|   :: cina islam | 2011 ::   | 
- Manifesto: Pakatan Rakyat tidak pinggir OKU
- Tidak benar syarikat RM2 jalankan projek RM6.3b
- Kematian anggota PDRM : Tidak cukup naik pangkat, cadang keluarga tuntut gantirugi
- Utusan, TV3: Minta maaf atau disaman RM100 juta
- Khir cadang orang politik kendali krisis Sabah
- Pengantin pasar tani
- Ketika di Johor, Tian Chua didakwa hina tentera di Puchong
- Sabah: PR syor sidang meja bulat Pakatan-Kerajaan
- 'Petanda rasa tak sedap hati'
- Doa isteri iringi suami
- Pemerintah kuku besi, rakyat derita
- Lebih 3000 hadir Rumah Terbuka Tahun Baru Cina PR Kuala Kangsar
- Sidang Parlimen elak sumber tidak rasmi
- 700 rumah musnah akibat gempa bumi
- Janji dicapati: Pegawai Daerah Kerian penipu?
- Sandiwara atau tidak, kerajaan tetap bertanggungjawab
- Penggodam Malaysia Dan Filipina Adakan Serangan Di Ruang Siber
- Kata Dua Najib Tak Diindahkan: Sudah 6 Polis Terbunuh
- Jose Mujica, presiden termiskin dunia
- Umno BN bertanggungjawab, jangan kompromi kedaulatan wilayah negara
- Enam Polis Terkorban, Enam Anggota Kumpulan Bersenjata Terbunuh Di Semporna
- Media Filipina Dedahkan Najib Janjikan Penceroboh Penempatan Di Sabah
- Anwar beri amaran, jangan heret beliau dalam isu di Lahad Datu
| Manifesto: Pakatan Rakyat tidak pinggir OKU Posted: 04 Mar 2013 12:33 AM PST 21 Rabi'ul Akhir  1434 H. [MOD] -  KUALA LUMPUR: Sekretariat Orang Kelainan Upaya (OKU)  Bangkit menyerahkan draf manifesto kumpulan itu kepada Ketua  Pembangkang untuk perhatian Pakatan Rakyat. Draf manifesto yang dinamakan 'Pakatan Harapan OKU' itu turut ditandatangani Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan diperhatikan pengerusi sekretariat, Mohd Faizal Che Yusof. Dalam forum yang dianjurkan sekretariat tersebut, semalam, golongan tersebut meluahkan harapan mereka terhadap Pakatan Rakyat sekiranya berjaya mengambil-alih kerajaan selepas Pilihan raya Umum ke-13 akan datang. Apa yang diharapkan mereka ialah Pakatan Rakyat bersedia mewujudkan pembangunan OKU secara menyeluruh di negara ini. Justeru, mereka mengharapkan satu klausa khusus berkaitan pembangunan OKU secara menyeluruh dimuatkan dalam manifesto Pakatan Rakyat. Forum tersebut turut dihadiri Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Hanipa Maidin; Timbalan Ketua Muslimat PAS Pusat, Dr. Mariah Mahmud yang juga Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Pusat; dan Naib Presiden PKR, Tian Chua. Sementara itu, Anwar yang hadir di penghujung forum, memberi jaminan bahawa golongan OKU tidak akan terpinggir dari perhatian Pakatan Rakyat. Beliau berkata, tiada guna Pakatan Rakyat bercakap soal keadilan sekiranya nasib golongan OKU tidak mendapat perhatian beliau. Anwar juga berkata janji Pakatan Rakyat ini menjurus kepada satu janji untuk keadilan kepada semua, sama ada golongan OKU, orang Penan, dan juga yang terpinggir. Forum yang bermula jam 10 pagi itu berakhir jam 2 petang selepas Anwar menerima draf manifesto OKU. HARAKAHDAILY/- | ||
| Tidak benar syarikat RM2 jalankan projek RM6.3b Posted: 04 Mar 2013 12:31 AM PST 21 Rabi'ul Akhir  1434 H. [MOD] -  GEORGE TOWN: Setiausaha Kerajaan dan Pegawai Kewangan Negeri Pulau Pinang, Datuk  Farizan Darus dan Datuk Mokhtar Mohd Jait menjelaskan adalah tidak benar  projek RM6.3 bilion akan dijalankan oleh syarikat RM2. Menurut mereka, sebenarnya modal berbayar keseluruhan untuk keempat-empat syarikat yang menjalankan tiga projek utama adalah sebanyak RM4,549.2 juta. "Sebagai Pengerusi Lembaga Perolehan Negeri Pulau Pinang serta Pengerusi Jawatankuasa Teknikal dan Kewangan masing-masing, kami rasa kesal bahawa proses pemilihan tender yang dijalankan secara terbuka dan telus untuk 3 lebuhraya utama daripada Tanjung Bungah ke Teluk Bahang, Bandar Baru Air Itam ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu (LCE) Persiaran Gurney ke Lebuhraya LCE dan sebuah terowong bawah dasar laut daripada Persiaran Gurney dan Bagan Ajam telahpun dipersoalkan oleh pihak tertentu," ujar mereka dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan di sini, hari ini. Kata mereka, kos projek itu dianggarkan oleh kerajaan sebanyak RM8 bilion tetapi selepas proses tender terbuka secara kompetitif dijalankan sejak 14 November 2011, surat niat telah dikeluarkan pada 6 Februari lalu dengan harga lebih rendah iaitu sebanyak RM6.3 bilion, yang terendah di antara semua pembida yang diterima. "Projek ini agak tersendiri dan unik kerana kos RM6.3 bilion dibiayai bukan dengan bayaran wang tunai tetapi menerusi land swap sebanyak 110 ekar di tanah tebus guna di Tanjung Pinang," ujar mereka lagi. Menurut mereka, mmandangkan bayaran dibuat menerusi land swap dan bukan secara bayaran wang tunai, maka adalah perlu kontraktor berpakaran bekerjasama dengan pemaju. Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd adalah sebuah special purpose vehicle (SPV) yang merupakan konsortium usahasama di antara syarikat kontraktor berpakaran dengan pemaju seperti berikut:- 
 
 
 
 HARAKAHDAILY/-  | ||
| Kematian anggota PDRM : Tidak cukup naik pangkat, cadang keluarga tuntut gantirugi Posted: 04 Mar 2013 12:14 AM PST Saya  tertarik untuk memberi kenyataan mengenai kejadian dan isu Pencerobohan  Di sabah ( Lahat Datu dan Semporna) yang menyebabkan kematian anggota  PDRM : 1. Kerajaan Malaysia perlu menyelesaikan secara bijaksana  berdasarkan Undang-undang negara dan antarabangsa  bagi mengelak  berlakunya kematian yang lebih ramai.  2.Saya berpandangan isu  pencerobohan negara Ialah isu keselamatan negara yang perlu ditangani  oleh ATM bukannya pihak PDRM dan ianya di bawah tanggung jawab  Menteri  Pertahanan.  Seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. 3.  Ketenteraman awam adalah di bawah Peranan PDRM  dan menjadi  tanggongjawab Menteri Dalam Negeri. Isu di sabah bukannya isu  ketenteraman awam namun ianya melibatkan soal keselamatan negara. 4.Oleh  itu kematian yang berlaku saya sifatkan  adalah disebabkan kecuaian dan  kelalaian serta ketidak pertanggung jawaban dalam melaksana perintah dan  arahan mengikut undang-undang yang sedia ada.  5. Oleh itu saya  mencadangkan kepada pihak keluarga yang terlibat untuk menuntut hak dari  segi Undang-undang dengan menuntut gantirugi dan pampasan serta  menyaman pihak Kerajaan Malaysia. Mereka tidak harus telah berpuas hati  dengan anugerah kenaikan pangkat yang diumumkan.  6.Keluarga  mangsa adakah Ibu/Bapa dan ahli keluarga mestilah mengambil  tindakan  Sivil mengikut Undang-undang dan Hak Asasi Manusia yang diperuntukkan. 7.Salam  setiap  kali insiden besar sering berlaku krisis antara Menteri  Pertahanan Dan Menteri Dalam Negeri. Budaya ini perlu dihentikan dengan  segera.  8. Oleh itu saya mendesak Perdana Menteri, Menteri  Pertahanan dan Menteri Dalam Negeri mengambil tanggung jawab penuh atas  insiden yang memalukan ini dengan meletak Jawatan dengan segera. Isu  Keselamatan negara bukan perkara mainan. Kenyataan Media. 4 Mac 2013 YB. Drs. Khalil Idham Lim ADUN Titi Serong  | ||
| Utusan, TV3: Minta maaf atau disaman RM100 juta Posted: 04 Mar 2013 12:02 AM PST 21 Rabi'ul Akhir  1434 H. [MOD] - Ianya ekoran kedua-dua media pro Umno itu melaporkan kononnya Anwar adalah dalang dalam insiden terbabit. Utusan bertarikh 2 Mac lepas di muka hadapan bertajuk "Ketua Pembangkang dikaitkan dengan Pencerobohan" dan di muka surat 10 bertajuk "Tiga Kumpulan jadi dalang," itu secara jelas dilihat cuba mengaitkan Anwar. TV3 juga dikatakan menggunakan istilah dalang dalam mengaitkan Ketua Umum PKR itu dalam insiden tersebut. Peguam mewakili Anwar, N Surendran berkata, surat tuntutan kepada kedua-dua pihak itu telah dihantar. Dalam tuntutan itu katanya, kedua-dua pihak itu diminta menarik balik dakwaan itu dan membuat permohonan maaf secara terbuka dalam masa 24 jam bermula hari ini. "Ini adalah satu kenyataan yang tidak berasas, fitnah dan jahat. Kita telah menghantar surat kepada pihak Utusan untuk menuntut menarik balik dakwaan itu dan membuat kenyataan maaf secara terbuka. "Kita meminta tuduhan tidak berasas itu ditarik balik dengan segera dan TV3 juga perlu meminta maaf dan membayar ganti rugi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim," tegas beliau dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini. Turut serta pada sidang media itu seorang lagi peguam yang mewakili Anwar, Latheefa Koya. HARAKAHDAILY/- | ||
| Khir cadang orang politik kendali krisis Sabah Posted: 03 Mar 2013 11:45 PM PST 21 Rabi'ul Akhir  1434 H. [MOD] -  SHAH ALAM: Ekoran suasana yang terus membimbangkan di Sabah, pelbagai pihak membuat cadangan balas bagi menyelesaikannya. Suasana membimbangkan ini turut diakui oleh bekas MB Selangor, Datuk Seri Khir Toyo sehingga beliau mencadangkan agar krisis Sabah perlu dikendalikan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Cadangan ini dikemukakan Dr Khir dalam blog beliau hari ini. MKN adalah badan yang telah mentadbir Kelantan sehingga menjatuhkan kerajaan negeri di bawah PAS di pertengahan 1970an dahulu. Cadangan ini bermakna krisis ini bakal dikendalikan oleh orang politik iaitu Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sabah. "Seingat saya inilah krisis yang mengambil masa paling lama untuk diselesaikan oleh pihak berkuasa negara sejak Peristiwa 13 Mei 1969," tulis Khir. Bagi beliau, lebih menimbulkan kegusaran orang ramai ialah setelah hampir sebulan, krisis ini bukan menampakkan jalan penyelesaian atau kesudahan. Sebaliknya, dari situasi hanya terhad di Lahad Datu semata ia telah merebak ke Semporna dan tidak mustahil daerah-daerah lain sekitar sempadan maritim Filipina, tulis Khir. "Namun melihat kekalutan yang ada sekarang saya fikir bukan sahaja isu keselamatan yang perlu dititik beratkan kerajaan tetapi juga isu keyakinan rakyat terhadap kerajaan dalam menangani isu ini. "Kerajaan tidak lagi boleh sekadar mengulangi keadaan dalam kawalan (under control) kerana setiap kali pihak Polis mendakwa keadaan berada di dalam kawalan ketika itu juga muncul berita anggota Polis terkorban," tulisnya lagi. Ekoran itu, beliau mencadangkan kerajaan menggerakkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengambil alih peranan pihak Polis dalam isu ini. Mungkin Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri sendiri yang mempengerusikan MKN untuk krisis ini. MKN harus beroperasi 24 jam sehinggalah isu ini diselesaikan secara tuntas. "Dengan menggerakkan MKN untuk isu ini maka bukan sahaja PDRM yang terlibat tetapi juga ia akan melibatkan pihak Tentera dan beberapa pihak berkuasa lain serta Ketua Menteri Sabah," tulis Khir. HARAKAHDAILY/-  | ||
| Posted: 03 Mar 2013 11:43 PM PST Klang: Jika pasar tani sebelum ini menjadi tumpuan orang ramai untuk  membeli barangan keperluan dapur, namun lain pula bagi pasangan Mohd  Awis Al-Qarni Tamran dan Nur Darina Khalid yang memilih lokasi berkenaan  untuk meraikan hari bahagia mereka.   Pasangan masing-masing berusia 28 tahun yang diijabkabulkan 11  November lalu memilih Pasar Tani Sri Andalas, di sini, kelmarin, bagi  berkongsi hari bersejarah mereka bersama peserta dan pengunjung pasar  tani.      Nur Darina yang juga pembantu pasar tani berkata, jodohnya itu  ditentukan keluarga kedua-dua pihak, namun sering melihat suaminya  berniaga di pasar tani pada setiap Sabtu sejak berusia enam tahun. "Ketika kecil dulu, saya sering melihat suami di pasar tani ini kerana dia membantu ayahnya berniaga dan kadangkala melihatnya di kawasan kampung kerana kami berasal dari kampung sama. PASANGAN Mohd Awis Al-Qarni dan Nur Darina di tapak Pasar Tani Taman Sri Andalas. "Ketika dimaklumkan ibu bahawa suami berhasrat memperisterikan saya, saya menerimanya kerana yakin dia seorang yang baik tambahan pula sifatnya yang pemalu membuatkan hati saya jatuh cinta selain tahu kesungguhannya mencari rezeki," katanya.  METRO/- | ||
| Ketika di Johor, Tian Chua didakwa hina tentera di Puchong Posted: 03 Mar 2013 11:32 PM PST 21 Rabi'ul Akhir  1434 H. [MOD] -  KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Batu, Tian Chua (gambar)  menyifatkan tuduhan beliau telah menghina anggota keselamatan dengan  istilah "Komando Mati Katak" di satu ceramah di Puchong satu penipuan  yang nyata. Ini kerana, semalam beliau tidak berada di Puchong dan tidak pernah memberi ucapan menghina pengorbanan pasukan keselamatan. "Sebenarnya saya berada di Johor dan dalam semua ucapan saya, saya menyatakan keyakinan dan sokongan saya terhadap pasukan keselamatan dan anggota-anggotanya," kata Tian Chua kepada Harakahdaily. Tragedi Lahad Datu kini dimanipulasi oleh cybertrooper Umno untuk menjana kebencian terhadap pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Tian Chua. Sebelum ini datuk Seri Anwar dikaitkan dengan peristiwa ini sehingga menjadi lawak paling popular di kalangan pengguna sosial media. Semalam beberapa blog pro-BN telah menyiarkan berita palsu bahawa Tian Chua telah menghina pembunuhan anggota keselamatan kita dengan istilah "Komando Mati Katak" di satu ceramah di Puchong. "Ini adalah cerita yang dipalsukan dan tidak benar sama sekali," katanya. "Blog pro-BN seperti Mymassa, Talk With Hand, Aloqlaloq dan Papagomo sengaja melemparkan fitnah terhadap saya," katanya. Selain dari siaran berita palsu mereka juga mendesak pembaca terutamanya anggota polis dan askar untuk menghantar sms maki-hamum serta panggilan bantahan kepada beliau. "Saya akan mengambil tindakan termasuk tindakan undang-undang terhadap mereka-mereka yang rekakan fitnah dan berniat untuk mengancam saya," kata beliau. Beliau merayu rakyat Malaysia supaya jangan percaya kepada propaganda niat jahat ini. Kini rakyat, katanya, harus bersatu dan menyatakan setiakawan kepada anggota keselamatan bukan memainkan taktik politik murahan untuk memburukkan parti lawan. HARAKAHDAILY/-  | ||
| Sabah: PR syor sidang meja bulat Pakatan-Kerajaan Posted: 03 Mar 2013 11:27 PM PST 21 Rabi'ul Akhir  1434 H. [MOD] - Pada masa sama, mereka juga mahu satu sidang khas Parlimen diadakan dengan segera, demi untuk mendapatkan gambaran sebenar insiden yang tercetus di Sabah itu. Cadangan tersebut dinyatakan melalui satu kenyataan media hari ini yang ditandatangan oleh ketiga-tiga pemimpin utama Pakatan Rakyat iaitu Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP Lim Kit Siang. "Pakatan Rakyat juga mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk tetap teguh mendokong pasukan keselamatan, samada dari pihak polis atau tentera. Kita berdoa moga mereka kekal selamat serta bersemangat mempertahankan negara dan rakyat Malaysia dari ancaman penceroboh. "Pakatan Rakyat menggesa supaya isu ini tidak dijadikan arena tuduh-menuduh dan sewajarnya kepimpinan negara memberi tumpuan kepada isu keselamatan negara serta tidak mengalihkan pandangan rakyat dari kelemahan mereka," kenyataan itu dipetik. Berikut kenyataan penuh:  Setiap pimpinan mana-mana negara sekalipun bertanggungjawab  mempertahan kedaulatan wilayah negara, keselamatan rakyat dan anggota  pasukan keselamatan. Kegagalan mempertahankan kedaulatan negara dan keselamatan rakyat merupakan satu pengkhianatan serta menodai amanah rakyat. Justeru Pakatan Rakyat berhasrat mengingatkan pimpinan negara agar tegas mempertahankan kedaulatan wilayah negara dan tidak alpa memastikan keselamatan setiap rakyat Malaysia, terutamanya di Sabah ekoran dari insiden pencerobohan sekumpulan bersenjata warga asing di sekitar Lahad Datu serta Semporna. Setiap inci tanah Sabah dan keselamatan rakyatnya wajib dipertahankan. Pencerobohan di Lahad Datu telah mengorbankan dua nyawa perwira negara manakala insiden terbaru di Semporna pula mengorbankan enam nyawa perwira negara. Kita merakamkan ucapan takziah buat keluarga mereka dan rakyat Sabah serta berdoa moga roh mereka dicucuri rahmat. Pakatan Rakyat juga mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk tetap teguh mendokong pasukan keselamatan, samada dari pihak polis atau tentera. Kita berdoa moga mereka kekal selamat serta bersemangat mempertahankan negara dan rakyat Malaysia dari ancaman penceroboh. Pakatan Rakyat sedar keadaan mutakhir di Sabah sememangnya menimbulkan kebimbangan, akan tetapi kita menyeru agar orang ramai tetap bertenang dan tidak mengambil tindakan terburu-buru atau menyebarkan berita-berita fitnah yang boleh menimbulkan keresahan. Pakatan Rakyat ingin menyatakan dengan jelas keyakinan kita terhadap kecekapan dan kebolehan anggota pasukan keselamatan. Mereka pastinya dapat menjalankan tugas dengan profesional sekiranya diberi kebebasan bertindak tanpa sebarang campurtangan politik. Sehingga kini, kita merasa kesal dan kecewa dengan sikap kepimpinan negara yang tidak mempamerkan kewibawaan dan iltizam dalam menyelesaikan masalah ini. Pimpinan negara juga gagal menyalurkan maklumat tepat, cepat dan telus serta memberikan penjelasan terhadap apa yang berlaku kepada umum sehingga menyebabkan khabar angin tersebar luas. Pakatan Rakyat menggesa supaya isu ini tidak dijadikan arena tuduh-menuduh dan sewajarnya kepimpinan negara memberi tumpuan kepada isu keselamatan negara serta tidak mengalihkan pandangan rakyat dari kelemahan mereka. Sewajarnya mereka menyedari, keutamaan adalah demi mempertahankan kedaulatan negara, keselamatan rakyat dan perwira negara yang bertungkus lumus di perbatasan. Pakatan Rakyat menuntut agar segera diadakan satu sidang khas Parlimen bagi membincangkan isu pencerobohan ini serta demi untuk mendapatkan gambaran sebenar insiden yang tercetus di Sabah. Kita juga berhasrat mengadakan satu persidangan meja bulat di antara pimpinan Pakatan Rakyat dengan pimpinan kerajaan dalam usaha untuk mencapai muafakat bersama berhubung isu ini. YB DATO' SERI ANWAR IBRAHIM Ketua Umum KEADILAN YB DATO' SERI ABDUL HADI AWANG Presiden PAS YB LIM KIT SIANG Penasihat DAP | ||
| Posted: 03 Mar 2013 11:26 PM PST Rembau: "Saya dengar enjin motosikal dihidupkan dan terus menjenguk  ke laman dan mendapati arwah sedang menunggang. Saya tidak sempat  berkata apa-apa dan mula berasa tidak sedap hati.  "Selama enam bulan saya menggunakan motosikal itu, arwah tidak pernah cuba menunggangnya."    Demikian kata Zainal Abas, 39, mengenai abangnya, Abdullah, 57, yang  meninggal dunia dalam kemalangan di Kilometer 4, Jalan Kundur-Pedas,  dekat Taman Pedas Indah, di sini, ketika menunggang motosikal berkuasa  tinggi jenis Ducati Monster 800cc miliknya, buat pertama kalinya,  kelmarin.     Abdullah yang bekerja sebagai pengawal keselamatan meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala dan badan manakala pemandu kereta jenis Myvi berusia 19 tahun terselamat dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu. ANGGOTA polis mengangkat mayat mangsa yang maut selepas motosikal ditunggang berlanggar dengan kereta. Menurut Zainal, dia yang pulang bercuti hujung minggu sempat berbual dengan abangnya itu di beranda rumah mereka di Kampung Minching Batu 3, Pedas, sekembalinya arwah daripada menghadiri kenduri kahwin di rumah rakan kira-kira jam 3.30 petang. metro/-  | ||
| Posted: 03 Mar 2013 11:24 PM PST Kota Bharu: "Berdebar hati apabila suami menelefon malam kelmarin  mengatakan dia akan dihantar menjalankan operasi menangani pencerobohan  oleh kumpulan bersenjata di Lahad Datu, Sabah.   "Sejak itu dia tidak pulang ke rumah dan hanya berada di kem untuk  membuat persediaan. Hari ini (semalam) baru saya dan anak berkesempatan  berjumpa ketika menghantarnya menaiki penerbangan ke Tawau," kata  Hasmawati Yahya, 36, isteri kepada Staf Sarjan Jasmadi Ismail, 38,  anggota Rejimen ke-21 Melayu Askar Melayu Diraja (21RAMD).    Semalam, seramai 352 anggota termasuk pegawai dan lain-lain  pangkat 21RAMD berpangkalan di Pengkalan Chepa, di sini, diterbangkan  terus dari Kota Bharu ke Tawau menggunakan pesawat sewa khas AirAsia  untuk membantu operasi di Lahad Datu. Jurucakap Bilik Gerakan Markas 8 Briged Infantri (8 Briged) berkata, semua anggota itu berlepas pada jam 1 tengah hari dan 6 petang menerusi Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), di sini. HASMAWATI (tengah) bersama isteri anggota 21RAMD lain melambai ke arah suami masing-masing. Hasmawati berkata, ini kali pertama suami dihantar bertugas jauh daripada keluarga selepas mereka berkahwin kira-kira 12 tahun lalu. metro/-  | ||
| Pemerintah kuku besi, rakyat derita Posted: 03 Mar 2013 11:17 PM PST 21 Rabi'ul Akhir  1434 H. [MOD] - Ketika itu kejahatan subur melata kerana sang penguasa terdiri di kalangan penganut politik 'kuku besi', hasil dari paparan pembudayaan golongan autokrat terhadap generasi muda. Makna Kuku Besi Syeikh Abdul Rahman al-Kawakibi mendifinisikan kuku besi bermaksud sifat ghairah mencengkam manusia supaya menuruti segala kemahuannya. Amat benci mendengar nasihat dan pandangan. Sifat ini lebih sinonim dikaitkan dengan pemerintah kerana mereka yang paling berkuasa menaja segala kejahatan. Pemerintah kuku besi bakal memangsakan semua lapisan manusia yang berada di bawah mereka. Sama ada rakyat biasa, penentang, bahkan pengikut dan pembodek. Sama ada sedar atau tidak, semua menerima nasib yang sama. Sentiasa ditindas dan dinafikan hak. Siapakah Mereka? Mari kita menyelak lembaran wahyu, bagaimana Islam membayangkan sifat-sifat penguasa kuku besi. Nabi Muhammad SAW telah menyenaraikan enam perbuatan jahat yang bakal menghancurkan manusia : "Naiknya kepimpinan yang bodoh, banyaknya polis, berjual beli soal hukum, mudah menumpahkan darah, memutuskan hubungan kekeluargaan, mengambil al-Quran hanya sebagai lagu sedangkan hanya sedikit dalam kalangan mereka yang benar-benar faham hak al-Quran." - Riwayat Imam Ahmad dan Tabarani. Pemimpin yang bodoh dengan istilah sufaha' bermakna mereka yang buta membezakan antara hak dan batil. Kebodohan ini menyebabkan mereka akan bertindak dengan penuh zalim. Malah kebodohan itu dibiaskan kepada rakyat akhirnya semua lapisan masyarakat buta antara hak dan batil. Maka kekallah sang zalim dipilih terus berkuasa dengan rela oleh rakyat yang telah dibodohkan. Banyaknya polis bukan bermakna bertambah makmur. Bukan untuk menjaga keselamatan rakyat. Sebaliknya diperbanyakkan polis semata-mata untuk berkhidmat menjaga tampuk kuasa penguasa. Digambarkan kejahatan jenayah yang paling besar adalah apabila rakyat tidak bersetuju dengan kerajaan. Dalam pada masa yang sama mereka melaung-laungkan konsep demokrasi yang dibangga-banggakan. Rakyat hidup dalam keadaan penuh ketakutan, bimbang didakwa tanpa bukti. Akhirnya terbentuklah "negara polis" tanpa disedari. Berjual beli soal hukum dengan mengkhianati undang-undang sendiri yang telah diaktakan. Mereka bersifat dengan sifat yang ultra jahat apabila setelah mereka menetapkan undang-undang, mereka juga yang melanggar undang-undang. Hal ini disokong lagi dengan hadis lain yang menyatakan faktor sesebuah masyarakat hancur musnah kerana wujudnya amalan diskriminasi; berdasarkan sebuah hadis (bermaksud), "Sesungguhnya hancurnya generasi sebelum kamu kerana apabila golongan bangsawan yang mencuri mereka biarkan. Apabila golongan lemah yang mencuri, mereka kenakan hukuman." - Riwayat Muslim Mudah menumpahkan darah kerana mereka dirasuk sifat tamak kuasa. Golongan kuku besi bersedia bila-bila masa menyeksa sehingga membunuh demi mengekalkan kuasa. Asalkan dapat kekalkan kuasa, sanggup melakukan apa sahaja. Perangai jahat ini saling tidak tumpah dengan jenayah golongan jin yang asalnya dilantik oleh Allah sebagai khalifah di atas muka bumi. Oleh sebab mereka ketagih memporak-perandakan dunia dan menumpahkan darah, maka Allah melucutkan jawatan mereka sebagai khalifah. Jawatan khalifah tersebut kini disandang oleh manusia. Bermakna penguasa kuku besi sedang mengulang kegagalan jin untuk memakmurkan dunia. Sanggup memutuskan hubungan kekeluargaan. Jika sanggup menumpahkan darah, apalah sangat memutuskan hubungan sosial dengan saudara dan taulan. Itu merupakan soal yang sangat kecil bagi mereka. Hanya tahu al-Quran sebagai puisi yang dilagukan, novel yang dibaca bersempena dan seni kaligrafi yang indah. Mereka menilai al-Quran hanya sebagai seni. Mereka buat-buat tidak faham bahawa al-Quran merupakan perlembagaan yang perlu didaulatkan. Jika ada golongan yang menyeru agar dilaksanakan al-Quran, maka tindakan yang keras akan dikenakan. Mereka Islam tetapi memerangi kitab orang Islam. Faktor Mengapa Mereka Berkuku Besi Mengapa manusia yang fitrahnya inginkan kebaikan dan keharmonian tiba-tiba berubah menjadi makhluk perosak yang tamak haloba merampas hak rakyat? Hal ini dijawab oleh Nabi SAW di dalam hadis, bermaksud, "Sesungguhnya roda Islam berputar, ikutlah putaran roda Islam. Sampai satu ketika antara al-Quran dan pemerintahan akan dipisahkan. Jangan kamu pisahkan diri kamu dengan al-Quran. Kamu akan dapati penguasa kamu hanya bekerja untuk diri mereka bukan untuk diri kamu. Sekiranya kamu taat, kamu sesat. Sekiranya kamu lawan, kamu akan dibunuh." - Riwayat Tabarani Baginda Nabi SAW menjawab bahawasanya berlakunya kebejatan kuku besi apabila manusia membakulsampahkan Islam. Dengan memisahkan Islam dengan sistem pemerintahan, akhirnya melahirkan golongan penguasa yang mementingkan diri. Sehingga Nabi SAW menyebutkan ciri utama mereka hanya bekerja demi keuntungan diri sendiri, bukan untuk kepentingan rakyat. Ciri ini amat sesuai dengan perangai penguasa kuku besi seperti yang dijelaskan oleh Syeikh Abdul Rahman al-Kawakibi (maksudnya), "Golongan kuku besi memerintah rakyat ikut kehendaknya, bukan ikut kehendak rakyat. Mereka memerintah dengan nafsu bukan dengan syariat. Merekalah penentang kebenaran. Musuh kepada kebebasan." Dalam erti kata yang lain sekiranya kita merelakan golongan yang membakulkansampahkan Islam dalam hidup mereka sebagai pemimpin, maka sebenarnya kita sedang melahirkan penguasa kuku besi. Segala urusan bergantung kepada kepentingan mereka bukan kepentingan rakyat. Merenung Kesalahan Kita Timbul satu persoalan lain, mengapa kuasa kuku besi boleh kekal mencengkam hingga kini? Jawabnya, ini semua merupakan salah orang-orang yang mengangkat dan terus memilih mereka untuk terus kekal menjadi penguasa tanpa serik. Selagi ada golongan yang menyokong kejahatan, selagi itu kekallah penguasa kuku besi berkuasa menindas rakyat. Nabi SAW telah menyenaraikan 15 dosa yang mengundang bala. Perkara ini telah direkodkan oleh Imam Tirmizi melalui sunannya, di dalam hadis yang bernombor 2210. Penulis meneliti, dosa-dosa yang disenaraikan adalah berkaitan salah laku politik yang menyebabkan munculnya penguasa kuku besi. Antaranya adalah: "Apabila aset negara berlegar dalam kalangan orang-orang tertentu". Allah mengurniakan perbendaharaan negara untuk dinikmati oleh semua. Malangnya ia dibolot oleh gerombolan penguasa kuku besi untuk terus menaja kejahatan mereka. Harta negara milik rakyat dijadikan sebagai modal untuk terus menipu dan menindas. "Apabila amanah dijadikan sebagai keuntungan". Di dalam bahasa wahyu, Allah dan Rasul SAW menggunakan istilah amanah dengan maksud jawatan dan kuasa. Islam mengajar bahawa jawatan merupakan tanggungjawab yang maha berat akan disoal di akhirat. Namun golongan penguasa kuku besi ghairah mencengkam kuasa. Hal ini kerana bagi mereka amanah kuasa sebagai peluang untuk memenuhkan tembolok sendiri seterusnya dikongsi oleh seisi kroni. "Pemimpin mereka adalah dalam kalangan yang paling jahat dalam kalangan mereka". Hal ini merupakan faktor utama mengapa penguasa kuku besi boleh kekal berkuasa. Mereka dipilih sendiri oleh rakyat yang buta kebenaran. Manusia telah disesatkan dari fitrah mereka yang mahukan orang yang paling baik diangkat sebagai pemimpin. Gerakan menyesatkan minda manusia telah dibentangkan oleh Theodore Herzl di dalam Protokol Zionis yang menggariskan: "Politik sama sekali tiada persamaan dengan moral. Pemimpin yang bermoral adalah pemimpin yang lemah dan kurang mahir. Orang yang mahu menjadi pemimpin perlu memiliki sifat licik dan pandai menyakinkan orang lain (walaupun dalam perkara batil)." Amat jelas racun pemikiran yang telah disuntik oleh zionis. Hingga kini kita mudah mendengar pandangan ramai bahawa orang yang berakhlak dan bermoral adalah lemah dan tidak pandai mentadbir. Sedangkan Islam melihat akhlak dan kejujuran merupakan kekuatan utama seorang pemimpin. Kemahiran mengurus boleh diasah. Manakala amanah dan kejujuran tidak boleh dibuat-buat. Sangat pelik manusia boleh beriman dengan cara berfikir 'tidak mengapa pilih orang yang jahat sedikit asalkan dia pandai mengurus'. Maka disebabkan kecacatan dalam berfikir dan memilih, menyebabkan manusia terus melantik orang yang paling jahat dalam kalangan mereka sebagai penguasa. Allah telah merakamkan kesalahan rakyat yang tidak serik memilih manusia yang jahat sebagai pemimpin mereka menyebabkan mereka turut dihumban ke dalam neraka: "Dimuliakan seseorang kerana takut akan kejahatannya". Apabila penguasa kuku besi terus diberi peluang berkuasa, mereka terus membuat onar yang menyebabkan rakyat terdidik dengan kejahatan lalu takut untuk melawan akhirnya lali dengan kejahatan. Semakin merasuah, semakin zalim, semakin menipu, semakin diberi 'kurnia' oleh rakyat agar kekal berkuasa. Baginda Nabi SAW tegas tidak mengaku sebagai umat terhadap golongan yang takut menyatakan pendirian di hadapan penguasa yang zalim,"Apabila engkau melihat umatku takut untuk menyatakan penegasan terhadap orang yang zalim 'Wahai orang zalim'. Maka diterima ucapan selamat tinggal buat mereka." - Riwayat Imam Ahmad dan Tabarani Berdasarkan apa yang telah dipesan oleh Nabi SAW, penguasa yang zalim akan terus berdiri kukuh selagi rakyat memilih mereka. Selagi kejahatan mereka diberi kerjasama oleh rakyat, selagi itulah mereka megah berkuasa. Oleh itu, Allah turut menyeksa golongan pengundi yang memilih penguasa kuku besi atas kesalahan bersubahat dengan kezaliman. "Mereka berkata wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami hanya mentaati pemimpin dan penguasa kami. Maka dengan sebab itulah mereka menyesatkan kami." "Wahai Tuhan kami, timpakanlah mereka azab yang berganda dan laknatlah mereka dengan laknat yang besar." (Surah al-Ahzab ayat 67-68) Maka tidak hairanlah Nabi SAW menyenaraikan antara dosa yang mengundang bala Allah adalah dengan memilih golongan jahat sebagai pemimpin. Hakikat yang perlu disedari, penguasa kuku besi itu sendiri merupakan bala bencana dari Allah. Bahana untuk semua. Solusi Islam mengajar kita supaya berani dan bertekad. Untuk menumbangkan penguasa kuku besi, tiada jalan lain melainkan dengan nekad. Ganjaran syahid antara cara Allah memotivasikan penolong agamanya supaya nekad menentang penguasa kuku besi yang memiliki segala kekuatan iblis. Ya, memang mereka mampu lakukan apa sahaja. Tetapi jika kita tidak takut dengan mereka, apa yang mereka mampu buat? Inilah bagaimana kuasa-kuasa kuku besi dunia runtuh menyembah bumi apabila 'kuasa nekad' telah menguasai rakyat. Oleh itu Nabi SAW telah menyatakan nekad merupakan satu-satunya jalan menumbangkan kuasa kuku besi dengan sabdanya (bermaksud), "Jadilah seperti pengikut setia Nabi Isa. Walaupun mereka tubuh mereka digergaji, walaupun tubuh mereka dipaku dengan kayu. Mati dalam ketaatan Allah lebih mulia dari hidup melawan Allah." - Riwayat Tabarani. http://blog.tarbawi.my | ||
| Lebih 3000 hadir Rumah Terbuka Tahun Baru Cina PR Kuala Kangsar Posted: 03 Mar 2013 11:09 PM PST  21 Rabi'ul Akhir  1434 H. [MOD] - KUALA KANGSAR : Kemeriahan sambutan Hari Raya Cina dikongsi bersama masyarakat berbilang bangsa dan agama dalam Program Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran Pakatan Rakyat Parlimen Kuala Kangsar semalam. Dianggarkan lebih 3000 orang telah hadir dalam program yang diadakan diperkarangan Pejabat PAS Kuala Kangsar dari jam 2.30 petang hingga 5.00 petang di sini. Program tersebut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Ahli Parlimen Bukit Gantang yang juga mantan Menteri Besar Perak, YB. Dato' Seri Muhammad Nizar Jamaluddin. Selain itu hadir sama Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, YB. Kulasegaran, Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat, Sdr. Hu Phang Chao, ADUN Bercam, YB. Sum Chiok Leng, ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Hj. Razman Zakaria, YDP PAS Kawasan Kuala Kangsar, Dr. Raja Ahmad Iskandar Al Hiss, Ketua Wanita KeAdilan Perak, Pn. Fatmawaty Salem dan. Ketua Cabang PKR Kuala Kangsar, Tun Ali bin Tun Hamzah Disamping menikmati hidangan pelbagai juadah yang disediakan, majlis diserikan dengan ucapan tetamu yang hadir dan pertunjukan tarian singa dan mercun. | ||
| Sidang Parlimen elak sumber tidak rasmi Posted: 03 Mar 2013 10:30 PM PST 21 Rabi'ul Akhir  1434 H. [MOD] - "Selagi persidangan khas ini, rakyat terdedah dengan pelbagai sumber tidak rasmi," kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan PAS Pusat dalam kenyataannya hari ini. Malam tadi, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengumumkan enam anggota polis terbunuh dalam satu serang hendap di Semporna. Anggota keselamatan negara yang terkorban dalam kejadian itu ialah: 1. Superitenden Ibrahim Lebar - Cawangan Khas, Bukit Aman 2. ASP Michael Padel - Cawangan Khas, Ibu Pejabat Daerah (IPD) Semporna 3. Sarjan Baharin Hamit - Cawangan Khas, Ibu Pejabat Kontingen (IPK) Sabah 4. Sarjan Aziz Sarikun - Batalion 14, Pasukan Gerakan Am (PGA) Tawau 5. Koperal Salam Togiran - IPD Tawau 6. Lans Koperal Mohd Azrul Tukiran - Batalion 14, PGA Tawau Sehubungan  itu PAS merakam ucapan takziah di atas kematian enam anggota polis  dalam kejadian serangan hendap oleh penceroboh di Sempourna, Sabah, kata  Tuan Ibrahim (gambar). Kejadian malang ini, kata beliau, sesuatu yang mendukacitakan dalam usaha pelbagai pihak untuk mengelak pertumpahan darah di sana. Antaranya pelbagai usaha dibuat bagi mencari jalan agar mereka boleh meninggalkan negara ini secara aman. Namun serangan hendap pasukan penceroboh mengakhiri episod rundingan dan sebagai sabuah negara merdeka, Malaysia berhak untuk mempertahankan wilayahnya. "Kepada seluruh pendokong parti, PAS mengesa ahli mendirikan solah hajat bagi mendoakan keamanan dan pencerobohan ini dapat diselesaikan segera," katanya.  harakahdaily/- | ||
| 700 rumah musnah akibat gempa bumi Posted: 03 Mar 2013 08:13 PM PST Beijing: Beratus-ratus rumah di barat daya China runtuh dan lebih 20  penduduk cedera apabila gempa bumi  berukuran sederhana melanda wilayah  itu, semalam. Biro gempa bumi di wilayah Yunnan, tempat kejadian itu berlaku berkata, tiga daripada mereka yang cedera, parah. Agensi berita Xinhua melaporkan, bencana gempa bumi berkenaan merosakkan 2,500 rumah dan 700 daripadanya musnah sama sekali.      Kajian Geologi Amerika Syarikat berkata, gempa berukuran 5.5  magnitud itu berlaku 51 kilometer dari bandar Dali pada kedalaman 33  kilometer.  - AP | ||
| Janji dicapati: Pegawai Daerah Kerian penipu? Posted: 03 Mar 2013 07:56 PM PST 21 Rabi'ul Akhir  1434 H. [MOD] -  Suka  aku nak bagi nasihat kat Pegawai Daerah Kerian ni, elok sangat la   terima tawaran jadi calon tu tapi jangan lupa sorok sikit duit   peruntukan untuk pilihanraya. Jangan jadi bangang pulak pi labur duit   sendiri sampai bergolok bergadai. Sinarharian pada 19 Januari 2013 melaporkan: BAGAN SERAI - Teka-teki mengenai status pembinaan Hospital Kerian di Simpang Lima, di sini terjawab apabila perlaksanaan pembinaannya disahkan akan dimulakan Februari ini.  Pegawai Daerah Kerian,  Kamaruddin Awang berkata, pembinaan Hospital  Kerian yang tertangguh  sejak 2008 akan dijalankan secara berperingkat  melalui cadangan pelan  pembangunan awal dan tender fasa permulaan projek  dijangka dikeluarkan  bulan hadapan.  "Kita jangka pembinaan infrastruktur hospital  akan dimulakan  selewat-lewatnya hujung tahun ini memandangkan JKR  (Jabatan Kerja Raya)  bahagian kesihatan sedang menyiapkan pelan reka  bentuk hospital yang  memenuhi keperluan bajet," katanya kepada media,  semalam. - Ibid.  Hari ni dah masuk hari bulan Mac 2013.  Aku malas nak pi ambik gambar pasainya keadaan tapak yang kononnya nak   dibuat Hospital Pakar tu takdak beza dengan keadaan masa Sinarharian   melaporkan kenyataan dari Pegawai Daerah Kerian tu macam gambar kat atas   tu.  Kalau ada beza pun rumput kat tapak tu bertambah panjang,  zink yang depa  buat dinding tu dah nampak mula senget sikit dan dah  mula nak berkarat.  Kalau biar bekas tuan tanah tu teruskan buat bendang  kat tapak tu pun  elok, boleh jugak dapat hasil.  Pembinaan infrastruktur? Haram!!!  Apa pun, aku yakin bila parlimen dah bubar nanti, akan ada lagi keluar   kenyataan dari mulut Pegawai Daerah Kerian ni berkenaan projek yang   selama ni menghantui pemimpin Umno BN di Daerah Kerian.  Tambah-tambah lagi la kalau nama dia yang muncul sebagai calon BN masa hari penamaan calon untuk PRU13 nanti.  Pasainya, dengar ceritanya nama dia memang ada dalam senarai pendek   bakal calon PRU13. Ada yang kata dia diminta bertanding untuk kerusi   parlimen Parit Buntar tapi dia takmau mungkin pasai dia pun tau kalau   jadi calon BN untuk parlimen Parit Buntar, menang belum tentu kalah   dalam tangan.  Dengar khabarnya lagi, dia minta kalau nak jugak  dia bertanding, dia nak  jadi calon di kerusi parlimen Bagan Serai.  Parlimen Bagan Serai ni  peluang ada sikit cerah hasil tindakan Hj  Tempirai, wakil rakyat dari  PKR yang berubah dari berudu menjadi katak,  cempera sampai sekarang tak  selesai lagi.  Apa pun, suka aku  nak bagi nasihat kat Pegawai Daerah Kerian ni, elok  sangat la terima  tawaran jadi calon tu tapi jangan lupa sorok sikit duit  peruntukan  untuk pilihanraya. Jangan jadi bangang pulak pi labur duit  sendiri  sampai bergolok bergadai. Pasainya kalau kalah nanti jenuh nak  bayar  hutang.  Lagi satu kalau hang tak jadi calon dan Pakatan Rakyat  menang lagi di  Perak dan dapat pulak tawan Putrajaya, letih pulak hang  nak berlakon  sebagai penyokong Pakatan Rakyat.  Paling kurang  pun dengan sikit sebanyak duit pilihanraya yang hang sorok  tu, boleh  jugak buat modai berniaga. Walaupun mungkin tak kaya tapi  hati tak  terseksa.  Apa pun, suka aku nak ingatkan terutama sekali para  penchachai Umno yang  aktif dalam facebook, tolong la pi tanya pemimpin  hangpa, apa cerita  sebenarnya dengan janji hospital di Simpang Lima ni.  Kesian aku tengok  hangpa spin isu hospital baru tu tapi akhirnya  terbukti melencong ke  laut.  Mula-mula pemimpin Umno BN janji  nak buat Hospital Pakar dengan 300  katil, lepas tu janji lagi tapi  tinggal 150 katil dan perkataan pakar  pun dah hilang, bila dah bubar  parlimen nanti apa pulak janji kelentong  pemimpin Umno BN nak bagi.  Rasa tak sabar nak tunggu najib bubar parlimen, nak dengar kelentong pemimpin Umno pasai tapak terbiar tu... Blog cenangau.blogspot.com/- | ||
| Sandiwara atau tidak, kerajaan tetap bertanggungjawab Posted: 03 Mar 2013 07:51 PM PST 21 Rabi'ul Akhir  1434 H. [MOD] -  Dua  hari lepas, dua orang anggota komando VAT69 telah terkorban di Lahad  Datu ketika Kerajaan Malaysia terus mengambil sikap 'berunding'  sedangkan dalam mana-mana negara berdaulat tidak akan berkompromi dengan  pencerobohan bersenjata. Tanggal 2 Mac, enam lagi anggota keselamatan  negara terkorban dan kali ini di Semporna. Saya ucap takziah dan tidak dapat sembunyi perasaan sedih berbaur kemarahan. Sedih kerana peristiwa kematian ini mampu dielak jika kerajaan bertindak lebih awal sebelum melarat seperti yang diberitakan. Sesungguhnya, membenarkan kependudukkan yang berminggu kepada anggota pengganas Sulu ini merupakan satu langkah malang buat negara, menjadikan kedudukan mereka yang lebih sedia untuk menyusun gerakan - Ini harus diakui. Pagi ini saya terkejut membaca laporan media yang mengatakan Perdana Menteri Malaysia memberikan kata dua kepada penceroboh ini atau hadapi tindakkan pihak berkuasa. Pertama, mereka bukan lagi sekadar penceroboh tetapi musuh negara pengganas bersenjata yang telah membunuh anggota keselamatan Malaysia. Kedua, mengapa perlu memberi kata dua? Bukankah sudah ada yang terkorban? Di atas dua perkara ini, saya simpulkan bahawa Perdana Menteri Malaysia adalah bangsat dan tidak layak lagi meneraju negara. Inilah nasib Malaysia, mempunyai seorang Perdana Menteri yang lemah segala bidang, dari sudut ekonomi, sudut pentadbiran, sudut integriti, sudut kepimpinan, sudut menangani kirsis, sudut menjawab persoalan dan juga hingga sudut mempertahankan kedaulatan negara - semua gagal. Mungkin kerana 'ia' hadir dari pilihan kelompok manusia yang tidak punya jatidiri serta mengamalkan rasuah dan tidak mustahil sanggup menjual negara demi untuk terus berkuasa. Apakah keterlaluan jika saya katakan, ini semua sandiwara untuk mengubah haluan sokongan rakyat kononnya 'agar bersatu di bawah kerajaan' bagi menghadapi krisis Lahad Datu dan seterusnya menguntum simpati? Bagaimana timbul persoalan 'sandiwara'? Bila ada perasaan sangsi maka timbullah soal sandiwara. Salahkah jika rakyat yang terlalu banyak memendam 'curious mind' saling bertanya "Apakah ini sandiwara?" bila banyak perkara pelik berlaku.  Pelik,  apabila memikirkan bagaimana ratusan musuh negara yang bersenjata boleh  mendarat di Tanjung Labian dengan skala ratusan anggota tanpa disedari. Lebih pelik, saya berkongsi persoalan bekas Jeneral TLDM, bagaimana perairan negara yang dikawal oleh 4 agensi maritim dengan memiliki 12 radar pengesan bot sejauh 100km dan bot laju kombat CB90, masih boleh ditembusi? Saya tidak mahu kira bab kapal selam Scorpene menyedari kapal selam ini serba tempang tidak bersenjata (torpedo) dan tidak mampu menyelam. Lagi pelik, bila mana seramai 400-500 sentinel bersenjata Sulu bergerak dari Tanjung Labian ke Kg Tandou dengan berjalan kaki melalui denai perkampungan, apakah ia tidak disedari, apakah polis, tentera dan orang kampung tidak perasan? Tidakkah negara mempunyai perisik? Ini pelik. Saya faham negara ini terlalu banyak 'Special Branch' yang mengekori kebanyakkan pemimpin PR, turun ke ceramah dan sebagainya. Namun apakah mustahil tiada SB yang memerhati gerakan bersenjata Sulu? Saya berani mengatakan, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sebuah gerakan anak muda yang menuntut perubahan negara menjadi perhatian kepada SB dan juga Majlis Keselamatan Negara. Kerana apa setiap gerakan SAMM diperhatikan dengan teliti? Kerana SAMM adalah ancaman kepada Umno dan Barisan Nasional. Tetapi bagaimana pula dengan gerakan yang mengancam rakyat dan negara khususnya rakyat Sabah di perbatasan sana, tidakkah ada SB atau intel yang memerhatikan mereka? Ini pelik dan sudah tentu memperagakan lebih banyak persoalan. Berbalik kepada isu pengganas Sulu pasca pertempuran. Kepelikkan menjadi lebih serius selepas tamat pertempuran di Lahad Datu apabila memikirkan bagaimana ratusan anggota bersenjata Sulu ini boleh lolos dari kepungan pihak berkuasa? Kita semua telah dimaklum dengan jelas bahawa perkampungan Tandou telah dikepung, maka di manakah ketua mereka? Apakah mati atau ditahan? Berapa ramai yang ditahan? Apakah mereka punya magika boleh hilang sekelip mata? Apakah mereka ini 'orang minyak'? Pelik, pelik dan pelik!  Dengan  banyaknya persoalan pelik seperti yang saya sebut di atas, salahkah  rakyat berdepan 'curious mind' setelah banyak perkara berlaku susah  diterima akal? Sandiwara atau tidak, saya berani katakan yang bangsat di atas sana sanggup buat apa saja, jual negara, korbankan nyawa, you name it! Asalkan masih pegang tampuk kuasa. Saya jamin Umno dan Barisan Nasional akan tumbang PRU-13, apa cara pun mereka akan kalah kerana semua rakyat, profesional, penjawat awam, pekerja sendiri dan orang atas pagar telah tekad untuk bersama arus perubahan. Malah mungkin kali ini kalau Umno/BN menipu PRU pun akan tetap hadapi kekalahan. Difahamkan, pengundi hantu yang terdiri daripada warga asing juga tidak berani keluar membahayakan nyawa mereka untuk mengundi Umno/BN di atas ketegasan rakyat kali ini. Justeru, apa lagi cara yang mereka ada? Sandiwara atau tidak, pertempuran sudah berlaku dan anggota keselamatan sudah terkorban. Pertempuran dan kematian adalah sahih, manakala sandiwara adalah persoalan dari peristiwa yang berlaku. Harus dilekatkan dalam kepala kita, menimbulkan persoalan (sandiwara) dan mensahihkan sesuatu adalah dua perkara berbeza. Sahihnya sekarang ialah, saya tetap menegaskan Kerajaan pimpinan Umno dan BN harus bertanggungjawab, Najib dan Hishamuddin harus bertanggungjawab di atas kematian semalam hari ini dan esok. Namun dalam masa sama rakyat tetap persoal mengapa begitu dan begini, seolah ia satu sandiwara meminta simpati telah berlaku. Akhir sekali saya menyimpulkan, tidak keterlaluan jika saya katakan demi kemenangan Umno/BN di Sabah dulu dan kini, sanggup Umno dan Barisan Nasional penuhkan Sabah dengan warga asing termasuk warga sulu yang akhirnya membawa kepada beraninya warga Sulu bersatu dan memberontak menuntut sabah! Percayalah, mereka tidak akan berani bertindak sekiranya tidak punya asas atau kekuatan yang cukup untuk mengancam negara. Apakah suatu masa nanti, di atas ketergamakkan Umno menjual negara melalui skim pemberian kad pengenalan dan beri ruang kepada warga asing mengundi demi untuk terus kekal berkuasa, akan sampai ketikanya Indonesia pula menuntut negara ini kerana telah berjuta warga mereka di sini. Ia bukan mustahil sepertimana yang kita fikirkan tidak mustahil akan berlaku krisis peperangan di Sabah. * Penulis adalah aktivis blogger dan Pengarah Propaganda SAMM | ||
| Penggodam Malaysia Dan Filipina Adakan Serangan Di Ruang Siber Posted: 03 Mar 2013 07:40 PM PST PETALING JAYA: Serangan siber menular antara penggodam  Malaysia dan Filipina pada hujung minggu, mencerminkan pertempuran darat  di Sabah pada Jumaat dan Sabtu. Penggodam yang didakwa daripada kumpulan penggodam Malaysia dan  Filipina, Anonymous menyerang laman-laman web di kedua-dua negara. Ia dipercayai merupakan serangan secara maya dilakukan oleh rakyat  Malaysia, beberapa jam selepas insiden tembak-menembak yang berlaku  antara polis dan kumpulan bersenjata Sulu pada Jumaat. Satu mesej ditulis dalam bahasa Tagalog dipaparkan di laman Facebook  milik Anonymous Malaysia pada hari berkenaan yang memberi amaran kepada  Filipina bahawa mereka akan mengadakan serangan. Blog Filipina, Pinoy Tech News yang pertama dilaporkan terdapat  beberapa laman web kerajaan mereka diserang oleh perkhidmatan penafian  (DoS). Beberapa laman web lain turut terjejas. Penggodam Filipina kemudian membalasnya, menyerang dan merosakkan beberapa laman web persendirian dan milik Kerajaan Malaysia. Sesetengah mereka mendakwa telah menggodam laman-laman web kerajaan, dan mengumumkannya di Facebook mengenai eksploitasi mereka. Mereka juga menggesa para pengikutnya untuk melancarkan serangan DoS terhadap laman web tempatan. Satu kenyataan yang didakwa dilakukan oleh Anonymous menggesa penggodam dari kedua-dua negara untuk bertenang. "Perang maya tidak memberikan apa-apa keuntungan kepada kita tetapi  akan memberikan tanggapan yang salah... Marilah kita membantu kedua-dua  Filipina dan Malaysia supaya bersatu, tiada sebab untuk bermusuhan,"  katanya. Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Dr Amiruddin Abdul  Wahab berkata, kerajaan turut menyedari perkara itu, namun beliau enggan  mengulas lanjut. mStar/- | ||
| Kata Dua Najib Tak Diindahkan: Sudah 6 Polis Terbunuh Posted: 03 Mar 2013 07:30 PM PST 21 Rabi'ul Akhir  1434 H. [MOD] -  Terkini: 6 polis maut, 6 anggota kumpulan bersenjata terbunuh LAHAD DATU - Seorang lagi anggota polis terkorban dalam serangan hendap sekumpulan lelaki bersenjata di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna, Sabah semalam, menjadikan jumlah terkini anggota polis yang terkorban dalam insiden tersebut kepada enam orang. Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata, enam anggota kumpulan bersenjata itu juga terbunuh dalam kejadian pukul 8 malam di perkampungan atas air itu. Dalam operasi 'menyelamat' yang dilancarkan hari ini dan berakhir kira-kira 7 malam, Ismail berkata, polis turut berjaya mengeluarkan 19 anggota polis dengan selamat dari Kampung Sri Jaya Simunul itu. Pada sidang media kira-kira 9 malam tadu di Felda Sahabat, Kampung Tanduo di sini, Ismail berkata enam mayat anggota polis yang terkorban itu dihantar ke Hospital Semporna. "Identiti mangsa akan dimaklumkan kepada anggota keluarga terlebih dahulu sebelum dipaparkan di laman web rasmi PDRM," katanya. Pada sidang media terdahulu hari ini, Ismail mengumumkan lima anggota polis terkorban dalam insiden itu manakala dua anggota kumpulan itu terbunuh. Pada sidang media sebelum ini, beliau berkata kelima-lima anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna itu ditugas untuk menjalankan siasatan di kampung berkenaan berikutan polis mendapat maklumat mengenai sekumpulan lelaki bersenjata di kampung itu. Ismail juga memberitahu sidang media terdahulu itu bahawa anggota polis itu ditembak semasa menuju ke sebuah premis di kampung berkenaan dan mereka membalas tembakan untuk mempertahankan diri. Pada sidang media malam ini, Ismail menafikan terdapat insiden anggota polis yang didakwa menjadi tebusan kumpulan bersenjata itu dipenggal kepalanya. "Itu hanya khabar angin dan saya minta orang ramai supaya tidak mempercayai sebarang khabar angin," katanya. Beliau memaklumkan keadaan di kampung berkenaan kini kembali seperti biasa. - Bernama | ||
| Jose Mujica, presiden termiskin dunia Posted: 03 Mar 2013 07:00 PM PST 21 Rabi'ul Akhir  1434 H. [MOD] -   Jose Mujica   Mujica hanya memiliki kereta Volkswagen Beetle.   Jutaan rakyat Uruguay meraikan kemenangan Mujica dalam pilihan raya di Montevideo pada November 2009.  Beliau merupakan seorang pemimpin disayangi rakyat Uruguay. Jose Mujica  digelar 'presiden termiskin dunia', disebabkan sifat pemurahnya yang  sanggup mendermakan 90 peratus daripada gaji bulanannya kepada rakyat  miskin. Setiap bulan, pemimpin mesra rakyat ini hanya membelanjakan  AS$1,250 (RM3,877.50). Sekali pandang, beliau kelihatan seperti warga emas yang hidup bersama isteri di dalam rumah usang dan memiliki sebuah kereta Volkswagen Beetle yang berharga hanya AS$1,945 (RM6,023). Namun, siapa sangka lelaki beruban dan hanya berpakaian biasa ini adalah Presiden Uruguay yang amat disayangi rakyatnya. Jose Alberto Mujica Cordano atau Jose Mujica, 78, adalah ahli politik Uruguay dan presiden negara itu sejak 2010 sehingga ke hari ini. Pengamal vegetarian ini digambarkan sebagai 'presiden termiskin dunia', apabila menyumbangkan 90 peratus daripada gaji bulanannya untuk dimanfaatkan kepada orang-orang miskin serta pengusaha kecil. Mujica dilahirkan pada 20 Mei 1935. Bapanya Demetrio Mujica adalah lelaki berbangsa Sepanyol dan ibunya bernama Lucy Cordano berketurunan Itali. Keluarga ibunya adalah pendatang miskin dari Piemonte, Itali. Bapanya pula lahir daripada keluarga petani kecil-kecilan yang kemudian diisytiharkan muflis sebelum menghembuskan nafas terakhir pada 1940 iaitu sewaktu Mujica berumur 5 tahun. Sewaktu meningkat remaja, Mujica melibatkan diri dalam sukan berbasikal di bawah naungan beberapa persatuan. Ketika zaman mudanya pula , Mujica aktif dengan pergerakan Parti Nasional sekali gus menjadi pemangkin kepada keakrabannya dengan ahli politik terkenal, Enrique Erro. Mujica bagaimanapun bertemu jodoh tatkala melewati usia 70-an iaitu pada 2005. Beliau menamatkan zaman bujang bersama Lucia Topolansky yang merupakan ahli setia Pergerakan Pembebasan Kebangsaan Tupamaro (MLN-T) dan berstatus Senator Uruguay. Mujica dan isteri masih belum dikurniakan cahaya mata. Mereka menetap di kawasan ladang di pinggir bandar Montevideo dan menjalankan aktiviti menanam bunga chrysanthemum sebagai cabang ekonomi sekeluarga. Menariknya, Lucia tidak mengeluh dengan keputusan suaminya untuk meneruskan kehidupan seperti rakyat miskin tanpa kemewahan duniawi. "Beliau enggan tinggal di dalam istana presiden yang mewah atau menggunakan orang gaji," kata Lucia. Bekas pemimpin gerila Pengalaman di masa lalu merupakan petanda mengapa Mujica memilih untuk hidup seperti rakyat biasa. Beliau yang juga bekas pemimpin gerila berhaluan kiri, MLN-T, mengguna pakai strategi yang diakui agak kejam buat dirinya demi membantu rakyat miskin. Sebelum dilantik sebagai presiden, Mujica begitu aktif dengan pergerakan MLN-T dan pernah dihukum penjara selama 14 tahun pada 1972. Namun, masih ada beberapa pihak yang panas punggung apabila Mujica dilantik menerajui negara dengan alasan 'beliau tidak layak digelar presiden'. Tidak mengalah dengan kritikan, Mujica yang dilabelkan sebagai individu berpengetahuan luas amat disukai rakyat kerana memiliki sifat kepimpinan melalui teladan. Aktivis kemanusiaan antarabangsa melaporkan, corak kepimpinan Mujica amat telus di mana beliau mengimplementasikan kehidupan sederhananya yang sangat mudah. "Beliau menunjukkan contoh terbaik dengan meneruskan kehidupan mudah dan berbakti dengan alam tanpa mewujudkan jurang darjat dalam masyarakat walaupun bergelar pemimpin negara," katanya. Gaji Mujica perkapita - AS$150,000 (RM465,300) setahun. - 90 peratus diserahkan kepada penduduk. - Guna AS$15,000 (RM46,530) setahun. sinar/-  | ||
| Umno BN bertanggungjawab, jangan kompromi kedaulatan wilayah negara Posted: 03 Mar 2013 06:00 PM PST 21 Rabi'ul Akhir  1434 H. [MOD] - Setinggi-tinggi  ucapan penghargaan dan tahniah buat seluruh pasukan keselamatan yang  berani dan penuh dedikasi mempertahankan negara. Salut buat mereka! Manakala itu, dua anggota keselamatan negara telah disahkan terkorban  akibat pertempuran di Lahad Datu. Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan  Sabaruddin dari Unit 69 Komando gugur tatkala mempertahankan wilayah  negara yang telah hampir dua minggu dicerobohi sekumpulan bersenjata  berasal dari Sulu di Selatan Filipina. Saya berhasrat merakamkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham  Inspektor Zulkifli Mamat dan Allahyarham Sarjan Sabaruddin. Moga ruh  pahlawan negara tersebut dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka  yang soleh. Walaubagaimanapun, insiden ini memunculkan persoalan besar berkaitan  keselamatan wilayah negara. Sementara keyakinan kita dengan kebolehan  serta kecekapan anggota keselamatan negara tidak pernah goyah sama  sekali, adalah amat dikesali, pencerobohan yang berlaku lebih dua minggu  ini seolah-olah tidak dipandang serius oleh Menteri Dalam Negeri,  Menteri Pertahanan dan YAB Perdana Menteri. Adalah tidak masuk akal pencerobohan wilayah di Lahad Datu oleh  sekumpulan bersenjata ini berlarutan selama hampir dua minggu. Kenapa  Perdana Menteri, Menteri Pertahanan dan Menteri Dalam Negeri tidak  mengambil tindakan tegas mempertahankan kedaulatan negara ? Justeru kita menggesa Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan  Menteri Pertahanan bertanggungjawab dan memberi penjelasan yang  terperinci kepada rakyat Malaysia tentang bagaimana wilayah negara boleh  sewenang-wenangnya dicerobohi serta kenapa hampir dua minggu penceroboh  bertapak di Lahad Datu. Pimpinan negara perlu sedar kedaulatan wilayah negara tidak boleh sama sekali dikompromi. Azmin Ali Timbalan Presiden KEADILAN | ||
| Enam Polis Terkorban, Enam Anggota Kumpulan Bersenjata Terbunuh Di Semporna Posted: 03 Mar 2013 05:48 PM PST LAHAD DATU, 4 Mac- Seorang lagi anggota polis terkorban  dalam serangan hendap sekumpulan lelaki bersenjata di Kampung Sri Jaya,  Siminul, Semporna, Sabah, Sabtu, menjadikan jumlah terkini anggota polis  yang terkorban dalam insiden tersebut kepada enam orang. Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata enam anggota kumpulan bersenjata itu juga terbunuh dalam kejadian pukul 8 malam di perkampungan atas air itu. Dalam operasi 'menyelamat' yang dilancarkan Ahad dan berakhir kira-kira 7 malam, Ismail berkata polis turut berjaya mengeluarkan 19 anggota polis dengan selamat dari Kampung Sri Jaya Simunul itu. Dalam sidang media kira-kira 9 malam di Felda Sahabat, Kampung Tanduo di sini, Ismail berkata enam mayat anggota polis yang terkorban itu di hantar ke Hospital Semporna. "Identiti mangsa akan dimaklumkan kepada anggota keluarga terlebih dahulu sebelum dipaparkan di laman web rasmi PDRM," katanya. Dalam sidang media terdahulu, Ismail mengumumkan lima anggota polis terkorban dalam insiden itu manakala dua anggota kumpulan itu terbunuh. Dalam sidang media sebelum ini, beliau berkata kelima-lima anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna itu ditugas untuk menjalankan siasatan di kampung berkenaan berikutan polis mendapat maklumat mengenai sekumpulan lelaki bersenjata di kampung itu. Ismail juga memberitahu sidang media terdahulu itu bahawa anggota polis itu ditembak semasa menuju ke sebuah premis di kampung berkenaan dan mereka membalas tembakan untuk mempertahankan diri. Dalam sidang media Ahad malam, Ismail menafikan terdapat insiden anggota polis yang didakwa menjadi tebusan kumpulan bersenjata itu dipenggal kepalanya. "Itu hanya khabar angin dan saya minta orang ramai supaya tidak mempercayai sebarang khabar angin," katanya. Beliau memaklumkan keadaan di kampung berkenaan kini kembali seperti biasa. Bernama/- | ||
| Media Filipina Dedahkan Najib Janjikan Penceroboh Penempatan Di Sabah Posted: 03 Mar 2013 05:40 PM PST 21 Rabi'ul Akhir  1434 H. [MOD] -  Kebenaran terdedah jua akhirnya. Walaupun semalam, PM Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengarahkan pihak berkuasa terutama pihak risikan menyiasat dakwaan bahawa ada pemimpin pembangkang terlibat dengan insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah, tetapi media Filipina, MB.com.ph, memetik kata-kata Nur Misuari, Pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Najib telah menjanjikan Raja Muda Agbimuddin Kiram, penempatan di Sabah. Misuari juga merayu Najib supaya bertindak dengan cermat dalam menghadapi para pemberontak Filipina yang kini telah membunuh lapan anggota polis Malaysia di Sabah dalam pertempuran berdarah di Lahad Datu dan juga Semporna. Misuari juga mendakwa Agbimuddin mungkin ke Sabah bagi menunjukkan ketidaksabaran terhadap tuntutan mereka. Sebelum ini media massa UMNO heboh mendedahkan laporan yang disiarkan oleh Manila Times dan Philippine Daily Inquirer yang menggunakan artikel agensi berita Reuters kononnya Anwar Ibrahim turut terlibat dalam perancangan pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu, Sabah. Menurut Laporan Manila Times pada tarikh 16 Februari, Koresponden Mindanou, Jacinto, memberitahu, Sultan Muhammad Fuad Kiram I, mendakwa Malaysia menduduki Sabah secara haram dan Sabah merupakan milik Kesultanan Sulu hingga hari ini. "Pencerobohan tersebut berlaku setelah bekas pemimpin Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga pemimpin de facto Pakatan Rakyat (PR) mencadangkan Sabah akan diberikan autonominya kepada pemerintahan kesultanan Sulu," kata Jacinto, menurut laporan tersebut. Beberapa pihak termasuk Najib sendiri telah menggesa agar pihak berkuasa terutama pihak risikan menyiasat dakwaan tersebut tetapi lansung tidak menyentuh mengenai laporan akhbar MB.com.ph diatas mengenai janji beliau kepada para penceroboh berkenaan. Di dalam satu laporan yang berasingan, Najib Razak juga telah menyelar kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua yang menyatakan insiden tembakan di Lahad Datu Sabah adalah "konspirasi terancang kerajaan Umno. Perdana menteri berkata tuduhan itu kononnya adalah mainan politik yang cukup hina oleh pembangkang untuk meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya umum yang semakin hampir. Kini seandainya laporan dari media Filipina itu benar, berarti Najib dan UMNOlah yang bermain dengan mainan politik yang cukup hina dengan cuba menjadikan pemimpin Pakatan Rakyat sebagai orang yang bertanggungjawab terhadap insiden Lahad Datu, walhal beliaulah yang mengaturkannya. Berikut ialah laporan penuh akhbar berkenaan. 
 Bagi kita, kita akan terus berdoa! اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه 1) Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba'ah, wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yang batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya). وقل رب أدخلني مدخل صدق وأخرجني مخرج صدق واجعل لي من لدنك سلطانا نصيرا وقل جاء الحق وزهق الباطل إن الباطل كان زهوقا 2) Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nasiiran wa qul ja alhaqqu wa zahaqal bathil innal bathila kana zahuqan Ya Allah, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah(pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.  | ||
| Anwar beri amaran, jangan heret beliau dalam isu di Lahad Datu Posted: 03 Mar 2013 05:30 PM PST PERMATANG PAUH 3 Mac: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim  memberi amaran kepada Umno BN agar tidak mengheret beliau  dalam isu di  Lahad Datu, Sabah. Malah kata Anwar, sesiapa saja yang memfitnah dengan membabitkan  namanya dalam isu pencerobohan tentera 'Sultan Sulu', di Lahad Datu akan  berdepan tindakan undang-undang. "Saya akan saman Utusan (Malaysia) sekali lagi minggu depan kerana  cuba memfitnah dengan mengheret saya dalam isu pencerobohan di Lahad  Datu," katanya ketika berucap di hadapan hampir 5000 hadirin di tapak  parkir, Pasar Tenggiri, Seberang Jaya semalam. Beliau juga mempertikaikan bagaimana pencerobohan perairan negara  boleh bolos hingga memberi ruang kepada musuh  mengancam keselamatan  negara. "Ini membuktikan betapa lemahnya pertahanan serta kepimpinan negara  hingga pencerobohan yang menggugat keselamatan negara boleh berlaku  sejak tiga minggu yang lalu. "Sebagai rakyat Malaysia, saya tetap mahu kedaulatan negara serta bumi Malaysia dipertahankan," ujarnya serius. Anwar juga menyelar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,  kerana tidak memberi peluang kepadanya menjawab segala tuduhan  membabitkan pencerobohan Lahad Datu. Ia juga mencabar Najib supaya tidak menjadi pengecut dengan  berselindung di sebalik media arus perdana, tanpa memberi ruang yang  sama kepadanya untuk membalas kritikan. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Menteri I Pulau  Pinang, Datuk Mansor Othman, Lt.Jeneral(B)Datuk Abdul Ghafir Abd Hamid  dan pimpinan PR Pulau Pinang. keadilandaily/-  | 
| You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2013 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google | 
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
 
  















 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan