Nuffnang

:: cina islam | 2011 ::

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 7:43 PG

:: cina islam | 2011 ::


Husam menunggu di gerbang Putrajaya

Posted: 26 Apr 2013 07:27 AM PDT

15 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

Putrajaya, adalah pusat pentadbiran kerajaan Malaysia, lambang kuasa kerajaan Barisan Nasional yang memerintah Malaysia lebih setengah abad. Dengan itu Umno yang menjadi tulang belakang BN selama ini diasosiasikan dengan kekuasaan di Putrajaya.

Namun Putrajaya terlalu kecil jika dibandingkan dengan empayar Rom dan Parsi di zaman klasik yang berkuasa ratusan tahun lamanya. ia  lebih kecil lagi Constantinopledibandingkan dengan empayar Rom di sebelah timur, iaitu empayar Byzantine/ConstantinopleIstanbul/Turki.

Dalam sejarahnya Empayar Byzantine/Constantinople dapat ditakluki dan dibebaskan oleh seorang pemuda, berumur 21 tahun – Sultan Muhamad atau bergelar Muhamad Al-Fateh, perwira muda yang luar biasa, anak Sultan Murad sekitar abad ke-15.

Saya mengingat semuanya ini ketika berdiri di depan Datuk Husam Musa, calon PAS/Pakatan Rakyat untuk parlimen Putrajaya. Lawannya, Tengku Adnan Tengku Mansor dari BN.

Husam adalah pemimpin politik heavyweight, yang dianggap oleh sesetengah orang sebagai 'tokoh politik yang suka berdepan dengan cabaran besar' sesuai dengan sifatnya yang sangat dinamik, lincah terbuka, suka membaca dan berstrategi.

Husam adalah produk dari kepimpinan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, justeru selama puluhan tahun beliau bukan saja belajar mengenal tasawuur Islam seluas-luasnya, bahkan belajar kaedah kepimpinan Islam seperti yang diserlahkan oleh Mursyidul Am PAS itu.

Oleh itu melihat watak Husam yang luar biasa itu, Tuan Guru Nik Abd Aziz, barangkali, 'melepaskannya' bertanding di luar Kelantan – Parlimen Putrajaya, suatu langkah yang disafatkan oleh beberapa kalangan sebagai 'berani dan berisiko tinggi' - memandangkan kawasan Parlimen Putrajaya ini kononnya adalah sebagai 'kubu kuat' Umno/BN yang tidak akan terkalahkan, justeru di sana pusat pentadbiran kerajaan di mana ada persepsi umum mengatakan bahawa kakitangan kerajaan biasanya akan mengundi BN atas sebab-sebab yang diketahui umum.

Husam bercita-cita untuk membawa Tuan Guru Nik Abd Aziz menjadi imam solat Jumaat di Masjid Putrajaya kiranya Putrajaya dapat dikuasai Pakatan Rakyat selepas PRU ke-13 ini. Bagaimanapun pada pendapat saya, semangat perjuangan Tuan Guru sudahpun berada di lubuk hati penghuni Putrajaya.

Memang pelbagai tekanan dilakukan kepada penjawat awam di Putrajaya supaya tidak menghadiri ceramah dan program Husam yang lain, tetapi beliau mempunyai strategi sendiri menemui pengundi yang lebih 10,000 orang itu.

Setiap ada kesempatan, beliau dan petugasnya menemui pengundi Putrajaya di mana saja – di kantin, di kafetaria, pasar mini, hentian teksi dan bas, orang-orang perseorangan yang bersiar-siar di tepi tasik dan di mana saja.

Puluhan ribu orang telah menghadiri beberapa majlis ceramahnya bersama pemimpin Pakatan yang lain di Putrajaya minggu lalu dan ini sangat membimbangkan pihak lawannya. Bagi pemerhati politik, ini tanda pengundi di situ, dari golongan manapun, sudah mahukan perubahan.

Saya menemui Husam di pejabatnya di Putrajaya dalam keadaan cuaca dingin dengan hujan di luar berterusan.

Beliau kelihatan tenang saja, ceria dan yakin. Beliau mengatur strategi dengan formula mengetahui sedalam-dalamnya kekuatan dan kelemahan musuh, membaca suasana persekitaran, bila masa bertahan dan bila masa menyerang, di samping menyediakan secukupnya peralatan lojistik.

Semua langkah Husam ini mengingatkan saya mengenai teori dan strategi peperangan panglima perang termasyhur China Sun Tzu atau Sunzi di zaman klasik China, Dinasti Zhou. Mungkin juga Husam telah membaca buku Sun Tzu ini.

Baru-baru ini, Husam melahirkan rasa kecewa berhubung peristiwa di mana ada AJK di sebuah surau di Putrajaya dipecat berkuatkuasa serta merta hanya kerana membenarkan beliau mengadakan majlis suai kenal di surau tersebut.

"Saya mohon pada semua sahabat yang baru saya kenali di Putrajaya, penduduk Putrajaya dan seluruh rakyat negara Malaysia yang beragama Islam supaya berdoa mohon kepada Allah supaya budaya politik sempit begini ditamatkan pada 5 Mei ini," katanya.

Menurutnya, situasi itu menyebabkan mood perubahan warga Putrajaya semakin meningkat.

Husam bercita-cita, jika Pakatan Rakyat berjaya mentadbir negara, beliau akan mengesyorkan supaya dibina satu sekolah Maahad Tahfiz Sains di Putrajaya seperti di Kelantan yang telah berjaya melahirkan tenaga profesional dan pada masa yang sama hafiz al-Quran. Dengan kata lain, golongan profesional dapat menguasai Al-Quran.

Husam juga turut menyatakan harapannya jika Pakatan Rakyat berkuasa nanti, untuk mengatasi masalah perumahan di Putrajaya termasuklah masalah harga rumah yang tinggi, bilangan rumah yang tidak cukup dan keluasan rumah yang tidak selesa yang sangat mendesak kepada masyarakat di sini.

Saya yakin, tokoh pemimpin seperti Husam ini juga bercita-cita untuk menjadikan Putrajaya ini sebuah kota pentadbiran yang benar-benar menjunjung amanah rakyat dan menjadi kota ilmu yang menyinarkan cahayanya ke mana-mana.

Memanglah harapan kepada Husam sangat tinggi dan jika Pakatan Rakyat berkuasa, saya kira, Husam antara orangnya, yang mampu membawa perubahan di Putrajaya ini.

Akhirnya, saya menyimpulkan, jika Allah s.w.t. menghendakinya,  kemenangan Pakatan Rakyat akan tercapai dan Putrajaya akan dapat dibebaskan seperti Muhamad Al-Fateh membebaskan Constantinople, walaupun Husam tidaklah semuda Muhamad Al-Fateh.

Kini Husam menunggu di gerbang Putrajaya.

Harakahdaily/-

Nik Aziz lancar surat Qaradawi sokong Anwar jadi PM

Posted: 26 Apr 2013 07:25 AM PDT

15 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat hari ini melancarkan kempen risalah yang mengandungi surat surat terbuka dari Ulamak Sunni terkemuka di peringkat antarabangsa, Yusuf Qaradawi, menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri.

NONENik Aziz (berjubah putih) melancarkan risalah bertajukSurat terbuka 
Dr Yusuf Al Qaradawi untuk rakyat Malaysia
, di projek perumahan rakyat Pantai Permai rakyat di Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Mengiringi beliau ialah calon PKR kerusi Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, yang berdepan dengan saingan sengit untuk mempertahankan kerusinya. Nurul dicabar oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin.

Pelancaran risalah tersebut oleh Nik Aziz di tengah-tengah kawasan Melayu yang berpendapatan rendah itu, dilihat sebagai usaha 
meningkatkan sokongan Melayu-Islam kepada Nurul, yang telah merampas kerusi tersebut dari bekas Menteri, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam penampilan sulungnya pada pilihan raya umum 2008.
NONESebelum ini, Anwar dan juga Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail turut berceramah dan mengadakan tinjauan mesra di Lembah Pantai untuk meningkatkan sokongan kepada anak perempuan mereka itu (tengah dalam gambar).

Surat bertarikh 2 Mac itu ditujukan kepada rakyat Malaysia.

Qaradawi mengetuai Ittihad Ulama Dunia, badan tertinggi yang mewakili ulama Islam di seluruh dunia.

NONE"Sesungguhnya saya sendiri berpandangan bahawa Anwar Ibrahim, 
"berdasarkan sejarah dan pengalaman, kebijaksanaan dan perjuangannya, kesabaran dan kecekalannya, sejak usia mudanya yang awal hingga ke hari ini, juga kecintaan yang diperolehinya daripada orang yang baik-baik dari kalangan rakyat Malaysia, dari kalangan orang Melayu dan Cina, maka dia selayaknya berada pada pilihan yang paling atas untuk memegang jawatan Ketua Kerajaan dan Perdana Menteri bagi memimpin Malaysia," tulis ulama Islam.

Malaysiakini/-

Kes bunuh Bhutto: Bekas Presiden Pakistan ditahan

Posted: 26 Apr 2013 07:11 AM PDT

15 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

RAWALPINDI - Bekas Presiden Pakistan, Pervez Musharraf ditahan secara rasmi burhubung kes pembunuhan Benazir Bhutto.

Wartawan Al-Jazeera, Kamal Hyder berkata, bekas pemimpin negara itu akan kekal di kediamannya di Chak Shahzad tetapi bakal ditahan atas arahan mahkamah antikeganasan.

"Kes Musharraf ini mempunyai banyak implikasi memandangkan negara ini bakal mengadakan pilihan raya kurang dua minggu dari sekrang," katanya.

"Maka adalah menjadi tanggungjawab kerajaan baru yang bakal dilantik tidak lama lagi bagi menyelesaikan isu ini," ujarnya.

Beliau menambah, Pervez masih lagi mempunyai penyokong tersendiri  dan banyak parti politik yang berkuasa mempunyai hubungan baik dengan bekas pemerintah tentera itu.

Sejak kembali ke Pakistan, Pervez cuba untuk bertanding dalam pilihan raya tetapi ditolak suruhanjaya pilihan raya.

Sinar/-

Balingan bom: PAS Perak sedia beri kerjasama

Posted: 26 Apr 2013 06:52 AM PDT

15 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

IPOH: PAS Perak mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak-pihak tertentu yang cuba melakukan provokasi dengan melempar dua bom petrol atau 'molotov cocktail' terhadap Bilik Gerakan BN Buntong, dekat sini kelmarin.

Koordinator Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak, Ustaz Fakhrulrazi Mokhtar berkata, tindakan tersebut jelas bertentangan dengan undang-undang di Negara ini.

Menurutnya, PAS kesal dengan tindakan yang tidak bertamadun itu yang dipercayai didalangi pihak-pihak tertentu yang cuba membuat huru-hara dalam tempoh berkempen ini.

"Kami kesal dengan kejadian ini dan berharap pihak berkuasa dapat menyiasat kes ini secepat mungkin bagi mengetahui individu tersebut serta dalang sebenar," katanya dalam sidang media di Pejabat PAS Perak, dekat sini hari ini.

Hadir sama jawatankuasanya, Salman Saleh dan Safarizal Saleh.

Mengulas lanjut, PAS Perak menafikan sekeras-kerasnya tindakan provokasi itu dilakukan oleh pihak Pakatan Rakyat.

Katanya, PAS sentiasa berpegang teguh dengan prinsip demokrasi serta undang-undang di negara ini.

PAS katanya percaya kejadian tersebut bermotifkan politik selain mahu mendatangkan ketakutan kepada masyarakat khususnya untuk melakukan sabotaj bagi menjayakan agenda tertentu.

Jelas Fakhrulrazi, PAS Perak sedia memberi kerjasama bagi menyalurkan maklumat tentang kejadian itu bagi membantu polis mencari identiti suspek yang cuba mencemarkan tempoh berkempen pilihanraya ini.

"Kami sedia beri kerjasama untuk membantu pihak polis menyiasat perkara ini dan kami menaruh keyakinan tinggi kepada polis untuk menyelesaikan masalah ini secepat mungkin.

"PAS minta ahli parti bertenang dengan suasana ini dan berharap dapat menjaga emosi serta mengikut arahan yang dikeluarkan oleh pimpinan," jelasnya lagi.

Harakahdaily/-

Kita kena lebih cerdik dari BN – TG Nik Aziz

Posted: 26 Apr 2013 06:39 AM PDT

15 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta rakyat lebih cerdik daripada Barisan Nasional (BN) agar tidak mudah dipermainkan oleh mereka.

Beliau berkata demikian pada program peluncur warkah amanat Yusuf Qardhawi di Lembah Pantai petang tadi.

Turut hadir program tersebut adalah calon Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Tuan Guru Nik Aziz mengulangi rakyat boleh mengambil apa sahaja yang diberi BN tetapi pada pilihanraya perlu memilih calon dari Pakatan Rakyat.

"Kalau BN bagi duit, kain atau gula kita ambil tetapi apabila mengundi nanti pilih calon dari Pakatan Rakyat.

"Kita kena lebih cerdik dari BN baru mereka tidak boleh mempermainkan kita," kata beliau.

Beliau turut meminta agar rakyat memilih sebuah kerajaan yang berlandaskan Islam serta meletakkan kebajikan rakyat pada pilihan raya nanti.

Beliau yang dalam rangka lawatan ke kawasan Parlimen Putrajaya sempat hadir di Lembah Pantai bagi memenuhi harapan pengundi di situ.

Sementara itu, Nurul Izzah yang menghargai kesanggupan Tuan Guru Nik Aziz walaupun berada dalam keadaan uzur tetapi sanggup berjuang untuk memastikan sebuah kerajaan yang adil dapat dibina.

Katanya lagi, semangat perjuangan ini harus dicontohi dan rakyat perlu membuat pilihan agar PAS terus memerintah Kelantan dan memastikan Pakatan Rakyat dapat menerajui Putrajaya.

Harakahdaily/-

Pemandu maut lori dirempuh lori lain

Posted: 26 Apr 2013 03:20 AM PDT

15 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

KUANTAN - Seorang pemandu lori maut setelah lori yang dipandunya dirempuh dari belakang oleh sebuah lori yang lain di Km59, Jalan Lipis-Merapoh dekat Kuala Lipis semalam.
   
Ketua Polis Daerah Kuala Lipis Supt Abdul Razak Hassan berkata mangsa Azam Ishak, 30, berasal dari Felda Ciku, Gua Musang, Kelantan mati di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala dalam kejadian pukul 8.40 pagi itu.
   
Pemandu lori yang dikatakan merempuh lori mangsa, Mohd Sidek Yusof, 51, dari Kampung Kemumin, Pengkalan Chepa, Kelantan turut parah di kepala dan badan dan dimasukkan ke Hospital Kuala Lipis.
   
"Siasatan awal mendapati lori yang dipandu Mohd Sidek yang dalam perjalanan menuju Kelantan, dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh belakang lori mangsa.
   
"Akibat pelanggaran itu lori Azam terbabas ke kanan jalan sebelum terbalik melanggar tebing, manakala lori Mohd Sidek terbalik di tepi jalan," katanya
kepada Bernama hari ini.
   
Beliau berkata polis akan mengambil keterangan dari Mohd Sidek mengenai kejadian itu dalam masa terdekat memandangkan dia masih belum sedarkan diri.
   
Polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya.  


- Bernama

Lelaki mati ditembak dihadapan lampu isyarat bulatan Taman Billion

Posted: 26 Apr 2013 03:19 AM PDT

15 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki mati ditembak di hadapan lampu isyarat di bulatan Taman Billion, Cheras di sini hari ini.
   
R. Karikaalan, 29, mati ketika dalam perjalanan ke hospital setelah terkena dua dari 10 das tembakan yang dilepaskan dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal.
   
Kejadian pada pukul 11.30 pagi itu turut menyebabkan ibu Karikaalan yang berusia 60 tahun cedera di lengan kanan.
   
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata ketika kejadian, Karikaalan bersama ibunya dalam perjalanan dari Ampang untuk ke rumahnya di Taman Puchong Hartamas.
   
"Ketika berhenti di lampu isyarat itu, sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki memakai topi keledar bercermin gelap menutup muka menghampiri kenderaan jenis Nissan Livina berwarna hitam yang dinaiki mangsa dan ibunya dan melepaskan tembakan," katanya kepada pemberita di sini.
   
Ku berkata berdasarkan siasatan awal, polis percaya kemungkinan mangsa dibunuh kerana terlibat dalam pergaduhan dengan satu kumpulan di Puchong sebelum ini.
   
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.  

- Bernama

Calon Bebas Pengerang didakwa pukul pelajar

Posted: 26 Apr 2013 02:43 AM PDT

15 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

Muhmad Nizam Mohd Nor membuat laporan polis pada 18 Mac lalu kerana mendakwa Mohd Azaman Johari memukul anak tirinya.
PETALING JAYA: Calon Bebas parlimen Pengerang, Mohd Azaman Johari didakwa gagal  menunaikan janji bagi menyelesaikan kes beliau memukul seorang pelajar Sekolah Menengah Felda Adela, Kota Tinggi tempat beliau mengajar.

Bapa tiri kepada pelajar tersebut, Muhmad Nizam Mohd Nor  telah membuat laporan polis pada 18 Mac lalu.
Dalam aduannya, Muhmad Nizam mendakwa Mohd Azaman memukul anak tirinya kerana gagal membawa baju kadet ke sekolah.
"Sehingga ini Mohd Azaman belum menunaikan janji iatu memberi bantuan buku persekolahan kepada anak tiri saya itu.
"Mohd  Azaman juga belum datang meminta maaf kepada isteri saya walaupun beliau berjanji berbuat demikian secepat mungkin.
"Kepada saya beliau tidak boleh tunai janji, bagaimana dengan orang lain di Pengerang?
"Macam mana hendak menjadi calon (wakil rakyat) Pengerang," tanya Muhmad Nizam lagi ketika dihubungi hari ini.
Parlimen Pengerang menyaksikan saingan tiga penjuru antara Datuk Seri Azalina Othman Said (BN), penyanyi Dayang Ku Intan (PKR) dan Azaman.
Usaha-usaha sedang dibuat untuk menghubungi Mohd Azaman bagi mendapatkan ulasan mengenai isu tersebut.
Parlimen Pengerang menyaksikan saingan tiga penjuru antara Datuk Seri Azalina Othman Said (BN), penyanyi Dayang Ku Intan (PKR) dan Mohd Azaman.
FMT/-

Polis buru 3 remaja baling bom petrol di Jelapang

Posted: 26 Apr 2013 02:42 AM PDT

15 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil atau menghubungi balai polis terdekat.




IPOH: Polis sedang memburu tiga remaja yang dipercayai membaling dua bom petrol ke arah Bilik Gerakan Barisan Nasional di Jelapang semalam.
Jurucakap media pilihan raya umum ke-13 kontinjen polis Perak, Supt Maszely Minhad berkata orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil atau menghubungi balai polis terdekat.
"Kita sedang menjejaki suspek melalui maklumat yang kita perolehi setakat ini. Namun ia belum mencukupi. Kes disiasat di bawah Seksyen 435 Akta Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api yang boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau turut mengingatkan semua penyokong parti agar mematuhi undang-undang dan tidak sengaja melakukan kerosakan atau khianat terhadap mana-mana parti bertanding.
Dalam pada itu, Maszely berkata polis menerima 11 laporan berkaitan kesalahan pilihan raya dan telah membuka tiga kertas siasatan semalam.
"Semalam, empat lelaki ditahan kerana menimbulkan kekacauan di sebuah Bilik Gerakan di Kampung Kerunai, Gerik dan kesemua mereka kini ditahan reman," katanya.
Beliau berkata sebanyak 143 ceramah telah dijalankan di seluruh Perak semalam di mana 30 dari jumlah itu didapati tidak mempunyai permit.
"Meskipun kaedah permohonan permit telah dipermudahkan, namun masih ramai penganjur ingkar untuk berbuat demikian," katanya.
-Bernama

Takbir bergema di Masjid Besi Putrajaya

Posted: 26 Apr 2013 01:39 AM PDT

15 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


(TG Nik Aziz solat Jumaat di Masjid Besi hari ini)

PUTRAJAYA: Masjid Tuanku Mizan atau lebih dikenali Masjid Besi Putraja bergema dengan teriakan takbir 'Allahuakbar' apabila jamaah solat Jumaat masjid itu merlihat Tuan Guru Datuk Nik Aziz di sana.

Kehadiran Tg Nik Aziz, Mursyidul Am PAS itu disedari apabila beliau keluar dari masjid selepas  selesai solat Jumaat.

TG Nik Aziz yang menunaikan solat di situ hari ini selepas tiba pagi tadi untuk menyertai kempen menuju Putrajaya sepanjang hari ini.

Sepanjang berada di Ibu Negara, Menteri Besar Kelantan itu mempunyai jadual yang padat hari ini.

Petang ini, beliau dijangka ke Lembah Pantai bagi memberikan sokongan moral kepada Puteri Reformasi, Nurul Izzah Anwar.

Malam ini pula beliau akan berceramah membantu calon PAS Putrajaya, Datuk Husam Musa di Presint 3  iaitu di belakang komplek Mahkamah Persekutuan.

Dalam pilihan raya kali ini, TG Nik Aziz mempertahankan kerusinya di Chempaka, Pengkalan Chepa.

harakahdaily/-

Mat Sabu janji siasatan terbuka untuk kematian dalam tahanan

Posted: 26 Apr 2013 01:36 AM PDT

15 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


PENDANG: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata PAS dan Pakatan Rakyat tidak ingin melihat kejadian kematian dalam tahanan berulang jika mereka diberi mandat 5 Mei ini melangkah ke Putrajaya.

"Jika ia berlaku juga, saya berjanji akan pastikan siasatan dilakukan secara terbuka supaya rakyat tahu apa yang berlaku.

"Kita mesti kurangkan kematian dalam tahanan, dan kalau boleh nak tidak berlaku lagi. Langkah ini penting untuk memulihkan semula martabat pihak penguasa di mata rakyat," kata beliau kepada Harakahdaily.

Kematian dalam tahanan menjadi-jadi sejak tiga tahun kebelakangan ini di bawah pemerintahan BN.

Beberapa kes kematian dalam tahanan telah menimbulkan kemarahan orang awam. Antaranya ialah kes melibatkan kematian A Kugan dalam tahanan polis dan dua kematian di bawah tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbaini Mohamed.

Awal tahun ini, SUARAM turut mengecam Ketua Balai Polis Daerah (OCPD) Dang Wangi Zainuddin Ahmad ekoran tiga kematian dalam tahanan daripada September hingga Disember tahun lepas.

k. Nagarajan, 32 dilaporkan mati dalam tahanan pada 21 Disember 2012. Dua lagi mangsa Chandran Perumalu, 47 dan Wong Tip Ping, 51 turut mengalami nasib serupa di balai sama.

Sikap lepas tangan dan tidak bertanggungjawab kerajaan dalam isu kematian dalam tahanan yang melibatkan agensi penguatkuasa di dalam negara sering dikritik.

Laporan Hak Asasi Manusia yang dikemukakan SUARAM pada 23 Julai 2009 menyatakan sejumlah 1,535 tahanan lokap mati antara 2003 dan 2007, seramai 255 mati dalam penjara dan 13 lagi mati dalam lokap pada 2008.

Pada Mac 2009, Menteri Dalam Negeri ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong pula menyatakan seramai 2,571 tahanan mati dalam penjara, pusat pemulihan, depot tahanan Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati) antara 1999 dan 2009.

Daripada jumlah itu, 2,563 tahanan mati ketika rawatan di hospital, 22 mati dalam perjalanan ke hospital dan 13 mati dalam penjara.

harakahdaily/-

Kereta anak calon KEADILAN dibakar, menantu diugut dengan parang

Posted: 26 Apr 2013 01:33 AM PDT

kereta15 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

KLANG 26 APRIL: Sebuah kereta milik anak calon KEADILAN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar dibakar sekumpulan samseng, manakala menantunya diugut dengan parang, semalam.

Bercakap kepada Keadilan Daily, Xavier berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 11 malam tadi di garaj rumah beliau di Klang Jaya.
"Ketika kejadian, saya berada di bilik gerakan parti bersama anak saya, Sangetha. Cuma ada menantu, Dr Arnil Srimanne, cucu dan pembantu di rumah," kata Xavier.

Jelas beliau, sebelum kejadian, sebuah kereta dengan lima lelaki India berhenti di hadapan rumahnya.
Kemudian dua daripada mereka turun dan memanjat pagar sambil membawa dua bekas mengandungi minyak petrol.

"Terdapat dua kereta di garaj masa itu, dan hanya kereta Ford musnah manakala sebuah lagi tak sempat dibakar sebab jiran-jiran semua sudah keluar untuk melihat apa yang terjadi.
Xavier"Samseng itu mengugut jiran-jiran agar jangan datang dekat. Menantu saya yang cuba untuk keluar dari rumah pun mereka ugut dengan parang, sambil itu mereka terus melarikan diri," katanya.

Selepas dimaklumkan berhubung kejadian itu, Xavier dan Sangetha bergegas pulang ke rumah. Polis tiba di tempat kejadian dan kini kes masih dalam siasatan.

"Saya nampak kes ini sebagai satu ugutan, kerana saya merupakan calon dan anak saya ejen pilihan raya mewakili saya, manakala pesaing saya pula adalah Ketua Pemuda MIC yang terkenal dengan sikap samsengnya," kata Xavier.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, Xavier menewaskan A Komala Ganapathy dari MIC dengan majoriti 10,203 undi.

Bagi PRU 13, Xavier akan menghadapi pertembungan lima penjuru dengan calon BN, T Mohan, S Kottappan (Bebas), Hanafiah Husin (Bebas) dan P Uthayakumar (Bebas).

keadilandaily/-

Tak mustahil insiden letupan sandiwara pihak yang takut kalah

Posted: 26 Apr 2013 01:28 AM PDT

letupan15 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 26 APRIL: Calon KEADILAN Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Acheh, Badrul Hisham Shaharin tidak menolak kemungkinan, letupan bom di bilik Gerakan BN di Nibong Tebal, 23 April lalu dicipta untuk mengganggu mood rakyat yang bersemangat memberi sokongan luar biasa kepada Pakatan Rakyat untuk mengambil alih pentadbiran Kerajaan Pusat.

Beliau yang dikenali Chegu Bard berkata, kewujudan bahan letupan pada musim pilihan raya bukan perkara baru.

"Kita patut imbau ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh yang menyaksikan kononnya bom dijumpai dalam bilik Gerakan BN. Ketika itu terdapat cubaan untuk mengaitkan Pakatan dengan keganasan bagi tujuan meraih simpati. 

"Kita juga patut ingat bagaimana wujud letupan bom bagi merencatkan pesta sambutan rakyat ketika pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim tempohari, dan saya anggap inilah kemahiran 'mereka'," katanya pada kenyataan.

Justeru, beliau menggesa polis segera menyiasat dan menghukum pihak yang terlibat serta menyeru rakyat supaya bertenang.

Dalam kejadian itu, seorang pengawal keselamatan tercedera di kaki kanan akibat terkena bahan letupan, dikejar ke Hospital Sungai Bakap untuk rawatan lanjut dan keadaannya stabil.

sinar/-
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                           

Sempat SMS suami ketika diculik

Posted: 26 Apr 2013 01:25 AM PDT

15 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

JOHOR BAHRU - Kepantasan seorang suri rumah yang diculik mencatat nombor plat kereta dan jenis kenderaan lalu menghantar pesanan sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada suaminya, berjaya membantu polis memberkas penculik tersebut semalam.

Dalam kejadian kira-kira 4.30 petang itu, mangsa yang berusia 20 tahun itu berhadapan detik cemas apabila diculik sekumpulan Ah Long yang menuntut hutang berjumlah RM500.00 yang dipinjam suaminya.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob, wanita itu telah dibawa lari dari rumahnya di Taman Suria Muafakat selama kira - kira dua jam sebelum ditemui selamat pada jam 6.45 petang semalam.

"Polis menerima maklumat daripada suami mangsa yang melaporkan kejadian itu kepada pihak polis selepas menerima SMS daripada isterinya.
 
"Mangsa sempat menghantar SMS kepada suaminya dan memberitahu jenis serta nombor plat kenderaan tersebut minta diselamatkan.

"Mangsa juga telah diugut untuk dibawa lari ke Kuala Lumpur sekiranya suaminya gagal membayar hutang tersebut," katanya pada sidang akhbar di Balai Polis Johor Bahru Selatan sebentar tadi.

Susulan daripada itu, ujar Zainuddin, polis mengeluarkan arahan ke semua pejabat polis daerah untuk mengesan suspek.

"Hasil siasatan dan pemeriksaan, polis berjaya mengesan kenderaan suspek di Taman Nusa Idaman, Bukit Indah pukul 6.45 petang semalam.

"Hasil pemeriksaan polis menjumpai beberapa senjata digunakan untuk menakutkan mangsa seperti rotan, kayu, besi dan buku lima," ujar beliau.

Kes disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan dan Seksyen 384 kerana menculik dan melakukan ugutan serta pemerasan.-KOSMO!


Pemantau pilihan raya tak adil?

Posted: 26 Apr 2013 12:42 AM PDT

15 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


Adly
Adly menunjukkan gambar yang diambil di persimpangan Desa Duyong di mana bendera BN masih dipasang di atas pembahagi jalan.
 
BANDARAYA MELAKA - Tindakan pemantau pilihan raya mengarahkan Pas menurunkan bendera parti yang dipasang di beberapa lokasi di Durian Tunggal dilihat seolah-olah satu tindakan penguatkuasaan terpilih (selected enforcement).

Pesuruhjaya Pas Melaka, Adly Zahari berkata, faktor keselamatan pengguna jalan raya telah digunakan sebagai alasan arahan itu dikeluarkan supaya bendera tidak dipasang di persimpangan jalan.

Menurutnya, Pas akur dengan arahan berkenaan dan telah bertindak mengalihkan bendera yang dipasang di persimpangan Jalan Gangsa-Durian Tunggal serta beberapa lokasi lain di Durian Tunggal.

Bagaimanapun, beliau mempersoalkan mengapa arahan itu hanya dikeluarkan kepada Pas di kawasan Durian Tunggal dan bukannya di kawasan lain.

"Di kawasan di mana Pas dominan, seperti di Durian Tunggal, arahan itu telah dikeluarkan.

"Bagaimanapun, dari pengamatan saya, kawasan yang dominan BN tidak pula bendera dialihkan dari persimpangan jalan atau pembahagi jalan," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Menurutnya, tindakan ini membayangkan seolah-olah penguatkuasaan terpilih dikenakan kepada Pas dan bukannya parti politik lain.

Menurutnya, apa yang beliau bimbang adalah tindakan itu boleh mewujudkan prasangka terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam kalangan petugas parti.

"Sekiranya bendera ini perlu dialihkan atas sebab keselamatan, maka ia perlu dilakukan di kawasan lain juga dan bukannya hanya terhad di kawasan Pas.

"Tambahan pula, dari apa yang saya tahu, tiada sebarang kemalangan yang membabitkan kecederaan dilaporkan akibat dari pemasangan bendera ini. Jadi  mengapa isu ini perlu dibangkitkan?" katanya.

sinar/-

Bangla Sudah Mari Untuk Mengundi?

Posted: 26 Apr 2013 12:24 AM PDT

15 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -



Bangla sudah mari. Dikesan di KLIA. Siapa boleh jelaskan bangla bangla ni datang untuk apa? Apakah berbaju hijau seolah olah uniform kerja kilang ni hanya untuk "mengaburi" mata oarang ramai?

Kemungkinan untuk mereka ini menjadi penghuni hantu adalah tinggi. Sewa khas terhadap kapalterbang MAS seperti dalam gambar dibawah amat meragukan. Kilang apa yang perlukan begitu ramai pekerja?





Mahkamah: Keputusan UPSI gantung Adam Adli sah

Posted: 26 Apr 2013 12:24 AM PDT

15 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 26 April — Hakim Mahkamah Tinggi yang mendengar kes semakan kehakiman pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli Abdul Halim, hari ini mengingatkan pelajar itu supaya menghormati pemimpin walaupun pegangan politik berbeza.
Hakim Datuk Zaleha Yusuf berkata demikian dalam penghakimannya selepas menolak permohonan Adam Adli untuk mencabar keputusan UPSI yang menggantungnya kerana melanggar peraturan universiti.
Beliau tidak menetapkan sebarang kos setelah mengambil kira pemohon (Adam Adli) adalah seorang pelajar.
Hakim Zaleha berkata perbuatan Adam Adli (gambar) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Disember 2011 telah mendapat publisiti meluas dan sebagai pelajar UPSI, nama UPSI turut tercalit dan pihak universiti berhak mengambil tindakan disiplin terhadapnya.

"UPSI memberitahu mahkamah bahawa Adam Adli telah diberi peluang untuk mengemukakan kesnya dan beliau boleh menghantar wakil," katanya. "Tetapi pemohon menolak untuk menghantar wakil dalam prosiding jawatankuasa tatatertib UPSI dan tidak memberi sebarang bantahan semasa prosiding dijalankan.
"Beliau tidak hadir walaupun telah dimaklumkan sebelum itu dan Adam Adli hanya menghantar wakil untuk mengetahui keputusan pihak jawatankuasa sahaja," katanya.
Tambahnya, afidavit jawapan Adam Adli juga tidak mempertikai dakwaan responden berhubung alasan kenapa keputusan penggantungan dibuat.
Hakim Zaleha berkata Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 2009 yang dipinda turut memberi hak kepada jawatankuasa tatatertib UPSI mengendalikan prosiding terhadap pelajar dan ianya sah.
Pada 17 April 2012, Adam Adli, 24, pelajar semester kelima Pengajian Inggeris sebagai Bahasa Kedua, memfailkan permohonan tersebut dengan menamakan UPSI, jawatankuasa rayuan tatatertib dan kerajaan sebagai respondan.
Beliau memohon supaya Mahkamah Tinggi membatalkan keputusan jawatankuasa rayuan pada 8 Mac 2012 yang menolak rayuannya terhadap perintah jawatankuasa tatatertib UPSI yang menggantungnya.
Pada 9 Jan 2012, jawatankuasa tatatertib memerintahkan penggantungan selama tiga semester ke atas Adam Adli yang akan berakhir penghujung September tahun depan.
Dalam permohonannya itu, Adam Adli berkata dia didapati bersalah oleh jawatankuasa tatatertib kerana memburukkan nama universiti itu dan mengganggu ketenteraman serta keselamatan awam. Peguam Mohd Afiq Mohd Noor yang mewakili Adam Adli memberitahu pemberita, pihaknya akan mengemukakan rayuan. 
- Bernama

Agamawan, seniman dan profesional bergabung sokong PAS

Posted: 26 Apr 2013 12:22 AM PDT

15 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


(Zamri berucap di majlis dekat Keramat malam tadi)

KUALA LUMPUR: Gandingan agamawan, seniman dan profesional dalam program ceramah di Datuk Keramat malam tadi berjaya menarik orang ramai untuk bersama-sama dari awal hingga ke akhir program.

Kehadiran Bekas Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional (UPNM) Leftenan Jeneral (B) Datuk Ir Ismail Samion yang baru menyertai PAS pagi semalam dan juga Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said membuatkan orang ramai termasuk orang muda tidak berganjak dari tapak program.

Kira-kira 100 kerusi di bawah khemah dipenuhi golongan yang agak berusia sementara orang muda berdiri di tepi khemah, di bawah pokok dan duduk santai di atas motosikal mendengar intipati ucapan.

(Semuanya menyokong Zamri4Titiwangsa...Datuk Ismail dua dari kanan)

Malam tadi, selain calon PAS Titiwangsa Ahmad Zamri As'ad Khuzaimi, Ismail Dan Pak Samad, PAS Titiwangsa turut menampilkan bekas Timbalan Ketua Akauntan Negara Datuk Jamaluddin dan juruterbang yang masih berkhidmat dengan salah satu syarikat penerbangan, Rashidi Ishak sebagai penyuntik semangat kepada orang ramai untuk bersama PAS.

Turut menyampaikan ceramah ialah Ustaz Raihan Abdul Aziz yang sering muncul di rancangan Tanyalah Ustaz TV9.

Pak Samad, selain membaca puisi seperti kebiasaan apabila diundang ke setiap program, turut menitipkan pesanan kepada orang ramai agar memilih Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

"BN kata tidak mungkin Pakatan Rakyat boleh hapuskan tol, wujudkan pendidikan percuma. Tidak mungkin kerana Pakatan belum berkuasa. Sebaik ia bermula (berkuasa) segala yang dikatakan tidak mungkin akan jadi mungkin.

"Saya harap sangat orang Melayu janganlah mudah terpedaya dengan pemimpin tertentu Melayu. Biarlah pemimpin itu syahdu, orangnya jujur, ikhlas, berpandangan jauh dan berkebajikan, itu pemimpin yang kita harus pilih. Orang yang bukan Melayu pun nampaknya ada jalan yang bagus.

"Kita tidak boleh lagi biarkan kuasa yang lama berterusan. Oleh kerana itu saya sangat berharap setidak-tidaknya sekali ini kita memberikan kuasa kepada Pakatan Rakyat," katanya.

Bekas pengamal media berusia 81 tahun itu juga kesal dengan sikap pemimpin BN yang memburuk-burukkan bangsa lain semata-mata ingin mengekalkan kuasa.

Tegasnya, menjelang PRU13, pemimpin BN mula menimbulkan kegelisahan kononnya kuasa Melayu semakin terhakis kerana kebangkitan bangsa lain.

(Pak Samad berucap dan membaca puisi malam tadi)

"Yang memimpin kita di atas ialah pemimpin Melayu, yang di atas lagi ialah Raja-raja Melayu, yang memimpin kita Perdana Menteri Melayu, dan  menteri kebanyakannya Melayu, askar juga melayu tapi mereka kata Melayu sedang jatuh.

"Saya selalu bertanya kenapa harus berlaku jika dalam 56 tahun ini yang di atas kita semuanya Melayu kenapa Melayu pula (yang dikatakan) sedang jatuh?

"Pernahkah kita bertanya itu? Saya lihat dan saya kaji akhirnya saya jumpa bahawa itu adalah satu cara untuk mendapatkan sokongan Melayu. Sebenarnya Melayu tidak jatuh tapi pemimpin Melayu yang menjatuhkan Melayu.

"Sesekali bila pilihan raya mereka (Umno) mengunakan Orang Cina sebagai alasan bahawa kita (Melayu) dalam bahaya," katanya.

harakahdaily/-

Manifesto PR lebih penuhi harapan rakyat - UMCEDEL

Posted: 26 Apr 2013 12:12 AM PDT

15 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

(Hasil kajian UMCEDEL terhadap manifesto Pakatan dan BN)

KUALA LUMPUR: Kajian yang dijalankan oleh Pusat Kajian Pilihan Raya dan Demokrasi Universiti Malaysia (UMCEDEL) mendapati, rata-rata pengundi bersetuju bahawa manifesto Pakatan Rakyat lebih memenuhi harapan rakyat berbanding manifesto BN.

Dalam kajian terhadap 1,407 responden pengundi berdaftar yang dibuat pusat kajian itu, 42 peratus dari mereka bersetuju terhadap manifesto Pakatan Rakyat dan hanya 36 peratus bersetuju dengan manifesto BN, manakala 22 peratus memilih tidak pasti.

"Ini dalam keadaan manifesto BN dibentang secara langsung dua jam dalam televisyen, dan media memainkannya hampir setiap hari selepas daripada itu," kata pengarahnya Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Universiti Malaya semalam selepas membentangkan hasil kajian bertajuk Pilihan Pengundi Menjelang Hari Mengundi dalam PRU13.

Kajian tersebut dijalankan bermula pada 3 April iaitu hari pembubaran parlimen, sehingga ke hari penamaan calon pada 20 April lalu.

Antara tawaran paling memberi kesan kepada pengundi adalah tawaran penurunan harga minyak yang dijanjikan Pakatan Rakyat jika berjaya menguasai pentadbiran negara.

Tawaran lain yang turut disokong pengundi termasuklah, menghapuskan tol, menurunkan harga kereta, penurunan caj elektrik dan harga air lebih rendah, penghapusan PTPTN, pemberian permit teksi individu serta gaji minima.

Dari segi pecahan kaum, masyarakat Cina adalah paling tinggi bersetuju bahawa manifesto Pakatan Rakyat lebih memenuhi hasrat rakyat dengan 61 peratus, Melayu 37 peratus manakala India 21 peratus.

Bagi BN pula, majoriti yang mengatakan manifesto BN lebih memenuhi hasrat rakyat adalah kaum India dengan 53 peratus, Melayu 38 peratus manakala Cina 25 peratus.

"Kita bertanyakan kepada mereka, dan kebanyakan mereka ini menyatakan memperolehi maklumat manifesto Pakatan Rakyat ini daripada internet dan media alternatif," kata Dr Ridhuan.


haraklahdaily/-

Madrasah musnah sekelip mata

Posted: 26 Apr 2013 12:11 AM PDT

Foto15 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

KUALA KETIL: Lime belas pelajar Madrasah Nurul Islah, Pondok Ustaz Bakar, Parit Panjang, di sini, tinggal sehelai sepinggang selepas pondok mereka musnah dalam kebakaran, kira-kira 8.15 malam tadi.
Kejadian dikatakan berlaku ketika semua pelajar terbabit sedang membaca Yasin di surau madrasah berkenaan.

Pengetuanya, Mohamad Fadzil Abd Hamid, 34, berkata kebanyakan pelajar yang mendiami pondok itu adalah mereka yang berusia antara 13 hingga 18 tahun.

Menurutnya, wang tabungan RM3,000 yang disimpan dalam pondok bendahari madrasah berkenaan turut hangus selain kitab mengaji.

sinar/-

NGO gesa pengundi Tamil boikot BN

Posted: 25 Apr 2013 11:58 PM PDT

15 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

Angkatan Kemajuan Tamil Malaysia akan mengadakan satu himpunan pemuda-pemuda Tamil Malaysia di Kulim, Ahad ini.
PETALING JAYA: Pengundi masyarakat India keturunan Tamil digesa memboikot Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum 5 Mei depan.

Berhubungan dengan itu, Angkatan Kemajuan Tamil Malaysia akan mengadakan satu himpunan pemuda-pemuda Tamil Malaysia di Kulim, Ahad ini.
Presidennya, A Kalaimughilan berkata, pihaknya telah menghantar surat rasmi dan memorandum dengan empat tuntutan supaya mengisythiarkan sekatan ekonomi ke atas kerajaan Sri Lanka.
NGO itu mendakwa kerajaan Sri Lanka telah membunuh beribu-ribu orang Tamil yang tidak berdosa dan bersalah.
"Tetapi kerajaan BN dan Perdana Menteri, Datuk Seri  Najib Tun Razak  tidak memandang isu ini lebih serius.
"Jadi perhimpunan ini akan menjadi satu pengajaran kepada kerajaan BN yang tidak menghormati perasaan masyarakat Tamil Malaysia," tambahnya.
Kata Kalaimughilan,  ceramah khas juga akan diadakan dengan mengetengahkan isu Gaza (pembunuhan kejam orang Islam di Palestin).
Beliau berkata,  kerajaan BN tidak memberi begitu tumpuan dan kepentingan malah mereka hanya menggunakan isu Palestin untuk menarik perhatian pengundi Islam.
Kalau betul Perdana Menteri peka terhadap isu Gaza , kenapa pula kerajaan memberi peluang perniagaan kepada orang Yahudi di sini, tanya Kalaimughilan.
FMT/-

‘Tipu pilihanraya, kita turun jalanraya’

Posted: 25 Apr 2013 11:47 PM PDT

15 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

Hishamuddin Rais memberi ingatan tersebut dalam satu ceramah di Felda Pasir Besar, Gemas.
GEMAS: Aktivis reformasi, Hishamuddin Rais, memberi ingatan bahawa jika berlakunya unsur penipuan dalam Pilihan Raya Umum ke-13  kali ini, rakyat tidak akan teragak-agak turun ke jalanraya menuntut keadilan.

Beliau berkata demikian dalam satu ceramah di Felda Pasir Besar yang terletak di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gemas  kelmarin.
Gemas menjadi popular sejak tiga tahun lepas berikutan kontroversi Pusat Fidlot Negara atau lebih dikenali NFC terletak di sini.
Walaubagaimanapun jumlah orang ramai yang hadir pada malam itu tidak memberangsangkan.
FMT difahamkan oleh penganjur bahawa ramai pengundi sekitar di DUN Gemas telah pergi ke bandar Segamat untuk mendengar ceramah  Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada malam yang sama.
Perjalanan dari Gemas ke Segamat hanya mengambil masa lebih kurang 30 minit sahaja.
Hishamuddin memulakan ceramah dengan memberi penjelasan tentang usaha Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor pada tahun lepas  di bawah pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, telah jalankan satu siasatan daftar pengundi, dengan membelanjakan RM5 juta.
"Selama enam bulan Kerajaan Selangor telah pergi rumah ke rumah memeriksa dan menyelidik dan telah menemui 134,000 mamat- mamat, minah-minah yang tidak ketahui jantan betinanya.
"Mamat-mamat, minah-minah ini diimport ke negeri Selangor bertujuan untuk menjatuhkan Kerajaan Negeri Selangor (Pakatan Rakyat).
"Saya rasa di Negeri Sembilan ini permasalahan pengundi hantu ini tidaklah seberat yang sedang berlaku di Selangor.
Kes penipuan
"Di Selangor, saya hendak beritahu satu lagi permasalahan, satu lagi kes penipuan yang dirancang oleh Suruhanjaya Pilihanraya. Awal  bulan ini penyandang ahli parlimen Klang, Charles Santiago (DAP) telah membawa kes ke Mahkamah Tinggi Shah Alam.
"Charles membuat aduan bahawa telah kehilangan 5,000 nama pengundi (di parlimen Klang).
"Pada masa yang sama penyandang ADUN Kampung Medan, Haniza Talha membuat aduan bahawa 4,000 nama pengundi hilang (di DUN  Kampung Medan).
"Kes yang dibawa oleh Charles ke Mahkamah Tinggi Shah Slam, telah dibuang manakala kes Kampung Medan belum didengar.

"Apa yang ingin saya katakan di sini ialah pada ketika ini terlalu ramai orang hilang nama. Entah ke mana perginya (nama pengundi), mungkin telah dibaham jin dan hantu," jelas Hishamuddin dan ini membuat para hadirin ketawa besar.
Hishamuddin berkata itulah hakikat yang banyak berlaku di Selangor. Justeru beliau meminta orang ramai yang hadir menyemak nama (daftar pengundi) dari sekarang sebelum hari mengundi.
"Kes kehilangan nama ini berlaku begitu banyak sekali di seluruh negara. Pada 5 Mei ini akan ada kumpulan pemantau yang disusun Bersih dan NGO. Mereka akan jadi pemantau.
Muka-muka tidak dikenali
"Adalah hak tuan-tuan, jikalau ternampak muka-muka yang tidak dikenali. Tuan-tuan berhak bertanya siapa mereka. Malah jika tuan mengesyaki mamat-mamat atau minah-minah Indon atau Bangla, pegang dia dan hantar kepada polis.
"Ini dipanggil 'citizen arrest'. Ini adalah hak kita sebagai warganegara. Jangan takut, jangan segan. Ini negara kita, maka kitalah yang bertanggungjawab. Bukan Bangla, bukan Indon, bukan Myanmar," tegas Hishamuddin.
Hishamuddin turut mengingatkan bahawa sebagai rakyat Malaysia perlu menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
"(Kalau syak), ambillah tanggungjawab ini, beranikan hati, tanya dia: 'kau dari mana? siapa nama? mak kau siapa? atuk kau siapa? kau cucu siapa ni?
"Ini penting kerana penipuan-penipuan ini dirancang.
"Perancangan penipuan ini dilakukan dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihanraya, dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara. Ini bukan tohmah daripada Hishamuddin Rais, ini bukan fitnah daripada Hishamuddin Rais.
"Ini adalah fakta hasil daripada siasatan (Suruhanjaya DiRaja) yang dijalankan di Sabah.," kata Hishamuddin.
Ke mana kita akan pergi
Hishamuddin berkata kali ini adalah pilihan raya yang akan menentukan garis ke mana rakyat akan pergi.
"Jikalau pilihan raya kali ini, dia melakukan penipuan; saya telah mencadangkan, jika berlaku lagi penipuan, maka tidak ada jalan lain melainkan turun ke jalanraya.
"Bersih 1.0, Bersih 2.0, Bersih 3.0 dan Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) 12 Januari (2013), 500,000 rakyat dari seluruh
Semenanjung telah berhimpun secara aman di Stadium Merdeka.

"Apakah maknanya? Apakah maknanya 500,000 orang yang berkumpul pada petang itu?
"Tujuan kita membuat HKR itu ialah untuk memberi amaran kepada Najib (Perdana Menteri), Muhyiddin (Timbalan Perdana Menteri), Mahathir (bekas Perdana Menteri) dan Rosmah (isteri Perdana Menteri); 'jangan tipu pilihan raya.'
"Jangan tipu pilihan raya…jangan tipu pilihan raya… jangan tipu pilihan raya…
"Tipu pilihanraya, kita turun ke jalanraya," berucap Hishamuddin bersemangat dan orang ramai menjerit menyatakan persetujuan 'ya'.
Hishamuddin meneruskan ucapan dan berkata: "Justeru saya menyeru ibu-ibu, bapa-bapa, marilah kita sama-sama jatuhkan kerajaan ini.
"Kita tidak perlu lagi takut, kita tidak perlu lagi berselindung; memang niat akidah, cita-cita kita ialah untuk jatuhkan United Malay
National Organization. Tidak ada aak..eek..uuk, memang kita hendak jatuhkan kerajaan United Malay National Organization.
"Kita hendak gantikan kerajaan ini dengan sebuah kerajaan yang lebih adil dan demokratik yang akan menjalankan satu pilihan raya yang bersih dan adil.
Pada malam yang sama Hishamuddin turut berceramah di Felda Sungai Kelamah yang juga terletak di dalam DUN Gemas. Intipati ucapan ceramah beliau lebih kurang sama dengan ucapan di Felda Pasir Besar.
Lawak jenaka
Walaubagaimanapun ada elemen lawak jenaka beliau yang menggamatkan seketika malam dingin tersebut.
"Berapa berat Rosmah (isteri Perdana Menteri) tidak penting, berapa gemuk Rosmah tidak penting, berapa besar seluar dalam Rosmah tidak penting; yang penting kita bersatu jatuhkan Umno," kata Hishamuddin dan orang ramai yang hadir ketawa besar kerana tidak tahan dengan lawak jenaka Hishamuddin.
Sementara orang ramai yang hadir tidak melepaskan peluang mengerumuni Hishamuddin untuk membeli buku tulisannya yang terbaru 'Tipu pilihanraya, turun jalanraya' dan mendapatkan tandatangan (autograf) beliau.
DUN Gemas akan menyaksikan pertembungan satu lawan satu di antara Abdul Razak Abdul Said (BN) dan Karip Mohd Salleh (PKR).
Komposisi pengundi DUN Gemas ialah Melayu 82.56 peratus, Cina 8.31 peratus, India 5.30 peratus dan lain-lain 3.83 peratus.
Jumlah pengundi DUN Gemas ialah 22,771 pengundi.
FMT/-

Polis buru empat remaja

Posted: 25 Apr 2013 11:46 PM PDT

15 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

Kuala Lumpur: Polis Daerah Dang Wangi, memburu empat remaja termasuk seorang perempuan yang dipercayai melakukan ugutan menggunakan senjata api serta mencederakan anak seorang pegawai kanan kerajaan negeri Pahang, di Jalan Changkat, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 3.45 pagi itu, perselisihan faham bermula ketika kereta Proton Satria dipandu mangsa, Mohamad Noor Ikmal Ibrahim, 19, yang juga seorang pelajar jurusan pendidikan Universiti Selangor (UNISEL) bersama tiga rakannya terhimpit dengan kereta dinaiki suspek ketika keadaan jalan kawasan berkenaan sesak. 

Tarik mangsa keluar 

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad, berkata suspek dilaporkan menarik keluar mangsa dan seorang rakannya sebelum menampar, memijak dan menendang mangsa di kawasan berkenaan dengan disaksikan orang ramai.

Selepas mencederakan mangsa, suspek kembali ke kereta BMW berwarna hitam menggunakan nombor pendaftaran WTV5338 dan mengambil sepucuk pistol serta menghalakannya ke arah mangsa namun tidak melepaskan sebarang tembakan.

Suspek kemudiannya bertindak merempuh bahagian belakang kereta mangsa hingga mengakibatkan mangsa berasa takut dan memecut keretanya untuk menyelamatkan diri sebelum menyedari keretanya diekori suspek sejauh tiga kilometer dari tempat kejadian, katanya ketika dihubungi, semalam.

Katanya, akibat bimbang dengan keselamatan mereka, mangsa dan rakannya yang turut mengalami kecederaan akibat dipukul suspek kemudian membuat laporan polis di Balai Polis USJ 8, Subang Jaya. 
Siasatan awal yang dijalankan mendapati nombor pendaftaran kereta dipandu suspek adalah nombor palsu selepas semakan polis mendapati nombor berkenaan didaftarkan ke atas sebuah kereta Proton Saga.

Siasat rakaman

Sehingga kini polis sedang menjalankan siasatan lanjut berdasarkan rakaman kamera litar tertutup di lokasi kejadian bagi mengesan semua suspek mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan serta Seksyen 506 kanun yang sama atas kesalahan mendatangkan ugutan jenayah.

Saksi kejadian ini diminta menghubungi Rakan Cop Polis KL di talian 03-21159999 atau Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Dang Wangi di talian 03-26002391.

Berita harian/-

'Runner' JPJ maut kena tiga tembakan

Posted: 25 Apr 2013 11:44 PM PDT

15 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -
'Runner' JPJ maut kena tiga tembakanAnggota forensik memeriksa mayat Ragunathan yang ditembak di luar pejabat JPJ Jalan Seremban-Tampin, semalam. - Foto Hazreen Mohamad
Seremban: Seorang lelaki yang bertindak sebagai orang tengah atau runner bagi mengendalikan pelbagai urusan di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Jalan Seremban-Tampin, di sini, maut ditembak dalam keretanya, semalam.

Dalam kejadian di luar kawasan pejabat JPJ itu, kira-kira jam 9.30 pagi, N Ragunathan, 39, dihampiri dua lelaki menunggang sebuah motosikal Yamaha 125Z sebelum pembonceng mengeluarkan pistol dan melepaskan tiga das tembakan ke arahnya. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid, berkata dalam keadaan parah, mangsa cuba memandu untuk mendapatkan bantuan, namun terbabas kira-kira 40 meter dari tempat kejadian dan mati di situ. 

Tembak kepala, badan

Siasatan mendapati suspek melepaskan tiga das tembakan yang terkena pada kepala dan badan mangsa, katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan di sini, semalam.

Hamdan berkata, polis masih menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, termasuk kemungkinan kejadian itu mempunyai kaitan dengan pembunuhan seorang ahli perniagaan di persimpangan lampu isyarat Jalan Sungai Ujong berhampiran Taman AST di sini, 12 April lalu.

Modus operandi digunakan suspek dalam kedua-dua kejadian itu mempunyai persamaan dan dipercayai bermotifkan dendam. 
Sementara itu, Hamdan berkata, pihaknya menerima laporan 130 kes pergaduhan membabitkan penyokong parti politik di negeri ini akibat perselisihan faham berkaitan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sejak 28 Mac lalu.

Daripada jumlah itu, katanya polis membuka 46 kertas siasatan dan setakat ini sudah mendakwa tujuh lelaki di Mahkamah Majistret Seremban di sini, Selasa lalu, atas kesalahan bergaduh di tempat awam.

Berita Harian/-

Debat: Adnan kata tiada masa, Najib tetap enggan

Posted: 25 Apr 2013 11:35 PM PDT

15 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

KUANTAN: Setiausaha Menteri Besar Sementara Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata jadual bosnya penuh dan tiada masa untuk berdebat dalam debat manifesto anjuran Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia Negeri Pahang  (Gamis Pahang).

Pengerusi Gamis Pahang Ahmad Fatihi Mathtar yang dihubungi Harakahdaily sebentar tadi untuk mendapatkan perkembangan lanjut mengenai debat manifesto antara Adnan dan Pesuruhjaya PAS Pahang Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man selaku calon MB PR yang dipilih Gamis berkata setiausaha Adnan memberikan alasan tiada masa.

"Kami tetap meminta beliau memberikan satu masa. Debat ini penting untuk rakyat Pahang untuk menilai siapa yang lebih layak diangkat sebagai kerajaan mereka 6 Mei ini," kata Fatihi.

Fatihi berkata beliau akan terus cuba untuk mendapatkan tarikh daripada Adnan. Tuan Ibrahim sudahpun memberikan persetujuan untuk menghadiri debat dan sekarang hanya menunggu Adnan untuk memberikan masa.

Di Facebook, semakin ramai rakyat Pahang mendesak agar debat ini diadakan selepas berita Gamis menganjurkan debat ini dipaparkan di Harakahdaily.

"Doa untuk debat ini dapat dilangsungkan untuk rakyat Pahang," kata seorang guru dari Taman Tas yang sudah bersara.

Sementara itu, Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak tetap enggan berdebat dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata demikian ketika wawancara dengan Al Jazeera walaupun kajian UMCEDEL menunjukkan lebih 60 peratus pengundi mengharapkan debat itu dapat dilangsungkan sebelum hari mengundi.

"Ada pelbagai cara untuk mencapai orang awam, kedua-dua parti politik mempunyai banyak ruang di Malaysia… debat tidak akan diadakan, kita perlu berinteraksi dengan rakyat, pembangkang perlu berinteraksi dengan rakyat," Najib memberitahu Al-Jazeera dalam satu temuramah yang bakal disiarkan besok.

Harakahdaily/-

Comments posted (0)

YB BN

YB PAS

YB PKR

YB DAP