:: cina islam | 2011 :: |
- Tolak Merdeka Center, mana kajian Umno – Nizar
- Tak sangka banjir awal tahu
- Debu tebal jejaskan kesihatan
- Pelajar kaku depan kabel TNB
- Altantuya: Hadirin teruja dengar pendedahan Bala
- Mahkamah Mesir arah musnah terowong rahsia
- Lelaki mati diserang ikan jerung
- Pengumuman Miti tiada kesan kepada harga kereta
- Salih Yaacob umum bersara selepas dikritik hebat
- TG Nik Aziz ucap takziah buat keluarga Zaidi Buluh Perindu
- BN kalau nak menang, kena umum calon PM baru
- 2 bulan sahaja lagi...
- Warga emas seluruh negara dapat bonus RM1,000 di bawah Pakatan
- Kera serang kanak-kanak
- Ingatlah Allah!
- MIC pula mahu tinggal BN?
- Tak payahlah buat provok maharaja lawak!
- 4 pemuda PAS direman gara-gara kain rentang
- Protes: Rosmah Mansor ‘diserang’ siswi UKM
- Manifesto Pakatan jamin keadilan, kesejahteraan & kesaksamaan rakyat
- Wanita tertua di dunia
Tolak Merdeka Center, mana kajian Umno – Nizar Posted: 28 Feb 2013 12:40 AM PST 17 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mencabar Umno mengemukakan kajian yang mereka lakukan jika tidak mempercayai kajian yang dilakukan oleh Merdeka Center. Malah menurut Nizar lagi, selain mengemukakan hasil kajian tersebut, Umno juga perlu menunjukkan bentuk kajian yang mereka lakukan jika merasakan populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semakin meningkat. "Saya cabar Umno menyiarkan kajian yang mereka lakukan jika mereka tidak yakin dengan apa yang dilakukan oleh Merdeka Center, kita nak juga tahu tahap populariti yang diterima oleh Najib. "Selain itu juga kita ingin mengetahui bentuk kajian yang dilakukan terutama dari segi soalan, jangan lupa masukkan sekali kajian terhadap Ketua Pembangkang dan Pakatan Rakyat," jelas beliau kepada Harakahdaily. Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang turut berpendapat kajian yang dilakukan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) dan Merdeka Center telah menunjukkan graf populariti yang sama terhadap Najib. Malah katanya lagi, angka dan peratusan yang ditunjukan daripada kedua-dua kajian itu menunjukkan angka yang hampir sama dan tidak ada apa yang perlu dipersoalkan lagi. Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam satu kenyataan telah mempersoalkan kajian Merdeka Center yang menyebut kurang separuh daripada 1,021 respondennya berpuas hati dengan kerajaan BN. Adnan memberitahu kaji selidik yang dilakukan oleh BN sendiri menunjukkan bahawa sokongan rakyat memihak kepada parti tersebut. harakahdaily/- | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 28 Feb 2013 12:23 AM PST KUALA TERENGGANU - Banjir yang berlaku kali ini tidak dijangka kerana kebiasaannya ia melanda pada hujung tahun dan bukan awal tahun seperti sekarang. Akibatnya, ramai mangsa tidak sempat menyelamatkan harta benda. Salah seorang mangsa, Norihan Alias, 28, berkata, dia baru sahaja meletakkan semula barang-barang yang diangkut semasa banjir tahun lalu dan kini banjir datang lagi. "Sekarang pun sudah hampir Mac dan ikut kebiasaan tidak akan berlaku banjir tetapi rupanya-rupanya kami silap," katanya yang tinggal di Kampung Buluh Hulu, Permaisuri, Setiu semalam. Jelasnya, air naik secara mendadak dalam tempoh kira-kira sejam awal pagi kelmarin menyebabkan ibu tunggal itu hanya sempat menyelamatkan beberapa barang berharga bersama tiga anaknya yang berusia lapan hingga empat tahun. Sementara itu, Portal Banjir Majlis Keselamatan Negara memaklumkan, sehingga pukul 3.30 petang semalam, mangsa banjir di Terengganu meningkat 3,703 orang dan ditempatkan di 52 pusat pemindahan di empat daerah. Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Terengganu, Hashim Mohd. Zain ketika dihubungi pula memberitahu, jumlah sekolah yang terpaksa ditutup meningkat kepada 27 buah berbanding sembilan buah sekolah kelmarin. kosmo/- | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 28 Feb 2013 12:13 AM PST TAIPING - Debu tebal akibat kerja-kerja mengorek tanah liat oleh sebuah syarikat tempatan di Kampung Salak, Trong semakin menjejaskan kehidupan lebih 1,000 penduduk di kawasan itu sejak setahun lalu. Tinjauan Sinar Harian mendapati, permukaan bahu jalan sepanjang 100 meter di kawasan itu yang menjadi laluan utama pengguna sememangnya dipenuhi tanah liat kering selain mengeluarkan debu tebal. Keadaan itu juga mendedahkan pengguna terutama pelajar sekolah dan penduduk sekitar dengan habuk yang bukan saja menyebabkan kekotoran tetapi turut menjejaskan kualiti udara di kawasan berkenaan. Peniaga warung yang mahu dikenali sebagai Azim, 35, berkata, debu yang berterbangan di bahu jalan bukan saja menyebabkan pencemaran alam sekitar, tetapi boleh menjejaskan kualiti udara sekali gus mengundang kepada jangkitan penyakit. "Pendapatan saya semakin berkurangan akibat masalah debu yang berlarutan hampir setahun. "Lihatlah di atas meja dan kerusi, jika debu setebal ini, bagaimana kami nak meniaga? Sudah tentu tiada pelanggan yang datang sekali gus menjejaskan periuk nasi kami," katanya. Azim turut mengakui kediamannya dan penduduk sekitar dicemari dengan debu yang berterbangan masuk ke dalam rumah dan mengotorkan persekitaran kediaman masing-masing. "Penduduk bimbang jika keadaan itu dibiarkan berterusan akan menimbulkan pelbagai masalah lain," katanya. Katanya, apabila hujan, jalan sering becak dan licin akibat daripada serpihan tanah liat di atas jalan utama. "Keadaan ini akan menyebabkan bahaya kepada pemandu jalan raya. "Justeru, penduduk di sini meminta pihak berwajib memantau keadaan ini kerana jika dibiarkan berterusan pelbagai masalah dan perkara buruk akan berlaku," katanya. sinar/- | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 28 Feb 2013 12:08 AM PST KLANG - Seorang pelajar tingkatan tiga maut akibat terkena renjatan elektrik sebuah kotak kabel pembekal elektrik Tenaga Nasional Bhd. (TNB) di depan Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Idris Shah Kapar di sini semalam. Dalam kejadian pada pukul 1 petang, mangsa Mohd. Amirul Syafiq Halim, 15, disahkan meninggal dunia ketika dibawa oleh anggota polis untuk mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Kapar di sini. Mayat mangsa kemudian dihantar ke Rumah Mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat. Difahamkan, mangsa terkena renjatan elektrik ketika melintasi kotak kabel pembekal elektrik terbuka yang ditempatkan di satu lokasi lapang di depan sekolah itu. Sebaik terkena renjatan elektrik, mangsa dikatakan berdiri kaku sebelum anggota polis membantu menghantar mangsa ke klinik. Kejadian itu berlaku sebaik mangsa habis sekolah dan dalam perjalanan ke tempat menunggu bas untuk pulang ke rumahnya di Kampung Bukit Kapar yang terletak kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian. Bapa mangsa, Halim Mohd. Ismail, 38, berkata, dia menerima berita sedih mengenai anak sulung daripada empat beradik itu pada pukul 1.20 petang sebelum bergegas ke klinik tersebut. sinar/- | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Altantuya: Hadirin teruja dengar pendedahan Bala Posted: 27 Feb 2013 11:57 PM PST KUALA LUMPUR: Kemunculan Penyiasat persendirian, P Balasubramaniam (PI Bala) di pentas umum terbukti sangat dinantikan apabila Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) sesak dengan kehadiran orang ramai malam tadi. PI Bala tampil menceritakan penglibatan beliau sebagai penyiasat persendirian kepada Abdul Razak Baginda yang merupakan orang kepercayaan Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak. PI Bala juga menceritakan secara terperinci kandungan akuan bersumpahnya yang pertama di forum 'Pendedahan: Siapa Arah Bunuh Altantuya?'. PI Bala buat pertama kalinya tampil di pentas umum bagi mendedahkan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu selepas kembali ke Malaysia Ahad lalu, setelah empat tahun tinggal di India. Ketibaan PI Bala disambut seperti wira dengan tepukan gemuruh dan sorakan lebih 2,000 hadirin yang memenuhi dalam dan luar dewan. Orang ramai kelihatan sangat teruja untuk mendengar sendiri pendedahan PI Bala mengenai kes yang bermula sejak 2006 itu. Antara yang disebut dalam pendedahan Bala adalah mengenai penglibatan adik Perdana Menteri, Datuk Nazim Razak mengugut dan mengarahkan beliau menukar akuan bersumpah pertama. "Saya dipanggil ke hotel untuk bertemu Nazim. Nazim tanya saya, kamu sayang keluarga kamukan? Saya jadi takut dengan soalan-soalan ugutan seperti itu dan memutuskan untuk membuat akuan bersumpah kedua," kata Bala sekaligus menjawab persoalan beliau menukar akuan bersumpahnya yang dibuat pada 2008. Sebelum mengakhiri forum, PI Bala menyatakan kesediaanya membantu Pakatan Rakyat bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). "Saya pulang ke Malaysia untuk memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat," kata beliau disambut tepukan dan sorakan gemuruh. PI Bala juga akan meneruskan siri jelajah ke Kelantan dan Perak bersama Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM). Sebelum PI Bala tampil di pentas, forum dimulakan dengan ucapan Kartunis Zunar dan Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Cynthia Gabriel. harakah/- | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Mahkamah Mesir arah musnah terowong rahsia Posted: 27 Feb 2013 11:56 PM PST KAHERAH - Sebuah mahkamah di Mesir, kelmarin mengarahkan kerajaan memusnahkan semua terowong rahsia yang menghubungkan sempada negara itu dengan Genting Gaza. Hakim Farid Tanaghou memaklumkan keputusan tersebut dibuat selepas mahkamah mendapati laluan rahsia yang menjadi nadi penting kepada penduduk Palestin sejak lebih tujuh tahun lalu turut digunakan untuk menyeludup senjata. Sementara itu, peguam Wael Hamdy berkata, mereka perlu mengambil kira aspek keselamatan negara susulan daripada insiden 16 pengawal sempadan yang terbunuh dalam serangan dilancarkan militan, Ogos lalu. Sebelum ini, tindakan pihak berkuasa menenggelamkan rangkaian terowong bawah tanah di sempadan Rafah-Gaza sebagai usaha untuk menutup laluan tersebut turut mencetuskan kemarahan pemimpin Hamas. Pada masa ini, terdapat kira-kira 2,000 lagi laluan rahsia yang masih beroperasi walaupun puluhan terowong telah dimusnahkan sejak beberapa bulan lalu. - Al-Jazeera | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Lelaki mati diserang ikan jerung Posted: 27 Feb 2013 11:55 PM PST WELLINGTON, New Zealand - Seorang lelaki terbunuh dalam satu serangan ikan jerung yang jarang berlaku di Pantai Muriwai, 40 kilometer dari barat bandar raya ini semalam. Beberapa pegawai berkata, anggota polis melepaskan tembakan dari sebuah bot sebagai cara untuk 'memaksa' haiwan itu melepaskan mayat si mangsa yang digigitnya. Saksi-saksi menyatakan, lelaki berusia 47 tahun itu berenang kira-kira 100 meter dari kawasan pantai semasa dia diserang. Ia merupakan serangan ikan jerung pertama ke atas manusia di negara ini dalam tempoh lebih 35 tahun. Darah dapat dilihat di permukaan laut manakala sejumlah perenang termasuk sekumpulan pelajar bergegas menyelamatkan diri ke pantai selepas mereka mendengar jeritan tentang kehadiran ikan jerung. Seorang anggota penyelamat sukarelawan, Tim Jago berkata, ikan jerung itu amat besar kerana ia berukuran empat meter. Menurutnya, haiwan itu dipercayai ikan jerung putih seperti yang digambarkan dalam filem Jaws arahan Steven Spielberg pada tahun 1975. Dia berkata, mulut ikan tersebut masih menggigit mayat mangsa apabila polis tiba. Jago memberitahu, anggota polis yang berada di dalam bot penyelamat terpaksa melepaskan tembakan ke arah haiwan tersebut supaya ia melepaskan mayat si mangsa. kosmo/- | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pengumuman Miti tiada kesan kepada harga kereta Posted: 27 Feb 2013 11:40 PM PST 17 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - Murid selamat al-QuranRantau Panjang: Ketika kanak-kanak lain seronok bermain air, lain pula dilakukan Nurul Natasha Mohd Yasin, 11, apabila dia menyelamatkan beberapa naskhah al-Quran di dalam bilik darjah yang ditenggelami banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Rantau Panjang 1, di sini, semalam. - See more at: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Muridselamatal-Quran/Article#sthash.t6DSevt2.dpufNurul Natasya yang juga murid tahun lima sekolah berkenaan berkata, dia keluar rumah untuk melihat keadaan sekolahnya yang ditenggelami banjir sebelum teringat ada beberapa naskhah al-Quran berada di dalam bilik darjah. "Selepas masuk ke dalam bilik darjah saya memeriksa setiap meja murid dan mendapati ada al-Quran tertinggal sebelum segera menyelamatkannya daripada ditenggelami banjir. NURUL Natasha menyelamatkan beberapa naskhah Al-Quran di dalam bilik darjah daripada ditenggelami banjir. "Meskipun terpaksa meredah banjir sehingga paras pinggang, saya tetap memberanikan diri untuk melihat keadaan bilik darjah, malah saya menganggap ia satu tanggungjawab sebagai umat Islam," katanya ketika ditemui, semalam. Murid selamat al-QuranRantau Panjang: Ketika kanak-kanak lain seronok bermain air, lain pula dilakukan Nurul Natasha Mohd Yasin, 11, apabila dia menyelamatkan beberapa naskhah al-Quran di dalam bilik darjah yang ditenggelami banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Rantau Panjang 1, di sini, semalam. - See more at: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Muridselamatal-Quran/Article#sthash.t6DSevt2.dpufNurul Natasya yang juga murid tahun lima sekolah berkenaan berkata, dia keluar rumah untuk melihat keadaan sekolahnya yang ditenggelami banjir sebelum teringat ada beberapa naskhah al-Quran berada di dalam bilik darjah. "Selepas masuk ke dalam bilik darjah saya memeriksa setiap meja murid dan mendapati ada al-Quran tertinggal sebelum segera menyelamatkannya daripada ditenggelami banjir. NURUL Natasha menyelamatkan beberapa naskhah Al-Quran di dalam bilik darjah daripada ditenggelami banjir. "Meskipun terpaksa meredah banjir sehingga paras pinggang, saya tetap memberanikan diri untuk melihat keadaan bilik darjah, malah saya menganggap ia satu tanggungjawab sebagai umat Islam," katanya ketika ditemui, semalam. KUALA LUMPUR: Pengumuman Kementerian Industri dan Perdagangan Antarabangsa (Miti) bahawa cukai import bagi kereta-kereta import siap pasang (CBU) dari Jepun dan Australia akan dikurangkan secara berperingkat menjelang tahun 2016 adalah helah politik menjelang Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13). "Ini bukanlah perkara baru dan adalah dasar sedia ada yang sudah pun diketahui umum," kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli (gambar). Malah, katanya perkara itu diulas dengan panjang lebar di dalam Laporan Kesatuan Eropah Mengenai Industri Automotif Malaysia bagi Januari 2012, menunjukkan bahawa perkara itu sudah pun wujud sejak tahun 2012 lagi. Lebih teruk lagi, ujar beliau penghapusan cukai import untuk kereta-kereta mewah CBU yang diimport dari Jepun telah pun dilaksanakan oleh Umno Barisan Nasional sekarang. Menurutnya, pada ketika ini pun, memang Umno Barisan Nasional tidak mengenakan sebarang cukai import kepada kereta-kereta import dari Jepun di antara 2,500 hingga 3,000 cc.
Sebab itu, tambah Rafizi PKR beranggapan bahawa dasar sedia ada yang diamalkan oleh Umno Barisan Nasional digubal untuk menguntungkan golongan kaya. "Cukai import dihapuskan untuk kereta-kereta import besar dan mahal yang hanya mampu dibeli oleh orang kaya," ujarnya dalam satu kenyataan. Beliau berkata, dengan pengumuman yang dibuat oleh Datuk Seri Mustapha Mohamad itu, ia hanya akan memberi kesan kepada sekitar 21,000 unit kereta setiap tahun kerana jumlah kereta import siap pasang (CBU) dari Jepun hanyalah sekitar 3.5% dari jumlah jualan keseluruhan kenderaan (Total Industry Volume atau TIV). "Jumlah kereta import dari Australia pula adalah terlalu kecil dan langsung tidak akan memberi kesan kepada harga kereta di negara itu," katanya. Justeru, tegasnya PKR tetap dengan pendirian dan kempennya bahawa struktur cukai eksais yang perlu dirombak untuk menurunkan harga kereta. Menurutnya, cukai eksais (dicampur dengan cukai jualan) yang bermula setinggi 85% bagi kereta bersaiz bawah 1,800 cc dan mencecah 115% bagi kereta bersaiz atas 3,000 cc dikenakan ke atas setiap kereta tanpa mengira asal pengeluaran. "Cukai inilah yang mencekik darah rakyat terutamanya golongan kelas bawahan yang membeli kereta-kereta keluaran tempatan. "Mereka terpaksa membayar harga kereta sehingga dua kali ganda dari harga sebenar kerana cukai eksais yang dikenakan," katanya. Lebih penting, katanya cukai eksais berada di dalam kawalan kerajaan persekutuan sepenuhnya tanpa perlu dirunding dengan mana-mana negara. Tambahnya, PKR komited untuk menurunkan cukai eksais ini dalam tempoh lima tahun secara berperingkat dengan kadar penurunan 20% setiap tahun. Menurutnya lagi, menjelang tahun 2018, tidak ada lagi cukai eksais yang akan dikenakan ke atas kereta. "Sekiranya Umno Barisan Nasional juga prihatin dengan nasib rakyat, wajarlah ia juga menurunkan cukai eksais, bukannya bermain wayang seperti sekarang," katanya lagi. harakah/- | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Salih Yaacob umum bersara selepas dikritik hebat Posted: 27 Feb 2013 11:38 PM PST 17 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Penyampai radio, pelawak serta pengacara terkenal, Salih Yaacob (gambar) mengejutkan peminatnya apabila mengumumkan untuk bersara dari dunia hiburan. Pengumuman itu dibuat disaat beliau dikritik hebat oleh peminat dan juga pihak penyokong politik ekoran tersebarnya video pendek lakonannya dalam siri video Bangkang dari Longkang di Youtube sejak beberapa hari lalu. "Saya sangat kecewa dan meminta maaf kepada peminat. "Saya mengambil keputusan untuk tidak lagi terlibat di dalam bidang hiburan selepas ini. Soal kerjaya sebagai penyampai radio pula saya serah semuanya kepada pihak pengurusan," katanya yang dipetik Utusan Malaysia semalam. Dalam video pendek tersebut, Salih membawa watak seorang wakil rakyat dan seorang pembantu yang dilakonkan oleh rakan pelawaknya, Nabil Ahmad. Dalam dialognya Salih dan Nabil didakwa secara sinis dilihat mempersendakan Pakatan Rakyat kononya tidak menunaikan janji di empat buah negeri. Kesannya, Salih mendapat kritikan meluas, bahkan stesen radio Sinar FM turut diugut untuk diboikot. Harakahdaily sebelum ini turut melaporkan laman Facebook Sinar FM turut dihujani kritikan peminat yang kecewa dengan tindakan Salih dan Nabil itu. Boleh dikatakan di setiap status yang dinaikkan di laman rasmi radio itu, terus menerima komen-komen negatif daripada pendengar mereka termasuk menyerang Salleh Yaakob sendiri. Isu kritikan dan boikot ini bukan kali pertama malah sebuah rangkain restoran ikan bakar tekemuka juga pernah menerima nasib sama apabila secara terbuka menganjurkan tarian punggung di hadapan rumah Pengerusi Bersih 2.0 Datuk S Datuk Ambiga Sreenevasan. harakah/- | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
TG Nik Aziz ucap takziah buat keluarga Zaidi Buluh Perindu Posted: 27 Feb 2013 11:30 PM PST 17 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - Murid selamat al-QuranRantau Panjang: Ketika kanak-kanak lain seronok bermain air, lain pula dilakukan Nurul Natasha Mohd Yasin, 11, apabila dia menyelamatkan beberapa naskhah al-Quran di dalam bilik darjah yang ditenggelami banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Rantau Panjang 1, di sini, semalam. - See more at: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Muridselamatal-Quran/Article#sthash.t6DSevt2.dpufNurul Natasya yang juga murid tahun lima sekolah berkenaan berkata, dia keluar rumah untuk melihat keadaan sekolahnya yang ditenggelami banjir sebelum teringat ada beberapa naskhah al-Quran berada di dalam bilik darjah. "Selepas masuk ke dalam bilik darjah saya memeriksa setiap meja murid dan mendapati ada al-Quran tertinggal sebelum segera menyelamatkannya daripada ditenggelami banjir. NURUL Natasha menyelamatkan beberapa naskhah Al-Quran di dalam bilik darjah daripada ditenggelami banjir. "Meskipun terpaksa meredah banjir sehingga paras pinggang, saya tetap memberanikan diri untuk melihat keadaan bilik darjah, malah saya menganggap ia satu tanggungjawab sebagai umat Islam," katanya ketika ditemui, semalam. KUALA LUMPUR: Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terkejut apabila dikhabarkan tentang berita kematian seorang pendikir terkenal Kelantan, Zaidi Buluh Perindu pagi tadi setelah rebah dalam satu majlis di Tumpat. Demikian tulis beliau di laman Facebook. Sehubungan itu, beliau merakamkan ucapan takziah kepada keluarga allahyarham. "Insya Allah saya akan menyertai solat jenazah selepas Asar petang ini di Masjid Wakaf Bharu. "Semoga Allah SWT mengampuni beliau dan dimasukkan ke dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang soleh," ujarnya. Allahyarham dilaporkan kembali ke rahmatullah pada jam 11.00 pagi tadi pada satu majlis di LKIM Tumpat. harakah/- Murid selamat al-QuranRantau Panjang: Ketika kanak-kanak lain seronok bermain air, lain pula dilakukan Nurul Natasha Mohd Yasin, 11, apabila dia menyelamatkan beberapa naskhah al-Quran di dalam bilik darjah yang ditenggelami banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Rantau Panjang 1, di sini, semalam. - See more at: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Muridselamatal-Quran/Article#sthash.t6DSevt2.dpufNurul Natasya yang juga murid tahun lima sekolah berkenaan berkata, dia keluar rumah untuk melihat keadaan sekolahnya yang ditenggelami banjir sebelum teringat ada beberapa naskhah al-Quran berada di dalam bilik darjah. "Selepas masuk ke dalam bilik darjah saya memeriksa setiap meja murid dan mendapati ada al-Quran tertinggal sebelum segera menyelamatkannya daripada ditenggelami banjir. NURUL Natasha menyelamatkan beberapa naskhah Al-Quran di dalam bilik darjah daripada ditenggelami banjir. "Meskipun terpaksa meredah banjir sehingga paras pinggang, saya tetap memberanikan diri untuk melihat keadaan bilik darjah, malah saya menganggap ia satu tanggungjawab sebagai umat Islam," katanya ketika ditemui, semalam. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
BN kalau nak menang, kena umum calon PM baru Posted: 27 Feb 2013 08:00 PM PST KUALA LUMPUR: Sumber Umno menyatakan dengan jelas kepada Harakahdaily bahawa BN hanya mempunyai peluang untuk memenangi PRU13 sekiranya sedia menyatakan mempunyai calon Perdana Menteri yang baru. Ditanya Harakahdaily yang merasakan perkara itu mustahil kerana jawatan itu secara tradisinya milik orang yang menjawat Presiden Umno, katanya, "Betullah. Maksud saya Presiden Umno kena tukar orang lain. Kalau tak, aniaya BN nanti di PRU13". "Najib kan popular?" tanya Harakahdaily. "Masalahnya Bala dan Deepak lagi popular sekarang di kalangan rakyat Malaysia yang sukakan berita skandal. Buku Deepak jual macam pisang goreng panas, petanda rakyat sehingga hari ini ingin mengetahui apa yang berlaku kepada Altantuya," tegas beliau. Sumber Umno itu merujuk kepada kepulangan mengejut penyiasat peribadi P Balasubramaniam yang bersumpah di atas kitab suci Hindu bahawa pengakuan bersumpahnya yang pertama adalah tulen dan pengakuan bersumpahnya yang kedua ialah palsu. Ahli perniagaan Deepak Jaikishan pula bertubi-tubi menyerang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor semenjak Perhimpunan Agung Umno yang lalu dengan mendedahkan peranannya memujuk Bala untuk mengeluarkan pengakuan bersumpah kedua sehari selepas beliau mengeluarkan pengakuan bersumpah pertama yang mendakwa Abdul Razak Baginda pernah memberitahunya mengenai hubungan mengenai Najib dan Altantuya, yang dibunuh kejam. "Kami tak nak PRU13 ini dikepung dengan isu Bala dan Deepak. Lemas. Tun (Dr Mahathir) pun dah rasa lemas," kata sumber itu kepada Harakahdaily. Harakahdaily juga bertanya apakah ada muslihat lain di sebalik penangguhan demi penangguhan tarikh PRU13 oleh Najib. "Persoalan terbesar sekarang di minda Najib ialah bagaimana BN boleh menang dan pada masa yang sama, Umno tidak menendangnya keluar sebagai presiden kerana jika menang pun, prestasinya tidak akan sebaik yang dicapai Pak Lah. "Kedua ialah faktor calon, Najib pening selesai masalah calon kerana mood untuk tidak bekerjasama kini, kerana situasi sekarang bukan macam dulu, kamu tak ikut cakap, kamu out – sekarang ialah Najib tak dengar cakap, you akan jadi pembangkang. "Tapi faktor paling kritikal ialah BN kena bagi bayangan jelas pada rakyat akan ada PM yang baru jika BN menang. "Dalam soal isu perdana menteri, PAS sekarang diserang bertubi-tubi kerana PAS telah menghancurkan propaganda Umno bahawa DAP akan berkuasa sekiranya PR menang. Sekarang orang semua bercakap Anwar atau Hadi, tiada siapa yang cakap Kit Siang sebab itu Umno sekarang marah kat PAS kerana orang Melayu tahu jika PR menang, DAP tidak akan jadi PM," tegas beliau. harakahdaily/- | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 27 Feb 2013 07:53 PM PST 17 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - Kisah dongeng ini berlaku di Tanah Emas di Timur Tengah… di mana sebuah kerajaan telah berkuasa lebih 50 tahun. Saya dipanggil menghadiri sebuah kursus. Lebih tepat sebenarnya saya dipaksa menghadiri satu kursus. Kursus ini tidak lain tidak bukan untuk mencuci minda saya. Saya akan diseru membalas budi orang yang tidak pernah mengenang budi bahawa kerana saya dan keluarga sayalah daripada bapa ke atuk saya, mereka berada di kedudukan mereka hari ini. Namun saya terpaksa hadir dengan hati memberontak. "Negara kini dalam ambang kehancuran kerana pembangkang. Umat berpecah belah kerana ada parti ajaran sesat yang pecahkan umat. Kena pertahan kerajaan sekarang kerana mereka telah menjaga kita untuk 50 lebih tahun. Habis umat kalau kerajaan ini digantikan dengan baru. Kita kena balas budi kerajaan yang telah menjaga umat kita selama ini," kata seorang pensyarah di kursus tersebut. Tiada hadirin yang berani berkata apa-apa. Bersorak pun tidak, bersetuju pun tidak. Semua diam mendengar. "Sampai bila saya harus mendiamkan diri? Apakah saya nak biarkan fitnah-fitnah ini dimasukkan dalam minda semua hadirin yang terpaksa datang kerana mangkuk nasi mereka," bisik di hati saya. Kemudian pensyarah itu membuka ruang untuk sesi bersoal jawab. Tiada yang berdiri untuk bertanya. Saya masih bergelut dengan diri sendiri, "Nak atau tak nak?" "Baguslah tak ada soalan. Maksudnya semua faham apa yang saya sampaikan. Bila pangkah nanti, jangan pangkah salah tahu," kata pensyarah tersebut. Terdengar kata-kata itu, kaki saya tertiba mendapat tenaga untuk bangun. "Saya Zulkifli Ibrahim daripada Ringgung. Saya kurang bersetuju dengan beberapa fakta yang tuan sampaikan. Kerajaan berkuasa sekian lama, sekiranya negara ada masalah, mengapa salahkan pembangkang? Pembangkang bukannya mempunyai kuasa. "Kedua, kegagalan kerajaan untuk memerintah dengan adil dan mengikut cara yang disarankan Islam selama ini sehingga mengakibatkan umat tidak lagi bersama kerajaan, mengapa tuan salahkan pembangkang? "Ketiga, tuan juga tidak tepat bila mana suruh kami membalas budi kerajaan. Bukan kami yang menggigit tangan kerajaan, tapi kerajaan yang menggigit tangan kami, lihat cara duit rakyat dihabiskan untuk kekayaan pemimpin-pemimpin. Mereka sebenarnya yang tidak mengenang budi jasa kami yang mengundi mereka selama ini dengan merompak harta kita. "Keempat, apakah tuan tidak rasa berdosa menyuruh kami menyokong sebuah kerajaan yang merompak dan zalim terhadap umatnya. Umatnya sengaja dikekalkan dalam keadaan miskin daif selama ini untuk memudahkan mereka menggunakan senjata wang untuk membeli hati rakyat yang dalam kesusahan. Walhal kalau dah 50 tahun lebih memerintah, ada lagi rakyat yang susah, ini semestinya salah kerajaan, bukannya salah pembangkang. Sekian saja soalan saya." Saya terkejut dengan keberanian saya. Ini kursus mencuci otak, tapi saya berani mencabar pensyarah – saya tak takut ke selepas ini saya ditransferkan ke tempat yang jauh dari keluarga? Saya tak takut ke selepas ini naik pangkat dan gaji saya terjejas? Oh, apa yang telah saya buat? Apa yang telah saya buat? Tetiba, hadirin memberikan tepukan gemuruh selepas dewan diam seketika. Gementar saya hilang mendengar tepukan gemuruh itu. "Jawab! Jawab! Jawab!" hadirin membuat laungan mendesak pensyarah untuk menjawab. Saya masih tercegat di tengah dewan berdepan dengan mikrofon. "Senyap semua! Senyap! Dengar sini, ini jawapan saya. Semua soalan saudara Zulkifli tak perlu jawab kerana dia agen pembangkang. Inilah cara pembangkang huru-harakan negara," jawab pensyarah itu dengan sinis. Para hadirin membuat bunyi bising tanda tak setuju. "Senyap. Listen! Ini dakyah pembangkang. Tindakan disiplin akan diambil pada saudara Zulkifli kerana cuba mensabotaj program ini," kata pensyarah itu lagi. Saya terus berlawan. "Bertanya soalan pun tak boleh? Bertanya soalan pun salah? Semua salah pembangkang. Ambillah tindakan pada saya. Keangkuhan tuan sekejap sahaja. Kerana 2 bulan sahaja lagi, langit Tanah Emas ini akan berubah wajah. Sampai masa itu saya bimbang orang-orang macam tuan akan terkial-kial lemas mencari pelampung," jawab saya. Hadirin semua bangun memberikan tepukan gemuruh. "Ya, 2 bulan sahaja lagi. Kami tak perlu hadir program-program macam ini. 2 bulan sahaja lagi, orang macam pensyarah ini tidak akan dibiarkan membuli kita kerana kuasa mereka. Dah cukup lama kami bersabar. Ini kalilah," jerit hadirin. Begitulah sebuah kisah dongeng di Tanah Emas di Timur Tengah yang tidak kena-mengena dengan hidup mahupun yang mati. Keberanian Zulkifli Ibrahim telah memberi inspirasi kepada ramai untuk melawan kezaliman. Senyum. harakah/- | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Warga emas seluruh negara dapat bonus RM1,000 di bawah Pakatan Posted: 27 Feb 2013 07:34 PM PST KUALA LUMPUR 27 FEB: Pakatan Rakyat akan meluaskan Skim Bonus Warga Emas yang dilaksanakan di Pulau Pinang ke seluruh negara. Menerusi skim ini, setiap warga emas berusia 60 tahun ke atas akan menerima bonus bernilai RM1,000 setiap tahun untuk membantu mengurangkan beban hidup mereka. Tawaran ini terkandung pada muka surat 9 Manifesto Pakatan Rakyat di bawah teras Rakyat Bersaudara. Manifesto Rakyat dengan tema Pakatan Harapan Rakyat yang dilancar pada Konvensyen Pakatan Isnin lalu memberi tumpuan ke atas empat teras utama, yang dilihat merangkumi semua segmen masyarakat. Empat teras utama tersebut adalah Rakyat Bersaudara, Ekonomi Rakyat, Kesejahteraan Rakyat dan Kerajaan Rakyat. "Kenaikan harga barang yang mencanak mengurangkan kuasa beli warga emas. Kesempitan hidup di hari tua menjadi igauan ramai rakyat Malaysia," dokumen manifesto itu dipetik. Manifesto ini diumumkan oleh Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli; Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad dan Naib Pengerusi DAP, M Kulasegaran. keadilandaily/- atu Pahat: Usianya baru 13 tahun namun kejujuran dan kemurnian hati Amir Azizan Hashim mungkin jauh mengatasi orang dewasa apabila dia memulangkan semula beg tangan beris - See more at: http://www.hmetro.com.my/articles/KejarkeretapulangRM37_500//Article#sthash.5RFb8cf3.dpuf atu Pahat: Usianya baru 13 tahun namun kejujuran dan kemurnian hati Amir Azizan Hashim mungkin jauh mengatasi orang dewasa apabila dia memulangkan semula beg tangan beris - See more at: http://www.hmetro.com.my/articles/KejarkeretapulangRM37_500//Article#sthash.5RFb8cf3.dpuf atu Pahat: Usianya baru 13 tahun namun kejujuran dan kemurnian hati Amir Azizan Hashim mungkin jauh mengatasi orang dewasa apabila dia memulangkan semula beg tangan beris - See more at: http://www.hmetro.com.my/articles/KejarkeretapulangRM37_500//Article#sthash.5RFb8cf3.dpuf | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 27 Feb 2013 07:20 PM PST 17 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - HULU SELANGOR - Seorang kanak-kanak berusia lima tahun terpaksa menerima tujuh jahitan di kepala selepas digigit kera yang menyerangnya di dalam rumah. Mangsa, Mohamad Shahrul Amin Afandi turut mengalami kesan calar di beberapa bahagian belakang badan akibat serangan itu yang berlaku kira-kira jam 7.15 petang, Isnin lalu. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Melayu Rasa, Redzuan Mohd Isa berkata, kanak-kanak malang itu dikatakan sedang bermain dengan adik beradiknya yang lain di ruang tamu rumah sebelum didatangi seekor kera yang menyerangnya secara tiba-tiba. "Kejadian itu hanya disedari bapanya setelah mendengar jeritan kanak-kanak tersebut. "Melihat kecederaan di kepala dan belakang badan, kanak-kanak itu terus dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Redzuan berkata, kanak-kanak terbabit menerima tujuh jahitan di kepala dan dibenarkan pulang pada hari yang sama. Katanya, kera yang menyerang mangsa tidak terlepas kerana dikurung di dalam rumah sementara menunggu pasukan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Kuala Kubu Bharu dan Jabatan Perhilitan tiba. "Perhilitan bersama anggota JPAM berjaya menangkap kera berkenaan," katanya. Beliau berkata, gangguan kera di kawasan perumahan itu semakin menjadi-jadi kerana pembiakannya tidak terkawal. Bagaimanapun katanya, tindakan sewajarnya akan diambil pihak berkuasa bagi membendung kehadiran kera di kawasan tersebut, seterusnya mengelak kejadian sama berulang. sinar/- | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 27 Feb 2013 07:13 PM PST 17 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - Ada seorang Ibu di Rumah Amalia, dirinya terlihat kalut dan bingung, gejala itu dirasakan sebulan yang lalu ketika ia marah dan membenci suaminya. Kebencian yang dirasakan pernah coba untuk dikomunikasikan kepada suaminya, malah yang terjadi suaminya mencemooh, kata-katanya tajam mengalir begitu saja. Ucapan itulah yang melukai hatinya. Sejak itu yang dirasakan perutnya sakit hingga ke ulu hati, terasa perih dan kembung. Dokter hanya menyebutnya sebagai sakit maag. Dalam kondisi seperti itulah membuat tidak bisa tidur nyenyak, makanpun juga tidak enak. Ia mulai sering melamun, malas bekerja, malas bergaul dengan tetangga, senang dirumah dan rebahan entah apa yang dipikirkan dan dirinya lebih suka dirumah daripada beraktifitas. Dalam kondisi ini dapat dipahami bahwa ia telah melewati ambang batas kemampuan mengontrol diri, perasaan terluka, kecewa, marah dan kesedihan yang dialami sudah berubah menjadi ketidakmampuan memahami dirinya sendiri. Lantas bagaimana kiat menyembuhkan perih luka dihati? Pertama, yang paling penting mengenali tanda dini stres berat yakni tidur terganggu disertai dengan mimpi buruk. Kedua, Bila sudah merasakan hidup begitu teramat berat, hati sakit terluka perih. Ingatlah Allah! Menangis dan memohonlah Allah agar kesedihan berubah menjadi kebahagiaan. Ada bagian hal itu menjadi wilayah anda untuk bisa menyelesaikan dan selebihnya serahkan masalah hidup anda yang tidak bisa diatasi biarkanlah Allah yang menyelesaikannya. Anda sanggup menghadapi semua problem kehidupan itu dengan baik hanya bila bertawakal kepada Allah. Percaya sepenuhnya bahwa Allah adalah sebaik-baiknya penolong dan pelindung anda. Alhamdulillah, akhirnya beliau telah mampu pulih kembali, tidurnya sudah nyenyak, makanpun sudah enak dan beraktifitas bekerja sehari-hari seperti biasanya. Kehidupannya lebih mendekatkan diri kepada Allah dengan berdzikir dan menjalankan ibadah sholat tepat waktu. Kedekatan dirinya kepada Allah telah mampu menyembuhkan diri sendiri dari beban stres berat yang telah dialaminya, kemampuan untuk mengelola diri untuk selalu ingat Allah telah pulih kembali bahkan hubungan dengan suaminya dan anak-anak menjadi lebih baik. 'Subhanallah Mas Agus, saya bisa lebih tenang dan sabar menghadapi masalah hidup sekarang ini. ' ucap beliau. "(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram". (Ar-Raad 28). posted by :agussyafii | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 27 Feb 2013 07:00 PM PST 17 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Umno BN dilihat semakin parah dalam menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) apabila semakin banyak parti-parti komponennya hilang kepercayaan terhadap parti itu. Sebelum ini Gerakan dan SUPP dilihat menyatakan hasrat ingin keluar daripada BN dan terbaru, Pengarah Strategi MIC Vell Paari pula didakwa membayangkan akan mendesak MIC untuk bertanding atas tiket sendiri, bukan lagi atas tiket BN. Tindakan Vell Paari itu dipercayai dibuat apabila Dr. Riduhan Tee dan Datuk Ibrahim Ali dilihat oleh kaum Inida sebagai rasis dan sering membangkitkan isu perkauman di negara ini. Mengulas perkara itu, Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Kamaruzaman Mohamad berkata, ketidakpercayaan MIC itu dilihat amat mengejutkan apatah lagi MIC merupakan parti tunjang kaum India di Malaysia ini, malah sekutu kuat Umno dalam Barisan Nasional. "Ini membuktikan bahawa Umno BN sudah tidak mampu lagi menjaga keharmonian kaum di Malaysia. Semakin hari semakin ramai rakyat yang bukan Melayu merasa tertindas dengan tindakan pemimpin-pemimpin pro Umno yang dilihat bersikap rasis. "Namun amat mendukacitakan, tiada tindakan diambil terhadap mereka. Kenyataan-kenyataan rasis beberapa pemimpin Umno juga dilihat begitu mengguris hati kaum-kaum yang lain," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily. Vell Paari dalam satu surat terbuka kepada presiden MIC beru-baru ini menggesa agar parti itu mendesak kabinet mengambil tindakan ke atas Ridhuan Tee dan Ibrahim kerana menghina agama Hindu. Beliau yang juga anak kepada Datuk Seri S Samy Vellu itu berkata, jika tiada sebarang tindakan diambil, beliau akan meminta golongan India mengundi menentang BN dan rela dipecat dari parti itu. Mengulas lanjut, Kamaruzaman berkata, walaupun Umno cuba untuk mengambil hati semua kaum di Malaysia, namun hakikatnya rakyat kini sudah muak dengan mereka. Lebih parah lagi katanya apabila kajian Merdeka Center baru-baru ini menunjukkan bahawa masyarakat Cina semakin menolak kerajaan Barisan Nasional. Tambah Kamaruzaman lagi, tindakan Najib dalam meraih undi masyarakat Cina semasa Tahun Baru Cina yang lalu juga dilihat tidak memberikan kesan. "Harapan terarah kepada masyarakat India. Namun kini, MIC yang memperjuangkan masyarakat India di Malaysia dilihat turut sama menolak Umno BN. Najib dilihat seolah-olah burung kepatahan sayap apabila masyarakat Cina dan India mula menolak parti yang diterajuinya," katanya lagi harakah/- | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Tak payahlah buat provok maharaja lawak! Posted: 27 Feb 2013 06:30 PM PST 17 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - Di N31 Kahang: Majoritu melayu 71.39% berbanding dgn India yg hanya 2.46%. UMNO bagi kat India. Di N33 Tenggaroh: Majoriti melayu 80.04% berbanding dgn India yg hanya 2.06%. UMNO bagi kat India lagi. Di N3 Pemanis: Majoriti melayu 54.34 berbanding dgn Cina 41.13. UMNO bagi kat Cina. Ini baru 3 contoh di Johor. Belum lagi di Perak, Pahang dan negeri2 lain. Macam mana Melayu tak hilang kuasa kalau kws yg majoriti melayu pun UMNO bagi kat India dan Cina?????? Jadi tak payahlah buat provok Maharaja Lawak kata kuasa melayu akan hilang kalau PR jadi pemerintah kelak! keadilandaily/- | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
4 pemuda PAS direman gara-gara kain rentang Posted: 27 Feb 2013 06:00 PM PST 17 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - Kan rentang yang menjadi punca pertelingkahan tersebut. MARANG: Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu berkumpul bersama ahli keluarga dan kenalan mangsa tahanan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah Marang, hari ini. Ketuanya, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata Pemuda PAS Terengganu melahirkan rasa simpati dan memberi sokongan moral 100 peratus kepada empat individu terbabit serta ahli keluarga masing-masing. Katanya, kejadian tersebut dapat dielakkan jika semua pihak bersikap matang serta tidak melakukan sebarang provokasi melampau hingga mencetuskan keresahan masyarakat. Menurutnya, mutakhir ini kejadian provokasi dan pengkhianatan semakin menjadi-jadi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab termasuk dari Umno BN. "Kami hadir ke balai polis Marang ini untuk sama-sama beri sokongan moral kepada mangsa tahanan reman dan ahli keluarga mereka. "Semua ini tidak berlaku jika pihak Umno BN bersikap matang dan tidak melakukan provokasi dalam mempamerkan kain rentang atau banner kempen untuk parti mereka," ujarnya kepada Harakahdaily ketika ditemui di pekarangan balai polis berkenaan. Justeru, katanya, tuduhan PAS membenarkan kalimah suci Allah itu dipergunakan sewenang-wenang untuk kempen Bible dalam Bahasa Melayu adalah fitnah yang direka Umno BN. Harakahdaily dimaklumkan, kesemua suspek berusia antara 28 hingga 38 tahun termasuk tiga adik-beradik ditahan reman selama lima hari. Mereka terdiri daripada Roslam Abdullah, 35, Rosdi Abdullah, 34, Muhammad Lukman Abdullah, 28, dan Muhamad Musa, 38, yang bekerja sendiri adalah pemuda PAS Cawangan Kampung Jerung Mereka ditahan gara-gara pemasangan kain rentang bersifat provokasi yang dipasang oleh pengerusi penaja Umno Cawangan Bukit Chempedak. Pengerusi penaja itu telah membuat satu laporan polis yang mendakwa kononnya empat individu terbabit menyerang, mencekik serta membuat ugutan bunuh ekoran pertikaman lidah pada kira-kira jam 6.30 petang 25 Feb lalu berhubung kain rentang itu. Malah, keempat-empat individu berkenaan turut difitnah mahu mencederakan ahli keluarganya serta mahu membakar rumahnya. Selepas kejadian tersebut dipercayai pihak terbabit segera menurunkan kain rentang berkenaan yang jelas tertera logo Umno dan Barisan Nasional (BN) termasuk lambang 1Malaysia. Manakala, Ketua Pemuda PAS Marang, Ustaz Mohammad Khalil Abdul Hadi menafikan laporan media mengaitkan tragedi pergaduhan tersebut kerana PAS tidak berpuas hati dengan penubuhan penaja Umno Cawangan Bukit Chempedak. Katanya, laporan media itu tidak tepat kerana yang menjadi punca adalah pemasangan kain rentang berbentuk provokasi terhadap PAS dalam penggunaan kalimah Allah. "Ini kerana, laporan media sebelum ini tidak tepat kerana yang menjadi punca pergaduhan itu bukan kerana Umno tubuh cawangan baru. Hakikat sebenarnya, berpunca dari kain rentang atau banner berbentuk provokasi yang dipasang oleh pihak Umno dan Barisan Nasional (BN). "Kain rentang itu berkait dengan kalimah Allah. Mereka (Umno) kata (tulis) AWAS!!!!!! Anda Undi PAS bermakna Anda Sokong Allah Digunakan Dalam Bable Bahasa Melayu. "Kita akan membuat laporan polis terhadap kain rentang itu dan harap pihak terbabit diambil tindakan sewajarnya," jelasnya yang juga AJK Pemuda PAS Malaysia. harakahdaily/- | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Protes: Rosmah Mansor ‘diserang’ siswi UKM Posted: 27 Feb 2013 05:30 PM PST 17 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - BANGI: Sekumpulan mahasiswi daripada Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (ISIUKM) hari ini telah melakukan protes aman di hadapan Dewan Canselor Tun Abdul Razak (Dectar) terhadap isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Lebih kurang 50 orang mahasiswi telah berkumpul di hadapan dewan tersebut bagi menyatakan protes terhadap penyelewengan yang telah dilakukan oleh isteri pemimpin nombor satu negara itu. Rosmah yang dikatakan hadir ke UKM bagi merasmikan program bersama mahasiswa UKM telah menerima tekanan hebat apabila sekumpulan mahasiswi telah berkumpul di luar dewan sambil memegang sepanduk dengan mesej menolak penyelewengan dan pembaziran duit rakyat yang didakwa telah dilakukan oleh beliau. Mahasiswi itu dikatakan telah mula berkumpul di luar dewan pada jam 4 petang sebelum menyambut Rosmah yang dijadualkan akan habis program pada jam 4.30 petang. Sekumpulan pengawal keselamatan bersama staf kakitangan UKM cuba untuk menghalang protes itu daripada terus berlaku namun ternyata mereka gagal mengekang kehendak mahasiswi tersebut untuk terus melakukan protes secara aman itu. Walau bagaimanapun, apa yang menghampakan mahasiswi tersebut adalah 'ketakutan' Rosmah untuk bertemu dengan mereka apabila beliau telah dibawa keluar secara senyap-senyap melalui belakang kereta-kereta yang diletakkan di sekitar dewan tersebut. Rosmah yang hadir ke UKM dengan menaiki kereta Mercedes-Benz mewah terpaksa balik dengan kenderaan biasa selepas terpaksa keluar dari dewan secara sembunyi. "Perkara yang kita mahu hari ini hanya untuk menyatakan hasrat rakyat terhadap Datin Seri Rosmah, namun ternyata beliau begitu takut untuk bersemuka dengan kami. "Walaupun kami tidak berjaya untuk bersemuka dengan Rosmah pada hari ini, namun kami telah berjaya membuat Rosmah balik dengan cara itu. Ini baru permulaan dari kami," tegas Hamiza Hani Omar, Pengerusi Hal Ehwal Siswi ISIUKM merangkap Timbalan Setiausaha Agung Gamis. harakah/- | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Manifesto Pakatan jamin keadilan, kesejahteraan & kesaksamaan rakyat Posted: 27 Feb 2013 05:30 PM PST 17 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR 28 FEB: Tawaran Manifesto Pakatan Rakyat demi menjamin keadilan, kesejahteraan dan kesaksamaan rakyat jelas pendekatannya dan kukuh pelaksanaannya, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli. Ahli Jawatankuasa Manifesto Pakatan Rakyat itu berkata, Manifesto Rakyat menggariskan program dan dasar khusus yang akan dilaksanakan Pakatan Rakyat di tampuk pemerintahan Putrajaya kelak. Beliau berkata, Manifesto Rakyat melakarkan masa depan yang lebih cerah, penuh dengan harapan dan aspirasi rakyat. "Manifesto Rakyat adalah cernaan dan hasil rundingan dengan segenap lapisan masyarakat. Kita yakin Malaysia berhak melakar masa depan yang lebih baik. Kita yakin rakyat Malaysia mampu pergi lebih jauh dari imaginasi sekarang. Kita yakin rakyat Malaysia wajib mendapat yang terbaik dari kerajaannya," katanya dalam kenyataan. Beliau berkata, Pakatan adalah sebuah kerajaan yang amanah dan tunjang pentadbiran Pakatan adalah tata kelola yang baik berteraskan prinsip moral dan nilai sejagat. "Hasilnya limpahan kekayaan negara dapat diagih dengan lebih adil dan berkesan. Mutu dan taraf hidup rakyat terbanyak akan dipertingkat," kata beliau. Rafizi berkata, rekod pentadbiran negeri Pakatan Rakyat menjadi bukti iltizam untuk terus membina kerajaan yang amanah demi memakmurkan rakyat. Jelasnya, Pakatan juga merakyatkan ekonomi dan hasilnya jutaan penduduk Malaysia menikmati agihan kekayaan negara pada kala kekuatan kewangan negeri-negeri yang ditadbir terus digandakan. Menurut Rafizi, Pakatan turut membudayakan amanah di dalam pentadbiran. "Amalan rasuah dicegah dan laba dari pentadbiran beramanah ini disalurkan kembali untuk menjana kemakmuran rakyat," katanya. Tambah beliau, Pakatan mendepankan rakyat apabila dasar-dasar yang diperjuangkan menjunjung aspirasi rakyat terbanyak dan menentang kepentingan penguasa elit dan kroni mereka. "Pakatan menobatkan rakyat sebagai tuan tanah air pusaka ini. Ruang kebebasan dan suara rakyat dihormati. Hak rakyat tidak kira latar belakang dan miskin kaya diambil kira dalam setiap pertimbangan. Penghapusan undang-undang zalim yang memijak ketuanan rakyat menjadi darah daging perjuangan," jelasnya. Rafizi berkata, Malaysia yang ditadbir secara amanah dan rakyat yang makmur kehidupannya akan melahirkan sebuah masyarakat yang bermaruah. "Masyarakat bermaruah adalah masyarakat yang yakin dengan asal-usulnya, berpegang dengan prinsip agama dan nilai sejagat yang membela pihak benar dan menentang yang zalim, saling percaya akan hubungan persaudaraan setiap insan, gigih berusaha memperbaiki diri, yang kuat membantu yang lemah tiada yang terpinggir, berlumba-lumba mengagungkan budaya ilmu dan istiqamah pada usaha amar ma'aruf nahi mungkar," kata Rafizi. Manifesto Rakyat digubal berdasarkan empat tunggak utama – Rakyat Bersaudara, Ekonomi Rakyat, Kesejahteraan Rakyat dan Kerajaan Rakyat. keadilandaily/- | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 27 Feb 2013 03:22 PM PST 17 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - Wanita tertua di dunia, Okawa Misao, 114, menerima sijil daripada pegawai Guinness World Records di Osaka, Jepun, 27 Februari 27, 2013. - Gambar Reuters |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2013 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan