:: cina islam | 2011 :: |
- Tian Chua bidas Zahid, kenapa tunggu lepas pilihan raya
- Fuziah terima SMS ugutan seksual
- Kamilia Saingan Sengit PAS Di Kuala Kangsar
- Calon bebas Sepang berazam mahu jatuhkan Mohd Zin
- Putrajaya goyah: Akhirnya Mahathir terpaksa turun
- Kemana penduduk Putrajaya malam ini, Presint 9 atau Presint 19?
- Umcedel jawab pihak pertikai hasil kajian PRU13
- Dakwaan Zahid kaitkan pembangkang mengarut, tegas PR
- Calon Bebas Shariff Omar banyak wang
- 100 anak muda P'jaya serah borang sertai PAS
- Husam mahu debat dengan Najib isu hudud
- Umno bakal alami nasib seperti MCA 2008
- ‘Saya akan lawan saman Umno,’ kata Mustafa
- Alkisah seekor kuda…
- Tiga lelaki direman empat hari
- 200 rakyat M'sia akan undi di konsulate M'sia New York
- Prejudis Soi Lek: Apakah BN harus disokong lagi?
- Penyanyi 60-an, Azizah Mohamad Meninggal Dunia Akibat Kanser
- Kamilia Ibrahim beri penjelasan sebab tanding Bebas
- Anak terbabit nahas ketika dalam perjalanan ambil ubat ibu
- Penyokong PR di Saudi optimis kuasai Putrajaya
- Selepas lima tahun, masyarakat Siam Kedah tidak lagi takut kepada PAS
- Husam iringi jenazah Shaharuddin hingga ke kubur
- Maut ditembak tepat di leher
- 10 maut letupan bom di pejabat parti di Pakistan
Tian Chua bidas Zahid, kenapa tunggu lepas pilihan raya Posted: 27 Apr 2013 03:19 AM PDT 16 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - Naib Presiden PKR mahu Menteri Pertahanan mendedahkan sekarang siapa tiga pemimpin pembangkang menjadi dalang kumpulan bersenjata di Lahad Datu, 9 Februari lalu. PETALING JAYA: Naib Presiden PKR yang bertanding di kerisi parlimen Batu, Tian Chua mempersoalkan tindakan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mahu mendedahkan maklumat mengenai tiga pemimpin pembangkang menjadi dalang kumpulan bersenjata di Lahad Datu, Sabah, selepas pilihan raya umum 5 Mei ini. Segala kenyataannya seolah-olah kenyataan peribadi sahaja untuk mempolitikkan isu tersebut, katanya dalam kenyataan media hari ini. Tian Chua menambah, pencerobohan militan Sulu di Sabah adalah perkara yang amat serius, Zahid tidak perlu menunggu sampai tempoh pilihan raya untuk memberitahu siapa dalangnya. Beliau membidas Zahid seolah-olah memperkecil-kecilkan jasa dan pengorbanan yang dilakukan oleh pasukan keselamatan semata-mata kerana mahu menimbulkan perasaan dan suasana takut menjelang PRU13. Tian Chua menggesa Zahid tampil ke hadapan dan meminta maaf kepada rakyat Malaysia kerana mengeluarkan kenyataan yang jelas berbau politik kotor untuk menakutkan rakyat. "Beliau secara jelasnya memperolokkan soal keselamatan negara semata-mata untuk meraih sokongan kepada Barisan Nasional (BN) dalam PRU13 ini. "Kenyataan beliau merupakan sebuah kenyataan dan tindakan yang tidak bertanggungjawab dan berbahaya. "Beliau memalukan nama negara di peringkat antarabangsa, terutamanya dalam hubungan Malaysia dan Filipina kerana menunjukkan bahawa beliau Menteri Pertahanan yang tidak profesional dan tidak cekap dalam melaksanakan tugasnya," katanya lagi. Zahid terlalu taksub Tian Chua berpendapat Zahid mengambil peluang itu kerana terlalu taksub hendak mencapai objektif politiknya. Jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak gagal untuk mengambil tindakan ke atas Zahid, nyata Najib juga memandang ringan akan soal keselamatan negara. Khamis lalu akhbar melaporkan Zahid menyatakan 35 orang militan Sulu telah ditembak mati oleh tentera laut negara Filipina pada hari Rabu kerana enggan mematah balik ke negara Filipina. Beliau turut menyatakan bahawa mereka cuba untuk memasuki negeri Sabah untuk menimbulkan masalah sewaktu PRU13 ini. Tian Chua berkata, walhal, menurut pihak tentera Filipina, dakwaan oleh Menteri Pertahanan Malaysia itu tidak benar sama sekali. Menurut pihak tentera Filipina, kata Tian Chua mereka tidak menerima sebarang laporan yang mengesahkan dakwaan tersebut. FMT/- | ||
Fuziah terima SMS ugutan seksual Posted: 27 Apr 2013 03:09 AM PDT 16 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - Naib Presiden PKR itu, berkata kandungannya mengugut untuk mencemar kredibilitinya selaku calon dan mengancam untuk menyebar perkara 'buruk' mengenainya. KUANTAN: Calon PKR Kuantan, Fuziah Salleh hari ini membuat laporan polis berhubung ugutan berbaur gangguan seksual yang diterimanya melalui sistem pesanan ringkas (SMS) lewat pagi ini. Tanpa mendedah kandungan SMS itu, Naib Presiden PKR itu, berkata kandungannya mengugut untuk mencemar kredibilitinya selaku calon dan mengancam untuk menyebar perkara 'buruk' mengenainya. Beliau mengesyaki ia dilakukan seorang wartawan sebuah stesen penyiaran kawalan Umno BN selepas membandingkan nombor telefon berkenaan dengan kad media yang ada dalam simpanannya. "Setiap nombor media saya simpan. Nombor sama sejak tahun lalu selalu hantar SMS terutama melibatkan isu Lynas tapi saya tidak pernah ambil peduli. Kali ini, melampau. Saya sebagai calon wanita risau, ini agak menakutkan. Kalau SMS sekadar marah-marah dan tak suka, lainlah. "Saya risau ada insiden yang tak diingini berlaku. Dalam keadaan sekarang, semua boleh berlaku. Jadi saya tampil buat laporan," katanya seperti dilapor Keadilandaily hari ini. Fuziah berkata, SMS itu diterimanya jam 3.32 pagi, bagaimanapun masih membuat pengesahan mengenai nombor tersebut. Keadilan Daily beberapa kali cuba menghubungi nombor berkenaan tetapi telefon bimbit itu ditutup. Fuziah berkata, nombor sama juga sebelum ini sering menghantar SMS peringatan berbentuk amaran berkaitan isu Lynas tetapi tidak diendahkannya. FMT/- | ||
Kamilia Saingan Sengit PAS Di Kuala Kangsar Posted: 27 Apr 2013 03:07 AM PDT 16 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - IPOH: PAS melihat akan berlaku persaingan yang sengit antara calon parti itu Khalil Idham Lim dengan calon Bebas Datuk Kamilia Ibrahim di Kuala Kangsar. Koordinator Jawatankuasa Isu dan Strategik PAS negeri, Dr Raja Ahmad Iskandar berkata demikian setelah melihat pengaruh bekas naib ketua Pergerakan Wanita Umno itu dan kempen beliau yang disifatkan mempunyai cara tersendiri. "Kami di Kuala Kangsar menyatakan persaingan sengit pada kali ini di antara calon PAS dan calon Bebas Datuk Kamilia. "Beliau dengan cara berkempen yang begitu teratur dan teliti berjaya menawan emosi terutamanya wanita-wanita untuk bersama beliau," katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS negeri, dekat sini, Sabtu. Beliau yang juga Yang Dipertua PAS Kuala Kangsar berkata program-program kempen Kamilia di sekitar Kuala Kangsar sering menjadi perhatian ramai dan mendapat sambutan hangat. Malah, tindakan Kamilia mengeluarkan kenyataan maaf secara terbuka melalui video di internet juga dilihat sebagai satu tindakan profesional dan berprinsip. "Datuk Kamilia dilihat sebagai pemimpin arus baru kuasa ketiga bagi senario politik di Malaysia," katanya. Melihat perkembangan ini beliau mendakwa Barisan Nasional (BN) sudah membuat percaturan yang silap yang akan memberi kesan kepada keputusan pilihan raya kali ini. Beliau turut mendakwa jentera BN di Kuala Kangsar telah lumpuh sehingga memaksa pimpinan tertinggi parti dan pertubuhan bukan kerajaan turun padang bagi memulihkan semangat anggota parti. "Bukan sahaja terhadap Datuk Kamilia tetapi juga calon-calon Bebas yang merupakan ahli Umno akan memberikan impak yang tinggi kepada keputusan pilihan raya di sini," ujarnya. Kamilia yang pernah memegang jawatan kedua tertinggi dalam sayap Wanita Umno mengambil keputusan bertanding Bebas setelah tidak dicalonkan bertanding atas tiket BN di Parlimen Kuala Kangsar. Pada Selasa, Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil telah bertemu jentera Jalinan Rakyat di Kuala Kangsar dan berpuas hati dengan persiapan dan semangat yang ditunjukkan setiap anggota. mStar/- | ||
Calon bebas Sepang berazam mahu jatuhkan Mohd Zin Posted: 27 Apr 2013 03:00 AM PDT 16 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - (Hanipa [tengah] bersembang dengan calon bebas [kiri sekali] Hanapiah Mohamad di Masjid Al-Ulum semalam) SEPANG: Kehadiran dua calon bebas yang merupakan bekas ahli Umno di Parlimen Sepang bertekad mahu tumbangkan calon BN Datuk Seri Ir. Mohd Zin Mohamed. Kedua-dua calon itu, dilihat melawan arus perjuangan Umno apabila dengan berani menjadi calon bebas dalam pilihan raya kali ini. Dua calon bebas itu masing-masing adalah Ajk Umno Bahagian, iaitu Hanapiah Mohamad dan Datuk Suhaimi Mohd Ghazali yang sebelum ini bertanding di Dun Dengkil. Dalam tinjauan Harakahdaily di Parlimen Sepang semalam, Hanapiah dengan tegas mengatakan matlamatnya adalah untuk menjatuhkan Mohd Zin. Ketika mengajukan soalan kepada Hanapiah, adakah tindakan beliau untuk memecahkan undi PAS atau BN? "Satu sahaja, saya hendak jatuhkan Zin," tegas Hanapiah ketika ditemui sebaik sahaja selesai solat Jumaat di Masjid Al-Ulum Kg Bukit Bangkong, Sungai Pelek. Pada masa yang sama calon PAS Sepang, Mohamed Hanipa Maidin turut menunaikan solat Jumaat di masjid yang sama dan mereka bertemu sebaik sahaja selesai solat. Sebelum solat Jumaat, Hanipa sempat menyampaikan tazkirah selama 20 minit. Di kesempatan itu, Hanipa dan Hanapiah mengambil peluang bersembang dan bertanya khabar terutama berkaitan kerja-kerja berkempen. Menurut Hanipa, beliau turut bertanya Hanapiah sama ada beliau 'berlakon' untuk menjadi calon bebas dalam PRU ini. Jelasnya, Hanapiah bersungguh-sungguh menyatakan yang mereka memang ada gerakan untuk menjatuhkan Zin. "Memang kuat gerakan di dalam Umno untuk menjatuhkan Zin, malah Suhaimi pun ada gerakannya sendiri," kata Hanipa. Hanipa percaya sistem pesanan ringkas (SMS) 'yang meminta pengundi di Sepang undi calon Pakatan Rakyat mula disebarkan adalah daripada Suhaimi. "Saya percaya daripada dia, sebab dia ada mengaku. SMS sudah mula disebarkan," kata Hanipa kepada Harakahdaily. Sebelum menunaikan solat Jumaat, Hanipa sempat menziarah kematian di Sungai Buah, Dengkil kemudian menghadiri ceramah kelompok di Putra Perdana sebelum bertemu pengundi di Bukit Canggang. PRU kali ini, P.113 Sepang menyaksikan pertandingan empat penjuru iaitu dua calon bebas, calon PAS dan BN. Sepang mempunyai tiga Dun iaitu Dengkil, Tanjung Sepat dan Sungai Pelek. Hanipa merupakan seorang peguam dan kini beliau adalah Penasihat Undang-undang PAS. Harakahdaily/- | ||
Putrajaya goyah: Akhirnya Mahathir terpaksa turun Posted: 27 Apr 2013 02:54 AM PDT 16 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - PUTRAJAYA: Setelah menyaksikan bagaimana laungan takbir mengegarkan Masjid Besi Putrajaya dan sambutan menggerunkan di Presint 3 terhadap kehadiran Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, Tun Dr Mahathir Mohamad akhirnya terpaksa turun ke padang hari ini untuk menyelamatkan Putrajaya. Putrajaya, yang selama ini digempar-gempurkan sebagai kubu paling selamat untuk Barisan Nasional, di mana Timbalan Presiden BN Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin bahawa calon PAS Datuk Husam Musa bakal kehilangan deposit kini goyah. Sambutan menggerunkan pada setiap program Husam sudah memberikan signal yang cukup jelas bahawa Umno di dalam bahaya di Putrajaya. Jika tidak, perlukah Mahathir datang berkempen di Putrajaya? Ada banyak lagi kawasan yang perlu dihadiri Mahathir untuk berkempen, tapi beliau terpaksa meluangkan masa malam ini untuk membuat ceramah perdana bertajuk "Pertahankan Putrajaya." Malam ini, Mahathir akan berceramah jam 8 malam di Bilik Gerakan PDM Metropolitan, Presint 9, Putrajaya. Makluman itu dimuatkan di Facebook beliau. Semalam, sumber Umno memberitahu Harakahdaily bahawa Mahathir dan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak akan turun ke Putrajaya kerana keadaan di situ kini berpihak kepada Husam. "Kan semalam saya dah kata Mahathir akan turun ke Putrajaya. Selepas ini Najib pula. Ini indikator yang saya kata semalam, nyawa Umno-BN tinggal 9 hari sahaja lagi. Ini kali-lah," kata beliau kepada Harakahdaily sambil ketawa. "Tak sangka. Akhirnya saya juga terkena gelombang menyebut Ini-Kalilah," tambahnya. Menjawab persoalan Harakahdaily semalam, mengapa Umno harus gelabah di Putrajaya sedangkan itu kubu kuat mereka, sumber Umno itu menyatakan kerana mood di ceramah Husam sungguh memberi inspirasi ke arah perubahan. "Sesiapa saja hadir akan terpukau dan akan tergerak hatinya untuk mengundi PAS dan Pakatan Rakyat kali ini," katanya lagi. Sumber Umno itu turut menyatakan bahawa pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak dan Mahathir bakal bertandang ke Putrajaya tidak lama lagi untuk menyelamatkan calon mereka Setiausaha Agong Umno Tengku Adnan Tengku Mansor. "Muhyiddin dah turun ke Putrajaya dan terus serang Husam. Selepas ini Najib dan Mahathir akan datang menyerang Husam, itulah indikator Putrajaya dah goyang," katanya. Apa yang dikatakan sumber Umno itu kini menjadi kenyataan dengan bertandangnya Mahathir ke Putrajaya dengan ceramah bertajuk 'Pertahankan Putrajaya.' "Kubu kuat dah kena pertahan. Itu petanda apa dari Mahathir? Gelabah," tambah sumber Umno itu lagi. Harakahdaily/- | ||
Kemana penduduk Putrajaya malam ini, Presint 9 atau Presint 19? Posted: 27 Apr 2013 02:52 AM PDT 16 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - (Poster ceramah di Presint 19 malam ini) PUTRAJAYA: Ke mana penduduk Putrajaya malam ini? Ke Presint 9 bersama Tun Dr Mahathir atau ke Presint 19 bersama Ustaz Azhar Idrus? Inilah menjadi dilema penduduk Putrajaya hari ini berikutan kedua-dua program besar yang dianjurkan serentak itu. Di Presint 9, Mahathir akan datang untuk Ceramah Perdana Pertahankan Putrajaya selepas puluhan ribu menyertai ceramah Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat di Presint 3 malam tadi. Tindakan ini dilihat oleh banyak pihak sebagai 'panggilan kecemasan' oleh War Room BN bagi menyelamatkan kerusi Putrajaya yang sedang karam. Padahal sebelum ini Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin telah datang dan menegaskan calon PAS Putrajaya, Datuk Husam Musa akan hilang wang deposit dalam pilihan raya kali ini. Sebelum ini, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor, calon BN Putrajaya dengan bongkaknya berkata, Husam akan hilang wang pertaruhan dalam pilihan raya ini. Calon akan hilang wang deposit sekiranya gagal memperoleh 1/8 atau 12.5% undi daripada jumlah keseluruhan pengundi yang keluar mengundi pada hari pengundian di kawasan tersebut. Di Presint 19 pula, Ustaz Azhar akan bersama dengan ustaz Nazmi Karim, Dr Kamaruzaman Yusof akan memberikan kuliah mereka. Turut serta adalah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Pengerusi Kumpulan Perangsang Selangor, YM Raja Idris. Harakahdaily/- | ||
Umcedel jawab pihak pertikai hasil kajian PRU13 Posted: 27 Apr 2013 02:41 AM PDT 16 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - NOTA ini merujuk kepada pandangan beberapa orang penganalisis politik berkaitan dengan hasil kaji selidik yang telah dijalankan oleh Umcedel berkaitan pilihan pengundi menjelang pilihan raya umum ke-13 yang disiarkan dalam www.sinarharian.com.my pada 27 April 2013 (semalam). Hasil kaji selidik ini telah dihebahkan semasa persidangan akhbar pada 25 April 2013 di Universiti Malaya yang telah dihadiri oleh pemberita dari dalam dan luar negara termasuk beberapa orang diplomat antarabangsa. Kesempatan juga telah diberikan kepada wartawan dan diplomat untuk mengemukakan persoalan dan meneliti lebih lanjut kajian yang kami jalankan. Beberapa penjelasan kepada kajian tersebut: 1. Berlaku kekeliruan berkaitan istilah populasi dan sampel. Populasi merujuk kepada keseluruhan komponen sama ada jumlah penduduk negara atau jumlah pengundi. Sementara sampel adalah sebahagian komponen yang akan mewakili keseluruhan populasi. Standard dan prosedur statistik yang menjadi amalan kajian di peringkat tempatan dan antarabangsa adalah mendapatkan sampel. Contoh yang paling mudah, doktor tidak perlu mendapatkan sebahagian besar atau kesemua darah pesakit untuk mengetahui penyakit, namun hanya cukup dengan setitik darah sahaja. 2. Pemilihan responden seramai 1,407 adalah mewakili keseluruhan komponen pengundi berdasarkan pecahan etnik, jantina, struktur umur, lokasi tempat tinggal, status pekerjaaan dan pendidikan. Sampel yang dipilih adalah responden yang telah mendaftar sebagai pengundi dan pernah mengundi dalam pilihan raya. Jumlah sampel tersebut adalah standard sampel yang digunakan oleh badan penyelidik antarabangsa seperti MORI, YouGov dan Gallup. Malah beberapa badan penyelidik akademik serantau seperti Election Study Center di National Chengchi Universiti di Taiwan, Lembaga Survey dan Lingkungan Survey di Indonesia juga mengggunakan jumlah sampel yang hampir sama. Metodologi yang digunakan dalam kajian adalah secara bersemuka menggunakan soalan yang berstruktur. 3. Umcedel adalah badan penyelidikan akademik yang bernaung di bawah Kluster Kemanusiaan dan Sains Sosial Universiti Malaya yang dianggotai oleh ahli akademik tempatan dan antarabangsa. Kepakaran ahli Umcedel termasuk dalam bidang statistik, sains politik, politik antarabangsa, sistem maklumat geografi, sejarah dan geografi pilihan raya. Kajian yang kami jalankan mematuhi standard akademik dan dibiayai oleh universiti yang mempertahankan nilai intergriti, telus dan tidak memihak kepada mana-mana individu ataupun parti politik. 4. Masyarakat juga tentunya menantikan kajian daripada penganalisis-penganalisis politik yang terlibat secara langsung di lapangan untuk mendapatkan gambaran sebenar yang berlaku di peringkat akar umbi dan bukannya bergantung kepada pemerhatian politik melalui media semata-semata. 5. Pihak yang berminat boleh melayari laman sesawang www.umcedel.um.edu.my untuk mendapatkan butiran lanjut kajian tersebut dan beberapa kajian yang telah kami jalankan. Pihak kami juga bersedia berdiskusi dengan mana-mana individu dan pertubuhan yang mahu meneliti lebih lanjut kajian kami. Pandangan dan komen separuh masak yang tidak mempunyai nilai akademik tanpa melihat dengan lanjut kajian tersebut amat dikesali. Sekretariat Umcedel Sinar/- | ||
Dakwaan Zahid kaitkan pembangkang mengarut, tegas PR Posted: 27 Apr 2013 02:37 AM PDT 16 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) hari ini menafikan penglibatan pemimpin mereka dalam insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah bulan lalu, kata beberapa pemimpin yang dihubungi. Ketua Penerangan Pas , Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa tiga pemimpin pembangkang termasuk seorang dari Sabah menjadi dalang dalam isu Lahad Datu sebagai tidak berasas. Malah beliau menafikan penglibatan tersebut dengan menyatakan bahawa pemimpin Sulu lebih rapat dengan kepimpinan Umno. "Saya lihat cara pemberitaan yang dikeluarkan ini sangat tidak beradab... kenapa Ahmad Zahid tidak mendedahkan nama pemimpin pembangkang tersebut? Kenapa hendak dilakukan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)? "Ia menjadi tanda tanya. Saya fikir ia hanya sandiwara politik semata-mata. Kita tidak terlibat, setahu saya pemimpin Sulu lebih rapat dengan ahli politik Umno," katanya ketika dihubungi oleh Sinar Harian Online di sini, hari ini. Beliau turut mengecam pencerobohan tersebut dan berharap ia tidak dijadikan sebagai satu 'isu' untuk meraih undi menjelang PRU13. "Kami (PR) mengecam segala tindakan pencerobohan yang boleh mengganggu-gugat kedaulatan negara kita. Kami juga berharap isu-isu seperti ini tidak dijadikan sebagai modal Umno dalam PRU13," katanya lagi. Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok berpendapat bahawa kenyataan Ahmad Zahid menunjukkan kebimbangan beliau kemungkinan parti (BN) itu akan kalah dalam PRU kali ini. "Bagi saya mereka sangat terdesak untuk memenangi PRU13 ini. "Jadi, mereka terpaksa mencari isu baru seperti insiden di Lahad Datu sebagai satu platform mereka untuk meraih undi dan menaikkan sokongan rakyat terhadap BN semula. "Soalnya, kenapa perlu pemimpin PR ingin mempelawa orang Sulu untuk menyerang Sabah, malah sanggup melakukan pembunuhan di sana? Apa yang PR dapat sekiranya melakukan tindakan sedemikian?" katanya. Mengulas lanjut isu tersebut, Kok ketika dihubungi juga mahukan penjelasan daripada BN berhubung dakwaan 'Sultan Sulu' yang dikatakan keluar daripada Umno. "Apakah penjelasan BN tentang salah seorang 'Sultan Sulu' yang keluar daripada Umno kira-kira dua bulan lepas. "Adakah ini menunjukkan terdapat 'hubungan' di antara Kesultanan Sulu dengan Umno?" soalnya. Tambahnya, "kalau Ahmad Zahid gagal memberi justifikasi yang memuaskan, tindakan kerajaan yang melemparkan tuduhan terhadap pemimpin PR ini hanya akan memburukkan lagi sokongan orang ramai terhadap BN." Ketika ditanya mengenai tindakan PR berhubung dakwaan tersebut, beliau menjelaskan: "Saya bukan pemimpin atasan PR, saya rasa adalah lebih baik bagi kita jawab selepas pemimpin PR didakwa dimahkamah." Sementara itu, Ketua Penerangan PKR, Dr. Muhammad Nur Manuty turut menyangkal dakwaan penglibatan pemimpin PR dalam insiden itu. "Saya yakin tiada penglibatan pemimpin PR dalam insiden tersebut. Mereka gunakan pihak ketiga untuk mencemarkan imej PR dengan mengaitkan kami," katanya. Sehubungan itu, beliau beranggapan bahawa dakwaan sedemikian mengarut dan tidak berasas. "Dakwaan ini sangat mengarut. Ini kerana BN hanya berniat untuk menakutkan rakyat bagi meraih undi menjelang PRU13 ini," katanya lagi. Sinar/- | ||
Calon Bebas Shariff Omar banyak wang Posted: 26 Apr 2013 11:35 PM PDT 16 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - Umno tidak berani meramalkan peluang calon Barisan Nasional, Shabudin Yahya di parlimen Tasek Gelugor yang turut ditandingi Bebas dan PAS. PETALING JAYA: Umno Tasek Gelugor mendakwa calon Bebas Datuk Seri Mohd Shariff Omar banyak wang menyebabkan mereka tidak berani meramalkan peluang calon Barisan Nasional, Shahbudin Yahya. Shahbudin ditentang dua calon lain iaitu Datuk Seri Abdul Rahman Maidin (PAS) dan bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Pembangunan Asas Tani, Datuk Seri Mohd Shariff Omar yang bertanding Bebas. Parlimen Tasek Gelugor mempunyai 54,142 pengundi dengan 78 peratus adalah pengundi Melayu. "Masa ini tidak boleh nak cakap lagi…saya tak berani nak kata lagi" kata seorang pemimpin Umno bahagian, Abu Bakar Mansor yang dihubungi. "Shariff banyak wang, Pengundi India, dia nak Shariff. Depa nak budi, depa nak benda. "Pengundi Cina di Pokok Bachang pun sama (tetapi) pengundi Melayu tidak macam itu," katanya lagi. Shariff dipecat Shariif pernah menjadi ketua Umno Tasek Gelugor dan ahli parlimen selama dua penggal pada tahun 1994 dan 2004 sebelum ditanding Datuk Seri Nor Mohamed Yapcob pada 2008. Selain itu, beliau juga bertanding kerusi Dun Sungai Dua menentang Muhamad Yusoff Mohd Noor (BN) dan Zahadi Mohamad (PAS). Shariff dipecat oleh Umno kerana tindakannya bertanding atas tiket Bebas itu. Manakala beberapa penduduk Tasek Gelugor memberitahu mereka memilih parti dan bukan individu. Mereka mendakwa, penduduk berhutang budi dengan BN yang membawa banyak pembangunan kepada mereka. FMT/- | ||
100 anak muda P'jaya serah borang sertai PAS Posted: 26 Apr 2013 11:32 PM PDT 16 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - PUTRAJAYA: Satu tamparan hebat buat Umno BN Putrajaya khususnya calon mereka Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor apabila 100 anak muda di sini mengisytiharkan menyertai PAS malam tadi. Borang keahlian mereka diserahkan wakilnya Norazmi Mohammad Nor kepada Yang DiPertua PAS Putrajaya, Ustaz Nazir Zakaria disaksikan puluhan ribu yang hadir pada majlis ceramah di Presint 3 malam tadi. Turut serta pada majlis ceramah itu malam tadi calon PAS Putrajaya Datuk Husam Musa, Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, calon PAS Titiwangsa Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi serta calon PKR Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar. Bercakap kepada Harakahdaily selepas majlis itu, Norazmi berkata penyertaan beliau dan kawan-kawan yang lain ke dalam PAS kerana yakin dengan keikhlasan dan kebenaran perjuangan parti itu untuk membela rakyat. "Kami anak-anak muda Putrajaya akan membantu Datuk Husam untuk kemenangan PAS di Putrajaya pada pilihan raya kali ini," katanya. Ustaz Nazir ketika mengulas kemasukan anak-anak muda itu berkata, iai merupakan satu lonjakkan momentum kepada PAS Putrajaya dalam misi menawan pusat pentadbiran kerajaan itu. "Ini adalah bukti bahawa anak-anak muda ini bersama kita, dan kita yakin lebih ramai lagi diluar sana yang juga bersama kita sebagai penyokong senyap. "Kita yakin akan berlaku perubahan besar pada pilihan raya kali ini," katanya. Harakahdaily/- | ||
Husam mahu debat dengan Najib isu hudud Posted: 26 Apr 2013 11:29 PM PDT 16 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - Nak berdebat tentang hudud bila-bila masa saja kalau tak minta diam, katanya di hadapan kira-kira 10,000 penyokongnya di Putrajaya. PUTRAJAYA: Calon PAS Putrajaya Datuk Husam Musa sedia berdebat secara terbuka dengan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Razak mengenai isu pelaksanaan hudud. Husam berkata, dirinya sentiasa terbuka untuk menerima pelawaan Najib sekiranya beliau bersedia untuk berdebat mengenai pendirian PAS tentang isu ini. "Nak berdebat tentang hudud bila-bila masa saja kalau tak minta diam," katanya di hadapan kira-kira 10,000 penyokong yang membanjiri kawasan belakang Istana Kehakiman Putrajaya di Presint 3 di sini malam tadi. Husam dalam ucapannya memberi amaran kepada Najib supaya jangan menakutkan rakyat berbilang kaum dengan sentimen agama. Katanya, debat itu penting bagi membuktikan sejauh mana pandangan PAS dan BN terhadap isu hudud sekiranya dilaksanakan di negara ini. `Hanya berpura-pura' "Kalau tak sanggup (debat) bermakna dia (Najib) hanya berpura-pura dengan isu ini," katanya. Najib ketika ditemui pemberita di Pekan semalam berkata pergeseran antara DAP dan PAS mengenai isu hudud jelas membuktikan Pakatan Rakyat tidak mampu memerintah negara jika rakyat memberikan mandat kepada mereka menguasai Putrajaya. Katanya, PAS dan DAP tiada persefahaman dalam Pakatan Rakyat, berbeza dengan parti komponen lain yang bekerjasama dalam BN. Sementara itu, Husam turut mendakwa kejadian tembakan melibatkan kematian Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia Datuk Shaharuddin Ibrahim pagi semalam ada kaitan dengan unsur rasuah. Menurutnya, sikap kerajaan yang membiarkan krorupsi berleluasa akan membawa kesan kehancuran kepada negara. "Dosa yang paling besar adalah membiarkan korupsi sehingga menyebabkan negara hancur," katanya. Beliau petang semalam sempat turut serta dalam solat dan mengiringi jenazah Shaharuddin ke Tanah Perkuburan Presint 20. Hapus cukai 4 peratus Sementara itu, beliau turut menekankan janjinya terhadap kakitangan kerajaan yang berstatus Gred 41 ke bawah bakal menikmati penghapusan cukai empat peratus yang dikenakan dalam setiap pembelian rumah dan kereta bagi mengurangkan beban ekonomi mereka. Katanya, perkara itu tidak mustahil kerana kakitangan awam negeri Kelantan sudah menikmatinya sejak tahun 1990 lagi. "Kalau mennag kepada penjawat awam boleh pegang janji saya, mereka takkan dianayai atau dipinggirkan. "Anda semua adalah sahabat saya dan saya sahabat anda semua," katanya. Turut hadir memberikan ceramah Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, Naib Presiden PKR Nurul Izzah, calon PAS Titiwangsa Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi serta Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Mohamad Nor Mohamad. FMT/- | ||
Umno bakal alami nasib seperti MCA 2008 Posted: 26 Apr 2013 11:27 PM PDT 16 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - KPRU membuat ramalan ini berdasarkan lima faktor utama yang memperlihatkan Najib sudah semakin tidak releven di mata rakyat Malaysia. PETALING JAYA: Badan Pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) meramalkan Umno akan kehilangan banyak kerusi parlimen sebagai yang dialami pada Mac 2008. KPRU membuat ramalan ini berdasarkan lima faktor utama yang memperlihatkan Najib sudah semakin tidak releven di mata rakyat Malaysia. Faktor pertama berkait rapat dengan kejatuhan populariti Presiden Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak berbanding peningkatan populariti pemimpin Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Faktor kedua adalah dasar 1Malaysia gagal untuk menaik taraf hidup rakyat Malaysia. Najib mengumumkan bahawa kadar kemiskinan negara telah jatuh kepada 1.7 peratus sahaja. Walhal dijangka angka sebenar kadar kemiskinan dalam Malaysia sebenarnya mencapai sebanyak 19 peratus mengambil kira kadar pendapatan isu rumah kerajaan dan Laporan Tinjauan Kemudahan Asas 2009 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Pada masa yang sama, kata KPRU kerajaan BN terpaksa membelanjakan hampir RM3 bilion bagi pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysa (BR1M). Begitu juga 60 peratus penjawat awam tidak mampu dari segi kewangan untuk membeli rumah serta kegagalan Skim Rumah Pertamaku untuk membantu warga muda untuk membeli rumah. Tiada kemampuan Jenama 1Malaysia juga dapat dilihat sebagai kegagalan Najib apabila kira-kira 250 buah Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) telah dibuka seluruh negara untuk membantu memberikan barangan murah kepada rakyat Malaysia. Najib juga merancang membuka lagi 57 kedai KR1M seluruh negara. Ini bermakna rakyat Malaysia tidak mempunyai kemampuan dari segi kewangan untuk membeli barangan berkualiti pada harga yang berpatutan. Faktor ketiga Anwar mempunyai reputasi yang lebih positif berbanding Najib khususnya dari segi keupayaan tadbir urus kewangan negara dan penggubalan dasar baru yang dapat membawa pembaharuan seiring dengan tuntutan sezaman. "Pada tahun 2007, hutang negara adalah sebanyak RM267 bilion. Pada 2013, hutang negara telah melonjak kepada RM502 bilion. "Ketika Anwar menjadi menteri kewangan, kadar defisit negara telah diubah menjadi kadar surplus dengan tahun 1998, sebelum beliau dipecat, Malaysia mencapai surplus sebanyak 2.4 peratus. "Keadaan surplus ini terus menjadi deifisit sejurus selepas Anwar dipecat. Ini berbanding dengan kadar defisit di bawah Najib yang melonjak kepada 5.4 peratus pada tahun 2010," tambah kenyataan itu. KPRU mendakwa Najib juga gagal untuk menaikkan jumlah tenaga kerja mahir dalam negara memandangkan 80 peratus tenaga kerja dalam negara hanya mempunyai lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Anwar lebih positif Selain itu, reputasi Anwar Iebih positif di mata orang awam berbanding Najib. Faktor keempat yang akan mempengaruhi keputusan di PRU 13 ini adalah dasar Najib yang dilihat sebagai lemah dan tidak berpendirian tetap. Ini mengikut 10 kes dasar 'flip-flop' yang pernah dilaporkan oleh KPRU yang berlaku di bawah pentadbiran Najib. "Antara 10 kes tersebut adalah terdiri daripada dasar 'flip-flop' Lynas, kegagalan pertukaran saham Malaysia Airlines dan Air Asia sehingga kepada pembatalan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) selepas penentangan oleh para penjawat awam. "Kegagalan Najib untuk berpendirian tegas kepada dasar-dasar negara yang mempengaruhi kehidupan harian menunjukkan beliau tidak mempunyai keupayaan untuk membawa Malaysia kepada arah sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi. "Ianya juga memberi gambaran bahawa Najib tidak mempunyai kebijaksanaan untuk memutuskan dasar yang paling efektif demi rakyat tanpa mengayakan kroni-kroni beliau," kata kenyataan itu. Faktor kelima adalah skandal-skandal yang kembali menghantui Najib dan pentadbiran beliau. Antaranya termasuk Scorpene, pembunuhan Altantuya, kritikan terhadap tindakan melampau ke atas para peserta perhimpinan Bersih 2.0 dan 3.0, skandal National Feedlot Center (NFC), kegagalan pentadbiran Najib mengendalikan pencerobohan Lahad Datu dengan pantas dan efektif, skandal perbicaraan liwat terhadap Anwar, skandal kroni AES, skandal kroni emel 1Malaysia dan skandal kotor melibatkan Ketua Menteri Sarawak dan keluarganya. Tinjauan oleh Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti (Umcedel) telah menemui kadar kelayakan Najib untuk memangku jawatan sebagai Perdana Menteri semakin berkurangan di mana hanya 39 peratus berbanding Anwar yang 43 peratus kepercayaan para respondan. Ini adalah pengurangan sebanyak empat peratus daripada tinjauan yang dilakukan pada awal tahun 2013. FMT/- | ||
‘Saya akan lawan saman Umno,’ kata Mustafa Posted: 26 Apr 2013 11:24 PM PDT 16 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 27 April — Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali hari ini berkata beliau akan melawan saman yang dikemukakan Umno terhadapnya kerana didakwa memfitnah parti majoriti Melayu itu berhubung pengedaran video seks yang dikaitkan dengan dirinya. Mustafa (gambar)yang lebih dikenali dengan nama "Cikgu Pa" itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut berikutan video berkenaan yang dimuat naik ke blog-blog di laman sosial, sebaliknya hanya menyerahkan perkara itu kepada peguamnya. "Saman Umno saya akan lawan, dia saman tiga, saya, Zul dan Asmuni," katanya merujuk kepada Ketua Pengarang Harakahdaily Zulkifli Sulong dan peguam yang mewakilinya untuk kes itu Asmuni Awi. "Pasal video saya enggan mengulas lanjut. Kita lawan itu (saman) dulu. Kalau nak dengar lebih lanjut pergi ke ceramah saya di Rusila, Terengganu pada 3 Mei depan," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PAS di sini. Umno telah memfailkan saman fitnah terhadap Mustafa pada 22 April lalu bersama-sama dengan peguamnya dan lidah rasmi PAS, HarakahDaily kerana didakwa mengaitkan parti itu dengan penyebaran video lucah yang dikatakan mirip Setiausaha Agung PAS terbabit. Saman tersebut dikemukakan oleh Setiausaha Kerja Umno, Datuk Ab. Rauf Yusoh selaku pegawai awam Umno melalui firma guaman, Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak di Mahkamah Tinggi di sini. Tuntutan saman itu melibatkan lima artikel yang disiarkan setelah Mustafa didakwa membuat kenyataan berunsur fitnah pada 13 April lalu apabila video lucah seorang lelaki menyerupainya tersebar di media sosial sejak 11 April lalu. Dalam writ saman tersebut, Ab. Rauf menyatakan, kenyataan fitnah itu diucapkan oleh Mustafa bersama Asmuni dan telah diterbitkan oleh Zulkifli. Menurut pihak plaintif, artikel fitnah yang dikeluarkan antaranya membawa maksud kononnya Umno yang sengaja merancang insiden berkaitan video lucah itu, Umno menyebarkannya untuk kempen dan Umno menjadi dalang di sebalik pembikinan video lucah tersebut. Akibat tuduhan-tuduhan serius yang dilemparkan itu dengan niat jahat, pihak plaintif menegaskan, Mustafa bertanggungjawab ke atas reputasi Umno yang terjejas teruk dan pihak plaintif layak diberikan ganti rugi. Pihak plaintif menuntut supaya, Mustafa berhenti daripada memberikan kenyataan lanjut berunsur fitnah dan membuat permohonan maaf tanpa syarat dan menarik balik penerbitan itu. The Malaysian Insider/- | ||
Posted: 26 Apr 2013 11:21 PM PDT 16 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -
Kuda ini cantik dan mempunyai banyak kualiti yang dipuji. Namun kuda tidak berpuas hati, kuda merasakan dirinya tidak cukup sempurna, terutama kecantikan luarannya… Kuda berkata pada penciptanya…. "Saya bersyukur saya telah diberi kecantikan dan nilai-nilai yang baik… tapi saya mengharapkan Tuan boleh menjadikan saya lebih cantik. Saya akan lagi bersyukur, amat bersyukur jika Tuan boleh menjadikan saya lebih cantik…" Pencipta membalas, "Saya sedia menjadikan anda lebih cantik… beritahu apa yang anda harap bertukar…" Kuda tersebut berkata, "Saya rasa badan saya tak seimbang. Leher saya terlalu pendek… jika tuan boleh panjangkan leher saya sikit, bahagian atas badan saya akan nampak lebih elok. Dan kalau tuan boleh panjangkan dan kuruskan sikit kaki saya… saya akan nampak lebih menawan di bahagian bawah badan saya…" Tuan tersebut menyuruh kuda menutup mata untuk 30 saat… 30 saat berlalu, kuda pun membuka mata… lalu melihat cermin di depannya… Kuda terkejut… siapa unta itu? Melihat pada penciptanya kuda (yang kini menjadi unta) merungut, "Tuan, saya nak jadi lebih cantik menawan. Bagaimana rupa luar sebegini boleh dikira sebagai cantik dan menawan." Penciptanya membalas, "Itu yang anda mahukan, itu yang saya buatkan…" Kuda (yang kini menjadi unta) itu menangis, "Ini bukan yang saya nak. Saya tak nak jadi unta. Saya nak kekal sebagai kuda. Sebagai kuda, semua orang puji saya mempunyai kualiti nilai yang baik… tiada yang akan menghargai saya sebagai unta…" Pencipta itu menjawab: "Jangan cuba untuk mencapai dan menerima lebih daripada apa yang kurniakan pada anda. Jika anda sentiasa ingin hidup memuaskan nafsu, setiap waktu anda akan meminta lebih dan lebih… Anda tidak tahu apa kesan pada akhirnya. Anda merayu untuk panjangkan leher dan kaki, inilah apa yang berlaku. Semua benda yang dicipta saya ada kualitinya sendiri… Ya, unta tidak secantik kuda, tapi ia boleh membawa beban yang banyak dan mempunyai rasa tanggungjawab yang tinggi." Mulai hari itu, kuda (yang kini menjadi unta) berubah dan menjadi seekor unta yang baik sehingga dipuji ramai sebagai haiwan yang meringankan beban manusia untuk bergerak sana sini. Walaupun ini sekadar cerita dongeng … tapi di dalamnya banyak isi tersirat di dalamnya, hanya yang membuka mata hati dan ingin belajar akan mendapatnya… Senyum Harakahdaily/- | ||
Tiga lelaki direman empat hari Posted: 26 Apr 2013 11:21 PM PDT 16 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - Nibong Tebal: Polis mendapatkan perintah reman empat hari bermula semalam ke atas tiga lelaki bagi membantu siasatan kes letupan di Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) Parlimen Nibong Tebal di Taman Jawi Jaya, Selasa lalu. Lelaki terbabit berusia 25 tahun hingga 41 tahun, tiba di pekarangan mahkamah dengan van polis kira-kira jam 2.45 petang, sebelum dibawa masuk ke dalam mahkamah. Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Siti Salwa Jaafar. Ada rekod jenayah Lelaki terbabit, masing-masing ditahan di Georgetown, Bukit Mertajam dan di sini, Rabu lalu dan kelmarin, hasil risikan dan keterangan saksi. Seorang daripada lelaki terbabit mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes bahan letupan. Mereka disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957, yang boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun dan denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Dalam kejadian pada jam 10.15 malam Selasa lalu, seorang petugas keselamatan BN menerima tujuh jahitan di betis kanan selepas terkena serpihan objek dalam kejadian letupan di belakang pentas ketika ceramah perdana sedang berlangsung. Kejadian itu berlaku ketika Pengerusi GERAKAN Pulau Pinang, Datuk Dr Teng Hock Nan menyampaikan ceramah di hadapan kira-kira 2,000 orang. Siasatan polis mendapati letupan berpunca daripada bom buatan sendiri jenis alat letupan rekaan (IED) dan ia dilakukan oleh pihak yang mahir mengendalikan bahan letupan. Berita Harian/- | ||
200 rakyat M'sia akan undi di konsulate M'sia New York Posted: 26 Apr 2013 11:17 PM PDT 16 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - Kira-kira 200 rakyat Malaysia yang tinggal di sekitar Timur Amerika akan melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pengundi di Pejabat Konsulat Malaysia di New York pada Ahad ini. Konsul Jeneral Malaysia di New York Syed Bakri Syed Abdul Rahman berkata daripada jumlah itu, kira-kira 150 adalah pengundi pos iaitu rakyat Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan untuk mengundi di luar negara. Bakinya merupakan pengundi di bawah kategori pengundi tidak hadir (PTH) iaitu terdiri daripada kakitangan kerajaan yang bertugas di beberapa jabatan kerajaan Malaysia di New York, serta pasangan mereka dan pelajar di beberapa universiti di sini, katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini Jumaat. Beliau berkata semua persiapan untuk pengundian berjalan lancar dan dua kaunter mengundi akan dibuka mulai 9 pagi sehingga 5 petang. "Seramai 10 petugas termasuk pegawai di pejabat konsulat dan pejabat wakil tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) akan bertugas pada hari pengundian selain turut diikuti oleh beberapa pemerhati yang mewakili parti-parti politik," katanya. Pejabat Konsul Jeneral terletak di dalam satu bangunan milik kerajaan yang turut menempatkan beberapa jabatan kerajaan termasuk Pejabat Wakil Tetap Malaysia ke PBB, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) dan Imigresen. Dewan utama bangunan berkenaan akan dijadikan sebagai tempat mengundi, kata Syed Bakri. Sementara itu, difahamkan pejabat Kedutaan Malaysia di Washington DC juga rancak membuat persiapan sejak minggu lepas bagi membolehkan rakyat Malaysia yang layak mengundi pos menunaikan tanggungjawab mereka. Kira-kira 20 kakitangan pejabat kedutaan itu akan bertugas pada hari berkenaan untuk memantau kira-kira 250 orang yang akan mengundi di pejabat kedutaan itu. - Bernama | ||
Prejudis Soi Lek: Apakah BN harus disokong lagi? Posted: 26 Apr 2013 11:16 PM PDT 16 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: "Apabila Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek menyatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Abdullah Ahmad Badawi adalah sama kerana mereka adalah pemimpin yang hanya bercakap soal Islam berbanding Najib yang menekankan ekonomi, maka kami berpendapat itulah semangat yang sebenar yang melatari BN," kata Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Mohd Azmi Abdul Hamid. Katanya, sikap prejudis Soi Lek terhadap Islam menggambarkan penyertaan MCA dalam BN adalah lantaran BN tidak mahu meletakkan agenda Islam sebagai agenda terpenting. Justeru, ujarnya BN hanya bersepakat bahawa Islam hanyalah urusan ritual dan bersifat peribadi dan tidak boleh dibawa dalam urusan pentadbiran negara. Beliau menambah, Soi Lek yang mengatakan Pak Lah hanya bercakap mengenai Islam Hadhari dan Anwar dilihat sebagai seorang yang mempunyai sentimen Islam yang kuat akan menjadikan orang bukan Islam dipaksa menerima semua program Islam di negara ini. "Pak Lah adalah sama seperti Anwar, mereka tidak tahu tentang ekonomi, mereka hanya bercakap mengenai doa," kata Chua yang dipetik Malaysiakini. Bagi Mohd Azmi, jelas kenyataan Soi Lek menggambarkan sikap negatif beliau terhadap program-program Islam di negara ini. "Kami mempersoalkan inikah gambaran sikap parti-parti komponen BN berkaitan dengan agenda Islam yang diperkenalkan dalam pembangunan Malaysia?" kata beliau. Jika benar, katanya maka Umno sebagai tunjang kepada BN harus menyatakan sikap yang jelas dalam isu itu. Justeru, katanya dengan menyamakan Anwar dan Pak Lah yang dilihat Soi Lek mempunyai program Islam yang lebih dari Najib, maka umat Islam harus menilai dengan serius apakah BN harus disokong lagi untuk berkuasa di kerajaan pusat. "Jika BN diberi mandat seterusnya, maka sikap tidak mengizinkan program Islam menjadi program utama dalam negara akan menjadi ciri kerajaan BN," katanya. Mohd Azmi berkata, Presiden MCA nampaknya cuba mentafsirkan Islam setakat mana yang patut dilaksanakan di negara ini dan Umno terpaksa mengikut kehendak MCA dalam soal ini. Katanya lagi, soal ekonomi dan Islam tidak boleh dicampuradukkan seperti yang difahamkan oleh Soi Lek bahawa itulah yang Najib lakukan sekarang dan ini disokong oleh MCA. Kini, tambah beliau jelas BN mempunyai parti komponen yang mempunyai sikap prejudis kepada Islam yang tinggi. Lantaran itu, tegasnya umat Islam wajib beralih sokongan kepada Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS yang kuat agenda Islamnya jika kedudukan Islam mahu diperkukuhkan. Harakahdaily/- | ||
Penyanyi 60-an, Azizah Mohamad Meninggal Dunia Akibat Kanser Posted: 26 Apr 2013 11:15 PM PDT 16 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - PETALING JAYA: Penyanyi kumpulan Orkes Nirwana, Datin Azizah Mohamad, 66, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dekat sini kira-kira pukul 11.26 malam, Jumaat. Allahyarham meninggal dunia akibat kanser pangkal rahim tahap akhir yang dihidapinya sejak setahun lalu selain beberapa penyakit lain seperti darah tinggi dan kencing manis. Beliau meninggal dunia di sisi suaminya, penyanyi irama pop yeh yeh, Datuk A. Rahman Hasaan dan ahli keluarga lain. Anak kepada Allahyarham, pelakon dan pengarah, Khir Rahman yang dihubungi mStar Online berkata, semua ahli keluarga redha dengan kehilangan itu kerana pihak hospital telah memaklumkan keadaan ibunya yang tidak dapat diselamatkan lagi. Jelas Khir, tiga hari sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhir, ibunya sudah tidak sedarkan diri. "Selepas doktor memberitahu kami perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan semua ahli keluarga sentiasa bersamanya. "Ibu seorang yang kuat dalam melawan penyakitnya sehingga ke saat yang terakhir dan Allahyarham pergi dengan tenang. Kami sekeluarga redha dengan pemergiannya," kata Khir. Dalam pada itu, jenazah akan dimandikan dan dikafankan di HKL sebelum dibawa pulang ke rumah di Keramat dekat sini untuk memberi peluang kepada kaum keluarga memberikan penghormatan terakhir. Khir memberitahu jenazah akan disembahyangkan di Masjid Al Ansar Taman Keramat di sini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al Ansar selepas solat Zohor pada Sabtu. Sebelum ini, mStar Online pernah melaporkan Azizah menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan selepas mengalami komplikasi beberapa penyakit dan jangkitan kuman dalam paru-paru. Allahyarham yang aktif menyanyi sekitar tahun 60-an dan 70-an pernah popular dengan lagu seperti Syurga Idaman, Pergilah Kandaku dan Dikaulah Harapanku. mStar/- | ||
Kamilia Ibrahim beri penjelasan sebab tanding Bebas Posted: 26 Apr 2013 11:13 PM PDT 16 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - KUALA KANGSAR - Bekas Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim menegaskan, beliau bertanding sebagai calon Bebas bagi memberi pengajaran kepada kepimpinan Umno agar tidak memandang rendah peranan wanita apabila tiba masa untuk memberi pengiktirafan sewajarnya. Kata Kamilia, sewajarnya hierarki tertinggi perlu diberi pertimbangan dalam sesuatu perjawatan atau kedudukan terutama kepada individu yang setia kepada parti. "Saya menegaskan bahawa dalam Umno perlu diberi pengiktirafan kepada kedudukan (hierarki). Inilah sumbangan terakhir dan terbesar Umno dan BN agar tidak berlaku di mana wanita tidak diberi pengiktirafan. "Apabila terima rintihan wujud wanita berkeupayaan, setia sekian lama tetapi apabila tiba kenaikan pangkat, wanita kadangkala diketepikan," kata beliau pada sidang media di sini, sebentar tadi. Beliau bertanding di kerusi Parlimen Kuala Kangsar. Sinar/- | ||
Anak terbabit nahas ketika dalam perjalanan ambil ubat ibu Posted: 26 Apr 2013 07:41 PM PDT 16 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - BANDAR TUN RAZAK - Hasrat seorang anak untuk mengambil ubat darah tinggi ibunya di Hospital Muadzam Shah tidak kesampaian, apabila maut selepas kereta Perodua Myvi yang dipandunya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 116.7 Jalan Kuantan-Segamat, petang kelmarin. Mangsa, Mohd Ridhwan Mahat, 25, berasal dari Felda Keratong 1, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala, dada dan patah kaki kanan. Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya berkata, kejadian jam 2.30 itu dipercayai berlaku apabila kenderaan yang dipandu mangsa merempuh sebuah lori membawa muatan tembikai dari arah Kuantan ke Segamat. "Mangsa dari Keratong dipercayai ingin menuju ke Muadzam Shah tidak sempat mengelak sebuah lori yang dipercayai masuk ke laluannya," katanya kepada Sinar Harian. Johari berkata, difahamkan lori terbabit terpaksa melintas jalan untuk memberhentikan kenderaan di tebing bukit di sebelah bahu kanan jalan bertentangan akibat kegagalan sistem brek berfungsi. Katanya, belum sempat lori itu sampai ke tebing, kenderaan yang dipandu mangsa dari arah Segamat tidak sempat mengelak lalu terus merempuh lori tersebut menyebabkan kedua-kedua kenderaan terseret hingga ke tebing bukit. "Operasi mengeluarkan mayat mangsa oleh anggota Bomba dan Penyelamat Muadzam Shah berdepan kesukaran berikutan mangsa tersepit di tempat duduk pemandu. Mayat hanya berjaya dikeluarkan 30 minit kemudian dan dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk bedah siasat," katanya. Kakak mangsa, Zuraidah Mahat, 40, berkata, kebiasaannya arwah akan membawa ibunya, Kalsom Ahmad, 65, mengambil ubat di Hospital Muadzam Shah setiap bulan. Bagaimanapun katanya, pada hari kejadian, difahamkan adiknya tidak membawa ibu mereka ke hospital kerana kesihatannya tidak mengizinkan disebabkan penyakit strok dihidapinya. Menurutnya, kali terakhir dia bertemu adik ketujuh daripada lapan beradik itu ketika kesemua ahli keluarganya datang ke rumahnya di Johor Bahru, Ahad lalu. "Arwah adalah satu-satunya harapan kami untuk menjaga emak di kampung dan tak sangka pula dia pergi meninggalkan kami dalam keadaan menyedihkan, tetapi saya tetap reda dengan ketentuan Ilahi," katanya. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Keratong 1, jam 10 malam kelmarin. Sinar/- | ||
Penyokong PR di Saudi optimis kuasai Putrajaya Posted: 26 Apr 2013 07:18 PM PDT 16 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Para penyokong PAS dan Pakatan Rakyat yang kini menetap dan mencari rezeki di Al-Jubail, Arab Saudi mendoakan agar Allah mengurniakan kemenangan kepada Islam. "Insya Allah, PAS bersama-sama dengan parti komponen Pakatan Rakyat akan dapat memerintah Putrajaya bermula 6 Mei 2013 nanti, takbir, Allahu akbar," tulis wakil mereka, Amiruddin Abdul Halim kepada Harakahdaily. Sehubungan itu, selaku wakil para penyokong PAS dan Pakatan Rakyat yang kini menetap di Arab Saudi menyeru kepada semua rakyat Malaysia di mana sahaja berada agar menunaikan kewajiban masing-masing untuk keluar mengundi dan memilih pemimpin yang diyakini akan memperjuangkan Islam secara syumul. "Laksanakan tanggungjawab anda dengan keluar mengundi pada 5 Mei 2013 ini dan bagi semua rakyat Malaysia yang berada di perantauan, 'Jom Kita Balik Mengundi'," tulisnya lagi. Harakahdaily/- | ||
Selepas lima tahun, masyarakat Siam Kedah tidak lagi takut kepada PAS Posted: 26 Apr 2013 07:16 PM PDT 16 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - ALOR SETAR, 27 April — Walaupun masyarakat Siam di Kedah tidak bersama dalam ombak "tsunami 2008", situasi tersebut berubah kali ini apabila sokongan minoriti tersebut semakin kuat terhadap Pakatan Rakyat (PR) terutamanya di Pendang, kawasan penempatan terbesar komuniti itu di negeri Jelapang Padi. Dalam Pilihan Raya 2008, walaupun PAS berjaya menawan kerusi Parlimen Pendang, mereka tewas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tiang, tempat yang paling ramai mempunyai komuniti Siam. Penyandang DUN Sungai Tiang, Suraya Yaacob mengalahkan calon PAS Ab Mutalib Awang dengan majoriti 3006 undi pada 2008 dengan sokongan kuat masyarakat Siam. Di DUN Sungai Tiang, dianggarkan terdapat kira-kira empat ribu pengundi masyarakat Siam. "Kalau dulunya kerajaan BN takutkan orang Siam bahaya apabila PAS perintah, tapi sekarang itu bukan suatu isu lagi," kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu di hadapan kira-kira 300 orang masyarakat Siam di sini malam tadi. "Sepanjang lima tahun perintah, kerajaan PAS Kedah tak pernah kacau orang Siam sebaliknya kita lihat setiap hari ikatan itu sentiasa kuat," kata calon PAS bagi Parlimen Pendang itu yang dikenali sebagai Mat Sabu semasa turun dalam satu sambutan sempena perayaan Songkran di Kampung Wat Padang Pusing. Perjalanan 30 kilometer dari ibu negeri Kedah ke kawasan pendalaman Kampung Wat Padang Pusing, salah satu kampung terbesar masyarakat Siam di DUN Sungai Tiang amat mengejutkan, anak muda masyarakat Siam tidak lagi segan silu untuk ke mana-mana membawa bendera PAS dan memakai t-shirt bergambar Mat Sabu. Semasa ditemui oleh The Malaysian Insider Mohamad mengatakan jika PAS menang di DUN Sungai Tiang, bermakna kerusi Parlimen Pendang sudah pasti ditangan mereka. Selepas Mohamad beredar untuk ke majlis lain, calon PAS bagi DUN Sungai Tiang Fadzil Baharom merayu agar masyarakat Siam agar membantu beliau untuk mengalahkan penyandang kerusi tersebut. "Jurang diantara kaum, dipisahkan selepas Pakatan Rakyat perintah. Pesta Songkran kini sudah jadi perayaan bagi rakyat Kedah bukan sahaja bagi orang Siam," katanya merujuk kepada perayaan yang diadakan pada hari paling panas di Thailand, di penghujung musim kemarau. Biru bendera BN di kubu kuat mereka itu sudah mula ditenggelamkan kehijauan bendera PAS. Selepas tamat majlis, anak-anak muda Siam di kampung tersebut meneruskan aktiviti hiburan malam mereka dengan nyanyian karaoke yang disediakan oleh jentera PAS. Nyanyian karaoke dalam bahasa Siam memecah keheningan malam kampung tersebut, dengan beberapa pemuda dan anak gadis asyik menari dan menghiburkan diri dalam bahasa Thai seperti di kelab-kelab malam di Thailand. Menurut ketua kampung, Ong Lim, 57 tahun, antara sebab mengapa penduduk kampungnya kini beralih menyokong PAS adalah kerana sebelum ini, mereka sering ditakut-takutkan oleh BN mengenai parti tersebut. "Selepas lima tahun hidup di bawah pemerintahan PAS, kami lihat ia tidak seperti yang digambarkan," kata beliau kepada The Malaysian Insider. "Kampung ni ramai anak muda, mereka tidak lagi membaca media arus perdana. Semua tengok internet dan sebab itu mereka lebih berani," tambah beliau. Seorang anak muda, Pratan Aipuan, 25 tahun secara terbuka memberitahu The Malaysian Insider beliau akan mengundi calon PR kali ini kerana mengharapkan kehidupan yang lebih baik jika gabungan tersebut berjaya menguasai Putrajaya. "Janji, apa yang BN cakap semuanya kosong. Bukan RM500 yang kita nak, kita nak kehidupan yang lebih baik," katanya. Rakannya Sompon PC, 30 tahun pula mengatakan walaupun masyarakat Siam kini sudah menerima status Bumiputera, secara praktikalnya mereka tidak merasakan 'keistimewaan' tersebut. "Kalau dah Bumiputera, kenapa dalam borang kami masih lagi berstatus lain-lain?" soal beliau. "Semasa pemerintahan PAS lima tahun ini, sedikit demi sedikit tanah kami yang dirampas oleh BN dulu dipulangkan semula." Dalam Pilihan Raya 2008, gabungan longgar PAS, PKR dan DAP menang mengejut di Kedah, mengecewakan BN apabila memenangi 22 dari 36 kerusi DUN di Kedah. Dalam Pilihan Raya 2013, BN dan PR akan bersaing sengit untuk memenangi hati pengundi negeri Kedah yang telah melahirkan dua perdana menteri, Tunku Abdul Rahman dan Tun Dr Mahathir Mohamad. The Malaysian Insider/- | ||
Husam iringi jenazah Shaharuddin hingga ke kubur Posted: 26 Apr 2013 07:15 PM PDT 16 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - PUTRAJAYA: Calon PAS Putrajaya, Datuk Husam Musa mengiringi jenazah bekas Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Allahyarham Datuk Shaharuddin Ibrahim yang ditembak pagi semalam sehingga ke tanah perkuburan. Allahyarham Shaharuddin, 58, ditembak dua lelaki bermotosikal semasa dalam perjalanan ke pejabatnya, ketika kereta yang dinaikinya berhenti di persimpangan lampu isyarat dari Lebuh Sentosa ke Lebuh Wawasan dalam kejadian kira-kira pukul 8.15 pagi tadi. Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Presint 20. Solat janazah di Masjid Putrajaya dihadiri kira-kira 2,000 jemaah. Husam dalam kenyataannya melahirkan sedih yang amat sangat dengan kejadian ini. "Saya merasa sangat terkejut dengan peristiwa pembunuhan Datuk Shaharudin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Kastam di Putrajaya pagi ini. Negara kehilangan seorang pegawai berdedikasi yang bertugas memerangi jenayah. Saya berharap warga kastam tidak patah semangat untuk terus melaksanakan tugas mereka. "Saya berharap pihak berkuasa memandang berat insiden ini dan dapat mengesan pihak terlibat dengan segera," kata Husam dalam kenyataannya. Bagi Husam, apa yang berlaku ini menunjukkan Putrajaya juga tidak selamat seperti yang diharapkan. "Saya ragu-ragu samada sistem CCC (communication control n command) dengan jaringan cctv benar-benar berfungsi atau tidak," katanya. Harakahdaily/- | ||
Posted: 26 Apr 2013 07:13 PM PDT 16 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - PUTRAJAYA - Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Datuk Shaharuddin Ibrahim, 58, mati ditembak ketika dalam perjalanan dari rumahnya di Dengkil ke pejabatnya di Putrajaya, pagi semalam. Dalam kejadian jam 8.15 pagi itu, mangsa parah selepas salah seorang daripada suspek yang merupakan pembonceng motosikal melepaskan tiga das tembakan ke arah arwah yang berada di hadapan sebelah kiri tempat duduk penumpang, ketika keretanya berhenti di persimpangan lampu isyarat dari Lebuh Sentosa ke Lebuh Wawasan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, mangsa dikejarkan pemandunya ke Hospital Putrajaya sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 9.20 pagi. "Penjenayah dipercayai menggunakan pistol jenis automatik berikutan tembakan tepat mengenai leher mangsa," katanya. "Kami masih menyiasat motif kejadian dan sedang meneliti kamera litar tertutup di lokasi kejadian. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Sementara itu, anak saudara Allahyarham, Roslan Ibrahim, 51, percaya Shaharuddin mungkin mempunyai banyak musuh disebabkan tugasannya dalam jabatan kastam. "Saya dan Shaharuddin kerap bertemu dan minum bersama dan saya percaya kejadian itu mempunyai kaitan dengan kerjanya," katanya kepada pemberita ketika menemani isteri dan keluarga Allahyarham Shaharuddin di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini. Kesemua anggota keluarga Shaharuddin hadir di hospital itu untuk menunggu proses bedah siasat. Roslan berkata, kali terakhir beliau bertemu Allahyarham Ahad lalu dan mereka berbual sambil minum bersama. "Allahyarham mempunyai lima anak. Dia seorang yang peramah dan tidak sombong serta mempunyai hobi bermain golf. Dia selalu main golf di Seremban," katanya. KRONOLOGI 7.55 pagi – Kereta Nissan Murano dinaiki Datuk Shaharuddin Ibrahim bergerak dari rumahnya di Kondominium Intan, Dengkil untuk ke pejabatnya di Putrajaya. 8.15 pagi – Kereta berhenti di persimpangan lampu isyarat dari Lebuh Sentosa ke Lebuh Wawasan ke Presint 2, Putrajaya. Seorang pembonceng motosikal melepaskan tembakan ke arah arwah yang berada di hadapan sebelah kiri tempat duduk penumpang. Pemandu terus bawa mangsa ke Hospital Putrajaya. 9.20 pagi - Mangsa disahkan meninggal dunia dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 20, Putrajaya. Sinar/- | ||
10 maut letupan bom di pejabat parti di Pakistan Posted: 26 Apr 2013 07:08 PM PDT 16 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - KARACHI: Sekurang-kurangnya 10 maut manakala 11 lagi cedera apabila sebuah bom kereta meledak di pejabat sebuah parti politik di pusta komersial di Karachi, lewat petang semalam. Letupan kuat itu berlaku sebelum seorang calon Parti National Awami dijadaul mengadakan satu mesyuarat menjelang pilihan raya bulan depan di daerah Mominabad. Bashir Jan yang bertanding bagi kerusi Parlimen bagaimanapun terselamat, demikian menurut anggota parti itu, Qadir Khan. Letupan itu boleh didengari sehingga beberapa kilometer dengan beberapa kedai dan rumah turut rosak. - AFP |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2013 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan