Rabu, 27 Mac 2013

DUN BUKIT PAYONG

DUN BUKIT PAYONG


500 anak muda Bukit Payong berikrar tolak Umno - BN

Posted: 26 Mar 2013 08:13 PM PDT


Rhu Muda : Seramai kira-kira 500 orang anak muda dari semua cawangan PAS di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payong berikrar untuk menolak Umno dan BN dalam pilihanraya umum (PRU) ke 13 nanti.
Mereka menyatakan hasrat mereka itu dalam program Konvoi Pemuda DUN Bukit Payong Tolak Umno – BN anjuran Alternative Riding Club (ARC) DUN Bukit Payong baru-baru ini.
Menurut koodinator program saudara Muhammad Rahim Razali (kiri) program ini bertujuan memberi kesedaran kepada pengundi-pengundi muda di DUN Bukit Payong terutama pengundi baru, agar tidak melakukan kesilapan dengan mengundi BN dalam PRU nanti.
Ianya juga bertujuan menarik seramai mungkin orang-orang muda yang dikategorikan sebagai pengundi atas pagar di DUN Bukit Payong.
"Mereka ini bukan semuanya ahli PAS, sebahagiannya adalah orang atas pagar.
Matlamat program ini melebihi sasaran kerana sebahagian mereka yang dulu kita kenal pasti sebagai penyokong Umnopun ada turut serta dalam program ini," katanya.
Beliau yang juga Ketua ARC Bukit Payong menambah, ahli dari cawangan yang kurang aktif sebelum ini turut menghantar ramai peserta, sekaligus menunjukkan semangat kerja untuk PRU semakin meningkat.
Ditanya samada program ini akan diadakan lagi, beliau menjawab bahawa ianya sudah dalam perancangan ARC Bukit Payong untuk bergabung dengan ARC Marang bagi mengembangkan program ini keperingkat kawasan.
Aktiviti yang berbentuk santai ini juga diisi dengan slot motivasi agama oleh wakil rakyat DUN Bukit Payong, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah, hadiah cabutan bertuah dan makan tengahari.
Program yang dijayakan bersama dengan Kelab Pacuan Empat Roda Parlimen Marang (PASAK) itu bermula dari Markas PAS Atas Tol menuju ke pantai Rhu Muda dan berakhir dengan konvoi pulang ke Titian Baru dan bersolat jemaah di Masjid Titian Baru.

Tiada ulasan:

Nuffnang