Sabtu, 23 Mac 2013

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Sempat panggil isteri sebelum maut

Posted: 22 Mar 2013 08:29 PM PDT

11 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Sempat panggil isteri sebelum maut

Polis menjalankan siasatan awal di tempat kejadian.
Sempat panggil isteri sebelum maut

Muiddin.
ALOR GAJAH - "Ketika arwah suami memanggil nama saya, saya ingatkan kereta kami hampir dirempuh kenderaan lain sebelum kereta dinaiki meluncur laju dan merempuh timbunan dahan pokok di tepi jalan," kata Bibi Khunci Mohamad, 58, ketika menceritakan kemalangan yang mengorbankan suaminya di Kilometer 205 Lebuhraya Plus arah selatan di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, mangsa, Muiddin Abdullah, 64, memandu Proton Iswara bersama isteri, Bibi Kunchi, dari Subang Jaya, Kuala Lumpur, menuju Tangkak, Johor, sebelum hilang kawalan.

Bibi Khunci berkata, ketika kejadian, kereta yang dinaikinya bersama suami mengekori sebuah lagi kereta dinaiki tiga saudara mereka, namun secara tiba-tiba arwah mengadu sakit dada.

"Semasa memandu arwah beritahu hendak minum air sebelum mengadu seperti selesema berikutan pernafasannya tersekat-sekat dan saya beri minyak angin," katanya.

Menurutnya, selepas suaminya minum sedikit air dan hidu minyak angin, tiba-tiba suaminya memanggilnya berulang kali sebelum kereta dinaiki merempuh timbunan dahan di tepi jalan, " katanya.

Saksi kejadian, M Saravanan, 34, berkata, dia yang memandu kira-kira 500 meter di belakang kereta mangsa pada mulanya menyedari kelibat kereta itu, namun beberapa minit kemudian kereta mangsa menghala ke kiri lebuhraya.

"Disebabkan laluan gelap, saya menyangka kereta itu sudah memecut laju, namun sebaik sahaja melalui jalan berkenaan saya lihat lampu belakang kereta mangsa menyala dan terus berhentikan lori untuk membantu," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin mengesahkan kejadian itu dan mayat mangsa dihantar ke bilik mayat Hospital Melaka  sebelum jenazah dituntut ahli keluarga.

Sinar harian/-

Ditetak ketika selamatkan jiran

Posted: 22 Mar 2013 08:27 PM PDT

11 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Ditetak ketika selamatkan jiran

Belakang kepala Mohd Hisham yang cedera dan menerima tujuh jahitan akibat dilibas parang.
ALOR GAJAH - Kerana mahu membantu jirannya daripada disamun, seorang lelaki cedera selepas belakang kepalanya dilibas parang oleh salah seorang penyamun di sebuah taman perumahan, dekat sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, Mohd Hisham Kamal, 39, menerima tujuh jahitan ketika menyelamatkan jirannya, Md Yusuf Ahmad, 47, bersama isteri, Hamidah Dahlan, 47, serta enam anak berusia antara 21 dan 11 tahun yang didatangi enam perompak bersenjatakan parang.

Menurut Mohd Hisham, ketika kejadian, dia terdengar ibu kepada Md Yusuf, Salmah Khamis, 75, menjerit memberitahu anaknya diserang perompak.

"Saya baru pulang dari Masjid Tanah, tiba-tiba dengar jiran saya menjerit. Saya berlari ke rumah jiran dan terlihat seorang lelaki bertopi keledar memegang parang," katanya.

Menurutnya, lelaki berkenaan datang ke arahnya sambil melibas-libas parang.

"Saya cuba berundur untuk melarikan diri dan terlanggar sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan, lalu terjatuh. Ketika itu, seorang dari penjenayah itu menetak saya," katanya.

Mohd Hisham berkata, dia kemudian mencapai wiper sebuah kereta untuk melawan, sebelum kesemua penjenayah itu melarikan diri.

Katanya, melihat kepada kecederaan dialami, dia dikejarkan ke Hospital Alor Gajah oleh isteri dan ahli keluarga.

Sementara itu, Md Yusuf berkata, semasa kejadian, dia berada di luar rumah membuka pintu pagar untuk  menghantar juadah untuk jemaah di masjid berdekatan, berikutan dia akan berangkat menunaikan umrah keesokan hari.

"Belum sempat hantar ke masjid, saya ditendang penyamun yang kesemua mereka bertopi keledar bertutup muka.

"Dengan deruman enjin motosikal yang kuat, penjenayah itu meluru masuk ke dalam rumah terus mengarahkan emak saya menyerahkan cincin emas dipakai," katanya.

Kata Md Yusuf, enam penyamun itu mengacukan parang ke arah dia dan isteri serta enam anak mereka sambil mengarahkan supaya menyerahkan kesemua barang berharga yang ada, sebelum jirannya itu datang membantu.

Md Yusof merupakan guru di Kolej Vokasional Datuk Seri Md Zin di sini berkata, menyedari mangsa sudah terkena libasan, kesemua penyamun itu bergegas keluar dari rumah, namun sempat mencapai beberapa barang termasuk dua telefon bimbit dan ipad, selain dompet berisi wang tunai.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin mengesahkan kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Sinar harian/-

Campur tangan Umno punca polis gagal - bekas Pengarah SB

Posted: 22 Mar 2013 07:55 PM PDT

11 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Campur tangan politik pemimpin Umno-BN antara punca polis gagal menangani isu keselamatan dan membendung jenayah, kata bekas Pengarah Cawangan Khas (SB) Sabah, Yusuf Barji.

"SB adalah jabatan yang menjalankan tugas secara rahsia demi keselamatan negara meliputi aspek ekonomi, ancaman dalam dan luar.

"Tapi sejak dikawal Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang terletak dalam bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri (JPM), ia menjadi lemah dan ditindas.

"Ia memecah belah dan mengurangkan kuasa polis. MKN menyebabkan tugas polis terarah kepada lawan politik, bukan lagi isu keselamatan negara dan rakyat," katanya.


Ikuti laporan penuh dalam Harakah cetak esok.

Harakahdaily/-

Pengganas itu ahli Umno

Posted: 22 Mar 2013 07:53 PM PDT

11 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Pencerobohan yang dikatakan militan Kesultanan Sulu di Lahad Datu, tercetus gara-gara Ketua Cawangan Umno Sungai Nyamuk, Ahmad Malandi atau lebih dikenali sebagai Mat Bom. 

Beliau melakukan reverse take over ekoran kemarahannya kepada pihak Kerajaan Umno-BN, khususnya Felda, yang menceroboh tanah milik beliau dan keluarganya seluas kira-kira 100 hektar untuk dijadikan tanah rancangan dengan bayaran amat murah, dedah bekas Setiausaha Eksekutif Umno Bahagian Silam, Mutalib MD  (gambar) kepada Harakah.

Ikuti laporan penuh dalam Harakah cetak esok.

Harakahdaily/-

7,500 peluang kerja di MCKIP

Posted: 22 Mar 2013 07:49 PM PDT

11 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


7,500 peluang kerja di MCKIP

Adnan bersalaman dengan pengusaha tempatan sempena sesi dialog diadakan semalam.
KUANTAN – Kerajaan negeri akan memastikan peluang pekerjaan melalui pengusaha dan pelabur tempatan dalam projek Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP) dekat Gebeng, di sini.

Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Adnan Yaakob berkata, MCKIP adalah antara agenda transformasi negara untuk meningkatkan pembangunan, selain membuka peluang keusahawanan baru bagi penduduk tempatan khususnya dalam bidang perusahaan kecil dan sederhana.

Menurutnya, MCKIP juga menjadi platform baru pelabur tempatan dan pelabur luar dalam usaha meningkatkan ekonomi dua hala dengan negara luar terutama China.

"Projek ini juga antara janji kerajaan yang akan ditunaikan bagi meningkatkan keselesaan dan peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang pelaburan khas untuk pengusaha tempatan.

"Peluang seumpama ini harus digunakan pengusaha kecil dan sederhana sebaik mungkin untuk meningkatkan perniagaan masing-masing," katanya ketika berucap sempena Majlis Dialog Menteri Besar Bersama Komuniti Perniagaan Tempatan MCKIP, di sini, semalam.

Terletak di Mukim Sungai Karang dengan keluasan 0.5756 hektar, MCKIP turut memberi fokus kepada tujuh industri antaranya elektrik dan elektronik; teknologi hijau; teknologi maklumat; perkhidmatan; komponen automatif; karbon fiber serta pemprosesan getah dan minyak kelapa sawit.

Pelaburan akan memfokuskan empat sektor utama iaitu besi; aluminium; industri berasaskan kelapa sawit dan petrokimia bernilai RM10.5 bilion yang dapat mewujudkan 7,500 peluang pekerjaan.

Sinar harian/-

Nak lari ke mana Taib Mahmud?

Posted: 22 Mar 2013 07:46 PM PDT

11 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -



Video itu memaparkan perbualan berasingan di antara Global Witness dengan dua peguam, mendedahkan tindakan Taib melanggar undang-undang dan terlibat dengan rasuah.

Jawapan lemah Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud berhubung pendedahan rasuah pembalakan dalam satu video seolah-olah mengesahkan kesalahannya.

Terdahulu, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) berpangkalan di London, NGO Global Witness (GW) mengeluarkan sebuah video yang merakam perbualan di antara penyiasat persendiran GW dengan dua pupu Taib.
Video itu mendedahkan bagaimana Taib dan anggota keluarganya menimbun kekayaan secara haram dengan memunggah kekayaan hasil dari aktiviti pembalakan secara berleluasa.  Video tersebut dimuat naik dalam YouTube dan disiarkan rangkaian TV Aljazeera pada 18 Mac lalu.
Menyamar sebagai pelabur asing untuk membeli tanah hutan balak untuk dijadikan ladang kelapa sawit, penyiasat GW berbual dengan Fatimah Abdul Rahman dan Norlia Abdul Rahman, yang merupakan anak-anak bapa saudara Taib iaitu Abdul Rahman Ya'acob, ketua menteri sebelum Taib. Perbualan mereka adalah seperti berikut:
Fatimah: Ample Agro adalah syarikat milik keluarga kami, tetapi empat daripada saudara kami ada dalam syarikat itu.  Jabatan Survei dan Tanah yang mengeluarkan lesen.  Sudah tentu atas arahan Ketua Menteri dan saya boleh bercakap dengan Ketua Menteri dengan mudah.
GW: Boleh ke?
Fatimah: Ya.
GW: Kamu fikir beliau akan setuju?
Fatimah: Ya, dialah yang memberi tanah kepada kami.  Dia sepupu saya (ketawa). Ibunya dan bapa saya adalah kakak dan adik.  Dia sepupu saya, jadi agak mudah.
Taib tidak dapat menjawab
Kedua-dua beradik itu berkata Ample Agro memiliki 5,000 hektar tanah yang diberi oleh Taib dan dibeli pada kadar harga yang sangat rendah.  Mereka bercadang untuk menjual syarikat itu dan dalam klip video itu mereka meminta RM4,000 se ekar (menjadikan jumlah keseluruhan RM50 juta).
Di antara pemilik bersama ialah Norah Abdul Rahman, ahli parlimen Tanjong Manis dan Khatijah Abdul Rahman, kakak ipar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dan apa yang dikatakan Taib berhubung dakwaan kedua-dua sepupunya itu dalam video itu apabila beliau diasak oleh para pemberita, kata beliau:
"Awak kenal, mereka itu sepupu saya? Adakah awak tahu apa hubungan di antara bapa mereka dan saya……….sama ada mesra atau tidak?  Kami bergaduh pada suatu ketika dulu.  Dua pupu saya itu bukannya orang yang saya paling percayai……tapi bergantunglah kepada awak."
Apa yang dimaksudkan Taib ialah beliau tidak mempunyai hubungan yang baik dengan keluarga sepupunya itu dan oleh itu, apa yang disebutkan oleh kedua-dua sepupunya itu harus dipandang dengan perasaan ragu dan tidak mempunyai kredibiliti.
Sememangnya Taib pernah bergaduh dengan bapa saudaranya Abdul Rahman Ya'acob.  Tetapi perkara itu berlaku pada tahun 1980an apabila berlaku pertembungan kepentingan kerana merebut kontrak kerajaan dan konsesi balak.
Bagaimanapun mereka berbaik semula selepas itu dan satu peristiwa yang mendapat liputan media secara meluas pada 2008 di mana mereka kelihatan berpelukan dan mengisytiharkan bahawa 'air dicincang tidak akan putus'.
Kini pergaduhan di antara mereka telah pun tinggal dalam lipatan sejarah dan keluarga Abdul Rahman mendapat keuntungan besar daripada Taib berdasarkan kepentingan-kepentingan yang meluas dalam empayar perniagaan Taib.
Satu lagi tanda di mana terjalinnya hubungan mesra di antara kedua-dua keluarga mereka ialah Taib memilih Norah, anak perempuan Abdul Rahman untuk bertanding kerusi parlimen Tanjong Manis dalam pilihan raya umum lalu.
Ringkasnya, Taib berbohong apabila beliau mendakwa kedua-dua sepupunya itu tidak mempunyai hubungan yang baik dengannya dan justeru itu, kedua-dua sepupunya itu tidak perlu membabitkan beliau dengan mereka cipta cerita-cerita sebegini.
Lagi pun, maklumat mengenai pemilikan dan bayaran premium yang minima untuk 5,000 hektar tanah itu mudah diperolehi di pejabat pendaftar tanah dan untuk berbohong dalam isu ini adalah satu tindakan yang tidak wajar. Malahan tindakan Taib untuk mempertahankan diri memberi isyarat jelas bahawa beliau bersalah seperti didakwa.
Peguam dedah korupsi Taib
Video berdurasi 16 minit itu juga memaparkan perbualan yang berasingan di antara GW dengan dua peguam yang mendedahkan tindakan Taib yang melanggar undang-undang dan terlibat dengan rasuah.
Salah seorang daripada mereka ialah Alvin Chong, peguam yang terlibat dalam urusan perniagaan keluarga Taib dan kerajaan negeri Sarawak.  Seorang lagi peguam ialah Huang Lung Ong yang berusaha untuk menjual tanah bagi pihak bapa saudaranya, tokoh korporat Hii Yii Peng yang rapat dengan Taib.
Dalam perbualan dengan Alvin, GW memberitahu apa yang telah diberitahu oleh kedua-dua sepupu Taib sebelum itu berhubung cara haram yang digunakan untuk mengelak dari membayar cukai keuntungan hartanah.
Alvin juga menggariskan kaedah yang selamat tetapi secara haram yang sering digunakan oleh mereka untuk mengelak dari peraturan kerajaan bahawa pemilikan saham dalam sesebuah syarikat tempatan mestilah tidak kurang dari 51%.
Huang berusaha untuk menjual 32,000 hektar tanah dengan harga RM230 juta yang dimiliki Billion Venture, di mana bapa saudaranya Hii merupakan pemegang saham majoriti.
Beliau memberitahu GW secara terus terang bahawa untuk menjayakan urusniaga itu, vendor tersebut harus memberi komisyen peribadi kepada Taib sebanyak 10% dari nilai jualan, yang dianggap sebagai amalan biasa.
Apabila Taib mendesak para pemberita supaya membuat komen tentang pendedahan video ini, beliau mengakui beliau telah menonton video tersebut dan menganggapnya sebagai "nakal" dan tidak mempunyai kredibiliti dan beliau menafikan mempunyai orang tengah.
Kata beliau: "Boleh jadi seseorang itu mencuba untuk mempromosi dirinya untuk menjadi agen untuk mendapatkan layanan istimewa daripada saya? Ia tidak ada kena mengena dengan saya, betul?"
Jawapan yang samar-samar dan tidak relevan seperti itu berhubung pendetailan khusus tentang rasuah, salah guna kuasa dan mengelak dari membayar cukai dan keperluan statut yang didedahkan secara terang-terang oleh mereka yang berwibawa seolah-olah beliau  memberitahu seluruh dunia: "Saya memang bersalah, apa jadahnya?"
Perlu disebut disini bahawa peguam Huang tidak menafikan kesahihan perbualan dalam video tersebut. Dalam satu wawancara menerusi telefon yang disiarkan Malay Mail 19 Mac lalu, beliau bagaimanapun menyifatkan perbualan tersebut sebagai "perbualan kedai kopi" dengan seorang "pelabur asing".
Beliau menjelaskan: "Saya diperangkap.  Saya meminta nasihat tentang aspek undang-undang berhubung urusan tanah.  Saya mungkin telah menuturkan beberapa perkataan akibat dari kekecewaan kerana dia (pelabur asing itu) bertanyakan banyak soalan.  Saya tertekan."
Perkataan-perkataan ini dengan sendirinya menjelaskan tentang kebenaran yang didedahkan Huang berhubung amalan rasuah Taib.
Tali hayat akhir Umno?
Sebagai pemimpin Sarawak yang korup selama 32 tahun, Taib Mahmud sudah tentu tidak asing lagi dengan pelbagai skandal.
Dalam rak-rak dokumen Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang kini penuh dengan debu, beribu-ribu muka surat mencatat pelbagai penyelewengan dan dosa Taib yang memusnahkan hutan rimba tebal Sarawak sehingga hampir pupus.
Beliau merampok sebahagian besar kekayaan hutan balak untuk keluarga dan kroni perniagaannya secara haram dengan memusnahkan kehidupan dan alam sekitar penduduk pribumi.
Tetapi Taib tetap kebal, walaupun berbagai laporan dibuat terhadapnya dalam tempoh beberapa tahun yang silam, dilindungi oleh kemampuannya untuk menjadi juara dengan rekod memberi kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) pada setiap kali pilihan raya.
Namun, kali ini masanya luar biasa dan video Global Witness merupakan satu pendedahan yang luar biasa.
Sejak video ini tersebar beberapa tahun lalu, pendedahan di YouTube telah berjaya menarik lebih sejuta pelawat. Ini bermakna rasuah bersaiz mega Taib itu sudah tersebar ke dalam lebih sejuta rumah dan akan terus tersebar seperti api yang cepat merebak sehingga hari pengundian.
Mampukah Najib berdiam diri dan membiarkan Taib menjadi tugu peringatan sebagai tanda amalan rasuah BN sehingga menjelangnya pilihan raya umum akan datang?
Tidakkah Taib yang degil dan tidak boleh disentuh itu melambangkan regim BN yang korup itu tidak mahu bertaubat dan tidak dapat diselamatkan lagi.
Mungkinkah ini tali hayat terakhir sebagai isyarat keruntuhan hegemoni Umno yang berusia lebih separuh abad itu?
FMT/-

Jangan bubar parlimen!

Posted: 22 Mar 2013 07:35 PM PDT

11 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Seluruh negara ternanti-nanti dan tertunggu-tunggu pengumuman tarikh pembubaran Parlimen tetapi Najib bersama konco-konconya sibuk dengan segala macam pengumuman lain.






Saya merayu kepada Perdana Menteri tercinta merangkap Pengerusi Bar1san Nas1onal (BN) merangkap Presiden UMNO merangkap pemangku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Najib Razak supaya tidak tergesa-gesa mengumumkan tarikh pembubaran Parlimen.

Tolong tunggu dulu! Ada tugas penting yang perlu saya bereskan.
Saya harap wanita paling anggun, Datin Seri Rosmah Mansor akan turut sudi memujuk suaminya agar menangguhkan dahulu pembubaran Parlimen. Tolong, ya, Datin Seri.
Apabila saya mengemukakan rayuan ini secara terbuka menerusi laman rangkaian sosial Facebook pada 21 Mac 2013, ada kenalan yang bertanya adakah saya sedang cuba menggunakan 'reverse psychology' iaitu "mendesak" Najib segera membubarkan Parlimen.
Sebenarnya, tidak. Ini bukan 'reverse psychology'. Rayuan ini memang pada tahap "dengarlah rayuanku" ala-ala lirik sebuah lagu lama yang saya sudah tidak ingat judul dan penyanyinya.
Memanglah sebelum ini saya – sebagaimana rata-rata Rakyat Malaysia – ternanti-nanti dan tertanya-tanya bilakah Parlimen akan dibubar supaya pengundi boleh segera melaksanakan tugas dan tanggungjawab dalam menentukan masa depan negara tercinta.
Pada waktu itu, saya hanya meminta (menerusi catatan pada ruangan status Facebook, tentunya) supaya Najib tidak mengganggu tarikh 30 Mac 2013 kerana pada tarikh itu saya akan menyertai acara Readings@Seksan kelolaan Sharon Bakar di Bangsar Baru, Kuala Lumpur.
Kemudian, saya juga memberi jaminan (ala-ala politikus pula ya!) bahawa saya akan mengumumkan tarikh penerbitan kumpulan cerpen terbaru saya, "Kisah dari Siru Kambam" sebelum Najib membubarkan Parlimen.
Janji itu juga sudah saya tepati berkat "kerjasama" Najib yang dikatakan masih belum cukup berani membubarkan Parlimen. Kata orang – kata orang, bukan kata saya – Najib bimbang tidak akan berpeluang lagi "berumah" di Putrajaya sampai bila-bila selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU).
Berbalik pada rayuan saya supaya Najib terus menangguhkan tarikh pembubaran Parlimen, ada juga rakan yang menganggap saya mahu melancarkan "Kisah dari Siru Kambam" sebelum Parlimen dibubar dan saya mungkin bercadang mengundang Datin Seri Rosmah Mansor untuk menyempurnakan majlis pelancaran itu.
Mahu Rosmah lancar buku saya?
Tanggapan serta andaian ini mungkin muncul kerana saya sering merujuk beliau sebagai "wanita anggun" dalam beberapa tulisan saya. Bagi mereka yang tidak mengikuti perkembangan politik negara, Rosmah adalah isteri kepada Najib dan mengisytiharkan dirinya sebagai "Wanita Pertama" (First Lady).
Rosmah baru sahaja melancarkan biografinya dan khabarnya dijual pada harga RM150 senaskhah. Tentulah saya tidak mampu membelinya kerana saya antara manusia yang lupa menabung sejak dalam kandungan.
Mujurlah mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Muhammad semasa melancarkan biografi itu pada 19 Mac 2013 mencadangkan supaya buku berkenaan diedarkan ke sekolah-sekolah supaya menjadi bacaan pelajar dalam tempoh 100 atau 200 tahun akan datang.
Maka, saya masih ada harapan untuk meminjam biografi wanita anggun itu – Lihat! Saya menggunakan pujian itu lagi! – daripada mana-mana anak jiran yang masih bersekolah dalam tempoh 100 atau 200 tahun nanti. Masih ada ruang dan peluang.
Akhbar Utusan Malaysia (20 Mac 2013) melaporkan bahawa "Biografi Rosmah Mansor" ditulis penggiat teater dan novelis, Siti Rohayah Attan dan Ketua Biro Utusan Malaysia di Putrajaya, Noraini Abd Razak, serta dibiayai Yayasan Amanah Perdana Malaysia (YAPM).
Pada hari pelancaran biografi berkenaan, khabarnya sejumlah RM500,000 berjaya dikutip. Semua ini tentu disebabkan berkat aura Mahathir dan Rosmah sendiri.
Bagi sesiapa yang tidak mengenali Mahathir pula, beliau pernah menjadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun. Kata orang, beliau sebenarnya keturunan Malayali dan kaum India. Beliau juga ahli berdaftar pertama bagi parti politik UMNO Baru yang ditubuhkan pada tahun 1988. Beliau kemudian keluar dari UMNO Baru kerana merajuk dan masuk semula tanpa dipujuk.
Selain daripada itu, buku Mahathir berjudul "A Doctor In the House" (2011) dijual pada harga RM100; iaitu RM50 lebih murah berbanding "Biografi Rosmah Mansor" (2013). Saya pernah dihadiahi senaskhah buku Mahathir itu pada suatu majlis.
Saya menyimpan buku itu baik-baik tanpa membuka plastik pembalut. Apabila muncul ruang dan peluang beberapa bulan kemudian, saya menghadiahkannya kepada seorang kawan dari Teluk Intan, Perak. Saya harap beliau sudah membaca buku itu.
Menikmati transformasi pada saat akhir
Oh! Nampaknya saya asyik terkeluar topik. Samalah seperti Najib. Seluruh negara ternanti-nanti dan tertunggu-tunggu pengumuman tarikh pembubaran Parlimen tetapi beliau bersama konco-konconya sibuk dengan segala macam pengumuman lain yang hanya membawa kepentingan kepada BN.

Berbalik pada andaian kemungkinan saya mahu Rosmah melancarkan buku "Kisah dari Siru Kambam", sebenarnya tidak pernah terlintas cadangan mega seperti itu. Buku saya sudah dilancarkan pada 10 Mac 2013 oleh seorang tokoh yang berwibawa pada majlis yang kecil-kecilan di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam.
Tambahan pula, mana mungkin saya dan Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) mampu menguruskan suatu majlis besar yang sesuai dan layak untuk dihadiri oleh wanita anggun itu. Semua itu hanya boleh berlaku dalam angan-angan dan mimpi siang hari.
Ada juga rakan-rakan yang bertanya apakah "tugas penting" yang mahu saya bereskan itu lebih penting daripada pembubaran Parlimen. Soalan yang wajar juga.
Namun, nampak gayanya, memang pembubaran Parlimen tidak begitu penting bagi Najib. Sebaliknya beliau lebih berminat untuk melihat, menyaksikan, menikmati serta menghayati suasana rakyat mendapat nikmat yang sepenuhnya daripada pelbagai pelan transformasi yang dilakukan oleh beliau pada saat-saat akhir menjelang PRU-13.
Walau apa-apa pun, bukankah Najib sudah menunggu begitu lama – sementara Rakyat dan pengundi (termasuk warga asing yang khabarnya sudah mendapat hak kewarganegaraan) terus ternanti-nanti tarikh PRU-13?
Masakan pula beliau tidak sudi menunggu sedikit masa lagi khusus untuk memberi ruang dan peluang kepada saya melaksanakan tugas penting itu. Barulah saya akan mendapat "nambikei" seperti yang dilaung-laungkan oleh Pengerusi BN itu yang tiga tahun berturut-turut pergi ke Batu Caves sempena Thaipusam.
Sebelum ini, memandangkan tarikh pembubaran Parlimen belum diumum, saya bercadang untuk ke Kelantan. Acara "Baca Cerpen Siru Kambam II" dijadualkan pada 23 Mac 2013 dan cuti sekolah pula sudah bermula. Parlimen akan terbubar sendiri pada 28 April 2013. Masih ada masa lebih sebulan.
Akan tetapi, apabila difikir-fikirkan, saya boleh sahaja pergi ke Kelantan pada waktu lain. Saya percaya bahawa Kerajaan Negeri Kelantan akan kekal tanpa sebarang perubahan selepas PRU-13. Negeri itu juga akan kekal "miskin" pada pandangan Najib dan sekutunya. Bolehlah saya melawat semula "negeri miskin" itu selepas PRU-13, seperti yang saya lakukan pada Mac 2012.
Akan tetapi, saya bukan seperti (sekadar contoh rambang) Saiful Bukhari Azlan yang mampu menahan daripada membuang air besar selama beberapa hari. Saya seperti mana kebanyakan Rakyat dan pengundi berdaftar lain, tidak dapat menahan perut terlalu lama.
Kalau kami terpaksa menahan, menunggu dan menanti terlalu lama, perut kami mungkin meragam. Kami mungkin terberak secara spontan sebaik sahaja Parlimen dibubarkan dan sebelum Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang sangat bebas itu mengumumkan tarikh PRU-13.
Kalau hal seperti itu berlaku, apakah Kerajaan Sementara (caretaker government) akan tampil membersihkan najis dan tahi? Atau pun sibuk berkempen untuk memancing undi di segenap ceruk kampung?
Maka, usah tergesa-gesa mengumumkan tarikh pembubaran Parlimen. Izinkan saya ke tandas dahulu dan membaca buku "Menjuarai Transformasi" (2011).
Uthaya Sankar SB sebenarnya tidak kisah tentang tarikh pembubaran Parlimen dan tarikh PRU-13. Namun, beliau akan tetap mengundi.
FMT/-

111 terima geran tanah selepas menunggu 20 tahun

Posted: 22 Mar 2013 07:30 PM PDT

11 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


SELAYANG: Selepas menunggu lebih 20 tahun dan menerima janji demi janji akhirnya 111 penduduk asal Kampung Bendahara menerima geran tanah mereka semalam.


(Khalid menyampaikan geran tanah dengan diperhatikan Azmi, William Leong dan Amirudin)

Geran tanah itu disampaikan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim di Dewan Sri Siantan, Selayang.

Sebahagian besar mereka sudah boleh dianggap sebagai warga emas selepas meneroka kampung itu berpuluh-puluh tahun lalu.

Sebelum ini, pada setiap lima tahun sekali mereka akan dijanjikan geran tanah mereka oleh parti yang memerintah Selangor sebelum ini.

Namun janji tinggal janji dan tidak pernah ditepati. Selepas lima tahun Selangor ditadbir Pakatan Rakyat, janji ditepati dan mereka mendapat satu keping kertas yang amat bernilai itu.

Penduduk kampung ini bukan orang pertama mendapat geran tanah dari kerajaan negeri Selangor. Sebelum ini penduduk Kampung Bukit Botak mendapat tanah dan rumah mereka.



(TERKEDU...Mungkin inilah yang dirasai warga emas ini ketika menerima ucapan tahniah dari Zaidi Talib, YDP PAS Selayang selepas menerima geran tanah miliknya)

Mereka mendapat semua itu selepas lebih 20 tahun penempatan baru mereka itu dijanjikan oleh kerajaan BN sebelum ini.

"Inilah sebenarnya bukti janji yang ditepati oleh Pakatan Rakyat," kata Yang Dipertua PAS Selayang, Zaidi Talib yang turut serta di majlis itu.

Jelas kelihatan warga emas ini menitiskan air mata kegembiran selepas berpuluh tahun menunggu pengesahan ke atas tanah yang mereka duduki itu.

Harakahdaily/-

Kereta wartawan dipecah masuk

Posted: 22 Mar 2013 07:29 PM PDT

11 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


KUALA TERENGGANU - Wartawan Sinar Harian yang bertugas di Hulu Terengganu, Noor Hayati Mamat, 31, kerugian hampir RM3,000 setelah keretanya dipecah masuk, pagi kelmarin.

Noor Hayati ketika ditemui berkata, kejadian itu hanya disedari tengah hari, ketika pulang ke Kuala Berang, Hulu Terengganu setelah membawa ibunya mendapatkan rawatan susulan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini.

"Saya sampai ke HSNZ kira-kira jam 8.45 pagi dan meletak kereta di kawasan parkir awam hospital. Ibu saya selesai mendapatkan rawatan kira-kira jam 11.45 pagi.

"Dalam perjalanan balik, saya singgah sebentar ke kedai untuk membeli nasi. Bagaimanapun, saya dapati wang tunai berjumlah RM1,600 dan komputer riba hilang," katanya.

Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku di HSNZ kerana sebelum kejadian, duit dan komputer riba masih ada sebelum dia meninggalkan kereta.

Hasil pemeriksaan lanjut, Noor Hayati mendapati terdapat kesan umpil pada bahagian kunci kereta dan percaya, penjenayah mengumpil bahagian kunci untuk membuka kereta sebelum melarikan barangan berharga.

Mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Berang, Hulu Terengganu pada jam 1.30 tengah hari.

Sinar harian/-

Murid tahun 3 mati lemas

Posted: 22 Mar 2013 07:27 PM PDT

11 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


JERTIH – Hasrat seorang murid Tahun Tiga untuk mandi bersama rakan-rakannya di Sungai Besut berhampiran Taman Teratur, di sini berakhir tragedi apabila dia lemas dalam kejadian, petang kelmarin.

Ahmad Akid Syawal Aznan, 9, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Lubuk Kawah pergi ke sungai itu yang terletak kira-kira 500 meter dari rumahnya bersama lima rakannya, kira-kira jam 3.30 petang.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, mangsa tidak pandai berenang mandi di kawasan air dalam dan dikatakan lemas.

Menurutnya, salah seorang rakannya telah menariknya ke tebing sungai sebelum pulang memaklumkan ibu bapa mangsa yang tinggal di Kampung Gaung.

"Apabila bapa mangsa ke lokasi kejadian, dia melihat anaknya terbaring dalam keadaan tidak bernafas di tebing sungai sebelum dikejarkan ke Hospital Besut," katanya.

Namun, Kamaruddin berkata, anak keempat daripada enam beradik itu disahkan telah meninggal dunia sebaik tiba di hospital.

Sinar harian/-

Ustaz Azhar Idrus: Jangan salah pilih pemimpin

Posted: 22 Mar 2013 07:26 PM PDT

11 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Jangan salah pilih pemimpin

Azhar Idrus (tiga, kiri) dan Haslin (empat, kiri) bersama kepimpinan negeri yang hadir mengikuti Program Haflah Ilmu Anak Muda Kelate, malam kelmarin.
KOTA BHARU - Rakyat negeri ini dinasihatkan pilih pemimpin yang tepat untuk mendidik masyarakat dan menjadi pemangkin kepada pembentukan sahsiah jati diri yang berguna.

Penceramah tersohor, Ustaz Azhar Idrus berkata, pemilihan pemimpin yang tepat adalah sangat diperlukan dalam menentukan masa depan anak muda terutamanya di Kelantan.

"Kita perlu pilih hok molek (yang elok). Kalau memandu bas, kena guna pemandu yang tidak mabuk supaya perjalanan selamat sampai, kalau pakai pemandu yang mabuk, walaupun 40 penumpang itu sedang berzikir, berzanji, berselawat, perjalanan tetap tidak selamat sebab semuanya bergantung pada pemandu," katanya.

Ustaz Azhar berkata demikian pada Program Haflah Ilmu Anak Muda Kelate yang diadakan di Stadium Sultan Muhammad ke IV malam kelmarin. Moderator jemputan, Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang mengelola majlis tersebut yang berlangsung hampir empat jam dengan dihadiri lebih 50,000 rakyat negeri ini.

Turut memeriahkan majlis, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang hadir untuk solat maghrib berjemaah; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO, Datuk Abdul Fattah Mahmood, dan Timbalannya, Ustaz Latiff Abdul Rahman serta beberapa ahli exco kerajaan negeri yang lain.

Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud turut menyampaikan kuliah maghrib sebelum majlis bermula.

Kata Ustaz Azhar Idrus, seseorang pemimpin akan menentukan sesebuah masyarakat, bukan orang lain, sama juga dengan masalah remaja sekarang, kalau di rumah, semuanya tanggungjawab ibu bapa, tetapi apabila selangkah mereka keluar dari rumah, semuanya adalah tanggungjawab kerajaan.

Perkara tersebut turut disokong Ustaz Haslin Bollywood yang berpendapat anak muda sekarang perlu memilih jalan yang betul untuk memastikan ilmu dunia dan akhirat dapat diseimbangkan.

"Kita mesti seimbangkan perkara tersebut, sebab itu saya menggunakan inisiatif memberi ilmu sambil berhibur sebab saya tahu anak muda memang tidak boleh lari dari hiburan.

"Apa yang penting, kita mesti seimbangkan perkara ini, dengan hiburan pelbagai perkara kita boleh lakukan, jangan hanya anggap hiburan itu sebagai satu perkara yang tidak elok, anak muda memang suka berhibur, maka carilah ilmu walau dalam apa cara sekalipun," katanya.

Kedua-dua panel tersebut juga turut berpendapat ibu bapa merupakan tunjang utama pembentukan anak-anak muda terutamanya pada zaman serba moden ini.

Dalam majlis yang sama, hadirin turut disajikan dengan tayangan video penderitaan rakyat syria dan Pelancaran Tabung Syria, Palestin dan Tabung Wira Lahad Datu serta pelancaran radio Wau.fm sebelum bual bicara dimulakan.

Sinar harian/-

Siasat SD2 Bala hanya jika ada bukti baru

Posted: 22 Mar 2013 07:24 PM PDT

11 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Polis hanya akan membuka semula siasatan terhadap dakwaan bahawa penyiasat persendirian P Balasubramaniam dipaksa membuat akuan bersumpah (SD) palsu jika terdapat bukti baru, kata ketua polis negara.

Bagaimanapun, Tan Sri Ismail Omar (bawah) berkata, polis tidak akan melayan perkara itu jika hanya diolah semula dalam bentuk yang lain.

NONE"Jika ada orang yang tampil ke depan dengan bukti baru, kami akan siasat. 

"Tetapi jika hanya kisah lama yang diulang dengan cara lain, kami tidak akan layan," kata pegawai tertinggi polis itu.

Beliau menjelaskan, pihak polis sudah menyiasat perkara itu dan menyerahkannya kepada Pejabat Peguam Negara, yang kemudian memutuskan tidak membuat pendakwaan kerana tidak cukup bukti.

"Kalau kamu ada bukti baru yang kita belum tahu, sila tampil ke depan. 

"Kami akan bertindak berdasarkan undang-undang, tetapi jangan ulang perkara sama... ia perkara sama," katanya.

Peguam mendiang Balasubramaniam, Americk Sidhu pada 16 Mac membuat dakwaan dalam mesyaurat agung tahunan (AGM) Majlis Peguam bahawa peguam kanan Cecil Abraham mengaku diarahkan oleh perdana menteri untuk merangka SD palsu bagi pihak anak guamnya.

Dakwaan itu dibuat sehari selepas Balasubramaniam atau lebih dikenali sebagai "PI Bala" meninggal dunia akibat serangan jantung.

Malaysiakini/-

Kiram claims 8 accused Sulu gunmen are Malaysians

Posted: 22 Mar 2013 07:22 PM PDT

11 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR — The Kiram clan has disowned the eight charged with intrusion into Sabah as Malaysians and not Filipinos, saying that two of those accused had actually died in a clash with Malaysian security forces.
Self-styled Sultan Jamalul Kiram III's spokesman Abraham Idjirani had told the Philippines media the sultanate learned about the "fall guys" from a source in Sabah.
Handout file photo of Malaysian soldiers moving into Kampung Tanduo to engage the armed Filipino intruders in Lahad Datu on March 5, 2013. — Reuters pic
"Have the Malaysians resurrected the two RSF men?" Idjirani asked, using the shorthand for the "Royal Security Forces" of the Sulu sultanate.

"Our basis for saying that they are not Filipinos is that our source from Sabah called us to say they are Malaysians. They are not Filipinos," he was quoted as saying by the Philippine Daily Inquirer.
"To confirm this, they (Malaysian authorities) should divulge where they were caught. If they were caught outside Lahad Datu, they were [Malaysian] civilians," he said.
"They were set up to make Filipinos afraid, because Malaysian security forces have become abusive because of their Internal Security Act," Idjirani added.
He identified the two accused who were dead in his records as Holland (spelled "Holan" by Idjirani) Kalbi and Lin Mad Salleh (spelled "Ling Mad Salli" by Idjirani).
Idjirani said Kalbi and Salleh were among Jamalul's followers who were killed in the March 1 "massacre" in Tanduo village in Lahad Datu town.
He was referring to the police assault on Sulu intruders in which 18, not 10, of Jamalul's followers were killed.
But the Philippine daily quoted Syarulnizam Salleh, chair of the human rights subcommittee of the Sabah Lawyers Association (SLA), as saying the eight charged with launching terroristic acts and waging war were Filipinos.
Syarulnizam told the newspaper that he learned about the nationality of the eight men during his meeting with Malaysian Attorney-General Tan Sri Abdul Gani Patail on Thursday night.
However, the SLA posted on its website that Malaysian authorities had arrested not only Filipinos but also Malaysians in the security operations to end the intrusion by followers of the claimant to the Sulu throne.
The Malaysian authorities have arrested 108 people suspected of links to the Sulu group led by Jamalul's brother, Agbimuddin Kiram.
The eight alleged followers of Jamalul faced judge P. Ravinthran of the Tawau High Court on Thursday on the charges brought by the Malaysian authorities against them the day before.
Kalbi, Salleh, Habil Suhaili and Timhar Hadir are accused of launching acts of terrorism in Sabah. They face life imprisonment on conviction.
Atik Hussein Abu Bakar and Basad H. Manuel are accused of terrorism as well as waging war against the Yang di-Pertuan Agong. If convicted, they will be sentenced to death.
Kadir Uyung and Lating Tiong are accused of harbouring a terrorist group, and face life imprisonment. They were arrested in Tanjung Labian on March 4, a day before the Malaysian military launched air and ground operations to crush Agbimuddin's group.
No plea was entered for the eight accused following an application by Gani, who led the team of prosecutors. The case will begin on April 12.
In a statement issued yesterday, the Philippine Embassy in Kuala Lumpur said it welcomed Gani's assurance that the eight Filipinos would be given legal assistance.
The embassy and the SLA's Syarulnizam said they were co-ordinating with each other for legal representation for the accused.
The Malaysian Insider/-

Hobi pelik pemandu lori

Posted: 22 Mar 2013 07:13 PM PDT

11 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Hobi pelik pemandu lori

Harun menunjukkan lampu hiasan yang dirampas selepas menahan pemandu lori di Tangkak di sini.
LEDANG - Polis menahan seorang pemandu lori kerana terlibat dengan tiga kes curi lampu hiasan serta set meja di tiga premis perniagaan di sekitar bandar Tangkak, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris berkata, hasil rompakan itu pemilik premis kerugian hampir RM3,000 dan suspek berjaya ditahan pada jam 12.30 pagi di rumahnya di Tangkak, di sini.

"Ketika ditahan, polis menemui lapan lampu silinder, tiga lampu hiasan dinding serta satu set meja makan kayu yang dilaporkan hilang sebelum ini.

"Polis percaya, suspek mencuri semua barangan itu untuk kegunaan sendiri dan bukan untuk dijual kepada pihak ketiga," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang, kelmarin.

Menurut Harun, lelaki berkenaan tidak memiliki sebarang rekod jenayah lampau namun ujian air kencingnya didapati positif dadah jenis heroin.

"Hasil siasatan mendapati lelaki berkenaan berulang-alik menggunakan motosikal jenis skuter untuk mengangkut kesemua barangan curi itu.

"Dia dipercayai berulang-alik melebihi empat kali untuk membawa barangan berkenaan termasuk mengangkut meja kayu serta empat kerusi.

"Bagaimanapun, perbuatan lelaki itu berjaya dirakam  kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang pemilik di luar salah sebuah premis perniagaan berkenaan," katanya.

Katanya, hasil rakaman itu telah memudahkan pihak polis untuk mengesan dan menjejaki suspek yang mempunyai hobi pelik iaitu menyimpan barangan hiasan hasil daripada kegiatan mencurinya.

"Lelaki itu ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan," katanya.

Sinar harian/-

Penyambung jambatan kedua Sultan Yahya Petra retak

Posted: 22 Mar 2013 07:11 PM PDT

11 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Penyambung jambatan kedua Sultan Yahya Petra retak

Md Anizam menunjukkan kawasan pembinaan projek yang berkaitan dengan keretakan.
KOTA BHARU - Kerajaan negeri mengesan terdapat keretakan pada penyambung pembinaan jambatan kedua  Sultan Yahya Petra yang dikhuatiri membahayakan nyawa orang ramai jika dibiarkan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerja Raya, Utiliti dan Alam Sekitar, Datuk Mejar (B), Md Azizam Abd Rahman berkata, keretakan tersebut disahkan berlaku di penyambung di kawasan jajaran jambatan baru menghala Jalan Wakaf Siku.
 
Menurutnya, keretakan maksimum itu dapat dilihat dengan mata kasar iaitu 1.2 milimeter dan ini melibatkan keselamatan semua pihak.
 
"Jadi kita berharap, pihak berkenaan mengambil langkah segera dan positif untuk menangani masalah ini.

 "Walaupun lapisan turapan itu siap di lima lokasi tetapi terpaksa dibuka semula dan sebagainya. Kita bimbang berlaku kes yang sama di Putrajaya dan Terengganu," katanya kepada media.
 
Katanya, kerja-kerja pembaikan ini perlu dijalankan segera memandangkan orang ramai menggunakan laluan di bawahnya.
 
"Kalau boleh ada pihak ketiga dapat menilai kerja-kerja tersebut kerana selepas ini seandainya lah digunakan bulan Julai, kita bimbang kenderaan berat menggunakan jambatan akan menjadi satu masalah kepada semua," katanya.

Katanya, lebih baik ditambah dengan besi supaya lebih kukuh dan sebagainya bagi langkah keselamatan.
 
Jambatan kedua tersebut sepanjang 800 meter menelan belanja kira-kira RM177 juta dan diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan pada 2007 lalu.

Sinar harian/-

Polis cari 2 wanita bantu siasatan kecurian wang hantaran

Posted: 22 Mar 2013 07:10 PM PDT

11 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Polis cari 2 wanita bantu siasatan kecurian wang hantaran

Gambar wanita yang dikehendaki bagi membantu siasatan.
Polis cari 2 wanita bantu siasatan kecurian wang hantaran

Gambar wanita yang dikehendaki bagi membantu siasatan.
BATU GAJAH – Polis mencari dua wanita bagi membantu siasatan kes curi wang hantaran berjumlah RM8,000 yang hilang dalam satu majlis perkahwinan di Taman Tasik Permai, 16 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, kedua-dua wanita berusia lingkungan 30 an itu dikesan menerusi rakaman video yang diambil pada majlis perkahwinan anak perempuan pengadu.

"Polis dengan kerjasama tuan rumah telah menonton berulang kali semua rakaman video di majlis perkahwinan itu.

"Daripada rakaman-rakaman tersebut, kebanyakan tetamu yang dijemput telah dikenal pasti oleh ahli keluarga kecuali dua wanita yang langsung tidak dikenali," katanya di sini, semalam.

Menurutnya, dalam kejadian itu, tiga telefon bimbit jenama Nokia, dua telefon pintar Blackberry, dokumen pengenalan mangsa, anak perempuannya dan seorang tetamu dari Singapura turut hilang.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan iaitu mencuri dalam rumah kediaman," katanya.

Polis meminta dua wanita terbabit hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah untuk bertemu dengan pegawai penyiasat, Inspektor Mohd Razalee Mohd Yatim.

"Orang ramai yang mengenali dan mengetahui siapa dan di mana tempat tinggal kedua-dua wanita berkenaan diminta menyalurkan maklumat untuk membantu siasatan dengan menghubungi 05-3629222," katanya.

Sinar harian/-

Kit Siang buka laluan Pakatan tawan Johor?

Posted: 22 Mar 2013 06:25 PM PDT

11 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Bagi orang Umno ia ibarat mimpi tengah hari, tetapi Pakatan Rakyat telah menghalakan meriam ke Johor.
PETALING JAYA: Barangkali tidak ada seorangpun yang terfikir mengenai kemungkinan Barisan Nasional akan runtuh di Johor  dalam pilihan raya umum ke 13 ini.

Bagi orang Umno ia ibarat mimpi tengah hari, tetapi Pakatan Rakyat telah menghalakan meriam ke Johor.
Bermula dengan kepulangan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub hampir setahun lalu. Kini langkah itu diikuti supremo DAP, Lim Kit Siang.
Pemimpin utama Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Kit Siang akan bertanding di Gelang Patah. Kit Siang berasal dari Johor tetapi tidak pernah bertanding di negeri kelahirannya itu.
Beliau kini merupakan ahli parlimen Ipoh Timur sejak tiga penggal yang lalu. Walaupun sudah lanjut usia, tetapi perbahasannya di parlimen masih berbisa
Seorang lagi pemimpin DAP iaitu Liew Chin Tong yang kini ahli parlimen Bukit Bendera di Pulau Pinang juga dikatakan akan bertanding di Johor.

Sasaran DAP ialah memenangi kerusi-kerusi bandar majoriti pengundi Cina. Manakala PKR di kawasan pengundi campuran dan PAS majoriti Melayu.
Johor memang ramai pemimpin politik menempa nama di negeri-negeri yang lain. Lim Guan Eng, ketua menteri Pulau Pinang berasal dari Johor, Khalid Samad, ahli parlimen PAS Shah Alam serta Tony Pua (ahli parlimen DAP PJ Utara) juga dari Johor.
Dua pegawai tentera tanding kerusi PKR
Sumber PAS memberitahu dua bekas pegawai kanan tentera akan bertanding atas tiket PKR di parlimen Johor Baru dan Pasir Gudang dalam PRU 13.
Bekas Panglima Turus Tentera Darat Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein akan bertanding di parlimen Johor Baru yang kini diwakili tokoh veteran Umno, Tan Sri Shahrir Samad.
Manakala mantan Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid disebut-sebut akan bertanding di Pasir Gudang.
Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Mahfodz Mohamed betika dihubungi berkata, dalam keadaan semasa Pakatan Rakyat boleh menang 15 kerusi parlimen di Johor. Manakala bagi kerusi negeri, Mahfodz meramalkan antara 25 dan 29 kerusi dari 56 di Johor.

"Pada awalnya saya menjangkan kerusi parlimen yang akan dimenangi Pakatan Rakyat sekitar 12 sahaja tetapi dengan ramainya tokoh negeri pulang kampung, sasaran 15 kerusi boleh dicapai," katanya.
Jika Pakatan Rakyat mampu lebih banyak kerusi parlimen di Johor, laluan menawan Putrajaya lebih terbuka luas.
Pada pilihan raya umum 2008, Pakatan Rakyat menang 82 kerusi parlimen dan menawan empat negeri – Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor – serta mengekalkan Kelantan yang dimenangi sejak tahun 1990.
Bagaimana peluang Pakatan Rakyat dalam pilihan PRU 13 ini?
FMT/-

SPR akui terdapat pendaftaran berganda, akan semak status penulis blog pro Umno

Posted: 22 Mar 2013 06:22 PM PDT

11 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengakui terdapat sejumlah kecil pendaftaran berganda dalam daftar pemilih dan mengatakan akan menyemak tuduhan penulis blog pro Umno "Papa Gomo" atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris adalah "pengundi hantu".
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (gambar) memberitahu The Malaysian Insider, suruhanjaya  tersebut akan menyemak status Azri dengan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) selepas PKR mendakwa penulis blog tersebut terdaftar sebagai pengundi di dua kawasan parlimen – Ampang dan Wangsa Maju. 

"Memang ada sejumlah kecil isu pendaftaran berganda seperti ini, tetapi ianya very small number (mempunyai angka yang kecil)," kata beliau kepada The Malaysian Insider.
"Pegawai saya akan buat semakan berhubung perkara ini dengan polis," tambah beliau lagi.
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli membuat pendedahan tersebut semalam selepas partinya menyemak laman sesawang SPR menggunakan kas pengenalan awam Papa Gomo dan kad pengenalan polis yang didakwa milik penulis blog tersebut.
Menurut Abdul Aziz, pendaftaran berganda melibatkan polis atau anggota tentera kebiasaannya berlaku apabila selepas seseorang anggota keselamatan itu tamat atau ditamatkan perkhidmatan, perkara ini tidak dibawa kepada SPR menyebabkan data tidak dapat dikemaskini.
"Hanya SPR yang boleh bersihkan nama mereka (anggota polis atau tentera) dalam daftar pemilih. Jabatan (polis dan tentera) tidak boleh lakukan perkara ini," menegaskan hanya suruhanjaya tersebut yang boleh melakukan perubahan dalam daftar pemilih.
Beliau mengatakan SPR sudah menghentikan penggunaan nombor kad pengenalan polis dan tentera dalam Pilihan Raya 2013, sambil menambah mereka hanya akan menggunakan nombor kad pengenalan awam anggota keselamatan tersebut.
"Tetapi sekarang semua anggota tentera dan polis sudah mempunyai nombor kad pengenalan awam. SPR akan menggunakan nombor kad pengenalan awam bagi polis dan tentera bagi tujuan pilihan raya.
"Kalaupun penulis blog itu cuba untuk mengundi dengan menggunakan kad pengenalan polis, dia tidak akan dibenarkan mengundi," tambah Abdul Aziz lagi.
The Malaysian Insider difahamkan ini adalah pertama kali pasukan keselamatan akan menggunakan nombor kad pengenalan biasa untuk mengundi, oleh kerana pengundian pos sudah digantikan dengan pengundian awal, salah satu langkah SPR untuk memperbaiki proses mengundi.
Abdul Aziz juga tidak menolak kemungkinan kes pendaftaran pengundi berganda penulis blog tersebut melibatkan dua orang yang berbeza.
"Orang yang ada nama sama ni banyak. Tarikh lahir sama, tempat lahir sama, tetapi kalau terbukti ianya orang yang sama, kita akan keluarkan nama dia dari daftar pemilih polis," katanya.
Walaupun SPR telah dikritik oleh parti pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan dengan tuduhan gagal untuk menjalankan pilihan raya adil, suruhanjaya tersebut telah memperkenalkan beberapa perubahan untuk memperbaiki perjalanan pilihan raya seperti penggunaan dakwat kekal dan undi pos bagi rakyat Malaysia di luar negara untuk Pilihan Raya 2013.
Dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR semalami, Rafizi turut mendakwa Papa Gomo yang disaman semalam kerana memfitnah Anwar pernah disabitkan dengan kesalahan rasuah pada masa lalu.
"Siasatan menunjukkan individu bernama Wan Muhammad Azri Wan Deris ini adalah bekas polis trafik yang berpangkat koperal yang telah dijatuhkan hukuman penjara kerana bersalah memeras ugut seorang yang disyaki penagih dadah untuk mendapat suapan rasuah," kata Rafizi, selepas menunjukkan laporan dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggunakan namanya dalam anggota polis dan kad pengenalan polisnya.
Beliau kemudian menunjukkan dua mukasurat dari laman sesawang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), menunjukkan dua tarikh lahir berbeza yang menyebabkan PKR menyiasat alamat yang digunakan oleh Papa Gomo.
Rafizi mendakwa dokumen mahkamah dan alamat surat-menyurat rasmi menunjukkan Papa Gomo mempunyai dua alamat rumah, di Ampang dan Wangsa Maju.
Apabila ditanya bukti adakah kedua-dua nama yang tertera di pangkalan data SPRM itu adalah Papa Gomo, Rafizi sekali lagi berkata dokumen mahkamah dapat menyamakan kedua-dua nombor kad pengenalan berkenaan, dan berkata beliau mahu respon dari blogger itu sebelum menunjukkan bukti tersebut.
The Malaysian Insider/-

Kedai akuarium terbakar, haiwan rentung

Posted: 22 Mar 2013 06:19 PM PDT

11 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Kedai akuarium terbakar, haiwan rentung

Anggota JPAM dan Rela membantu mengalihkan peralatan yang tidak dimamah api termasuk sangkar.
Kedai akuarium terbakar, haiwan rentung

Beberapa jaring ikan yang sempat diselamatkan.
Kedai akuarium terbakar, haiwan rentung

Mat Daling
Kedai akuarium terbakar, haiwan rentung

Lai Chan
Kedai akuarium terbakar, haiwan rentung

Hanafiah sempat berseloroh bagi menceriakan Meng Seng yang kerugian kira-kira setengah juta ringgit ketika menziarahinya sejurus beberapa jam kebakaran berlaku.
KEMAMAN – "Hampir semua binatang rentung termasuk haiwan paling mahal iaitu sugar glider yang berharga RM3,000 seekor.

"Namun paling sedih, pusat akuarium dan haiwan peliharaan yang kami buka sejak 15 tahun lalu ini kini musnah," keluh pemilik Kedai Tan Akuarium, Tan Meng Seng, 50, yang menanggung kerugian kira-kira RM500,000 setelah premis kedai dua tingkatnya di sini, terbakar semalam.

Kejadian kira-kira jam 9.45 pagi itu menyebabkan stok makanan binatang peliharaan yang baru tiba dan hampir semua haiwan yang dijual dalam premis itu seperti ikan kelisa emas, kelisa merah, arnab, burung dan ular hangus dengan hanya beberapa kucing sahaja yang dapat diselamatkan.

Bagaimanapun, Meng Seng bernasib baik kerana terselamat berikutan ketika kebakaran, dia berada di tingkat dua kedai terbabit.

Bapa seorang anak itu berkata, dia menyedari kebakaran itu apabila terdengar orang membaling sesuatu yang mengena tingkap rumah kedainya selepas dia keluar dari tandas.

"Lepas buka tingkap, orang beritahu kedai saya terbakar dan masa itu asap dari tingkat bawah berkepul-kepul naik.

"Saya capai beberapa barang dan turun ikut tangga bersebelahan kedai bawah. Kemudian saya jerit supaya telefon bomba," katanya.

Menurutnya, kedainya itu tidak dibuka pada Jumaat.

Periksa sebelum tinggalkan kedai

Sementara itu, isterinya, Low Lai Chan, 38, berkata, dia menutup kedai berkenaan pada jam 7 petang kelmarin dan sempat memeriksa keadaan dalam kedai sebelum pulang ke rumah kira-kira jam 10.30 malam.

"Hanya suis akuarium dan satu suis komputer yang tidak ditutup, manakala yang lain saya sudah tutup," katanya yang tidak menyangka akan ditimpa malang.
Menurutnya, dia mengetahui kejadian itu selepas dihubungi rakan.

Paling terkilan, Lai Chan berkata, stok makanan haiwan yang baru sahaja tiba di kedainya tidak sempat diambil oleh pelanggan.

"Sebelum ini saya sudah hubungi pelanggan, minta mereka datang ambil makanan haiwan yang baru sampai tetapi semuanya musnah," katanya.

Api berjaya dikawal

Berikutan kebakaran itu, kira-kira 50 peratus kedai tingkat bawah musnah.

Kerja memadam kebakaran dilakukan 12 anggota Bomba dan Penyelamat Balai Chukai dan Balai Kemaman melibatkan dua jentera bomba berjaya mengelak kebakaran daripada merebak ke lot kedai bersebelahan.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Chukai, Pegawai Bomba Kanan 2 Mat Daling Mohd Dahan berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 9.45 pagi sebelum tiba di lokasi kejadian pada jam 10.03 pagi.

"Apabila tiba di tempat kejadian kita lihat tingkat bawah berasap. Api berjaya dikawal kira-kira jam 10.50 pagi dan padam sepenuhnya pada jam 11.20 pagi, namun punca kebakaran masih lagi dalam siasatan," katanya.

Susulan musibah itu, Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Chukai, Hanafiah Mat turut meluangkan masa menziarahi mangsa di lokasi kejadian.

Kerja mengalihkan barangan berharga yang dikeluarkan dari bangunan terbakar itu turut dibantu anggota Rela dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Sinar harian/-

Isu Taib Mahmud: SPRM siasat dakwaan Global Witness

Posted: 22 Mar 2013 06:16 PM PDT

11 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Datuk Mustafar Ali

Datuk Mustafar Ali
SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan siasatan terhadap dakwaan kumpulan aktivis antarabangsa, Global Witness ke atas Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berhubung penyelewengan yang didedahkan melalui satu video bertajuk 'Inside Malaysia's Shadow State' .

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, SPRM sedang menjalankan siasatan lanjut berkaitan perkara itu.

"Berdasarkan bukti-bukti baru yang kita peroleh, SPRM akan mengambil tindakan sewajarnya," katanya, semalam.

Sebelum ini, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyifatkan Global Witness cuba menyerang Ketua Menteri Sarawak dan dilihat satu cubaan pihak asing untuk campur tangan dalam hal politik tanah air.

Katanya, apa yang mereka lakukan tidak sesuai, satu tipu helah, tidak 'gentleman', tidak beretika dan tindakan tidak bertamadun.

Kelmarin, Monetary Authority of Singapore menyanggah dakwaan video tersebut bahawa kerajaan Singapura merahsiakan maklumat kewangan daripada pihak berkuasa Malaysia.

Sinar harian/-

Van bawa RM12 juta terbalik

Posted: 22 Mar 2013 06:14 PM PDT

11 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Van bawa RM12 juta terbalik

Pengendali CIT mengangkat beg besar berisi wang dianggarkan bernilai RM500,000 daripada van keselamatan terbabit.
Van bawa RM12 juta terbalik

Pemindahan wang dilakukan dengan kawalan ketat polis bersenjata.
HULU SELANGOR - Sebuah van keselamatan membawa lebih RM12 juta dalam perjalanan ke sebuah bank di Batang Kali, terbabas dan terbalik di simpang tiga Jalan Bukit Beruntung-Rasa, tengah hari semalam.

Pemandu, Mohd Azrul Hamid, 26, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 12 tengah hari ketika dia bersama pengawal keselamatan dan dua pengendali wang pemindahan (CIT) dalam perjalanan ke sebuah bank di Batang Kali.

Katanya, sebaik membelok di persimpangan itu, dia gagal mengawal kenderaan lalu terbabas dan terbalik kerana jalan berpasir.

"Jalan berpasir, jadi masa membelok menghala ke Rasa, van terbabas ke kanan dan terbalik sebelum melanggar pembahagi jalan.

"Tapi, saya bersama tiga yang lain bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya di tempat kejadian.

Mohd Azrul berkata, terdapat 13 beg besar dan enam beg kecil mengandungi wang tunai dianggarkan lebih RM12 juta untuk kegunaan mesin juruwang automatik (ATM) serta deposit tunai, tersimpan dalam peti simpanan keselamatan van itu.

Menurutnya, jumlah berkenaan dinilai berdasarkan bilangan bil yang ada dengan setiap satu bil tertera jumlah RM500,000 dan ia tidak termasuk enam beg kecil berisi simpanan wang tunai.

"Kami baru selesai urusan di bank sekitar Rawang, Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung. Sepatutnya wang ini dibawa ke Batang Kali sebelum berakhir di Tanjung Malim.

"Tapi disebabkan kemalangan, kami perlu tunggu van keselamatan lain untuk membawanya," katanya.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, wang itu berjaya dipindahkan ke van lain tepat jam 2 petang dengan kawalan ketat polis bersenjata.

Penduduk sekitar turut berkumpul menyaksikan pemindahan wang melebihi RM12 juta itu.

Sinar harian/-

Aksi pemain baik, kata Rajagobal

Posted: 22 Mar 2013 06:13 PM PDT

11 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


K Rajagobal

Jurulatih Harimau Malaya, Datuk K.Rajagopal
KETUA jurulatih skuad kebangsaan Datuk K. Rajagobal menghamburkan pujian melambung ke atas anak didiknya berikutan kemenangan tipis, 2-1 ke atas Yaman pada perlawanan kedua Kumpulan D pusingan kelayakan Piala Asia di Stadium Shah Alam, malam tadi.
   
"Secara keseluruhan, saya berpuashati dengan corak permainan yang dipersembahkan oleh para pemain. Pujian patut diberikan kepada kesemua pemain yang mencipta banyak peluang di depan pintu gol Yemen," katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu.
   
Pada perlawanan itu, skuad Harimau Malaya dikejutkan dengan jaringan awal pemain pasukan pelawat, Aiman Saleh Abd Al-Hagri seawal minit ke-11 sebelum mereka membalas dengan dua gol masing-masing menerusi Azamuddin Mohd Akil pada minit ke-26 dan Mohd Khyril Muhymeen Zambri pada minit ke-75.
   
Mengulas lanjut, Rajagobal berkata beliau gembira kerana kesemua pemain terus menekan pasukan lawan dengan melakukan serangan bertali arus walaupun pasukan lawan sekali sekala cuba mengancam kubu skuad Harimau Malaya.
   
"Saya berharap agar para pemain dapat meneruskan momentum sebegini untuk perlawanan seterusnya," katanya.
   
Sementara itu, jurulatih Yaman, Tom Saintfiet kecewa dengan kekalahan itu walaupun memperolehi banyak peluang di depan gol.
   
"Saya benci untuk kalah tetapi perlu meneruskan perjuangan dan yakin akan bangkit daripada kekalahan ini," katanya. 

- Bernama

Teka-teki tarikh PRU13 dijangka berakhir 26 Mac

Posted: 22 Mar 2013 06:08 PM PDT

11 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Teka-teki tarikh Pilihan raya Umum ke-13 dijangka bakal berakhir pada 26 Mac ini, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.


 Prediksi ini berdasarkan 'ketegasan' Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk tidak mengadakan PRU13 secara berasingan.

Negeri Sembilan pula bakal akan terbubar sendiri pada Selasa depan, dan pilihanraya negeri mesti diadakan dalam 60 hari, iaitu sebelum 26 Mei.

"Jika SPR ingin mengadakan pilihanraya serentak, ia mesti menasihatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa pilihanraya mesti diadakan sebelum 26 Mei," kata Mustafa kepada Harakahdaily.

Dengan itu, kata Mustafa, SPR mesti menasihatkan Najib untuk memilih 'tarikh yang betul' sekiranya ia bertegas untuk mengelak pilihanraya berasingan, sesuatu yang ditentangnya sejak dulu.

Namun, pada pandangan Mustafa, sukar dibayangkan Najib akan memilih untuk mengadakan pilihanraya umum pada Jun.

"Negeri Sembilan sudah bergoyang untuk BN. Saya tak rasa beliau akan mengambil risiko untuk membiarkan Negeri Sembilan mengadakan pilihanraya berasingan di April atau Mei sebelum pilihanraya parlimen di Jun. Jika Negeri Sembilan jatuh ke Pakatan Rakyat, ia akan mempunyai impak besar kepada pilihanraya negara," tambah beliau.

Najib pula akan mengakhiri jelajah 'Janji Ditepati' di Pekan hari ini, kawasan parlimen beliau.

Pada hari Ahad, beliau dijangka akan menghadiri F1 Grand Prix di Sepang. Dan pada 26 Mac, Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa (LIMA) di Langkawi akan bermula untuk lima hari.

"Jadi saya rasa semuanya akan ditentukan 26 Mac ini. Hari itu, semua teka-teki akan berakhir," kata Mustafa.

Harakahdaily/-

Anwar yakin dia disasarkan dengan dakwaan kes Sulu

Posted: 22 Mar 2013 06:07 PM PDT

11 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


(Anwar bergambar dengan crew Treler Demi Rakyat selepas melancarkannya. Dengan ini ketiga-tiga parti Pakatan mempunyai treler masing-masing menjelang pilihan raya umum ke 13 ini)

SELAYANG: Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin beliau adalah orang yang disasarkan oleh pentadbiran Datuk Seri Najib  dalam kes pendakwaan terhadap penceroboh Sulu sekarang.

Bagaimanapun Anwar berjanji beliau tidak akan berhenti dengan dakwaan itu bahkan akan memberikan semangat lebih kuat kepada beliau untuk melawan kerajaan BN sehingga ia tumbang dalam pilihan raya umum akan datang.

"Dakwalah saya, fitnahlah saya tetapi jangan harap saya akan menyerah," kata Anwar ketika memberikan ceramah dalam program Merdeka Rakyat di Puteri Centre Park, Bandar Tasik Puteri malam ini.

Anwar dipercayai mengulas pengakuan seorang yang didakwa dalam kes pencerobohan Sulu bahawa dia diupah.

Seorang daripada tertuduh yang didakwa menjadi anggota pengganas yang menceroboh Sabah memberitahu Mahkamah Tinggi Tawau bahawa dia disuruh dan diupah oleh seseorang yang tidak dinamakannya.

Hooland Kalbi yang bercakap dalam bahasa Bajau dari kandang tertuduh mendedahkan demikian pada prosiding pendakwaan terhadap lapan individu yang didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas, dua daripadanya turut dituduh melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Kenyataan Hooland di hadapan Hakim Ravinthran diterjemah oleh jurubahasa mahkamah.

Hooland turut menyatakan bahawa dia bodoh kerana melakukannya.

"Ini dakwaan ada orang bayar ni. Ini semua pelan Najib untuk mendakwa saya," kata Anwar dalam ceramah itu.


(Sebahagian orang ramai yang memenuhi Puteri Centre Park, Bandar Tasik Puteri)

Menurut Anwar, bayang-bayang mengenai perkara ini sudah disebut sebelum ini lagi apabila beberapa pemimpin Umno mula mendakwa beliau di belakang kemasukan tentera kesultanan Sulu ini.

"Mereka nak dakwa ke, mereka nak tangkap ke, kita akan tetap lawan untuk tumbangkan Umno dalam pilihan raya ini," kata Anwar sambil disambut tepukan gemuruh para hadirin.

Bahkan katanya, dia menyanyi lagu 'Sabah nak hilang' pun dikaitkan sebagai bukti beliau mengarahkan orang serang Sabah.

Lebih 10,000 berhimpun di pusat rekreasi Bandar Tasik Puteri itu untuk mendengar ucapan Anwar dan pimpinan Pakatan Rakyat yang lain. 

Antaranya Zaidi Talib YDP PAS Selayang, Syamsul Iskandar Ketua Pemuda PKR serta Zuraidah Kamarudin Ketua Wanita PKR.

Sempena himpunan kali ini, Anwar juga turut melancarkan 'Treler Demi Rakyat' yang seakan-akan sama dengan Treler Negara Berkebajikan PAS.

"Saya yakin treler atau lori lebih kuat untuk menahan batu dari pencacai Umno," kata Anwar merujuk kepada bas  PKR sebelum ini yang pecah cerminnya selepas dibaling batu di Melaka.

Harakahdaily/-

Tiada ulasan:

Nuffnang