:: cina islam | 2011 :: |
- Kamilia tolak tawaran tanding Dun Bukit Chandan, kata Najib
- DAP timbang guna PAS di Semenanjung, PKR di Sabah Sarawak
- Ustaz yang dipilih calon BN serah semula watikah
- Teka-teki siapa akan naik jadi MB
- Terima Kasih , Cina Islam capai 17 Juta Klik.
- Calon Umno-BN: Kamilia Ibrahim kecewa
- Pengerusi SPR kata DAP masih boleh bertanding
- ROS tak iktiraf barisan CEC DAP
- Calon Pas Dun Tanjung Batu buat laporan rumah disimbah cat
- ‘Khalid menang mudah ke atas Zulkifli Noordin’
- Banyak bilik gerakan Umno tutup di P. Pinang
- Mahathir ke London, Kak Ros umum calon?
- Kek gulung paling panjang di dunia dibuat di Jepun
- Calon pemuda Kelantan bertambah 100 peratus
- Diperdaya ‘inspektor' polis
- Calon PAS setuju dialog hala tuju Kampung Baru
- Letupan kuat di kilang baja, ratusan dikhuatiri cedera
- ROS tidak iktiraf barisan kepimpinan DAP
- Tukang gunting rambut cuci mata pelanggan
- Saiznya cukup untuk telan kami'
- Jangan ingat wanita tiada perasaan - Kamilia Ibrahim
- Imam Masjid Nabawi kunjungi Malaysia mulai esok
- Tolak mereka yang guna video lucah - NGO wanita
- Musma bantah paksa pelajar tengok Tanda Putera
- PAS dominasi kerusi Kedah, 4 Exco gugur
Kamilia tolak tawaran tanding Dun Bukit Chandan, kata Najib Posted: 18 Apr 2013 07:02 AM PDT 7 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkata Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim telah menolak tawaran menjadi calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak kawasan Bukit Chandan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13). Sehubungan itu, kata Perdana Menteri tidak timbul sama sekali soal beliau tidak diberi tempat dalam PRU13 atau tidak dihargai oleh BN. Beliau menjelaskan tawaran kepada Kamilia adalah termasuk jawatan Exco, jika BN menubuhkan kerajaan, tetapi beliau turut menolaknya. "Itu merupakan keputusan yang beliau telah buat dan tidak ada timbul sama sekali Naib Ketua Wanita (Umno) tidak diberi tempat atau tidak dihargai oleh BN. Beliau hendak (bertanding kerusi) Parlimen tetapi kita fikir, lebih sesuai Datuk Kamilia bertanding DUN dan (menjadi) Exco. "Lagipun, mendiang Tun Lim Keng Yaik dulu sewaktu jadi presiden parti Gerakan, telah menerima jawatan Exco kerajaan negeri. Jadi, tidaklah merupakan jawatan tak penting sebenarnya sebagai Exco kerajaan negeri. "Kalau diterima tawaran itu, Datuk Kamilia boleh memainkan peranan bukan sahaja dalam negeri tetapi juga dalam konteks negara," katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan dan pelancaran Jaringan Untuk Wanita Ibu Tunggal Malaysia (JUWITA)-Wanita BN di sini, hari ini. Beliau diminta mengulas laporan sebuah akhbar yang menyatakan Kamilia mendakwa tindakan BN tidak meletakkan pemimpin tertinggi Wanita Umno dan BN sebagai calon dalam PRU13 mengecewakan dan dianggap penghinaan kepada wanita. Naib Ketua Wanita Umno itu berkata ia menunjukkan BN tidak memberi pengiktirafan sewajarnya kepada pemimpin wanita yang berada dalam hierarki tertinggi organisasi wanita untuk bersama-sama saf kepimpinan parti bertanding pada PRU13. Najib yang juga Pengerusi BN berkata dalam barisan calon wanita, terdapat peningkatan permintaan untuk bertanding di peringkat Parlimen pada pilihan raya umum kali ini berbanding pilihan raya umum lepas. Mengenai mereka yang tidak dicalonkan, Najib berkata mereka tenang tetapi bukan mudah untuk memberi kepuasan kepada semua pihak. Jika tidak ada di antara mereka yang mahu memberi laluan, katanya tidak akan ada perubahan. "Oleh itu, pada mereka yang rasa sedikit kekecewaan, saya harap tidak memendam perasaan dan fikirlah tentang masa depan parti. "Pilihan raya ini, kita memerlukan kesetiaan dan sokongan daripada setiap anggota parti dan yang paling penting, kita nak tubuh kerajaan, bila tubuh kerajaan, kita boleh bantu mereka dengan banyak cara, tetapi kalau kita tak ada kuasa, kita tak boleh bantu," katanya. Mengenai pihak yang meminta BN mempertimbangkan semula calon-calon yang disenaraikan, Najib berkata: "Kita tidak boleh memberi kepuasan kepada semua pihak. "Dalam saat-saat akhir kalau kita ubah, boleh timbul masalah lain, tetapi kita cuba tangani dengan cara lain. Itu tengok pada keadaan, tetapi kita anggap itu barisan yang dapat diterima oleh rakyat," jelasnya. - Bernama | ||
DAP timbang guna PAS di Semenanjung, PKR di Sabah Sarawak Posted: 18 Apr 2013 07:00 AM PDT 7 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - (Pemimpin PAS dan PKR bersama dalam sidang media DAP petang ini) KUALA LUMPUR: DAP hari ini mendakwa, Pendaftar Pertubuhan (ROS) bertujuan menyusahkan parti itu apabila memutuskan barisan kepimpinannya tidak sah 48 jam sebelum hari penamaan calon. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam sidang medianya berkata, surat yang diberikan kepada beliau dan Setiausaha Organisasi Kebangsaan, Anthony Loke pada tarikh yang sama juga berbeza. Dalam surat kepada Guan Eng, ROS menyatakan wujud pertikaian berhubung pemegang jawatan dalam parti itu namun surat kepada Anthony menyatakan siasatan dakwaan itu ditangguhkan ke tarikh 9 Mei. Guan Eng mempertikai tindakan ROS yang mengeluarkan surat tersebut sebelum siasatan selesai dilakukan. Guan Eng berkata demikian dalam sidang mediannya hari ini selepas menerima surat dari ROS petang semalam. Turut serta dalam sidang media ini adalah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution Ismail. "Tujuan utama mereka tak iktiraf pimpinan DAP kerana nak nafikan hak kami untuk bertanding menggunakan lambang sendiri," kata Guan Eng. Sehubungan itu, DAP akan bermesyuarat malam ini untuk menimbangkan keputusan menggunakan lambang PAS di Semenanjung Malaysia dan lambang PKR di Sabah dan Sarawak. PAS PKR SEDIA BENAR Sementara itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang turut berada dalam sidang media sama menyatakan kesediaan untuk membenarkan DAP menggunakan lambang PAS. "Perkara ini telah dibincangkan beberapa minggu sebelum ini dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang tak ada masalah dengan perkara ini, " katanya. Nada yang sama turut disuarakan Setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution yang menyifatkan tindakan ROS itu sebagai cara untuk meletakkan DAP dalam kesukaran. "48 jam sebelum penamaan calon, sepatutnya kami tidak berada dalam sidang media ini. Kami harus membuat persiapan terakhir untuk penamaan calon tapi kerana tindakan ROS, kami terpaksa buat mesyuarat tergempar. "Atas semangat kekitaan, PKR bersedia memberi laluan kepada DAP di Sabah dan Sarawak untuk guna lambang PKR," katanya. Harakahdaily/- | ||
Ustaz yang dipilih calon BN serah semula watikah Posted: 18 Apr 2013 03:51 AM PDT 7 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan mengesahkan, calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johol, Mohd Fadzil Abu Kasim, 48, (gambar)menyerahkan kembali watikah yang diberikan kepadanya. Mohamad Hasan berkata, Mohd Fadzil menemuinya pagi ini, untuk mengembalikan watikah pelantikan itu. Menurut laporan Berita Harian, keputusan untuk menyerahkan watikah itu dibuat selepas ada bantahan terhadap pemilihannya sebagai calon. "Memang ada bantahan berhubung perlantikan saya sebagai calon DUN Johol. Sebab itu saya tarik diri," katanya ketika dihubungi di sini, lapor akhbar pro BN itu. Mohd Fadzil adalah bekas pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan belajar di Akademi Islam Universiti Malaya sebelum ini. Menurut Mohamad Hasan, beliau telah menasihatkan calon berkenaan berfikir semula dari segenap sudut sebelum membuat sebarang keputusan muktamad. "Calon itu datang berbincang dengan saya mengenai perkara ini, pagi tadi dan saya harap keputusan yang dibuatnya tidak dipaksa mana-mana pihak. "Jika keputusannya masih sama, iaitu mahu menarik diri, saya akan berunding dengan bahagian berkenaan untuk mencari calon baru," katanya kepada media selepas majlis menandatangani borang penamaan calon di kediaman rasmi Menteri Besar di sini, hari ini. Harakahdaily/- | ||
Teka-teki siapa akan naik jadi MB Posted: 18 Apr 2013 03:49 AM PDT 7 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - Tok nujum Makin dekat hari mengundi, makin sibuk tok nujum politik menjawab teka-teki. Beberapa hari lepas, mereka sibuk menelek bakal calon. Sekarang calon sudah tahu,, sibuk pula siapa yang akan jadi menteri, menteri besar atau ketua menteri. Ramalan tok nujum sangat penting bagi kaki lobi. Inilah masa menabur budi dan menonjolkan body. Kalau ramalan menjadi, nanti boleh tuntut janji. Kalau janji tidak ditepati, itu alasan lompat parti. Kalau dulu, lompat parti orang caci, sekarang tidak lagi. Orang lompat parti sahamnya tinggi. Apa lagi yang mengaku ada rahsia lawan berpeti-peti. Makin banyak peti, saham makin tinggi. Untung nasib, boleh jadi menteri. Mukhriz dibantah? Balik kita kepada teka-teki tok nujum, siapa yang akan naik jadi menteri besar di Kedah, Perlis, Johor dan Selangor? Siapa pula yang akan ganti Ali Rustam di Melaka? Kedah, siapa lagi kalau bukan Mukhriz Mahathir. Walaupun khabarnya ada bantahan, rasanya bantahan takkan ke mana. Lambat laun akan senyap juga. Apabila yang dibantah naik berkuasa, siapa berani bersuara? Chu atau Azlan? Di Perlis, persaingan lebih terbuka. Antara Chu (Ismail Kassim), adik Shahidan dengan Azlan Mat, tok nujum pun bergeleng kepala untuk teka siapa ganti Md Isa. Shahidan seperti sudah ada 'deal' untuk tinggal kerusi Dun beri laluan adiknya bertanding di Tambun Tulang. Azlan pula, bekas pegawai tinggi di Putrajaya, seperti ada misi khas untuk balik bertanding pilihan raya. Masing-masing ada kelebihan dan bagi tok nujum, peluang kedua-duanya sama rata. Gentleman Ghani Di Johor, hal siapa yang akan naik jadi menteri besar bukan lagi isu panas sebaik Khaled Nordin diumum bertanding kerusi negeri. Yang lebih panas adalah sama ada Ghani Othman yang sanggup bakar jambatan untuk cabar Lim Kit Siang, boleh tumpaskan veteran DAP itu di Gelang Patah. Tidak ramai orang politik yang berjiwa besar seperti Ghani. Sesiapa yang sudah jadi ketua, lazimnya hanya sanggup memperjudikan orang lain, bukan diri sendiri. Namun Ghani cukup gentleman. Dia sendiri sanggup bertaruh nasib untuk mempertahankan kawasan otak-otak yang 52 peratus pengundi Cina itu di tangan BN. Orang lain ada 'berani' untuk buat seperti Ghani? Kerana itu, kita boleh tabik 'spring' kepada Ghani yang sama ada menang atau kalah, dia tetap boleh dianggap hero Umno! Siapa ke tingkat 21 SUK Selangor? Di Selangor, siapa yang akan jadi MB jika ditakdirkan BN menang? Sekarang empat nama sudah disenarai pendek. Senarai pendek siapa, wallahua'lam. Seperti juga peluang BN untuk merampas balik negeri yang 50-50, peluang calon menteri besar daripada BN, Subahan Kamal, Shamsudin Lias, Nawawi Zin dan Bushro Mat Johor pun juga sama rata. Di pihak kerajaan sedia, kalau masih kekal berkuasa, hampir pasti Azmin Ali pula yang akan naik ke tingkat 21 Bangunan SUK. Tunggu tengok sudah! Deris pindah ke Seri Bendahara? Di Melaka, Idris Haron teratas dalam senarai untuk ganti Ali Rustam. Idris memang sudah lama dididik Ali untuk jadi penggantinya. Sekarang sampai masa untuk dia serah baton. Kalau Ahmad Hamzah bertanding kerusi Dun, mungkin dia paling sesuai. Ahmad orang lama, menantu Tun Ghafar Baba, banyak pengalaman pula. Meletak Ahmad bertanding kerusi Parlimen Jasin lebih mencerahkan peluang Idris untuk ke Seri Bendahara. Namun ada juga nama lain dalam senarai simpanan. Kata sesetengah pemerhati, Abdul Ghafar Atan juga layak. Ada pula tok nujum yang kata, untuk lebih serasi, perlu ada nama 'Tamby Chik' pada bakal ketua menteri. Ini kerana sesiapa juga yang jadi ketua menteri, pasti dibanding dengan Rahim Tamby Chik. Maka Latiff Tamby Chik yang bertanding di kerusi Telok Mas, pun juga dikatakan ada peluang. Sinar/- | ||
Terima Kasih , Cina Islam capai 17 Juta Klik. Posted: 18 Apr 2013 03:33 AM PDT 7 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - Alhamdulillah pada hari ini pelayar blog Cina Islam telah mencapai kejumlah 17 juta klik. Kami mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pengunjung dimana saja anda berada yang saban hari tanpa jemu melayari blog ini. Semuga ianya tanpil dengan pelbagi pemberitaan terkini khususnya mengenai Parlimem Kuala Kangsar sempena PRU ke 13 yang akan berlangsung tidak berapa lama lagi. | ||
Calon Umno-BN: Kamilia Ibrahim kecewa Posted: 18 Apr 2013 03:25 AM PDT 7 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - SHAH ALAM – Tindakan Barisan Nasional (BN) tidak meletakkan pemimpin tertinggi Wanita Umno dan BN sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) mengecewakan dan dianggap penghinaan kepada wanita, kata Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim. Menurutnya, ia menunjukkan BN tidak beri pengiktirafan sewajarnya kepada pemimpin wanita yang berada dalam hierarki tertinggi organisasi wanita untuk bersama-sama saf kepimpinan parti bertanding pada PRU13. Beliau, yang juga Ketua Wanita Umno Bahagian Kuala Kangsar berkata, beliau sebagai orang nombor dua dalam Pergerakan Wanita Umno dan BN sepatutnya diberikan peluang bertanding di Parlimen supaya dapat terlibat sebagai pembuat dasar dan keputusan politik. "Tindakan kepimpinan BN memeranjatkan saya dan wanita lain. Saya kecewa kerana tidak ada pengiktirafan sewajarnya diberi kepada pemimpin Wanita Umno dan BN yang mewakili seluruh wanita Umno dan BN," katanya kepada Sinar Harian. Kamilia berkata, beberapa ketua Wanita Umno negeri tidak diberikan tempat dalam PRU13, antaranya di Kedah, Johor dan Terengganu, termasuk Naib Presiden MCA, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen. "Kami banyak berjasa, tetapi tidak diberikan tempat. Adakah kepimpinan tertinggi tidak mengiktiraf kelayakan yang kami ada. Kebanyakan kami golongan profesional," katanya. "Pucuk pimpinan parti jangan menganggap wanita tidak kisah dengan pencalonan yang diumumkan baru-baru ini. Jangan ingat wanita tidak ada perasaan," katanya. Kamilia, seorang peguam, berkata, hakikatnya, wanita membuat kerja bersungguh-sungguh untuk membantu parti sejak tiga tahun lalu. Beliau, bagaimanapun berkata akan 'berjuang habis-habisan' walaupun tidak terpilih di saat akhir. "Jika permintaan tidak diberi, wanita mempunyai pelbagai pilihan lain kerana perjuangan saya berpandukan negara, agama dan bangsa. Sekiranya pintu tidak dibuka kepada saya, saya akan perjuangkan di tempat lain. "Pintu ditutup, mungkin ada pintu lain sama ada saya akan pecahkan atau membuat sendiri. Saya mungkin pertimbangkan pilihan lain kerana perjuangan saya tidak perlu berakhir di tahap ini sahaja," katanya. Beliau juga tidak menafikan, rata-rata wanita di seluruh negara mempersoalkan calon-calon yang ditampilkan. "Saya akan mencabar sehingga ke akhir untuk membantah kerana saya merasakan ini tidak adil. Selama ini saya bersabar, saya berjuang bersama-sama selama enam penggal dan melalui enam kali pilihan raya. "Tunggu dan lihat, Saya tidak mengugut, tetapi saya menunggu keputusan parti. "Saya ada perjuangan dan tidak akan berputus asa. Dunia ini luas, mesti teruskan perjuangan demi bangsa, agama dan negara. Terpulang apa yang akan ditafsirkan," katanya ketika ditanya adakah beliau akan menjadi calon Bebas sekiranya tidak dicalonkan oleh BN dalam PRU13. Kamilia disebut-sebut untuk bertanding di Parlimen Kuala Kangsar, tetapi pada Selasa lepas, Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengumumkan Adun Bukit Chandan, Datuk Wan Mohamad Khairil Anuar Wan Ahmad bertanding untuk Parlimen tersebut. Sinar Harian/- | ||
Pengerusi SPR kata DAP masih boleh bertanding Posted: 18 Apr 2013 03:10 AM PDT 7 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - DAP masih boleh mengemukakan calon seperti biasa pada hari penamaan calon tanpa mengira keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk menggantung jawatankuasa pusat parti itu. Ini telah disahkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff. "Tidak affect bolih bertanding," kata Abdul Aziz kepadaMalaysiakini dalam jawapannya melalui SMS. ROS telah memaklumkan kepada DAP bahawa ia tidak mengiktiraf barisan baru jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) parti itu yang dipilih akhir tahun lalu ekoran kesilapan teknikal dalam penjadualan (tabulation) undi. Berikutan itu, ROS telah mengarahkan jawatankuasa pusat parti itu dibekukan sehingga siasatan selesai. Satu salinan surat ROS kepada DAP telah dihantar kepada SPR. MK/- | ||
ROS tak iktiraf barisan CEC DAP Posted: 18 Apr 2013 03:08 AM PDT 7 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - Hanya dua hari menjelang penamaan calon, Pendaftar Pertubuhan (ROS) dikatakan telah menghantar surat kepada DAP memaklumkan bahawa ROS tidak mengiktiraf jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) DAP. DAP mengadakan mesyuarat tergempar pada jam 3 petang ini untuk berdepan dengan kesan keputusan ROS itu, dan dijangka memanggil sidang akhbar selepas itu. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu ketika ditanya dalam satu sidang untuk mengumumkan senarai calon DAP Selangor di ibupejabat parti itu di Kuala Lumpur. Pemimpin DAP, ketika dihubungi Malaysiakini, mengesahkan menerima surat daripada ROS, tetapi tidak menyatakan tentang kandungannya. Surat tersebut yang bertarikh semalam dan dikatakan dari ROS, sedang beredar di Internet. Bagaimanapun, kesahihannya masih belum disahkan oleh DAP atau ROS. Bagaimanapunk, usaha Malaysiakini untuk menghubungi Ketua Pengarah ROS, Datuk Abdul Rahim Othman setakat ini belum berhasil. Manakala seorang pegawai kanan ROS mendakwa tidak tahu menahu mengenai surat tersebut. Jika benar, ini merupakan satu tamparan hebat terhadap persediaan DAP untuk berdepan dengan pilihan raya umum 5 Mei ini. Sehingga kini, juga tidak jelas sama ada ini akan menjejaskan penggunaan logo DAP pada hari penamaan calon. DAP disiasat oleh ROS berkaitan "kesilapan teknikal" yang berlaku semasa pemilihan parti Disember tahun lepas, yang mengakibatkan barisan awal CEC parti itu dirombak semula. Parti itu mendakwa terdapat kesilapan teknikal dalam penjadualan (tabulation) undi tetapi pemimpin DAP menolak gesaan diadakan pemilihan baru walaupun terdapat bantahan dari ahli tertentu parti itu.mk/- | ||
Calon Pas Dun Tanjung Batu buat laporan rumah disimbah cat Posted: 18 Apr 2013 02:45 AM PDT 7 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - TAWAU - Calon Pas bagi Dewan Undangan Negeri Tanjung Batu membuat laporan polis selepas bahagian depan rumahnya di Taman Ria di sini disimbah cat merah awal hari ini. Fatmawaty Mohd Yusuf, yang juga Bendahari Pas Kalabakan, membuat laporan polis kira-kira 9 pagi di Ibu Pejabat Polis Tawau di sini. Turut terkena simbahan cat dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu ialah dua buah kereta yang diletak di garaj rumah berkenaan. "Tingkap kaca depan rumah turut dipecah, mungkin dibaling dengan batu berbalut kertas. Kertas pembalut batu berkenaan tertera tulisan berbunyi 'Tarik Diri Atau...!!!'," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis itu. Kata Fatmawaty beliau membuat laporan polis kerana emosi dan keselamatannya terganggu. - Bernama | ||
‘Khalid menang mudah ke atas Zulkifli Noordin’ Posted: 18 Apr 2013 02:41 AM PDT 7 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - Tan Sri Aziz Shamsuddin yang bertanding pun kalah, apa lagi Zulkifli. PETALING JAYA: Calon PAS, Khalid Samad dijangka menang mudah ke atas Datuk Zulkifli Noordin dari Umno dalam pilihan raya ke 13 Mei ini. Ramalan ini dibuat oleh Naib Pengerusi 1, PKR Selangor Dr. Xavier Jayakumar ketika ditemui di Kota Raja dekat sini, hari Selasa lalu. Beliau juga mendakwa Umno negeri menghadapi kekecohan ekoran hanya lapan penyandang jawatan yang dikekalkan untuk pilihan raya ini. "Pada 2008, Tan Sri Aziz Shamsuddin yang bertanding pun kalah, apa lagi Zulkifli. Dia tidak ada pengaruh tetapi ekstrem. "Mana-mana kaum tidak mahu dengan ekstrem," katanya. Dr Xavier yang akan mempertahankan kerusi negeri Sri Andalas berkata, bertanya, mengapa Umno meletakkan Zulkifli bertanding di kawasan Melayu. "Kira-kira 85 peratus pengundi Shah Alam merupakan berpendapatan pertengahan, mereka tidak akan beri undi kepada Zulkifli," tambah beliau lagi. Beliau juga menjelaskan Pakatan Rakyat akan menang 36 kerusi negeri di Selangor, pada pilihan raya tahun ini. Pakatan Rakyat mengambilalih Selangor dalam pilihan raya umum 2008 selepas menang 35 kerusi. Suruhanjaya menetapkan hari penamaan calon ialah Sabtu ini dan mengundi pada 5 Mei. FMT/- | ||
Banyak bilik gerakan Umno tutup di P. Pinang Posted: 18 Apr 2013 02:38 AM PDT 7 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - (Rumah Datuk Helmi berkunci rapat) TASEK GELUGOR: Akibat penolakan beberapa nama calon untuk Pilihan Umum Ke 13 banyak bilik Gerakan Umno ditutup kerana tidak puas hati dengan pilihan calon mereka. Di peringkat akar umbi mereka mahu individu yang sering kerja kuat dan turun padang bukan individu yang berpeluk tubuh serta tidak seaktif mana yang diangkat sebagai calon oleh BN. Ia dapat dilihat di Taman Desa Murni Sungai Dua, Merbau Kudung, Simpang Empat dan satu dua lagi tempat di Parlimen Tasek Gelugor. Di sini mereka membuat protes apabila calon piihan mereka di Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Seri Shariff Omar tidak disenaraikan sebagai calon walaupun Tan Sri Nor Mohamed Yakcob telah digugurkan. Beberapa alon bebas dikatakan akan muncul di beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) akibat desakan rakyat bawahan tidak diendahkan oleh Umno Negeri. Di Dun Sungai Dua dan Teluk Air Tawar sudah ada yang telah mengistiharkan diri. Mereka ialah Azmi Alang dan Datuk Mustaffa Idrus. Manakala di Parlimen Kepala Batas walaupun tidak sehebat Parlimen Tasek Gelugor, suara ketidak puasan hati tetap merebak bagaikan 'api dalam sekam'. Anak buah Datuk Ahmad Darus yang disebut-sebut sebagai calon Bertam atau Datuk Helmi Abdul Rashid. Ini kerana yang terpilih ialah peguam muda, Sariful Azhar Othman. Sampai sekarang rumah Helmi yang terletak di Permatang Manggis, Kepala Batas berkunci rapat. Hanya perkarangan pejabat Umno Bahagian Kepala Batas berhadapan Masjid Jamidul Badawi sahaja yang masih hidup. Keadaan ini sebenarnya merungsingkan kepimpinan diperingkat negeri bimbang Umno akan hilang lagi kerusi tradisi mereka. Antaranya Penaga, Bertam, Pinang Tunggal, Sungai Dua, Teluk Air Tawar, Permatang Berangan, Penanti, Seberang Jaya, Sungai Acheh, Bayan Lepas, Teluk Bahang dan Pulau Betong. Harakahdaily/- | ||
Mahathir ke London, Kak Ros umum calon? Posted: 18 Apr 2013 02:31 AM PDT 7 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - (Mahathir dan Siti Hasmah di London) KUALA LUMPUR: Apakah benar pengisytiharan calon-calon Umno dibuat selepas pemergian Tun Dr Mahathir ke London? Inilah yang berlegar di alam siber sekarang kononnya tindakan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak membuat pengumuman calon selepas pemergian Mahathir untuk mengelak dari gangguan bekas Perdana Menteri itu. Tun Dr Mahathir ke London bersama isteri, Tun Siti Hasmah Mohd Ali untuk memberikan penghormatan terakhir buat bekas PM Britain, Margaret Thatcher yang meninggal baru-baru ini. Dalam posting di facebook itu, isteri Najib yang kini lebih dikenali dengan nama Kak Ros didakwa mempunyai perancangan tersendiri di sebaliknya. "Strategi licik Kak Ros mengisytiharkan calon pilihannya setelah pemergian Tun Mahathir ke London. "Sepatutnya Najib mengumumkan senarai calonnya pada Jumaat lepas namun telah ditangguhkan sehingga ke hari pemergian Tun Mahathir ke London barulah diumumkan. "Strategi licik ini bagi memastikan semua calon pilihan Kak Ros dapat diumumkan tanpa gangguan dari Tun Mahathir," tulis posting itu. Sebelum ini, pakar media Mahathir Rocky Bru dalam blognya mengumumkan nama-mana yang sepatutnya digugurkan. Namun, nama yang dikatakan akan gugur itu ternyata masih dinamakan sebagai calon BN oleh Najib. Antaranya Khairy Jamaludin di Rembau, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican di Kepala Batas dan juga Abdul Azeez Rahim di Baling. Begitu juga nama-nama saperti Datuk Seri Noh Omar, Datuk Seri Awang Adek serta Datuk Seri Mohamad Zin. Kesemua mereka diumumkan sebagai calon oleh Najib ketika nama yang disebut Mahathir patut menjadi calon iaitu Datuk Ibrahim Ali di tolak Najib. Harakahdaily/- | ||
Kek gulung paling panjang di dunia dibuat di Jepun Posted: 18 Apr 2013 01:28 AM PDT TOKYO - Kira-kira 90 orang tukang masak dan pelajar membuat kek gulung yang terpanjang di dunia di sini semalam. Kek yang sepanjang 130.68 meter (m) itu diperbuat daripada gula seberat 43 kilogram (kg) dan menggunakan tepung sebanyak 54kg. Sebanyak 2,682 biji telur digunakan untuk membuat kek tersebut. Panjang kek itu diiktiraf oleh pihak Guinness World Records. Ia memecahkan rekod kek gulung sepanjang 115.09m yang dibuat di Takasaki, Gunma, Jepun pada 19 November 2011. - Agensi | ||
Calon pemuda Kelantan bertambah 100 peratus Posted: 18 Apr 2013 01:23 AM PDT MACHANG: Lebih ramai lagi tokoh muda diketengahkan PAS Kelantan pada pilihan raya umum ke-13 sama ada di peringkat Dewan Undangan Negeri dan parlimen. Kali ini seramai enam calon yang diketengahkan Pemuda PAS negeri diumumkan secara rasmi pada malam tadi. Mereka iaitu Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz, Bendahari Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Marzuk Shaary, Ketua Pemuda PAS Pasir Mas Rozi Muhammad (kiri) dan Ketua Pemuda PAS Pasir Puteh, Mohd Nazlan Mohd Hasbullah (kanan). Manakala calon pemuda yang bertanding semula Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latiff Abdul Rahman dan timbalannya, Ahmad Baihaki Atiqullah. Abdul Latiff berkata, peningkatan seratus peratus calon pemuda kali ini jika dibandingkan pada PRU12 membuktikan hasrat anak muda Kelantan diterima pimpinan PAS negeri. "Anak muda Kelantan sangat berharap lebih ramai kalangan mereka dapat membawa suara ke peringkat Dun atau parlimen. "Ini menggambarkan kesungguhan anak muda mempertahankan kerajaan negeri dan menjejaki Putrajaya terbukti dipandang serius," ujar beliau selepas majlis pengumuman nama calon di padang Majlis Daerah Machang malam tadi. Beliau berkata, dengan adanya muka baru dalam kalangan pemuda lebih banyak lagi agenda untuk golongan muda dapat digemblengkan. Pada pilihan raya kali ini Ahmad Baihaki berpindah dari kerusi Dun Pasir Tumbuh ke parlimen Kubang Kerian, Nik Abduh di Parlimen Pasir Mas dan Ahmad Marzuk di Parlimen Bachok. Abdul Latiff pula mempertahankan Dun Mengkebang, Mohd Nazlan (Limbongan) dan Rozi (Tendong). "Saya bagi pihak Pemuda PAS Kelantan merakamkan berbanyak terima kasih di atas sokongan padu pimpinan parti yang bersetuju menambah jumlah kerusi diwakili Pemuda. "Kami berikrar akan sentiasa berjuang bersama-sama calon-calon PAS yang lain untuk mempertahankan kerajaan negeri ini serta misi menawan Putrajaya, Insya Allah," katanya. PKR pula mengetengahkan Ketua Angkatan Muda Negeri, Azihan Che Seman bertanding di Dun Nenggiri. Di peringkat Dun Kelantan menampilkan 14 calon mewakili golongan ulama, professional (11 calon) dan aktivis masyarakat 20, manakala peringkat parlimen ulama (tiga), professional (lapan) dan aktivis masyarakat (tiga). harakahdaily/- | ||
Posted: 18 Apr 2013 01:13 AM PDT 7 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - IPOH - Seorang ahli perniagaan terkejut apabila mendakwa menerima panggilan dari Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur memaklumkan 'anak buahnya' ditangkap di Hong Kong atas kesalahan jenayah. Mangsa, Wong Kim Kong, 46, berkata, dalam kejadian Isnin lalu, dia menerima satu panggilan 'misteri' daripada seorang lelaki mendakwa sebagai pegawai polis Bukit Aman yang terbabit dalam siasatan kes di luar negara. "Saya menerima panggilan itu kira-kira jam 11.30 pagi sewaktu berada di Jalan Yang Kalsom dan selepas meneliti nombor telefon tersebut saya mendapati panggilan tersebut dipercayai daripada IPK Bukit Aman. "Mulanya saya yakin lelaki ini adalah pegawai polis kerana memperkenalkan diri sebagai Inspektor Hup Leong. "Bagaimanapun, selepas 'pegawai polis' berkenaan memberitahu bahawa anak buah saya ditahan di Hong Kong kerana terbabit dalam jenayah baru saya sedar yang saya telah diperdaya," katanya yang turut menerima nombor talian 13 angka daripada lelaki terbabit dipercayai nombor talian telefon di Hong Kong. Berikutan itu, Kim Wong membuat laporan polis di Balai Polis Pekan Baru kerana bimbang akan keselamatan diri dan keluarganya selepas menerima panggilan tersebut. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) IPK Perak, Superintendan Maszely Minhad berkata, penipuan taktik seumpama itu masih berlaku dan penjenayah didapati menggunakan perisian khas menjalankan kegiatan tersebut. "Suspek menggunakan perisian khas yang membolehkan nombor telefon IPK Bukit Aman tertera pada skrin telefon mangsa. "Sehubungan itu, saya menasihati penerima panggilan supaya mendapatkan nama individu, jawatan dan jabatan di Bukit Aman bagi membolehkan semakan dilakukan di Pusat kawalan Bukit Aman," katanya. sinar/- | ||
Calon PAS setuju dialog hala tuju Kampung Baru Posted: 18 Apr 2013 01:10 AM PDT KUALA LUMPUR: Calon PAS Parlimen Titiwangsa, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi bersedia untuk berdialog dengan calon BN, Datuk Johari Abdul Ghani berkaitan hala tuju Kampung Baru. Beliau menyambut baik tindakan kumpulan Task Force Kampung Baru untuk menganjurkan dialog dan perbincangan terbuka antara penduduk Kampung Baru dengan calon kedua-dua parti. "Saya menyahut cabaran Task Force Kampung Baru yang mahu melihat saya dan Datuk Johari duduk sepentas membincangkann isu tanah Kampung Baru," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini. Semalam, Pengerusi Task Force Kampung Baru, Yusof Yahya berkata, Himpunan Penduduk Kampung Baru itu akan diadakan di kawasan parkir Surau Khatib Koyan, Kampung Baru pada 28 April ini. Zamri yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan turut berharap Johari akan memenuhi undangan tersebut agar penduduk dapat mendengar sendiri jaminan yang diberikan kedua-dua pihak. "Saya harap lawan saya Datuk Johari sanggup menerima cabaran ini untuk kami berdialog selepas mendengar luahan dan persoalan penduduk yang merupakan pemilik dan pewaris Kampung Baru," katanya. Tambah beliau juga, sebelum ini beliau sendiri pernah mengajak Johari berdialog mengenai isu tanah Kampung Baru namun tidak diterima. "Dalam ceramah saya sebelum ini, sudah tiga kali saya mengajak Datuk Johari berdialog atau berdebat isu Kapung Baru tapi tidak pernah dipersetujui," katanya yang juga Pengarah Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Pusat. Task force Kampung Baru ditubuhkan pada Februari lepas bertujuan membela nasib pemilik dan pewaris Kampung Baru. Ahli task force ini terdiri daripada anak-anak jati Kampung Baru dan ditubuhkan dengan sentimen semangat mahu memastikan setiap pemilik dan pewaris KampungBaru diberikan hak sebagai pemilik tanah asal. Pada 2011, Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kg Bharu 2011 (RUU PPKB) diluluskan oleh Dewan Negara walaupun mendapat tentangan daripada pewarisa dan pemilik tanah tersebut. harakahdaily/- | ||
Letupan kuat di kilang baja, ratusan dikhuatiri cedera Posted: 18 Apr 2013 01:04 AM PDT WASHINGTON 18 April - Satu letupan kuat berlaku di sebuah kilang baja di bandar Waco, Texas semalam, mengakibatkan beratus-ratus mangsa cedera selain menyebabkan kebakaran di bangunan-bangunan berhampiran. Penolong Ketua Bomba Waco, Don Yeage berkata, jumlah kecederaan sebenar masih belum dapat dipastikan dan punca kejadian sedang disiasat. "Letupan yang berlaku sangat kuat sehingga mencetuskan kebakaran di bangunan-bangunan berdekatan," katanya. Jelas beliau, mangsa yang cedera telah dibawa menerima rawatan di hospital. - AFP | ||
ROS tidak iktiraf barisan kepimpinan DAP Posted: 18 Apr 2013 12:50 AM PDT 7 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Dua hari menjelang penamaan calon pilihan raya umum ke 13, Pendaftar Pertubuhan (ROS) menghantar surat kepada DAP hari ini memaklumkan barisan kepimpinan parti itu tidak diiktiraf. harakahdaily/- | ||
Tukang gunting rambut cuci mata pelanggan Posted: 18 Apr 2013 12:13 AM PDT 7 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - CHENGDU - Seorang tukang gunting rambut menggunakan sebilah logam kecil untuk mencuci mata seorang pelanggan di sebuah taman di Chengdu, wilayah Sichuan, China pada 12 April lalu. Mencuci mata merupakan amalan tradisional penduduk China yang dipercayai akan menyebabkan penglihatan menjadi lebih terang. Tukang gunting rambut itu, Liu Deyuan menyediakan perkhidmatan mencukur rambut termasuk membersihkan mata pada harga lima yuan (RM2.45). Deyuan menggunakan logam kecil itu yang dimasukkan ke dalam mata di tepi kelopak semasa dia membersihkan mata tersebut. Dia menyediakan perkhidmatan itu sejak tujuh tahun lalu. - Agensi | ||
Saiznya cukup untuk telan kami' Posted: 18 Apr 2013 12:12 AM PDT SIONG - Dua sahabat berhadapan situasi cemas bergelut selama dua jam dengan seekor ular sawa batik sepanjang tujuh meter dianggarkan seberat hampir 150 kilogram ketika melakukan rondaan di kawasan kebun getah di Kampung Becah Sawa kira-kira jam 8 malam kelmarin. Penduduk, Mohd Hafiz Mohd Noor, 31, berkata, dia bersama seorang rakannya, Nasir Yaakup, 41, terpaksa bergelut mengatasi tenaga kuat ular itu yang dipercayai baru menetaskan kira-kira 80 telur dalam sebuah lubang di kebun itu. Menurutnya, ketika kejadian, dia bersama rakannya itu sedang melakukan rondaan bagi mengelakkan kecurian getah sebelum ternampak sesuatu seperti badan ular sawa di dalam sebuah lubang di kawasan kebun itu. "Saya cuba dekatkan diri dan melihat memang terdapat ular sawa dalam lubang itu. Saya dan rakan cuba menarik ular itu, tapi tidak berjaya. Tenaganya begitu kuat. Hampir dua jam bergelut barulah saya dapat pegang kepala ular itu," katanya kepada Sinar Harian. Menurutnya, dia dan rakannya terpaksa mengheret ular itu sepanjang beberapa meter sebelum dipindahkan ke dalam kenderaan pacuan empat roda. "Ketika itu, saya memang tidak ingat apa dah. Saya cuma nak keluarkan ular itu. Saya takut, ada orang kampung yang akan jadi mangsa. "Saiz ular ini cukup untuk telan kami berdua," katanya. Kejayaan menangkap 'ular gergasi' itu turut mendapat perhatian penduduk. Puluhan penduduk tidak putus-putus mengambil gambar termasuk melihat ular itu dari jarak dekat. Mohd Hafiz berkata, dia belum membuat keputusan sama ada untuk melepaskan ular itu mahupun menyerahkan kepada pihak berkuasa. sinar/- | ||
Jangan ingat wanita tiada perasaan - Kamilia Ibrahim Posted: 18 Apr 2013 12:07 AM PDT 7 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Ketika wanita membantah budaya kempen lucah, Wanita Umno Malaysia pula dipinggirkan sama sekali oleh Umno. Selepas Datuk Seri Shahrizat Jalil tidak bertanding kerana skandal NFC, bakal pengganti beliau, Datuk Kamalia Ibrahim (gambar), Timbalan Ketua Wanita Umno juga tidak dicalonkan kali ini. Kemarahan wanita Umno ini berlaku ketika pelbagai NGO wanita kesal dengan bentuk kempen yang dibuat oleh musuh politik Pakatan Rakyat. Hari ini, 14 NGO dan tiga personaliti terkenal membuat bantahan terhadap penyebaran video lucah di media khasnya facebook untuk meraih sokongan kepada parti yang memusuhi Pakatan. Kamilia, seorang peguam yang berjaya, yang juga Ketua Wanita Umno Bahagian Kuala Kangsar berkata, beliau sebagai orang nombor dua dalam Pergerakan Wanita Umno dan BN sepatutnya diberikan peluang bertanding di Parlimen supaya dapat terlibat sebagai pembuat dasar dan keputusan politik. "Tindakan kepimpinan BN memeranjatkan saya dan wanita lain. Saya kecewa kerana tidak ada pengiktirafan sewajarnya diberi kepada pemimpin Wanita Umno dan BN yang mewakili seluruh wanita Umno dan BN," katanya sebagaimana yang dilaporkan Sinar Harian hari ini. Selain beliau, turut tidak mendapat tempat kali ini adalah beberapa ketua Wanita Umno negeri. Antaranya Kedah, Johor dan Terengganu. Turut tidak mendapat tempat adalah Naib Presiden MCA, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen. "Kami banyak berjasa, tetapi tidak diberikan tempat. Adakah kepimpinan tertinggi tidak mengiktiraf kelayakan yang kami ada. Kebanyakan kami golongan profesional," katanya. "Pucuk pimpinan parti jangan menganggap wanita tidak kisah dengan pencalonan yang diumumkan baru-baru ini. Jangan ingat wanita tidak ada perasaan," katanya kesal. "Jika permintaan tidak diberi, wanita mempunyai pelbagai pilihan lain kerana perjuangan saya berpandukan negara, agama dan bangsa. Sekiranya pintu tidak dibuka kepada saya, saya akan perjuangkan di tempat lain. "Pintu ditutup, mungkin ada pintu lain sama ada saya akan pecahkan atau membuat sendiri. Saya mungkin pertimbangkan pilihan lain kerana perjuangan saya tidak perlu berakhir di tahap ini sahaja," katanya. | ||
Imam Masjid Nabawi kunjungi Malaysia mulai esok Posted: 18 Apr 2013 12:03 AM PDT 7 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR - Imam dan khatib Masjid Nabawi, Fadhilatul Al-Syeikh Solah Muhammad Al-Budair, akan berada di negara ini mulai esok sehingga 4 Mei ini sebagai tetamu kerajaan Malaysia. Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman Mustapha berkata Fadhilatul Al-Syeikh Solah akan berada di beberapa lokasi di negara ini sepanjang kunjungannya itu antaranya mengimamkan solat Zohor di Masjid As-Syakirin, KLCC pada Sabtu ini. Beliau juga akan memimpin solat Jumaat dan menyampaikan tazkirah Jumaat di Masjid Negara dan Masjid Putra, Putrajaya masing-masing pada 26 April dan 3 Mei, katanya dalam satu kenyataan hari ini. Sepanjang berada di negara ini, Fadhilatul Al-Syeikh Solah juga dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan mengadakan kunjungan hormat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selain bertemu anggota Muzakarah Jawatankuasa Fatwa peringkat kebangsaan. Pada 24 April, Fadhilatul Al-Syeikh Solah dijadual menyampaikan 'executive talk' di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). "Kehadiran beliau ke Malaysia diharapkan dapat mengeratkan lagi hubungan Malaysia dengan kerajaan Arab Saudi dalam pembangunan hal ehwal Islam di negara ini," katanya. Fadhilatul Al-Syeikh Solah merupakan imam dan khatib Masjid Nabawi sejak 1999 sehingga kini dan merupakan hakim Mahkamah Agung Madinah. Beliau juga pernah memangku Imam Besar Masjid Nabawi dari 2011 hingga 2012 dan pernah menjadi Imam tarawih Masjidil Haram pada 2005 dan 2006. - Bernama | ||
Tolak mereka yang guna video lucah - NGO wanita Posted: 18 Apr 2013 12:01 AM PDT 7 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - (Wanita Malaysia bergabung membantah parti politik yang mengedarkan video lucah dalam kempen mereka) KUALA LUMPUR: 14 NGO wanita serta tiga personaliti bergabung tenaga hari ini bagi membantah penyebaran video lucah di media. Bagi mereka, langkah itu satu tindakan yang tidak kena dan melanggar tatasusila hidup masyarakat negara ini. (Dr Harlina membantah keras pendekatan politik lucah untuk meraih undi...beliau mengajak semua wanita tunjukkan bantahan di kertas undi. Itupun selemah-lemah iman, katanya) Sehubungan itu, mereka mengajak seluruh rakyat khasnya wanita menolak mereka yang menggunakan pendekatan sebegitu dalam kempen mereka. Mereka menyatakan demikian pada sidang media 'Bantahan Terhadap Penyebaran Video Lucah Menjelang PRU13' di sebuah hotel di Sungai Besi, pagi ini. Kumpulan wanita ini diketuai oleh Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj, Penyelaras Bantahan Bersama NGO Wanita merangkap Naib Ketua Wanita IKRAM & Pengerusi JK Pembangunan Sosial Ikram. Antara NGO wanita yang menyertai bantahan ini adalah: A. Pertubuhan (Wardina Sofiah antara yang sangat marah dengan budaya ini) 1) Wanita Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) 2) Helwa Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) 3) Biro HALUANITA, Pertubuhan Himpunan Lepasan 4) Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN) 5) Integrated Muslimah Associations and Networks Alliance (IMAANA) 6) Pertubuhan Nisa' Malaysia (NISA') 7) Pertubuhan Mawaddah Malaysia (MAWADDAH) 8) Association of Women's Initiative for 9) Research, Development & Advancement (WIRDA) 10) Muslimah Interest Zone and Networking (MIZAN) 11) Wadah Kecerdasan Umat Malaysia (WADAH) 12) Pertubuhan Pemuda Gema Malaysia (GEMA) 13) Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) 14) IKRAM Siswa B. Individu perseorangan 1) Prof Dr. Muhaya Muhammad ( Pakar Motivasi & Personaliti TV) 2) Pn Wardina Safiyyah Fadhullah ( Pengacara dan Personaliti TV) 3) Ustazah Fatimah Syarha Hj Mohd Noordin ( Penulis Novel Dakwah & Penceramah) Harakahdaily/- | ||
Musma bantah paksa pelajar tengok Tanda Putera Posted: 17 Apr 2013 11:59 PM PDT 7 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Mahasiswa UiTM Sayang Malaysia (Musma) mempersoal kewajaran pihak pengurusan kampus UiTM Johor yang sanggup membatalkan kuliah pengajian dan mewajibkan pelajarnya menonton filem kontroversi Tanda Putera. Pengerusinya Mohd Huzaifah Mokhtar berkata, seharusnya beberapa pertimbangan perlu dibuat pihak pengurusan universiti sebelum mengambil tindakan sedemikian kerana ia dilihat seperti satu langkah yang sangat terdesak. "Seperti kita maklum, filem ini telah digantung penayangannya atas faktor perjalanan ceritanya yang boleh membangkitkan sentimen perkauman antara kaum yang ada di Malaysia ini. "Bagaimana filem yang digantung penayangannya seluruh negara, tetapi terlepas dan ditayangkan di universiti? Ia menjadi persoalan yang perlu dijawab oleh pihak berkenaan malah perlu ada tindakan sewajarnya atas perkara ini," katnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily. Menurut beliau lagi, mahasiswa sepatutnya dihidangkan dengan perbincangan politik yang lebih matang dan bukan dengan filem bersifat perkauman yang cuba merendah-rendahkan tahap pemikiran mereka. "Kami tidak menolak politik untuk masuk ke kampus. Tetapi apa yang kami mahukan adalah politik yang matang, seimbang, bermaklumat dan adil. "Hidangkanlah kami dengan perbincangan-perbincangan bernas tanpa dipengaruhi oleh mana-mana parti politik kerana mahasiswa sudah cukup matang untuk menilai mana yang baik dan mana yang buruk demi negara ini," jelasnya. Harakahdaily/- | ||
PAS dominasi kerusi Kedah, 4 Exco gugur Posted: 17 Apr 2013 11:59 PM PDT 7 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - Empat Exco yang digugurkan ialah Datuk S Manikumar, Lim Soo Nee, Tan Chow Kang dan Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib. PETALING JAYA: Pakatan Rakyat tidak mencalonkan semula empat Exco kerajaan negeri Kedah, tiga daripada PKR dan PAS (1) untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) . Mereka adalah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Selambau Datuk S Manikumar, Lim Soo Nee (Kulim), Tan Chow Kang (Bakar Arang) dan Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib (Tanjung Dawai). PAS Kedah terus mengekalkan status quo meletakkan 24 calonnya bertanding kerusi DUN, manakala PKR 10 kerusi. Menteri Besar Kerajaan Sementara Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak diumum kekal bertanding kerusi DUN Sungai Limau. Sementara itu, spekulasi mengatakan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar sebagai calon Menteri Besar Kedah baru meleset apabila namanya tidak disenaraikan sebagai calon DUN. Sebaliknya, beliau hanya kekal mempertahankan kerusi Parlimen Pokok Sena dan perlu menentang Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Datuk Shahlan Ismail (calon BN). Namun, berlainan pula dengan DAP Kedah apabila sehingga sekarang masih gagal menamakan calon mereka di negeri itu dan peruntukan kerusi N11 Derga dan N13 Kota Darul Aman untuk DAP dibiarkan kosong. Malah dilaporkan tiada wakil DAP Kedah hadir pada majlis pengumuman rasmi calon Pakatan Rakyat di Dewan Datuk Fadzil Mohd Noor di Alor Setar malam semalam. Selain Derga dan Kota Darul Aman, DAP sebelum ini pernah berhasrat untuk menambah lagi dua kerusi iaitu DUN Bakar Bata dan Bakar Arang serta Parlimen Alor Setar. Namun PKR terlebih dahulu sudah mengumumkan calon mereka di kawasan tersebut. Senarai penuh P004 Langkawi – Ahmad Abdullah (PKR) N01 Ayer Hangat – Zubir Ahmad (PAS) N02 Kuah – Datuk Ahmad Kassim (PKR) P005 Jerlun – Dr Ismail Salleh (PAS) N03 Kota Siputeh – Ismail Wan Teh (PAS) N04 Ayer Hitam – Abdul Ghani Ahmad (PAS) P006 Kubang Pasu – Mohd Jamal Nasir (PAS) N05 Bukit Kayu Hitam – Nasrul Omar Che Mansor (PKR) N06 Jitra – Dr Rohani Abdul Mutalib (PAS) P007 Padang Terap – Mohd Nasir Zakaria (PAS) N07 Kuala Nerang – Syed Ibrahim Syed Omar (PAS) N08 Pedu – Ir Zamri Jusoh (PKR) P008 Pokok Sena – Datuk Mahfuz Omar (PAS) N09 Bukit Lada – Ahmad Izzat Mohamad Shauki (PAS) N10 Bukit Pinang – Wan Romani Wan Salim (PAS) N11 Derga – (DAP) P009 Alor Setar - Gooi Hsiao Leung (PKR) N12 Bakar Bata – Mohd Ikmal Ahmad (PKR) N13 Kota Darul Aman – (DAP) N14 Alor Mengkudu – Ahmad Yahaya (PAS) P010 Kuala Kedah – Dr Azman Ismail (PKR) N15 Anak Bukit – Datuk Amiruddin Hamzah (PAS) N16 Kubang Rotan – Mohd Nasir Mustafa (PAS) N17 Pengkalan Kundur – Datuk Phahrolrazi Zawawi (PAS) P011 Pendang – Mohamad Sabu (PAS) N18 Tokai – Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul (PAS) N19 Sungai Tiang – Fadzil Baharum (PAS) P012 Jerai – Firdaus Jaafar N20 Sungai Limau – Datuk Seri Azizan Abdul Razak N21 Guar Chempedak – Musoddak Ahmad N22 Gurun – Salma Ismail (PKR) P013 Sik – Che Uda Che Nik (PAS) N23 Belantek – Abu Bakar Bakilani (PAS) N24 Jeneri – Ahmad Tarmizi Sulaiman (PAS) P014 Merbok – Norazlina Suri (PKR) N25 Bukit Selambau – Dr Krishnamurthy (PKR) N26 Tanjung Dawai – Fakruddin Fakhrurazi (PAS) P015 Sungai Petani – Johari Abdul (PKR) N27 Pantai Merdeka – Abdullah Jusoh (PAS) N28 Bakar Arang – Ooi Tze Min (PKR) N29 Sidam – Dr Robert Ling (PKR) P016 Baling – Brig Gen (B) Datuk Najmi Ahmad (PAS) N30 Bayu – Mahmud Yaakob (PAS) N31 Kupang – Johari Abdullah (PAS) N32 Kuala Ketil – Md Zuki Yusuf (PAS) P017 Padang Serai – N Surendran (PKR) N33 Merbau Pulas – Datuk Siti Aishah Ghazali (PAS) N34 Lunas – Azman Nasrudin (PKR) P018 Kulim Bandar Baharu – Datuk Saifuddin Nasution Ismail (PKR) N35 Kulim – Chu Mau Nian (PKR) N36 Bandar Baharu – Mohd Khairi Mohd Salleh (PAS) FMT/- |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2013 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan