:: cina islam | 2011 :: |
- Terbukti Pakatan dan PAS hargai wanita
- Salahlaku profesional calon BN Pandan: Rafizi kemuka bukti esok
- PAS dakwa Umno letak calon pernah sabotaj parti
- Parti baru, ramai calon bebas dijangka bertanding di Kedah
- Cukup-cukup sudah...
- 900 pengundi bernama 'Fatimah Ismail' ditemui
- DAP putuskan guna logo PAS, PKR dalam PRU
- Guru-guru diarah iringi calon BN esok
- Husam: Dap boleh guna lambang Pas
- Muka baru mantapkan kepimpinan Pakatan Selangor
- BN Negeri Sembilan umum calon baru Dun Johol
- Pembubaran parlimen tidak sah, dakwa bekas pegawai kanan polis
- 2 maut kemalangan Lebuhraya Utara-Selatan pagi ini
- Sambutan Hari Keputeraan Sultan Perak Ke-85 disambut sederhana
- Veteran UMNO, Aishah Ghani meninggal dunia
- Calon BN Dun Seri Setia tarik diri, diganti Halim Samad
- Rumah calon PAS disimbah cat merah di Sabah
- Pilihan rakyat Ghani atau Kit Siang
- Pakatan janji bina lima universiti baru
- Samseng Umno rosakkan bendera PAS
- Saya tolak budaya video lucah - Wardina
- ROS sedang bincang pengiktirafan CEC DAP
- Kamalia kecewa, beri kata dua kepada Umno
- Penolakan terhadap calon Umno semakin menjadi-jadi
- Bendera parti kena khianat
Terbukti Pakatan dan PAS hargai wanita Posted: 19 Apr 2013 02:46 AM PDT 8 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - KOTA BHARU: Sedang pemimpin wanita BN bersedih dan berdukacita di atas tindakan pemimpin tertinggi mereka tidak mengambil mereka sebagai calon pada PRU nanti, calon wanita Pakatan Rakyat di seluruh negara termasuk Kelantan semakin bertambah. Bukan hanya mengekalkan calon-calon wanita yang telah mencapai kemenangan sebelum ini, tetapi juga menambah calon baru. Namun Ketua Wanita MCA Kelantan yang juga bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Ng Yen Yen, Naib Ketua Wanita Umno Malaysia, Datuk Kamilia Ibrahim antara pemimpin tertinggi wanita BN yang tidak dicalonkan pada PRU ini. Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan, Norhasimah Deraman, ketika diminta mengulas berhubung perkara itu menyifatkan Pakatan Rakyat terutama PAS lebih menghargai kaum wanita berbanding Umno dan BN. Menurutnya, sebagai contoh di Kelantan, dahulu hanya tiga wanita yang dicalonkan iaitu Ustazah Siti Zailah Mohd Yusof, Wan Ubaidah Omar dan Rohani Ibrahim. "Tetapi kini bekas anggota Dewan Negara yang telah tamat tempohnya selama dua penggal Mumtaz Md Nawi (gambar) juga telah dipilih sebagai calon dan juga mengekalkan calon yang ada,"ujarnya. Ianya jelas membuktikan kepada semua siapa yang lebih perihatin terhadap wanita kalau bukan Pakatan Rakyat. Tambahnya, suasana itu bukan hanya berlaku di Kelantan, sebaliknya di negeri-negeri lain termasuk Johor, Kedah, Perak dengan mengekalkan calon yang sebelumnya. Sehubungan itu, beliau menyeru semua kaum wanita di negara ini supaya lebih sedar tentang perjuangan yang dibawa Pakatan Rakyat. "Seharusnya Pakatan Rakyat yang perlu menjadi pilihan dan bukannya Umno dan BN,"ujarnya. Harakahdaily/- |
Salahlaku profesional calon BN Pandan: Rafizi kemuka bukti esok Posted: 19 Apr 2013 02:38 AM PDT 8 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Ekoran dakwaan salahlaku profesional ke atas bakal calon BN di Pandan, Gary Lim, calon PKR di situ akan membuat pendedahan esok. Rafizi Ramli (gambar), calon PKR Parlimen Pandan dalam kenyataannya berkata, beliau mempunyai beberapa dokumen yang menunjukkan calon BN itu sedang disiasat. "Saya akan memberi maklumbalas rasmi mengenai dakwaan salahlaku profesional yang melibatkan calon BN di Pandan (Gary Lim) sejurus selepas proses penamaan calon tamat esok," kata Rafizi dalam kenyataannya. Penamaan calon untuk Parlimen Pandan akan diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya esok. "Saya juga akan mengemukakan beberapa dokumen yang mengesahkan bahawa calon BN di Pandan sedang disiasat kerana dipercayai ada salahlaku professional," kata Rafizi lagi. Harakahdaily/- |
PAS dakwa Umno letak calon pernah sabotaj parti Posted: 19 Apr 2013 02:28 AM PDT 8 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - Tan Sri Isa Samad pernah digantung keahlian dua tahun setengah kerana terbabit dengan politik wang ketika bertanding jawatan naib presiden Umno 2004. PETALING JAYA: PAS mempersoalkan tindakan Umno meletakkan calon yang pernah sabotaj parti itu bertanding dalam pilihan raya umum ke 13 pada 5 Mei depan. Calon BN parlimen Jempol Tan Sri Isa Samad pernah digantung keahlian dua tahun setengah kerana terbabit dengan politik wang ketika bertanding jawatan naib presiden Umno 2004. "Rakyat perlu nilai adakah pemimpin seperti ini mereka nak pilih?" kata Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Selain meletakkan calon yang pernah sabotaj kepada parti, umno juga memberi kepercayaan kepada tokoh yang pernah kalah beberapa kali dalam pilihan raya sebelum ini. Di Kelantan antara mereka ialah Datuk Mansor Salleh di parlimen Tumpat; Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh (Kota Baru); Datuk Awang Adek Hussin (Bachok) dan Tan Sri Annuar Musa (Ketereh). Di parlimen Pendang, Barisan Nasional meletakkan naib pengerusi persatuan veteran Umno Datuk Othman Abdul. Manakala di Selangor antara calon kitar semula ialah Rozaidah Talib di Ampang; Datuk Yap Pian Hon (Serdang) serta Datuk Dr Rahman Ismail yang akan bertanding di Gombak. "Adakah mereka tidak ada calon-calon lain selain tokoh yang sudah beberapa kali kecunndang tu? "Ke mana anak-anak muda Umno dan BN yang sepatutnya di ketengahkan sebagai calon." tanya Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Menurut beliau lagi, sangat jelas Umno hanya memilih calon yang sealiran dengan mereka iaitu yang pandai merapu. FMT/- |
Parti baru, ramai calon bebas dijangka bertanding di Kedah Posted: 19 Apr 2013 02:26 AM PDT 8 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - ALOR STAR — Penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di Kedah esok dijangka menyaksikan banyak parti akan membuat kemunculan kali pertama, selain ramai calon Bebas. Ketika ramai yang menjangkakan persaingan sengit antara Barisan Nasional (BN) dengan pakatan rakyat (PR) yang terdiri daripada PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, muncul parti baharu seperti Parti Kesejahteraan Insan Tanahair (KITA), Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) dan Parti Bersatu Sasa Malaysia (BERSAMA). Selain itu, beberapa calon Bebas yang terdiri daripada pemimpin dan bekas wakil rakyat pakatan pembangkang juga dijangka membentuk pakatan bebas untuk bertanding pada PRU13 kali ini. Yang pasti, sehingga kini kawasan yang dijangka paling "meriah" dengan calon ialah Parlimen Kota Star dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bakar Bata. Bagi Parlimen Alor Star, selain BN yang akan meletakkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung sebagai calon, dan PKR menerusi Gooi Hsiao Leung, BERJASA dan BERSAMA, parti yang diasaskan di Sabah dan kali pertama mahu bertanding di Semenanjung, dijangka meletakkan calon masing-masing. BERJASA dijangka meletakkan Abdul Fisol Md Isa manakala BERSAMA menurunkan timbalan presidennya bagi Semenanjung Malaysia Jawahar Raja Abdul Wahid. Bagi DUN Bakar Bata, kawasan yang akan diwakili Pengerusi BN Kedah Datuk Ahmad Bashah, PKR dijangka meletakkan Mohd Eekmal Ahmad manakala Jawahar Raja turut mengumumkan akan bertanding di situ. DAP sebelum ini dikatakan mahu meletakkan seorang calon Melayu di kerusi itu dan bersedia berdepan dengan PKR, selain beberapa lagi individu yang mahu bertanding sebagai calon Bebas. BERJASA, yang ditubuhkan pada 1977 sebagai parti alternatif kepada PAS, juga menyatakan hasrat mahu bertanding di Parlimen Padang Serai serta DUN Derga dan Gurun. Parti KITA pula yang mengumumkan sembilan calon untuk kawasan selatan Kedah serta kawasan ramai masyarakat berketurunan Siam, menyenaraikan tiga calon berketurunan Siam untuk bertanding di Parlimen Pendang serta DUN Sungai Tiang dan DUN Pedu. Bagi calon Bebas, ramai yang dijangka tertumpu di selatan Kedah, termasuk beberapa Exco kerajaan negeri PAS, yang digugurkan kali ini. – Bernama |
Posted: 19 Apr 2013 02:08 AM PDT 8 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - Uncle Brown, Kami orang kampung tidak mahu warna biru lagi Mereka masuk kampung kami dengan gembira Siapa mereka seperti pengembara? Seperti saudara Kami tidak kenal pun mereka.. Begitulah gerembolan warna biru... bila kempen pilihan raya Mulalah nampak batang hidungnya Tapi, hairan kami memang tidak kenal mereka Mereka hanya datang sekali bila tiba musimnya Penampilan mereka sama Berwajah mesra, manis mulut bicara Mereka berkata pilihlah warna biru kita Kerana esok kampung ini maju seperti kota Kami orang kampung bukan seperti orang kota Kami tahu niat mereka Kerana mereka hanya muncul musim pilihan raya Bukan muncul masa musim buah atau musim laut bergelora Mereka lupa Sebenarnya kampung kami maju sejak bertahun lama Cakap sahaja, semua teknologi kami ada Kami bukalah pelupa Kami bukanlah buta huruf tidak pandai membaca Kerana kami tahu tingkah dan janji mereka Janji mereka yang dusta Kami juga rakyat Malaysia Cukup-cukuplah sudah wahai pengembara Maaflah saudara Kami orang kampung punya cita rasa berbeda Pilihan kami suda nyata Pakatan Rakyat Harapan Malaysia Bukan warna biru, tapi berwarna-warni tanda maju jaya Semporna, Sabah 19 April 2013 |
900 pengundi bernama 'Fatimah Ismail' ditemui Posted: 19 Apr 2013 02:06 AM PDT 8 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - Kedah, Kelantan, Pahang dan Terengganu mempunyai bilangan pengundi yang ramai berkongsi nama yang sama, termasuk 900 bernama 'Fatimah Ismail'. Daripada jumlah ini, terdapat 14 contoh 'Fatimah Ismail' berkongsi tarikh hari lahir yang sama, dan 10 daripadanya juga mempunyai kad pengenalan yang dikeluarkan di negeri yang sama. "Bayangkan dua orang yang bernama 'Ismail' yang mempunyai anak perempuan mereka dilahirkan pada hari yang sama dan menamakan mereka 'Fatimah', dan ianya di kampung yang sama," kata penolong penyelidik Projek Analisis Daftar Pemilih Malaysia (Merap), Lee Wee Tak. Sebagai perbandingan, beliau berkata, negeri-negeri lain seperti Perak dan Negeri Sembilan dan mempunyai bilangan yang kurang pengundi dengan nama yang sama. Nama pengundi yang paling popular di Perak adalah 'Fatimah Ahmad' dengan hanya 55 kes, sebagai contoh, berbanding dengan 412 'Fatimah Ismail' di Kedah. Malah apabila Merap cuba mengurangkan kebetulan itu dengan mencari sekurang-kurangnya tiga padanan nama dan tarikh lahir, Lee berkata, beliau masih ada 263 pengundi di seluruh Malaysia yang memenuhi kriteria itu. Dalam kebanyakan kes, pengundi ini nampaknya tinggal berdekatan dengan satu sama lain, tetapi kira-kira dua pertiga daripada mereka mempunyai alamat yang tidak lengkap. Mendahuluinya ialah Kedah dengan 50 pengundi, Perak (41), Kelantan (21), dan Kedah (26). Dalam satu contoh, katanya, terdapat tiga pengundi bernama 'Ab Rapar Awang' berkongsi tarikh hari jadi yang sama pada 15 Julai 1949. Dua daripada mereka mendaftar untuk mengundi di parlimen Indera Mahkota, manakala seorang lagi mengundi di kawasan berjiran Paya Besar. Sementara itu, Sabah dan Sarawak mempunyai jumlah tertinggi pengundi berusia lebih 100 - masing-masing 1,062 dan 475 orang. Malaysiakini/- |
DAP putuskan guna logo PAS, PKR dalam PRU Posted: 19 Apr 2013 02:03 AM PDT 8 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - Pengerusi DAP Karpal Singh berkata, calon-calon mereka akan bertanding menggunakan logo PAS di Semenanjung Malaysia dan PKR di Sabah dan Sarawak dalam pilihan raya umum 5 Mei ini. Katanya, keputusan itu diambil kerana sehingga jam 3 petang ini - tarikh akhir yang ditetapkan DAP - mereka tidak mendapat sebarang respon penarikan balik surat penggantungan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) parti itu daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS). Karpal juga berkata tiada tanda-tanda surat itu akan tiba. "Ekoran itu, kami akan teruskan apa yang diputuskan semalam dan bertanding bawah lambang PAS di Semenanjung dan PKR di Sabah dan Sarawak," katanya ketika dihubungi. Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali ketika dihubungi juga mengesahkan DAP akan menggunakan logo parti Islam itu di semenanjung. Karpal sebelum ini meminta ROS menarik balik surat bertarikh 17 April sebelum jam 3 petang hari ini dan tidak akan memfailkan permohonan untuk mencabar keputusan ROS itu. Surat itu dihantar ekoran dakwaan berlaku kesilapan teknikal dalam pemilihan parti tu tahun lepas. Tindakan itu diambil walaupun Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengesahkan bahawa DAP masih boleh untuk bertanding walaupun tanpa pengiktirafan ROS. "Saya telah tandatangan semua watikah untuk calon DAP (bertanding di semenanjung)," kata Mustafa sambil menyifatkan langkah itu sebagai "bersejarah" untuk PAS. Malaysiakini/- |
Guru-guru diarah iringi calon BN esok Posted: 19 Apr 2013 01:15 AM PDT 8 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - KOTA BHARU: Setiap sekolah di kawasan parlimen Kota Bharu diarah menghantar sekurang-kurang 10 guru bagi mengiringi calon BN pada penamaan calon esok. (Guru sepatutnya mengajar tetapi dipaksa mengiringi calon BN esok) Difahamkan arahan lisan daripada Pejabat Pelajaran Daerah Kota Bharu diterima supaya setiap sekolah memberi sokongan kepada calon BN. Beberapa guru mendakwa arahan itu dibuat tanpa surat bagi membantu calon BN di Dun Bunut Payong, bekas pegawai di PPD terbabit, Mohd Fakhurazi Abdul Rahim. Kata mereka ada sekolah diarah meminta guru-guru memakai baju berwarna merah ketika datang pada perarakan calon BN. "Kami guru-guru dipaksa mengambil tugas ketua cawangan Umno kebelakangan ini. Kalau dahulu hanya guru Kafa yang sering menjadi alat politik. "Sekarang guru agama dan JQAF pula menjadi mangsa. Setiap sekolah ada guru dilantik sebagai penghubung dengan calon BN," katanya di sini. Seorang lagi guru berkata, dua minggu lepas semua guru agama yang mengajar di kawasan parlimen Kota Bharu diarah hadir pada perjumpaan dengan Ketua Bahagian Umno, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh di bangunan Umno. Katanya, guru-guru yang hadir diminta menandatangani kedatangan pada program yang diadakan pada hari Sabtu. Menurutnya sehingga sekarang lebih 10 kali guru-guru dikerah hadir pada program Umno bagi mendengar amanat disampaikan pemimpin Umno. Lebih setahun lalu Harakah membongkar sindiket memindahkan tempat mengundi guru-guru Kafa yang mengajar di sekitar parlimen Kota Bharu ke Dun Bunut Payong. "Calon BN di Bunut Payong sepenuhnya bergantung harap dengan pengundi dalam kalangan guru. Dengan memaksa guru-guru hadir pada program Umno pemimpin itu bermimpi dia mendapat sokongan ramai," katanya. Bekas guru Kafa pula memberitahu beliau dan rakan-rakan sering menjadi mangsa apabila dikerah hadir pada setiap program anjuran Umno. Difahamkan juga sekolah di kawasan parlimen Kota Bharu diarah mengadakan jamuan dengan menjemput penduduk sekitar datang mendengar ucapan pemimpin Umno. Seorang bapa mendakwa pada program jamuan yang dihadiri pemimpin Umno di sebuah sekolah di sini baru-baru ini tidak ramai penduduk tempatan datang. Harakahdaily/- |
Husam: Dap boleh guna lambang Pas Posted: 19 Apr 2013 12:23 AM PDT 8 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - PUTRAJAYA - Pas mengalu-alukan rakan sekutunya, DAP menggunakan lambangnya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata, partinya terbuka sekiranya Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) menghalang DAP menggunakan lambang sendiri. "DAP boleh guna lambang Pas pada PRU13 ini sekiranya RoS tidak membenarkan parti demokrat itu menggunakan lambang sendiri. "Penggunaan lambang Pas ini secara tidak langsung menampilkan kesatuan dalam dalam Pakatan Rakyat (PR)," katanya ketika sidang media hari ini. Sebelum ini, RoS tidak mengiktiraf ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang dilantik dalam pemilihan pada 15 Disember lalu ekoran pertikaian yang berlaku selagi siasatan masih berjalan. Ini susulan daripada ROS tidak berpuas hati mengenai pelantikan ahli CEC dengan betul berdasarkan penyata barisan pemegang jawatan yang dikemukakan oleh DAP. Mengulas perkara sama, Husam yang akan bertanding kerusi Parlimen Putrajaya berkata, beliau juga hairan dengan tindakan RoS yang menghalang DAP menggunakan logo parti itu sedangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyatakan parti itu tidak berhadapan masalah dan boleh bertanding dalam pilihan raya ini. Sementara itu, pada majlis sama Husam turut mencadangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkenaan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) agar menggunakan tanah milik kerajaan agar harga jualan rumah dikurangkan kepada RM 100,000. "Saya turut cadangkan penggunaan teknologi baru dalam sistem pembinaan kerana kaedah ini bukan sahaja menjimatkan kos tetapi juga masa hampir 50 peratus daripada tempoh pembinaan konvensional." katanya. Selain itu, beliau turut mengemukakan isu perbezaan gaji kakitangan penjara dibandingkan dengan polis. "Isunya, saya mencadangkan kajian untuk menyelaraskan semula gaji kakitangan penjara mengikut gaji polis. "Memandangkan Putrajaya merupakan pusat pentadbiran negara yang dihuni penjawat awam, saya sangat menitikberatkan rungutan guru-guru yang berdepan bebanan kerja yang banyak," katanya. Menurut beliau, sekiranya PR berjaya merampas Putrajaya perubahan yang bakal dibawa ialah mewujudkan sistem persekolahan satu sesi untuk semua sekolah, mengecilkan nisbah guru dan murid, mewujudkan jawatan pembantu pembantu guru dan peruntukan penyelenggaraan kemudahan. Sinar/- |
Muka baru mantapkan kepimpinan Pakatan Selangor Posted: 19 Apr 2013 12:14 AM PDT 8 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - SHAH ALAM: Pakatan Rakyat Selangor menampilkan ramai muka baru bagi kerusi Dewan Undangan Negeri dan juga kawasan Parlimen bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU13). Penampilan muka baru ini turut melibatkan perubahan kawasan yang bertanding yang melibatkan calon dari PAS, PKR serta DAP. Senarai tersebut diumumkan ketika program pengistiharan calon PRU13 dan pelancaran manifesto Pakatan Rakyat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam semalam. Daripada senarai tersebut dua orang exco dalam kerajaan sementara Selangor yang mewakili DAP tidak disenaraikan iaitu Teresa Kok dan Ronnie Liu yang bertanding di Dun Kinrara dan Pandamaran sebelum ini. Percaturan menampilkan muka-muka baru ini adalah bagi memantapkan lagi kepimpinan dan kebertanggungjawaban terhadap penduduk Selangor pada masa yang akan datang, tinjauan mendapati rata-rata rakyat Selangor berkeyakinan dengan penampilan muka baru yang dapat memberi perubahan serta keyakinan rakyat untuk terus memilih Pakatan Rakyat memerintah bagi penggal kedua. Antara kerusi yang menjadi tumpuan pada PRU13 nanti melibatkan kerusi Shah Alam yang diwakili Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor, Khalid Samad yang akan menentang calon BN, Datuk Zulkifli Noordin yang sebelum ini menjadi calon Bebas setelah keluar dari PKR. Selain itu juga Parlimen Sepang turut dilihat sebagai kerusi panas apabila PAS meletakkan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin yang dipindahkan dari kerusi Parlimen Tanjung Karang, yang akan menentang Datuk Seri Ir. Mohd Zin Mohamed dari BN. Bagi kerusi PKR, bekas pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabanga Malaysia (UIAM), Prof Dr Abdul Aziz Bari yang pertama kali turun sebagai calon akan bertanding di Parlimen Sabak Bernam yang bertemu dengan Mohd Fasiah Mohd Fakeh dari BN. Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli yang bertanding di Parlimen Pandan juga menjadi kerusi tumpuan apabila menentang calon BN, Gary Lim Chin Yee yang sebelum ini kerusi tersebut disandang oleh Datuk Ong Tee Keat (BN), namun beliau tidak dicalonkan untuk PRU13. Menurut sumber-sumber mengatakan Ong Tee Keat akan bertanding di atas tiket Bebas bagi mempertahankan kerusi tersebut. Sementara itu kerusi tumpuan juga turut melibatkan, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid ibrahim yang berpindah dari Ijok dan bertanding di Pelabuhan Klang bagi merampas kembali kerusi calon Bebas, yang kali ini bertembung dengan Datut Nasaruddin Md Zin dari BN. PAS menampilkan muka baru di antaranya, Wahid Rais (Dun Sungai Air Tawar), Muhamad Idris Ahmad (Dun Hulu Bernam), Mohamad Judi Sarjo (Dun Sungai Burong), Muhmmad Rashid Muhmmad Kassim (Dun Jeram), Zaidy Abdul Talib (Dun Taman Tampler), Hasbullah Mohd Ridzuan (Dun Gombak Setia), Razaly Hassan (Dun Dusun Tua), Mohd Shafie Ngah (Dun Bangi), Noor Hanim Ismail (Dun Sri Serdang) dan Mohd Khairuddin Othman (Dun Paya Jaras), Sementara itu, DAP banyak memperkenal muka baharu di peringkat Dun iaitu Tiew Way Keng (Dun Teratai), R. Rajiv (Dun Bukit Gasing), Ng Tien Chee (Dun Balakong), Yeo Bee Yin (Dun Damansara Utama), V.Ganabatirau (Dun Kota Alam Shah) dan Loh Chee Heng (Dun Teluk Datuk) PKR pula memperkenal calon baru di peringkat Dun seperti Borhan Aman Shah (Dun Dengkil), Lee Chin Cheh Dun (Kajang), Dr Daroyah Alwi (Dun Sementa), Hamidi A Hassan (Dun Semenyih), Tengku Maraziyah Tengku Sulaiman (dun Kuang), K.Ramachandran (Dun Batang Kali) dan Dr Idris Ahmad (Dun Ijok). Senarai penuh calon-calon yang bertanding mengikut Parlimen dan Dun : P092 Sabak Bernam - Prof Dr Abdul Aziz Bari (PKR) N01 Sungai Ait Tawar - Wahid Rais (PAS) N02 Sabak - Sallehen Mukhyi (PAS) P092 Sungai Besar - Mohamed Salleh M Husin (PAS) N03 Sungai Panjang - Mohd Fadzlin Taslimin (PAS) N04 Sekinchan - Dr Ng Suee Lim (DAP) P093 Hulu Selangor - Khalid Jaafar (PKR) N05 Hulu Bernam - Muhamad Idris Ahmad (PAS) N06 Kuala Kubu Baharu - Lee Kee hiong (DAP) N07 Batang Kali - Ramachandran a/l Kandasamy (PKR) P095 Tanjong Karang - Mohamad Rashdi Deraman (PAS) N08 Sungai Burong - Mohamad Judi Sarjo (PAS) N09 Permatang - Mohd Yahya Mat Sahri (PKR) P096 Kuala Selangor - Dr Dzulkefly Ahmad (PAS) N10 Bukit Melawati - Manikarasagam a/l Sundaram (PKR) N11 Ijok - Dr Idris Ahmad (PKR) N12 Jeram - Muhammad Rashid Muhammad Kassim (PAS) P097 Selayang - William Leong Jee Kee (PKR) N03 Kuang - Tengku Maraziyah Tengku Sulaiman (PKR) N14 Rawang - Gan Pei Nei (PKR) N15 Taman Templer - Zaidy Abdul Talib (PAS) P098 Gombak - Mohamed Azmin Ali (PKR) N16 Batu Cave - Amirudin Shari (PKR) N17 Gombak Setia - Hasbullah Mohd Ridzwan (PAS) N18 Hulu Klang - Saari Sungib (PAS) P099 Ampang - Zuraida Kamaruddin (PKR) N19 Bukit Antarabangsa - Mohamed Azmin Ali (PKR) N20 Lembah Jaya - Khasim Abdul Aziz (PAS) P100 Pandan - Mohd Rafizi Ramli (PKR) N21 Cempaka - Iskandar Abdul Samad (PAS) N22 Teratai - Tiew Way keng (DAP) P101 Hulu Langat - Dr Che Roslo Che Mat (PAS) N23 Dusun Tua - Razaly Hassan (PAS) N24 Semenyih - Hamidi A Hassan (PKR) N25 Kajang - Lee Chin Cheh (PKR) P102 Serdang - Dr Ong Kian ming (DAP) N26 Bangi - Mohd Shafie Ngah (PAS) N27 Balakong - Ng Tien Chee (DAP) N28 Seri Kembangan - Ean Yon Hian Wah (DAP) P103 Puchong - Gobind Singh deo (DAP) N29 Sri Serdang - Noor Hanim Ismail (PAS) N30 Kinrara - Ng Sze Han (DAP) P104 Kelana Jaya - Wong Chen (PKR) N31 Subang Jaya - Hannah Yeoh Jseow Suan (DAP) N32 Seri Setia - Nik Nazmi Bik Ahmad P105 Petaling Jaya Selatan - Hee Loy Sian (PKR) N33 Taman Medan - Haniza Mohamad Talha (PKR) N34 Bukit Gasing - Rajiv a/l Rishyakaran P106 Petaling Jaya Utara - Tony Pua Kiam Wee (DAP) N35 Kampung Tunku - Lau Weng San (DAP) N36 Damansara Utara - Yeo bee Yin (DAP) P107 Subang - Sivarasa a/l K.Rasiah (PKR) N37 Bukit Lanjan - Elizebeth Wong (PKR) N38 Paya Jaras - Mohd Khairuddin Othman (PAS) P108 Shah Alam - Khalid Samad (PAS) N40 Kota Anggerik - Dr Yaakob Sapari (PKR) N41 Batu Tiga - Rodziah Ismail (PKR) P109 Kapar - G.Manivannan a/l Gowindasamy (PKR) N42 Meru - Dr Abd Rani Osman (PAS) N43 Sementa - Dr Daroyah Alwi (PKR) N44 Sungai Pinang - Teng Chang Khim (DAP) N45 Selat Kelang - Halimah Ali (PAS) P110 Klang - Charles Anthony Santiago (DAP) N46 Pelabuhan Klang - Tan Sri Khalid Ibrahim (PKR) N47 Pandamaran - Tan Pok Shyong (DAP) N48 Kota Alam Shah - V. Ganabatirau (DAP) P111 Kota Raja - Siti Mariah Mahmud (PAS) N49 Seri Andalas - Dr. Xavier Jayakumar (PKR) N50 Seri Muda - shuhaimi Shafiei (PKR) P112 Kuala Langat - Abdullah Sani Abdul Hamid (PKR) N51 Sijangkang - Ahmad Yunus Hairi (PAS) N52 Teluk Datuk - Loh Chen Heng (DAP) N53 Morib - Hasnul Baharuddin (PAS) P113 Sepang - Muhamed Hanipa Maidin (PAS) N54 Tanjong Sepat - Mohd Haslin Hassan (PAS) N55 Dengkil - Borhan Aman Shah (PKR) N56 Sungai Pelek - Lai Ngok Lan (DAP) Harakahdaily/- |
BN Negeri Sembilan umum calon baru Dun Johol Posted: 19 Apr 2013 12:06 AM PDT 8 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - SEREMBAN - Ahli perniagaan Abu Samah Mahat diumumkan sebagai calon baru Barisan Nasional (BN) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johol, menggantikan calon sebelum ini Fadzil Abu Kassim yang menarik diri. Pengumuman dibuat Pengerusi BN Negeri Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini yang turut menyerahkan watikah calon kepada Abu Samah, 61, pada kira-kira 10.30 pagi ini di kediaman rasmi Menteri Besar. Selasa lepas, Mohamad semasa mengumumkan senarai calon BN yang akan bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) di Negeri Sembilan menamakan Fadzil sebagai calon BN bagi DUN Johol. "Fadzil telah hubungi saya...beliau menyatakan hasrat untuk tarik diri dalam PRU13. Ini satu contoh keperibadian baik dan semangat untuk lihat supaya parti didahulukan," kata Mohamad. Susulan daripada itu, Menteri Besar berkata beliau telah menerima hasrat Fadzil dan menghubungi Ketua Umno Bahagian Kuala Pilah Datuk Ismail Lasim untuk memberikan senarai nama calon lain untuk dibawa ke peringkat pucuk pimpinan parti. Senarai nama itu telah dikemukakan kepada Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak yang kemudian memutuskan Abu Samah sebagai calon pengganti di DUN Johol yang berada di bawah Parlimen Kuala Pilah, katanya. Mengulas mengenai calon pengganti itu, Mohamad berkata Abu Samah yang juga pesara kerajaan bukanlah orang baru dalam arena politik dan amat dikenali serta diterima ramai terutama dalam kawasan Johol. "Pilihan itu amat tepat dan saya yakin pencalonan beliau (Abu Samah) tidak akan mendapat apa-apa tentangan daripada penduduk setempat," katanya. - Bernama |
Pembubaran parlimen tidak sah, dakwa bekas pegawai kanan polis Posted: 19 Apr 2013 12:02 AM PDT 8 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mempunyai kuasa untuk menasihatkan Yang Di-Pertuan Agong bagi membubarkan parlimen PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mempunyai kuasa untuk menasihatkan Yang Di-Pertuan Agong bagi membubarkan parlimen. Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim berkata, sepatutnya parlimen terbubar sendiri pada 28 April ini. Beliau berkata, berikutan itu penamaan calon yang dijadualkan esok dan mengundi pada 5.Mei hendaklah ditunda kepada satu tarikh lain dalam tempoh 60 hari selepas 28 April. Beliau mendakwa, Najib tidak mempunyai kuasa untuk melaksanakan jawatannya sebagai Perdana Menteri. Dalam bulan November 2011 beliau telah membawa kepengetahuan Ketua Polis Negara dan Menteri Dalam Negeri secara bertulis berkaitan pembikinan afidavit palsu oleh Najib yang sekali gus mencetuskan persoalan kesahihan upacara majlis angkat sumpah jawatan beliau sebagai Perdana Menteri ke-6, pada 3 April 2009. Mat Zain berkata, beliau telah mengemukakan beberapa lagi surat terbuka berkaitan persoalan kesahan majlis angkat sumpahyang turut disalinkan kepada Najib, Ketua Setiausaha Negara, Peguam Negara, Pengerusi SPR dan lain-lain pihak berkuasa. `Afidavit palsu' "Perkara Najib mengangkat sumpah tidak mengikut sepertimana peruntukan Perlembagaan dan perkara beliau mengikrarkan afidavit yang boleh dibuktikan sebagai palsu, bukan lagi perkara rahsia, bahkan telah diketahui umum dan pihak berkuasa sejak November 2011. "Sepatutnya Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah membawa maklumat perkara pembikinan affidavit palsu oleh PM ini kepada kabinet dan merujukkan perkara kesahan angkat sumpah PM ke-6 kepada Mahkamah Persekutuan sejak akhir 2011 lagi," katanya dalam surat terbuka kepada Pengerusi SPR, Tan Sri Aziz Mohd Yusof. Mat Zain berkata demikian dipercayai mengulas keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) Pertubuhan (ROS) tidak mengiktiraf jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) DAP. Beliau mempersoalkan jika pengaduan berkaitan pemilihan parti DAP yang dibuat kepada ROS dan Menteri Dalam Negeri, berkaitan perkara yang berlaku dalam bulan Disember 2012, boleh diberi keputusan kelmarin, mengapa pula persoalan perkara yang lebih penting mengenai Perdana Menteri dan negara, yang dikemukakan pada bulan November 2011 kepada KPN dan Menteri Dalam Negeri, tidak mereka hiraukan. "Bukankah Hishammuddin ,Menteri Dalam Negeri yang mengawal ROS dan Polis ketika pengaduan dibuat adalah orang yang sama?" tanyanya.. Patut bawa ke kabinet Sepatutnya Hishammuddin telah membawa maklumat perkara pembikinan afidavit palsu oleh Perdana Menteri ini kepada kabinet dan merujukkan perkara kesahihan angkat sumpah PM ke-6 kepada Mahkamah Persekutuan sejak akhir 2011 lagi. Rakyat berhak untuk mendesak kerajaan supaya menunjukkan sikap bertanggung jawab untuk menjelaskan kepada rakyat secara terbuka hasil penyiasatan, khasnya mengenai persoalan kesahihan Najib melaksanakan fungsi jawatan Perdana Menteri Malaysia ke-6, berdasarkan aduan yang telah dikemukakan kepada kerajaan itu. Menurut Mat Zain lagi, bagi Pengerusi SPR pula, sekiranya beliau mampu memberikan respon serta merta mengenai surat ROS kepada DAP itu, maka beliau seharusnya mampu menjawab persoalan bertulis yang diemail kepada beliau pada 15 April lalu mengenai sama ada PM patut menggunakan nama Mohd.Najib sepertimana terdapat dalam daftar pemilih ataupun Najib sahaja, seperti yang PM ikrarkan dalam afidavit beliau, ketika mengisi borang penamaan calon. "SPR perlu merujuk perkara ini dahulu kepada mahkamah yang telah menerima dan membuat sesuatu keptutusan kehakiman berkaitan dengan affidavit yang dikrarkan oleh PM itu," katanya.. Ataupun, SPR menolak borang pencalonan Najib bersandarkan butir peribadi beliau yang mengelirukan atau lain-lain jawapan yang munasabah, kata Mat Zain. FMT/- |
2 maut kemalangan Lebuhraya Utara-Selatan pagi ini Posted: 19 Apr 2013 12:01 AM PDT 8 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - SEREMBAN - Dua maut apabila kereta yang mereka naiki dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke lorong kanan dan kemudiannya dirempuh sebuah kenderaan berat dari arah belakang, di kilometer 245.2, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara dekat sini, pagi ini. Pemandu kereta Ahmad Zamakhsyari Sapawi, 39, dan penumpangnya Lt Kol (B) Datuk Che Yang Samsudin, 54, meninggal dunia di tempat kejadian pada kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu "Kedua-dua mangsa tercampak keluar dari kenderaan dan jatuh atas jalan, di lorong kanan, sebelum dipercayai dirempuh beberapa lagi kenderaan menyebabkan kepala mereka hancur," kata jurucakap polis. Beliau berkata siasatan awal mendapati impak kemalangan itu mengakibatkan enjin tercabut dan kereta mangsa terbakar sepenuhnya. Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau bergegas ke tempat kejadian untuk memadam kebakaran dan menyelamatkan mangsa. Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar di sini untuk bedah siasat. Saksi kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban Insp Mohd Hafidzal Zainal Abidin di talian 06-6033394. - Bernama |
Sambutan Hari Keputeraan Sultan Perak Ke-85 disambut sederhana Posted: 18 Apr 2013 11:48 PM PDT 8 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - KUALA KANGSAR: Sambutan Hari Keputeraan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah Ke-85 hari ini disambut sederhana. Sambutan dimulakan dengan Majlis Santapan Diraja di Istana Iskandariah di sini pagi tadi dengan dihadiri pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah dan Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim, bersama kerabat diraja dan orang kenamaan. Ia disusuli dengan majlis bacaan yasin dan tahlil di Masjid Ubudiah sebelum solat Jumaat. Terdahulu, pada Majlis Santapan, Raja Nazrin menyampaikan salam Sultan Azlan dan terima kasih kepada rakyat atas ucapan dan doa untuk kesihatan baginda. Raja Nazrin bertitah, walaupun Sultan Azlan kini dalam keadaan perlu beristirehat baginda tetap mengambil berat situasi semasa termasuk perkembangan politik dan pilihan raya umum pada 5 Mei ini. Malah, baginda berpesan supaya parti politik dapat mengamalkan sikap tanggungjawab tinggi semasa berkempen. Berita Harian/- |
Veteran UMNO, Aishah Ghani meninggal dunia Posted: 18 Apr 2013 11:46 PM PDT 8 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Veteran UMNO, Tan Sri Aishah Ghani, 90, meninggal dunia di Hospital Gleneages di sini pada jam 12.50 tengah hari ini kerana sakit tua, demikian menurut cucunya, Ahmad Arif Astaman. - BERNAMA |
Calon BN Dun Seri Setia tarik diri, diganti Halim Samad Posted: 18 Apr 2013 11:44 PM PDT 8 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - SHAH ALAM - Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Seri Setia, Datuk Dr. Tengku Rethwan Tengku Mansor dilaporkan telah menarik diri daripada bertanding Pilihan Raya Umum ke-13. Tengku Rethwan diumumkan sebagai calon bn Selasa lalu.Beliau akan digantikan oleh Abdul Halim Samad. Sinar/- |
Rumah calon PAS disimbah cat merah di Sabah Posted: 18 Apr 2013 11:43 PM PDT 8 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - Menurut Fatmawaty, batu yang dilempar di tingkap tingkat bawah itu dibalut dengan secebis kertas bertulis: "Tarik diri atau!!!" Katanya, ketika kejadian beliau sedang tidur di tingkap atas sebelum dikejutkan saudara perempuannya yang mendengar sesuatu di luar. "Bila kami keluar kamu nampak cat. Masih basah. Kami tidak nampak orang di sekeliling," katanya ketika dihubungi. Kereta polis dan peronda tiba tidak lama selepas dimaklumkan berhubung perkara tersebut. Malaysiakini/- |
Pilihan rakyat Ghani atau Kit Siang Posted: 18 Apr 2013 09:37 PM PDT 8 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - SENGIT! Pertembungan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dengan Pengerusi BN Johor, Datuk Abdul Ghani pasti menjadi pertandingan tumpuan bukan sahaja di kalangan masyarakat malah menjadi isu nasional dan dunia pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). Kedudukan Gelang Patah menjadi bualan ramai apabila bekas Ahli Parlimen Ipoh Timur itu diumumkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku calon bagi kerusi Parlimen Gelang Patah pada sambutan Ulang tahun DAP ke-47 di kawasan lapang berhampiran Sutera Mall, Skudai, 18 Mac lalu. Keputusan Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat (PR) meletakkan Kit Siang jelas membuktikan DAP, PKR dan Pas begitu bersungguh-sungguh menawan Putrajaya. Meskipun pemilihan veteran DAP itu seakan sudah dijangka oleh semua ahli PR di Johor dan negara ini, namun ia merupakan perkara 'luar biasa' buat masyarakat setempat khususnya di Gelang Patah. Bagi penyokong tegar PR pula, mereka sudah tentu menyokong calon yang ditonjolkan pucuk pimpinan malah yakin mampu memperoleh kemenangan berdasarkan ketokohan Kit Siang selepas 47 tahun berkecimpung dalam politik. Melihat kepada percaturan dibuat oleh Majlis Pimpinan Tertinggi PR, Barisan Nasional (BN) juga tidak mahu ketinggalan meletakkan calon yang kuat untuk berdepan dengan bapa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guang Eng itu. Tatkala jentera BN bagi kawasan Parlimen Gelang Patah berkeyakinan Ketua MCA Bahagian Gelang Patah, Jason Teoh Siew Hock bakal dipilih oleh pucuk pimpinan, secara tiba-tiba nama Abdul Ghani 'naik' sebagai calon. Nama bekas Adun Serom itu diumumkan selaku calon BN bagi Parlimen Gelang Patah pada Majlis Pengumuman Calon BN Negeri Johor di Hotel M Suites, di sini kelmarin. Malah beliau (Abdul Ghani) sendiri menerima keputusan pucuk pimpinan yang meletakkan dirinya bagi kerusi berkenaan dengan hati terbuka malah mengakui sudah bersiap sedia memikul cabaran baru untuk berdepan Kit Siang. Bagaimanapun, keputusan pucuk pimpinan meletakkan Abdul Ghani ternyata menimbulkan kekecewaan kepada penyokong tegar Jason Teoh yang amat berharap calon 'favourite' mereka dipilih pada PRU13. Sebelum Menteri Besar Johor itu diumumkan selaku calon Parlimen Gelang Patah sekali pun, golongan berkenaan yang menggelar kumpulan mereka sebagai Jawatankuasa Gerak Kerja Penyokong Teoh Siew Hock sudah berhimpun, pada 14 April lalu. Kumpulan ini secara sebulat suara bersedia untuk memberhentikan gerak kerja jentera MCA bagi kerusi berkenaan sekali gus membubarkan jawatankuasa itu serta merta. Selain itu, kumpulan yang terdiri lebih 600 ahli itu juga melaungkan persetujuan dan sokongan tidak berbelah bagi sekiranya Jason Teoh bertanding atas tiket Bebas pada PRU13. Berdasarkan kepada situasi berkenaan, boleh jadi Abdul Ghani sudah hilang undi daripada kumpulan berkenaan yang hanya mahu melihat anak tempatan (merujuk kepada Jason Teoh) bertanding kerusi Parlimen Gelang Patah. Rata-rata kumpulan berkenaan terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan kaum; latar belakang; berbagai pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) dan penduduk setempat. Sekiranya ia benar berlaku, sudah tentu Pengerusi BN Johor ini tidak berdepan laluan mudah untuk menentang Kit Siang pada PRU13 meskipun memiliki kredibiliti selaku Menteri Besar selama empat penggal. Kini timbul pula persoalan kerusi Parlimen Gelang Patah bakal menjadi 'kubur' buat Kit Siang seperti dilaungkan oleh ahli BN atau 'kubur' kepada Abdul Ghani yang akhirnya mencalarkan karier politik kedua-dua pemimpin ini. Walaupun Kit Siang enggan mengulas lanjut mengenai perletakan calon bagi kerusi berkenaan oleh pucuk pimpinan BN, namun ia pasti memberikan 'satu senyuman' buat pemimpin DAP itu. Diawal kehadiran pemimpin 'otai' itu ke negeri ini, Kit Siang mengandaikan menerima sokongan lebih 60 peratus pengundi Cina buatnya, namun ada yang melaporkan kedudukannya tergugat sebaik Abdul Ghani dicalonkan. Dikatakan hanya 30 peratus pengundi Cina menyebelahi orang kuat DAP itu. Benarkah? Pengundi di situ, dikhabarkan beralih arah dan menyokong Abdul Ghani yang disifatkan senior dan 'orang lama' di Johor. Namun kekecohan yang berlaku dalam BN, mengheret campur tangan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pantas meminta Jason Teoh memainkan peranannya kerana mengandaikan pemilihan Menteri Besar bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah tidak akan menjejaskan kempen BN di kawasan itu. Mengakui Jason Teoh seorang tokoh MCA yang baik dan mempunyai pengaruh besar di Gelang Patah berharap pertarungan kerusi 'panas' itu dapat dilihat pada konteks lebih luas malah memohon campur tangan Jason menenteramkan penyokong di kawasan berkenaan dan menghormati pucuk pimpinan. Persoalannya, sejauh mana keterbukaan dan penerimaan penyokong-penyokong Jason Teoh terhadap nasihat Muhyiddin yang mahu mereka bersikap lebih 'tenang' seterusnya memberi sokongan kepada Abdul Ghani? Undi adalah rahsia! Jadi ke manakah undi mereka selepas ini berikutan pemimpin disayangi mereka tidak dicalonkan meskipun sudah berbelas tahun memperjuangkan nasib rakyat Gelang Patah? Meskipun Jason sudah membuat kenyataan media bahawa akan akur dan terima sebarang keputusan pucuk pimpinan sama ada tercalon atau tidak, penyokongnya belum tentu akan bersikap reda dengan pemilihan pucuk pimpinan. Mahu tak mahu, pucuk pimpinan BN di peringkat pusat dan negeri sendiri perlu bersama Jason untuk menenangkan suasana agar Abdul Ghani tidak menerima impak negatif pada 5 Mei ini. Segeralah bertindak dan 'mengubati luka' penyokong-penyokong Jason khususnya masyarakat Cina yang sejak dahulu lagi bersama MCA Bahagian Gelang Patah. Mengikut rekod, Parlimen Gelang Patah memiliki 106,864 pengundi terdiri daripada 34.2 peratus Melayu; 52.4 peratus Cina dan 12.5 peratus India dan 0.8 peratus lain-lain. Sinar/- |
Pakatan janji bina lima universiti baru Posted: 18 Apr 2013 09:35 PM PDT 8 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - KUALA KURAU - Pakatan Rakyat (PR) berjanji akan membina lima universiti berasaskan teknikal di negara ini jika berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa berkata, janji itu sebenarnya antara isi kandungan yang ditekankan dalam manifesto PR dan penting demi pembangunan sosioekonomi golongan muda di negara ini. Menurutnya, pembinaan lima universiti tersebut dijangka mewujudkan lebih ramai tenaga mahir dalam pelbagai sektor industri, perkhidmatan dan produk kreatif, sekali gus memastikan lebih banyak pelabur luar datang melabur di negara ini. "Penghasilan lebih ramai tenaga mahir turut dijangka akan memastikan sasaran mewujudkan lebih satu juta peluang pekerjaan kepada rakyat dapat direalisasikan, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja warga asing. "Pada masa sama, ia juga membantu kerajaan PR memastikan perlaksanaan gaji minimum RM1,100 melibatkan semua sektor dapat direalisasikan, sekali gus memastikan taraf hidup rakyat negara ini meningkat," katanya ketika berucap di hadapan lebih 500 hadirin di Batu 14, kelmarin. Hadir sama, Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrol Hisham Shahrin dan Ketua PKR cabang Parit Buntar, Abdul Yunus Jamhari. Dr Mujahid turut menegaskan beliau akan mengedarkan kad laporan pencapaiannya sebagai wakil rakyat dan pemimpin PR selama lima tahun lalu kepada seluruh rakyat Parit Buntar selepas hari penamaan calon kelak. Jelasnya, kad laporan pencapaian beliau sebagai wakil rakyat setebal lapan muka surat bakal memfokuskan hasil kerja dan pencapaiannya dalam membela nasib rakyat serta mengharumkan nama Parit Buntar bukan sahaja di peringkat kawasan, malah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. "Edaran kad laporan ini bertujuan memberi peluang kepada rakyat Parit Buntar menilai sendiri mengenai sejauh mana keberkesanan saya dalam membela nasib mereka sepanjang lima tahun ini. "Selain itu, saya juga akan memuat turun klip video penerangan berdurasi lima minit mengenai pencapaian saya sebagai Ahli Parlimen Parit Buntar ke dalam laman sosial Youtube untuk tatapan seluruh penduduk," katanya. Beliau turut yakin segala kerja keras dan usaha turun padang dilakukan selama lima tahun sebelum ini membuka mata rakyat untuk kembali menyokong Pas dan PR, sekali gus membantu PR menawan Putrajaya kelak. Sinar/- |
Samseng Umno rosakkan bendera PAS Posted: 18 Apr 2013 09:34 PM PDT 8 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - (Berdera PAS bertaburan selepas dirosakkan oleh samseng) TELUK INTAN: Polis diminta mengambil tindakan tegas terhadap individu yang mencabut dan merosakkan bendera dan poster parti-parti yang bertanding dalam PRU13 ini dan tidak hanya bertindak kepada para penyokong Pakatan Rakyat. Dalam satu kejadian baru-baru ini, bendera-bendera PAS yang dipasang di Kampung Bahagia dekat sini telah dicabut dan dipatahkan sekumpulan remaja penyokong BN. Menurut Setiausaha PAS Cawangan Kampung Bahagia, Zaidi Basiran, kejadian tersebut telah disedari pada pagi hari setelah para petugas pilihan raya PAS memacakkan bendera-bendera tersebut di persimpangan Kampung Bahagia pada malam sebelumnya. Harakahdaily/- |
Saya tolak budaya video lucah - Wardina Posted: 18 Apr 2013 09:33 PM PDT 8 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Penyebaran video lucah mutakhir ini telah mengundang ketakutan di kalangan ibu bapa apabila ia sudah dilihat sebagai satu budaya yang boleh menjejaskan akhlak dan masa depan anak-anak. (Wardina menunjukkan isyarat tolak budaya kotor menyebarkan video lucah semalam) Ketakutan ini turut dirasai oleh Pengacara dan Personaliti TV Wardina Safiyyah Fadhullah yang merasakan masa depan anak-anaknya tidak lagi selamat sekiranya budaya lucah terus dihidangkan kepada mereka. Wardina yang ditemui selepas sidang media membantah penyebaran video lucah oleh parti lawan Pakatan Rakyat dalam media khasnya facebook dan youtube. "Saya takut keruntuhan akhlak yang semakin serius, saya banyak turun padang jumpa dengan NGO, jumpa dengan budak-budak yang bermasalah, kita banyak jumpa dengan orang seperti, jadi kita lihat mereka ini," katanya. Ekoran inilah katanya, peranan pemimpin teramat penting dalam menyekat perkara-perkara yang boleh mengundang kemaksiatan dan budaya penyebaran video lucah di kalangan generasi muda hari ini untuk kepentingan politik masing-masing. Wardina percaya semua rakyat mahukan seorang pemimpin yang berakhlak, bersih, amanah, jujur dan baik akhirnya melahirkan generasi yang baik dan bebas daripada budaya lucah seperti ini. "Baru-baru ini saya 'postkan' di Facebook saya mengatakan kita sudah mempunyai bangunan yang tinggi dalam masa yang sama kita perlukan pemimpin dan juga masyarakat berakhlak yang tinggi ini sangat diperlukan," katanya ketika ditemui dalam sidang media Ngo Wanita Membantah Penyebaran Video Lucah Menjelang PRU 13. Malah katanya, sebuah negara yang maju mempunyai masyarakat yang menyintai ilmu walaupun berbeza ideologi tetapi semua ada matlamat yang sama iaitu sayangkan Malaysia. "Kita mampu duduk semeja dengan pihak lawan menyatakan pandangan masing-masing iaitu saya tidak bersetuju dengan awak tetapi kita boleh jadi kawan. "Tetapi hari ini tidak boleh duduk semeja, bahkan caci mencaci, kutuk mengutuk, fitnah memfitnah, benci membenci...'very bad'!. "Saya tidak mahu anak-anak saya dibesarkan dalam masyarakat seperti ini(terdedah kepada video lucah), maka saya memperomosikan akhlak yang baik berkempen untuk berakhlak baik tidak kira di pihak mana," ujarnya. Wardina turut melahirkan harapan agar mana-mana pemimpin negara yang bakal mewarisi negara selepas ini bahawa Malaysia sedang berhadapan dengan masalah sosial yang sangat tenat. Dan agenda utama serta harapannya sebagai seorang ibu, Wardina meminta pemimpin ini benar-benar memberi tumpuan penuh dan ini sangat penting sebagai agenda utama bagi memperbaiki sosial dan akhlak rakyat. "Pembangunan kita sudah banyak dan berkembang malangnya pembangunan insan dan akhlak tidak selari dengan pembangunan negara. (Wardina bercakap dengan wartawan semalam) "Pembangunan negara tidak akan tercapai sekiranya pemimpin tidak ada keikhlasan, dan tiada cintakann kepada ilmu. Selagi mana kita suka dengan benda yang remeh temeh, hiburan yang lampau, fitnah memfitnah, kita tidak akan jadi masyarakat yang maju. "Wawasan 2020 tidak akan tercapai sekiranya mentaliti kita seperti ini. Kita ada macam-macam di Malaysia ini, cuma kita harapkan pemimpin yang beramanah," tambah beliau. Justeru, beliau percaya penyebaran budaya lucah di kalangan masyarakat hari ini bagi melekakan pemikiran masyarakat agar mereka melupakan agenda sebenar negara. "Masyarakat tumpukan kepada perkara-perkara yang tidak sepatutnya diambil kira seperti hari ini, semua pakat fokus kepada video lucah ini. "Siapa yang buat, siapa yang sebar, Saya tidak peduli, saya hendak jaga masa depan anak-anak saya. Anak-anak saya membesar dalam masyarakat apa? Saya seorang ibu dan mahukan anak-anak saya membesar di dalam negara ini dengan akhlak yang mulia," katanya. Harakahdaily/- |
ROS sedang bincang pengiktirafan CEC DAP Posted: 18 Apr 2013 09:31 PM PDT 8 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - Pendaftar Pertubuhan (ROS) sedang mengadakan perbincangan mengenai surat yang dihantarnya kepada DAP, memaklumkan bahawa ia tidak mengiktiraf jawatankuasa eksekutif (CEC) parti tersebut, kata Ketua Pengarahnya Abdul Rahman Othman. Beliau berkata, pihaknya akan mengambil tindakan yang diperlukan kemudian. Abdul Rahman menyatakan demikian dalam mesej SMS tanpa mengulas lanjut mengenai bentuk tindakan seterusnya. Dilaporkan DAP telah meminta ROS menarik balik surat bertarikh 17 April itu menjelang jam 3 petang hari ini. Surat itu dihantar ekoran dakwaan berlaku kesilapan teknikal dalam pemilihan parti tu tahun lepas. DAP menimbang untuk bertanding bawah tiket PAS di semenanjung dan PKR di Sabah dan Sarawak, jika ROS tidak menarik balik surat itu. Ini walaupun Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengesahkan bahawa DAP masih boleh untuk bertanding walaupun tanpa pengiktirafan ROS. Dalam perkembangan berkaitan, Pengerusi DAP, Karpal Singh memberitahu Malaysiakini bahawa parti itu tidak akan memfailkan permohonan untuk mencabar keputusan ROS itu, tetapi mereka sedang menunggu keputusan sama ada ia akan menarik balik surat itu hari ini. "Kami akan menunggu tempoh akhir yang ditetapkan sehingga jam 3 petang ini," katanya. Malaysiakini/- |
Kamalia kecewa, beri kata dua kepada Umno Posted: 18 Apr 2013 08:44 PM PDT 8 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - PUTRAJAYA: Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim terharu apabila calon PAS Putrajaya Datuk Husam Musa merupakan orang pertama yang menghubungi sebaik sahaja mengetahui beliau digugurkan dari senarai calon BN bagi PRU13 ini . Ketika Husam menelefonnya tengah hari semalam, Kamilia menyifatkan orang luar parti lebih prihatin terhadapnya berbanding orang Umno sendiri. Bagi Husam, pengguguran Kamilia merupakan satu kesilapan besar kerana banyak jasa dan pengorbanan yang telah disumbangkan kepada rakyat. "Keadaan ini seumpama tidak mempedulikan hal-hal wanita, kerana Datuk Kamilia merupakan seorang wanita yang sangat baik, berwibawa, dan berpengaruh," tambah beliau. Husam turut membayangkan Kamilia mungkin orang yang lebih layak bertanding dengan beliau di Putrajaya menggantikan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Kamilia adalah seorang peguam yang berjaya, yang juga Ketua Wanita Umno Bahagian Kuala Kangsar berkata. Menurut Kamilia beliau sebagai orang nombor dua dalam Pergerakan Wanita Umno dan BN sepatutnya diberikan peluang bertanding di Parlimen supaya dapat terlibat sebagai pembuat dasar dan keputusan politik. "Jika permintaan tidak diberi, wanita mempunyai pelbagai pilihan lain kerana perjuangan saya berpandukan negara, agama dan bangsa. Sekiranya pintu tidak dibuka kepada saya, saya akan perjuangkan di tempat lain. "Pintu ditutup, mungkin ada pintu lain sama ada saya akan pecahkan atau membuat sendiri. Saya mungkin pertimbangkan pilihan lain kerana perjuangan saya tidak perlu berakhir di tahap ini sahaja," kata Kamilia. Harakahdaily/- |
Penolakan terhadap calon Umno semakin menjadi-jadi Posted: 18 Apr 2013 08:28 PM PDT 8 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - Lebih 50 pengundi dari DUN Lenggeng membantah pencalonan Ketua Umno Bahagian Seremban, Datuk Ishak Ismail. LENGGENG: Penolakan terhadap calon Umno di Negeri Sembilan semakin menjadi-jadi sejak dua hari lepas. Jika kelmarin berlaku bantahan besar-besaran oleh ahli Umno di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johol dan DUN Palong, petang semalam berlangsung pula satu lagi bantahan di DUN Lenggeng. Lebih 50 pengundi dari DUN Lenggeng membantah pencalonan Ketua Umno Bahagian Seremban, Datuk Ishak Ismail yang akan bertanding di kerusi DUN Lenggeng pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini. Perkembangan terbaru ini agak mengejutkan kerana Ishak dianggap calon popular di DUN Lenggeng kerana beliau pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng selama tiga penggal berturut-turut bermula 1995, 1999 dan 2004 sebelum digugurkan pada tahun 2008 (PRU-12). Dikalangan orang-orang Umno, Ishak sering dikatakan sebagai seorang yang amat rapat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Maka pemilihan Ishak sebagai calon PRU Umno DUN Lenggeng memang sudah dijangka sejak dari awal lagi. Wakil Jawatankuasa Bertindak Badan Bukan Kerajaan DUN Lenggeng, Mohd Azhari Jasad berkata, mereka bukannya penentang Barisan Nasional (BN) dan Umno, malah penyokong tegar parti itu namun mereka kecewa dengan calon yang dipilih oleh pucuk pimpinan Umno. "Bagi kami calon yang dipilih ini bukan calon 'winnable candidate' kerana rakyat Lenggeng sendiri tahu bahawa dia pemimpin yang bermasalah. "Malah golongan muda juga menolak Ishak kerana faktor usia dan 'trade mark' sebagai calon 'kitar semula' yang sepatutnya tidak melepasi saringan kesihatan dan beberapa perkara lain. "Pemilihan Ishak akan mengundang kemarahan pengundi DUN Lenggeng yang dikhuatiri akan membawa kekalahan kepada BN," kata Mohd Azhari. Mohd Azahari berkata DUN Lenggeng adalah kubu kuat BN dan hidup mati masyarakat di situ adalah bersama BN. "BN sekarang ini berusaha kuat merampas DUN Ampangan dan DUN Sikamat daripada pembangkang, tapi jangan pula BN hilang DUN Lenggeng ibarat yang 'dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.' "Malah satu memorandum bantahan turut akan dihantar kepada Najib yang juga presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari esok (Jumaat)," katanya. Calon bebas Sementara itu turut serta menyatakan bantahan adalah Pemuda BN DUN Lenggeng yang turut memberi amaran bahawa calon bebas akan ditampilkan jika BN terus memilih Ishak sebagai calon. Ketua Pemuda BN DUN Lenggeng, Zool Amali Hussin berkata beliau akan mengambil tindakan keluar parti dan akan menampilkan seorang calon bebas jika Ishak tidak diganti dengan calon baru. "Kita sudah ada calon bebas dan akan perkenalkan semasa penamaan calon nanti iaitu orang lama dan orang kuat Umno dan lebih baik daripada Datuk Ishak, jika suara kami tidak dilayan. 'Ini suara akar umbi. Kami pun bukan suka-suka buat bantahan tetapi kami mahu suara kami didengar oleh pucuk pimpinan parti kerana tidak sewajarnya Ishak dipilih sebagai calon Lenggeng," kata Zool Amali. Kandungan memorandum tersebut menghuraikan apakah punca yang akan menyebabkan kekalahan BN di DUN Lenggeng jika Ishak terus dipilih iaitu faktor undi protes yang akan memberi undi kepada calon bebas, undi rosak serta penyokong Umno dan BN tidak mahu keluar mengundi. Peserta bantahan mempamerkan pelbagai sepanduk seperti 'Inikah Winnable Candidate untuk DUN Lenggeng? Yang Dipilih oleh PM', 'Kami pengundi Lenggeng membantah sekeras-kerasnya', 'Dia bukan calon boleh menang', 'Dia calon yang akan pecah belahkan undi Umno di sini' dan slogan yang paling menarik perhatian ialah 'DAHJIB – DUN Lenggeng akan hancur jika Ishak Ismail Bertanding'. FMT/- |
Posted: 18 Apr 2013 08:25 PM PDT 8 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - BANDAR TUN RAZAK – Seramai 20 ahli Pas membuat laporan polis selepas bendera parti itu di sekitar Bandar Tun Razak, Keratong 3 dan Keratong 5, dipatahkan dan diconteng dengan pelbagai lakaran menggunakan cat hitam. Setiausaha Pas Kawasan Rompin, Ramli Awang Ahmad berkata, kejadian awal pagi semalam itu dipercayai dilakukan pihak yang terdesak kerana sanggup menggunakan politik kotor menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Menurutnya, Pas terpaksa membuat laporan polis setelah mendapati 10 bendera parti itu yang dipasang di sekitar bandar ini dan Felda Keratong 3 diconteng dengan pelbagai lakaran tidak sepatutnya. "Perbuatan ini dipercayai bermotifkan politik kerana pihak berkenaan sanggup melakukan perbuatan tidak sepatutnya yang jelas mencemarkan proses demokrasi di negara ini," katanya. Ramli berkata, lebih mendukacitakan apabila bendera parti itu yang dipasang di simpang masuk Bandar Tun Razak, diconteng dengan lakaran yang boleh menimbulkan tanggapan negatif sekali gus mengganggu sensitiviti masyarakat Islam. Menurutnya, perbuatan itu kali kedua berlaku selepas pihak berkenaan menggantung botol arak pada tali bendera parti itu sebelum pembubaran Parlimen lalu. "Kami tidak tahu apakah motif sebenar gambar itu diconteng. Apatah lagi lukisan itu menggambarkan bentuk haiwan yang boleh menimbulkan kemarahan masyarakat khususnya umat Islam. "Sebelum ini, kita tidak membuat laporan polis. Tetapi apabila kita biarkan, ia semakin menjadi-jadi seperti mahu mencabar kami dengan tindakan tersebut," katanya. Dalam pada itu, Ramli berkata, sebanyak 13 bendera Pas turut dipatahkan dan dibiarkan berselerak di Felda Keratong 5 hingga mengecewakan ahli serta penduduk setempat. "Perbuatan ini dianggap biadab dan tidak menggambarkan politik bersih. Kita mahu polis jalankan siasatan dan ambil tindakan terhadap pihak terbabit," katanya. Sementara itu, jurucakap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang ketika dihubungi Sinar Harian, enggan mengulas lanjut dan akan memaklumkan perkara tersebut hari ini. Sinar/- |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2013 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan