Nuffnang

:: cina islam | 2011 ::

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 7:16 PG

:: cina islam | 2011 ::


Peniaga maut ditembak 7 kali

Posted: 02 Apr 2013 05:35 AM PDT

21 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


GEORGETOWN -  Seorang peniaga maut selepas terkena tujuh das tembakan yang dilepas lelaki tidak dikenali di Lingkaran Pantai Jerjak dekat  sini pada 4.40 petang tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata,ketika kejadian, mangsa, S.Arumugam, 48, dari Changkat  Minden, Sungai Gelugor sedang memandu kereta jenis Hyundai Matrix dengan ditemani seorang rakan.

"Ketika sampai di persimpangan jalan, datang dua lelaki menaiki sebuah motosikal yang memakai topi keledar penuh dan seorang  daripada mereka telah melepaskan tempakan dan terkena bahagian badan serta kepala mangsa.

"Rakan mangsa yang turut berada dalam kereta ketika tembakan dilepaskan berjaya melarikan diri, dan sepasukan anggota polis  telah diarah untuk mengesan suspek dan rakan mangsa," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Mazlan berkata, mangsa, yang memiliki rekod jenayah lampau, mati di tempat kejadian dan motif masih disiasat.

"Berdasarkan maklumat daripada pasport mangsa yang ditemui, didapati mangsa baru balik dari sempadan di utara," katanya sambil  menambah kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Bernama

Parlimen bubar seawal esok

Posted: 02 Apr 2013 05:34 AM PDT

21 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Parlimen bubar seawal esok
Perdana Menteri dijangka buat pengumuman selepas mesyuarat terakhir kabinet

Kuala Lumpur: Parlimen dijangka dibubarkan seawal esok selepas mesyuarat Kabinet di Putrajaya bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) diadakan. 

Ini berikutan pengedaran surat daripada Jabatan Perdana Menteri meminta semua Ahli Jemaah Menteri hadir pada mesyuarat itu lengkap berpakaian lounge suit berwarna gelap dan bertali leher berwarna merah untuk sesi bergambar. 

jika Parlimen dibubar esok, SPR akan mengadakan mesyuarat khas secepat mungkin untuk menetapkan tarikh penamaan calon dan tarikh mengundi" Datuk Wan Ahmad Wan Omar, Timbalan Pengerusi SPR

Mengikut amalan sebelum ini, Ahli Jemaah Menteri akan bergambar bersama Perdana Menteri dan timbalannya pada mesyuarat terakhir Kabinet sebelum pengumuman pembubaran Parlimen selepas mesyuarat.

Difahamkan sesi bergambar diadakan sebelum mesyuarat Kabinet esok dan Datuk Seri Najib Razak mengadakan sidang media bagi mengumumkan pembubaran Parlimen selepas itu. 

Mengikut kelaziman, Perdana Menteri akan menghadap Yang di-Pertuan Agong sebelum mesyuarat Kabinet bagi memohon perkenan pembubaran Parlimen.

Beberapa Menteri yang dihubungi mengesahkan menerima surat itu dan tidak menolak kemungkinan Najib mengumumkan pembubaran Parlimen selepas mesyuarat Kabinet esok seperti kelaziman sebelum ini. 

Tempoh 60 hari adakan PRU-13

"Saya sudah menerima surat dan mungkin ini adalah mesyuarat Kabinet terakhir penggal ini kerana mengikut tradisi Perdana Menteri sebelum ini, Parlimen dibubarkan selepas itu," kata seorang Menteri kepada BH semalam.

Jika Parlimen dibubarkan esok, ia genap empat tahun Najib menerajui negara selepas dilantik menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2009. 

Tempoh satu penggal atau lima tahun Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) akan berakhir pada 30 April ini dan Parlimen akan terbubar secara sendiri jika tidak dibubarkan sebelum tarikh itu.

Selepas itu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai tempoh 60 hari sehingga selewat-lewatnya bulan Jun untuk mengadakan PRU-13 bagi membentuk kerajaan baru.
Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan menjadi negeri pertama terbubar secara automatik pada Khamis lalu dan kini ditadbir kerajaan sementara yang diterajui Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Sementara itu Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata jika Parlimen dibubarkan esok SPR akan mengadakan mesyuarat khas secepat mungkin untuk menetapkan beberapa perkara dasar seperti daftar pemilih, watikah kepada pegawai SPR, tarikh penamaan calon tarikh mengundi.

Berita Harian/-

Hadi: PAS tanding 237 kerusi DUN, 76 parlimen

Posted: 02 Apr 2013 05:30 AM PDT

21 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menganggap agihan  kerusi antara PAS dengan parti-parti komponen Pakatan Rakyat telah selesai dan "kalau ada pun telalu kecil sangat yang melibatkan masalah teknikal".

NONESehubungan itu, katanya, PAS akan bertanding 76 kerusi parlimen - bertambah 10 kerusi berbanding pilihan umum lalu dan 237 kerusi DUN.

Hadi menyatakan demikian ketika menjawab soalan dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat parti itu pagi ini untuk mengumumkan calon-calon kerusi Parlimen.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang hadir dalam sidang media itu turut mencelah ada "dua atau tiga" kerusi DUN berkurangan berbanding pilihan raya lalu.

Abdul Hadi juga berkata parti itu juga akan meletakkan calon dari Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dan lebih 20 calon dari Dewan Muslimat.

NONEAhli parlimen Marang itu juga berkata calon parti juga akan bertanding di kawasan yang dianggap kerusi dengan pengundi campuran dan menegaskan PAS berjaya memecahkan benteng perkauman sehingga pengundi Cina boleh menolak calon komponen BN.

"Dan (mereka) mengundi calon PAS dan PKR yang bukan Cina dan India dan dalam keadaan fanatik Umno menyokong calon MCA, MIC dan Gerakan," katanya.  

Sementara itu dalam sidang media itu juga, Abdul Hadi turut mengumumkan kemasukan bekas Duta Besar Arab Saudi dan Iran Datuk Adnan Othman ke dalam parti itu.

Adnan juga pernah berkhidmat secara kontrak sebagai pesuruhjaya tinggi Cranberra, Australia pada 2001.

Harakahdaily/-

Anuar Tahir cabar MB Perlis bagi bukti

Posted: 02 Apr 2013 05:28 AM PDT

21 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


KANGAR: PAS Perlis mendakwa kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Md Isa Sabu sebagai memalukan apabila beliau cuba mebuat andaian buruk membabitkan parti pembangkang.

Dalam kenyataannya yang dipetik Bernama, Md Isa menyifatkan parti pembangkang kini menonjolkan diri melalui projek dan program kerajaan dengan mendakwa apa yang dinikmati rakyat adalah hasil perjuangan mereka.

Md Isa berkata demikian pada majlis penyampaian bantuan di bawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar di Simpang Empat baru-baru ini.

Mengulas tuduhan Md Isa itu, Timbalan Pesuruhjaya  PAS Perlis, Mohd Anuar Tahir(gambar) bekata kenyataan yang dikeluarkan Menteri Besar itu adalah tidak berasas dan tidak bertanggung jawab.

"Apa logiknya tuduhan beliau itu mengatakan pembangkang menonjolkan diri melalui projek dan program kerajaan? 

"Md Isa kena buktikan tuduhan ini dan bukannya melemparkan tuduhan seperti ini. Bila, di mana dan siapakan pemimpin pembangkang yang berkata sedemikian? 

"Bercakaplah dengan fakta dan jangan buat andaian murahan sebegini. Menteri Besar kena bertanggungjawab kepada rakyat dan bukan bercakap seperti di kedai kopi. 

"Jangan perlekehkan gelaran YAB itu menerusi cakap kosong yang memualkan," katanya.



YDP MPK tidak bertanggungjawab



Dalam perkembangan yang sama, Bernama turut memetik kenyataan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar (MPK), Rosley Mat yang menyatakan pembangkang pernah menolak pembangunan di kawasan bandar Kangar termasuk cadangan memindahkan Pasar Besar Kangar ke Kampung Sena beberapa tahun lalu.

Beliau dipetik berkata bahawa kini pihak pembangkang mengubah kenyataan dengan mengatakan perpindahan itu adalah hasil perjuangan mereka.

Mengulas ini, Mohd Anuar berkata, kenyataan Rosle selaku penjawat awam sangat tidak bertanggungjawab dalam mengeluarkan kenyataannya.

Memetik kata-kata Rosley ketika pejumpaan dengan pimpinan PAS Perlis pada 22 Februari lalu, Mohd Anuar meminta beliau bertanggungjawab dengan kenytaaannya yang mendakwa pihaknya dan MPK adalah professional dan tidak menyebelahi mana-mana parti politik.

"Nampak sangat kata-kata beliau itu bersifat palsu dan 'bertanam tebu di bibir'. Beliau kena bertanggungjawab dalam membuat sebarang kenytaan atau ucapan, jangan mengada-adakan sesuatu hanya kerana nak mengampu MB. 

"Kenyataan beliau sebegini menampakkannya sebagai tidak adil, berat sebelah dan tidak jujur. Kami tegaskan, kalau YDP MPK sendiri terlalu ingin berpolitik, letak jawatan dan bergiat dalam politik kepartian. Mana tahu mungkin dipilih jadi calon BN nanti," tegasnya.

Harakahdaily/-

Nik Aziz: Pas tiada masalah jika Parlimen bubar esok

Posted: 02 Apr 2013 05:23 AM PDT

21 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Nik Aziz


Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
KOTA BHARU - Pas tidak menghadapi sebarang masalah sekiranya Dewan Rakyat dibubarkan esok, kata Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.


"Senarai calon, kita kira sudah selesai... tiada masalah," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya di Kota Darul Naim di  ini, hari ini.



Nik Abdul Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Malaysia hari ini yang membayangkan  kemungkinan pembubaran itu bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) diadakan.



Akhbar berkenaan membuat andaian itu berikutan apa yang disifatkan sebagai arahan supaya anggota Jemaah Menteri lelaki hadir  pada mesyuarat Kabinet esok lengkap berpakaian berwarna gelap dan bertali leher berwarna merah untuk sesi bergambar.



Sebelum ini, Nik Abdul Aziz dilaporkan berkata kerajaan negeri Kelantan dijangka dibubarkan serentak dengan Parlimen.



Sementara itu, Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud berkata hari terakhir tempoh mandat lima  ahun Dun berkenaan ialah pada 28 April ini. - Bernama



Reda setelah laungan azan

Posted: 02 Apr 2013 01:28 AM PDT

21 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Reda setelah laungan azan
Baharuddin (kanan) bersama penduduk setempat melaungkan azan ketika kebakaran berlaku.
BANGGOL KEMUNTING – Ketika pasukan bomba dan penyelamat bertungkus lumus memadamkan kebakaran, Pengarah Dun Bukit Panau, Baharuddin Yusoff mengambil langkah ikhtiar, dengan mengajak beberapa orang penduduk setempat, melaungkan azan bagi meredakan keadaan cemas ketika berlaku kebakaran kelmarin.

Laungan kuat dan sayu itu, merentasi pucuk api yang sedang gagah memamah rumah-rumah separuh kekal di sini. Langkah tersebut sedikit sebanyak membantu meredakan keadaan kelam kabut ketika itu.

"Itulah ikhtiar kami dalam saat-saat cemas begini. Alhamdulillah, laungan azan tersebut meredakan keadaan seketika. Syukur, tidak ada kemalangan jiwa terjadi di dalam kebakaran itu," katanya pada Sinar Harian.

Menurutnya, beliau mencadangkan agar kesemua mangsa tinggal di bangunan Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah-Sekolah (MAKDIS), kerana di situ penginapannya diberikan secara percuma.

Katanya, selain itu, di MAKDIS juga terdapat sebuah asrama anak-anak yatim yang boleh menempatkan 20 keluarga sekali gus, dengan menyediakan peralatan yang cukup dan selesa, seperti tandas, dewan, dapur dan bilik.

Di dalam kejadian kelmarin, sebanyak 13 buah rumah musnah terbakar menyebabkan penghuninya tinggal sehelai sepinggang.

Baharuddin juga menasihati mangsa supaya banyak bersabar kerana kesusahan mangsa juga ikut sama dirasai seluruh warga Tanah Merah.

"Ini semua ujian ALLAH. ALLAH nak uji kesabaran kita dalam hadapi dugaan seperti ini. Saya harap, teruskanlah hidup seperti biasa dan kesusahan mangsa tetap terbela," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Katanya, beliau sedang berbincang dengan pihak Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, bagi menyediakan tempat tinggal mangsa, sekiranya ada tapak yang sesuai.

"Kita tidak akan biarkan nasib mangsa tidak menentu. Kita akan usahkan sebuah penempatan baru, sekiranya ada tapak yang sesuai. Nasib mangsa mesti dibela," katanya.

sinar/-

Bukan K'tan, Tapi Pahang, Negeri PM Takda Air

Posted: 02 Apr 2013 01:20 AM PDT

21 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -



Lagi krisis air di Pahang, penduduk berdemo

Maran: Krisis air yang berlarutan tanpa penyelesaian melibatkan lebih 5,000 penduduk di tujuh kawasan penempatan yang mendapatkan bekalan air bersih dari Loji Air Kampung New Zealand dekat sini, menimbulkan kemarahan mereka.

Serentak dengan itu, beberapa orang penduduk telah tampil membantah secara aman di hadapan loji air berkenaan sambil mendesak Pengurusan Air Pahang (Paip) mengambil langkah segera bagi menangani masalah gangguan bekalan tersebut yang berlarutan sejak 10 tahun lalu.

Seorang wakil penduduk, Sheikh Abdul Halim Sheikh Hassan, 45, berkata, catuan bekalan air yang dilakukan pada setiap hari untuk tempoh tertentu sehingga menjejaskan aktiviti harian penduduk.

Menurutnya, keadaan bertambah menyulitkan penduduk apabila bekalan air terputus untuk beberapa hari pada setiap bulan dengan jadual penyaluran bekalan air yang tidak menentu.

"Apabila dibuat komplen, kami diberitahu bahawa catuan air terpaksa dibuat bagi membolehkan semua rumah penduduk dapat air kerana sumber air mentah terhad dan tidak dapat menampung keperluan penduduk "Tekanan air yang rendah turut memberi kesan pada rumah di kawasan tinggi. Perkara ini perlu diatasi segera demi keselesaan penduduk kerana ia adalah keperluan utama bahkan untu kehidupan.

"Sebelum ini diuar-uarkan telah beberapa kali kerja naik taraf loji tetapi nampaknya tidak memberi sebarang perubahan positif kerana gangguan bekalan air tetap berlaku seperti biasa," keluhnya.

Sheikh Abdul Halim berkata, kekerapan catuan bekalan air yang berlaku setiap hari sama ada siang atau malam sehingga menjejaskan tahap kebrsihan apabila pelbagai aktiviti harian tidak dapat dilakukan sengan sempurna.

Menurutnya, pakaian tidak dapat dicuci menggunakan mesin mengikut kesesuaian waktu penduduk memandangkan jadual bekalan air tidak menentu.

"Baru-baru ini ramai kanak-kanak kena jangkitan Rotavirus dan apabila air tiada, pakaian kotor dan berbau kesan cirit-birit serta muntah tidak dapat dicuci segera.

"Pinggan mangkuk terpaksa dibiarkan di sinki sehingga air ada semula. Bukan semua rumah ada tangki kerana nak beli tangki air bukannya murah.

"Air keperluan penting supaya kita dapat menjaga kebersihan dengan baik. Sebab itu kalau tiada air macam-macam penyakit boleh menular terutamanya kepada kanak-kanak," jelasnya.

Tambahnya, krisis air yang menimpa penduduk di sini turut amat merumitkan apabila ada penduduk mengadakan majlis kenduri kahwin dan peniaga warung makan yang berniaga sebagai sumber rezeki utama.

Sheikh Halim membayangkan, jika masalah seperti ini berlaku di Selangor atau Kelantan, beliau percaya akan berlaku demonstrasi setiap hari dan mendapat liputan televisyen.

Seorang lagi penduduk, Ghazali, berkata masalah air yang dideritai turut menyebabkan pelajar-pelajar sekolah mengalami masalah lewat ke sekolah kerana terpaksa mandi di sungai setiap pagi.

"Saya ada tiga anak yang bersekolah.

Mereka terpaksa bangun awal pagi, balik ke kampung untuk mandi dan patah semula ke sekolah, anak orang lain pun macm tu.

"Jadi sampai bila masalah ini hendak selesai? Kita harap perkhidmatan air yang sudah swasta ini segera diselesaikan jangan penduduk telefon pun tak mahu jawap. Bayangkan penduduk yang ada anak kecil, lagi susah," katanya.

Kawasan Kampung Felda New Zealand terletak dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Luit dan Parlimen Maran.
 
kelab grennboc/-

Bekas duta mahu beri khidmat terakhir dengan sertai PAS

Posted: 02 Apr 2013 01:19 AM PDT

21 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Bekas Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia, Datuk Adnan Othman secara rasmi diisytiharkan menyertai PAS hari ini.

Pengisytiharan tersebut dibuat oleh Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, pagi tadi.

Adnan bersama-sama pada sidang media itu dengan berkerusi roda kerana masalah kesihatan.

Lulusan University of Exeter, England  dalam bidang Sains Politik itu pernah berkhidmat di China ketika Malaysia baru menjalin hubungan dengan kerajaan China pada tahun 1974.

Selain itu, beliau juga pernah berkhidmat di Kanada dan Singapura.

Beliau dilantik sebagai Duta Besar Arab Saudi dan juga Iran sebelum bersara dan berkhidmat secara kontrak sebagai Pesuruhjaya Tinggi Cranberra Australia pada tahun 2001.

Bapa kepada empat cahaya mata dan datuk kepada tujuh cucu itu membuat keputusan menyertai PAS kerana yakin terhadap nalurinya yang merasakan PAS ialah parti yang paling sesuai dengan jiwa dan fikiran beliau.

Sementara itu, Ustaz Hadi berkata, kemasukan tokoh-tokoh berwibawa ke dalam PAS dapat membantu agenda perjuangan parti.

"PAS akan menggunakan khidmat segala pengalaman tokoh-tokoh ini untuk membantu PAS dalam melaksanakan agenda perjuangan kita lebih-lebih lagi jika kita diizin oleh Allah dapat sampai ke Putrajaya," katanya.

harakahdaily/-

Selamat tinggal kepada Apple iPhone?

Posted: 02 Apr 2013 01:15 AM PDT

Seorang eksekutif syarikat menunjukkan model keluaran terbaru Apple, iPhone 5 21 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -

LONDON - Telefon pintar anda mungkin tidak dapat lagi menandingi kuasa telefon pintar akan datang yang lebih hebat dan menakjubkan.

Tiga syarikat gergasi teknologi ketika ini sedang menyiapkan diri bagi memperkenalkan teknologi lebih canggih di masa hadapan.

Apple (AAPL), Google (GOOG) dan Samsung ketika ini sedang merangka kerjasama bagi mencipta jaringan yang lebih hebat di pasaran.

"Ini hanya permulaan yang hebat bagi teknologi baru. Akhirnya teknologi pintar mampu menjadi pakaian kita apabila ia memasuki pasaran," kata penganalisis, Gartner.

Menurut ABI Research, teknologi canggih ini bakal meledak di pasaran dalam tempoh beberapa tahun akan datang dengan 485,000 peranti tersedia yang boleh digunakan pelanggan menjelang tahun 2018.

Teknologi Google selepas ini mampu dikawal menggunakan arahan suara dan ia dijangka memasuki pasaran tahun ini atau awal tahun hadapan.

"Kami sedang berusaha keras bagi menyediakan produk terbaru ini," kata Naib Presiden Eksekutif Perniagaan Samsung, Lee Young Hee awal bulan ini.

Bagaimanapun, Samsung terpaksa bergantung pada sistem operasi Android Google.

Smartwatch Apple, dikenali sebagai iWatch juga bakal memasuki pasaran lebih awal dari jangkaan pengguna.

Ia mungkin berada di pasaran tahun ini atau awal Oktober semasa musim panas.

iWatch mempunyai fungsi sama seperti telefon pintar lain tetapi mempunyai ciri-ciri tambahan istimewa yang lain.

Ia akan menggunakan teknologi skrin sentuh dan boleh diaktifkan menggunakan kod suara pengguna.

sinar/-

DUN Sarawak bubar Isnin

Posted: 02 Apr 2013 01:08 AM PDT

21 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -

KUCHING:  Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini mengumumkan DUN Sarawak dibubarkan Isnin dan notis mengenainya telah dihantar kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng.

Memetik laporan Malaysiakini.com, Taib berkata demikian pada sidang media bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri  Muhyiddin Yassin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Sehubungan pembubaran itu, pilihan raya negeri akan diadakan dalam masa 60 hari menurut undang-undang pilihan raya. Manakala Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pula dijangka akan menetapkan tarikh penamaan calon dalam masa terdekat.

Kesemua 71 kerusi dijangka akan ditandingi, dengan parti-parti pembangkang, iaitu Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), dan Kongres Dayak Malaysia (MDC), menunjukkan kesediaan bertanding di kawasan pilihan raya yang strategik.

Dalam pilihan raya pada Mei 2006, BN hilang lapan kerusi kepada pembangkang. Enam dimenangi DAP dan masing-masing satu untuk KEADILAN dan bebas.

Pembangkang dilihat berada dalam keadaan yang lebih selesa untuk menghadapi BN pada pilihanraya negeri ini, selepas 3 tahun tercetusnya tsunami politik di semenanjung.

Ini kerana pelbagai isu yang berlingkar di bawah pentadbiran Taib Mahmud seperti isu tanah adat, kemiskinan, rasuah dan kekayaan yang dibolot Taib dan keluarganya, akan menjadi faktor beralihnya sokongan rakyat Sarawak terhadap BN.

sinar/-

Tarikh pilihan raya lebih payah dari hari raya

Posted: 02 Apr 2013 01:05 AM PDT

21 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -




KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man secara sinis melontarkan pertanyaan sama ada rakyat percaya atau tidak bahawa menentukan tarikh Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) lebih payah daripada tarikh hari raya.

Beliau mengemukakan pertanyaan itu melalui Facebook ekoran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak masih belum mengisytiharkan pembubaran Parlimen hingga kini.

Tulisan beliau seperi di bawah.

Percayakah anda: menentukan tarikh pilihan raya lebih payah dari menentukan tarikh hari raya.


Dalil: nak raya -» teropong -» nampak anak bulan -» esok raya.


Pilihan raya: teropong -» nampak bulan -» cancel -» teropong lagi -» nampak bulan sabit -» cancel lagi -» teropong lagi -» nampak roket -» cancel lagi

Punya payah nak pilih tarikh.....

harakahdaily/-

Apa motif 'Kelantan After Dark'

Posted: 02 Apr 2013 12:54 AM PDT

21 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -

Merujuk kepada akhbar inggeris tempatan, The New Sunday Times bertarikh 1 April 2013, yang telah membuat liputan mengenai isu gelaja sosial di Kelantan yang melibatkan remaja terutama dalam pelacuran,dadah dan perjudian dan Karoke, yang mana wartawan NSTP dibawa oleh seseorang ke tempat-tempt maksiat tersebut.
Kami meneliti video yang disertakan dalam web NSTP dimana mereka memaparkan lokasi karoke, pelacuran dan aktiviti black metal oleh sekumpulan kecil anak muda di Kelantan antaranya Sex Pistol dan sebagainya.

Selain itu ia memaparkan wawancara dua orang gadis yang telah terlibat dalam pelacuran. Mereka menyatakan kegiatan ini telah berlaku setahun lepas dan membuat secara kecil-kecilan dengan mencari pelanggan dari rakan-rakan lelaki mereka sehingga ke rakan-rakan lelaki yang lain. Antara sebab mereka berbuat demikian adalah kerana kos sara hidup untuk menampung yuran pengajian dan ingin hidup mewah.

Di sini timbul persoalan siapakah pihak yang bertanggungjawab membawa wartawan ke lokasi-lokasi maksiat tersebut, kenapakah beliau memilih untuk akhbar ini untuk membawa ke tempat-tempat tersebut.

Dari manakah pihak NSTP mendapat pihak yang mempunyai maklumat dalam isu ini dan mengapakan pihak yang membawa wartawan tersebut tidak terus melaporkan isu ini kepada pihak pencegah maksiat dibawah JAHEIK atau MPKB?

Pihak kami melihat tujuan pihak NSTP melaporkan isu ini di muka depan yang bertanjuk "Kelantan After Dark" ini bagi memberitahu bahawa di negeri Kelantan yang di gelar Serambi Mekah juga tidak terkecuali dari gelaja yang tidak bermoral ini.

Tiada negeri dalam Malaysia yang bersih dari Isu gelaja sosial, kerana bukan senang untuk mengawal manusia yang masing-masing mempunyai kehendak. Apa yang pentingnya ialah usaha daripada pihak berwajib dalam menangani isu ini.

Di Kelantan, kami yakin pihak Kerajaan negeri menerusi agensinya seperti MPKB bersama agensi kerajaan persekutuan seperti JAHEIK, JKM serta pertubuhan NGO belia sentiasa berusaha mendidikan generasi muda di Kelantan ini agar tidak terjerumus dalam episod gelap dalam kehidupan.

PPIK meminta agar pihak berkaitan dalam menangani kegiatan maksiat di Kelantan dari kerajaan negeri dan persekutuan tampil untuk respon isu ini.

Pihak PPIK juga berharap isu ini tidak dijadikan modal kepada mana-mana parti politik untuk menjatuhkan mana-mana pihak kerana ini adalah tanggungjawab bersama dan harap isu ini tidak di pandang ringan serta harus ditangani segera.

harakahdaily/-

PRU13 akhir Mei ini, ramal Pas

Posted: 02 Apr 2013 12:52 AM PDT

Mustafa Ali21 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR - Di sebalik desas-desus dan spekulasi pembubaran Parlimen dan tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menarik perhatian dengan jangkaan semuanya akan berlaku sejurus selepas perdana menteri menghadiri Sidang Kemuncak Asean akhir bulan ini.

Menurut Mustafa, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu hadir sidang kemuncak 24 dan 25 April ini sebagai perdana menteri penuh.

"Mengambil kira pembubaran Dun Negeri Sembilan dan SPR kata pilihan raya akan diadakan serentak, jadi pilihan raya akan diadakan tidak lewat daripada 25 atau 26 Mei.

"Paling lewat 27 Mei," katanya pada sidang media di ibu pejabat Pas di sini, hari ini.

Menurut Mustafa, pihaknya meramalkan demikian setelah meneliti tarikh-tarikh penting acara rasmi yang perlu dihadiri Najib sebagai perdana menteri di samping mengambil kira pembubaran Dun secara automatik di Negeri Sembilan, bulan lalu.

Dun Negeri Sembilan terbubar dengan sendirinya pada 27 Mac lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mempunyai tempoh 60 hari untuk mengadakan pilihan raya memutuskan PRU13 akan dijalankan secara serentak  di peringkat Persekutuan dan negeri.

"Tempoh itu cukup. Setelah bubar pada 26 atau 27 April, dua minggu selepas itu mungkin umum calon.

"Cukup masa iaitu lebih kurang sebulan sebelum pilihan raya yang mungkin diadakan selewat-lewatnya 27 Mei," ujar Mustafa.

Sejak dua minggu ini angin bertiup kencang, Najib akan membubarkan Parlimen dalam tempoh terdekat.

Spekulasi mengenainya bertambah kuat minggu lalu apabila Najib dikatakan mempengerusikan mesyuarat Kabinet terakhirnya pada Rabu lalu.

Terbaru difahamkan sudah keluar surat rasmi daripada Jabatan Perdana Menteri yang meminta semua anggota menteri mengenakan pakaian formal berwarna gelap lengkap bertali leher untuk sesi bergambar yang lazimnya menjadi tradisi pada mesyuarat terakhir setiap penggal.

sinar/-

Hamas lantik semula Khaled Meshaal sebagai ketua

Posted: 02 Apr 2013 12:50 AM PDT

21 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -




(Meshaal, kiri, berusaha untuk berdamai dengan pemimpin Fatah, Abbas tetapi dihalang oleh golongan konservatif di kedua-dua belah pihak [Gallo / Getty]


KAHERAH: Hamas telah melantik semula pemimpin veteran, Khaled Meshaal, di ibu kota Mesir, Kaherah, lapor dua pegawai Hamas.

"Para pemimpin Hamas memilih Meshaal," seorang pegawai berpangkat tinggi memberitahu agensi berita AFP melalui panggilan telefon dari Kaherah Isnin lalu, meminta nama beliau tidak didedahkan.

Pegawai-pegawai tersebut berkata majoriti anggota majlis Shura Hamas mengundi Meshaal. Mereka bercakap dengan syarat nama mereka tidak didedahkan kerana mereka tidak diberi kuasa untuk membincangkan prosedur rahsia tersebut.

Meshaal, 56, yang mengetuai pergerakan Palestin tersebut sejak 1996 ketika dalam buangan, dilihat sebagai calon popular. Beliau disokong oleh kuasa serantau Qatar, Turki dan Mesir dan kini berpangkalan di Qatar.

Pemilihan semula beliau dapat memulihkan usaha perdamaian yang terhenti antara Hamas dan saingan politik beliau, Mahmoud Abbas, presiden Palestin yang disokong Barat yang berpangkalan di Ramallah, Tebing Barat.

Meshaal telah berusahak untuk usaha perdamaian, tetapi telah disekat oleh golongan konservatif Hamas di Gaza yang khuatir perjanjian perpaduan akan memberikan Abbas tapak baru di Gaza dan melemahkan cengkaman Hamas di wilayah berkenaan.

Tahun lepas, Meshaal dan Abbas, yang mempunyai hubungan yang baik, membuat satu perjanjian di mana Abbas akan mengetuai sebuah kerajaan interim teknokrat di Tebing Barat dan Gaza.

Kerajaan ini akan membuka jalan untuk pilihan raya umum. Walau bagaimanapun, perjanjian itu tidak berjaya dilaksanakan kerana mendapat tentangan dari pemimpin Hamas di Gaza dan tokoh-tokoh kanan dalam gerakan Fatah.

Minggu lepas, Emir Qatar mengutarakan satu cadangan untuk mengadakan persidangan perdamaian di Mesir dalam minggu-minggu mendatang untuk menubuhkan satu jadual waktu bagi membentuk kerajaan sementara dan mengadakan pilihan raya.

Ditanya mengenai persidangan tersebut Isnin lalu, Abbas kelihatan berbelah-bahagi. Bercakap di Ramallah, beliau berkata beliau akan menghadiri persidangan tersebut jika dijemput, tetapi, "pada dasarnya, tiada masalah antara kami sehingga memerlukan usaha-usaha sebegini".

harakahdaily/-

PAS lancar Pusat Media hari ini

Posted: 01 Apr 2013 10:20 PM PDT

21 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -



(Ustaz Hadi melancarkan Pusat Media PAS hari ini)

KUALA LUMPUR: PAS melancarkan Pusat Media nya hari ini yang terletak di tingkat bawah Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.

Ia dilancarkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang hari ini. Hadir sama adalah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.
(Datuk Mustafa berucap mengalu-alukan kedatangan wartawan)

Pusat media yang boleh memuatkan 50 wartawan dan jurugambar serentak itu menyediakan pelbagai kemudahan untuk kemudahan wartawan menjalankan tugas.

Ia termasuklah wifi percuma yang boleh digunakan oleh 30 komputer serentak di samping kemudahan-kemudahan yang lain.

"Mulai hari ini, Pusat Media PAS ini akan menjadi tempat kita membuat sebarang sidang media di Kuala Lumpur ini," kata Ustaz Hadi dalam sidang media sebelum melancarkan pusat itu.

Lebih 50 wartawan dan juru gambar memenuhi ruang itu hari ini dalam sidang media pertama yang dibuat oleh Presiden PAS itu.

harakahdaily/-

Punah dirobek peluru

Posted: 01 Apr 2013 10:16 PM PDT

Foto21 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -

Lahad Datu: Penat lelah seorang penduduk Kampung Tanjung Labian, di sini, mengumpul modal sebanyak RM50,000 yang dilaburkan dengan membuka kedai runcit akhirnya lebur begitu sahaja apabila mendapati kedainya hampir roboh manakala semua barangan dijual tidak boleh digunakan akibat dipenuhi kesan peluru.

Peniaga terbabit, Mahadi Aidil, 34, jelas tidak dapat menyembunyikan perasaan sedihnya sebaik menjejakkan semula kaki ke kampung halaman buat pertama kali selepas lebih sebulan lalu berlindung di pusat penempatan sementara ketika pengganas mula memerangi pasukan keselamatan di Kampung Tanduo.
"Saya membuka kedai runcit ini kira-kira dua tahun lalu selepas mengumpul wang hasil 10 tahun bekerja sebagai kerani di Kota Kinabalu.

"Selepas mengumpul modal mencukupi, saya berhenti kerja dan menjadi peniaga sepenuh masa di kampung," katanya ketika ditemui, semalam.

MAHADI menunjukkan kedai runcitnya di Kampung Tanjung Labian yang dipercayai digeledah pengganas.

Katanya, hatinya hancur sebaik melihat keadaan kedainya yang rosak teruk termasuk struktur kedai hampir tumbang menyembah bumi dipercayai akibat pertempuran sengit antara pengganas dengan pasukan keselamatan.

metro/-

Penduduk risau kediaman tidak selamat

Posted: 01 Apr 2013 10:14 PM PDT

Penduduk risau kediaman tidak selamat21 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -

Sebahagian penduduk di Taman Angsamas yang menjadi mangsa kecurian dan pecah rumah menunjukkan laporan polis yang dibuat selepas kejadian. 
 
SEREMBAN – Penduduk di Taman Angsamas Fasa 1 di sini melahirkan perasaan kecewa berikutan kawasan perumahan mereka kini dianggap tidak selamat berikutan dijadikan sebagai 'lokasi panas' tumpuan penjenayah.

Sinar Harian difahamkan, penduduk di kawasan perumahan ini sering berhadapan dengan kejadian pecah rumah selain beberapa kes ragut.

Salah seorang penduduk, P Manimala, 31, memberitahu pada 26 Mac lalu, kira-kira jam 4.30 pagi, rumahnya dimasuki oleh tiga lelaki bersenjatakan parang.

Katanya, pada kejadian tersebut, dia dan tiga anaknya sedang tidur sebelum mendengar bunyi pelik di bahagian belakang rumah.

"Sewaktu kejadian, hujan turun sangat lebat, dan ketika saya pergi ke bilik sembahyang, saya didatangi seorang lelaki yang bersenjatakan parang dan mengarahkan saya supaya senyap serta tidak membuat bising.

"Sebaik sahaja saya dibawa ke ruang tamu, saya dapati dua lelaki telah memegang adik dan dua anak dengan mengacukan parang di leher mereka.

"Menurut pencuri berkenaan, kalau saya bising, anak saya akan dicederakan. Kemudian mereka bawa lari beberapa barang kemas, termasuk rantai dan juga telefon bimbit," katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Tambahnya, dia yang telah kematian suami sejak empat tahun lalu, bersyukur kerana tidak mengalami sebarang kecederaan, walau pun sehingga kini masih trauma dengan kejadian yang berlaku lima hari lalu.
Sementara itu, bagi M Neerukumala Dewi, 52, ketika ditemui berkata, pada bulan September tahun lalu, dia mengalami kerugian lebih RM15,000 berikutan rantai emas yang dipakainya diragut oleh individu yang tidak dikenali.

Katanya, kejadian berlaku sewaktu dia yang sedang duduk di depan rumah, didatangi seorang lelaki dengan menaiki kereta jenis Myvi, ingin bertanyakan alamat rumah.

"Semasa saya sedang duduk, datang seorang lelaki yang kononnya ingin bertanyakan alamat rumah kepada saya. Namun sebaik sahaja saya menghampirinya, lelaki itu mengacukan pisau ke leher, namun saya sempat bergelut dengannya sebelum belakang badan saya ditoreh dengan pisau.

"Disebabkan itu, belakang badan saya terpaksa dijahit berikutan mengalami luka ringan," katanya.

Katanya, sehingga kini dia masih trauma dan tidak dapat melupakan kejadian yang berlaku itu, serta berharap pihak berkuasa dapat melaksanakan program cegah jenayah di kawasan perumahan mereka dengan lebih berkesan.

Manakala, bagi Leong Yong Leng, 19, pula, rumahnya sehingga kini sudah tiga kali dipecah masuk dan mengalami kerugian melebihi RM3,000.

Katanya, kejadian berlaku sejak tahun lalu, di mana pada waktu itu hanya duit dan beberapa barang hantaran perkahwinan kakaknya hilang.

"Tetapi pada 20 Mac lalu, lebih kurang jam 2 pagi, sekali lagi rumah saya dimasuki pencuri dan mereka berjaya membawa lari wang tunai berjumlah RM1,500.

"Berikutan kejadian itu, saya telah membuat laporan polis di Balai Mambau pada hari yang sama," katanya.

sinar/-

Bekas Pengarah Kagat calon PAS di Baling

Posted: 01 Apr 2013 10:12 PM PDT

21 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat) yang baru mengisytiharkan menyertai PAS hari ini, Briged Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad akan bertanding di Parlimen Baling pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan pula akan bertanding di Parlimen Temerloh sementara Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi yang akan bertanding di Parlimen Titiwangsa.

Perkara tersebut diumumkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut sebentar tadi.

harakahdaily/-

Nangka madu 'dukung anak'

Posted: 01 Apr 2013 10:10 PM PDT

21 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Nangka madu 'dukung anak'
Abdul Hamid menunjukkan nangka madu yang ditanam berhampiran rumahnya di Pekan Kayu Ara Pasong berbentuk seakan ibu yang mendukung anak.
 
PONTIAN - Seorang pekebun terkejut apabila nangka madu yang ditanam berhampiran rumahnya di Pekan Kayu Ara Pasong, dekat sini, berbentuk seakan-akan ibu yang sedang mendukung anak.

Abdul Hamid Sargidon, 70, berkata, dia menanam benih nangka madu itu beberapa tahun lalu dan hanya menyedari pokok itu mula mengeluarkan buah pada minggu lalu.

"Saya nampak pokok nangka madu itu mula berbuah dan buahnya hanya sebiji di batang pokok.

"Saya dan isteri kemudiannya membersihkan kawasan sekitar pokok yang dipenuhi dengan lalang dan dahan pokok pelam yang terletak di sebelahnya beberapa hari lalu," katanya.

Jelasnya, selepas dibersihkan, dia dan isteri amat terkejut apabila mendapati nangka madu itu mempunyai bentuk seakan seorang ibu yang mendukung anaknya.

"Saya dan isteri terfikir bentuk nangka seolah-olah melambangkan kami yang mempunyai sebuah keluarga besar iaitu anak seramai enam orang dengan 17 cucu serta seorang cicit yang masih kecil," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Katanya, kejadian pelik itu pertama kali dialami sepanjang penglibatannya dalam bidang pertanian dan tidak pernah melihatnya di tempat lain.

"Saya akan terus biarkannya membesar dan jaga pokok nangka madu ini dengan sebaiknya," katanya.

Kewujudan nangka pelik itu turut menyebabkan rumahnya menjadi tumpuan penduduk sekitar yang mahu melihat sendiri buah tersebut.

sinar/-

Gempar jumpa bom mortar

Posted: 01 Apr 2013 10:03 PM PDT

Gempar jumpa bom mortar21 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Kawasan di mana objek besi dipercayai bom ditemui penduduk. Gambar kecil: Bom mortar yang ditemui.
 
BENTONG – Kemeriahan sambutan perayaan memperingati nenek moyang di Tanah Perkuburan Cina Telemong, dekat sini, bertukar gempar apabila seorang daripada penduduk menemui objek besi tertanam di tepi jirat dipercayai bom, kira-kira jam 9 pagi kelmarin.

Curiga dan bimbang dengan perkara itu, penduduk membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong bagi memaklumkan penemuan berkenaan bagi tujuan keselamatan.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, polis bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima laporan bagi menjalankan pemeriksaan lanjut.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati objek besi  ditemui penduduk itu disahkan sebagai bom mortar dengan ukur lilit 18 sentimeter (cm) dan panjangnya 26 cm.

"Namun begitu, tiada sebarang tanda pengenalan ditemui ke atas bom itu memandangkan keadaannya berkarat dan reput.

"Unit Pemusnah Bom memulakan kerja mengalihkan bom itu dalam tempoh satu jam namun disahkan tidak mempunyai bahan letupan," katanya kepada Sinar Harian.

Mohamad Mansor berkata, orang awam yang menemui objek atau bahan berbahaya seperti bom disarankan melaporkan terus kepada polis untuk tindakan lanjut.

"Kita juga nasihatkan orang awam supaya menjauhi kawasan objek ditemui dan tidak bertindak sendirian bagi mengelakkan kejadian tak diingini berlaku," katanya.

sinar/-

Yasin dipanggil SKMM bantu siasatan RFM

Posted: 01 Apr 2013 09:49 PM PDT

21 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Penyanyi popular, Yasin Sulaiman yang tampil membuat persembahan ketika pelancaran manifesto Pakatan Rakyat Februari lalu, dipanggil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) semalam.

Yasin yang juga bekas anggota kumpulan nasyid Brothers itu dipanggil ke pejabat badan itu di Bangunan Sultan Abdul Samad untuk dirakam kenyataan, berhubung satu temubualnya dengan Radio Free Malaysia (RFM) yang didakwa tidak mempunyai lesen dan permit daripada SKMM.

Temubual pada 25 Mac lalu itu adalah berkaitan lagu Reformasi yang dicipta dan dinyanyikan Yasin sebagai lagu kempen rasmi Angkatan Muda Keadilan (AMK).

Yasin berkata, beliau dihubungi secara telefon oleh radio yang berpangkalan di London, United Kingdom itu dan tidak mengesyaki radio berkenaan menghadapi masalah seperti yang didakwa SKMM.

"Takda apa sangat pun, saya tak tahu radio ini ada masalah dengan kerajaan. Mereka menemubual saya secara telefon dan bertanyakan mengenai lagu Reformasi dan harapan saya tentang Malaysia," katanya dipetik Selangorku.

Difahamkan siasatan terhadap penyanyi yang banyak mencipta lagu irama padang pasir itu, hanya sebagai saksi bagi membantu siasatan terhadap stesen radio terbabit.

Ketika dilancarkan beberapa minggu lalu, RFM turut menebual beberapa tokoh politik terkenal seperti Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai fitnah yang dikenakan terhadap beliau.

Selain lagu reformasi yang kini hangat di Youtube, Yasin juga turut mempopularkan lagu 'Menuju Putrajaya' dengan membuat sedikit olahan pada lagu asal 'Satu Perjuangan' nyanyian kumpulan Brothers.

HARAKAHDAILY/-

Khatib masjid dibunuh

Posted: 01 Apr 2013 09:39 PM PDT

Khatib masjid dibunuh21 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -

Polis tempatan dan orang awam melihat sisa serangan di bandar Fallujah, Baghdad
BAGHDAD - Seramai tujuh orang termasuk katib sebuah masjid dilaporkan terbunuh dalam siri serangan berasingan membabitkan beberapa lokasi dalam Baghdad termasuk di barat bandar Fallujah, Iraq, kelmarin.

Menurut pegawai, sekumpulan penyerang bersenjata menembak mati khatib Masjid Al-Baraa, Sheikh Talib Zuwayid bersama anak saudara lelaki di pekarangan kedai manisan dan beberapa orang awam lain di ibu negara.

Jurucakap pegawai kesihatan mengesahkan kematian tujuh mangsa termasuk Zuwayid dan memberitahu seorang daripada mereka cedera parah.

Sementara itu, penduduk tempatan memberitahu serangan terhadap Zuwayid berkemungkinan disebabkan peranannya dalam menguruskan minggu bantahan Sunni terhadap kerajaan Syiah lebih tiga bulan lalu.

Pihak polis bagaimanapun berkata, motif serangan itu masih belum diketahui dan enggan mengaitkannya dengan protes tersebut.

Dalam serangan berlainan, sebuah masjid pengikut Syiah di selatan Iraq dibom mengakibatkan seramai enam orang cedera. - Al-Jazeera

Polis tempatan dan orang awam melihat sisa serangan di bandar Fallujah, Baghdad.

SINAR/-

'Barisan 1 Malaysia' taktik baru BN?

Posted: 01 Apr 2013 09:37 PM PDT

21 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -

JERANTUT: Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berpendapat kemungkinan ada maksud tersirat disebalik penukaran 'Barisan Nasional' kepada 'Barisan 1 Malaysia' yang dibuat BN ketika ini.

Menurutnya, tidak mustahil taktik penukaran di saat menjelang pilihan raya itu dibuat bagi menghalalkan mereka menggunakan logo 1 Malaysia sewaktu hari pengundian nanti.

"Saya merasakan BN bertindak menggunakan perkataan Barisan 1 Malaysia adalah sebagai agenda mereka untuk digunakan sewaktu hari mengundi nanti.

"Kita sedia maklum bahawa menggunakan logo parti tidak dibenarkan sama sekali atas tujuan untuk mempengaruhi pengundi, jadi mereka membuat perancangan sedemikian," jelas beliau ketika program jelajah Negara Berkebajikan di sini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menguatkuasakan subseksyen 26 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 antara lain menetapkan penggunaan logo parti pada hari mengundi adalah tidak dibenarkan.

Dalam jarak 50 meter dari sempadan mana-mana pusat mengundi, memakai, memegang dan membawa apa-apa bentuk pakaian, barang hiasan, botol air atau payung yang tercetak nama calon atau tertera lambang parti adalah tidak dibenarkan sama-sekali.

Barisan 1 Malaysia kini digunakan oleh BN pada setiap program kempennya.

Terbaru, slogan sama turut dicetak di papan tanda yang dipasang sepanjang laluan Lebuh Raya Utara Selatan.

Antara lain papan tanda tersebut meletakkan gambar individu kononnya membuat huru-hara bersebelahan gambar Najib dan tulisan "Kita Sokong Barisan 1 Malaysia".

Sementara itu, Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang turut mempertikaikan tindakan BN menaikkan papan iklan besar yang meletakkan gambar huru hara dan juga Perdana Menteri.

Menurutnya lagi, apa yang digambarkan pada papan iklan itu seolah-olahnya akan wujud huru hara apabila berlakunya pertukaran kerajaan nanti.

"BN mengambarkan seolah-olah akan berlakunya huru hara apabila mereka tidak lagi memerintah.

"Kita lihat di negeri-negeri yang Pakatan Rakyat perintah, semuanya berada dalam keadaan aman damai tanpa ada sebarang kekacauann," sambung beliau.

Beliau yang menegaskan tindakan tersebut menunjukkan BN tidak pernah menghormati prinsip demokrasi negara ini dan bertujuan untuk menakut-nakutkan rakyat.

HARAKAHDAILY/-

Buaya Negara?

Posted: 01 Apr 2013 09:36 PM PDT

21 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
 
Akhirnya ada juga para penyokong UMNO yang jujur dan berhati suci murni apabila mengambarkan perangai dan gelagat UMNO/BN yang sebenar. UMNO jenis buaya tembaga baham semau harta rakyat tanpa kira waktu dan ada rasa belas kasihan. Apa jua yang boleh memberi kekayaan dia akan baham ngap!!!! Tahniah!!!!.. Kejujuran mu akan sentiasa rakyat ingat dan sanjung!!!! -omakkau

Ralph jadi arnab paling berat di dunia

Posted: 01 Apr 2013 09:34 PM PDT

Foto21 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -

London: Seekor arnab bernama Ralph mencipta kemasyhuran apabila menjadi arnab paling berat di dunia dengan 25.5 kilogram.

Kini berusia empat tahun, Ralph mendapat pengiktirafan itu pada 2010 sebelum tempatnya diambil alih arnab lain, Darius, yang mempunyai berat 22.2 kilogram. Pemilik haiwan itu, Pauline Grant berkata, Ralph kini lebih berat berbanding kanak-kanak normal berusia tiga tahun. "Ralph kini semakin matang dan beratnya tidak pernah dicapai sebelum ini.

"Walaupun begitu, Ralph sihat," katanya.
Satu-satunya masalah dihadapi Pauline ialah bulunya yang sering mengganggu orang lain. Kata Pauline, pemakanan Ralph sejak sekian lama tetap sama walaupun doktor haiwan pernah menasihati supaya ia dikawal.

"Saya dapati pemakanan biasa Ralph tidak memudaratkannya," katanya. Sebelum ini, ibu Ralph, Amy, diiktiraf Buku Rekod Guinness sebagai arnab terbesar di dunia sebelum haiwan itu mati empat tahun lalu.

SINAR/-

Comments posted (0)

YB BN

YB PAS

YB PKR

YB DAP