Khamis, 18 April 2013

Dr Siti Mariah Mahmud

Dr Siti Mariah Mahmud


Wanita kesal. .demi kuasa sanggup guna video sex

Posted: 18 Apr 2013 01:12 AM PDT

Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (Salimah) mengutuk sekeras-kerasnya politik lucah seperti yang sedang menggejala dewasa ini. 

Yang Dipertuanya, Datin Aminah Zakaria berkata, video lucah yang didakwa melibatkan pemimpin politik adalah paling menjijikkan diguna oleh mereka yang menjadi tentera upahan kepada pihak yang mahu terus berkuasa.

"Ini adalah perkembangan  budaya politik yang sangat buruk yang akan mengundang mala petaka sosial yang tidak akan boleh dipulih jika tidak dibanteras,” ujarnya dalam satu kenyataan.Justeru, jelas beliau Salimah amat kesal sejak 1998 strategik politik fitnah dengan mengguna tuduhan salah laku seks dan menghasilkan video seks yang diubahsuai untuk menjatuhkan maruah seorang musuh politik sudah membawa politik negara ke tahap yang paling hina.

Katanya, kecuaian pihak berkuasa untuk bertindak tegas bagi mencegah gejala ini telah menyebabkan pihak yang mengguna konspirasi jahat ini berleluasa.

“Salimah menegaskan hanya dengan penguatkuasaan hukum jenayah Qazaf sahaja, gejala ini dapat dibanteras.“

Kami mendapati sikap tidak bersungguh pihak berkuasa malah menyekat pihak yang dituduh untuk mendakwa mereka yang terlibat dengan tuduhan zina melalui undang-undang syariat adalah antara punca yang menyebabkan gejala ini berterusan,” katanya.

Tambahnya, Salimah mengingatkan mereka yang bersekongkol dengan jenayah itu akan menerima balasan yang berat di akhirat nanti dan menggesa mereka segera bertaubat.

"Walaupun kami tahu ingatan dan nasihat ugama seperti ini mungkin tidak dihirau oleh mereka, namun menjadi tanggungjawab kami untuk menyampaikan amaran Allah S.W.T kepada siapa sahaja yang tersasar jauh dari perintah agama,” ujarnya.

Salimah, ujarnya lagi mendesak supaya undang-undang Qazaf segera dikuatkuasakan untuk menjernihkan masyarakat dari perbuatan terkutuk dalam budaya politik negara ini.

Sebagai kaum wanita, tambah beliau Salimah tidak akan berkompromi dengan siapa sahaja yang berusaha mengotorkan minda dan jiwa masyarakat dengan budaya lucah seperti mengedar video seks kepada orang ramai.

"Para ulama perlu bersatu menyuarakan bantahan dan bertindak mengingatkan masyarakat betapa gejala ini jika tidak dibendung akan mengundang musibah dari Allah S.WT. yang akan melibatkan semua lapisan masyarakat,” ujarnya.

Tiada ulasan:

Nuffnang