Jumaat, 8 Mac 2013

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Kempen berbasikal siri 3 bersama YB Idham Lim

Posted: 08 Mar 2013 05:08 AM PST

25 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

KUALA KANGSAR. :  Siri kempen Parlimen Kuala Kangsar diteruskan dengan Program Jelajah Berbasikal bersama YB. Idham Lim dari Jeliang dan berakhir di Ulu Piul. Bersama beliau ialah Hj Jamil Dzulkarnain yang disebut-sebut sebagai gandingan YB. Idham Lim untuk DUN Manong.

Beliau berkayuh sejauh 27 kilometer bersama 12 basikal yang lain dari jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 6.00 petang.

Sepanjang program pelbagai kegiatan telah diisi oleh beliau bersama rombongan ;-

1. Minum bersama penduduk kampung di kedai kopi Jeliang.
2. Edaran risalah di Pekan Hari Manong
3. Makan tengahhari di kedai Peladang Manong
4. Beramah mesra dengan petugas di Markaz Zon Manong.
5. Sembahyang Jumaat Di Mesjid Manong
6. Berkayuh dari Pekan Manong melalui Kg Semat sehingga ke Ulu Piul
7. Edaran risalah di kg Ulu Piul
8. Ziarah pesakit dan kematian
9. Solat Asar di Masjid Ulu Piul
10. Minum petang di ulu piul.






Bekas Pengarah P’raya BN Bachok sertai PAS

Posted: 08 Mar 2013 12:34 AM PST

25 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -



(Bekas Pengarah pilihan raya BN Bachok serah borang PAS kepada Husam)


BACHOK: Pengarah Pilihan Raya BN parlimen Bachok pada pilihan raya umum 2008, Zulkifli Zakaria malam tadi menyerah borang menyertai PAS.

Beliau menjejaki langkah bekas Ketua Pemuda Umno Bachok, Dr Zaiyadi Awang Noh. tampil ke pentas ceramah Pakatan Rakyat bagi mendedahkan kepincangan Umno dan kerajaan BN.

Zulkifli (gambar) yang juga bekas Ketua Pemuda Umno Bachok dan calon BN di Dun Tawang pada 2004 meluahkan rasa kecewa terhadap Umno kerana mempersendakan agama.

"Banyak saya lihat kenyataan pemimpin Umno tidak serius terhadap agama. Dan paling saya tidak boleh terima apabila mereka mempersendakan hudud dan pemimpin MCA mempertikai larangan berjudi di Kelantan.

"Saat itu bermula kesedaran dalam diri saya. Bukan sekali-kali tuduhan pihak tertentu kononnya Haji Zul sekarang sudah tiada duit sebab itu menyertai PAS.

"Macam-macam tuduhan yang dilemparkan terhadap saya. Sebelum ini saya sudah tidak berminat dengan politik dan berhijrah menetap di Sabah negeri asal isteri saya.

"Namun kerana teruk sangat Umno memperlekehkan agama saya muncul kembali di pentas politik," katanya pada ceramah di Kampung Keting, Dun Jelawat malam tadi.

Beliau menyerah borang menyertai PAS kepada Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa. Hadir sama Yang Dipertua PAS Bachok, Datuk Omar Mohamed, timbalannya, Hassan Mohamood, Naib Yang Dipertua, Abdul Aziz Kadir, Dr Zaiyadi dan Ketua Cabang PKR Bachok, Mat Yatim Ismail.

Kawasan tersebut merupakan kubu kuat Umno sukar ditembusi sebelum ini. Ceramah diadakan di rumah Mustapha Ahmad bekas aktivis Semangat 46.

Pada Januari lalu seramai 250 penyokong dan ahli Umno dari beberapa cawangan juga menyerah borang menyertai PAS pada program ceramah di Kuchelong.

Tahun lepas Mustapha dan bekas anggota jawatankuasa Umno Bachok, Wan Jusoh Wan Ismail juga menyerah borang menyertai PAS.

Difahamkan beberapa nama besar lagi dalam Umno Bachok dijangka meninggalkan parti itu dalam masa terdekat ini.

Zulkifli berkata, tomahan Umno mengatakan sekiranya Pakatan Rakyat menang bukan Melayu menjadi perdana menteri tidak timbul sama sekali.

"Kalau betullah tomahan itu mengapa ketika Umno kuat dan BN mempunyai kuasa dua pertiga di parlimen tidak melakukan pindaan perlembagaan.

"Umno sendiri tidak berani untuk meminda perlembagaan kerana takut hilang sokongan MCA dan MIC. Jadi dakwaan Melayu hilang kuasa hanya sekadar mahu memancing undi sahaja," ujarnya ketika ditemui selepas itu.

harakahdaily/-

Wanita ada kuasa tersendiri - Dr Mariah

Posted: 08 Mar 2013 12:33 AM PST

25 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -





KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) hari ini menghadiahkan mawar merah kepada anggota polis wanita sempena Hari Wanita Sedunia.

Timbalan Ketua DMPP, Dr Siti Mariah Mahmud menghadiahkan jambangan bunga mawar merah kepada Pegawai Hal Ehwal Awam Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Darlina Darno. (Gambar atas)

Dr Mariah juga menghadiahkan sekuntum mawar merah kepada setiap pegawai wanita di situ sambil mengucapkan 'Selamat Hari Wanita' dan 'Wanita Suara Perubahan'.

Mereka kelihatan gembira menerima bunga mawar tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada rombongan DMPP yang hadir.

Dr Mariah yang ditemui selepas itu berkata, DMPP akan sentiasa menjalankan kerjasama yang baik dengan pihak polis khususnya anggota wanita dan berharap mereka dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan telus tanpa mengira pangkat.

"Muslimat tidak pernah bermusuh dengan pihak polis dan kita hormati anggota polis yang bertugas dengan penuh tanggungjawab dan kami sangat menghargai wanita yang berada dalam pasikan ini," katanya yang juga Ahli Parlimen Kota Raja.

Sambil mengucapkan 'Selamat Hari Wanita' kepada seluruh wanita di Malaysia, beliau menyeru wanita agar meningkatkan keupayaan diri dan sentiasa menunjukkan prestasi cemerlang dalam apa jua bidang yang diceburi.

"Masyarakat tidak boleh menafikan peranan wanita dalam apa jua bidang. Di mana pun wanita berada, golongan ini mempunyai kuasa tersendiri dan tidak boleh dipandang remeh.

"Dalam proses membuat keputusan penting sekalipun, pandangan wanita amat berguna," katanya.

Sementara itu, Darlina berkata, beliau berasa dihargai apabila DMPP mengambil inisiatif sedemikian.

"Sepanjang lima tahun bertugas di sini, ini kali pertama ada wanita datang hadiahkan bunga dan kami rasa gembira dan dihargai.

"Sempena Hari Wanita ini, pesan saya kepada wanita agar sentiasa menjaga keselamatan diri dan berwaspada selalu di mana pun anda berada," katanya ramah.

Difahamkan, DMPP seluruh Malaysia mengadakan acara sama di negeri dan daerah masing-masing.

harakahdaily/-

PRU12 dalam kenangan, PRU13 di persimpangan

Posted: 08 Mar 2013 12:32 AM PST

25 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -




Bagaikan bermimpi, sudah 5 tahun berlalu rupanya PRU12 yang lepas. Saat dan detik yang pasti tidak dapat dilupakan dalam lembaran sejarah Malaysia. Pada 8 Mac 2008, 'tsunami' politik telah melanda tanah air ini sehingga merubah lanskap politik Malaysia. BN hampir tumbang pada saat itu, hilang majoriti 2/3 di parlimen, hilang kuasa di Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Perak, gagal menawan Kelantan serta kehilangan banyak kerusi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan ibu negeri yang lain.

Rakyat khususnya di Semenanjung memberi isyarat dan amaran yang tegas kepada BN. "Tak selamanya kamu boleh tipu kami dengan gula-gula yang ditaburkan tiap kali menjelang pilihanraya. Kami ingin ajar kamu bahasa peti undi dan kuasa rakyat.."

Menyorot kembali keputusan PRU lepas, ia menunjukkan pembangkang (PR belum ditubuh ketika itu) berpotensi besar di kerusi-kerusi urban, dan separa bandar. Antara faktornya ialah akses media baru sebagai alternatif kepada rakyat untuk membuat pilihan. Ia berbeza bagi BN yang mempunyai kelebihan sebagai kerajaan pusat yang mengawal sepenuhnya media arus perdana termasuklah TV, radio dan surat khabar.

Maka, tak menghairankan BN lebih berkubu di kawasan kampung, pedalaman, Felda dan juga 'fixed deposit' di Sabah & Sarawak. Pengundi di kawasan sebegini kurang terdedah kepada sumber maklumat alternatif dan mempercayai seboleh mungkin segala propaganda Utusan, Berita Harian, RTM & TV3. Sebagai bukti, PR mampu menang di negeri maju seperti Selangor, Pulau Pinang dan hampir kesemua ibu negeri di Malaysia.

Mengikut pecahan kaum pula, PRU12 menunjukkan ketika itu kaum Cina dan India bangkit membuat perubahan manakala kaum Melayu agak kurang yang membuat perubahan. Maka hasilnya, PKR yang bertanding di kerusi campuran kaum dan DAP yg bertanding di kerusi majoriti kaum Cina mendapat kerusi yang lebih banyak berbanding PAS. Contoh yang paling mudah, kes di Perak di mana DAP mendapat kerusi DUN paling banyak manakala PAS mendapat paling sedikit.

Mengikut faktor geografi pula, arus 'tsunami' ini deras melanda di sebelah Pantai Barat dan Utara sahaja. Di sebelah Pantai Timur dan Selatan pula hanya tempias sahaja yang melanda. Maka hasilnya, BN masih kekal berkuasa di Johor, Melaka, Pahang dan Terengganu. Di Negeri Sembilan pula, BN gagal mendapat 2/3 kerusi Dun kerana kerusi campuran telah dimenangi DAP dan PKR. Di Sabah dan Sarawak pula jelas menunjukkan ketika itu, mereka sebagai penyelamat kerana berjaya menyumbangkan 55 kerusi parlimen kpd BN berbanding pembangkang hanya mendapat 2 kerusi (Kuching dan Kota Kinabalu). Di Semenanjung, BN hanya menang 85 kerusi manakala pembangkang pula mendapat 81 kerusi. BN juga gagal mendapat undi popular di Semenanjung iaitu 49% berbanding 51% dimiliki pembangkang.

Episod baru politik Malaysia ini tak terhenti di situ. PM, Pak Lah gagal untuk memimpin kerajaan baru pada 2008 ini dengan teguh sepertimana PRU 2004. Beliau ditekan daripada segenap sudut, dari dalam mahupun luar. Antara yang utamanya ialah drama "Kerajaan Baru 16 September" tajaan Anwar dan juga konspirasi kudeta rampasan kuasa di Perak. Akhirnya beliau berundur dan menyerahkan baton PM kepada penggantinya, Najib Razak. Senario politik Malaysia terus berwarna-warni dengan kemunculan NGO tajaan Umno iaitu Perkasa dan deretan NGO lain yang atas namanya pelbagai tapi hakikatnya ia dimiliki BN mahupun PR.

Setelah itu, giliran Pembangkang pula diuji iaitu 'katak-katak' pun muncul melompat ke seberang. Walaupun mereka tidak menyertai BN secara terus tetapi hakikatnya mereka adalah 'bebas' yang pro BN. Antara aktor utamanya ialah Ibrahim Ali, Zahrain Hashim, Wee Choo Keong, dan Zulkifli Nordin.

PRU13: "Harapan baru untuk rakyat atau perubahan yang membawa padah..?"

Kini, pada bila-bila masa sahaja PM, Najib akan mengumumkan pembubaran parlimen dan sekaligus PRU13 akan dilangsungkan.Buat pertama kalinya, kelihatan PM begitu takut untuk membubarkan parlimen sedangkan mandat yang diberikan oleh rakyat secara moralnya tamat pada hari ini 8 Mac setelah genap 5 tahun. Tidak dapat dipastikan mengapa kali ini parlimen begitu lambat dibubarkan..? Mungkin sebab PM masih mencari masa yang terbaik pada ketika sekalian rakyat jelata merasai manisnya  gula-gula yang diberikan itu atau mungkin juga PM belum yakin akan kemampuan BN utk kembali ke Putrajaya setelah kuasa yang ada sekarang diserahkan kepada rakyat.

Antara faktor lain yang menarik untuk kita perhatikan pada PRU13 ini ialah kecenderungan rakyat untuk membuat perubahan. Setakat ini, kelihatannya kaum Cina begitu kuat dan bersemangat untuk menukar kerajaan baru, kaum India sebahagian besarnya sudah mula berpatah balik kepada BN manakala kaum Melayu..? Kaum Melayu masih dalam dilema kerana mereka yang di pedalaman mahupun golongan intelektual ada yang termakan dengan momokan 'jika PR menang, habislah nasib kita orang Melayu, Islam akan diketepikan, Raja akan hilang kuasa' dan bermacam lagilah igauan mimpi ngeri yang cuba ditanam dalam minda orang Melayu. Maka usahlah dihairankan apabila munculnya Third Force, arus baru yang mengaku mereka tak berpihak kepada mana-mana tetapi hakikatnya mereka adalah penyelamat kepada BN antaranya ialah Jati dan juga Isma.

Di samping itu, PRU13 ini adalah "perang alam siber". Jika PRU 2008 dahulu, ruang vakum internet ini dikuasai sepenuhnya oleh pembangkang melalui blog, Youtube dan portal berita kini, BN telah pun menyedari kealpaan mereka dahulu. Maka medan pertempuran maklumat di alam maya ini sama ada melalui Facebook,Twitter, Youtube dan Blog menjadi persaingan hebat antara PR vs BN. Pelbagai kaedah dan strategi digunakan sehingga kadangkala ia melampaui batas seperti sebaran fitnah dan gambar yang diubah suai sesuka hati mengikut selera kecenderungan parti masing-masing. Begitu hebatnya penangan media baru ini begitu jelas dapat dilihat seperti contoh fenomena "Listen, Listen, Listen", "Ini semua salah Anwar", dan bermacam lagi virus maklumat yang begitu cepat tersebar dengan adanya fungsi button "share" di FB.

Sebagai akhirnya, PRU13 ini adalah cabaran getir buat kedua-belah pihak. BN akan berusaha dengan begitu bersungguh seperti mana amanat Presiden Umno, Najib pada 2010 iaitu "walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!".

PR pula yang dikemudi oleh Anwar seboleh mungkin memacu bersama PKR, PAS dan DAP ke mercu kuasa Putrajaya. PAS dilihat memikul cabaran yang paling getir kerana secara tradisinya akan bertanding di kerusi majoriti Melayu sedangkan kelihatannya setakat ini arus perubahan dalam  kalangan kaum Melayu masih belum cukup kuat untuk mendayung bahtera ke Putrajaya.

Impian PR untuk sampai ke Putrajaya hanya akan menjadi realiti sekiranya berlaku perubahan besar di Sabah dan Sarawak, serta kaum Melayu dan India turut sama dengan arus perubahan. Dan sememangnya, faktor pengundi muda khususnya Generasi Y yang sifatnya kritikal dalam menilai juga akan menjadi salah satu faktor utama penentu dalam PRU 13 ini. Pengundi lain juga secara umumnya sudah semakin bijak dalam menilai dan membuat pilihan dengan syaratnya akses media yang adil sampai ke segenap lapisan masyarakat.

SPR pula sebagai pengadil perlawanan perlulah menunjukkan kesungguhan dan komitmen mereka dengan berani, telus dan adil untuk mengendalikan the mother of all election yang dijangka paling sengit dalam sejarah Malaysia ini.

Sebagai Muslim, kita tetap yakin dan percaya bahawa tiada kerajaan yang mampu kekal berkuasa selamanya kerana kuasa itu sebenarnya adalah milik Allah. Pemimpin yang dipilih itu perlu melaksanakan amanah dengan panduan dan suluhan wahyu Al Quran dan As Sunnah. Segala perancangan dan tipu daya yang dibuat manusia yang angkuh untuk kekal di puncak kuasa takkan mampu untuk melawan ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah Yang Maha Berkuasa.

Selamat mengundi. Laksanakanlah hak anda untuk memilih pemimpin dengan pertimbangan akal dan iman demi masa depan baru tanah air Malaysia kita yang tercinta ini.

Penulis ialah mahasiswa tahun akhir jurusan Sains Politik UIAM.

Kesultanan Sulu dakwa Azimuddie masih hidup

Posted: 08 Mar 2013 12:31 AM PST

25 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Anak kepada Sultan Jamalul Kiram III, Puteri Jacel Kiram mendakwa Azimuddie Kiram, yang mengetui kumpulan penceroboh bersenjata di Sabah, yang juga adik Sultan Sulu Jamalul Kiram III masih selamat.

Portal Philippine Inquirer melaporkan Jacel membuat kenyataan itu dalam satu temubual di radio dzBB.

Jacel juga dilaporkan berkata, hubungan mereka kini sangat terhad ekoran bimbang komunikasi mereka boleh membenarkan pihak berkuasa Malaysia mengesan di mana beradanya Azimuddie.

Tetapi Jacel berkata bahawa kali terakhir mereka bercakap pada Khamis, Azimuddie dan orang-orangnya adalah selamat.

Sementara itu di Malaysia, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar hari ini juga mengesahkan jeneral penceroboh bersenjata yang terbunuh semalam bukan Azimuddie Kiram, yang mengetui kumpulan penceroboh itu.

"Dia bukan (Azimuddie), Dia (mayat) salah seorang pemimpin mereka," kata Ismail dalam satu sidang akhbar di Felda Sahabat Residence pagi ini.

Ismail berkata, pasukan keselamatan membuat kesimpulan bahawa lelaki itu adalah salah seorang daripada pemimpin mereka, berdasarkan kepada pakaiannya, tetapi masih dalam proses mengesahkan identiti sebenarnya.

harakahdaily/-

Rai Najib: Jangan tenggelam jasa tentera dan polis

Posted: 08 Mar 2013 12:30 AM PST

25 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR:  PAS mengingatkan Umno-BN supaya jangan terlalu ghairah meraikan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Lahad Datu untuk kepentingan politik hingga menenggelamkan jasa para perajurit yang gugur dan yang masih bertungkus-lumus mempertaruhkan nyawa mereka demi mempertahankan kedaulatan negara dan Sabah.

"Keghairahan Umno-BN untuk meraikan kedatangan Najib ke Lahad Datu seolah-olah 'pertempuran sudah tamat dan kini tiba masa untuk meraikannya' tatkala polis dan anggota tentera masih bertungkus-lumus untuk membasmi penceroboh bersenjata dari Filipina amat dikesali," kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Dalam kenyataannya hari ini, Tuan Ibrahim berkata insiden pertumpahan darah di Sabah mendedahkan kelemahan ketara cara pihak kerajaan menguruskan sempadan negara.

"Ternyata tahap penjagaan kedaulatan negara di bawah kerajaan BN kini berada pada tahap yang sangat kritikal. Perkara ini sungguh dikesali," kata beliau.

Selain gagal mengurus isu dalam negara seperti yang diketahui umum, Tuan Ibrahim berkata rakyat masih ingat bagaimana negara kehilangan Pulau Batu Putih kepada Singapura.

Di bawah kepimpinan Umno-BN, katanya negara juga kehilangan tanah keretapi di sepanjang laluan Singapura tanpa mengetahui apa pulangan hasilnya kepada rakyat, dan kawasan telaga minyak Blok L dan M kepada Brunei ketika Tun Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri.

"Tun Dr Mahathir pernah mendakwa kehilangan telaga-telaga minyak mengakibatkan jumlah kerugian dalam bentuk perolehan berjumlah AS$100 bilion (RM320 bilion)," tambahnya lagi.

Dalam insiden pencerobohan di Sabah, kata Tuan Ibrahim, rata-rata rakyat termasuk pemimpin Umno-BN sendiri tercari-cari jawapan bagaimana pasukan penceroboh dari Filipina yang berjumlah ratusan orang boleh menembusi sempadan negara dengan membawa senjata api.

"Mereka juga dibiarkan berada berminggu-minggu lamanya dalam negara tanpa sebarang tindakan, sehingga ia menjadi suatu ancaman terhadap keselamatan rakyat dan pasukan keselamatan.

"Kerajaan BN perlu tampil menjelaskan perkara ini, dan sekiranya ada rundingan dalam tempoh tersebut, kerajaan BN perlu menjawab maklumat rundingan dan punca kegagalan rundingan kepada rakyat sehingga berlaku pertempuran.

"Kerajaan BN juga perlu menjawab mengapa perkembangan insiden di Sabah tidak dilaporkan secara telus sehingga rakyat terpaksa bergantung kepada berita daripada Filipina untuk mengetahui lanjut mengenai situasi sebenar di Lahad Datu," tegas beliau.

Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata rakyat menyambut baik tindakan keras kepada para penceroboh yang telah membunuh beberapa anggota polis.

Akan tetapi, kata beliau, rakyat juga ternanti-nanti ingin mengetahui punca sebenar sehingga menyebabkan pertempuran berlaku sehingga 8 anggota polis terkorban dan juga hukuman berat kepada mereka yang didapati melakukan pengkhianatan terhadap negara dalam insiden ini.

"Sebagai contoh, rakyat ingin mengetahui apakah punca insiden ini lahir daripada tindakan menganugerah warganegara kepada warga asing  secara rakus bermotifkan kepentingan politik dalam Projek IC yang kini hangat dicela merata tempat?

"Lebih menarik perhatian rakyat ialah persoalan kenapa insiden pencerobohan ini berlaku di saat negara berada di ambang pilihanraya umum tatkala laporan kajian mendapati sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri semakin jatuh?" soal beliau.

harakahdaily/-

Pelarian Syria cecah satu juta

Posted: 08 Mar 2013 12:18 AM PST

25 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -


Pelarian Syria cecah satu juta
Sebahagian daripada keluarga dari Syria yang menunggu giliran untuk mendaftar di pusat UNHCR di utara bandar Tripoli, Lubnan, kelmarin.
 
DAMSYIK - Seorang ibu muda berumur 19 tahun menjadi pelarian kesejuta Syria yang mendaftarkan diri dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), kelmarin.

Angka pelarian yang semakin meningkat dikhuatiri akan menyebabkan krisis kemanusiaan kerana sehingga kini lebih empat juta penduduk Syria dilaporkan telah melarikan diri selepas negara itu terjerumus ke dalam perang saudara sejak dua tahun lalu.

Pada masa ini, sejuta pelarian sudah mendaftarkan diri dengan agensi di bawah PBB tersebut manakala ratusan ribu lagi masih gagal berbuat demikian.

Kakitangan UNHCR, Panos Moumtzis berkata, walaupun jumlah pelarian Syria masih berada di tahap terkawal, ia mungkin akan menjadi lebih buruk.

"Sejak beberapa bulan lalu, sudah berlaku kebanjiran pelarian kerana kira-kira 7,000 penduduk meninggalkan Syria pada setiap hari. Angka pelarian yang mendaftar juga meningkat secara mendadak sejak Disember lalu," jelasnya.

Difahamkan,  kebanyakan daripada mereka terpaksa hidup berpindah-randah di beberapa kem pelarian di Syria sebelum merentasi sempadan untuk mendapatkan perlindungan di negara jiran seperti Turki, Jordan, Iraq dan Mesir.

Dalam perkembangan lain, Majlis Keselamatan PBB menuntut Tentera Pembebasan Syria (FSA) membebaskan lebih 20 anggota pasukan Pemantau Pengunduran PBB (Undof) yang diculik di zon gencatan senjata di Bukit Golan.

Menurut Ketua Pengaman PBB, Herve Ladsous, satu rundingan telah diadakan bersama penculik dan mereka berharap kesemua tebusan dibebaskan tanpa syarat. - AFP

Selangor ambil alih Syabas terlebih dahulu

Posted: 08 Mar 2013 12:18 AM PST

25 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -


SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor bersetuju untuk mengambil alih Syabas terlebih dahulu dalam proses pengambilalihan syarikat konsesi pembekalan air di Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Selangor mengulangi bahawa mereka menyambut baik kesediaan semua syarikat konsesi air untuk terus mengadakan perbincangan pengambilalihan bagi menyokong  penstrukturan semula industri perkhidmatan air.

Mengenai perbincangan pengambilalihan ini, kerajaan Selangor melalui Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) telah memulakan perbincangan dengan Perbadanan Aset Air Berhad (PAAB) berkenaan pelupusan aset air dan liabiliti.

"Demi kepentingan rakyat, kerajaan negeri sedia mempertimbangkan untuk terlebih dahulu mengambilalih Syarikat Bekalan Air Sdn Bhd (SYABAS)  yang merupakan pengedar tunggal bekalan air bersih di Selangor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya," katanya.

Justeru, katanya, Kerajaan negeri telah meminta KDEB mempertimbangkan kemungkinan mengambilalih pengagihan bekalan dan operasi SYABAS terlebih dahulu.

Selepas itu, katanya, KDEB akan meneruskan mengambilalih syarikat konsesi lain iaitu Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) dan Konsortium ABBAS Sdn Bhd (ABBAS) yang mana KDEB sudah menjadi pemegang saham terbesar.

Sementara itu, pengambilalihan satu lagi konsesi, Puncak Niaga Sdn Bhd bergantung kepada persetujuan KDEB dengan pemegang saham terbesar, Puncak Niaga Holdings Berhad, jelas beliau dalam kenyataannya.

harakahdaily/-

Badan kereta Volkswagen hibrid terlalu ringan

Posted: 08 Mar 2013 12:01 AM PST

25 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -




LONDON - Pembuat kereta terkenal Eropah, Volkswagen bakal menghasilkan sebuah kereta hibrid Volkswagen XL1 yang amat menjimatkan minyak, lapor akhbar The Sun semalam.

Ia dikuasakan enjin diesel 800cc dan mampu mencapai kelajuan 0 hingga 100 kilometer sejam (km/j) pada meter laju dalam tempoh 11.9 saat dengan kelajuan maksimum 159 km/j.

Badan Volkswagen XL1 diperbuat daripada gentian karbon dan cermin hadapannya dikatakan paling nipis di dunia.

Kenderaan dua tempat duduk yang mempunyai ketinggian 1.18 meter dan berat 800 kilogram itu mampu bergerak sejauh 48km menggunakan tenaga diesel elektrik.

Sementara itu, tangki minyak Volkswagen XL1 hanya mampu mengisi 10 liter bahan api.
Kereta itu bergerak dari London ke Leeds sejauh 313.82 kilometer dengan kos minyak sebanyak £4 (RM18.67).

Syarikat pengeluar kereta Volkswagen itu membelanjakan £1 bilion (RM4.67 bilion) selama lebih 15 tahun untuk menjadikan badan kereta berkenaan ringan dengan tujuan untuk mengurangkan penggunaan minyak.
Ketua Penyelidikan dan Pembangunan Volkswagen, Dr. Ulrich Hackenberg berkata, teknologi kereta model tersebut akan berada di pasaran dalam tempoh lima tahun lagi. - Agensi


Nik Aziz: Isu Lahad Datu ujian untuk umat Islam

Posted: 07 Mar 2013 11:45 PM PST

25 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

Nik Aziz: Isu Lahad Datu ujian untuk umat Islam
Nik Abdul Aziz meminum air yang sudah dirawat selepas merasmikan Loji Rawatan Air Wakaf Bunut semalam.
 
PASIR PUTEH - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta seluruh rakyat mendoakan keselamatan negara berikutan insiden pencerobohan Lahad Datu yang meragut nyawa anggota keselamatan.

"Sama-samalah kita berdoa supaya negara kita selamat, kejadian itu merupakan ujian kepada umat Islam yang menolak Islam dan berasa dialah tuhan.

"Kejadian seperti itu bukan sahaja menjadi masalah besar kepada pemimpin malah kepada rakyat juga," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Loji Rawatan Air Wakaf Bunut di sini, semalam.

Menteri Besar berkata demikian ketika diminta mengulas insiden pencerobohan Lahad Datu yang mengorbankan anggota keselamatan negara.

Loji Rawatan Air Wakaf Bunut yang menggunakan teknologi penapisan 'ultrafiltration' dengan teknologi membran daripada Jerman dijangka membekalkan 14 juga liter air terawat sehari.

Nik Aziz bagaimanapun, mahu rakyat berfikir dan tidak terlalu mudah menuduh mana-mana individu menjadi dalang pencerobohan tersebut.

Beliau juga menganggap pemimpin negara juga 'menceroboh' undang-undang apabila menggunakan ISA untuk menahan rakyat.

"Saya selalu sebut, pencerobohan ini bukan menceroboh dengan peluru sahaja, menahan rakyat di bawah ISA juga satu pencerobohan.

"Rakyat yang ditahan bukan sahaja rakyat Malaysia, mereka juga hamba ALLAH SWT dan begitu juga dengan menteri terlibat, mereka bertanggungjawab kepada ALLAH SWT kerana menghukum orang dengan tidak dibicarakan," katanya.
 
harakahdaily/-

Kereta rempuh pentas pelancaran China Town

Posted: 07 Mar 2013 11:35 PM PST

25 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -


(Pentas perasmian yang dirempuh kereta malam tadi)

KOTA BHARU: Pentas khas yang dibina oleh kerajaan negeri untuk majlis perasmian 'China Town' malam ini dilanggar oleh sebuah kereta kira-kira jam 3.00 pagi tadi.

Ketika kejadian, 10 orang pekerja sedang menyiapkan kerja-kerja terakhir di pentas tersebut, termasuk memasang lampu.

Bagaimanapun kesemua petugas itu terselamat apabila kesemua mereka berjaya menyelamatkan diri sebaik sahaja melihat kenderaan terbabit menghala ke arah pentas yang sedang disiapkan tersebut.

Pemberita Harakahdaily, Rizal Tahir terus ke tempat kejadian kira-kira jam 7.05 pagi tadi sebaik saja dihubungi oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan.

Takiyuddin tidak menolak kejadian itu disabotaj oleh pihak tidak bertanggungjawab.

"Ini kerana jalan berkenaan telah ditutup kepada semua lalu lintas sejak jam 10.00 malam tadi,"ujarnya kepada Harakahdaily.

Baru-baru ini, Takiyuddin telah mengeluarkan kenyataan, hari ini akan diadakan majlis pelancaran China Town di Jalan Kebun Sultan bagi menggambarkan jalan tersebut sebahagian besarnya didiami oleh masyarakat kaum itu.

Sebagai tempat yang bakal dijadikan antara kawasan pelancongan, kerajaan negeri telah mengambil keputusan untuk mewujudkan China Town di situ.

Majlis perasmiannya bakal dilakukan oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat malam ini.

Majlis perasmian kekal
Sementara itu, majlis perasmian China Town pada malam ini akan tetap diteruskan walaupun pentas persembahan untuk malam ini dilanggar kereta pada awal pagi tadi.

Pengarah program, Datuk Takiyuddin Hasan memberitahu, majlis persamian berkenaan akan diteruskan  dan orang ramai diminta hadir beramai-ramai.

"Orang rama tidak perlu takut kerana langkah-langkah keselamatan akan dipertingkatkan lagi untuk majlis malam ini," katanya

"Kerja-kerja baik pulih sedang dibuat lakukan dan majlis malam ini tetap diteruskan seperti mana yang dirancang sebelum dari ini," ujarnya lagi.

Takiyuddin menambah, pihaknya mengenali pemandu yang terlibat dengan kejadiaan ini dan meminta agar pihak polis melakukan siasatan.

"Saya difahamkan bahawa ada pihak telah membuat laporan polis pada malam tadi dan pihak urusetia akan membuat laporan polis pada pagi ini pula," ujarnya lagi.

harakahdaily/-

Thailand bantu Kelantan pindah teknologi makrob

Posted: 07 Mar 2013 11:33 PM PST

25 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

(TG Nik Aziz melihat peralatan pertanian baru yang dipamirkan)

KOTA BHARU: Kelantan menjalin usaha sama dengan kerajaan Thailand bagi pemindahan teknologi makrob pertanian sebagai usaha memperkasakan sektor berkenaan di negeri ini.

Selain itu perjanjian persefahaman (MoU) juga ditandatangani bagi pemindahan teknologi pengurusan sisa pepejal.

harakahdaily/-

Liwat II konspirasi untuk jatuhkan Anwar – Bapa Saiful Bukhari

Posted: 07 Mar 2013 11:30 PM PST

25 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -



KUALA LUMPUR 8 MAC: Bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim hari ini mengaku kes liwat kedua adalah fitnah dan konspirasi politik ke atas Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Setapak-20130308-01007"Saya Azlan Mohd Lazim (gambar) sesungguhnya percaya anak saya Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab termasuk Khairil Annas Jusoh, pegawai khas kepada Perdana Menteri.

"Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melibatkan anak saya," kata Azlan pada sidang media tertutup di sebuah apartmen di tingkat 27 dekat Taman Melati, Gombak, pagi ini.

Turut menemani beliau, Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.
Azlan berkata, kenyataan-kenyataan media sebelum ini melibatkan beliau dan anaknya dirancang dan disediakan oleh dua individu.

"Semua kenyataan akhbar anak saya dan saya sendiri dirancang dan diskripkan oleh peguam Zamri Idrus dan Khairul Annas Jusoh," katanya.
Konspirasi untuk penjarakan Anwar

Menurut Azlan, kes tersebut adalah konspirasi politik jahat untuk memenjarakan Anwar kali kedua.
Saiful Bukhari (baju biru)
Saiful Bukhari (baju biru)
"Saya mahu rakyat yang cintakan negara ini tahu niat jahat mereka. Segalanya dirancang dengan begitu rapi oleh Khairil Annas Jusoh. Ia dilakukan dengan begitu terancang sekali.
"Saya tak mahu bersekongkol. Empat tahun saya ikuti perbicaraan bersama peguam. Sebagai bapa, saya rasa ada benda yang tidak kena. Ada dalang dalam kes ini," kata Azlan.
Beliau juga bersedia ke mahkamah jika diperlukan berikutan kes rayuan Fitnah II akan dimulakan Jun ini.
"Saya ada hak untuk terangkan. Kalau diminta ke mahkamah, saya sanggup ulang semula (kenyataan ini)," kata Azlan.
Kenyataan yang dibacakan Azlan pada sidang media hari ini.
Kenyataan yang dibacakan Azlan pada sidang media hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut memohon maaf kepada Anwar dan keluarga yang menderita akibat fitnah ini.
"Walaupun pada ketika perbicaraan berjalan, saya dilihat bersama anak saya. Ini semata-mata kerana kasih seorang ayah yang memberi sokongan moral kepada anak yang tidak beribu," katanya.

"Setelah sekian lama mengumpul maklumat sama ada dalam perbicaraan mahupun dikirim orang ramai, saya dapati kebenaran terserlah," kata Azlan.

Sementara itu, Johari berkata, beliau dihubungi Azlan kurang sebulan lalu.
"Pada mula saya fikir ada kes terbaru. Tapi selepas Encik Azlan hubungi maklumkan mahu buat pendedahan, kita kena bantu.

"Sidang media ini pun dibuat secara tertutup kerana kita bimbang keselamatan Encik Azlan," kata Johari.
Tanggal 9 Januari 2012, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Zabidin Mohd Diah memutuskan Anwar bebas dari tuduhan Fitnah II yang mengaitkan beliau dengan bekas pembantunya, Saiful Bukhari. – NS

TG Nik Aziz ilham teater Sahabat Nabi

Posted: 07 Mar 2013 11:29 PM PST

25 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -



(Tg Nik Aziz berbincang dengan Abby yang bakal melakonkan watak utama teater ini)

KOTA BHARU: Kerajaan  Negeri Kelantan bakal menerbitkan suatu drama pentas (teater) pengkisahan mengenai kisah sahabat Nabi, Abul 'Asy bin Rabi', yang juga menantu kepercayaan Rasulullah s.a.w.

Teater pengkisahan kehidupan keluarga Rasulullah s.a.w adalah cetusan murni idea Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Cetusan itu terjelma ketika Tok Guru merancang untuk mengadakan sambutan Maulidur Rasul s.a.w, bulan Rabiulawal yang lalu. Proses pembikinan teater dimaklumkan sendiri Tok Guru kepada penulis semasa bertemu di Rumah Kelantan tidak lama dahulu.

harakahdaily/-

Sistem e-Filing Tahun Taksiran 2012 Tidak Mesra pengguna

Posted: 07 Mar 2013 07:44 PM PST

25 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

Aplikasi e-Filing LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) Malaysia ini telah diperkenalkan di dalam Tahun 2003  untuk memudahkan kaedah penghantaran Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) elektronik melalui Internet yang disediakan untuk pembayar cukai korporat dan seterusnya kepada pembayar cukai individu dalam tahun 2004.

Keadah yang digunakan tersebut memang baik bagi memudahkan pembayar cukai membayar cukai tanpa perlu beratur panjang untuk membayar cukai tetapi sekarang ini ada beberapa masalah yang timbul yang masih menjadi persoalan tentang sistem e-Filing untuk taksiran tahun 2012.

Ramai pembayar cukai tertanya-tanya samada e-Filing LHDN masih berfungsi seperti biasa atau kita kena mengisi semula secara manual ruangan pendapatan. Kalau dulu Pendapatan Berkanun dan Jumlah Pendapatan tercatit secara automatik dan pembayar cukai hanya perlu mengisi maklumat atau pendapatan tambahan saja tetapi sekarang ini ianya kosong tanpa ada maklumat pendapatan seperti dulu.

Mengapa pihak LHDN tidak memasukkan jumlah hasil pendapatan yang dikeluarkan oleh pihak syarikat seperti tahun sebelumnya. Sekarang pembayar cukai kena mengisi semua jumlah hasil cukai pendapatan penyata gaji pekerja swasta dari Borang EA.

Sepatutnya pihak LHDN mengekal cara pengisian sebelum ini dimana pembayar cukai hanya perlu mengisi maklumat tambahan tanpa perlu mengisi keseluruhan jumlah pendapatan seperti dalam borang EA.

Kami menggesa LHDN untuk mengubahsuai sistem E-Filing yang sedia ada supaya ia lebih mesra pengguna dan tidak membebankan pembayar cukai untuk mengisi secara manual contohnya Borang BE dan sebagainya.

Tanggungjawab LHDN untuk mengemaskini data pengguna secara sistematik dan menyemak dengan tepat hasil cukai yang perlu dikena pada masa yang sama agar tidak berlaku kerja yang berulang-ulang sehingga menyusahkan pembayar cukai membuat pentaksiran semula untuk tahun yang sama seperti yang berlaku sebelumnya. Ada kes dimana pembayar cukai dikenakan pentaksiran semula cukai yang sudah melebihi 5 tahun sehingga ada yang sampai 12 tahun.

Harap perkara ini dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin dan kerjasama dengan pihak LHDN amat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak
 

‘Nasib baik minta rokok’

Posted: 07 Mar 2013 07:42 PM PST

25 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

Lahad Datu: Seorang lelaki dari kampung Tanjung Batu melalui saat cemas apabila ditahan sekumpulan tujuh lelaki bersenjata ketika menunggang motosikal pulang ke rumahnya tetapi nasib baik kumpulan penceroboh bersenjata itu hanya meminta rokok, Isnin lalu.

Abdul Rahman Seilani, 53, yang berkata dia terserempak dengan sekumpulan kira-kira tujuh lelaki bersenjata berpakaian celoreng di jalan raya di kampung itu, kira-kira jam 9 pagi.

"Ketika lalu di depan mereka, seorang daripada mereka meminta rokok daripada saya dalam bahasa Melayu.

"Saya memberikan sekotak rokok yang saya ada dan mereka memberikan RM50 tetapi saya tidak mengambilnya," katanya ketika ditemui Dewan Fajar Harapan di Felda Sahabat 130 kilometer dari sini, semalam.

Bimbangkan keselamatan dirinya, Abdul Rahman mengambil keputusan segera meninggalkan kampung menerusi pesisir pantai ke Kampung Tanjung Labian yang terletak bersebelahan.

"Saya kini tinggal bersama anak di kuarters pekerja FELDA di Fajar Harapan," katanya.
Dewan FELDA Harapan di FELDA Sahabat itu menempatkan penduduk dari tujuh kampung yang berpindah berikutan tindakan pasukan keselamatan menggempur kedudukan pengganas di Kampung Tanduo.

Seorang lagi penduduk, Yusof Sarang, 58, berkata kira-kira 40 penduduk kampung meredah air pasang hingga paras lutut untuk ke Tanjung Labian melalui pantai sebelum ke Dewan Fajar Harapan.
Beliau mengambil keputusan membawa isteri dan tiga anak berpindah segera apabila mendengar berita mengenai kehadiran individu bersenjata di kampung itu. "Kami hanya membawa sedikit pakaian dan kini menumpang di rumah anak saudara di Fajar Harapan," katanya. - BERNAMA

Samseng UMNO Baling Batu Di Ceramah Anwar Di Melaka

Posted: 07 Mar 2013 07:40 PM PST

25 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -


Berpuluh-puluh samseng Umno Barisan Nasional (BN) bertindak liar apabila melontar batu bertalu-talu ke arah bas Jelajah Merdeka Rakyat, selain menyerbu tapak ceramah di Kampong Bukit Katil, Melaka, malam tadi.

Dalam kejadian sekitar jam 10 malam itu, empat cermin bas yang dinaiki Anwar Ibrahim, pecah dibaling batu, malah Ketua Umum KEADILAN itu juga terkena serpihan kaca.

"Alhamdulillah – selamat. Hanya serpihan kaca. Serangan samseng Umno di depan polis," tulisnya pada twitter tidak lama kemudian.


Bagaimanapun, seorang pengawal keselamatan Anwar cedera di mata selepas terkena serpihan cermin manakala seorang lelaki lain, kepalanya berlumuran darah akibat dibaling batu.


Wartawan Keadilan Daily, Mohd Arif Juhani yang membuat liputan siri jelajah itu turut terkena serpihan kaca di muka.

"Cermin bas pecah dibalun macai Umno BN. Kaca bersembur kat muka saya, ada yang masuk mulut," katanya.


Selain membaling batu, samseng Umno BN yang kebanyakannya memakai kemeja-T biru berlogo BN, turut menunjukkan isyarat lucah dan menghambur kata-kata kesat.

Mereka dipercayai terpengaruh dengan ucapan berbaur hasutan pemimpin Umno di ceramah berdekatan.


Sekalipun pasukan polis termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU) berkawal di tapak ceramah, kumpulan samseng Umno tetap bertindak ganas, malah merempuh benteng.

Anwar ketika berucap kemudian mengecam perbuatan kumpulan samseng berkenaan dan menyifatkan Umno BN gagal mencerminkan budaya politik sihat di negara ini.


Sementara itu, Utusan Malaysia terus menerus melakukan pembohongan apabila dalam laporannya mendakwa dua anggota polis cedera dalam serangan malam tadi.


Bagaimanapun, akhbar yang disaman Anwar RM100 juta itu tidak menjelaskan siapa yang memulakan serangan dan dari pihak mana.

Utusan sering kali melaporkan berita yang kurang tepat malah boleh dikatakan apa sahaja yang terjadi semuanya salah Anwar dan bukannya Umno BN.

Dalam laporan itu, Utusan langsung tidak menyatakan bahawa samseng yang diupah pemimpin Umno yang menyerang Anwar hingga menyebabkan sedikit serpihan kaca tingkap pada sisi bas yang pecah mengenai Anwar yang biasanya duduk di kerusi tepi.

Anggota polis yang cedera itu tidak pula Utusan tunjukkan siapa sebenarnya yang menyerang mereka tetapi hanya mendiamkan diri tanpa bukti dan keterangan sahih.

Jelas sekali laporan Utusan berkenaan sengaja mahu menyalahkan Anwar sedangkan pemimpin Umno sendiri yang mengupah samseng tersebut bertindak liar hingga mengancam anggota keselamatan yang bekerja keras menghalang kebiadaban samseng berkenaan.


Imej batu dibaling dari arah penyokong BN diambil dr vedeo pd 50saat rakaman. Diarahkan ke DSAI tp mengenai seorg mangsa berbangsa China


Perbuatan samseng UMNO Melaka membaling batu ke arah bas Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga cermin bas pecah dan badan bas berlubang. Motif jelas untuk mencederakan Anwar dan rombongannya.


Ribuan hadir walaupun terpaksa menghadapi provokasi samseng oleh UMNO/BN Melaka


KOLEKSI RAKAMAN GAMBAR CERAMAH JELAJAH MERDEKA RAKYAT BUKIT KATIL MELAKA.. ALI RUSTAM NAIK ANGIN PENYOKONGNYA NAIK MINYAK!!!!!!



Macam mana Ali Rustam tak naik angin satu badan beb!!!!!.. Kubunya sendiri di Bukit Katil beliau sebagai Ketua UMNO Bahagian disana telah roboh dengan kehadiran ribuan warga Bukit Katil yang tekun tidak berganjak tanpa rasa  gentar dan cuak dengan ugutan,serangan serta teriakkan gerombolan samseng UMNO.


Walaupun difahamkan 2 penyokong cedera kena balingan batu namun mereka tetap tidak berganjak untuk mendengar pidato dari pemimpin kesayangan mereka yang mereka anggap bakal menerajui negara ini sebagai Perdana Menteri ke-7.. INS'YA ALLAH.


Dulu kalau nak lihat orang ramai hadir ceramah pembangkang nak dapat 100 orang hadir cukup sakit dan perit. Kini suasana dan permandangan sedemikian sudah menjadi sejarah. Permandangan itu kini sudah berhijrah ke ceramah anjuran UMNO/BN pula.


Inilah yang memeningkan kepala para pemimpin UMNO yang sudah pun ketika ini pening lalat.


Kepada rakyat Melaka... INI KALILAH....JOM UBAH... SELAMATKAN MALAYSIA. -omakkau

Pengganas menyorok

Posted: 07 Mar 2013 07:38 PM PST

Foto25 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

Semporna: Pasukan keselamatan percaya saki-baki pengganas yang meloloskan diri daripada kejadian tembak menembak di Kampung Simunul dan Sri Jaya di sini, Sabtu lalu masih bersembunyi di daerah ini.
Polis tidak menolak kemungkinan mereka berada dalam kalangan penduduk atau mungkin melarikan diri masuk ke kawasan hutan dan ladang sawit.

Berikutan itu, Ketua Polis Daerah Semporna Deputi Superintendan Firdaus Francis Abdulllah berkata, pihaknya mengadakan kawalan ketat di setiap perkampungan, termasuk semua pulau di daerah ini dalam operasi mengesan pengganas terbabit, termasuk dalang dan pemberi maklumat mereka.

"Kita menggerakkan semua pegawai dan anggota dari Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Komando VAT69 untuk mengesan sebarang aktiviti mencurigakan serta menyiasat setiap laporan penduduk berkaitan perkara itu.
KANAK-KANAK melambai kepada pasukan keselamatan yang membuat rondaan di kampung mereka di Semporna, semalam.

"Selain itu, kawalan turut membabitkan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di kawasan perairan terutama pulau didiami penduduk tempatan dan kawasan yang menjadi tumpuan pelancong seperti di Sipadan, Mabul dan Mataking," katanya pada sidang media di sini, semalam.

metro/-

PERPADUAN UMMAH

Posted: 07 Mar 2013 07:32 PM PST

25 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MO

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِيْنُهُ وَنَسْتَهْدِيْهِ وَنَسْتَغْفِرُهُ، 
 وَنَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ شُرُورِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئاَتِ أَعْمَالِنَا،مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْهُ فَلاَ هَادِىَ لَهُ.
أَشْهَدُ أَن لَا إِلَهَ اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، أَرْسَلَهُ بِالْحَقِّ بَشِيرًا وَنَذِيرًا بَيْنَ يَدَيِ السَّاعَةِ، مَنْ يُطِعِ اللهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ رَشَدَ، وَمَنْ يَعْصِهِمَا فَقَدْ غَوَى.
اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِينَ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ !! اِتَّقُوْا اللهَ، أُوْصِيْكُم وَإيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُونَ.

Tuan-tuan Muslimin Yang Dirahmati Allah,
Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada tuan-tuan yang dikasihi sekalian, marilah sama-sama kita bertaqwa kepada Allah s.w.t dengan sebenar-benar taqwa, dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya.Dan janganlah kita semua mati selain dalam keadaan bertaqwa kepada Allah Taala. Marilah sama-sama kita pada hari ini berusaha untuk meningkatkan iman dan amal kita, semoga kehidupan kita diredhai Allah dan beroleh syafaat Rasulullah SAW di dunia dan akhirat.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Islam adalah agama yang mendukung kemajuan manusiawi dan tamadunnya yang luhur. Perpaduan di kalangan umat Islam menjadi agenda terpenting dalam pembentukan masyarakat menerusi pengukuhan jaringan sosial yang berteraskan kepada persaudaraan. Dalam Islam tiada masyarakat tanpa persaudaraan sebagaimana tiada ketakwaan tanpa keimanan. Persaudaraan dalam Islam adalah teras bagi pembentukan negara dan perkembangan masyarakat yang maju lagi bertamadun. Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: " Seorang mukmin terhadap seorang mukmin yang lain adalah seperti sebuah bangunan di mana sebahagiannya menguatkan sebahagian yang lain. " (Riwayat Muslim)

Perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh ummah agar membentuk satu identiti dan menanamkan perasaan cinta dan banggakan negara. Perpaduan umat Islam iaitu berasaskan kepada kesatuan dalaman yang terzahir sebagai pautan kejiwaan dan kerohanian. Firman Allah SWT di dalam surah al-Hujurat ayat 10:
Maksudnya: "Sebenarnya orang yang beriman itu bersaudara maka damaikanlah di antara dua saudara kamu itu; dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beroleh rahmat".

Sidang Jemaah muslimin yang dirahmati Allah,
Perpaduan sesama umat Islam tidak akan tercapai, kecuali dengan mengamalkan sikap tolong-menolong dalam perkara kebaikan dan mencegah kemungkaran, dimantapkan dengan akhlak mulia seperti sayang-menyayangi, yang muda menghormati yang tua, yang tua memuliakan yang muda. Umat Islam seharusnya menjadikan junjungan besar Nabi Muhammad SAW sebagai contoh tauladan yang terbaik. Kejayaan Baginda SAW dalam menyatukan bangsa Arab yang bersifat asabiyah melalui ajaran Islam yang mantap telah melahirkan bangsa yang hebat dan kuat dalam sejarah tamadun dunia.
Sejarah membuktikan bahawa pendekatan Rasulullah SAW melalui tindakannya, seperti pembinaan masjid sebagai institusi sosial dalam menjana institusi ummah. Masjid bukan setakat berfungsi sebagai tempat menunaikan solat semata-mata, malah berperanan sebagai lokasi strategik untuk Baginda menyusun dan membentuk masyarakatnya, membangunkan aqidah umat Islam, melaksanakan urusan syariah dan menjalinkan hubungan sesama rakyat.
Baginda  juga mengambil langkah mempersaudarakan umat Islam menerusi ikatan ukhwah sesama Islam. Kaum Aus dan Khazraj yang begitu lama bersengketa telah berjaya didamaikan. Rasulullah SAW  memperteguhkan kewajipan memelihara hubungan persaudaraan yang menjana kepada perpaduan dan kesatuan ummah.

Sidang Jemaah muslimin dan muslimat  yang dirahmati Allah,
Peristiwa Perang Ahzab yang berlaku pada 7 Syawal tahun ke 5 Hijrah telah memberi pengajaran yang besar kepada kita. Peristiwa ini menyaksikan penyatuan golongan yang menentang Islam dalam memerangi Rasulullah SAW. Pengajaran besar perang Ahzab menunjukkan kepada kita bahawa perjuangan Islam pasti akan menghadapi pakatan musuh untuk menghancurkan Islam dengan apa cara sekalipun.  Jika dahulu Madinah diserang daripada segenap arah, maka kita hari ini juga diserang dari pelbagai arah, samada daripada serangan fizikal hinggalah kepada serangan pemikiran, politik, ekonomi, budaya dan sebagainya.
Pada hari yang mulia ini, saya ingin mengingatkan bahawa musuh-musuh Islam sentiasa berusaha menghancurkan umat Islam dari segenap sudut. Mereka sedar bahawa kekuatan Islam selama ini banyak bergantung kepada perpaduan yang dibina. Jika umat Islam hilang identiti, hilang maruah, berada dalam kedegilan atau kejahilan terhadap ajaran Islam yang sebenar, kekotoran jiwa dalam memuja hawa nafsu dan mengutamakan kemaslahatan peribadi, maka akhirnya umat Islam akan menerima nasib yang malang lagi hina di negara sendiri.
Ingatlah, bahawa perkara di atas, mampu memusnahkan daya tahan umat Islam dalam kehidupan beragama, mampu memusnahkan daya fikir yang selari dengan tradisi ilmu. Gerakan ini sebenarnya ialah gerakan jahiliah keberhalaan yang datang semula dalam wajah barunya, jahiliah jelmaan yang membawa mesej yang sama iaitu menjauhkan manusia dengan tuhan yang Maha Esa dan menghancurkan perpaduan umat Islam. Lihat sajalah apa yang berlaku di luar sana seperti di negara Syria, Libya, Iraq dan lain-lain lagi, apabila rakyat berpecah belah, pemimpin dipengaruhi pemikiran dan tindakannya oleh musuh musuh Islam untuk mendapat apa yang diingini, maka negara berada dalam huru-hara dan kehancuran.
            Justeru, marilah sama-sama kita sebagai umat Islam, bersatu padu dan bersepakat dalam semua perkara, serta janganlah kita melampaui batas dalam perkara yang telah dipersetujui. Semangat melampaui baast sebenarnya merupakan pemangkin terhadap ketidaksepaduan masyarakat dan seterusnya akan melemahkan kestabilan sesio-politik negara.
Janganlah kerana kita menganut sesuatu ideologi atau fahaman, kita sanggup membakar jambatan perpaduan yang telah lama terbina. Usahlah hanya kerana kepentingan jangka pendek untuk berkuasa, kita sanggup mengadai kuasa yang ada. Ingatlah bahawa umat Islam yang menjiwai makna perpaduan adalah mereka yang sentiasa bersikap terbuka dan saling menghormati antara satu sama lain. Mereka yang mengerti mahalnya harga perpaduan tidakakan membuat tuntutan yang bukan-bukan atau mencetuskan riak-riak permusuhan. Sebaliknya, mereka yang cintakan perpaduan dan keamanan akan meletakkan kepentingan ummah melebihi kepentingan kelompok dan kepartian. Kita sebagai umat Islam tidak  mempunyai sebab dan alasan mengapa umat Islam gagal bangkit membawa perubahan, gagal bangkit memain peranan bagi memartabatkan Islam sebagai addin dan bangkit untuk membebaskan ummah dari ancaman kemusnahan.

Muslimin dan muslimat yang di Rahmati Allah,
Perpaduan adalah roh kekuatan Islam kerana ia mewujudkan perasaan kasih sayang, persaudaraan, kedamaian dalam hubungan kekeluargaan dan masyarakat serta saling bantu membantu di antara satu sama lain. Ia juga merupakan nikmat yang dapat mengeratkan lagi hubungan sesama manusia dan dapat menghimpunkan perasaan serta semangat sehati sejiwa untuk kita sama-sama berganding bahu bagi memakmurkan ummah. Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: " Orang-orang yang penyayang akan disayangi Allah Yang Maha Penyayang. Sayangilah siapa yang ada di atas muka bumi, niscaya kalian akan disayangi oleh siapa yang ada di langit." (Riwayat at-Tirmizi)

بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ، وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.  


خطبة كدوا

اَلْحَمْدُ للهِ القَائِل :
لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا ﴿٢١﴾
Maksudnya: "Sesungguhnya, adalah bagimu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik hari akhirat, serta ia pula menyebut dan banyak mengingati Allah."
أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Sesungguhnya, Rasulullah SAW merupakan contoh ikutan terbaik yang wajib kita ikuti. Dalam semua keadaan Rasulullah sentiasa menunjukkan akhlak yang terbaik. Perkara-perkara yang membawa kepada perpaduan ummah hendaklah diutamakan antaranya mengganggap saudara-saudara seagama adalah sebahagian daripada kita. Sikap bantu-membantu meringankan kesusahan saudara-saudara seagama adalah sangat dituntut.
Kita sekarang sedang menghadapi musibah pencerobohan tanah air kita oleh pihak penceroboh asing di Lahat Datu Sabah. Sebilangan anggota keselamatan kita telah terkorban mempertahankan kedaulatan tanah air. Mereka yang terkorban telah meninggalkan isteri, anak-anak dan ahli keluarga yang lain. Walhal mereka mempunyai tanggungjawab terhadap ahli keluarga mereka. Menjadi tanggungjawab kita untuk membantu meringankan beban ahli keluarga yang ditinggalkan oleh pejuang-pejuang tanah air.
Marilah sama-sama kita menghulurkan bantuan kewangan dengan menginfakkan sebahagian rezeki kita dengan mengisi tabung-tabung yang disediakan oleh pihak masjid bagi meringankan beban ahli keluarga pejuang tanah air kita.
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ،وَاجْعَلْ فِىقُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّ اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم.
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ، وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ.
اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ،وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ،اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ.اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ، وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الْأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ، بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.
اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّيْن شاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان يُوْسُف عِزُّ الدِّيْن شَاه غَفَرُ اللهُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ.
رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الأخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ.
فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ.
 

Gunung Berapi Tangkuban Perahu di Jawa Barat dipantau saintis

Posted: 07 Mar 2013 07:00 PM PST

25 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

JAKARTA - Beberapa saintis Indonesia menyatakan mereka memantau dengan teliti sebuah gunung berapi aktif di Pulau Jawa dan menggesa penduduk kampung dan pelancong tidak menghampiri kawasan itu.

Seorang pakar gunung berapi Indonesia, Hendra Gunawan semalam berkata, Gunung Tangkuban Perahu di wilayah Jawa Barat itu memuntahkan debu dan asap hampir 500 meter ke langit sejak Isnin lalu.

Amaran tentang gunung itu kini berada pada tahap kedua tertinggi.

Bagaimanapun, gunung berapi itu tidak mengeluarkan lahar dan tidak memberi ancaman ke atas kampung serta pekan berhampiran.

Namun, pihak berkuasa menasihatkan para pelancong agar berada 1.5 kilometer dari kawah kerana khuatir gunung berapi tersebut mengeluarkan gas yang beracun.

Gunung Tangkuban Perahu yang memiliki ketinggian 2,084 meter merupakan antara lokasi tarikan pelancong terkenal di Pulau Jawa.

Kali terakhir ia meletus adalah pada tahun 1983. - AP

Subhaanallah, matahari yang bersinar di tengah malam

Posted: 07 Mar 2013 06:30 PM PST

25 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -


http://farm4.staticflickr.com/3016/2847963374_7dd09e1311.jpg 
Lapland, Merupakan sebuah provinsi yang ada di Finland yang memiliki keluasan wilayah 98.946 km = C2 = B2 dengan populasi penduduk seramai 187777 orang (2002). Ibu kotanya ialah Rovaniemi. Wilayah ini memiliki sebuah fenomena unik indah untuk dipandang, iaitu matahari di tengah malam.

Hal ini terjadi kerana lokasinya yang berada di lingkaran kutub, selama dua puluh empat jam dalam dua bulan setiap tahun wilayah ini akan disinari oleh matahari sepanjang hari tanpa henti. Fenomena unik ini biasanya disebut midnight sun atau matahari tengah malam.

Fenomena ini biasanya akan berlaku setiap bulan Jun dan Julai. Pelancong yang melawat Lapland dapat melihat secara langsung cahaya unik dari matahari tengah malam, yang tidak memberi batas antara siang dan malam di sini. Hal ini membolehkan bagi para pelancong untuk mendaki gunung Lapland di malam hari atau bahkan melakukan sukan golf selama 24 jam tanpa henti. Salah satu tempat kegemaran pelancong untuk pelancongan golf yang terdapat di Lapland adalah Bjorkliden GC, padang golf yang terletak paling utara wilayah ini. Bersempadan dengan beberapa pergunungan yang merupakan sempadan negara antara Sweden dan Finland serta Tasik Tornestrask.
http://static.panoramio.com/photos/original/5472461.jpg

Selain dapat menikmati sensasi bermain golf di tengah malam, aktiviti-aktiviti pelancongan lain yang juga digemari di Lapland adalah bermain ski di Riskgransen yang merupakan resort ski di kedudukan paling utara di Eropah. Tidak seperti resort ski lain di Eropah, Riksgransen tidak mempunyai suhu sejuk, sehingga para pencinta ski tidak perlu takut dengan kesejukan. 

kerabu bersuara/-

[GEMPAR] Ini Dia Penyanyi Yang Ditahan Disyaki Bunuh Suaminya

Posted: 07 Mar 2013 06:00 PM PST

25 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -



Gambar kenangan Nouri bersama suaminya
Seorang suspek iaitu penyanyi tahun 1990-an Nouri Ramli telah ditahan polis berhubung kematian suaminya yang dipercayai mati selepas bergelut dalam kejadian di kondominium Ampang Utama, dekat sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin yang mengesahkan perkara itu berkata, Nouri bersama dua anak saudaranya telah ditahan pada pagi Rabu dan di reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah bagi membantu siasatan.

"Kami menahan wanita itu di rumahnya pagi tadi (Rabu) dan tidak dapat dipastikan berapa lama dia akan di reman.

"Mereka akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Rabu.

Akhbar pada Rabu melaporkan seorang penyanyi wanita telah memukul suaminya sehingga mati kerana tidak mahu suaminya itu bertemu dengan anak perempuan mereka yang berusia setahun.

Mangsa, Khairul Azmi Jaafar, 39, mati dipercayai selepas dibelasah dalam keadaan kaki dan tangan terikat.

Kejadian ini dipercayai terjadi sekitar pukul 5 petang Selasa apabila berlaku pertengkaran melibatkan mangsa dan isterinya berhubung perebutan anak.

Dalam kejadian, Nouri, 39, dipercayai sengaja mengikat tangan dan kaki suaminya dengan bantuan dua anak saudaranya sebelum mangsa pengsan dalam sebuah bilik dan meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung kerana pergelutan dan kekasaran.

Penyanyi wanita itu juga dikatakan sudah tidak tinggal sebumbung dengan mangsa sejak setahun lalu dan mereka juga dalam proses perceraian.

Nouri pernah popular dengan lagu Hadirmu Yang Terakhir dan turut memenangi anugerah Artis Baru Wanita Terbaik, Anugerah Industri Muzik (AIM) pada tahun 1999. -mstar

Makin kalut, HKL takut pelekat kereta?

Posted: 07 Mar 2013 05:30 PM PST

25 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -



KUALA LUMPUR: "Adalah dimaklumkan bahawa semua anggota HKL adalah dilarang menampal apa-apa bentuk pelekat (sticker) atau logo pihak parti pembangkang samada di kenderaan masing-masing atau mana-mana bahagian di dalam premis HKL. Larangan ini berkuatkuasa serta-merta."

Itulah yang tertera di dalam sepucuk surat Hospital Kuala Lumpur bertarikh 4 Mac 2013 dan tersebar luas di laman sosial Facebook yang ditandatangani Pengarah HKL, Datuk Dr Zaininah Binti Mohd Zain.

Menurut TV Selangor, perkara itu disahkan oleh pejabat Timbalan Pengarah HKL dan Pembantunya, Nur Hazlin Mohd Yunus.

Yang menariknya tidak ada sebarang sebab diberikan oleh surat pekeliling itu samada ia membahayakan kesihatan atau punca kemalangan.

Surat itu juga mengandungi arahan kepada Ketua Jabatan/Ketua Bahagian/Ketua Unit untuk menasihatkan anggota di bawah Jabatan/seliaan masing-masing supaya mematuhi arahan sepenuhnya dan memastikan bahawa tiada anggota di bawah seliaan mereka yang melanggar perintah tersebut.

"Tindakan sewajarnya termasuk tindakan tatatertib boleh diambil terhadap mereka yang ingkar terhadap peraturan ini," tambah surat itu lagi.

harakahdaily/-

M'sia tolak gencatan senjata kecuali serah diri

Posted: 07 Mar 2013 07:07 AM PST

24 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

Malaysia menolak gencatan senjata unilateral Sultan Jamalul Kiram III dan menuntut supaya pengikutnya di Kampung Tanduo, Lahad Datu menyerah diri tanpa syarat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.




NONE
"Presiden Filipina Benigno Aquino bertanya kepada saya apakah 
respons Malaysia terhadap tawaran untuk mengadakan gencatan senjata.

"Pendirian kita ialah mereka mesti meletakkan senjata tanpa syarat dan menyerah diri kepada kita," katanya dalam sidang akhbar di Felda Sahabat Residence, selepas mendengar taklimat mengenai situasi di Lahad Datu petang ini.

Beliau menggesa kumpulan yang masuk melalui sempadan Sabah dan mengambil alih Kampung Tanduo pada 12 Februari lalu, supaya segera berbuat demikian.

Sehingga itu, Najib berkata Ops Daulat - operasi bersama polis dan tentera polis untuk memburu militan tersebut, akan terus selama yang diperlukan.

ahmad zahid hamidi
"Ia akan diteruskan selagi diperlukan sehingga kita menghapuskan mereka atau mereka menyerah diri," katanya.

Sebelum itu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, dalam twitternya, juga berkata Malaysia menolak gencatan senjata itu dan mahu pengikut penceroboh itu menyerahkan diri.

"Gencatan senjata satu pihak tidak diterima oleh Malaysia kecuali kalau militan menyerah diri tanpa syarat.

"Jangan percaya tawaran gencatan senjata oleh Jamalul Kiram. Dalam kepentingan rakyat Sabah dan seluruh rakyat Malaysia, hapuskan dulu semua militan," tulis Ahmad Zahid dalam Twitter.

NONE
'Sultan Sulu' mengisytiharkan gencatan senjata unilateral untuk jam 12.30 tengahari dan menggesa Malaysia menerimanya, demikian kenyataan yang dibacakan oleh jurucakapnya di Manila.

"Mereka tidak akan mengambil apa-apa tindakan. Mereka akan kekal 
di tempat di mana mereka berada sekarang.

"Mereka tidak akan memperluskan operasi," jurucakap itu dipetik sebagai berkata, merujuk kepada militan, dipercayai berjumlah antara 100 dan 300, orang di negeri Sabah.

Malaysiakini/-

Tiada ulasan:

Nuffnang