Jumaat, 15 Mac 2013

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Eksport satu kontena keropok lekor ke London

Posted: 15 Mar 2013 02:36 AM PDT

3 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Eksport satu kontena keropok lekor ke London

Awang Tera mencuba produk makanan ringan yang dijual sempena Karnival Usahawan Terengganu 2013 di TTC, Kuala Terengganu.
KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) mula mengeksport satu kontena keropok lekor atau sejumlah empat tan ke London, bermula Februari lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Mohamed Awang Tera berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan yang sangat baik kerana sebelum ini pihaknya hanya menghantar 10 hingga 20 kilogram sahaja.

"Memandangkan 13 hingga 18 buah restoran Malaysia ada di sana (London) menyediakan menu itu setiap hari, ia mendapat sambutan yang memberangsangkan dan usaha ini akan dilakukan secara berterusan.

"Pembekal di sana juga orang Malaysia, senang kita berurusan iaitu melalui Persatuan Restoran-Restoran Malaysia, yang sepakat mempromosi, sekali gus menjual keropok lekor kepada masyarakat di London," katanya pada Majlis Perasmian Karnival dan Forum Usahawan Terengganu di Dewan Konvesyen, Pusat Dagangan Terengganu (TTC), di sini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif YPU, Azmi Razik; Presiden Universiti Terbuka Malaysia (OUM), Prof Emeritus Anuwar Ali dan Pengarah Kanan Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE), Datuk Dzulkifli Mahmud.

Pada majlis itu juga, YPU menandatangani Memorandum Perjanjian Kerjasama dengan OUM bagi Program Pendidikan dan Latihan Keusahawanan.
Menurutnya, begitu juga di Perth, Australia yang mempunyai dua buah Restoran T'Café, turut menyediakan menu keropok lekor dan nasi dagang.

"Kita sedang cuba membawa makanan tradisional ini secara beransur-ansur ke luar negara kerana kalau hendak dibuat secara besar-besaran, bimbang kita tidak berdaya.

"Mungkin suatu hari nanti, pengusaha keropok secara persendirian juga boleh melakukan perkara sama dengan mengeksport produk mereka ke luar negara," katanya.

Namun kini, buat sementara waktu, anak syarikat YPU, Cakna Sdn Bhd yang sedang menjalankan urusan berkenaan.

Sinar harian/-

Guru hina anggota keselamatan Op Daulat direman

Posted: 15 Mar 2013 02:34 AM PDT

3 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Suspek

Suspek seorang guru (tengah) dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu, hari ini.
KOTA BHARU – Seorang guru yang didakwa menghina anggota keselamatan berhubung isu pencerobohan di Lahad Datu ditahan reman selama empat hari mulai hari ini.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Nik Habri Muhamad terhadap guru yang berusia 37 tahun.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintenden, Mohd Kamal Zainal berkata, perintah reman dibuat bagi membolehkan pihak polis mengendalikan siasatan terhadap kes guru berkenaan.

"Reman tersebut dibuat mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948 dan berkuat kuasa hari ini sehingga Isnin, 18 Mac," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini.

Suspek merupakan seorang guru yang bertugas di Tok Bali, Pasir Puteh. Dia tiba di pekarangan mahkamah kira-kira jam 11.30 pagi.

Dia ditahan di sebuah rumah di Kampung Gong Serapat, Pasir Puteh setelah laporan diterima berhubung kenyataan dalam akaun Facebook miliknya yang menyatakan: "semua anggota polis yang terkorban dalam serangan di Lahad Datu, Sabah, adalah sebagai 'anjing-anjing' yang mati katak, memandangkan tidak dapat mempertahankan negara dari serangan puak Sulu."

Sinar/-

Lemas ketika mahu selamat kasut dalam laut

Posted: 15 Mar 2013 02:32 AM PDT

3 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


KUALA TERENGGANU - Seorang penuntut Kolej Antarabangsa KFC Holdings yang sedang menghabiskan cuti semester bersama keluarganya didapati lemas di Pantai Batu Buruk dekat sini pagi tadi.
   
Kejadian berlaku kira-kira 6.30 pagi, ketika Zulhilmi Syukri Mazlan, 20, dipercayai mahu menyelamatkan kasutnya yang dihanyutkan air sebelum dia dilihat terkapai-kapai oleh orang ramai.
   
Mayatnya ditemui kira-kira 9.30 pagi tidak jauh dari tempat kejadian.
   
Penuntut Diploma Pengurusan Perniagaan ini bersama ayah, ibu dan neneknya dikatakan baru tiba di sini.
   
Ibunya Siti Salbiah Shahidan, 54, berkata mereka bertolak dari Johor kira-kira 8.30 malam tadi dan selepas tiba di sini, mereka bersarapan dan berehat di tepi pantai.

Anaknya kemudiannya memberitahu dia ingin melihat laut dan tidak lama selepas itu anak bongsu daripada empat beradik itu kembali semula ke kereta mereka untuk menukar seluar dan sempat memberitahu dia mahu turun ke laut untuk mengambil kasutnya yang dihanyutkan air.
   
"Kami tunggu, namun dia tidak juga kembali ke kereta. Kami mengambil keputusan pergi ke pantai dan terkejut melihat sebelah kasutnya berada di tepi pantai.
   
"Orang ramai kemudiannya memaklumkan ada orang lemas dan naluri saya kuat mengatakan itu adalah anak saya," kata Siti Salbiah kepada pemberita di rumah mayat Hospital Sultanah Nur Zahirah.
     
Beliau berkata orang ramai melihat anaknya terkapai-kapai sambil meminta tolong. Beberapa orang cuba menyelamatkannya namun gagal sebelum mereka menghubungi pihak polis dan bomba.
   
Menurutnya, mereka sekeluarga merancang untuk ke Terengganu sejak bulan Januari lalu namun ada sahaja halangan yang berlaku.
   
"Saya terkilan sangat. Kami rasakan bagai mimpi kerana baru pagi tadi kami makan bersama tapi kini dia telah tinggalkan kami semua," katanya. - Bernama

Kebenaran tentang SD pertama PI Bala

Posted: 15 Mar 2013 02:22 AM PDT

3 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -



Izinkan saya mulai dari awal. Ini kisah yang panjang, jadi tolong bersabar. M Puravalen (atau Valen, seperti dikenali oleh rakan-rakannya) dan saya belajar undang-undang bersama-sama, di Inns of Court, London, pada 1980-81.

Saya mempunyai hubungan lama dan panjang dengan Valen sejak 33 tahun lalu. Beliau tidak pernah melakukan apa-apa sepanjang tempoh itu yang membolehkan saya mengesyaki sesuatu, sebaliknya adalah seorang anggota dalam bidang undang-undang yang berwibawa dan berterus terang.

Saya diperkenalkan dengan bekas penyiasat persendirian P Balasubramaniam atau PI Bala dan ASP Suresh oleh Valen di restoran (Fogles untuk lebih tepat) di Plaza Damansara di Sri Hartamas pada suatu tempoh di April 2008. Ada lagi yagg hadir, dan mereka boleh mengesahkan perkara ini.

Valen bertemu Bala dua tahun sebelumnya, ketika Valen terlibat mewakili Razak Baginda (sebelum Razak ditahan). Bala dan Razak sebenarnya berada di pejabat Valen pada jam 7.30 pagi pada hari Razak ditahan.

Ini apabila Razak menerima SMS daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menyebut "Saya akan bertemu IGP pada 11.00 pagi... akan diselesaikan... stay cool" atau perkataan lain yang membawa maksud sebegitu. Razak tunjukkan SMS itu kepada kedua-dua Bala dan Valen dan memaklumkan ia daripada Najib.

malaysiakini/-

'Keranda' Tian Chua ditemui di Melaka

Posted: 15 Mar 2013 12:47 AM PDT

3 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Keranda olok-olok dengan potrait Naib Presiden PKR Tian Chua dikesan di depan pejabat parti itu di Melaka hari ini.


Ketua Penerangan Hairiz Nordin berkata, petugas parti menemui keranda olok-olok bersarung kain hitam dengan bunga berkalung di gambarnya.



"Saya syak insiden ini berkaitan dengan kenyataan Tian Chuan berhubung isu Lahad Datu," kata Hairiz.



Malaysiakini belum dapat menghubungi Tian Chua bagi mendapatkan komennya berhubung perkara iu.



Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang semalam mengaku tidak bersalah bagi tuduhan mengikut akta hasutan atas kenyataan yang mengaitkan Umno dengan krisis di Lahad Datu - yang didakwa dikeluarkannya.



Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menetapkan ikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin ke atas MP Batu itu.



Beliau dituduh mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 atas kenyataan yang didakwa disebutnya pada 11 pagi, 1 Mac lalu.

malaysiakini/-

Mahathir hina masyarakat kampung air

Posted: 15 Mar 2013 12:45 AM PDT

3 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Gesaan bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad agar kerajaan mengharamkan kampung air di Sabah disifatkan satu penghinaan kepada penduduknya yang berpuluh-puluh tahun menetap di sana.

Kampung air adalah salah satu penempatan penduduk yang kebanyakan mereka adalah nelayan malahan kampung tersebut merupakan kampung tradisi yang wujud lebih 50 tahun yang lalu.

Pesuruhjaya PAS Sabah Aminuddin Aling berkata, di Sabah cukup terkenal dengan kampung air yang ada di mana-mana sahaja misalnya di Kota Kinabalu, Tuaran, Sandakan, Lahad Datu dan beberapa tempat lagi.

"Saya bertanya kembali kepada Tun Mahathir, adakah kampung air hari ini baru wujud? Kenapa dipersendakan dan dihina mereka (penduduk kampung air), ini adalah kampung tradisi," soalnya kepada Harakahdaily.

Menurut Tun Mahathir, rangkaian rumah yang dibina atas batang kayu di pantai Sabah tidak sepatutnya dibenarkan kerana ia boleh digunakan untuk penceroboh asing.

Katanya, rangkaian kampung air menyukarkan pihak keselamatan membuat pemeriksaan kerana laluan yang sempit membuatkan mereka terdedah kepada serangan hendap.

"Saya fikir selepas ini, kita tidak boleh membenarkan kampung-kampung air. Mereka juga menyebabkan pencemaran," kata Mahathir.

Mengulas lanjut perkara itu, Aminuddin berkata, sekiranya kerajaan menyedari susunan kampung air yang tidak kemas mengapa kerajaan tidak berusaha untuk memperkemaskan dan meningkatkan prasarana memandangkan kampung air juga dikenali sebagai pusat pelancongan.

"Suatu masa dahulu, ada satu kampung air di Mengkabong Tuaran telah diangkat sebagai Perkampungan Air dan Pelancongan. Ini satu pengiktirafan yang baik, sekarang kampung air itu sudah tidak ada kerana tidak selamat daripada tsunami," katanya.

Malangnya kata beliau penduduk yang tinggal di situ dipindahkan ke perkampungan lain kerana kampung air mereka ditimbus untuk dikomersialkan.

Ekoran itu, katanya, perkampungan baru tersebut menyusahkan penduduk kerana sekolah yang sebelum ini hanya dengan berjalan kaki, akhirnya ibu bapa terpaksa menyantuni anak menggunakan kenderaan. 

"Kos mereka meningkat, bukan itu sahaja, sewa rumah pun kena bayar. Sedangkan di kampung air tidak ada peningkatan kos sebab sekolah sangat dekat," katanya. 

Katanya, keadaan yang sama berlaku di Karamunsing di mana dahulunya adalah kampung air pada era 70-an kerana bandarnya di air, namun kampung tradisi itu hari sudah lenyap. 

Justeru katanya, Mahathir tidak wajar bercakap seperti itu kerana insiden di Lahad Datu tempoh hari.

"Bukan kampung air yang kena tempias, sepatutnya keselamatan perairan di Sabah yang dipertingkatkan dan diperkasakan. Puncanya di sini. Jangan kerana marahkan nyamuk kelambu pula hendak dibakar," katanya.

Harakahdaily/-

Pengasas Khmer Rouge meninggal

Posted: 15 Mar 2013 12:31 AM PDT

3 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Ieng Sary

Ieng Sary
PHNOM PENH - Pengasas bersama pergerakan kejam Khmer Rouge, Ieng Sary yang  sedang dibicarakan atas tuduhan membunuh 1.7 juta rakyat Kemboja, meninggal dunia pagi semalam.

Ieng Sary meninggal dunia pada usia 87 tahun dan kematiannya itu disahkan oleh jurucakap tribunal, Lars Olsen.

Menurutnya, punca kematian Sary tidak dapat disahkan tetapi dipercayai akibat tekanan darah tinggi dan penyakit jantung.

"Mendiang sebelum ini dirawat di Hospital Phnom Penh sejak 4 Mac lalu. Kami kecewa kerana kesnya tidak sempat ditamatkan," katanya.

Sary dibicarakan menerusi tribunal antarabangsa bersama kerajaan Kemboja yang turut membabitkan dua lagi bekas pemimpin Khmer Rouge, Nuon Cheadan dan Khieu Samphan.

Kedua-duanya tertuduh juga lingkungan 80-an dan dikhuatiri tidak sempat menjalani hukuman atas tuduhan jenayah perang.

Isteri Sary, Ieng Thirith yang juga bekas Menteri Hal Ehwal Sosial, tidak dihadapkan ke mahkamah tahun lalu kerana menghidap Alzheimer.

Sary mengasaskan Khmer Rouge bersama Pol Pot, iaitu abang iparnya dan memerintah Kemboja pada 1975 hingga 1979, dipetik dalam laporan AP.

Sinar/-

Buruh mati tertimbus

Posted: 15 Mar 2013 12:29 AM PDT

3 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Buruh mati tertimbus

Lokasi tapak pembinaan yang melibatkan tanah runtuh sehingga mengorbankan satu nyawa.
JOHOR BAHRU – Seorang buruh sebuah tapak projek pembinaan rumah kedai dua tingkat berhampiran sebuah sekolah kebangsaan di Taman Cempaka, di sini maut akibat tertimbus tanah runtuh.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Beh Eng Lai berkata, kejadian berlaku pada kira-kira jam 2 petang ketika mangsa, Muhamad Hasan, 36, yang berasal dari Indonesia sedang menjalankan kerjanya.

"Ketika kejadian, mangsa dilaporkan sedang menjalankan kerja-kerja menanam paip bagi pembinaan longkang di tapak projek berkenaan.

"Bagaimanapun, berlaku runtuhan tanah di kawasan tempatnya melakukan kerja sedalam lapan kaki.

"Kejadian itu menyebabkan mangsa tertimbus ke dalam tanah dan gagal selamatkan diri," katanya.

Eng Lai berkata, mangsa dibawa keluar dari runtuhan oleh rakan-rakannya dengan menggunakan jentolak dalam cubaan menyelamatkannya namun mangsa telah meninggal dunia.

 "Ketika kejadian, mangsa seorang diri di kawasan itu namun kejadian disedari empat pekerja lain yang turut menjalankan tugas di situ.

"Pekerja lain cuba mengorek tanah bagi menyelamatkan mangsa namun gagal," katanya.

Mayat mangsa  dibawa ke Hospital Sultanah Aminah untuk bedah siasat manakala kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tiada mangsa lain dilaporkan cedera atau terkorban.

Sementara itu, seorang pekerja yang dikenali sebagai Sokarno berkata, kejadian berlaku ketika pekerja sedang memulakan tugas selepas waktu makan tengah hari.

"Ini merupakan kejadian pertama berlaku sejak saya bekerja di sini, kami gagal selamatkan dia walaupun berjaya bawa dia naik," katanya.

Sinar harian/-

Rayuan bekas tentera

Posted: 15 Mar 2013 12:27 AM PDT

3 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


KOTA TINGGI – Bekas anggota keselamatan Pasukan Simpanan Tentera Darat (PSTD Wataniah) yang diserang angin ahmar enam tahun lalu merayu permohonannya untuk mendaftar sebagai ahli Persatuan Bekas Perajurit Malaysia (PBPM) diluluskan.

Othman Awang Tek, 61, berkata, permohonannya ditolak atas alasan rekod perkhidmatan selama empat tahun tiada dalam perkhidmatan persaraan selain nombor tenteranya tiada dalam data.

"Kerana masalah itu, saya sukar membuat sebarang permohonan bantuan termasuk gagal dapatkan bayaran Sumbangan Veteran Tidak Berpencen 1Malaysia (SVTB1M) sebanyak RM1,000 yang diagihkan baru-baru ini," katanya.

Dia ditemui di rumahnya di Taman Aman, dekat sini selepas menerima kerusi roda daripada Ahli Parlimen Kota Tinggi, Tan Sri Syed Hamid Albar ketika melakukan lawatan ke rumah warga emas tersebut.

Othman berkata, dia memulakan karier sebagai atendan hospital pada 1974 sebelum dipilih menganggotai PSTD Wataniah dua tahun selepas itu.

Menurutnya, selepas bersara dari unit itu pada 1990, dia meneruskan semula karier di perkhidmatan awam sebagai atendan di Hospital Kota Tinggi (HKT) sehingga bersara pilihan pada 2006 kerana menghidap strok dan didaftarkan sebagai OKU.

"Saya bersyukur dan terharu dengan keprihatinan wakil rakyat yang datang menghulurkan bantuan selepas mendapat tahu masalah yang saya hadapi.

"Sekurang-kurangnya, bantuan ini dapat meringankan beban saya yang sudah tidak punya tenaga untuk bekerja. Dengan adanya kerusi roda ini, pergerakan saya akan menjadi lebih mudah," katanya.

Hadir sama pada lawatan itu, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM Negeri Johor, Leftenen Kolonel Mohd Salleh Che Hassan.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) cawangan Kota Tinggi, Omar Ibrahim berkata, persatuan akan sedaya upaya membantu kebajikan bekas tentera mengatasi sebarang masalah dihadapi selepas tidak lagi berkhidmat dalam pasukan tentera.

"Saya akan cuba membantu menyelesaikan masalah Othman dengan merujuk kepada pihak berkenaan untuk mendapatkan maklumat terperinci," katanya.

Sinar harian/-

Isu keselamatan tanggungjawab bersama, bukan politik

Posted: 15 Mar 2013 12:23 AM PDT

3 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


TEMERLOH: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal dengan cara pemimpin negara mempolitikkan isu pencerobohan di Lahad Datu, Sabah sedangkan isu keselamatan merupakan tanggungjawab bersama.


Katanya, isu berkaitan negara sebesar itu sepatutnya ditangani dengan serius melibatkan semua pihak mewakili rakyat negara ini kerana membabitkan kematian di pihak anggota keselamatan dan penceroboh.

"Malangnya dengan tragedi tersebut masalah melibatkan kematian pun ada orang nak politikkan dengan meletakkan siapa hero, siapa jahat.

"Saya tekankan soal keselamatan ini soal bersama sepatutnya buat kenyataan bersama, seperti kenyataan tentang isu Palestin dulu. Sebab itu saya dah minta sidang parlimen khas," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Tambah Anwar, malangnya pihak kerajaan dan Umno melalui media kawalannya lebih mudah mengait dan menuduh beliau terbabit dengan pencerobohan kumpulan Melayu Sulu itu tanpa hujah dan bukti.

Katanya, pihak media tersebut mengaitkan pertemuan beliau dengan Gabenor Mindanao, Nur Misuari yang datang ke negara ini sedangkan ketika itu Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri dan beliau timbalannya.

"Sampaikan lagu 'Sabah nak hilang' yang saya selalu nyanyikan dalam ceramah dikaitkan petanda memanggil orang Sulu menceroboh Lahad Datu... sedangkan sambungan lagu itu ialah 'Umno melayang'... jahat sungguhlah puak Umno ni...

"Bayangkan, Real Madrid lawan Manchester United (MU), kalah MU, saya juga yang dipersalahkan kerana pengadilnya orang Turki, kononnya saya baik dengan Presidan Turki...lawak sungguhlah Umno ni," katanya sambil disambut gelak ketawa kira-kira 3,000 yang hadir di Markas PAS Chempaka, Lanchang, malam tadi.

Turut berceramah Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, mantan Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid, Yang Dipertua PAS Temerloh, Jusoh Darus dan Ketua Cabang PKR Temerloh, Ahmad Nizam Hamid.

harakahdaily/-

PI Bala meninggal dunia

Posted: 15 Mar 2013 12:18 AM PDT

3 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Penyiasat persendirian P Balasubramaniam meninggal dunia sewaktu dalam perjalanan ke hospital Sungai Buloh kira-kira am 2.30 petang ini, kata peguam R Sivarasa.

Sebelum ini dalam temubual eksklusif dengan Malaysiakini, tiga arteri tersumbat dan separuh daripada jantung berhenti berdenyut memaksa beliau berhenti sebentar daripada terlibat dalam kempen Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum ke-13.

Beliau yang lebih dikenal sebagai "PI Bala" memainkan peranan dalam dua akuan bersumpah berhubung kes pembunuhan warga Mongolia Altantuyaa Shaariibu, yang dikaitkan dengan pemimpin tertinggi politik.

malaysiakini/-

Kerajaan negeri bakal bina flat

Posted: 15 Mar 2013 12:15 AM PDT

3 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Kerajaan negeri bakal bina flat

Husam (dua kiri) menyerahkan Sijil Skim Pinjaman Mudah Tanpa Faedah Dataran Rakyat kepada Peniaga- peniaga Kecil di Dataran Rakyat Bandar Baru Tunjung, semalam.
KOTA BHARU- Kerajaan negeri komited memastikan setiap rakyat berpeluang memiliki rumah sendiri kerana menyedari kediaman selesa dan mampu milik adalah keperluan asas yang utama bagi rakyat.
Exconya, Datuk Husam Musa berkata, Kerajaan negeri melalui anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), iaitu PMBk Sawit kini dalam rangka membina flat bagi memberi kemudahan kepada rakyat yang kurang berkemampuan memiliki rumah sendiri.
"Pembinaan flat itu dicadangkan PMBK Sawit yang bertanggungjawab memberi sumbangan berjumlah RM1.5 juta untuk membeli tanah seluas 1.2 hektar berhampiran Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).
"Sumbangan tersebut hasil keuntungan PMBK Sawit pada 2012 dan ia sebagai tanggungjawab sosial korporat perbadanan ini terhadap rakyat," katanya kepada media selepas Majlis Penyerahan Sijil Skim Pinjaman Mudah Tanpa Faedah Dataran Rakyat kepada Peniaga- peniaga Kecil di Dataran Rakyat Bandar Baru Tunjung di sini, semalam.
Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri berkata, harga flat yang belum ditentukan unitnya itu antara RM30, 000 hingga RM60, 000 seunit.
"Bagaimanapun harga muktamad akan ditentukan pemaju atau peneraju utama anak-anak syarikat kerajaan negeri yang ditugaskan nanti," katanya.
Beliau berkata, konsep pinjaman mudah mungkin akan digunakan dalam urus niaga flat berkenaan bagi memastikan golongan berpendapatan rendah dan miskin dapat memiliki rumah.
Dalam itu, Husam ketika mengulas perkembangan projek Lebuh Raya Kota Bharu- Kuala Krai berkata, apa yang sedang dilaksanakan kini adalah di atas tanah kerajaan yang tidak melibatkan pengambilan tanah.
"Gazet Sesyen 4 di semua laluan lebuh raya dari Kota Bharu dan Kuala Krai telah diluluskan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dan enam bulan dari sekarang dipanggil Gazet Sesyen 8, yang melibatkan proses pembayaran kepada tuan tanah," katanya.
Menurutnya, pembayaran akan dilakukan dalam dua bentuk sama ada pertukaran dengan tanah kerajaan sedia ada atau mendapatkan wang untuk nilaian tanah tersebut.
"Mana- mana pemilik tanah yang ingin mendapatkan kembali tanah mereka, boleh mengambilnya dengan nilai yang setara dengan tanah diserahkan kepada kerajaan. Kalau dia tak nak tanah dan inginkan duit, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM200 juta menerusi pembiayaan Baghdad, anak syarikat yang menerajui pembinaan lebuh raya," katanya.
Sinar harian/-

Rumah siap pahat berbunyi

Posted: 15 Mar 2013 12:11 AM PDT

3 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Rumah siap pahat berbunyi

Dahalan menunjukkan keadaan rumah PPRT yang tiada kotak elektrik.
Rumah siap pahat berbunyi

Kedudukan rumah PPRT berdekatan dengan rumah jiran memudahkan mereka menggunakan meter yang sama bagi mendapatkan bekalan elektrik.
Rumah siap pahat berbunyi

Timbalan PKR Bera, Bob Monalan Mohamed menunjukkan kabel di sebuah rumah yang disambung sendiri pemilik rumah dari rumah jiran.
BUKIT GEMURUH - Ibarat rumah siap pahat berbunyi. Begitulah yang dialami segelintir penduduk menerima rumah di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang kecewa dan terkilan kerana masih belum menerima bekalan elektrik.

Mereka mendakwa sejak rumah itu dibina pada 2009 sehingga sekarang, pemasangan kabel dan meter elektrik sering ditangguhkan.

Difahamkan, mereka terpaksa menyambung wayar dari kabel rumah berdekatan bagi membolehkan mereka menikmati kemudahan tersebut.

Menurut Dhalan Balik, 34, semasa menerima rumah itu empat tahun lalu, dia mengemas dan menghias rumahnya supaya keluarganya boleh terus menetap di sana.

"Saya cat dinding dan pasang langsir kerana gembira nak masuk rumah baru. Tapi, saya kecewa kerana sampai sekarang kami masih duduk di rumah lama.

"Kalau setakat nak letak barang bolehlah. Kalau nak tidur, memang kami menginap di rumah lama yang hampir usang," katanya.

Sambung kabel sejauh 300 meter

Ada juga pemilik rumah PPRT terpaksa menyambung kabel sejauh 300 meter semata-mata untuk mendapatkan bekalan elektrik.

Haslina Remoi Ket, 31, berkata, dia mendapatkan bekalan elektrik dari rumah asal bapanya supaya boleh menonton televisyen dan mengecas telefon bimbit.

Menurutnya, setiap malam dia terpaksa menggunakan lilin dan sanggup berpanas kerana kipas tidak berfungsi.

"Saya tak faham kenapa pihak berkenaan tak boleh pasang kabel sedangkan rumah asal bapa saya yang jauh dari simpang ini boleh dapat bekalan elektrik.

"Jadi, saya berkongsi bayar bil elektrik dengan bapa," katanya.

Menurut Haslina, ada beberapa rumah lagi mengalami nasib yang sama tetapi tiada tindakan diambil walaupun sudah dilaporkan kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Daerah.

Katanya, pelbagai alasan diberikan termasuk meminta penduduk bersabar sehingga memperoleh kemudahan itu sedangkan penduduk sudah menunggu terlalu lama untuk menikmati kemudahan tersebut.

Sepakat bangkit isu

Tinjauan Sinar Harian bersama PKR ke sini, lebih lima rumah PPRT masih belum menerima bekalan elektrik.

Timbalan Ketua Ranting Bukit Gemuruh, Mohd Sam Katar berkata, selepas ini, PKR akan mengumpulkan pemilik rumah yang bermasalah ini ke pejabat Jakoa secara beramai-ramai untuk memprotes masalah ini.

Katanya, sebagai rakyat, mereka berhak menerima kemudahan tersebut dan tempoh empat tahun adalah terlalu lama.

"Kita akan berbincang dengan Jakoa dalam masa terdekat dan kalau tidak berjaya, kita tidak teragak-agak mengadakan perhimpunan aman untuk menuntut hak mereka," katanya.

Isu akan disiasat

Sinar Harian mendapatkan penjelasan daripada Adun Kemayan, Mohd Fadil Osman mengenai isu berkenaan.

Menurutnya, pihaknya tidak mendapat makluman mengenai perkara itu sama ada daripada penduduk, ketua masyarakat dan Jakoa.

Bagaimanapun, beliau akan menyiasat perkara ini dan cuba menyelesaikan dengan cara terbaik.

"Setahu saya, hanya rumah PPRT yang dibina pada dan sebelum 2004 sahaja tidak termasuk dalam bajet pendawaian kabel elektrik manakala selepas tahun tersebut barulah kos pendawaian kabel ditanggung.

"Saya tidak terima apa-apa aduan atau maklumat mengenai perkara ini, tapi saya akan siasat segera," katanya.

Beliau menegaskan, seharusnya apabila Jakoa gagal menyelesaikan isu sebelum ini, mereka berbincang dengannya supaya ia tidak membebankan penduduk seperti yang berlaku pada hari ini.

Sinar harian/-

TPM masih enggan tunjuk bukti 'porak-peranda'

Posted: 15 Mar 2013 12:08 AM PDT

3 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin masih enggan mendedahkan maklumat dokumen yang didakwanya mengenai rancangan pembangkang untuk menggagalkan pilihan raya melalui keadaan porak-peranda.

"Nantilah sampai masa yang sesuai," katanya ketika ditanya bila pendedahan dokumen itu akan dilakukan.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengumumkan nama Sasterawan Negara ke-12 di Putrajaya hari ini.

Rabu lalu, ketika berucap di majlis sepetang bersama masyarakat di kawasan Parlimen Hulu Selangor, di Bandar Bukit Sentosa dekat Kuala Kubu Baru, Muhyiddin mendakwa menerima beberapa dokumen.

Beliau berkata, dokumen yang boleh dipercayai itu mendakwa pembangkang merancang untuk menggagalkan pilihan raya umum ke-13.

Katanya, rancangan itu akan diadakan dengan mewujudkan keadaan porak peranda kerana gementar dengan sokongan rakyat kepada BN yang sudah mula meningkat. 

malaysiakini/-

Exco Pemuda Umno Larut, 39 ahli sertai PAS

Posted: 15 Mar 2013 12:06 AM PDT

3 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Raja Iskandar memakaikan baju simbolik Zulkifli sertai PAS.

LARUT: Umno Bahagian Larut menerima tamparan hebat apabila Exco Pemudanya, Zulkifli Minhat mengisytihar keluar daripada parti itu dan menyertai PAS.

Zulkifli mengumumkan menyertai PAS di program ceramah anjuran PAS  Larut yang dihadiri oleh Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia,  Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss dan Setiausaha Pemuda PAS Perak, Salman Saleh semalam.

Borang permohonan keahlian PAS diserahkan kepada Dr Raja Iskandar dan turut mengikut jejak langkahnya ialah 39 ahli Umno yang sudah tidak yakin dengan perjuangan Umno ketika ini.

Berucap dalam program tersebut, Zulkifli yang lebih 20 tahun bergelumang Umno berkata, beliau membuat keputusan tersebut atas kesedarannya sendiri  dan melihat perjuangan PAS adalah benar dan relevan.

Beliau yang juga Ketua Pemuda Umno Cawangan Kampung Teras berkata, perjuangan yang dibawa oleh PAS selari dengan Islam dan sudah memahami perbezaan dasar perjuangan yang dibawa oleh PAS dengan Umno.

"Saya akan bersama-sama berjuang  dan matlamat saya membantu PAS memenangi semua kerusi yang ditandingi PAS di Larut ini," katanya dan disambut dengan laungan takbir oleh hadirin.

Sementara itu, Dr Raja Iskandar berkata, keputusan Zulkifli itu sudah pasti akan memberi kesan besar kepada Umno Larut khususnya di peringkat pemudanya.

Kata beliau, dalam keadaan sekarang, masyarakat semakin sedar akan keburukan Umno ketika ini yang hanya mementingkan peribadi.

"Penyelewengan, kezaliman, korupsi dan salah urus tadbir yang dilakukan Umno ketika ini membuatkan rakyat termasuklah ahli Umno itu sendiri menolak mereka.

"Saya yakin Umno Larut sangat terkesan dengan apa yang berlaku dan ini menambahkan lagi kekuatan dan semangat untuk PAS menawan Parlimen Larut dan Dun Kubu Gajah serta," jelas Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak itu.

Harakahdaily/-

PAS bongkar penyelewengan pembelian pekakas pertahanan

Posted: 15 Mar 2013 12:04 AM PDT

3 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -



(Pendedahan yang bakal di siarkan oleh Harakah Ahad ini)

KUALA LUMPUR: PAS melalui lidah rasminya Harakah akan mendedahkan secara terperinci penyelewengan dalam pembelian pekakasan pertahanan negara oleh pemimpin Umno dan BN.

Ia bakal disiarkan oleh Harakah dalam keluarannya untuk edisi Ahad ini.

Pendedahan adalah untuk semua pembelian peralatan pertahanan negara dari kapal selam, jet pejuang dan juga kapal tentera laut yang penuh dengan penyelewengan dan rasuah.


Di samping pembelian peralatan, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT)  juga didakwa melakukan pelbagai penyelewengan untuk kepentingan kroni dan elit dalam kepimpinan negara.

Perkara ini juga selalu disebut oleh para jeneral tentera yang menyertai Pakatan Rakyat sebelum ini.


Ikuti laporan penuh Harakah Ahad ini.

harakahdaily/-

Lahad Datu 'pengundi hantu' BN?

Posted: 14 Mar 2013 08:17 PM PDT

3 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -



Terlepas sama ada pencerobohan di Lahad Datu dirancang atau sebaliknya, semangat patriotisme dalam krisis sebegini sering akan menguntungkan parti kerajaan.

Patriotisme ini dipacu oleh rasa ingin bersatu bersama pasukan keselamatan dalam memenangi krisis ini, sekali gus bersama kuasa politik yang menggerakkan jentera pasukan itu.

Pasukan keselamatan dan kuasa politik (baca: pemerintah) dianggap setaraf dengan "negara" dan "tanah air" yang wajar dicurahkan sepenuh kesetiaan (tanpa kritik) dan pengorbanan (tanpa batas).

Berbeza dengan pergolakan politik dalaman yang meretakkan, sewaktu kesetiaan dan pengorbanan tidak menjadi isu, nilai utama atau kebaikan teratas; pencerobohan seperti di Lahad Datu mengimbau rasa kesatuan dengan apa saja langkah penentangan terhadap anasir asing.

Penentangan terhadap orang asing ini dianggap nilai utama atau kebaikan teratas kita bersama.

Kesatuan nasib dengan sesama warga, walau berbeza sisi pandang politik, dianggap "wajar" kerana kekhuatiran kita pada orang asing dan keasingan peristiwa itu sendiri.

Lahad Datu bukan Sauk atau Memali. Sauk dan Memali mewakili politik dalaman yang meretakkan. Memali tambah meretakkan PAS dan Umno yang berdiri atas dua garis politik berbeza.

Sauk pula, atas sifatnya yang melibatkan warga tempatan, tidak membangkitkan patriotisme; ia hanya meningkatkan rasa resah warga dalam gambaran militan kumpulan al-Maunah.

Patriotisme spontan

Tetapi Lahad Datu ada dimensi lain -- "orang asing" seperti kecurigaan kita pada kaum pendatang di tengah-tengah kita selama ini. "Orang asing" kerana keasingan nilai, bahasa, orientasi hidup, gaya, egoisme dan corak baju.

Atas sifatnya yang bersenjata (baca: ganas) dan enggan tunduk pada rundingan, maka "tentera diraja" Sulu meningkatkan lagi rasa cuak serta marah kita. Dalam imaginasi kita, mereka semua ini pengacau.

Pengacau ini tidak boleh ditangani dengan cara biasa -- cara politik dalaman seperti demonstrasi, saman, kenyataan akhbar atau laporan polis. Mereka hanya boleh dibereskan melalui pasukan keselamatan.

Politik dalaman boleh dicampuri pembangkang tetapi politik tentera hanya boleh digerakkan oleh kerajaan.

Justeru, kritik kita pada pasukan keselamatan tiba-tiba mengendur kerana muncul harapan menggunung agar ia dengan segera menghalau pengacau yang menimbulkan rasa cuak dan marah kita.

Di sinilah bermula patriotisme -- bersatu dengan pasukan keselamatan dalam memenangi krisis ini, sekali gus bersama kuasa politik yang menggerakkan jentera pasukan itu.

Kebersamaan ini bertukar menjadi nilai utama atau kebaikan teratas.

Kebersamaan ini, atau sebut saja patriotisme, tiba-tiba muncul menjadi kuat apabila krisis luar jangka itu tidak semena-mena mencuri perhatian awam sewaktu orang ramai sedang kebingungan memahaminya.

Patriotisme jelmaan Lahad Datu itu hampir-hampir spontan sifatnya. Kebingungan disusuli pula rasa resah atau tidak selamat warga.

Mendaftar penyokong pembangkang

Maka, peleraian rasa itu hanya boleh dicapai di muncung senjata dalam susun atur orang yang berkuasa. Mereka sahajalah sang pelindung dan sang penyelamat. Kerajaan atau pihak berkuasa sebagai sumber kebaikan.

Di sisi ini kerajaan, atau BN, meraih keuntungan politik yang besar berbanding pembangkang.

Jika angin patriotisme ini bertiup kencang ke seluruh negara tanpa dapat dihadang-hadang lagi, pembangkang akan tersudut dalam fantasi Putrajayanya sendiri.

Apatah lagi patriotisme Lahad Datu ini disusuli pula dengan kempen anti-Anwar Ibrahim yang digambarkan sebagai dalang pencerobohan atau anti-Tian Chua sebagai simbol penghinaan pasukan keselamatan.

Terlepas sama ada kenyataan Tian itu dilaporkan dengan tepat di akhbar PKR atau sebaliknya, kempen anti-Tian (dan lain-lain) menjurus pada gambaran bahawa pembangkang memperkecil-kecilkan pasukan keselamatan, pasukan yang dijulang sebagai sang penyelamat dan sang pelindung.

Jika kebersamaan dengan pasukan ini dirasakan nilai utama atau kebaikan teratas, maka kesenjangannya pula bermakna kejahatan yang paling buruk!

Sekali lagi, di sisi ini, BN boleh mengatasi pembangkang dengan mudah menjelang minggu-minggu genting sebelum pilihan raya umum.

Sedar tidak sedar, patriotisme Lahad Datulah sebetulnya "pengundi hantu" yang tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR); yang tidak terjejak di pangkalan data Pakatan Rakyat.

Ia lebih besar daripada projek IC kerana ia turut mendaftar penyokong-penyokong pembangkang yang "patriotik"!


FATHI ARIS OMAR ketua pengarang Malaysiakini.

Maybank perkenal kad Superman

Posted: 14 Mar 2013 08:06 PM PDT

3 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Maybank

Dari kiri: Hong Tat, Ketua Kad dan Kekayaan Maybank, B Ravintharan dan Tomlinson pada majlis pelancaran kad debit Maybankard Visa Superman di Menara Maybank, semalam.
Malayan Banking Bhd (Maybank) menyasarkan 150,000 kad Debit Maybankard Visa Superman akan dikeluar dalam tempoh dua bulan selepas dilancarkan, semalam.

Timbalan Presiden dan Ketua Perkhidmatan Kewangan Komuniti Maybank Datuk Lim Hong Tat berkata, kad debit edisi terhad itu dijangka membantu Maybank mengekalkan kedudukannya sebagai pendahulu pasaran kad debit.

Menurutnya, Maybank kini menguasai 53 peratus daripada pasaran pembayarandengan kad debit di negara ini.

Disasarkan kepada peminat Superman dan belia, kad Debit Maybankard Visa Superman turut memudahkan pembayaran dalam talian, iaitu pilihan terkini bagi segmen pasaran itu yang lebih gemar membuat pembayaranmenerusi internet.

Hong Tat berkata, kad baru ini turut menawarkan pelbagai manfaat termasuk diskaun 10 peratus bagi pembelian di kedai DC Stores di Malaysia dan diskaun 35 peratus bagi tiket ke Legoland Malaysia.

"Selain itu, pelanggan juga mendapat satu tiket percuma bagi setiap pembelian tiket di panggung wayang TGV dan boleh mendapat mata ganjaran Treatspoint Maybank dengan membuat bayaran menggunakan kad debit," katanya selepas pelancaran kad itu di Menara Maybank, Kuala Lumpur.

Menurutnya, kad debit jenama terbukti semakin popular apabila kad Maybankard Manchester United yang diperkenalkan sebelum ini menerima sambutan menggalakkan dengan jumlah langganan sebanyak 400,000 kad dalam tempoh 11 bulan.

Sementara itu, Pengurus Visa Malaysia Stuart Tomlinson berkata, Visa melihat pertumbuhan kad debit yang kukuh di Malaysia kerana semakin banyak promosi dilakukan terhadap kelebihan dan manfaat yang ditawarkannya.

"Masyarakat Malaysia sedang mengubah cara mereka membuat pembayaran. Kad debit kini menjadi pilihan bagi ramai pelanggan yang kini lebih selesa menggunakan debit untuk membuat pembayaran sama ada jumlahnya besar atau kecil," katanya.

Sinar harian/-

Siswa UiTM antara 3 maut nahas

Posted: 14 Mar 2013 08:04 PM PDT

3 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Siswa UiTM antara 3 maut nahas
Alor Gajah: Seorang penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang baru menerima lesen pada sebelah pagi kelmarin adalah antara tiga yang terbunuh dalam kemalangan berasingan di sekitar daerah ini semalam dan kelmarin. 

Ketua Polis Daerah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin, berkata pelajar UiTM cawangan Merbok, Kedah, Sharil Dzakirin Zulhabsha,(gambar) 20, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di badan selepas terbabit nahas di Jalan Solok Duku, Masjid Tanah, kira-kira jam 3 petang kelmarin. 

Motosikal diseret lori 

Penuntut jurusan Diploma Pentadbiran Awam itu yang menunggang motosikal dirempuh kereta yang dipandu pesara tentera berusia 40-an, yang dipercayai cuba memotong bas. 

Umar Ali berkata, kejadian kedua membabitkan seorang pengawal keselamatan yang maut selepas motosikal ditunggangnya diseret lori selepas bergesel di Jalan Kelemak, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Said pada jam 6 petang kelmarin. 

Mangsa, Mohd Firdaus Amirudin, 26, mati di tempat kejadian akibat parah di kepala. Mayatnya dibawa ke Hospital Melaka untuk bedah siasat. 

Katanya, dalam kejadian ketiga seorang lelaki warga tua meninggal selepas dipercayai mengalami serangan jantung ketika memandu di persimpangan lampu isyarat Kampung Bukit Beringin, Masjid Tanah, jam 8.15 pagi semalam. 
Ijang Latib, 84, yang memandu Honda Accord dari Kampung Lekok ke Pengkalan Balak tiba-tiba hilang kawalan sebelum berhenti di tengah jalan secara mendadak.

Berita Harian/-

Bedil sarang pengganas

Posted: 14 Mar 2013 08:01 PM PDT

3 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Bedil sarang pengganas
» Kampung Sungai Nyamuk dihujani mortar

» Dua kampung air di Semporna digempur

Lahad Datu: Pasukan keselamatan pagi semalam mula membedil lokasi persembunyian pengganas di Kampung Sungai Nyamuk, FELDA Sahabat 22 dekat sini, menggunakan mortar. 

Bedilan bertalu-talu itu bertujuan memaksa saki baki pengganas keluar dari tempat persembunyian mereka.

Kampung Sungai Nyamuk kini menjadi sasaran pasukan keselamatan selepas pertempuran dengan kumpulan pengganas di kampung itu, Selasa lalu, mengorbankan Allahyarham Koperal Ahmad Hurairah Ismail, 24.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, berkata pihaknya menyerang lokasi spesifik yang dipercayai menjadi tempat persembunyian pengganas
di kampung itu selepas mereka melarikan diri dari Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu. 
"Kita melancarkan serangan mortar dulu sebelum melakukan operasi mencari dan menggeledah.

"Bagaimanapun, sejak petang semalam (kelmarin) tiada pertempuran dengan pengganas.

Penembak tepat

"Kita percaya mereka masih bersembunyi di kampung itu," katanya pada sidang media bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar di FELDA Sahabat 16 dekat sini, semalam.

Allahyarham Ahmad Hurairah terkorban ketika bertempur dengan lima pengganas Sulu di kawasan ladang kelapa sawit di kampung itu pada jam 10.30 pagi, Selasa lalu.

Beliau yang ditugaskan sebagai 'pointer' iaitu anggota tentera paling depan dalam kumpulannya untuk menjejaki musuh, dipercayai ditembak penembak tepat musuh.

Allahyarham dari Batalion Ke-7 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Kukusan Tawau, Sabah dan berasal dari Pasir Mas, Kelantan gugur di tempat kejadian. Dua pengganas berjaya dibunuh pasukan keselamatan dalam pertempuran itu.

Zulkifeli berkata, pasukan keselamatan kini memperkecil kawasan kepungan di Kampung Sungai Nyamuk dan Kampung Tanjung Batu, selain meneruskan operasi mencari dan menggeledah di Kampung Sungai Bilis dan Kampung Tanjung Labian.

Berita Harian/-

'Bagaimana Jamalul Kiram beli senjata baru?'

Posted: 14 Mar 2013 07:33 PM PDT

3 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Tindakan tentera laut Filipina menahan 35 pengganas Sulu yang cuba keluar dari Sabah membuktikan hubungan baik antara kerajaan Malaysia dan Filipina.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata penahanan itu dimaklumkan kepadanya oleh rakan sejawatannya dari Filipina selain memberitahu beliau semua pengganas terbabit akan dihadapkan di mahkahmah di sana.

"Siasatan akan dilakukan terhadap kesemua 35 mereka. Kita akan tunggu laporan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bersama rakyat sempena Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2013 di Langkawi malam tadi.

Ahmad Zahid berkata Malaysia juga sedang berusaha untuk mendapat perintah bagi memungkinkan pengganas terbabit didakwa di negara ini.

Semalam agensi berita luar negara melaporkan 35 pengganas itu termasuk seorang wanita ditahan oleh dua buah kapal tentera laut Filipina berhampiran Pulau Tawi-Tawi, kira-kira 12 kilometer dari perairan Sabah. 

Ketua Pemerintah Tentera di Mindanao Barat, Lt Jen Rey Ardo dipetik sebagai berkata mereka yang ditangkap itu dipercayai saki-baki pengganas Sulu yang memasuki Lahad Datu.

Beliau juga dilapor berkata ketika ditahan suspek pengikut pemimpin puak pengganas Sulu, Jamalul Kiram III itu sedang menuju ke sebuah pulau di Filipina.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata walaupun Malaysia dan Filipina tidak mempunyai perjanjian ekstradisi untuk membolehkan Jamalul Kiram dibicarakan di negara ini, ada peruntukan undang-undang yang boleh diteliti untuk membenarkan perkara tersebut dilakukan.

"Secara konvensional Malaysia pernah serahkan (pemimpin) Moro National Liberation Front (MNLF) Nur Misuari (yang berada di Sabah) ketika dia jadi pemberontak kepada Manila. Kita harap beberapa perkara kajian perundangan dilakukan supaya Jamalul Kiram dibawa ke Malaysia.

"Bezanya Nur Misuari adalah rakyat Filipina dan dibawa ke Filipina manakala Jamalul Kiram adalah rakyat Filipina, berada di Filipina dan tertakluk kepada undang-undang Filipina," katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid membangkitkan persoalan mengenai kemampuan Jamalul Kiram membiayai pasukan pengganasnya sedangkan dia sendiri yang perlu menjalani rawatan dialisis, terpaksa bergantung kepada bantuan kewangan daripada kerajaan Filipina untuk kelangsungan hidup.

"Ertinya dia tidak berkemampuan, dia bukan raja berdaulat. Bagaimana senjata baru boleh dibeli dan bagaimana pembiayaan dibuat terhadap penceroboh.

Kekhuatiran kita ada dalang-dalang yang menjadi pihak ketiga sama ada dari Malaysia atau Filipina yang mendukung pencerobohan militan untuk raih sokongan politik.

"Jika bukti ini diperolehi, yang bukan sekadar dipetik dari agensi berita antarabangsa, kita takkan berkompromi kepada penderhaka yang menyebabkan pahlawan-pahlawan kita dari tentera dan polis kehilangan nyawa.

"Kita mahu rakyat hukum penderhaka. Dalam soal pencerobohan tak harus beri kompromi walaupun sedikit. Rakyat tak sanggup dan tak reda gadai kedaulatan Malaysia," katanya.

- Bernama

Kes tipu NFC: Peguam Shamsubahrin tarik diri

Posted: 14 Mar 2013 07:30 PM PDT

3 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR -  Peguam Datuk Sallehuddin Saidin dan Afifuddin Ahmad Hafifi menarik diri daripada mewakili ahli perniagaan Datuk Shamsubahrin Ismail pada perbicaraan kes berhubung pertuduhan menipu Pengerusi Eksekutif NFC Corporation, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail di Mahkamah Sesyen di sini.

Memaklumkan perkara itu kepada Hakim Rozilah Salleh pada prosiding semalam, Afifuddin berkata, beliau dan peguam utama Sallehuddin menerima arahan daripada Shamsubahrin kelmarin untuk tidak mewakilinya lagi.

"Kami terpaksa tarik diri kerana telah menerima arahan.

Menurut Shamsubahrin, dia berbuat demikian kerana dia mahu melantik peguam baru bagi kes ini," katanya.

Shamsubahrin berdepan 17 pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM1.755 juta mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Shamsubahrin juga berdepan lima pertuduhan menipu Mohamad Salleh membabitkan jumlah yang sama mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun, denda dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Shamsubahrin ketika ditanya Rozilah memaklumkan dia ingin melantik peguam baharu kerana mendakwa peguam sedia ada tidak serius dalam mengendalikan kes berkenaan walaupun telah diberi banyak peluang.

"Saya bayar untuk kehadiran peguam Datuk Sallehuddin sepanjang perbicaraan, tetapi dia jarang ada. Saya buat keputusan ini semalam. Saya tidak mahu peguam saya membuatkan saya kelihatan seperti orang bodoh," katanya.

Tertuduh kemudian memohon mahkamah menangguhkan perbicaraan dan memberi tempoh seminggu bagi membolehkan dia melantik peguam baharu, namun Rozilah menolak permohonan itu serta meneruskan perbicaraan dengan saksi berikutnya.

Rozilah turut mengingatkan tertuduh agar tidak mengulangi perkara yang boleh membuang masa mahkamah.

"Saya tidak mahu perkara sebegini berlaku lagi di mahkamah ini. Kita nak habiskan kes segera kerana kes ini sudah lama sejak dari 2011... menangguhkan perbicaraan atas alasan yang tidak dapat diterima adalah melengahkan masa," katanya.

Seramai tiga saksi iaitu Penolong Pengurus Bahagian Perhubungan Celcom Norazlina Ahmad, 32, Penolong Penguasa SPRM Mohd Azlan Mohd Nor, 30 dan Mohd Rafizy Abdul Rabani, 28, yang juga Penolong Penguasa SPRM memberi keterangan semalam.

Pendakwaan dikendalikan Ketua Unit Pendakwaan Datuk Abdul Razak Musa.

Perbicaraan bersambung hari ini. - Bernama

Empat maut nahas bas dan kereta di Jalan Lipis-Merapoh

Posted: 14 Mar 2013 07:29 PM PDT

3 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


KUALA LIPIS - Empat maut dalam nahas jalan raya membabitkan sebuah bas ekspres dan kereta di Km 17, Jalan Lipis-Merapoh, dekat sini tengah malam tadi.

Dalam kejadian 12.30 malam itu, bas ekspres yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke Kelantan bertembung dengan kereta jenis Honda City yang datang dari arah bertentangan.

Empat yang terbunuh merupakan penumpang kereta iaitu Nur Hamira Baharum, 24; Hasnah Che Hussin, 66; Nik Eryna Nik Ahmad, setahun; dan seorang warga Indonesia dikenali sebagai Yanti, 20-an, manakala penumpang dan pemandu bas tidak cedera.

Ketua Polis Daerah Lipis Supt Abdul Razak Hassan memberitahu pemberita di sini hari ini, siasatan awal polis mendapati kereta terbabit hilang kawalan sebelum bertembung dengan bas berkenaan.   
  
"Pemandu kereta terbabit (identiti belum dikenal pasti) dan seorang lagi penumpang kereta berkenaan (identiti belum dikenal pasti) cedera parah dan kini dirawat di Hospital Sultan Ahmad Shah Temerloh," katanya.

Beliau berkata, semua yang mati dan cedera itu dipercayai mempunyai hubungan kekeluargaan.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.- Bernama

Maut jatuh tingkat 24

Posted: 14 Mar 2013 07:25 PM PDT

3 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Maut jatuh tingkat 24

Orang ramai sedang menunggu mangsa dibawa turun dari tingkat 24 bangunan pangsapuri yang sedang dalam pembinaan, untuk dibawa ke HPP, semalam. Foto Kecil : Zhi Hao
GEORGETOWN - Seorang lelaki maut apabila terjatuh ketika sedang melakukan kerja pemasangan di sebuah tapak pembinaan di Gelugor, pagi semalam.

Mangsa, Loh Zhi Hao, 19, maut di tempat kejadian dipercayai terjatuh dari tingkat 24 sebuah pangsapuri yang sedang dalam pembinaan.

Difahamkan, mangsa terjatuh ketika sedang memasang bingkai aluminium berhampiran balkoni di salah sebuah unit pangsapuri di tapak pembinaan di Lebuh Tengku Kudin 3, Gelugor.

Rakannya, seorang warga Myanmar berkata, dia terkaku ketika melihat mangsa terjatuh dan segera memberitahu pekerja lain selepas menyaksikan insiden tragis yang berlaku kira-kira jam 10 pagi itu.

Mangsa ditemui pada lantai tingkat empat yang bakal dijadikan ruang istirahat untuk penduduk di pangsapuri itu apabila siap kelak.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ismail Toh Paduka Idris berkata, siasatan awal mendapati, mangsa tidak memakai tali keselamatan ketika bekerja.

"Difahamkan, mangsa berasal dari Gurun, Kedah. Dia baru 10 bulan datang ke negeri ini untuk bekerja dengan syarikat aluminium di Bayan Lepas.

"Kita akan siasat untuk kenal pasti punca kejadian. Setakat ini, kematian mangsa tiada unsur jenayah," katanya.

Sementara itu, ibu mangsa, Ng Bee Kim, 52, berkata, anaknya seorang yang kuat bekerja dan tidak lokek dengannya.

"Tahun Baru Cina baru-baru ini, dia bagi hampir satu pertiga bonusnya kepada saya. Tahun lepas, dia hadiahkan gelang pada Hari Ibu.

Saya pakai gelang itu sampai sekarang.

"Dia juga beritahu nak kahwin pada usia 25 tahun. Tapi apakan daya. Dia anak yang baik dan saya rasa hidup seperti tak ada erti lagi selepas ini.

Dialah satu-satunya anak yang saya ada," katanya ketika ditemui di rumah mayat Hospital Pulau Pinang.

Menurutnya, dia membesarkan mangsa bersendirian selepas suaminya meninggal dunia sejak mangsa berusia setahun.

Sinar harian/-

Wacana memperingati perjuangan Hizbul Muslimin

Posted: 14 Mar 2013 07:22 PM PDT

3 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Sempena program Xpresi Ulama Muda Haraki yang akan berlangsung di Gunung Semanggol esok, Jabatan Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia akan mengadakan wacana memperingati Hizbul Muslimin.

Wacana tersebut yang akan diadakan hari ini akan melibatkan tiga panel pembentang iaitu Dr Zuhdi Marzuki, Ustaz Riduan Mohamad Nor serta Ustaz Zawawi Hassan.

"Program akan bermula jam 9 malam dan terbuka kpd seluruh rakyat Malaysia yg cintakan kebenaran sejarah emas perjuangan islam negara ini," ujar Riduan yang juga ketua penerangan DPPM.

Berikut sedikit sinopsis perjuangan Hizbul Muslimin:

Tiga tujuan dasar penubuhan Hizbul Muslimin (HM) yang digariskan iaitu Islam semata-mata bagi mencapai kemerdekaan, mencipta masyarakat berdasarkan islam dan menjadikan Tanah Melayu sebagai darul Islam.

HM berusaha menginsafkan umat Islam Malaya tentang kesedaran politik dan ikatan agama dalam satu ideologi mengikut ajaran islam serta bekerjasama dengan semua pihak yg bersesuaian dasarnya.

Ustaz Abu Bakar al-Baqir telah dilantik sebagai Ketua Umum HM, Ir Ariffin Alian dan Daud Jamil sebagai ketua satu dan ketua dua.

Harakahdaily/-

Tiada ulasan:

Nuffnang