Sabtu, 27 April 2013

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


Pilihanraya: Satu Tipu Helah (peperangan) ?

Posted: 27 Apr 2013 10:53 PM PDT


Kita diberi pilihan untuk memilih, namun pilihan itu  terbatas dan apa yang dihajati tidak wujud dalam senarai pemilihan.

Ini telah membataskan kebebasan pemilihan yang ada. Sehingga seseorang mungkin terpaksa memilih yang terbaik antara yang buruk-buruk.

Menipu dengan cara mengelirukan pemilihan orang lain adalah satu
kesalahan. Penipuan bererti mengaburkan pengetahuan pihak yang memilih sehingga dia memilih apa yang bukan pilihannya.


Apakah Itu Memang Pilihan Kita
Prof Madya Dato Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Beberapa orang Melayu yang kurang biasa dengan makanan Jepun
 memasuki  sebuah restoran makanan Jepun untuk mencuba. Pelayan restoran Jepun itu  datang dan memberikan menu makanan yang ada di restoran berkenaan.

Nama-nama makanan semuanya berbunyi Jepun. Semua bunyi itu agak asing
bagi pelanggan-pelanggan Melayu berkenaan.

"Sila pilih menu yang tuan-tuan mahukan", kata pelayan.

Oleh kerana mereka tiada pengalaman merasai makanan Jepun mereka kata:

"Kami mahu menu yang sedap."

Pelayan itu pun mula membuat cadangan yang sedap pada pendapat beliau.
Mereka pun setuju dan memesan makanan berdasarkan cadangan tersebut.
Setelah makanan dihidangkan, para pelanggan melayu berkenaan mendapati
ia tidak sedap seperti yang diharapkan.

Kata mereka: "Ini tidak sedap! Kami minta yang sedap! Sudahlah harganya
pula mahal, kita tertipu!"

Pelayan menjawab: "Saya berikan berdasarkan pilihan tuan-tuan. Saya
tidak bersalah. Tuan-tuan telah membuat pilihan tadi tanpa sebarang
paksaan".

Pilihan yang terhad

Saya mulakan sketch di atas sebagai gambaran bagaimana manusia
kemungkinan memilih apa yang bukan menjadi hasratnya sekalipun dia
diberikan kebebasan memilih.

Hal ini juga dibincangkan oleh ahli-ahli teologi, falsafah dan
kerohanian tentang sejauh manakah manusia benar-benar memilih apa yang
dia benar-benar mahukan.

Who decides? Do I choose for myself? Am I really free to decide?

Namun saya tidak mahu tenggelam dalam perbahasan mereka. Saya ingin
membahaskan perkara ini dengan lebih muda terutamanya di musim pilihan
raya ini.

Kegagalan para pelanggan tadi memilih apa yang mereka benar-benar
mahukan iaitu makanan yang sedap adalah disebabkan beberapa perkara.
Antaranya, mungkin makanan yang sedap yang mengikut selera Melayu mereka
 tidak wujud di restoran berkenaan.

Maka, walaupun hak memilih diberikan, namun pilihan mereka terbatas dan
apa yang dihajati tidak wujud dalam senarai pemilihan.

Ini juga berlaku dalam hidup kita di mana kita kadang-kala walaupun
mempunyai ruangan memilih tetapi apa yang menjadi pilihan kita tiada
dalam senarai yang boleh kita pilih.

Ini telah membataskan kebebasan pemilihan yang ada. Sehingga seseorang
mungkin terpaksa memilih yang terbaik antara yang buruk-buruk.

Ini disebut dalam qawaid fiqhiyyah "Yukhtar Ahwan al-Syarrain" atau
"Akhaf al-Dararain" iaitu dipilih keburukan ataupun kemudaratan yang
paling ringan dibandingkan yang lain.

Ertinya jika tiada pilihan kita disuruh memilih bahaya yang paling
kurang dibandingkan yang lain.

Pengetahuan 'tikam ekor'

Kedua, kebebasan pemilihan tidak memberikan apa-apa makna jika kita
tidak mempunyai pengetahuan tentang apa yang kita pilih. Ini seperti
kaki 'tikam ekor' yang sekalipun dia memilih nombor yang dia mahu,
tetapi semuanya tidak berasaskan ilmu pengetahuan.

Kejahilan! Ya kejahilan akan mensia-siakan kebebasan memilih sesuatu.
Para pelanggan restoran Jepun tadi jahil tentang makanan Jepun.
Sekalipun mereka diberikan peluang memilih, tetapi memilih dalam
kejahilan.

Oleh kerana mereka jahil, maka terpaksa bergantung kepada pihak lain
yang belum tentu tahu apakah maksud 'sedap' yang sebenarnya menjadi
hasrat mereka. Ataupun, mereka tertipu kerana mereka mudah ditipu sebab
tidak tahu.

Mereka terdedah untuk ditipu atas nama pilihan sendiri. Padahal pilihan
mereka ditentukan oleh pihak lain disebabkan kegagalan ilmu untuk
menentukan pilihan yang benar-benar dikehendaki.

Justeru, memberikan kebebasan memilih tetapi tidak memberikan ilmu
mengenai pilihan yang ada hanya mensia-siakan hak pemilihan. Akhirnya,
walaupun seseorang mempunyai hak memilih tetapi pilihannya ditentukan
oleh pihak lain yang mengambil kesempatan atas kejahilan.

Dalam kata lain, memberikan kebebasan memilih, tapi tidak diberikan
ruang ilmu untuk mengetahui senarai pilihan dengan adil dan betul adalah
 satu penipuan.

Kesempatan atas kejahilan

Manusia hari ini banyak yang tertipu oleh iklan palsu. Dunia pengiklanan
 mempunyai seni yang tersendiri untuk mempengaruhi pelanggan sehingga
mereka membeli apa yang bukan sebenarnya hasrat mereka.

Media-massa demikian juga. Manusia akhirnya mempercayai apa yang bukan
sebenarnya mereka patut percayai. Kedangkalan pengetahuan boleh diambil
kesempatan oleh pihak lain untuk menipu pilihan seseorang.

Dalam pilihan raya, jika kebebasan memilih diberikan tetapi peluang
untuk rakyat mengenali setiap calon dan parti secara adil tidak
diberikan maka itu mensia-siakan hak memilih.

Jika ada pihak yang menghalang rakyat mengetahui latar senarai pilihan
secara adil dan saksama bererti pihak itu adalah penipu dan perosak
kepada hak memilih yang sebenar rakyat.

Islam melarang kita mengikut ataupun memilih sesuatu tanpa ilmu yang
cukup.

Firman Allah: (maksudnya): "Dan janganlah engkau mengikut apa yang
engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran
 dan penglihatan serta jantung akal kamu, semua anggota-anggota itu
tetap akan ditanya." (Surah al-Isra: 36).

Al-Quran menyuruh untuk kita mendengar dari pelbagai maklumat dan
mengikut yang terbaik. Inilah yang dipanggil Ulul Albab. (maksudnya):

"...oleh itu gembirakanlah hamba-hambaKu . (Iaitu) mereka yang berusaha
mendengar perkataan (yang sampaikan) lalu mereka menurut yang terbaik;
mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan
mereka itulah Ulul Albab." (al-Zumar: 17-18).

Ertinya, untuk seseorang dapat menjadi insan yang baik dia hendaklah
mendengar pelbagai maklumat kemudian mengikut yang terbaik dari apa yang
 didengari dan dipelajari.

Jika ada pihak yang menghalang rakyat dari ruang mendapat maklumat yang
seimbang, maka itu satu usaha untuk menyesatkan rakyat dari pilihan yang
 betul sama ada dalam pemikiran ataupun politik.

Tariq Ramadan dalam The Quest For Meaning menyebut: "..any society that
does not guarantee the conditions for survival and life of all,
education for all and rule of law to defend individual freedom (in the
handling of interpersonal relationships) is a society that fails to
respect basic human rights. It deprives its members of their potential
and their powers, and, at best, encourages their illusions as to the
immensity of power offered by the virtuality of their will, their dreams
 and their imagination." (57-58. Penguin Books, UK).

Penipu bukan umat Nabi Muhammad


Menipu dengan cara mengelirukan pemilihan orang lain adalah satu
kesalahan. Penipuan bererti mengaburkan pengetahuan pihak yang memilih
sehingga dia memilih apa yang bukan pilihannya.

Justeru itu suatu ketika, Rasulullah SAW melintasi satu bekas makanan
(untuk dijual), lalu baginda memasukkan tangannya ke dalamnya. Tangan
baginda menjadi basah.

Baginda pun bersabda: "Apakah ini wahai empunya makanan (peniaga)?"

Dia menjawab: "Terkena hujan, wahai Rasulullah!"

Baginda bersabda: "Mengapa engkau tidak jadikan bahagian yang basah itu
di atas makanan supaya orang boleh nampak? Sesiapa yang menipu, dia
bukan dari pengikutku." (Riwayat Muslim).

Jika dilihat dalam konteks pilihan raya, ramai yang menyembunyikan
hakikat dan menzahirkan yang baik sehingga orang ramai tertipu. Mereka
menyangka mereka membeli barangan yang baik, padahal itu sebenarnya
buruk.

Mereka sangka mereka undi pihak yang baik, sebenarnya mereka memilih
yang buruk. Namun, kempen yang bohong telah merosakkan hasrat pemilihan
mereka yang sebenar.

Sesiapa yang terlibat dalam kempen yang sedemikian, dia bukan dalam
pengikut umat Nabi SAW.

Kita impikan kerajaan dan pemimpin yang menjamin hak-hak rakyat memilih
dengan cara yang adil dan saksama.

Pemberian hak mengundi secara bebas tidak bermakna jika ruang mengetahui
 apa yang hendak dipilih secara adil tidak bebas dan diberikan secara
yang adil juga.

Keadilan media awam amatlah penting dalam proses pilihanraya yang adil.
Jika tidak, kita memilih apa yang bukan pilihan kita kerana kita
tertipu.

Penulis: Seorang Pensyarah di USM P. Pinang

Sumber Rujukan

http://www.malaysiakini.com/columns/226531

http://bicaraaddin.com/v1/Forum/25/124-tipu-helah-dalam-islam

http://malaysianreview.com/ajaran-sesat-fathul-bari-boleh-menipu-dalam-perang-psikologi/

Bukan Gila Kuasa Tapi Sekadar Memberi Pengajaran

Posted: 27 Apr 2013 01:14 AM PDT

 Beginilah Nasib Wanita UMNO
KUALA KANGSAR - Bekas Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim menegaskan, beliau bertanding sebagai calon Bebas bagi memberi pengajaran kepada kepimpinan Umno agar tidak memandang rendah peranan wanita apabila tiba masa untuk memberi pengiktirafan sewajarnya.

Kata Kamilia, sewajarnya hierarki tertinggi perlu diberi pertimbangan dalam sesuatu perjawatan atau kedudukan terutama kepada individu yang setia kepada parti.

"Saya menegaskan bahawa dalam Umno perlu diberi pengiktirafan kepada kedudukan (hierarki). Inilah sumbangan terakhir dan terbesar Umno dan BN agar tidak berlaku di mana wanita tidak diberi pengiktirafan.

"Apabila terima rintihan wujud wanita berkeupayaan, setia sekian lama tetapi apabila tiba kenaikan pangkat, wanita kadangkala diketepikan," kata beliau pada sidang media di sini, sebentar tadi.

Beliau bertanding di kerusi Parlimen Kuala Kangsar.-Sinar Harian

 Sementara itu Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof berkata pencalonan kaum wanita dalam Pakatan menyertai PRU kali ini semakin dipertingkatkan dari semasa ke semasa, manakala sebaliknya tidak berlaku dalam Umno-BN.


PRU13 merupakan pilihan raya amat malang bagi kaum wanita dalam Umno, apabila pimpinan sayap Umno ini di-ketepikan Dato' Seri Najib Tun Razak, sehingga ramai pemimpin utama pergerakan itu tidak ditawarkan bertanding sebarang kerusi Dun atau Parlimen.

 Ini jauh berbeza dengan PAS dan Pakatan Rakyat yang banyak memberikan peluang kepada kaum wanita untuk bertanding, bagi membolehkan mereka memainkan peranan penting termasuk di peringkat menggubal dasar di Dun dan Parlimen. Selanjutnya di SINI

Tiada ulasan:

Nuffnang