N50 Dun Sri Muda |
- Bapa Saiful Mengaku Liwat II adalah Konspirasi Jahat
- Lahad Datu :Momokan Fitnah Jahat , Ketua Umum Fail Saman
- Tian Chua :Saya Hormati Jasa Wira Negara Yang Gugur , BN Wajib Hentikan Fitnah Jahat
Bapa Saiful Mengaku Liwat II adalah Konspirasi Jahat Posted: 07 Mar 2013 10:58 PM PST KUALA LUMPUR - Dilihat sebagai perkembangan terbaru yang akan memanaskan lagi politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-13, bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim, hari ini mendakwa anaknya itu dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu tidak bertanggungjawab - mendalangi kes liwat kedua melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Saya Azlan Mohd Lazim sesungguhnya percaya anak saya Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab. "Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang melibatkan anak saya," kata beliau pada sidang media di sini pagi tadi. Beliau juga berkata, perkara itu adalah konspirasi jahat untuk mengheret Anwar, yang dibebaskan daripada tuduhan meliwat 9 Januari 2012, ke penjara buat kali kedua. "Saya percaya anak saya telah dipergunakan oleh pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka, percakapan yang dibuat pada media juga telah diatur dan dirancang (pegawai khas pemimpin kanan negara). "Saya hanya baca skrip tersebut disebabkan perasaan sayang saya kepada anak (Saiful), namun setelah lama saya berasa bersalah dan tak tenang. "Ini adalah konspirasi politik jahat yang diatur untuk menjatuhkan dan mengheret kembali Anwar ke penjara," katanya. Sinarharian |
Lahad Datu :Momokan Fitnah Jahat , Ketua Umum Fail Saman Posted: 07 Mar 2013 09:09 PM PST KUALA LUMPUR 7 MAC: Datuk Seri Anwar Ibrahim memfail saman ke atas Utusan dan TV3, esok berikutan kedua-dua media kawalan itu menerbitkan laporan fitnah berkaitan isu pencerobohan di Lahad Datu, Sabah. Ia akan difail di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur jam 10.30 pagi, kata peguamnya, N Surendran dan Latheefa Koya pada kenyataan media, petang ini. Saman difail berikutan laporan media itu kononnya Anwar terlibat dalam kes pencerobohan bersenjata di Lahad Datu. Utusan Malaysia sebelum ini menerbitkan laporan bertajuk 'Ketua Pembangkang dikaitkan dengan pencerobohan?' dan 'Tiga kumpulan jadi dalang' dengan mentohmah penglibatan Anwar dengan kumpulan berkenaan. TV3 pula menggunakan istilah 'dalang' ketika mengaitkan Anwar dalam kejadian itu. Berikutan itu, Anwar pada 4 Mac lalu menuntut TV3 dan Utusan membuat permohonan maaf secara terbuka, menarik balik tuduhan, ganti rugi masing-masing RM100 juta. Bagaimanapun, tohmahan media kawalan Umno terhadap Ketua Umum KEADILAN itu semakin tersasar berikutan Kesultanan Sulu menafi dakwaan pembangkang Malaysia terlibat. "Kami tiada hubungan dengan pembangkang Malaysia. Kami tidak adakan perbincangan dengan mereka," kata Puteri Jacel Kiram, anak kepada Sultan Jamalul Kiram III dipetik dari portal berita Filipina, Interaksyon.com 4 Mac lalu -FZL Keadilandaily |
Tian Chua :Saya Hormati Jasa Wira Negara Yang Gugur , BN Wajib Hentikan Fitnah Jahat Posted: 07 Mar 2013 08:22 PM PST Sejak tanggal 1 Mac, pemimpin-pemimpin BN dan kerajaan telah melancarkan serangan bertubi-tubi terhadap saya. Blog dan cybertrroper pro-BN juga meyebarkan numbor telefon saya dan menghasut penyokong BN hantar mesej ancaman kepada saya. Pada tanggal 4 Mac, Parti Umno telah hantar surat tuntutan kepada saya bahawa saya harus memohon maaf kepada Umno. Di sini saya tegaskan sekali lagi, saya tidak pernah keluarkan apa-apa kenyataan yang menghina mana-mana pihak. Saya akan serah kepada mahkamah untuk membersihkan nama saya. Tuduhan bahawa saya telah menghina Pasukan Keselamatan adalah fitnah dan pembohongan jahat oleh pemimpin-pemimpin BN. Saya ingin ulangi pendirian saya bahawa saya menghormati perana Pasukan Keselamatan dan jasa mereka dalam tugasan mempertahankan negara. Saya juga bersimpati dengan anggota-anggota keselamatan yang berkorban atau menjalankan tanggungjawab dalam keadaan yang sangat mencabar. Di sini saya ingin buat kali terakhir untuk menjelaskan kenyataan yang telah diwara-warakan oleh pemimpin-pemimpin BN dari perdana menteri ke bekas Ketua Polis Negara yang mendakwa saya menghina anggota keselamatan. Saya ingin terangkan kontek kenyataan saya dalam KeadilanDaily: Saya dihubungi wartawan untuk komen tentang pecerobohan di Lahad Datu pada pagi 1 Mac ketika ada berita antarabangsa melaporkan ada tembakan berlaku. Saya secara jelas menyatakan perkara ini belum ada kesahihan dan ada media balak-out di Malaysia. Peranggan yang kemudian, sesiapa pembaca celik sudah tentu faham ia dinyatakan dalam kontek ada usaha setengah-tengah pemimpin BN dan blogger cuba kiatkan pihak pembangkang dalam pencerobohan Lahad Datu. Ia mesti dibaca bersama banyak artikel-artikel sebelum ini yang mendakwa saya dikirim oleh DS Anwar ke Manila untuk berunding dengan MNLF. Juga ada dakwaan Anwar mendalangi peristiwa Lahad Datu. Segala ini telah disifatkan sebagai sandiwara oleh ramai pemimpin-pemimpin yang lain. Perkara ini dirumitkan lagi bila ada blogger Umno termasuk Papagomo dan lain-lain rekakan berita bahawa saya berucap di Puchong menyifatkan pengorbanan anggota keselamatan dengan ayat "Komando Mati Katak". Ini fitnah yang keterlaluan dan telah membawa ancaman terhadap keselamatan peribadi saya. Saya menasihatkan semua blogger yang menyiarkan berita palsu ini untuk berhenti dalam 24 jam, dan saya akan hantar surat saman kepada sesiapa yang meneruskan sebaran berita palsu ini. Saya amat kesal terhadap pemimpin-pemimpin BN dan juga media yang dikuasai mereka memular-belitkan kenyataan saya sehingga menghasut kebencian orang ramai yang tidak ketahui kebenaran. Ini adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab dan bermotif politik. Dalam keadaan negara kita menghadap ancaman anasir-anasir ganas, keseluruhan rakyat Malaysia sepatutnya berdiri teguh memberi sokong penuh kepada Pasukan Keselamatan kita. Malangnya, kerajaan tidak terhenti-henti menyerang politik lawan. Sepatutnya ahli-ahli politik harus menunjukkan rasional dan kematangan untuk membina kesepakatan menghadapi krisis negara. Saya harap episod tuduh-menuduh ini boleh dihentikan serta-merta. Kepada anggota keselamatan yang mengorbankan nyawa dan kesejahteraan diri, saya sampaikan penghormatan tertinggi dan harap adu-domba politik di antara kerajaan dan pembangkang tidak melemahkan semangat. Teruskan perjuangan, rakyat Malaysia menyanjungi kamu semua. YB Tian Chua Naib Presiden KEADILAN |
You are subscribed to email updates from N50 Dun Sri Muda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan