Nuffnang

N45 Dr Halimah Ali

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 11:34 PTG

N45 Dr Halimah Ali


Mahu Jadikan Beli Ijazah Palsu Satu Budaya ?

Posted: 19 Apr 2013 10:22 PM PDT

Kita semua tidak mahu orang lain gelar kita seorang penipu atau
pembohong. Kita sebagai manusia yang normal juga tidak ingin ditipu atau dibohongi. Penjawat awam merupakan pemegang amanah rakyat. Penjawat awam dikehendaki bukan saja bersifat amanah yakni lawan kepada sifat khianat, tetapi juga mereka harus kelihatan bersih dan amanah. Tindak tanduk mereka termasuk kehidupan peribadi mereka mestilah mempamer dan menampilkan sifat jujur dan amanah.


Dalam nada yang sama, kita tidak mahu anak kita mendapat ijazah atau sijil akademik tanpa bersusah payah sebagai seorang penuntut, menghadiri kuliah, membuat praktikal (praktikum), dan kerja kursus dan yang paling penting tidak pernah menduduki sebarang peperiksaan. Begitu juga kita tidak mahu anak
kita menduduki peperiksaan tapi gagal namun berjaya mendapat segulung kertas bernama ijazah.

Anda nilai sendiri laporan di bawah.


DAP dakwa 5 ijazah calon BN diragui?   

Harakahdaily,     17 Apr 2013

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Luar Negeri A Kohilan Pillay adalah antara lima calon BN yang didakwa DAP memilik sijil kelulusan pengajian tertinggi yang bermasalah.

Strategis pilihanraya DAP Ong Kian Ming (gambardi atas serta kelulusan akademik beliU)) berkata Kohilan bersama Teh Kim Pooh, Pengerusi Pihak Berkuasa Pelabuhan Klang (PKA), Ching Eu Boon dan Lee Ban Seng dari MCA dan Ab Wahab Ibrahim, ketua hal ehwal agama Umno memiliki sijil kelulusan pengajian tertinggi daripada universiti yang pernah dibuktikan menjual ijazah.

"Ini adalah sangat mendukacitakan apabila lima daripada calon BN, dua di parlimen dan tiga di DUN, mengemukakan kelulusan akademi daripada institusi yang boleh disifatkan sebagai kilang ijazah, atau erti kata lain daripada universiti dan kolej yang memberikan ijazah palsu dengan bayaran," kata Ong dalam satu kenyataan hari ini.

Ong mendakwa Kohilan, yang dipilih menjadi calon kerusi parlimen Puchong mendapat ijazah Sarjana Sains Perdagangan dan Ekonomi Industri dari Pacific Western University, Amerika Syarikat (AS), sebuah institusi pendidikan yang pernah disaman dan ditutup selepas didapati menjual ijazah.

Calon bagi kerusi parlimen Klang pula, Teh Kim Pooh didakwa Ong mendapat Ijazah Doktor Falsafahnya dari New Port University – sebuah universiti yang diragui.

Calon DUN Taman Medan, Abdul Wahad dari Umno pula mendapat PhD dalam Pentadbiran Awam dari Irish International Universiti yang dilaporkan palsu pada 2008 oleh British Broadcasting Corporation, kata Ong.

Ching dan Lee, masing-masing calon BN untuk Pandamaran dan Kajang pula didakwa Ong mendapat ijazah daripada St George University International dan Universiti Rutherford di AS, yang disebut sebagai 'kilang ijazah'.

"Calon yang merasakan mereka perlu 'membeli' ijazah, samada di peringkat sarjana muda, sarjana, telah menyebabkan integriti mereka diragui. Laporan theStar SINI. dan SINI

"Jika calon-calon ini sanggup menipu pengundi mengenai kelulusan akademi mereka, iaitu salah satu aspek penting di dalam hidup seseorang, mana aspek lain dalam kehidupan yang calon ini sanggup menipu termasuk perkara-perkara yang melibatkan kepentingan awam seperti pengurusan dana awam serta tanggungjawab menggunakan sumber awam," tegas Ong.

Ong mendesak lima calon BN untuk menjawab tuduhan beliau.

"Jika mereka gagal untuk menjelaskan pada pengundi, saya menyeru mereka untuk mengundurkan diri daripada bertanding," tambah Ong.

Sebelum ini, Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed telah menegaskan bahawa integriti senarai calon BN telah disahkan.

Selepas Datuk Zulkifli Noordin dicalonkan di Shah Alam dan pendedahan Ong ini, rakyat akan bertanya apakah sebenarnya syarat-syarat untuk menjadi calon winnable Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.-harakahdaily






Tak percaya ka? Wa caya, Boleh bikin Apa!

Posted: 19 Apr 2013 01:37 AM PDT

900 pengundi bernama 'Fatimah Ismail' ditemui


 
Kedah, Kelantan, Pahang dan Terengganu mempunyai bilangan pengundi yang ramai berkongsi nama yang sama, termasuk 900 bernama 'Fatimah Ismail'.

NONEDaripada jumlah ini, terdapat 14 contoh 'Fatimah Ismail' berkongsi
tarikh hari lahir yang sama, dan 10 daripadanya juga mempunyai kad pengenalan yang dikeluarkan di negeri yang sama.

"Bayangkan dua orang yang bernama 'Ismail' yang mempunyai anak perempuan mereka dilahirkan pada hari yang sama dan menamakan mereka 'Fatimah', dan ianya di kampung yang sama," kata penolong penyelidik Projek Analisis Daftar Pemilih Malaysia (Merap), Lee Wee Tak.

NONESebagai perbandingan, beliau berkata, negeri-negeri lain seperti Perak
dan Negeri Sembilan dan mempunyai bilangan yang kurang pengundi dengan nama yang sama.

Nama pengundi yang paling popular di Perak adalah 'Fatimah Ahmad' dengan hanya 55 kes, sebagai contoh, berbanding dengan 412 'Fatimah Ismail' di Kedah.

Malah apabila Merap cuba mengurangkan kebetulan itu dengan mencari NONEsekurang-kurangnya tiga padanan nama dan tarikh lahir, Lee berkata, beliau masih ada 263 pengundi di seluruh Malaysia yang memenuhi kriteria itu.

Dalam kebanyakan kes, pengundi ini nampaknya tinggal berdekatan
dengan satu sama lain, tetapi kira-kira dua pertiga daripada mereka mempunyai alamat yang tidak lengkap.

Mendahuluinya ialah Kedah dengan 50 pengundi, Perak (41), Kelantan (21), dan Kedah (26).

NONEDalam satu contoh, katanya, terdapat tiga pengundi bernama 'Ab
Rapar Awang' berkongsi  tarikh hari jadi yang sama pada 15 Julai 1949. Dua daripada mereka mendaftar untuk mengundi di parlimen Indera Mahkota, manakala seorang lagi mengundi di kawasan berjiran Paya Besar.

Sementara itu, Sabah dan Sarawak mempunyai jumlah tertinggi pengundi berusia lebih 100 - masing-masing 1,062 dan 475 orang.-Malaysiakini

Senarai Penuh Calon Parlimen & DUN Pakatan Selangor PRU 13

Posted: 19 Apr 2013 12:14 AM PDT




Comments posted (0)

YB BN

YB PAS

YB PKR

YB DAP