:: cina islam | 2011 :: |
- Najib serah kepada SPRM untuk siasat video pendedahan Taib
- Kit Siang ramal Pakatan menang 7 negeri
- Mandat: Umpama 'rampasan kuasa tanpa senjata'
- Stadium RM320 juta bakal jadi kenyataan
- Tindakan luar biasa Umno BN sebelum parlimen bubar
- SU Agung: Dakwaan ahli Pas pernah cuba bunuh Mahathir mengarut
- Empat anggota polis didakwa rompak empat warga Indonesia
- Bubar Dun: Azizan tunggu isyarat Pas Pusat
- Khir Toyo: Adakah Najib takut bubar Parlimen?
- Ikhlas
- Hari Polis: Pemuda PAS Wilayah lawat Dang Wangi
- Bubar: MB S'gor dah umum, Najib bila lagi?
- Gempa bumi sederhana landa Taiwan
- Najib pengerusi mesyuarat Kabinet, spekulasi muncul lagi
- Isu kematian Chang: Polis siasat MP Pakatan
- Dr M: Najib mesti turun kalau prestasi PRU buruk
- Anak perlu diberi ilmu agama sejak kecil
- Acu pistol sebelum samun
- PRU13: Desas-desus status Datuk Raja Ahmad di Larut
- Remaja dihanyut sejauh 7 kilometer
- Kanak-kanak 4 tahun ditemui lemas
- 21 jam tanggung azab
- Hala roket ke AS
- Orang ketiga boleh dihukum
- Gempa 6.1 magnitud gegar Taiwan
Najib serah kepada SPRM untuk siasat video pendedahan Taib Posted: 27 Mar 2013 06:23 AM PDT 15 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR — Barisan Nasional (BN) dilihat "cuba menampilkan imej mengambil berat terhadap gejala rasuah" walaupun mengkritik masalah itu tidak boleh selesai dalam sekelip mata, kata Datuk Seri Najib Razak bersama temu ramah dengan Financial Times hari ini, berikutan pendedahan video mengejutkan mengenaik skandal pembalakan Sarawak. Akhbar perniagaan antarabangsa itu melaporkan perdana menteri enggan mengulas pendedahan oleh Global Witness ketika temubual tersebut, menjelaskan pihak berkuasa anti rasuah Malaysia telah menyiasat dakwaan tersebut terhadap Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud. "Pelacuran dan rasuah adalah dua perkara yang membelenggu manusia sejak sekian lama. Tapi kami sedang menguruskannya. Namun ianya bukanlah sesuatu yang akan selesai sekelip mata," katanya. Dalam artikelnya menjelaskan situasi sengit yang Najib akan hadapi dalam Pilihan Raya 2013, FT menjelaskan Umno sangat prihatin dalam topik rasuah, yang digunakan pembangkang sebagai senjata untuk kempen. Akhbar perniagaan itu juga menjelaskan pelbagai dakwaan rasuah melibatkan kontrak kerajaan, dan Malaysia berkendudukan ke-54 daripada 176 negara berdasarkan kaji selidik indeks persepsi rasuah Transparency International Malaysia's (TI-M) 2012 Najib dilihat mencuba sedaya upaya bagi merubah negara termasuk membasmi rasuah, namun beberapa siri pendedahan rasuah melibatkan pentadbiran dan pemimpinnya berterusan berlaku. Dalam pendedahan terbaru kumpulan hak asasi manusia berpangkalan di London, Global Witness, menjadikan Taib (gambar) perhatian dalam video melibatkan penyiasatan terhadap skandal balak rasuah. Video bertajuk "Inside Malaysia's Shadow State", menunjukkan rundingan oleh penyiasat GW dengan sepupu Taib dan beberapa orang tengah untuk membeli beberapa ribu hektar tanah hutan, yang mana kumpulan itu mendakwa menjadi kawasan petempatan ribuan masyarakay pribumi. Taib bagaimanapun menafikan penglibatannya dan kerajaan yang dipimpinnya, malah kerajaannya juga telah memulakan inisiatif sendiri bagi menyiasat sama ada video itu adalah cubaan pembangkang untuk menjatuhkan kredibilitinya dalam PRU13. FT berkata, pasukan Najib berkemungkinan tewas oleh Pakatan Rakyat (PR), perikatan antara pembangkang, PKR, DAP dan PAS yang semakin kukuh sejak lima tahun lalu. PR telah menerima kemenangan pada Pilihan Raya pada Mac 2008 apabila merampas majoriti dua pertiga Parlimen dan lima negeri. Sekiranya Najib hanya beroleh kemenangan tipis dalam pilihan raya akan datang, perdana menteri keenam itu juga akan menerima cabaran daripada kalangan pemimpin Umno sendiri. Namun Najin dilihat mengetahui perkara itu ketika temuramah berkenaan dan menjelaskan beliau turut terlibat dalam risiko berkenaan apabila mengubah perlembagaan Umno bagi memudahkan kepimpinan dicabar. "Saya menjadikan Umno lebih demokratik, lebih inklusif. Sudah tentu saya meletakkan diri saya dalam risiko. Namun saya percaya apa yang kami lakukan baik untuk negara dan parti, katanya. FT turut dilaporkan berkata, Najib mempunyai kelebihan berbanding pesaingnya yang mana telah memacu prestasi ekonomi Malaysia tahun lalu yang disifatkan Tabung Kewangan Dunia (IMF) "melepasi jangkaan." Akhbar itu turut menjelaskan ekonomi Malaysia berkembang 5.6 peratus, dipacu permintaan dalam negara yang tinggi dan eksport komoditi seperti gas dan minyak. Memetik HSBC, FT menjelaskan keyakinan pelabur asing terhadap reformasi Najib yang menyaksikan pegangan asing dalam bon kerajaan Malaysia mencecah 550 peratus atau RM215 bilion sejak 2009. Namun akhbar itu turut menjelaskan kebimbangan berkenaan hutang kerajaan berbanding GDP sekitar 51 peratus, dan pendapatan kerajaan agak lemah. Merujuk perkara itu, Najib berkata, kerajaannya sedang melihat perkara berkaitan cukai, menjadi petunjuk kemungkinan selesai pilihan raya, cukai barangan dan perkhidmatan akan diperkenalkan selepas menimbulkan kemarahan orang ramai. "Saya akan melihat kepada struktur cukai, terutamanya, kerana kita perlu perbesarkan pendapatan. Kerajaan melihat pendapatan perlu diberikan dasar yang kukuh," katanya. The Malaysian Insider/- |
Kit Siang ramal Pakatan menang 7 negeri Posted: 27 Mar 2013 06:20 AM PDT 15 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang meramalkan Perlis dan Negeri Sembilan adalah dalam jangkauan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke-13, sekaligus meningkatkan bilangan kerajaan negeri Pakatan daripada lima pada 2008 kepada tujuh pada 2013. Dalam temubual eksklusif dengan akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily, ahli parlimen Ipoh Timor itu menyatakan keyakinan bahawa gabungan itu boleh mengekalkan kuasanya di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan, dan menawan semula Perak. Dengan kemampuan untuk menawan Perlis dan Negeri Sembilan, maka beliau mendakwa harapan Pakatan untuk menawan Putrajaya adalah cerah. Bagaimanapun, Lim (kiri) mengakui bahawa kerajaan PAS Kedah dalam keadaan yang goyah. Walaupun begitu, Lim berkata, 'tsunami politik' pada pilihan raya umum 2008 masih belum mencapai kemuncaknya. "Pada pilihan raya umum lepas, angin anti-establishment bermula dari utara dan berhenti di Negri Sembilan. Ia bukan tsunami penuh. Ia belum mencapai kemuncaknya. "Tsunami akan hanya reda apabila ia mencapai puncaknya. Saya percaya akan ada tsunami politik yang lebih besar dalam pilihan raya umum akan datang yang akan melanda seluruh negara," Sin Chew Daily memetik Lim sebagai berkata. Malaysiakini/- |
Mandat: Umpama 'rampasan kuasa tanpa senjata' Posted: 27 Mar 2013 06:18 AM PDT 15 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: PAS beranggapan kerajaan hari ini sebagai satu 'rampasan kuasa tanpa senjata' apabila menafikan hak rakyat untuk memberikan mandat baru selepas lima tahun. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata rampasan kuasa tanpa senjata itu berlaku apabila rakyat sebagai pemilih kerajaan telah dinafikan hak mereka untuk memilih pemimpin dalam tempoh yang ditetapkan. Beliau berkata, mandat yang diperolehi kerajaan Barisan Nasional hanya berusia lima tahun, sebelum ia terbubar sendiri pada 28 April ini, selaras dengan tarikh sidang pertama parlimen. "Hari ini sudah genap lima tahun 19 hari sejak mandat diberikan rakyat. Walaupun dari sudut undang-undang ia akan terbubar 28 April ini, bagi saya mandat yang diberikan hanya lima tahun, bukan lima tahun 19 hari," kata beliau pada sidang media, di Pejabat Agung PAS, hari ini. Tambah beliau, sepatutnya tempoh lima tahun yang diberikan kepada rakyat sejak 2008 lalu telah dikembalikan kepada rakyat untuk memberi mandat baru. Dalam pada itu, Mahfuz melahirkan kebimbangan sekiranya kerajaan banyak membuat keputusan yang melibatkan implikasi kewangan dalam suasana mandat rakyat sudah berakhir. "Saya menuntut kerajaan untuk memaklumkn apa-apa projek, pembinaan yang telah diluluskan selepas 8 Mac lalu, termasuk di Lima, Langkawi. "Bagi saya, tidak wajar perkara seperti ini (projek selepas 8 Mac lalu). Kerajaan 'caketaker' pun tidak boleh meluluskan sebarang projek, sebaliknya sekadar menjalankan apa yang sudah ada sebelum ini," tegas Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena. Beliau juga menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) segera mengumumkan tarikh penamaan calon bagi Negeri Sembilan memandangkan Dewan Undangan Negeri Sembilan akan terbubar dengan sendirinya esok. Harakahdaily/- |
Stadium RM320 juta bakal jadi kenyataan Posted: 27 Mar 2013 06:17 AM PDT 15 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - KOTA BHARU: Sebelum ini pemimpin Umno menjanjikan sebuah stadium baru dibina di Tunjung sekiranya Barisan Nasional (BN) diberi mandat mentadbir Kelantan. Namun sekarang cadangan itu senyap begitu sahaja. Sebaliknya kerajaan negeri pula memperlihatkan komitmennya membina stadium dan kompleks sukan di tapak Bandar Sukan Bukit Merbau, Pasir Puteh. Tunjong Development Corporation (TDC) yang dilantik kerajaan negeri menerajui projek berkenaan berkerjasama dengan pemaju berpengalaman yang membina Stadium Olimpik Beijing di China. Pengurus Besar TDC, Nazri Deraman berkata, syarikat terbabit dipilih daripada tender terbuka dan akan menjalankan usahasama dengan pemaju tempatan. Katanya, pembangunan Bandar Sukan itu merangkumi pembinaan kompleks membeli belah, ruang pejabat, hotel dan sebuah institusi pengajian tinggi. "Pembinaannya merupakan sebahagian pembangunan di kawasan seluas seluas 272 ekar bagi pembangunan Bandar Sukan. Ia mengandungi Stadium Negeri di kawasan seluas 50 ekar, sebuah stadium tertutup dan pusat akuatik. "Manakala kompleks sukan pula dibangunkan di kawasan seluas 75 ekar. Stadium Negeri sesuai untuk pelbagai acara sukan yang boleh memuatkan 45,000 penonton merupakan fasa pertama akan dibangunkan," katanya di sini. Menurutnya stadium itu juga sesuai dijadikan tempat ceramah perdana kerana ia mesra ibadat di mana boleh menampung jemaah solat dalam kapasiti yang ramai. Bandar Sukan tersebut terletak 33 km dari Bandar Kota Bharu, 20 km dari Bandar Pasir Puteh, 7 km dari Kok Lanas, 7 km dari Selising dan 26 km dari Machang. Kawasan itu sebelum ini merupakan tanah kerajaan negeri untuk rizab haiwan dan sebahagian daripada rizab Hutan Simpan Cabang Tongkat. Lokasinya juga berhampiran projek Lebuh Raya Rakyat Kota Bharu-Kuala Krai yang sedangkan dalam pembinaan sekarang. Nazri berkata, projek tersebut merupakan alternatif kepada Stadium Sultan Mohammad Ke IV bagi menyediakan kemudahan sukan lebih bermutu dan lengkap. Menurutnya projek mega itu membabitkan kos hampir RM320 juta memberi satu signifikan bagi perkembangan dan pembangunan sosial dan ekonomi rakyat. "Ia juga berupaya meningkatkan taraf ekonomi rakyat dengan kewujudan pembangunan bercampur di kawasan sekitar projek tersebut termasuk Kok Lanas, Pasir Puteh dan Machang," ujarnya. Majlis pecah tanah Stadium Negeri akan diadakan pada 30 Mac ini dijangka disempurnakan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Pada majlis itu juga kerajaan negeri akan melancarkan projek rumah mampu milik (RMM). Sebanyak 300 unit akan dibina pada fasa I memberi kemudahan kepada rakyat terutamanya golongan muda bagi memiliki rumah. "Konsep RMM kerajaan negeri di mana rakyat boleh membeli rumah pada harga yang jauh lebih rendah daripada harga pasaran semasa," katanya. Oleh itu Nazri mengajak orang ramai hadir pada program berkenaan yang julung-julung kali diadakan di Kelantan. Harakahdaily/- |
Tindakan luar biasa Umno BN sebelum parlimen bubar Posted: 27 Mar 2013 06:16 AM PDT 15 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Seluruh pemimpin dan ahli-ahli PAS serta Pakatan Rakyat di seluruh negara diminta memantau dengan rapi segala tindakan luar biasa para pemimpin Umno-BN di negeri-negeri yang dikuasai parti itu, sementara tibanya saat pembubaran parlimen. Ketika berada di hujung kuasa, para pemimpin Umno-BN dipercayai akan melakukan pelbagai tindakan untuk melakukkan pemindahan aset-aset mereka kepada kroni-kroni mereka, walaupun tindakan mereka itu menyalahi etika dan undang-undang. Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, bukti terbaru mengenai tindakan buruk mereka itu boleh dirujuk kepada tindakan yang telah dilakukan oleh para pemimpin Umno-BN Pahang pada Februari lalu. Menurut beliau, tindakan tersebut dilakukan menerusi mesyuarat Exco Pahang yang telah meluluskan seluruh pengurusan jalan raya di negeri itu kepada sebuah syarikat, Y. P. Mantanence Sdn. Bhd. mulai April ini selama 7 tahun. Katanya, walaupun keputusan itu dibuat menerusi mesyuarat Exco, tetapi ia ternyata menyalahi etika, lebih-lebih lagi ia mempertingkatkan kos sehingga 25 peratus berbanding kos biasa. "Disebabkan tindakan itu, banyak pihak turut menjadi mangsa, sehingga ia mencetuskan pelbagai rungutan di kalangan rakyat teutama para kontraktor kelas F," katanya kepada Harakahdaily ketika dihubungi hari ini. Menurut Ustaz Tuan Ibrahim, setelah disiasat didapati tindakan tersebut sengaja dilakukan oleh mereka untuk membolehkan mereka memindahkan aset-aset mereka kepada kroni-kroni mereka, setelah disedari mereka tidak lagi berpeluang berbuat demikian pada masa akan datang jika parti itu kalah dalam PRU ke-13 nanti. Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, tindakan tidak bertanggungjawab seperti itu tidak mustahil turut dilakukan juga oleh para pemimpin Umno-BN di negeri-negeri lain yang dikuasai parti itu, sementara parlimen dibubarkan atau terbubar dengan sendirinya sehingga 28 April ini. "Jadi kita mestilah memantau dengan rapi segala tindakan luar biasa mereka itu kerana selain untuk mengaut keuntungan peribadi dan memberikan habuan kepada kroni-kroni mereka, mereka juga ingin memberikan kesukaran dan tekanan kepada Pakatan Rakyat jika kita dapat memerintah negara selepas PRU ke-13 nanti," ujarnya. Sebelum ini, tambah beliau, para pemimpin Umno-BN telah menimbulkan pelbagai tekanan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor melalui perjanjian air dengan Syabas. "Walaupun Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor begitu prihatin kepada rakyat dengan membekalkan air percuma kepada rakyat untuk sekitar 11 mililiterpadu pertama, mereka pula berusaha untuk mengaut kepentingan peribadi tanpa mempedulikan hak rakyat. "Kita sememangnya amat kesal dengan sikap mereka itu. Mereka juga telah sedar tentang kemarahan rakyat kepada mereka. Jadi sementara kuasa masih berada di tangan mereka sekarang, mereka pasti akan melakukan apa sahaja untuk kepentingan mereka. Tindakan mereka itu amat perlu dipantau oleh kita untuk membolehkan kita mengambil tindakan sewajarnya nanti," tegas beliau. Harakahdaily/- |
SU Agung: Dakwaan ahli Pas pernah cuba bunuh Mahathir mengarut Posted: 27 Mar 2013 05:41 AM PDT 15 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - SHAH ALAM - Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali hari ini menempelak cubaan pihak-pihak tertentu mengaitkan Pas dengan pengakuan bekas ahli seumur hidup parti itu, Zainon Ismail yang mengaku pernah merancang untuk membunuh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Menyifatkan cubaan Zainon dan beberapa media membangkitkan semula isu 30 tahun lalu itu kerana sudah menjadi "alat Umno", beliau bagaimanapun meminta polis segera menyiasat kerana isu bunuh bukan perkara main-main. "Ini 'rubbish'. Patut polis siasat dia (Zainon). Dia mengaku dia hendak bunuh (Dr) Mahathir. Pengakuan hendak bunuh orang ini berat," ujar Mustafa kepada Sinar Harian Online hari ini. Bernama hari ini memetik Pengerusinya, Datuk Abdul Rahman Sulaiman sebagai berkata, agensi itu pernah melaporkan tentang kumpulan ekstremis Pas yang diwujudkan untuk membunuh Dr Mahathir pada 1988. Menurut Rahman, laporan khas bertarikh 11 September 1984 nukilan wartawan Bernama itu diperoleh daripada sumber risikan agensi berita itu sendiri. "Bernama dapat mengesan ancaman terhadap Dr Mahathir itu lebih awal daripada pembunuhan yang dirancang ingin dilakukan pada 1988," katanya. Laporan khas pada 11 September itu juga mendakwa seorang daripada pemimpin Pas Kedah dikatakan pernah memberikan senarai lima tokoh Umno yang harus dibunuh demi menegakkan hukum Islam di negara ini. Zainon yang merupakan penulis buku 'Kafirkah Aku?' pada Isnin lalu, dilaporkan berhasrat menemui Dr Mahathir untuk meminta maaf kerana merancang membunuh bekas perdana menteri itu. "Sudah jadi alat Umno boleh kata apa sahajalah. Bila Umno suruh kata apa pun, mereka (Abdul Rahman dan Zainon) ini akan kata," bidas Mustafa lagi. Dr Mahathir, bekas Presiden Umno, menjadi perdana menteri dari 1981 hingga 2003. Sinar harian/- |
Empat anggota polis didakwa rompak empat warga Indonesia Posted: 27 Mar 2013 04:19 AM PDT 15 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR - Empat anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan merompak dan mengugut empat warga Indonesia dua minggu lepas. Azrol Yon Chik, Mohammad Hafiz Md Isa, Mohd Khairil Azli Saud dan Rustamad Awang, dari Balai Polis Tropicana, Damansara didakwa merompak wang tunai berjumlah RM500 dan lapan telefon bimbit milik Ernawati, Lilis, Arifhidayattullah dan Hendi Ekwanto di Kampung Sungai Penchala pada 1.30 pagi 12 Mac lepas. Azrol, Mohammad Hafiz dan Mohd Khairil, masing-masing berusia 27 tahun, manakala Rustamad, 31, didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan. Mereka yang berpangkat Koperal dan Lans Koperal itu juga didakwa mengugut mangsa sebanyak RM3,000 di Balai Polis Tropicana pada 2 pagi hari sama mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda atau sebat, atau mana-mana dua daripada seksaan itu, jika sabit kesalahan. Azrol dan Bustamad berdepan satu lagi pertuduhan iaitu mengugut mangsa sebanyak RM500 dalam kereta Perodua Alza di Jalan Penchala Link, Brickfields pada 2.44 pagi hari yang sama. Hakim Azman Mustapha membenarkan mereka diikat jamin masing-masing RM7,000 dengan seorang penjamin serta mengenakan syarat tambahan iaitu tidak dibenar berkomunikasi dengan mangsa, dan menetapkan 26 April untuk sebutan. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Normadiana Mamat. - Bernama |
Bubar Dun: Azizan tunggu isyarat Pas Pusat Posted: 27 Mar 2013 12:27 AM PDT 15 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - ALOR SETAR - Kerajaan Pas Kedah akan menunggu isyarat Pas Pusat berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun). Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, setakat ini pihaknya masih belum menerima sebarang isyarat mengenai tarikh membubarkan Dun. "Saya tak dapat isyarat apa lagi daripada Kuala Lumpur. Saya tunggu isyarat daripada Pas Pusat," katanya kepada pemberita apabila diminta mengulas kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang bahawa kerajaan negeri pimpinan pembangkang perlu dibubar serentak dengan Parlimen. DUN Kedah akan bubar secara automatik pada 5 Mei ini.- Bernama |
Khir Toyo: Adakah Najib takut bubar Parlimen? Posted: 27 Mar 2013 12:06 AM PDT 15 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - HARI ini merupakan hari terakhir Dewan Undangan Negeri Sembilan berfungsi. Mungkin pada hari ini, Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Hasan akan mengumumkan pembubaran Dun. Dun juga boleh terbubar sendiri selepas 12 tengah malam ini. Namun saya berharapkan Menteri Besar akan mendapat perkenan DYMM Yang Di Pertuan Negeri untuk membubarkan Dun. Adalah tugas Menteri Besar untuk memohon perkenan membubarkan Dun. Jika tidak, Negeri Sembilan akan menjadi negeri pertama dalam sejarah pilihan raya negara yang terbubar secara sendiri. Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mempunyai tempoh sehingga 28 April ini untuk membubarkan Parlimen. Namun sebelum tarikh tersebut akan terdapat beberapa negeri akan terbubar dahulu seperti Melaka dan Johor pada 22 April (tarikh sidang Dun pertama ialah pada 21 April 2008). Ini diikuti oleh Selangor pada 23 April (22 April) dan Perak 26 April (25 April). Selain itu, terdapat beberapa negeri yang boleh meneruskan kerajaan sehingga selepas Parlimen dibubarkan. Antaranya ialah Kedah, Sabah, Terengganu dan Pulau Pinang yang memulakan sidang Dun mereka pada bulan Mei 2008. Kemungkinan besar Perdana Menteri tidak akan membubarkan Parlimen dalam minggu ini. Ini menjadikan kerajaan Negeri Sembilan akan berada di bawah kerajaan sementara untuk tempoh yang agak panjang. Saya dimaklumkan bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan Kerajaan Negeri Selangor akan membubarkan Dewan Negeri Selangor pada 22 April 2013 sekiranya Parlimen masih belum dibubarkan pada masa tersebut. Tarikh ini tidak menghairankan kerana ia merupakan hari terakhir penggal Dewan Negeri Selangor. Hakikatnya, hak untuk membubarkan Dun Selangor terletak kepada Menteri Besar dan Tuanku Sultan Selangor. Ia tidak ada kena0mengena dengan Penasihat Ekonomi Negeri mahu pun Ketua Umum PKR. Anwar juga mendakwa Mohd Najib takut untuk membubarkan Parlimen kerana tidak yakin boleh memenangi pilihan raya umum kali ini. Saya tidak fikir Mohd Najib masih belum membubarkan Parlimen kerana takut kalah. Ini kerana kajian dan pemerhatian pelbagai pihak sama oleh jentera Barisan Nasional, badan-badan pemerhati bebas, mahu pun penganalisis politik dan ekonomi antarabangsa meramalkan Barisan Nasional akan kembali memenangi pilihan raya kali ini dengan pencapain yang lebih baik dari tahun 2008. Misalnya, The Economist Intelligence Unit (EIU), sebuah unit penyelidikan majalah terkemuka The Economist, meramalkan Barisan Nasional akan memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 ini. Malahan The Economist menyatakan bahawa pada pandangan pemerhati antarabangsa, keputusan pilihan raya jelas akan memihak kepada Barisan Nasional. Kaji selidik oleh Merdeka Centre dan Pusat Kajian Demokrasi Dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) juga mendapati Barisan Nasional akan kembali memerintah kerajaan persekutuan. Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan menyatakan kajian pasukannya mendapati Barisan Nasional akan memenangi 160 kerusi Parlimen dalam pilihan raya akan datang. Sungguhpun saya agak skeptikal dengan kajian ini, namun ia bukanlah mustahil. Malahan Tun Daim Zainuddin sendiri yang terkenal dengan bacaan politik beliau yang sangat ampuh juga meramalkan BN akan menang dalam pilihan raya kali ini. Berdasarkan pandangan pelbagai pihak dalam dan luar Negara, kajian bebas atau dilakukan oleh parti, BN akan kembali memerintah Malaysia untuk lima tahun akan datang. Justeru tidak timbul andaian dan tuduhan Anwar Ibrahim bahawa Mohd Najib tidak membubarkan Parlimen kerana takut kalah. Mengapa Najib belum membubarkan Parlimen? Soalan ini agak sukar untuk dijawab. Hanya ALLAH dan Perdana Menteri sahaja yang mengetahui sebab sebenar. Namun berdasarkan kenyataan-kenyataan beliau sejak beberapa bulan lalu, nyata beliau mahu menggunakan masa yang ada untuk memastikan idea, falsafah dan pelan transformasinya dirasai oleh majoriti rakyat. Saya fikir apa yang Mohd Najib mahukan sekarang ialah kemenangan dua pertiga. Untuk mendapat kemenangan dua pertiga agak sukar berbanding sekadar untuk menang. Sebab itu beliau mengambil masa yang lebih sedikit untuk membuktikan kebolehan beliau dan meyakinkan sebahagian rakyat yang masih mengambil sikap tunggu dan lihat. Beliau dilihat seolah-olah tidak cukup masa untuk meyakinkan majoriti rakyat agar memberi kemenangan dua pertiga kepada Barisan Nasional. Ini tidak menghairankan kerana hanya pada 3 April tahun ini genap empat tahun pentadbiran beliau. Ini bermakna beliau kekurangan setahun untuk penggal pentadbiran penuh. Oleh kerana beliau mengambil alih pentadbiran dalam keadaan parti yang lemah dan berantakan, pentadbiran yang dikritik hebat dan hampir dinyahkan oleh rakyat dalam pilihan raya 2008, tugas Najib tidak semudah disangka. Selain itu, keengganan Najib membubarkan Parlimen lebih awal mungkin beliau bimbang Pakatan akan cuba membuat tindakan tidak beretika seperti melewatkan pembubaran Dun Selangor, Pulau Pinang dan Kedah. Jika ini berlaku dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mahu mengadakan pilihan raya serentak maka masa kerajaan Persekutuan sementara boleh mencecah sehingga dua bulan. Ini boleh memberi kesan serius kepada ekonomi dan pentadbiran Negara. Malahan masa yang sedemikian panjang boleh mengancam keselamatan sekiranya kempen politik menjadi kian panas. Justeru saya fikir Mohd Najib akan hanya membubarkan Parlimen seawalnya selepas ulang tahun keempat pentadbirannya pada awal April ini atau menunggu sehingga saat akhir, sekaligus mengelakkan Pakatan melakukan taktik memanjangkan masa pilihan raya untuk menimbulkan ketegangan kepada rakyat. Tindakan Mohd Najib untuk memenuhi penggal yang ada harus dipuji bukannya dikritik. Ini merupakan catatan demokrasi yang penting kepada Negara ini. Perdana Menteri memilih untuk mengabaikan keistimewaannya untuk mengadakan pilihan raya secara mengejut. Bukankah selalunya pembangkang menuduh tidak mempunyai cukup masa berkempen dan menuduh Barisan Nasional tidak professional kerana mengumumkan pilihan raya mengejut? Sekarang apabila semua orang sudah mengetahui bila pilihan raya akan diadakan, tiada unsur kejutan lagi, Pakatan masih tidak berpuas hati. Apa yang mereka mahukan sebenarnya? Ramai juga yang bertanya kepada saya, mengapa Anwar begitu beria-ia mahukan pilihan raya segera sedangkan masanya memang telah pun hampir tiba. Apakah kerana beliau yakin akan menang atau takut banyak lagi isu terbongkar dan makin ramai yang meninggalkan Pakatan nanti? Wallahhualam! Hanya Allah yang maha mengetahui. * Dipetik dari blog Dr Mohamad Khir Toyo |
Posted: 27 Mar 2013 12:03 AM PDT 15 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - Oleh Jarjani Usman "Sesungguhnya amal itu tergantung niatnya, dan sesungguhnya bagi seseorang itu apa yang diniatkannya. Barangsiapa berhijrah karena Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu menuju Allah dan Rasul-Nya. Barangsiapa berhijrah karena harta yang ingin diraihnya atau karena perempuan yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya itu untuk sesuatu yang menjadi tujuan hijrahnya" (HR. Bukhari dan Muslim). Kebahagiaan tentunya dambaan setiap insan. Namun, kebahagiaan kadangkala sulit ditemukan atau dirasakan, karena mencarinya dengan cara yang tidak benar, misalnya, dengan mengingkari Allah. Padahal sesungguhnya kebahagiaan tidak jauh letaknya, ia hadir di hati diri kita sendiri. Ia insya Allah akan diraih, antara lain, dengan memberi tempat yang memadai untuk hadirnya keikhlasan karena Allah di bilik hati. Itulah di antara hadiah dari Allah untuk hamba-hambaNya yang ikhlas dalam beramal. Segala ibadah dan amal diniatkan karena Allah, tidak dikotori dengan hal yang lain. Kebahagiaan ini memang telah dijanjikan Allah, yang diketahui dengan membaca petunjuk dariNya. Sebagaimana disebutkan dalam Alquran, orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah hanya dengan mengingat Allah, hati menjadi tenteram (QS. Ar-Ra'ad: 28). Sedangkan orang-orang yang tidak ikhlas dalam beramal, kerap dirundung perasaan rugi. Apalagi keuntungan hanya diukur dalam bentuk materi. Diliputi perasaan rugi, akan menimbulkan rasa tidak enak di hati. Karena itu, penting berusaha membersihkan niat dalam beramal. Yaitu, niat karena Allah. Apalagi orientasi hidup kita memang demikian, sebagaimana firman Allah, "Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku" (QS. Adz-Dzariyat: 56). Editor : bakri Serambi Indonesia/- |
Hari Polis: Pemuda PAS Wilayah lawat Dang Wangi Posted: 26 Mar 2013 11:59 PM PDT 15 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengadakan lawatan muhibbah ke Balai Polis Dang Wangi semalam sempena ulang tahun Hari Polis Di Raja Malaysia (PDRM) yang ke-206. Dalam lawatan tersebut, Ketua DPPWP, Kamaruzaman Mohamad menghadiahkan kad ucapan dan hamper kepada Sarjan Jamaluddin sebagai tanda penghargaan di atas jasa yang dilakukan oleh pihak PDRM. Dalam lawatan tersebut, Kamaruzaman mengucapkan terima kasih kepada pihak polis yang bertungkus-lumus menjamin keselamatan rakyat Malaysia. "Sempena ulang tahun ke 206 PDRM ini, pihak DPPWP juga mengharapkan agar pihak polis terus komited dalam menjalankan amanah tanpa berpihak kepada mana-mana individu atau organisasi. "DPPWP juga mendoakan agar PDRM sentiasa maju jaya seiring dengan pesatnya pembangunan di Malaysia," katanya dalam pertemuan yang turut diiringi Setiausaha DPPWP, Nurul Islam dan exco, Abu Bakar. Harakahdaily/- |
Bubar: MB S'gor dah umum, Najib bila lagi? Posted: 26 Mar 2013 11:58 PM PDT 15 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor telah mengotakan janjinya untuk mengumumkan awal tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) itu, sebaliknya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih berteka-teki dengan tarikh pembubaran parlimen. Dalam satu kenyataan hari ini, Dewan Pemuda PAS Malaysia menyifatkan tindakan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai bijak dan berani, dan Najib sewajarnya malu kepada pemimpin negeri yang diterajui Pakatan Rakyat. Menurut Ketua Penerangan DPPM Riduan Mohd Nor, Najib lebih suka membiarkan rakyat berada dalam keadaan teka-teki sehingga menyusahkan mereka merancang urusan kerana risau bertembung dengan pilihan raya. "Tindakan politik MB Selangor mengumumkan tarikh pembubaran DUN adalah suatu tindakan licik, bijak serta suatu sindiran tajam kepada PM. Jika MB sebuah negeri dalam persekutuan mampu mengumumkan tarikh pembubaran DUN, amat malang sekali seorang PM yang mempunyai kerajaan persekutuan takut dan enggan mengumumkan tarikh pembubaran parlimen. "Lebih baik MB Selangor menjadi PM kerana beliau berani berterus terang dan berhadapan dengan rakyat, berbanding PM yang penakut untuk menghadapi kebenaran," katanya. Semalam Abdul Khalid mengumumkan Dun Selangor akan dibubar pada 22 April ini sekiranya parlimen masih belum dibubarkan sebelum tarikh itu. Namun jika parlimen telah dibubarkan sebelum itu, ia akan automatik terbubar dan akan menjalani pilihan raya umum ke 13 mengikut kerajaan persekutuan. Tarikh tersebut bersamaan dengan tarikh DUN Selangor dibubarkan secara automatik setelah cukup tempohnya 5 tahun. "Meskipun lewat dari tarikh jangkaan banyak pihak, setidak-tidaknya MB Selangor berani meletakkan tarikh dan mengumumkan kepada media. "Beliau tidak merahsiakan tarikh pembubaran Dun supaya setiap rakyat membuat persediaan secukupnya," kata Riduan. Harakahdaily/- |
Gempa bumi sederhana landa Taiwan Posted: 26 Mar 2013 11:55 PM PDT 15 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter melanda Taiwan pada 10.03 pagi ini. Menurut laporan awal Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa itu berpusat 52km di tenggara Fengshan dan 1,937km timur laut Kudat, Sabah. Penilaian awal jabatan itu mendapati gempa itu tidak membawa ancaman tsunami. - Bernama |
Najib pengerusi mesyuarat Kabinet, spekulasi muncul lagi Posted: 26 Mar 2013 11:53 PM PDT 15 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - SHAH ALAM - Sementara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sedang mempengerusikan mesyuarat mingguan Kabinet, yang ramai meramalkan sebagai yang terakhir, spekulasi mengenai pembubaran Parlimen muncul sekali lagi hari ini. Banyak pihak membuat ramalan dan jangkaan masing-masing menerusi media sosial sejak pagi tadi. Malah, Sinar Harian Onlinejuga menerima panggilan dan SMS mengenai soal itu, yang rata-rata bertanya sama ada Parlimen akan dibubarkan hari ini atau dalam waktu terdekat, kemungkinan besar minggu ini. Ramai begitu teruja untuk mengetahui perkembangan terbaru sementara menanti kemunculan Pilihan Raya Umum ke-13. Risikan dan penelitian Sinar Harian Online menunjukkan tidak ada tanda-tanda ke arah itu hari ini. Difahamkan Najib, yang juga Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional (BN), akan mengadakan pertemuan dengan menteri-menteri besar dan ketua-ketua menteri esok bagi membincangkan soal pembahagian kerusi dan pemilihan calon. Beliau telah pun mengadakan tiga pertemuan dalam tempoh dua minggu lalu. Persekitaran yang sama disaksikan Rabu lalu sehingga Pejabat Perdana Menteri terpaksa mengeluarkan kenyataan menafikan laporan palsu kononnya Parlimen akan dibubarkan. Spekulasi kali ini semakin kuat susulan sesi jelajah terakhir di Pahang Sabtu lalu dan disusuli dengan beberapa majlis penting dan menarik dihadiri Najib sejak Ahad lalu. Semalam Najib merasmikan Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2013. Semalam, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan pihaknya memutuskan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor pada 22 April ini jika Parlimen masih belum dibubarkan sebelum tarikh itu. Mandat semasa kerajaan pusat akan berakhir 28 April. Speaker Dun Negeri Sembilan, Datuk Razak Mansor akan memaklumkan secara rasmi mengenai pembubaran secara sendiri Dewan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), hari ini. Beliau berkata, pemakluman itu bagi membolehkan badan pengendali pilihan raya mengadakan pilihan raya bagi negeri ini dalam tempoh 60 hari selepas Dun terbubar secara sendiri pada Khamis. "Itupun jika Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Tuanku Munawir tidak membubarkan DUN esok (hari ini) di mana baginda masih boleh berbuat demikian di bawah Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri. "Tapi jika tidak ada pembubaran esok (hari ini), mungkin pada sebelah petang saya akan menghantar makluman kepada SPR kerana pada tengah malamnya Dun sudah terbubar," katanya kepada Bernama semalam. Dalam pada itu, bancian kendalian Sinar Harian Online setakat 12.30 tengah hari tadi menunjukkan 69 peratus pembaca berharap Parlimen akan dibubar minggu ini. Seramai sembilan peratus atau 196 orang yang menyertai bancian ini berharap pembubaran akan berlaku minggu depan dan masing-masing 12 dan 10 peratus percaya Parlimen akan dibubar awal atau akhir bulan depan. Seramai 2,238 menjawab soalan itu. Menjawab soalan sama ada Parlimen perlu terbubar dengan sendiri apabila tamat tempoh mandat pada 28 April, 61 peratus atau 1,316 pembaca Sinar Harian Online bersetuju manakala 39 peratus atau 853 orang tidak setuju. Sinar harian/- |
Isu kematian Chang: Polis siasat MP Pakatan Posted: 26 Mar 2013 11:51 PM PDT 15 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - Polis menyiasat seorang lagi MP Pakatan Rakat hari ini berhubung penglibatan mereka dalam membangkitkan isu kematian pemuda Chang Chin Te yang mati semasa dalam tahanan di balai polis Subang Jaya, Januari lalu. MP Subang R Sivarasa Rasiah berkata beliau hadir memberi keterangan di balai polis Tropicana, Petaling Jaya bagi siasatan berhubung kesalahan fitnah jenayah mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan. Sivarasa berkata beliau disiasat susulan satu laporan polis yang dibuat sendiri oleh ketua polis daerah Subang Jaya ACP Ramli Yahya. Peguam itu juga berkata rakannya Gobind Singh Deo yang juga ahli parlimen Puchong turut disoal siasat berhubung insiden yang pada minggu lalu. "Saya rasa ia satu pembaziran tenaga dan tindakan yang membuang masa. Masa yang berharga bagi pegawai kanan polis diarahkan untuk melakukan gangguan yang tidak sepatutnya dibuat terhadap ahli parlimen pembangkang yang mengambil isu ini mewakili rakyat dalam kawasan mereka. "Saya menyeru ketua polis negara untuk memastikan supaya sumber polis yang berharga tidak disalahgunakan untuk tujuan ini. "Ketua polis daerah, ketua polis negeri atau mana-mana pegawai polis yang bertindak dengan melakukan gangguan sedemikian, sepatutnya dikenakan tindakan displin," kata Sivarasa dalam sidang media di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya hari ini. Sivarasa yang juga ahli majlis pimpinan pusat PKR berkata beliau disiasat selama lebih setengah jam, bermula jam 11.30 pagi ini, katanya. Malaysiakini/- |
Dr M: Najib mesti turun kalau prestasi PRU buruk Posted: 26 Mar 2013 11:49 PM PDT 15 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - Seperti penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga perlu berundur sekiranya gagal menunjukkan prestasi baik dalam pilihan raya umum akan datang, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. "Saya kata secara teorinya, jika beliau tidak melakukan dengan baik, sudah tentu kedudukannya tidak stabil," kata bekas perdana menteri dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini. Beliau diminta mengulas wawancaranya dengan agensi berita antarabangsa AFP, di mana beliau dilaporkan berkata demikian. Beliau bagaimanapun menjelaskan perkara itu pendapat peribadinya yang yang mungkin tidak sepatutnya keluar. Menjawab soalan lain, Dr Mahathir enggan menamakan pihak yang patut menggantikan Najib sekiranya beliau berundur. "Saya tidak ada sebarang calon. Saya tidak jangkakan perkara ini akan berlaku... Saya hanya bercakap daripada segi teori," katanya lagi. Malaysiakini/- |
Anak perlu diberi ilmu agama sejak kecil Posted: 26 Mar 2013 09:30 PM PDT 15 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - KOTA TINGGI – Pendidikan ilmu agama sejak di usia muda menjadi kunci utama kepada generasi baru untuk terus memperjuangkan kesucian Islam daripada terus dipersenda oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Adun Pasir Raja, Datuk Dr Adham Baba berkata, ini kerana perbuatan dan agenda halus pihak tertentu yang bukan beragama Islam untuk menghina agama kita sudah dapat dilihat pada hari ini. "Oleh itu, bagi memastikan keadaan ini tidak terus berlarutan, generasi muda perlu sentiasa diberi bimbingan dan peranan pihak tertentu amat penting untuk mengelakkan keadaan lebih buruk berlaku," katanya. Menurutnya, penduduk di negeri Johor amat bertuah dan beruntung kerana modul yang dipelajari di sekolah agama sebenarnya sudah melayakkan pelajar itu menjadi seorang imam. "Selain itu, kita juga seharusnya bersyukur kerana Perdana Menteri terus mempertahankan dan berpendirian agar kalimah ALLAH tidak boleh digunakan di dalam Bible. Ini kerana ia boleh mengelirukan umat Islam terutamanya mereka yang baru mempelajarinya," katanya ketika merasmikan majlis khatam al-Quran dan penyerahan taklif di Dewan Sekolah Agama (SA) Taman Kota Jaya. Terdahulu lebih 100 pelajar menyertai program yang dianjurkan Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) Darul Ta'zim Daerah Kota Tinggi dengan kerjasama SA Taman Kota Jaya. Hadir sama, Pegawai Tadbir YPK Daerah Kota Tinggi, Norazmi Othman, Guru Besar SA Taman Kota Jaya, Ahmad Tugi Siran. Katanya, dengan adanya program kerjasama YPK dan pihak sekolah secara tidak langsung dapat mengisi rohani peserta dan menyemarakkan lagi semangat perpaduan sedia ada. Sinar harian/- |
Posted: 26 Mar 2013 09:24 PM PDT 15 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - MUAR – Empat sekeluarga menempuh detik menakutkan apabila disamun dua penjenayah bersenjatakan pisau dan pistol di rumahnya di Taman Sungai Abong Permai di sini, semalam. Berikutan kejadian kira-kira jam 4.50 pagi itu, keluarga berkenaan mengalami kerugian lebih RM30,000 selepas beberapa barangan berharga termasuk wang tunai dilarikan perompak. Mangsa yang mahu dikenali sebagai Tee, 50an, berkata, dia menyedari kejadian itu apabila terjaga daripada tidur selepas terdengar bunyi pagar rumahnya dibuka. Menurutnya, dia tertidur di sofa kerana pada malam kejadian dia menonton televisyen hingga lewat malam. "Belum pun sempat saya periksa pintu pagar, penyamun terbabit mengacukan pistol sambil mengarahkan supaya diam dan ikut arahan mereka jika tidak mahu dicederakan "Salah seorang daripada mereka ikat tangan saya guna kain dan suruh naik ke bilik utama untuk ambil barangan berharga," katanya. Tee berkata, disebabkan bimbang dengan keselamatan isteri dan ahli keluarga yang lain dia terpaksa menuruti arahan penjenayah itu Menurutnya, dua perompak berkenaan turut mengejutkan adik perempuan dan pembantu rumahnya kemudian mengikat mereka bersama. "Pada mulanya mereka turut mahu ikat isteri tetapi berubah fikiran apabila melihat keadaannya yang kurang sihat dan tidak bermaya. "Mereka menggeledah laci almari di bilik utama untuk mencari barangan berharga dan kemudian terus melarikan diri," katanya. Tee berkata, kejadian itu berlaku dalam tempoh kurang 25 minit dan mereka melarikan diri menaiki sebuah kereta jenis Perodua Kancil yang diletakkan berhampiran rumah. "Perompak itu melarikan lima telefon bimbit, sebuah beg, seutas jam berjenama serta wang tunai hampir RM20,000. "Walaupun masih trauma dengan kejadian ini tetapi saya bersyukur selamat dan tidak dicederakan," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli ketika ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan. Menurutnya, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti identiti suspek dan gerakan memburu mereka sedang giat dijalankan. "Orang ramai yang mempunyai maklumat i kejadian itu diminta tampil untuk membantu siasatan, " katanya. Sinar harian/- |
PRU13: Desas-desus status Datuk Raja Ahmad di Larut Posted: 26 Mar 2013 09:22 PM PDT 15 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - SELAMA - Ketidakhadiran Ketua Umno Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar semasa program lawatan kerja Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir ke bahagian itu 24 Mac lalu sangat mengejutkan. Koordinator Jawatankuasa Isu dan Strategik Pas Negeri, Salman Saleh berkata, ketiadaan Adun Kubu Gajah itu menjadi tanda dan ia mempunyai kaitan isu kedudukan beliau di kerusi Barisan Nasional (BN) Larut atau sebaliknya. Menurutnya, agak pelik beliau tidak bersama semasa kunjungan menteri besar ke Parlimen Larut sedangkan semua kepimpinan Umno yang lain turut serta bagi meraikannya. "Adakah beliau (Raja Ahmad Zainuddin) tidak disenaraikan sebagai calon kali ini? Apa yang sedang berlaku di Larut kita nampak adalah permulaan buat Zambry kerana masih terdapat sebelas lagi Umno Bahagian yang belum dapat diselesaikan," katanya dalam satu kenyataan. Sementara itu, Ketua Pemuda Pas Larut, Mohd Akmal Kamaruddin berkata, Pas mampu berdiri di atas kaki sendiri dan bukan sekadar tunggu peluang daripada kelemahan pihak lain untuk bangun khususnya di Parlimen Larut. "Bagaimanapun, Pas Larut berasa pelik dengan ketidakhadiran Raja Ahmad Zainuddin semasa program lawatan kerja menteri besar ke Parlimen Larut, baru-baru ini. "Pas tidak mahu menjadikan isu berkenaan sebagai salah satu cara untuk mengukuhkan kedudukan. Kita yakin kita mampu berdiri di atas kaki sendiri untuk terus kukuh tanpa menunggu peluang seumpama ini," katanya. Tambah beliau lagi, sekiranya Umno Larut memang mempunyai masalah dalam, Pas tidak akan masuk campur dan biar mereka selesaikannya sendiri. "Apa sahaja yang berlaku biar mereka selesaikan dan kita akan terus berusaha untuk berdikari," katanya. Mohd Akmal berkata, berbalik kepada isu ketidakhadiran Adun Kubu Gajah itu, bagaimanapun mungkin beliau mempunyai alasan tersendiri kerana tidak dapat hadir pada hari berkenaan. Sinar harian/- |
Remaja dihanyut sejauh 7 kilometer Posted: 26 Mar 2013 09:19 PM PDT 15 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - PASIR GUDANG - Suasana gembira tiga sahabat bermain dengan berpaut pada sebatang paip dalam longkang berhampiran rumah mereka di Taman Puteri Resort, di sini, bertukar panik apabila seorang daripadanya lemas dalam kejadian petang kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, Muhammad Aliff Ahmad, 11, dihanyutkan sejauh kira-kira tujuh kilometer dari lokasi kejadian sebelum mayatnya ditemui terapung di Sungai Kimkim, dekat sini, pada jam 10 pagi semalam. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin berkata, kejadian dipercayai berpunca apabila mangsa dikatakan mengapungkan diri atas air sambil berpaut pada batang paip dalam longkang berkenaan. "Mangsa dipercayai terlepas pautannya pada batang paip itu sebelum dihanyutkan arus deras. Kejadian hanya disedari apabila dua rakannya mendapati mangsa tiba-tiba hilang daripada berpaut di batang paip berkenaan. "Mereka yang panik dengan kehilangannya cuba mencari mangsa, namun tidak berhasil. Pasukan mencari dan menyelamat digegaskan ke tempat kejadian sebaik menerima laporan, namun usaha menjejaki mangsa juga tidak berhasil," katanya ketika pemberita ketika dihubungi, semalam. Roslan berkata, mayat mangsa hanya berjaya ditemui selepas 14 jam kehilangannya oleh orang awam sebelum memaklumkannya kepada polis. "Mayat Muhammad Aliff dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk bedah siasat dan polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut (SDR). Polis bagaimanapun akan menyiasat kejadian ini secara menyeluruh," katanya. Sementara itu, ayah mangsa, Ahmad Yahya, 56, ketika ditemui di Unit Forensik HSI, dekat sini, terkejut dengan kejadian yang menimpa anak bongsu daripada dua beradik itu selain menyifatkan Muhammad Aliff seorang anak yang baik dan selalu mendengar kata. "Saya tidak sangka kerana pada pagi kejadian, dia meminta saya supaya menemaninya di rumah, namun saya terpaksa ke Melaka pada waktu itu kerana ada urusan perniagaan. "Saya hanya tahu mengenai kejadian ini kira-kira jam 5 petang semalam sebelum bergegas pulang. Saya sedih kerana tidak menurut katanya pada pagi itu, kini dia sudah tiada lagi," katanya. Sinar harian/- |
Kanak-kanak 4 tahun ditemui lemas Posted: 26 Mar 2013 08:47 PM PDT 15 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - BIDOR - Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun ditemui lemas selepas mandi bersama ibu dan rakan-rakannya di Sungai Bidor, lewat petang kelmarin. Ketua Polis Daerah Tapah, Superitendan Som Sak a/l Din Keliaw berkata, mangsa dikenali sebagai J Dinesh dipercayai lemas di sungai tersebut ketika mandi bersama ibunya, T Rubhamala, 22, di tempat kejadian. Menurutnya, ketika kejadian, Dinesh bersama rakannya mandi di sungai tersebut sebelum ibunya yang memandikan adik bongsunya berusia 1 tahun menyedari mangsa hilang. "Terkejut dengan kehilangan anak kedua daripada tiga beradik itu, ibunya bersama rakan mangsa cuba mencari Dinesh, namun gagal. "Ibu mangsa kemudiannya membuat laporan polis berhubung kejadian itu pada 5.30 petang kelmarin, kami bertindak menubuhkan satu pasukan bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam. Hadir sama, Adun Ayer Kuning, Datuk Samsudin Abu Hasan; Adun Sungkai, A Sivanesan dan Pembantu Khas Penyelaras Dun Sungkai, Goh Kim Swee. Kata Som Sak, seramai 10 anggota polis dibantu 11 anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Bidor menjalankan operasi mencari mangsa di sekitar Sungai Bidor. Jelasnya, gerakan mencari menyelamat mangsa dijalankan sekitar tiga kilometer di Sungai Bidor namun, Dinesh gagal ditemui dan operasi berkenaan terpaksa ditangguhkan. Kata Som Sak, operasi mencari mangsa diteruskan kira-kira 8.30 pagi semalam, dengan kekuatan 32 anggota terdiri daripada polis, bomba dan Rela. Katanya, pasukan berkenaan memperluaskan kawasan mencari sehingga 15 kilometer sepanjang Sungai Bidor bagi mengesan mangsa. "Operasi mencari diperkuatkan lagi dengan bantuan Unit K9 Bomba dan Penyelamat bagi membantu mencari mangsa di sepanjang Sungai Bidor. "Dengan bantuan Unit K9, kami berjaya menemui mangsa yang tersangkut pada kayu di kawasan Kampung Sungai Batu 2, dekat Bidor Station, di sini," katanya. Beliau berkata, Dinesh ditemui pasukan penyelamat kira-kira jam 5.35 petang tadi telah hanyut kira-kira tiga kilometer dari tempat kejadian dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Tapah untuk dibedah siasat. Jelasnya, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Anak berubah sikap Sementara itu, ibu mangsa, Rubhamala berkata, sebelum mereka mahu mandi di Sungai Bidor, anaknya gembira malah tidak sabar-sabar mahu ke sana apabila dia memberitahu mahu dibawa mandi di sungai. Tambahnya, Dinesh juga tidak sabar-sabar mahu membuka baju walaupun belum sampai Sungai Bidor kerana terlalu seronok. "Ini adalah kali pertama kami mandi di sungai dan tidak menyangka saya akan kehilangan seorang anak. "Sebelum ini kami tinggal di Langkap dan baru seminggu pindah di Taman Bidor Intan mengikut suami. Sejak kami sekeluarga berpindah ke Bidor, Dinesh menunjukkan perubahan sikap yang agak ketara," katanya. Kata Rubhamala, sebelum ini, anaknya bersikap biasa jika ditegur tetapi sejak kebelakangan ini, Dinesh takut apabila dia meninggikan suara padahal dia tidak pernah seperti itu. "Dinesh sangat rapat dengan abang dan adiknya malahan mereka sentiasa bermain bersama-sama," katanya. Sinar harian/- |
Posted: 26 Mar 2013 08:06 PM PDT 15 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - Putrajaya: "Luka di badan dihurung semut dan lalat, darah di muka dan tangan sudah kering, seluar dan baju jadi keras bila darah mengering, tangan kanan terkulai hampir putus selepas ditetak," kata Inspektor Hasnal Jamil, 31. Menceritakan pengalaman bertempur menentang pengganas di Simunul, Semporna, beliau antara anggota barisan hadapan, berkata azab itu terpaksa ditanggung hampir 21 jam sebelum diselamatkan. Beliau terkena tiga tembakan, satu menembusi perut selain dua lagi di tangan kiri dan hanya dapat gunakan tiga jari tangan kiri untuk minum air hujan yang ditadah. Pasukannya, termasuk seorang rakan yang terbunuh dan sembilan anggota lain, terperangkap di sebuah rumah papan selepas diserang hendap sekumpulan pengganas bersenjata di Kampung Sri Jaya pada 2 Mac lalu. Mereka hanya diselamatkan pasukan VAT69 pada jam 5.30 petang keesokan harinya berikutan keadaan di kawasan perkampungan air itu belum selamat ketika itu. "Selepas ditembak saya jatuh dan cuba lari tetapi dilihat pihak musuh. Kemudian saya ditetak di kepala dan mereka juga cuba menetak leher namun saya tepis menggunakan tangan. Tangan hampir putus "Akibatnya, parang 'barong' yang mereka hayun terkena tangan kanan dan kiri menyebabkan ia patah dan hampir putus," katanya. Beliau ditemui pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan warga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk balu serta waris anggota keselamatan yang terkorban atau cedera dalam insiden pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu dan Semporna, Sabah. Hasnal berkata kejadian tembak menembak selama 15 minit bermula pada jam 7.30 malam itu tidak ubah seperti ditonton di kaca televisyen. "Saya terkulai di sebelah mayat rakan saya dan dibantu sembilan lagi anggota pasukan yang lain untuk cuba mendapatkan perlindungan di sebuah rumah papan lebih 15 meter dari tempat kejadian. "Saya hanya ditemani dua anggota, selebihnya duduk di luar untuk memantau keadaan, hingga jam 5.30 petang keesokan hari. Kami hanya minum air hujan yang ditadah dalam tong sementara menunggu bantuan. "Rumah kami duduk itu memang tidak sesuai untuk berlindung kerana mudah ditembusi peluru, namun kami hanya bertawakal dan berdoa supaya selamat," katanya. Hasanal berkata, pada malam kejadian beliau mengarahkan anggota lain menutup telefon bimbit supaya tempat perlindungan mereka tidak dikesan pihak musuh. "Malam itu saya menerima banyak panggilan telefon tetapi tidak menjawabnya. Saya hanya buka telefon selepas diselamatkan dan mendapati panggilan daripada isteri yang berada di Semenanjung. Ketika itu, saya buat seperti biasa dengan memberi alasan ada urusan kerja dan akan telefon kembali," katanya. Anak kelahiran FELDA Telur Timur, Kedah itu berharap jangan ada lagi pihak memperlekehkan anggota polis mempertahankan negara dan mencabar mereka yang mempertikaikan pengorbanan pasukan keselamatan pergi ke Lahad Datu untuk lihat sendiri apa yang terjadi. Berita Harian/- |
Posted: 26 Mar 2013 08:01 PM PDT 15 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - Seoul: Tentera Korea Utara meletakkan unit roket strategiknya dalam persediaan berperang semalam dan memperbaharui ancaman untuk menyerang sasaran Amerika Syarikat di tanah besar, Hawaii dan Guam, selain Korea Selatan. Tindakan itu dibuat ketika Korea Selatan menyambut ulang tahun ketiga tragedi kapal tentera lautnya, Cheonan, karam disebabkan apa yang ditegaskan Seoul sebagai kapal selam Korea Utara. "Semua pasukan artileri termasuk unit roket strategik dan unit artileri jarak jauh diletakkan dalam kedudukan tempur kelas A," kata Pemerintah Tertinggi Tentera Rakyat Korea Utara dalam satu kenyataan. Unit itu akan bersedia untuk menyerang semua pangkalan Amerika di rantau Asia Pasifik termasuk tanah besar Amerika, Hawaii dan Guam serta Korea Selatan. China bimbang Retorik dari Korea Utara yang mengancam Amerika dengan perang nuklear dan melakukan latihan serangan pesawat kawalan jauh ke atas Korea Selatan serta reaksi tegas Washington menimbulkan kebimbangan China, sekutu kuat Pyongyang, yang berkata keadaan itu sensitif. Pyongyang berkata, sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dipersetujui selepas Korea Utara melancarkan ujian nuklear ketiganya Februari lalu, sebahagian daripada rancangan diketuai Washington untuk menumbangkan kepemimpinannya. Arahan berkenaan dikeluarkan dalam kenyataan dari pemerintah agung tentera Korea Utara. Kementerian Pertahanan Korea Selatan berkata, ia tidak melihat sebarang petanda tindakan ketenteraan oleh Korea Utara dan kebanyakan penganalisis tentera berkata, Pyongyang tidak akan mengambil risiko mencipta konflik dengan Amerika Syarikat yang tidak akan dimenanginya. Tentera Korea Selatan dan Amerika Syarikat melakukan latihan sehingga akhir April ini, yang ditegaskan bersifat pertahanan. Korea Utara menuduh Washington melakukan persiapan perang dengan penggunaan pengebom B-52 yang terbang di semenanjung Korea sebagai sebahagian latihan dan ia memansuhkan perjanjian gencatan senjata yang mengakhiri Perang Korea pada tahun 1950 hingga 1953. Pegawai berkata, Jepun dan Australia merancang menyekat Bank Perdagangan Asing Korea Utara sebagai sebahagian usaha diketuai Amerika menyasarkan dana Pyongyang untuk program nuklearnya. Berita Harian/- |
Posted: 26 Mar 2013 08:00 PM PDT 15 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - Kuala Lumpur: Orang ketiga yang menjadi punca perceraian boleh dituduh sebagai penjenayah mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) di bawah Undang-Undang Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan. Ketua Pengarah merangkap Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Tan Sri Ibrahim Lembut, berkata akta berkenaan yang mendefinisikan orang ketiga sebagai penceroboh institusi kekeluargaan menyatakan individu terbabit juga boleh dikenakan tindakan sewajarnya. Penguatkuasaan diharap jadi pengajaran "Tindakan atau hukuman denda RM1,000 dan penjara boleh diambil terhadap individu mahupun pihak ketiga yang mengganggu perkahwinan pihak lain sehingga menyebabkan perceraian. "Akta ini sudah lama digubal, tetapi tidak dikuatkuasakan mungkin kerana ramai yang tidak tahu mengenainya, dan penguatkuasaannya diharap dapat dijadikan pengajaran atau penghalang kepada keruntuhan rumah tangga," katanya selepas Bengkel Pengukuhan Institusi Kekeluargaan Islam anjuran Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, di sini, semalam. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) JKSM, Datuk Kamilia Ibrahim dan Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Mohd Amran Mat Zain. Seminar sehari itu dihadiri lebih 150 peserta daripada pelbagai agensi dan pertubuhan bertujuan memberi pendedahan mengenai isu semasa dalam institusi kekeluargaan. Berdasarkan statistik, sebanyak 222,701 kes perceraian dalam kalangan orang Islam dicatat sejak 2001 hingga 2011 dan satu daripada punca perceraian disebabkan kehadiran orang ketiga. Terdahulu, dalam ucapannya, Ibrahim berkata, Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) berjaya menyelesaikan 2,040 atau 81.7 peratus daripada 2,497 aduan membabitkan isu nafkah menerusi proses runding cara sejak ditubuhkan pada 2008. Berita Harian/- |
Gempa 6.1 magnitud gegar Taiwan Posted: 26 Mar 2013 07:57 PM PDT 15 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - TAIPEI: Satu gempa bumi kuat menggegarkan seluruh Taiwan hari ini, namun tiada kecederaan atau kerosakan dilaporkan. Pusat Cuaca Biro berkata, gempa itu berukuran 6.1 magnitud. Gegaran dirasai di kawasan luar bandar Nantou County, kira-kira 250 kilometer selatan Taipei. - AP |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2013 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan