualan saya dengan security tersebut :


security 1 : kami pihak security PWTC..kami nak mintak encik ikut kami sekejap.

saya : Eh..kenapa pulak?

security 1 : kita cakap kat luar dewan. Encik bawak sekali barang-barang encik tu. Encik ni peserta ke pengunjung?

saya : saya pengunjung...dan tengah tunggu seorang staf PTS carikan buku saya..tapi kenapa pulak saya kena ikut encik?

Pada masa itu kedengaran dalam 'waklie-talkie' beliau " bawa dia keluar..bawa dia keluar" dan saya mendengar security 1 tadi menjawab "kami dah jumpa dia & kami dah nak bawa keluar".
Saya mula berasa sangsi dengan security tersebut tetapi cuba berfikiran positif.

security 1 : takpe, encik ikut kami sekejap je, kita borak kat luar.

Saya pun mengikuti security 1 keluar dari dewan tersebut dan security 2 mengikut saya dari belakang. Tiba di luar dewan :


security 1 : abang tahu ini bangunan umno kan?

saya : tau..tapi ape kaitan dengan saya?

security 1 : abang tak boleh pakai 'snow cap' Pas & baju ni kat dalam bangunan ni (beliau merujuk pada baju yang saya pakai yang tercetak "kebangkitan rakyat" beserta 4 lambang NGO iaitu R (royalti), BERSIH, STOP LYNAS, dan FELDA)

saya : kenapa tak boleh? pakai baju macam ni pun salah ke? lagipun saya datang ni untuk ke pesta buku, bukan ke perhimpunan umno. Lagipun, tak ada peraturan cara atau jenis berpakaian untuk datang ke pesta buku kan?

security 1 : saya tau..tapi ini arahan dari atas bang. kalau ikutkan, kami pun tak ada masalah.

security 2 : macam ni lah...abang bukak snow cap tu & tukar baju dulu kat luar, pastu abang boleh masuk balik.

saya : saya boleh bukak snow cap ni sebab saya hormatkan tuan rumah, tapi saya tak ada baju spare.

security 1 : kalau macam tu abang kena keluar la...kami diarahkan untuk iring abang keluar.

saya : ok..saya boleh keluar, tapi saya nak beli buku-buku yang saya nak dulu.

security 1 : ok..kami akan temankan abang.

Saya masuk semula ke dalam dewan dan berjumpa dengan staf PTS tadi yang tengah memegang beberapa buah buku yang saya nak beli.
Kemudian saya beratur di kaunter bayaran sambil diperhatikan oleh 2 orang security tersebut.

Saya menganggarkan dalam 10-12 org yang sedang beratur untuk membuat pembayaran.

Kemudian security 2 pergi ke salah satu kaunter dan memanggil saya untuk membuat bayaran.

Jadi saya telah memotong giliran mereka yang tengah beratur! kesian mereka..namun apakan daya...bukan kemahuan saya...saya dipaksa untuk SEGERA KELUAR DARI BANGUNAN PWTC!

Setelah selesai membuat bayaran, security tadi tanya saya hendak keluar ikut pintu mana? saya beritahu saya nak keluar ikut pintu yang saya masuk tadi, iaitu pintu utama.

Mereka mengiringi saya berjalan menuju ke pintu tersebut. Sepanjang berjalan, saya tergelak kecil sambil mengeleng kepala dan berkata kepada mereka "saya rasa kelakar bila orang atasan encik berdua ni takutkan baju & snowcap"...

Lalu jawab mereka..."kami tak boleh nak kata apa-apa bang...kami pun kerja dengan diorang....harapkan undi je la yang jadi rahsia kami...kami mintak maaf banyak-banyak kat abang...kami ikut orang atas aje bang."

"Takpe...saya faham...saya tak marah atau berdendam pun dengan encik...saya tahu encik menjalankan tugas..."

Sampai je luar bangunan PWTC, mereka bersalam-salaman dengan saya dan meminta maaf sekali lagi..saya terus keluar sambil tersenyum panjang..tidak pernah terlintas dalam benak saya akan kejadian seumpama itu boleh berlaku...hanya kerana baju dan snowcap....

Pertama kali diiringi keluar oleh pihak security ketika mengunjungi pesta buku gara-gara baju kebangkitan rakyat & snowcap PAS...sungguh memalukan buat BE END kerana takutkan 2 benda tersebut yang hanya diperbuat daripada benang kapas...yang DIPAKAI OLEH SEORANG RAKYAT MERDEKA yang HIDUP DI DALAM NEGARA DEMOKRASI & MAHUKAN PERUBAHAN DALAM PEMERINTAHAN SEKARANG YANG KORUP!!...

Ironinya...jika seseorang itu berpakaian tidak sopan, mendedahkan aurat, ataupun berpakaian menyebelahi pemerintah yang korup...itu dibenarkan......

Beginikah contoh parti POLITIK yang kononnya mempertahankan ISLAM dan Melayu yang sering dilaung-laungkan menerusi media massa mereka selama ini??

iNi KALiLAH!

saya, yang benar...

Ahmad Firdaus bin Ab Malek

Najib datang ke Selangor untuk pecahkan masyarakat

Posted: 29 Apr 2013 01:21 AM PDT

18 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

SHAH ALAM: Kedatangan  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang kerap berkempen di Selangor tidak mendatangkan kebaikan kepada Selangor tetapi telah memecahbelahkan perpaduan antara kaum.

Ini jelas apabila Najib  cuba mempertahankan slogan 1Malaysia tetapi pada masa yang sama mengiktiraf Perkasa, sebuah NGO perkauman melampau bila mana meletakkan Naib Presiden Perkasa, Datuk  Zulkifli Nordin di Parlimen Shah Alam, kata Pengerusi Pakatan Rakyat Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Najib bukan sahaja  mewujudkan ketegangan kaum, beliau juga secara tidak bermoral terus  menaburkan janji kepada rakyat selangor, tambah beliau.

"Lebih teruk lagi janji yang cuba beliau tabur adalah atas perkara yang gagal diselesaikan oleh Umno Selangor untuk puluhan tahun tetapi telah  diselesaikan oleh Pakatan selama 5 tahun khususnya projek terbengkalai Alam Perdana dan Bukit Botak.

"Adalah melucukan apabila Najib tiba-tiba datang ke Alam Perdana dan menaburkan janji serta memberi maklumat salah seolah beliaulah "hero"; sedangkan penduduk tempatan telah bekerjasama dengan kerajaan negeri Pakatan Rakyat untuk menyelesailan masalah mereka," tegas Khalid.

Bagi beliau, tindakan Najib juga menjadi bahan ketawa penjawat awam di Selangor kerana hakikatnya mereka yang telah bertungkus lumus bekerja untuk menyelesailan projek terbengkalai tersebut.

"Berat untuk saya katakan di sini  ini bahawa saya tidak menjangka Najib akan merendahkan martabat dan kredibiliti  sebagai Perdana Menteri Kerajaan Sementara.

"Nampaknya Najib benar-benar terdesak dan akan melakukan apa sahaja untuk memenangi Selangor," tegasnya.

80 % pengundi Cina Benut sokong PAS

Posted: 29 Apr 2013 01:10 AM PDT

18 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


PONTIAN – Calon PAS Benut, Raden Sarobo Ponoh bakal memperolehi kira-kira 80% sokongan daripada kaum Tionghua bersandarkan penglibatannya yang aktif menyantuni masyarakat itu sejak tiga tahun kebelakangan ini.
"Anda pula bagaimana? Jom ubah !. Bertemu masyarakat cina di Pekan Benut, Rata-rata masyarakat cina mahukan perubahan. Ungkapan yang paling kerap mereka katakan " ini kali kasi Ubah". Ini Kalililah, Kita Ubah" kata Admin Facebook Mtd Pas Benut dalam satu kenyataan.




 
keadilandaily/-

Putrajaya: Majlis Profesor Negara mesyuarat tergempar

Posted: 29 Apr 2013 01:09 AM PDT

18 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

(Majlis Profesor Negara ketika dilancarkan oleh Najib)

KUALA LUMPUR: Kebimbangan Barisan Nasional (BN) akan kehilangan kerajaan sampai ke kemuncaknya apabila Majlis Profesor Negara mengadakan mesyuarat tergempar di Putrajaya.

Menurut Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman dalam tulisannya, seorang rakannya dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memaklumkan hal ini kepada beliau.

"Semalam, seorang kawan di UKM telefon, beritahu Majlis Profesor Negara bermesyuarat tergempar di Putrajaya,  ekoran situasi bayangan membimbangkan bakal melucutkan takhta BN," tulis Lutfi dalam kolumnya di Harakahdaily.

Beberapa hari sebelum itu, tulis Lutfi, pensyarah kanan UKM, Profesor Dr Mohamad Agus Yusoff juga melahirkan keyakinan BN akan tumbang kali ini.

"Semasa saya mengunjunginya di Bandar Baru Bangi juga melahirkan keyakinan sama," tulis Lutfi.

"Khabarnya banyak lagi meeting serupa semalam di Putrajaya, bincang isu sama," tulis Lutfi lagi.

Sementara itu, berita angin bertebaran memaklumkan kerja-kerja membersih 'kekotoran' sedang aktif dibuat di Putrajaya.

Apakah benar atau tidak, ianya tidak dapat dipastikan.

harakah/-

Umcedel pertahan kajian ‘Anwar lebih layak jadi PM’

Posted: 29 Apr 2013 01:04 AM PDT

18 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR 29 APRIL: Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) mempertahankan keabsahan hasil kajian mereka yang terbaru berkaitan pilihan pengundi menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Ianya ekoran ada pihak yang mempertikai hasil kajian tersebut khususnya dari kalangan penganalisis politik dan termasuk juga dari pimpimpin Umno BN.
umcedel1Dalam satu kenyataan semalam, pihaknya berkata, kajian akademik tersebut dibuat dengan mematuhi standard dan tidak bias kepada mana-mana pihak yang berkepentingan.

"Kajian yang kami jalankan mematuhi standard akademik dan dibiayai oleh universiti yang mempertahankan nilai intergriti, telus dan tidak memihak kepada mana-mana individu ataupun parti politik," kenyataan mereka dipetik.

Pada 25 April lalu, Umcedel telah mengadakan sidang akhbar mendedahkan hasil kajian terbaru mereka berhubung pilihan pengundi menjelang PRU13.

Kajian terhadap 1,407 responden pelbagai kaum yang merupakan pengundi berdaftar itu dijalankan pada 3 April hingga 20 April lalu.

Antara lain kajian itu mendapati, 43 peratus responden berpendapat Anwar lebih layak menjadi Perdana Menteri berbanding Najib 39 peratus.
mani 2Selain itu, kajian tersebut juga mendapati rata-rata pengundi bersetuju bahawa manifesto Pakatan Rakyat lebih memenuhi harapan rakyat berbanding manifesto BN.

"Pandangan dan komen separuh masak yang tidak mempunyai nilai akademik tanpa melihat dengan lanjut kajian tersebut amat dikesali," kata Umcedel lagi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika mengulas kajian itu semalam bagaimanapun menyifatkanya sebagai karut.

Najib berkata, beliau tidak setuju dengan kajian tersebut yang menunjukkan beliau berada empat mata di belakang Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri. – Harakah Daily

Di bawah kenyataan penuh Umcedel:
Nota ini merujuk kepada pandangan beberapa orang penganalisis politik berkaitan dengan hasil kaji selidik yang telah dijalankan oleh Umcedel berkaitan pilihan pengundi menjelang pilihan raya umum ke-13 yang disiarkan dalam www.sinarharian.com.my pada 27 April 2013.

Hasil kaji selidik ini telah dihebahkan semasa persidangan akhbar pada 25 April 2013 di Universiti Malaya yang telah dihadiri oleh pemberita dari dalam dan luar negara termasuk beberapa orang diplomat antarabangsa. Kesempatan juga telah diberikan kepada wartawan dan diplomat untuk mengemukakan persoalan dan meneliti lebih lanjut kajian yang kami jalankan.

Beberapa penjelasan kepada kajian tersebut:

1. Berlaku kekeliruan berkaitan istilah populasi dan sampel. Populasi merujuk kepada keseluruhan komponen sama ada jumlah penduduk negara atau jumlah pengundi.

Sementara sampel adalah sebahagian komponen yang akan mewakili keseluruhan populasi. Standard dan prosedur statistik yang menjadi amalan kajian di peringkat tempatan dan antarabangsa adalah mendapatkan sampel. Contoh yang paling mudah, doktor tidak perlu mendapatkan sebahagian besar atau kesemua darah pesakit untuk mengetahui penyakit, namun hanya cukup dengan setitik darah sahaja.

2. Pemilihan responden seramai 1,407 adalah mewakili keseluruhan komponen pengundi berdasarkan pecahan etnik, jantina, struktur umur, lokasi tempat tinggal, status pekerjaaan dan pendidikan.

Sampel yang dipilih adalah responden yang telah mendaftar sebagai pengundi dan pernah mengundi dalam pilihan raya. Jumlah sampel tersebut adalah standard sampel yang digunakan oleh badan penyelidik antarabangsa seperti MORI, YouGov dan Gallup.

Malah beberapa badan penyelidik akademik serantau seperti Election Study Center di National Chengchi Universiti di Taiwan, Lembaga Survey dan Lingkungan Survey di Indonesia juga mengggunakan jumlah sampel yang hampir sama. Metodologi yang digunakan dalam kajian adalah secara bersemuka menggunakan soalan yang berstruktur.

3. Umcedel adalah badan penyelidikan akademik yang bernaung di bawah Kluster Kemanusiaan dan Sains Sosial Universiti Malaya yang dianggotai oleh ahli akademik tempatan dan antarabangsa. Kepakaran ahli Umcedel termasuk dalam bidang statistik, sains politik, politik antarabangsa, sistem maklumat geografi, sejarah dan geografi pilihan raya.

Kajian yang kami jalankan mematuhi standard akademik dan dibiayai oleh universiti yang mempertahankan nilai intergriti, telus dan tidak memihak kepada mana-mana individu ataupun parti politik.

4. Masyarakat juga tentunya menantikan kajian daripada penganalisis-penganalisis politik yang terlibat secara langsung di lapangan untuk mendapatkan gambaran sebenar yang berlaku di peringkat akar umbi dan bukannya bergantung kepada pemerhatian politik melalui media semata-semata.

5. Pihak yang berminat boleh melayari laman sesawang www.umcedel.um.edu.my untuk mendapatkan butiran lanjut kajian tersebut dan beberapa kajian yang telah kami jalankan. Pihak kami juga bersedia berdiskusi dengan mana-mana individu dan pertubuhan yang mahu meneliti lebih lanjut kajian kami. Pandangan dan komen separuh masak yang tidak mempunyai nilai akademik tanpa melihat dengan lanjut kajian tersebut amat dikesali.

keadilandaily/-

Musa Hasan dilantik Penasihat Majlis Keselamatan Pakatan

Posted: 29 Apr 2013 01:00 AM PDT

18 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

(Musa [dua dari kiri] dalam sidang media hari ini)


KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan hari ini menerima perlantikan sebagai Penasihat Majlis Keselamatan Pakatan Rakyat (MKPR).

Penyataan persetujuan itu dimaklumkan beliau dalam satu sidang media selepas bertemu dengan Pengerusi MKPR, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein.

Dalam sidang media pertama itu, Musa yakin proses perpindahan kuasa akan berlaku secara aman selepas pilihan raya umum 5 Mei ini.

Dalam sidang media itu, Musa meminta pihak polis membuat siasatan yang adil terhadap beberapa siri letupan yang berlaku sejak kebelakangan ini.

Pihak polis juga perlu membuat kajian dan monitoring yang menyeluruh dengan apa yang berlaku kerana mungkin akan berlaku lagi selepas ini.

Sehubungan itu, beliau meminta semua parti politik memberitahu polis sebelum menganjurkan apa-apa majlis.

harakah/-

Abang calon BN Dun Selama sertai PAS

Posted: 29 Apr 2013 12:37 AM PDT

18 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

Nor Ghani menggulung bendera BN sebagai simbolik menyertai PAS.

IPOH: Kejutan besar berlaku di Dun Selama apabila abang kepada calon BN yang bertanding di Dun itu, Datuk Mohd Daud Mohd Yusof mengambil keputusan menyertai PAS.

Nor Ghani Mohd Yusof, 57, menyerahkan borang keahliannya kepada calon PAS Dun Selama, Mohd Akmal Kamaruddin serta calon PAS Parlimen Larut, Datuk Fauzi Shaari dalam satu majlis di Sungai Bayor, Selama, kelmarin.

Beliau melakukan simbolik menggulung bendera Umno dan BN di hadapan kira-kira 1,000 hadirin sebelum menyerahkan borang keahlian.

Nor Ghani berkata, beliau mengambil keputusan itu kerana yakin dengan perjuangan yang dibawa oleh PAS.

Katanya, beliau telah memikirkan perkara itu agak lama sebelum mengambil keputusan itu ditambah lagi adiknya adalah calon BN di situ.

"Ini bukan satu keputusan yang mudah, namun kerana Islam, saya buat keputusan ini.

"Saya ambil masa agak lama (untuk menyertai PAS) dan sekarang baru saya ambil keputusan menyertai PAS secara sah," katanya kepada Harakahdaily.

Mengulas lanjut, beliau menegaskan akan membantu  sedaya upaya jentera berkempen menarik masyarakat demi merealiasasikan kemenangan sulung PAS disitu.

Jelasnya, beliau menyokong penuh calon PAS, Ustaz Akmal yang melawan dengan adiknya dalam pilihanraya ini dan beliau menyifatkan anak muda itu sangat berwibawa.

"Walaupun dia (Akmal) berlawan dengan adik saya sendiri, tapi saya yakin kemenangan akan memihak kepada PAS, kerana rakyat ketika ini sangat mahukan perubahan," jelas beliau.

Dalam pada itu, Akmal ketika diminta mengulas kemasukan Nor Ghani berkata, beliau menyambut baik tindakan itu dan disifatnya satu anugerah daripada Allah.

Katanya, keputusan itu sudah memberi kesan besar kepada BN khususnya calon BN.

"Saya mengalu-alukan kemasukan beliau (Nor Ghani) dan berharap ianya akan menyuntik semangat ahli dan jentera untuk terus berkempen serta berjuang sehingga hari mengundi," jelas Akmal lagi.

Harakahdaily/-

Taib perdaya rakyat Kota Samarahan

Posted: 28 Apr 2013 11:54 PM PDT

18 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

Rakyat sudah jemu dan serik dengan salah guna kuasa Umno-Barisan Nasional dan mahu ubah serta memilih kerajaan baru.
Anak Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Sulaiman telah memenangi kerusi P197 Kota Samarahan dalam pilihan raya umum pada  tahun 2008.

Sejak menjadi wakil MP merangkap timbalan menteri Kementerian Pelancongan, beliau telah menghilang diri tanpa berita. Taib memilih  untuk membisu berkenaan perkara ini dan tidak meminta maaf pada rakyat atas perbuatan anak beliau.
Memang anak ini tidak layak untuk menjadi wakil rakyat dan ahli kabinet tetapi Taib mempunyai agenda tersendiri iaitu untuk membina  dinasti keluarga bagi memerintah negeri Sarawak, iaitu memonopolikan kuasa politik untuk keluarga beliau. Taib telah memperdayakan rakyat Kota Samarahan selama lima tahun.
Sulaiman telah mengalami masalah kesihatan yang serius beberapa tahun yang lalu. Mengikut maklumat yang diterima dari sumber yang boleh dipercayai dan disahkan oleh orang-orang tertentu, anak Taib telah meninggal dunia pada hujung tahun 2012 di luar negara, tetapi atas sebab-sebab tertentu telah dirahsiakan oleh si Taib.
Sepatutnya Taib mengumumkan perkara tersebut kepada warga Kota Samarahan dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) supaya pilihan raya kecil boleh diadakan bagi memilih wakil MP baru bagi kawasan Kota Samarahan.
Sudah lima tahun rakyat kota Samarahan tidak diperduli dan tidak diwakili oleh MP mereka dan diperdayakan oleh Taib. Berita kematian seseorang wakil rakyat harus diumumkan pada orang ramai. Taib telah melakukan satu penipuan besar.
Kita juga dapati Taib telah memilih ramai calon-calon yang terdiri daripada kaum wanita seperti Rubiah Wang bagi kerusi Parlimen Kota Samarahan, Rohani Abdul Karim (P201 Batang Lupar), Nancy Shukri (P200 Batang Sadong) dan sepupu Taib, Norah Tun Abdul Rahman Yaakub (P206 Tanjung Manis).
Kita tidak membantah keputusan demikian tetapi Taib ada agendanya tersendiri. Beliau takut jika calon lelaki dipilih, mereka mungkin  bertindak lantang terhadap penyalahgunaan kuasa beliau. Dengan calon-calon wanita yang mempunyai sifat lembut, adalah lebih mudah bagi beliau mengawal mereka.
Di Semenanjung Malaysia sudah ada angin perubahan secara besar-besaran di mana rakyat dijangka memilih Pakatan Rakyat. Rakyat sudah jemu dan serik dengan salah guna kuasa Umno-Barisan Nasional dan mahu ubah serta memilih kerajaan baru.
Rakyat Sarawak tidak usah khuatir untuk menukar PBB dengan Pakatan Rakyat, kerana kerajaan pusat khasnya PAS dan PKR boleh membela nasib orang Melayu dan kaum Bumiputra di negeri Sarawak.
FMT/-

Israel lancar tiga serangan di Gaza

Posted: 28 Apr 2013 11:36 PM PDT

18 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -
 

BAITULMUQADDIS – Tentera Israel melancarkan tiga serangan udara di Genting Gaza semalam dengan menyasarkan kumpulan Jihad Islam, kata beberapa saksi.

Bagaimanapun, saksi-saksi itu menyatakan, serangan tersebut tidak menyebabkan sebarang kematian dan kecederaan.

Dua daripada tiga serangan udara itu berlaku di bandar Khan Yunis dengan menyasarkan sayap kumpulan Jihad Islam, Briged Al-Quds.

Menurut saksi-saki tersebut, serangan ketiga berlaku di bandar Rafah yang terletak di sempadan Mesir.
Seorang jurucakap tentera Israel mengesahkan serangan itu di Gaza.

Bagaimanapun, beliau tidak memberikan maklumat lanjut berhubung serangan itu.
Kementerian Pertahanan Israel menyatakan, sebuah pusat kemasukan barang-barang di Kerem Shalom turut ditutup sehingga notis yang selanjutnya dikeluarkan.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memberitahu mesyuarat Kabinet, Israel akan melancarkan tindak balas terhadap sebarang serangan roket dan peluru berpandu yang dilancarkan para pejuang Palestin.
"Saya mahu menjelaskan bahawa kami akan bertindak balas dengan cara yang amat melampau terhadap sebarang serangan roket atau peluru berpandu.

"Kami akan mengambil semua langkah yang diperlukan untuk memastikan keselamatan penduduk Israel," kata pejabat Netanyahu. 

Pada 19 April lalu, dua buah roket yang dilancarkan para pejuang Palestin mendarat di selatan Israel.
Namun, serangan itu tidak mendatangkan kemusnahan, kematian atau kecederaan. – AFP

Masih ada lagi jalan tanah merah!

Posted: 28 Apr 2013 11:19 PM PDT

18 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

KULAIJAYA -"Inilah keadaan jalan yang menghubungkan antara Ladang Sedenak dengan Kampung Murni Jaya dalam Dun Bukit Permai," demikian jelas Mazlan Aliman, Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor.

Menurutnya, jalan tanah merah ini digunakan lebih kurang 1,000 orang penduduk Ladang Sedenak, Kampung Murni Jaya dan sekitarnya.

"Berpuluh tahun penduduk mohon jalan tar, jawapannya tetap mengecewakan. Antara alasannya, ia jalan persendirian di bawah pengurusan ladang. Alangkah baiknya, jika jalan yang tidak sampai 10 km ini di tar. Ia memberi keselesaan kepada pengguna dan mempercepatkan perjalanan.

"Pengguna ke Pekan Layang-layang pun lebih dekat, tanpa ikut jalan jauh. Silih berganti wakil rakyat. Keadaannya tetap sama 'jalan tanah merah!'," katanya lagi. 

selatan online/-

Hanim: Dari Pengerusi PIBG ke calon PAS

Posted: 28 Apr 2013 11:03 PM PDT

18 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


SERI SERDANG: Sokongan positif dari semua kaum sepanjang minggu pertama kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), menaikkan semangat calon PAS N29 Seri Serdang, Noor Hanim Ismail untuk meneruskan kempen pada minggu kedua.

Selesai proses penamaan calon pada 20 April lalu, Noor Hanim, 51 bersama pasukan kerjanya memulakan kempen dengan menyantuni pengundi-pengundi pada siang hari dan program ceramah pada malam hari.

Pengalaman lebih lima tahun sebagai aktivis masyarakat termasuk pernah menjadi Yang Di-Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Puchong Perdana membuatkan Noor Hanim dikenali oleh majoriti pengundi di kawasan tersebut.

Tidak keterlaluan jika dikatakan Noor Hanim merupakan calon popular PAS di Seri Serdang kerana penglibatannya dalam program dakwah dan kemasyarakatan.

Meskipun mengakui perkara ini merupakan satu kelebihan bagi PAS, Noor Hanim bagaimanapun tidak sesekali menganggap beliau berada di kedudukan yang selesa.

Sebaliknya, ibu kepada lima anak itu tidak mensia-siakan tempoh berkempen dengan mendekati dan memenangi hati pengundi agar memilih PAS dan Pakatan Rakyat.

Hubungan beliau dengan kaum Cina dan India juga sudah lama terjalin melalui penglibatannya dalam Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) peringkat Negeri Selangor dan kawasan Puchong.

"Respons pengundi di Dun Seri Serdang ini sangat positif terutama dari kaum Cina yang memberi sokongan seratus peratus, di luar jangkaan termasuk kaum India.

"Petugas India yang dari MIC masuk menyokong Dewan Himpunan Penyokong PAS dan ini yang mengagumkan saya dan orang India secara sukarela datang minta buka bilik gerakan khas untuk orang India terutama di Puchong Perdana," katanya sewaktu ditemui di majlis minum petang bersama penduduk yag turut dihadiri calon DAP Parlimen Puchong Gobind Singh Deo di bilik gerakan Bandar Kinrara (BK) 9 petang semalam.

Program anjuran Persatuan Penduduk Taman Perumahan Sinar BK 9 itu dihadiri kira-kira 100 penduduk majoritinya pengundi Cina.

Pengalaman mengadakan pelbagai program dengan penduduk setempat membuatkan Noor Hanim tidak kekok apabila berhadapan dengan pengundi dan memberi penenrangan tentang manifesto PAS dan Pakatan Rakyat khususnya mengenai tawaran Pakatan Rakyat Selangor.

"Jawatan saya dalam LPN memudahkan perhubungan antara saya dengan mereka sebab LPN sudah banyak mengadakan program mendekati kaum Cina dan India.

"Sebelum ini kita anjurkan terutama dengan orang Cina, setiap Tahun Baru Cina PAS akan turun ke pasar edar kad dan limau. Jadi tidaklah saya berasa kekok berhadapan dengan pengundi-pengundi di saat pilihan raya sebab PAS dah buat kerja dari awal.

"Bila saya diumumkan sebagai calon mereka cukup gembira dan sambutan orang-orang Cina dan orang India begitu juga kawan-kawan sangat baik dan meningkatkan semangat saya," katanya.


Cabaran


Menyentuh mengenai cabaran ketika berkempen, Noor Hanim bersyukur kerana tiada sebarang politik ganas digunakan oleh mana-mana pihak sebaliknya kesemua parti mengamalkan politik matang dan saling menghormati.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan akan mendapat undi dari jentera Umno dan BN berdasarkan respons mereka sewaktu berkempen.

"Cara berkempen tak jauh beza dengan kawasan lain, saya di sini calon pilihan kawasan jadi setiap lapisan jentera membantu dari sudut muslimat, pemuda peringkat kawasan, DAP, PKR amat membantu. DAP, PKR sendiri mengadakan hi tea di peringkat mereka semata-mata bagi berkempen untuk calon dan Alhamdulilah tak ada apa-apa sabotaj, dengki atau sebagainya.

"Provokasi di Dun Serdang ini tak ada, mereka memberi impak yang baik mahupun dari BN dan kita juga dapat tembus ke bilik gerakan BN, kita masuk dan memberi saranan yang baik dan ucap terima kasih kepada mereka kerana beri sokongan kepada Pakatan. Kita tak boleh kata mereka pakai baju lambang dacing mereka akan undi BN sebab kadang-kadang ada yang pakai baju dacing tapi undi Pakatan.

"Ada Wanita Umno datang jumpa saya dan berjanji akan undi saya sebab mereka memang kenal saya dari awal. Jadi ini satu petanda yang baik dari BN terutamanya Umno. Begitu juga ahli ada ahli MCA di sini menyatakan akan undi Pakatan. Ini yang anehnya pru13 ini, berbeza dengan PRU yang lepas," ceritanya.

Selepas menyantuni pengundi di majlis minum petang, Noor Hanim bergerak ke Pasar Malam BK3 bagi bertemu peniaga dan pengunjung pasar malam di sana.

Rata-rata peniaga dan beberapa pengunjung khususnya kaum wanita memang mengenali beliau dan ada peniaga yang berkata 'Ini kalilah' sebaik melihat beliau.

Berharap beliau dapat memenangi PRU13 pada 5 Mei nanti, Noor Hanim menyeru semua jentera membuat pecutan terakhir mendekati pengundi dan menyeru pengundi agar membuat pilihan yang tepat demi mengubah negara ke arah yang lebih baik.

"Tempoh berbaki ini, saya dan jentera kempen akan terus berjuang dan saya seru semua petugas yang menunjukkan semangat tinggi sebelum in meneruskan semangat hingga hari terakhir.

"Sebagai calon memang saya mengharapkan setiap pengundi itu membuat pilihan yang tepat supaya kita dapat berubah dan setiap perubahan akan mencorakkan pentadbiran negara terutama Pakatan Rakyat akan mengekalkan kemenangan di Selangor," katanya yakin.

Noor Hanim melawan calon BN Mohamad Yusof Mohamed Yassin.

Pada PRU12, calon PAS  Ahmad Idzam Ahmad hanya kalah kepada calon BN Mohamad Satim Diman dengan majoriti 45 undi.

Penduduk Malaysia di Qatar juga berteriak .. Ini Kalilah

Posted: 28 Apr 2013 10:43 PM PDT

18 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


(Rakyat Malaysia di Qatar berteriah Inikalilah untuk Pakatan Rakyat)

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia yang kini sedang berada di Qatar yakin Pakatan Rakyat akan menang dalam pilihan raya umum kali ini.

"Kami di Qatar optimis yang Pakatan Rakyat Insya Allah akan beroleh kemenangan pada PRU-13 ini.

"Kami mengucapkan selamat mengundi kepada rakyat Malaysia.

"Moga pilihan anda dapat menyelamatkan Malaysia dan generasi seterusnya," kata mereka dalam satu ucapan yang dihantar kepada Harakahdaily.

Mereka berdoa semoga pilihanraya umum pada 5 Mei ini berjalan dengan lancar, selamat, bersih dan aman.

"Sejurusnya kami bermohon kepada Allah diberikan kemenangan kepada Islam," kata mesej yang dihantar kepada Harakahdaily itu.


(Rakyat Malaysia di Qatar berhimpun bersama keluarga bagi memberikan sokongan moral kepada Pakatan Rakyat dari jauh)

harakahdaily/-

Umno semakin parah, satu lagi cawangan bubar

Posted: 28 Apr 2013 10:37 PM PDT

18 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

Umno Semakin Parah..Satu Lagi Cawangan Umno Bubarrrrr..!!

Calon PAS N.6 Tempasuk, Ustaz Ag Laiman Ikin menyaksikan cawangan Umno Kg Bangkahak yang dibubarkan dan rumah ketua cawangan dijadikan markaz Pakatan Rakyat.

Ratusan anak muda sertai konvoi bersama treler di P.Pinang

Posted: 28 Apr 2013 10:34 PM PDT

18 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

(Ustaz Hadi memberikan tazkirah ringkas)

PULAU PINANG: Ratusan anak muda berkonvoi bersama treler kebangaan PAS Negara Berkebajikan  menggelilingi dua parlimen yang PAS tandingi iaitu Kepala Batas dan Tasek Gelugor.

Konvoi yang disertai oleh pemuda bermotosikal dan kereta melalui Pekan Kepala Batas,  Penaga, Bumbung Lima dan berakhir di Taman Desa Sena, Tasek Gelugor untuk majlis jamuan rakyat.

Treler Negara Berkebajikan datang buat pertama kali setelah dua kali terpaksa ditangguhkan berikutan mengalami kerosakan.

(Kedatangan treler Negara Berkebajikan PAS di ikuti oleh lebih 200 anak muda yang berkonvoi)

Boleh dikatakan hari ini mencatat sejarah baru apabila berpusu-pusu anak muda mengambil kesempatan berkonvoi.

Pulau Pinang agak bertuah kerana bukan sahaja treler PAS berkunjung bahkan kedatangan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang secara kebetulan menambah kemeriahan majlis yang diatur.

Selepas solat Zuhur Ustaz Hadi memberikan ucapan ringkas sebelum ke majlis minum petang di Padang Benggali,  Teluk Air Tawar, Butterworth yang bermula jam 5.00 petang dan kemudian ke majlis ceramah perdana di Padang Awam Penaga pada sebelah malam.

Turun berkonvoi ialah Ketua Penerangan PAS Negeri,  Bukhori Ghazali , Setiausaha Jabatan Pilihanraya PAS Negeri, Rosli Hassan dan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri,  Ustaz Yusni Mat Piah.

Kereta terjunam dalam tali air

Posted: 28 Apr 2013 10:21 PM PDT

Kereta terjunam dalam tali air18 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

Keadaan kereta jenis Perodua Myvi dinaiki mangsa rosak teruk setelah terjunam dalam tali air.
 
SELINSING - Seorang pemuda yang sedang dalam perjalanan pulang ke rumah hampir lemas ditenggelami air setelah kereta yang dinaiki 
terbabas dan terhumban ke dalam sebuah tali air di Kilometer 95, Jalan Persekutuan Ipoh-Butterworth, menghala ke utara, petang kelmarin.
Bagaimanapun, mangsa yang berusia 27 tahun dan enggan dikenali itu berjaya diselamatkan oleh salah seorang saksi kejadian sebelum keretanya tenggelam ke dalam air sepenuhnya.

Saksi kejadian hanya dikenali Kamal, 23, berkata, dalam kejadian jam 5 petang kelmarin, dia bersama beberapa rakan sedang menikmati minum petang di sebuah kedai berhampiran yang terletak hanya 20 meter dari lokasi kejadian.

"Sedang asyik bersembang, tiba-tiba kami terdengar bunyi geseran kuat tayar kereta dan apabila melihat ke arah lokasi kejadian, kami mendapati sebuah kereta jenis Perodua Myvi berwarna hitam terbabas dan terus terjunam ke dalam tali air berdekatan.

"Tanpa membuang masa, kami bergegas ke lokasi kejadian dan salah seorang rakan saya nekad terjun ke dalam tali air berkenaan untuk menyelamatkan pemandu berkenaan sebelum kenderaan itu tenggelam sepenuhnya," katanya sewaktu ditemui di lokasi kejadian di sini, kelmarin.
Kamal berkata, tindakan berani rakannya itu berjaya menyelamatkan nyawa pemandu itu daripada berkemungkinan lemas dan tenggelam bersama keretanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian.

"Mangsa seorang pemuda berbangsa cina yang berumur 27 tahun itu hanya mengalami kecederaan ringan dan kes ini masih dalam siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian," katanya.

sinar/-

Najib teruja dengan hasil kajian Umcedel

Posted: 28 Apr 2013 10:18 PM PDT

18 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


Nota ini merujuk kepada pandangan Datuk Seri Najib yang tidak bersetuju dengan hasil kajian Umcedel berkaitan dengan hasil kaji selidik yang telah dijalankan oleh Umcedel berkaitan pilihan pengundi menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 yang disiarkan dalam http://www.malaysiakini.com/news/228343 online pada 28 April 2013.

Berbeza dengan kajian yang dilakukan sebelum ini, Datuk Seri Najib turut memberi pandangan yang berbeza. Berikut dilampirkan:
Dalam majlis pelancaran Majlis Ihsan Samudera Peringkat Kebangsaan di Kampung Tanjung Lumpur, Kuantan pada 21 Januari 2012 (Sabtu), Datuk Seri Najib Seri Tun Razak pernah mengakui teruja dengan kajian Umcedel yang menunjukkan BN akan terus berkuasa. Kenyataan ini dikeluarkan dalam berita Utama TV1 dan Buletin TV3 pada pukul 8.00 malam. Kenyataan yang sama diulang dalam berita TV3 pukul 12.00 malam. Tidak ada sebarang persoalan ditimbulkan tentang kajian selain melahirkan keterujaan. Kenyataan ini dipetik daripada blog berikut yang merujuk kepada laporan Utusan Malaysia.

Sila rujuk:

Sementara itu, berhubung kaji selidik Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) yang mendapati sebahagian besar daripada 2,559 responden percaya Barisan Nasional (BN) akan terus berkuasa, Najib berkata, beliau mengakui teruja dengan laporan itu dan percaya ia didorong oleh proses transformasi oleh kerajaan.


2.Sementara itu, berhubung kaji selidik Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) yang mendapati sebahagian besar daripada 2,559 responden percaya Barisan Nasional (BN) akan terus berkuasa, Najib berkata, beliau mengakui teruja dengan laporan itu dan percaya ia didorong oleh proses transformasi oleh kerajaan.


Pihak yang berminat boleh melayari laman sesawang www.umcedel.um.edu.my untuk mendapatkan butiran lanjut kajian tersebut dan beberapa kajian yang telah kami jalankan. Pihak kami juga bersedia berdiskusi dengan mana-mana individu dan pertubuhan yang mahu meneliti lebih lanjut kajian kami. Pandangan dan komen separuh masak yang tidak mempunyai nilai akademik tanpa melihat dengan lanjut kajian tersebut amat dikesali.

Sekian.
29 April 2013

Alkisah raja dengan anjingnya...

Posted: 28 Apr 2013 10:15 PM PDT

18 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


Ketika Putera Ismail berusia 17 tahun, beliau menyelamatkan seekor anak anjing yang hampir lemas. Anjing itu diberi nama Si Perang.

Ketika itu, hujan lebat, tempat di mana anak anjing yang baru dilahirkan ini ditenggelami air.

Ketika Putera Ismail tiba, semua anak anjing sudah meninggal, hanya tinggal Si Perang.

Si Perang seekor anjing yang cantik. Putera Ismail sangat menyukainya. Beliau mengarahkan seorang budak suruhannya untuk menjaga Si Perang – makan, minum, mandi dan membawa Si Perang keluar untuk membuang air tiga hari sekali.

Oleh kerana sayang pada Si Perang, Putera Ismail setiap petang datang menjenguk Si Perang untuk bermain dengannya sekejap. Putera Ismail tidak dapat meluangkan masa yang banyak kerana terpaksa membantu pentadbiran ayahnya yang kini uzur.

Pada usia 18 tahun, Putera Ismail ditabalkan sebagai Raja ekoran kematian bapanya.

Masa yang diluangkan bersama Si Perang semakin berkurang.

Ada satu ketika, Raja Ismail terpaksa keluar berperang – 6 bulan baginda tidak kembali.

Setelah kembali dari perang, Raja Ismail meluangkan masa pergi menjenguk Si Perang. Baginda menjenguk Si Perang dari jauh, sedang gembira bermain dengan budak suruhannya yang dikerah menjaganya.

Raja Ismail tidak lagi turun bermain dengan Si Perang kerana kesibukan. Baginda hanya melihat dari jauh. Si Perang membesar dengan cantik.

Pada satu hari, selepas tamatnya perang, Raja Ismail teringatkan Si Perang dan ingin bermain bersamanya.

Sampai ke kandang Si Perang, baginda melihat bekas makanan Si Perang bersepah. Budak suruhannya tidak kelihatan. Si Perang turut tidak kelihatan.

Ketika Raja Ismail melutut untuk mengambil bekas makanan Si Perang untuk dibersihkan, baginda diterkam dari belakang.

Si Perang menyerangnya. Baginda terkejut.

Baginda cuba melawan dan melepaskan gigitan Si Perang. Kedengaran bunyi kuat, budak suruhan baginda cepat-cepat lari datang untuk menyelamatkan keadaan.

Si Perang melihat kedatangan budak suruhan terus melepaskan gigitan dan menghayunkan ekornya.

"Beta tuan dia. Dia berani gigit beta. Dia sini sudah tak tahu siapa tuan dia sebenar. Bagaimana kamu ajar dia?" jerit Raja Ismail dengan nada yang kuat.

Budak suruhan itu mengigil dan memohon ampun.

Selepas seketika, kemarahan Raja Ismail pun reda.

"Sebab budak suruhan yang beri makan kepadanya tiap-tiap hari, oleh itu Si Perang menganggap budak suruhan itu sebagai tuannya walhal duit makanan datang daripada baginda. Tapi Si Perang tak tahu," bisik Raja Ismail di hati.

Raja Ismail bertindak menukarkan budak suruhan kepada budak suruhan yang baru. Si Perang sangat garang dengan budak suruhan yang baru sehingga budak suruhan baru tidak berani memberikannya makan.

Si Perang dibiarkan kelaparan dua hari. Kemudian, Raja Ismail menyuruh budak suruhan baru memberikannya makan. Si Perang mula berjinak dengan budak suruhan yang baru dan kini menganggapnya sebagai tuan.

Akan tetapi, Si Perang masih terlupa siapa tuannya yang sebenar. Raja Ismail memahami sesuatu sambil tersenyum.

Ketika berbicara dengan para pegawainya, baginda berkata:

"Kita hanya diamanahkan untuk menjaga rakyat. Jangan belot amanah yang diberikan Tuhan. Jangan kita jadikan diri seperti Tuhan. Jangan biar rakyat menganggap kita pula sebagai Tuhan. Tuhan ialah Tuhan, kita hanyalah posmen untuk menyampaikan rezeki kepada rakyat.

"Kerajaan boleh ditukar bila-bila masa. Jangan buat rakyat seperti anjing, membiarkannya lapar dan tidak cukup makan, dan kemudian menganggap kita sebagai Tuhan kerana kita mengambil sedikit duit keluar untuk mengurang kesengsaraan dan kelaparan mereka. Itu zalim dan tidak betul. Rakyat bukan anjing. Kita sekadar budak suruhan Tuhan untuk menjaga rakyat. Jangan pula kita buat rakyat sebagai anjing, dan mereka menganggap kita, budak suruhan ini sebagai Tuhan."

Semua pegawainya tabik hormat pada pandangan Raja Ismail. Raja Ismail pula berterima kasih kerana gigitan Si Perang membuatnya menyedari sesuatu yang cukup berharga dalam mentadbir negara.

Dapat isi tersirat?

Senyum pagi Isnin.

6 hari sahaja lagi! INI KALILAH!
Jadilah agen perubahan dan kongsi cerita ini kepada mereka yang memerlukannya.

Harakahdaily/-

Tiada ulasan:

Nuffnang