Nuffnang

DUN BUKIT PAYONG

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 7:57 PG

DUN BUKIT PAYONG


Perubahan positif di Kampung Bukit

Posted: 14 Mar 2013 06:31 PM PDT



Kampung Bukit : Kehadiran orang ramai ke program ceramah PAS di Kampung Bukit baru-baru memberikan satu gambaran bahawa perubahan positif sedang berlaku kepada para pengundi di kampung tersebut.
Suatu masa dahulu keadaan di kampung ini sangat berbeza dengan kehadiran yang sangat sedikit dan agak sukar bagi pertugas-pertugas PAS bagi mengadakan program kerana kekurangan sokongan.
Tetapi pada program terbaru, dengan kehadiran mencecah 200 orang yang sebahagian besarnya ialah pemuda, ianya seperti menyatakan kehendak dari golongan pemuda sedang meluap-luap bagi menukar kerajaan.
Kenyataan ini dipersetujui oleh wakil rakyat Bukit Payong Ustaz Mohd Nor Hamzah yang turut merasakan sesuatu yang positif telah berlaku di Kampung Bukit ini.
"Ini adalah hasil usaha kerja keras dan tawakkal kepada Allah oleh para pertugas-pertugas PAS.
InsyaAllah sekiranya dilipat gandakan usaha maka tidak mustahil kampung ini akan dikuasai oleh PAS," kata beliau.
Siri program ceramah secara intensif bagi DUN Bukit Payong itu turut mengundang Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan Ustaz Fadhli Shaari.
Turut hadir sebagai penceramah ialah Naib Ketua Pemuda PAS Terengganu Ustaz Kamaruzzaman Abdullah menggantikan Ketua Pemuda PAS Pusat Ustaz Nasruddin Hassan selain daripada Ustaz Mohd Nor sendiri.
Teruja dengan pendedahan-pendedahan yang tidak didapati dalam media arus perdana, yang dibongkar satu persatu oleh para penceramah, penduduk kampung yang hadir tidak berganjak sehingga tamat program.
Harapan dari petugas-petugas PAS pada malam itu agar sokongan ini dapat diterjemahkan dalam pilihanraya nanti.
YB Ustaz Mohd Nor kemudiannya bergegas ke Kampung Surau Haji Mat Zin bagi menyampaikan satu lagi ceramah di sana.

Comments posted (0)

YB BN

YB PAS

YB PKR

YB DAP